pengaruh cuaca dan iklim terhadap kegiatan manusia

5
Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia Iklim dan Cara Hidup Manusia di Negara-negara Lain Iklim dunia dibahagikan kepada tiga zon: a) Zon panas - iklim khatulistiwa, Iklim Monsun Tropika, Iklim Jenis Sudan dan Iklim Gurun Panas. b) Zon sederhana i) Zon sederhana panas - Iklim China, Jenis Steppe dan Jenis Mediterranean ii) Zon sederhana sejuk - Iklim Jenis British, Jenis Siberia dan Jenis Laurentia c) Zon Sejuk - Iklim Tundra/ Artik Ciri Iklim dan Cara Hidup Manusia di Gurun Thar A) Ciri Iklim di Gurun Thar - Mengalami iklim gurun panas iaitu panas dan kering sepanjang tahun - Hujan tahunan kurang daripada 250 mm. - Julat suhu tahunan besar, 23 o C - Suhu maksimum pada bulan Jun mencapai 50 o C - Suhu minimun pada hujung dan awal tahun suhu serendah 5 o C hingga 10 o C. Ibun (fros) sering berlaku kerana suhu yang sangat rendah - Suhu pada waktu siang sangat tinggi manakala suhu waktu malam sangat rendah. - Ribut pasir (andhi) berlaku pada bulan Mei dan Jun B) Kehidupan di Gurun Thar - Gurun Thar terletak di sempadan India dan Pakistan. - Kegiatan pertanian kurang penting kerana cucaca panas dan kering sepanjang tahun - Sebilangan besar, penduduk menjalankan kegiatan menternak

Upload: kamariah-abdullah-joanna-libin

Post on 12-Aug-2015

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengaruh Cuaca Dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia

Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia Iklim dan Cara Hidup Manusia di Negara-negara Lain

Iklim dunia dibahagikan kepada tiga zon:

a) Zon panas - iklim khatulistiwa, Iklim Monsun Tropika, Iklim Jenis Sudan dan Iklim Gurun Panas.

b) Zon sederhana i) Zon sederhana panas - Iklim China, Jenis Steppe dan Jenis Mediterranean

ii) Zon sederhana sejuk - Iklim Jenis British, Jenis Siberia dan Jenis Laurentia

c) Zon Sejuk - Iklim Tundra/ Artik

Ciri Iklim dan Cara Hidup Manusia di Gurun Thar

A) Ciri Iklim di Gurun Thar - Mengalami iklim gurun panas iaitu panas dan kering sepanjang tahun - Hujan tahunan kurang daripada 250 mm. - Julat suhu tahunan besar, 23 o C - Suhu maksimum pada bulan Jun mencapai 50 o C - Suhu minimun pada hujung dan awal tahun suhu serendah 5 o C hingga 10 o C. Ibun (fros) sering berlaku kerana suhu yang sangat rendah - Suhu pada waktu siang sangat tinggi manakala suhu waktu malam sangat rendah. - Ribut pasir (andhi) berlaku pada bulan Mei dan Jun

B) Kehidupan di Gurun Thar - Gurun Thar terletak di sempadan India dan Pakistan. - Kegiatan pertanian kurang penting kerana cucaca panas dan kering sepanjang tahun - Sebilangan besar, penduduk menjalankan kegiatan menternak binatang (lembu, kambung dan unta) secara nomad. - Hujan yang turun akan ditakung di dalam tangki atau empangan. Tangki bawah tanah dikenali sebagai 'Kunds'. - Projek Terusan Rajasthan untuk memudahkan kegiatan pertanian. - Jenis tanaman yang diusahakan ialah gamdum, kapas, kurma dan pokok delima. - Sumber makanan terdiri daripada biji dan buah pokok Khejri, Kiar, Kumat, Kachri dan Gonda yang dijadikan hidangan yang dikenali sebagai 'Pack-Kutta' yang biasa di makan semasa musim kemarau. - Rumput Munja dan Kans digunakan untuk membuat pulpa.

Page 2: Pengaruh Cuaca Dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia

- Unta dan keldai diternak untuk pengangkutan dan sumber makanan. - Penduduk yang menjalankan kegiatan pertanian tinggal di kawasan petempatan yang tetap.

MENGAPA GURUN PANAS MENGALAMI JULAT SUHU HARIAN YANG BESAR?

- kerana tiada litupan awan di gurun panas

- Cuaca pada waktu siang panas kerana kekurangan litupan awan menyebabkan

pancaran matahari sampai terus ke bumi.

->Cuaca pada waktu malam sejuk kerana haba dibalikkan semula ke angkasa dan tidak

dihalang oleh awan.

CIRI IKLIM DAN CARA HIDUP MANUSIA DI KAWASAN SIBERIA

A) CIRI IKLIM SIBERIA

1) Mengalami iklim sejuk sederhana atau iklim jenis Siberia

2) Musim sejuk yang panjang dan terlampau sejuk. Suhu musim sejuk antara – 5 oC

hingga – 11 oC.

3) Musim panas singkat dan sederhana panas. Suhu musim panas antara 12 oC hingga

15 oC.

4)Julat suhu tahunan besar iaitu 65 oC.

5) Hujan tahunan antara 380 mm hingga 635 mm.

6) Hujan turun pada musim panas dalam bentuk hujan perolakan dan pada musim

sejuk turun dalam bentuk salji.

B) KEHIDUPAN DI KAWASAN SIBERIA

-->Kegiatan pertanian terhad di Siberia kerana mengalami musim sejuk yang panjang.

Page 3: Pengaruh Cuaca Dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia

-->Penanaman diusahakan di barat dan barat daya Siberia kerana lebih panas sedikit

dari Pergunungan Ural hingga Tasik Baikal.

-->Penduduknya menanam gandum, oat, ubi kentang, rai dan barli.

->Penternakan lembu tenusu, ayam dan itik juga dijalankan.

->Kaum Samoyed dan Yakut menjalankan kegiatan memburu dan menjerat binatang

seperti tupai,beruang, musang kecil, lynx, martens dan rubah.

-->Pada musim sejuk, penduduk menjalankan kegiatan pembalakan di hutan pokok

tirus. (Hutan Taiga). Pembalakan dijalankan pada musim sejuk kerana getah pokok

membeku dan pokok mudah ditebang.

-->Kegiatan melombong gas asli, petroleum, arang batu dan emas turut dijalankan.

-->Terdapat kawasan perkilangan seperti industri melebur aluminium, pulpa, tekstil,

kenderaan dan bahan logam.

CIRI IKLIM DAN CARA HIDUP MANUSIA DI KAWASAN GREENLAND

A) CIRI IKLIM GREENLAND

->Mengalami iklim tundra atau Artik

->Sangat sejuk dan kering sepanjang tahun

->Musim sejuk panjang dan amat sejuk. Suhu antara - 4 oC hingga – 22 oC.

->Permukaan bumi diliputi salji selama 8 bulan semasa musim sejuk.

->Musim panas singkat dan sederhana sejuk. Suhu antara 1 oC hingga 5 oC.

-->Julat suhu tahunan besar antara 27 oC

Page 4: Pengaruh Cuaca Dan Iklim Terhadap Kegiatan Manusia

-->Kerpasan dalam bentuk salji dan jumlah tidak melebihi 250 mm.

-->Ribut salji bertiup dengan kelajuan 209 km/j

B) KEHIDUPAN DI KAWASAN GREENLAND

-->Penduduk utama terdiri daripada kaum Inuit atau dikenali sebagai Orang Eskimo.

-->Kaum Inuit memburu binatang seperti karibu dan anjing laut untuk mendapatkan daging dan kulit.

-->Mereka juga menanam ubi kentang dan rumput di bahagian Selatan Greenland.

-->Penternakan biri-biri dan rusa dijalankan.

-->Perikanan merupakan pekerjaan utama. Mereka menangkap udang, ketam salji, halibut,

salmon dan kod.

-->Kini, penduduk Greenland tinggal di rumah yang dibekalkan dengan air dan elektrik. Mereka

tidak tinggal dalam tupik dan igloo.