pembangunan mampan dalam islam

8
BASHIROH BINTI AZMI A150894 LMCP1552: PEMBANGUNAN MAMPAN DALAM ISLAM TAJUK: AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

Upload: bashiroh-azmi

Post on 09-Jan-2017

162 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan mampan dalam islam

BASHIROH BINTI AZMI

A150894

LMCP1552: PEMBANGUNAN MAMPAN DALAM ISLAM

TAJUK: AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL

Page 2: Pembangunan mampan dalam islam

Maksud Pembangunan Sosial:merupakan suatu proses pembangunan yang

memberi penekanan kepada pembangunan manusia dan sistem sosialnya. Ia berhubungkait dengan dasar, program dan aktiviti yang menjurus kepada pengisian nilai dan pembangunan budaya yang dapat mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Tujuan Pembangunan Sosial: 1) untuk meningkatkan taraf hidup manusia

2) untuk meningkatkan kemampuan warga manusia untuk bertindak

Pengenalan

Page 3: Pembangunan mampan dalam islam

Pembangunan negara tidak dapat dinikmati

dengan sepenuhnya jika terdapat ketidakseimbangan antara pembangunan ekonomi dengan pembangunan sosial.

nNilai-nilai bersama dan prinsip-prinsip sejagat perlu dipertingkatkan dan dipertimbangkan bagi merealisasikan perpaduan negara.

Dalam proses pembangunan negara, aspek agama tidak boleh dikesampingkan.

Page 4: Pembangunan mampan dalam islam

Maksud Sedekah: Sedekah asal kata bahasa Arab “shadaqoh” yang bererti suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu.

Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Para fuqaha sepakat hukum sedekah pada dasarnya adalah sunah, berpahala bila dilakukan dan tidak berdosa jika ditinggalkan.

CONTOH AMALAN: SEDEKAH

Page 5: Pembangunan mampan dalam islam

1) DIPANJANGKAN UMUR Kita hidup di dunia ini telah ditentukan bila dan

saat kematian tiba. Nabi SAW ingin menjelaskan bahawa Allah SWT

Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui dan Dia boleh memendekkan atau memanjangkan umur seseorang mengikut kehendak-Nya.

Jika Dia reda dan kasih kepada hamba-Nya yang banyak bersedekah tidak sukar bagi Allah SWT merubah qadak dan qadar-Nya yang telah tertulis diLoh Mahfuz.

KELEBIHAN BERSEDEKAH

Page 6: Pembangunan mampan dalam islam

2) MENCEGAH DARIPADA MATI DALAM KEADAAN TERUK Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda

yang bermaksud : “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).” (Hadis Riwayat al-Tirmidzi)

Mati dalam keadaan teruk adalah kematian yang mengerikan, mendapat musibah dan kematian yang tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.

Perbanyakkan bersedekah dan memohon rahmat Allah SWT semoga diakhir hayat kita mendapat husnul khatimah.

Page 7: Pembangunan mampan dalam islam

3) DAPAT MENGHAPUSKAN SIFAT SOMBONG Sesiapa yang melazimkan diri bersedekah dan

tidak kikir daripada harta yang dimiliki Allah SWT akan campakkan dalam hatinya perasaan kasih sayang.

Misalnya, lemah lembut, tenang, suka pada kebenaran dan akan dijauhkan oleh Allah SWT sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.

Page 8: Pembangunan mampan dalam islam

Secara keseluruhannya, rakyat haruslah mempunyai sifat serta mengamalkan amalan yang terbaik dalam pembangunan sosial seperti bersedekah.

Ia penting dalam mewujudkan masyarakat yang menginginkan kebaikan.

Ia juga merupakan kunci untuk mencapai matlamat serta membentuk keperibadian kebangsaan yang jitu.

KESIMPULAN