pemuliharaan hutan

8
Pemuliharaan Hutan Selain daripada menstabilkan alam sekitar, hutan asli merupakan suaka hidupan liar dan menjadi satu gedung sumber genetik yang belum diterokai (untapped genetic resource) dan akan diguna untuk meningkatkan pengeluaran seperti pokok, rotan, buah-buahan dan binatang ternakan. Hutan ini juga penting bagi penduduk desa sebagai sumber mendapatkan makanan. Sehubungan dengan ini, Semenanjung Malaysia telah mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan untuk pemeliharaan kepelbagaian hayat dengan penubuhan Taman-taman negara, suaka han rezab hidupan liar, suaka burung dan taman marin sejak tahun 1930an lagi. Taman Negara yang terbesar di Semenanjung malaysia meliputi kawasan seluas 434,351 ha dan telah diwartakan pada awal tahun 1939 yang kebanyakannya berada dalam hutan dara. Seluas 0.74 juta ha di Semenanjung Malaysia telah dilindungi mengikut undang- undang sebagai kawasan pemeliharaan di mana 0.55 juta ha berada di luar HSK dan 0.19 juta ha berada di dalam HSK. Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis- jenis hutan dalam keadaan semulajadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan Hutan Simpanan dara (VJR) sebagai rezab semulajadi dan Arboretum. Hutan Simpanan Dara ini berperanan sebagai contoh untuk membuat perbandingan ekologi dan biologi dengan kawasan hutan yang telah dibalak atau kesan rawatan silvikultur. Ianya juga merupakan hutan asli semulajadi untuk kajian. Semenjak tahun 1950, sebanyak 72 buah VJR telah ditubuhkan di seluruh Semenanjung Malaysia yang meliputi keluasn 21,284 ha. kawasan- kawasan VJR ini merupakan contoh dari berbagai jenis hutan dara yang terdapat di negara ini termasuklah Hutan Paya Laut, Hutan Pantai, Hutan Rawa (Heath forest), Hutan Paya Gambut, Huatn Pamah Dipterokarpa, Hutan Bukit Dipterokarpa, Hutan Bukit Tinggi Dipterokarpa dan Hutan Pergunungan.

Upload: nazuwa

Post on 06-Jun-2015

5.718 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemuliharaan Hutan

Pemuliharaan Hutan

Selain daripada menstabilkan alam sekitar, hutan asli merupakan suaka hidupan liar dan menjadi satu gedung sumber genetik yang belum diterokai (untapped genetic resource) dan akan diguna untuk meningkatkan pengeluaran seperti pokok, rotan, buah-buahan dan binatang ternakan. Hutan ini juga penting bagi penduduk desa sebagai sumber mendapatkan makanan.

Sehubungan dengan ini, Semenanjung Malaysia telah mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan untuk pemeliharaan kepelbagaian hayat dengan penubuhan Taman-taman negara, suaka han rezab hidupan liar, suaka burung dan taman marin sejak tahun 1930an lagi. Taman Negara yang terbesar di Semenanjung malaysia meliputi kawasan seluas 434,351 ha dan telah diwartakan pada awal tahun 1939 yang kebanyakannya berada dalam hutan dara. Seluas 0.74 juta ha di Semenanjung Malaysia telah dilindungi mengikut undang- undang sebagai kawasan pemeliharaan di mana 0.55 juta ha berada di luar HSK dan 0.19 juta ha berada di dalam HSK. Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis-jenis hutan dalam keadaan semulajadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan Hutan Simpanan dara (VJR) sebagai rezab semulajadi dan Arboretum. Hutan Simpanan Dara ini berperanan sebagai contoh untuk membuat perbandingan ekologi dan biologi dengan kawasan hutan yang telah dibalak atau kesan rawatan silvikultur. Ianya juga merupakan hutan asli semulajadi untuk kajian. Semenjak tahun 1950, sebanyak 72 buah VJR telah ditubuhkan di seluruh Semenanjung Malaysia yang meliputi keluasn 21,284 ha. kawasan- kawasan VJR ini merupakan contoh dari berbagai jenis hutan dara yang terdapat di negara ini termasuklah Hutan Paya Laut, Hutan Pantai, Hutan Rawa (Heath forest), Hutan Paya Gambut, Huatn Pamah Dipterokarpa, Hutan Bukit Dipterokarpa, Hutan Bukit Tinggi Dipterokarpa dan Hutan Pergunungan. Sehubungan itu, perhatian adalah ditumpukan kepada aspek perlindungan terhadap spesies-spesies yang luar biasa dan yang menghadapi kepupusan. Beberapa spesies hidupan liar yang menghadapi kepupusan telah dikenalpasti dan sedang dilindungi di bawah undang-undang seperti harimau, badak sumbu, kongkang dan beberapa jenis rama-rama. Akta Taman Negara 1980 (Pindaan 1985) dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Pindaan 1976 & 1988), memastikan pemeliharaan Taman Negara dan suaka Burung-burung dan hidupan liar yang menghadapi bahaya kepupusan. Kawasan hutan perlindungan yang terletak di kawasan HSK seluas 1.90 juta ha telah dijadikan kawasan perlindungan kepelbagaian hayat di Semenanjung Malaysia yang sekarang berjumlah 2.45 juta ha atau 18.6% daripada keluasan tanah negara ini. Perlindungan alam sekitar

Page 2: Pemuliharaan Hutan

Pemeliharaan hutan dan perlindungan alam sekitar adalah penting bagi Semenanjung Malaysia. Pengurusan hutan secara berkekalan, termasuk penubuhan HSK adalah untuk memastikan keluasan hutan asli yang mencukupi bagi mengekalkan kualiti dan kestabilan alam sekitar. Undang-undang hutan bagi negeri dan persekutuan, ada memperuntukkan peraturan bagi mewartakan kawasan hutan sebagai HSK. Pewartaan pertama mengikut undang-undang negeri bermula sejak awal tahun 1900an. Sejak berkuatkuasanya Enakmen Hutan 1934, kebanyakan hutan-hutan berhasil telah diwartakan sebagai HSK.

Perlindungan kawasan berhutan sebagai tadahan air adalah penting. Ini adalah untuk meminimumkan kesan kerosakan ekoran dari pengusahasilan hutan. Maka dengan itu segala bentuk penerokaan kawasan hutan dan pembangunan infrastruktur yang lain, baik dalam HSK ataupun tanah kerajaan, perlu diawasi dan dikawal dengan sepenuhnya mengikut rancangan pengurusan dan pengusahasilan yang telah ditetapkan bagi menjamin pengeluaran balak yang mencukupi di samping memelihara kualiti alam sekitar dan kestabilan ekologi.

Selain dari Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, yang dipinda bagi memasukkan Impak Alam Sekitar (EIA) yang berkuatkuasa pada 1987 mensyaratkan juga semua aktiviti melibatkan kawasan berhutan memerlukan kepada EIA seperti berikut:

(i)Skim pembangunan tanah yang melibatkan kawasan seluas 500 ha atau lebih kawasan tanah berhutan kepada kegunaan tanah yang lain;

(ii)Sistem perparitan kawasan berpaya, Kawasan hidupan liar atau hutan dara yang meliputi kawasan seluas 100 ha atau lebih;

(iii)Projek akuakultur darat yang melibatkan pembersihan Hutan Paya Laut seluas 50 ha atau lebih;

(iv)Penukaran tanah hutan bukit kepada kegunaan lain-lain yang meliputi kawasan seluas 50 ha atau lebih;

(v)Pembalakan atau penukaran tanah hutan kepada kegunaan lain-lain dalam kawasan tadahan air atau empangan air untuk bekalan air tempatan,pengairan atau penjanaan kuasa elektrik atau kawasan yang berhampiran dengan taman-taman negeri dan negara dan taman marin negara;

(vi)Pembalakan meliputi kawasan seluas 500 ha atau lebih;

(vii)Penukaran tanah Hutan Paya Laut kepada industri, perumahan atau pertanian yang meliputi kawasan seluas 50 ha atau lebih;

(viii)Pembersihan Hutan Bakau di pulau-pulau yang berhampiran dengan taman marin negara;dan

Page 3: Pemuliharaan Hutan

(ix)Lain-lain aktiviti yang mempengaruhi hutan, seperti penambakkan tanah pantai, tebus guna-tanah dan projek penjanaan kuasa elektrik.

Jabatan Perhutanan bersama-sama dengan institusi dan Jabatan-Jabatan lain telah melancarkan kajian yang komprehensif untuk mengendali dan mengkaji kekesanan pengusahasilan hutan terhadap pengeluaran sumber air di hutan bukit dan hasil endapan (sediment yeild) di hilir sungai.Kawasan- kawasan kajian ini terletak di kawasan lembah Hutan Simpan Sg. Tekam bagi Hutan Pamah yang ditubuhkan pada 1973 dan Lembangan Kajian Jengka/Bukit Berembun bagi Hutan Bukit yang ditubuhkan pada tahun 1978. Keputusan awal dari kajian ini menunjukkan bidang parameter hidrologi seperti sumber air, kualiti air dan hasil endapan akan pulih kepada keadaan asal dalam tempoh tiga ke empat tahun selepas pembalakan .

Dibawah Akta Perhutanan negara 1984, hutan perlindungan dalam Hsk dikelaskan sebagai hutan perlindungan tanah, hutan kawalan banjir dan hutan tadahan air. Dua program kajian pengurusan tadahan air telah dimulakan bagi membekalkan data hidrologi bagi pelbagai kegunaan tanah. Ini adalah Program Negara bagi Experimental and Representative basins dan Hidrologi hutan dan Program Pemeliharaan dalam konsep dan pendekatan meluas dan pelbagai disiplin (multi-disiplinary). Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelaksanaan Program Hidrologi Antarabangsa dan beberapa seminar dan bengkel bagi peserta-peserta dari rantau Asia-Pasifik telah diadakan. Di samping ini, Jabatan Perhutanan telah menjadi agensi yang menyelaraskan Projek Pengurusan Legeh Asean-US di negara FIlipina yang telah ditamatkan pada tahun 1989 setelah aktif selama enam (6) tahun. Matlamat utama projek ini ialah meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara ASEAN dalam pemeliharaan tadahan air dan aktiviti pengurusan dengan objektif untuk meningkatkan gunatenaga, kepakaran dan kemahiran. Lebih kurang 200 pegawai dari Malaysia telah mendapat faedah daripada projek ini melalui penglibatan dalam beberapa kursus, latihan, seminar, simposium dan bengkel yang telah dikelolakan di bawah projek ini. Selain daripada itu Malaysia juga menerima bantuan berjumlah RM 208,000 dalam bentuk alat-alat penyelidikan bagi mengendalikan kajian hidrologi. Selain daripada menstabilkan alam sekitar, hutan asli merupakan suaka hidupan liar dan menjadi satu gedung sumber genetik yang belum diterokai (untapped genetic resource) dan akan diguna untuk meningkatkan pengeluaran seperti pokok, rotan, buah-buahan dan binatang ternakan. Hutan ini juga penting bagi penduduk desa sebagai sumber mendapatkan makanan.

Sehubungan dengan ini, Semenanjung Malaysia telah mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan untuk pemeliharaan kepelbagaian hayat dengan penubuhan Taman-taman negara, suaka han rezab hidupan liar, suaka burung dan taman marin sejak tahun 1930an lagi. Taman Negara yang terbesar di Semenanjung malaysia meliputi kawasan seluas 434,351 ha dan telah diwartakan pada awal tahun 1939 yang kebanyakannya berada dalam hutan

Page 4: Pemuliharaan Hutan

dara. Seluas 0.74 juta ha di Semenanjung Malaysia telah dilindungi mengikut undang- undang sebagai kawasan pemeliharaan di mana 0.55 juta ha berada di luar HSK dan 0.19 juta ha berada di dalam HSK. Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis-jenis hutan dalam keadaan semulajadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan Hutan Simpanan dara (VJR) sebagai rezab semulajadi dan Arboretum. Hutan Simpanan Dara ini berperanan sebagai contoh untuk membuat perbandingan ekologi dan biologi dengan kawasan hutan yang telah dibalak atau kesan rawatan silvikultur. Ianya juga merupakan hutan asli semulajadi untuk kajian. Semenjak tahun 1950, sebanyak 72 buah VJR telah ditubuhkan di seluruh Semenanjung Malaysia yang meliputi keluasn 21,284 ha. kawasan- kawasan VJR ini merupakan contoh dari berbagai jenis hutan dara yang terdapat di negara ini termasuklah Hutan Paya Laut, Hutan Pantai, Hutan Rawa (Heath forest), Hutan Paya Gambut, Huatn Pamah Dipterokarpa, Hutan Bukit Dipterokarpa, Hutan Bukit Tinggi Dipterokarpa dan Hutan Pergunungan. Sehubungan itu, perhatian adalah ditumpukan kepada aspek perlindungan terhadap spesies-spesies yang luar biasa dan yang menghadapi kepupusan. Beberapa spesies hidupan liar yang menghadapi kepupusan telah dikenalpasti dan sedang dilindungi di bawah undang-undang seperti harimau, badak sumbu, kongkang dan beberapa jenis rama-rama. Akta Taman Negara 1980 (Pindaan 1985) dan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Pindaan 1976 & 1988), memastikan pemeliharaan Taman Negara dan suaka Burung-burung dan hidupan liar yang menghadapi bahaya kepupusan. Kawasan hutan perlindungan yang terletak di kawasan HSK seluas 1.90 juta ha telah dijadikan kawasan perlindungan kepelbagaian hayat di Semenanjung Malaysia yang sekarang berjumlah 2.45 juta ha atau 18.6% daripada keluasan tanah negara ini.

Perlindungan alam sekitar

Pemeliharaan hutan dan perlindungan alam sekitar adalah penting bagi Semenanjung Malaysia. Pengurusan hutan secara berkekalan, termasuk penubuhan HSK adalah untuk memastikan keluasan hutan asli yang mencukupi bagi mengekalkan kualiti dan kestabilan alam sekitar. Undang-undang hutan bagi negeri dan persekutuan, ada memperuntukkan peraturan bagi mewartakan kawasan hutan sebagai HSK. Pewartaan pertama mengikut undang-undang negeri bermula sejak awal tahun 1900an. Sejak berkuatkuasanya Enakmen Hutan 1934, kebanyakan hutan-hutan berhasil telah diwartakan sebagai HSK. Perlindungan kawasan berhutan sebagai tadahan air adalah penting. Ini adalah untuk meminimumkan kesan kerosakan ekoran dari pengusahasilan hutan. Maka dengan itu segala bentuk penerokaan kawasan hutan dan pembangunan infrastruktur yang lain, baik dalam HSK ataupun tanah kerajaan, perlu diawasi dan dikawal dengan sepenuhnya mengikut rancangan pengurusan dan pengusahasilan yang telah ditetapkan bagi menjamin pengeluaran balak yang mencukupi di samping memelihara kualiti alam sekitar dan kestabilan ekologi.

Page 5: Pemuliharaan Hutan

Selain dari Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, yang dipinda bagi memasukkan Impak Alam Sekitar (EIA) yang berkuatkuasa pada 1987 mensyaratkan juga semua aktiviti melibatkan kawasan berhutan memerlukan kepada EIA seperti berikut:

(i)Skim pembangunan tanah yang melibatkan kawasan seluas 500 ha atau lebih kawasan tanah berhutan kepada kegunaan tanah yang lain;

(ii)Sistem perparitan kawasan berpaya, Kawasan hidupan liar atau hutan dara yang meliputi kawasan seluas 100 ha atau lebih;

(iii)Projek akuakultur darat yang melibatkan pembersihan Hutan Paya Laut seluas 50 ha atau lebih;

(iv)Penukaran tanah hutan bukit kepada kegunaan lain-lain yang meliputi kawasan seluas 50 ha atau lebih;

(v)Pembalakan atau penukaran tanah hutan kepada kegunaan lain-lain dalam kawasan tadahan air atau empangan air untuk bekalan air tempatan,pengairan atau penjanaan kuasa elektrik atau kawasan yang berhampiran dengan taman-taman negeri dan negara dan taman marin negara;

(vi)Pembalakan meliputi kawasan seluas 500 ha atau lebih;

(vii)Penukaran tanah Hutan Paya Laut kepada industri, perumahan atau pertanian yang meliputi kawasan seluas 50 ha atau lebih;

(viii)Pembersihan Hutan Bakau di pulau-pulau yang berhampiran dengan taman marin negara;dan

(ix)Lain-lain aktiviti yang mempengaruhi hutan, seperti penambakkan tanah pantai, tebus guna-tanah dan projek penjanaan kuasa elektrik.

Jabatan Perhutanan bersama-sama dengan institusi dan Jabatan-Jabatan lain telah melancarkan kajian yang komprehensif untuk mengendali dan mengkaji kekesanan pengusahasilan hutan terhadap pengeluaran sumber air di hutan bukit dan hasil endapan (sediment yeild) di hilir sungai.Kawasan- kawasan kajian ini terletak di kawasan lembah Hutan Simpan Sg. Tekam bagi Hutan Pamah yang ditubuhkan pada 1973 dan Lembangan Kajian Jengka/Bukit Berembun bagi Hutan Bukit yang ditubuhkan pada tahun 1978. Keputusan awal dari kajian ini menunjukkan bidang parameter hidrologi seperti sumber air, kualiti air dan hasil endapan akan pulih kepada keadaan asal dalam tempoh tiga ke empat tahun selepas pembalakan .

Dibawah Akta Perhutanan negara 1984, hutan perlindungan dalam Hsk dikelaskan sebagai hutan perlindungan tanah, hutan kawalan banjir dan hutan

Page 6: Pemuliharaan Hutan

tadahan air. Dua program kajian pengurusan tadahan air telah dimulakan bagi membekalkan data hidrologi bagi pelbagai kegunaan tanah. Ini adalah Program Negara bagi Experimental and Representative basins dan Hidrologi hutan dan Program Pemeliharaan dalam konsep dan pendekatan meluas dan pelbagai disiplin (multi-disiplinary). Malaysia juga terlibat secara aktif dalam pelaksanaan Program Hidrologi Antarabangsa dan beberapa seminar dan bengkel bagi peserta-peserta dari rantau Asia-Pasifik telah diadakan. Di samping ini, Jabatan Perhutanan telah menjadi agensi yang menyelaraskan Projek Pengurusan Legeh Asean-US di negara FIlipina yang telah ditamatkan pada tahun 1989 setelah aktif selama enam (6) tahun. Matlamat utama projek ini ialah meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara ASEAN dalam pemeliharaan tadahan air dan aktiviti pengurusan dengan objektif untuk meningkatkan gunatenaga, kepakaran dan kemahiran. Lebih kurang 200 pegawai dari Malaysia telah mendapat faedah daripada projek ini melalui penglibatan dalam beberapa kursus, latihan, seminar, simposium dan bengkel yang telah dikelolakan di bawah projek ini. Selain daripada itu Malaysia juga menerima bantuan berjumlah RM 208,000 dalam bentuk alat-alat penyelidikan bagi mengendalikan kajian hidrologi.