pendaraban dan pembahagian integer

26
Pendaraban dan Pembahagian Integer Mendarabkan integer Pendaraban suatu integer dengan integer positif adalah penambahan yang berulang-ulang integer tersebut. Peraturan untuk pendaraban integer. Hasil pendaraban dua integer adalah positif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda yang sama seperti (a) dan (d) dalam jadual di atas. Hasil pendaraban dua integer adalah negatif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda yang tidak sama seperti (b) dan (c) dalam jadual di atas.

Upload: heary-razani

Post on 26-Dec-2015

56 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

mathematics

TRANSCRIPT

Page 1: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

Pendaraban dan Pembahagian Integer

Mendarabkan integer

Pendaraban suatu integer dengan integer positif adalah penambahan yang berulang-ulang integer tersebut.

 Peraturan untuk pendaraban integer.

 

Hasil pendaraban dua integer adalah positif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda yang sama seperti (a) dan (d) dalam jadual di atas.

Hasil pendaraban dua integer adalah negatif apabila kedua-dua integer mempunyai tanda yang tidak sama seperti (b) dan (c) dalam jadual di atas.

Hasil pendaraban suatu integer dengan sifar (zero) akan sentiasa sifar seperti (e) dan (f) dalam jadual di atas.

 1

Page 2: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

Contoh 1

Cari hasil darab yang berikut:

25 x (-4)

Jwb:(+) x (-) = –= – (25 x 4)= -100

 

(-15) x (-6)

Jwb:(-) x (-) = += + (15 x 6)= 90

 2

Page 3: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

(-18) x 0

Jwb:= 0

 

4 x (-2) x (-3)

Jwb:= 4 x [(-2) x (-3)](-) x (-) = += 4 x 6= 24

 3

Page 4: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

(-7) x 3 x (-4)

Jwb:= [(-7) x 3] x (-4)(-) x (+) = –= (-21) x (-4)(-) x (-) = += 84

4

Page 5: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

Penyelesaian masalah yang melibatkan pendaraban integer.

 

Contoh 2

Paras air di empangan menurun 5cm setiap hari. Berapakah jumlah penurunan paras air selepas 17 hari?

Jwb:

Tahap penurunan air dalam sehari = 5 cm [ditulis sebagai -5 cm]

Tahap penurunan air selepas 17 hari = 17 x (-5 cm) = -85 cm

Jumlah penurunan paras air selepas 17 hari adalah 85 cm.

 

5

Page 6: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

 

Pembahagian integer

 Pembahagian integer dengan integer positif adalah satu proses perkumpulan yang sama atau perkongsian.

Pembahagian integer negatif oleh integer negatif adalah juga satu proses perkumpulan yang sama.

Kaedah-kaedah bagi pembahagian integer.

 

6

Page 7: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

Contoh 3

Cari hasil bahagi yang berikut:

(-30) ÷ 6Jwb:(-)  ÷  (+) = –(-30)  ÷  6 = -5

50  ÷  (-10)Jwb:(+)  ÷ (-) = -50  ÷  (-10) = -5

(-84)  ÷  (-7)Jwb:(-)  ÷ (-) = +(-84)  ÷ (-7) = 12

 7

Page 8: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

Penyelesaian masalah yang melibatkan pembahagian integer.

Contoh 4

Harga satu saham jatuh dari 132 sen kepada 45 sen dalam 3 hari. Kira purata kejatuhan harga saham setiap hari.

Jwb:

Kejatuhan harga dalam 3 hari = (132 – 45) sen = 87 sen[perubahan harga = -87 sen]

Kejatuhan harga dalam 1 hari = 87 sen ÷ 3 = 29 sen

Oleh itu, purata kejatuhan harga saham setiap hari adalah 29 sen.

 8

Page 9: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

Operasi Bergabung – Integer

Melaksanakan pengiraan yang melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian integer, termasuk penggunaan kurungan.

 

Contoh 1:

Selesaikan yang berikut:

-52 ÷ 13 – 16 x 6

Jwb:Kira dari kiri ke kanan: ÷ dan x dilakukan dahulu.= -52 ÷ 13 – 16 x 6= -4 – 96= -100

 9

Page 10: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

63 ÷ (13 – 4) x (-2)Jwb:Pertama, selesaikan dalam kurungan dahulu. (13 – 4) dilakukan terlebih dahulu.= 63 ÷ 9 x (-2)Selesaikan dari kiri ke kanan.= 63 ÷ 9 x (-2)= 7 x (-2)= -14

[(909 – 99) + (-90)] ÷ 80Jwb:Selesaikan (909 -99) terlebih dahulu.= (810 – 90) ÷ 80= 720 ÷ 80= 9

 10

Page 11: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

Contoh 2:Seorang penjaja buah-buahan membeli 3 kotak epal. Setiap kotak mengandungi 84 biji epal. Pada hari yang sama, beliau kemudiannya menjualkan separuh daripada epal pada RM1.20 sebiji dan satu perempat daripadanya dijual pada harga RM0.90 sebiji. Berapakah hasil jualan penjaja tersebut pada hari itu?

Jwb:Jumlah buah epal = 84 x 3 = 252

½ daripada jumlah epal tersebut = 252 ÷ 2= 126

¼ daripada epal tersebut = 252 ÷ 4= 63

Oleh itu, hasil jualan penjaja tersebut pada hari itu adalah;= (126 x RM1.20) + (63 x RM0.90)= RM151.20 + RM56.70= RM207.90

 11

Page 12: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

Pecahan Positif dan Negatif

Pecahan boleh ditandakan pada garis nombor (number line).

 Pecahan positif (positive fraction) adalah pecahan dengan atau tanpa tanda (sign) positif (+), dan mempunyai nilai yang lebih besar daripada sifar (zero). Contohnya, + 6/7, + 5/8, + 2/9 boleh ditulis tanpa tanda ‘+': 6/7, 5/8, 2/9.

 Pecahan negatif merupakan pecahan dengan tanda negatif (-), yang mempunyai nilai yang kurang daripada sifar. Contohnya, -3/4, -1/5, -5/11.

 Pada garis nombor melintang (horizontal number line), pecahan positif adalah kesemua pecahan yang disebelah kanan sifar (0), manakala pecahan negatif kesemua pecahan yang di sebelah kiri sifar (0).

 12

Page 13: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

Garis nombor melintang.

 Pada garis nombor menegak (vertical number line), pecahan positif adalah kesemua pecahan di atas daripada sifar (0), manakala pecahan negatif adalah kesemua pecahan yang di bawah sifar (0).

Garis nombor menegak.

Melaksanakan penambahan, penolakan, pendaraban atau pembahagian pecahan.

Kaedah-kaedah untuk menambah, menolak, mendarab, atau membahagi pecahan positif dan negatif, adalah sama seperti dilakukan pada integer-integer.

Tanda kurungan (brackets) gunakan untuk membezakan operasi dari tanda-tanda nombor. Contohnya:

+(+) = +,   +(-) = -,   -(+) = -,   -(-) = +

 13

Page 14: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

 

Contoh 1:

Selesaikan yang berikut.

-1/8 + (-1/3)Jwb:= -1/8 – 1/3GSTK (LCM) bagi 8 dan 3 adalah 24.= -3/24 – 8/24= -11/24

-2/7 – (-1/5)Jwb:= -2/7 + 1/5GSTK (LCM) bagi 7 dan 5 adalah 35.= -10/35 + 7/35= -3/35

 14

Page 15: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

 

Contoh 2:

Kirakan yang berikut.

5/6 x (-7/10)Jwb:= 51/6 x (-7/102)= -7/12

-3/5 ÷ (-9/25)Jwb:-3/5 ÷ (-9/25) = -31/51 x (-255/93)= 5/3

 

15

Page 16: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

Perpuluhan Positif dan Negatif

Perpuluhan (decimals) boleh ditandakan pada garis nombor (number line).

Nombor perpuluhan positif adalah mengarah ke kanan daripada sifar (0), manakala nombor perpuluhan negatif pula mengarah ke kiri daripada sifar (0).

 

Melaksanakan penambahan, penolakan, pendaraban atau pembahagian perpuluhan.

Kaedah-kaedah untuk menambah, menolak, mendarab dan membahagi perpuluhan positif dan negatif adalah sama seperti kaedah-kaedah yang digunakan untuk integer.

16

Page 17: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

Contoh 1:Kirakan yang berikut:

-8.4 + (-3.5)Jwb:+(-) = –= -8.4 -3.5= -11.9

-8.4 – (-3.5)Jwb:-(-) = += -8.4 + 3.5= -4.9

Contoh 2:Kirakan yang berikut:

-8.4 x (-2.5)Jwb:(-) x (-) = +

17

Page 18: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

= 8.4 x 2.5= 21

-8.4 ÷ 2.5Jwb:(-) ÷ (+) = –Gerakkan titik perpuluhan satu tempat ke sebelah kanan.= -84 ÷ 25= -84/25= -3.36

Pengiraan Melibatkan Nombor Berarah (Integer, Pecahan dan Perpuluhan) Kaedah-kaedah untuk mengira nombor berarah (directed number) melibatkan gabungan operasi +, -, x, ÷ dan tanda kurungan (brackets) adalah sama seperti kaedah-kaedah yang digunakan bagi integer.

18

Page 19: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

Kaedah-kaedahnya adalah seperti berikut:

1. Selesaikan operasi dalam kurungan (brackets) terlebih dahulu.2. Kemudian, darab dan bahagi dari kiri ke kanan.3. Akhir sekali, tambah dan tolak dari kiri ke kanan.

Contoh 1:Kirakan nilai-nilai berikut.

-1/2 + (-0.37) – (-5)Jwb:Tukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan.= -0.5 – 0.37 + 5= -0.87 + 5= 4.13

19

Page 20: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

10 – (-13/4) x (-0.5)Jwb:Tukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan.= 10 – (-3.25) x (-0.5)= 10 – [(-3.25) x (-0.5)]Lakukan operasi darab terlebih dahulu.= 10 – (3.25 x 0.5)= 10 – 1.625= 8.375

 

0.6 + (-5/3) ÷ (4/15) – 2Jwb: = 0.6 + [5/31 x 155/4] – 2= 0.6 + [-25/4] – 2Tukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan.= 0.6 + [-6.25] – 2= 0.6 – 6.25 – 2= -7.65

20

Page 21: Pendaraban Dan Pembahagian Integer

Nombor BerarahDIRECTED NUMBER