pameran maya - library.utem.edu.my · • sebutan kaumnya: kaum nuh • di dalam al-quran namanya...

30
PAMERAN MAYA #StayAtHome #StayConnected

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PAMERAN MAYA#StayAtHome

    #StayConnected

  • 25 RASULKISAH

  • KISAH NABI ADAM ‘ALAIHISSALAM• Nama : Adam

    • Usia : 930 tahun

    • Tahun sejarah : 5872 - 4942 SM

    • Tempat turunnya: di bumi India, ada yang

    berpendapat di Jazirah Arab

    • Jumlah keturunannya (anak): 40 (laki-laki dan

    perempuan)

    • Tempat wafat: India, ada yang berpendapat di

    Mekah

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 25

    kali

    • Adam (berarti tanah, manusia, atau cokelat muda)

    atau Nabi Adam as sebagai manusia pertama,

    bersama dengan istrinya, Hawa. Merekalah orang tua

    semua manusia di dunia.

  • KISAH NABI IDRIS ‘ALAIHISSALAM• Nama: Idris bin Yarid, nama aslinya Akhnukh, nama

    Ibunya Asyut• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒

    Mahlail ⇒ Yarid ⇒ Idris as• Usia: 345 tahun

    • Tahun sejarah: 4533 - 4188 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Iraq Kuno (Babylon,

    Babilonia) dan Mesir (Memphis)

    • Tempat wafat: Allah mengangkatnya ke langit

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak

    2 kali

    • Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi

    Adam, putra dari Yarid bin Mihla'iel (Mahlail) bin

    Qinan (Qainan) bin Anusy bin Shiyth (Syits) bin

    Adam as. Nabi Idris as menjadi keturunan pertama

    yang diutus menjadi nabi setelah Adam.

    • Dalam agama Yahudi dan Nasrani, Idris dikenal

    dengan nama Henokh.

  • KISAH NABI NUH ‘ALAIHISSALAM• Nama: Nuh• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒

    Mahlail ⇒ Yarid ⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒Nuh as

    • Usia: 950 tahun

    • Tahun sejarah: 3993 - 3043 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Selatan Iraq

    • Jumlah keturunannya (anak): 4 putera

    • Tempat wafat: Mekah al-Mukarramah• Sebutan kaumnya: Kaum Nuh

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 43

    kali

    • Merupakan keturunan Nabi Idris as. yang diutus Allah

    kepada kaum kafir. Baginda menyeru supaya semuamanusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh

    ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir

    itu tenggelam dalam banjir yang besar.

  • KISAH NABI HUD ‘ALAIHISSALAM• Nama : Hud bin Abdullah• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒

    Yarid ⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam⇒ Iram (Aram) ⇒ 'Aush ('Uks) ⇒ 'Ad ⇒ al-Khulud ⇒ Rabah ⇒Abdullah ⇒ Hud as

    • Usia: 130 tahun

    • Tahun sejarah: 2450 - 2320 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Al-Ahqaf (lokasinya antara Yaman

    dan Oman)

    • Tempat wafat: Bagian Timur Hadramaut (Yaman)

    • Sebutan kaumnya: Kaum 'Ad

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 7 kali

    • Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu

    menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh

    mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka ingkar,

    akhirnya mereka menerima seksaan dengan ditimpa

    badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari

    lapan malam.

  • KISAH NABI SALEH ‘ALAIHISSALAM• Nama: Shalih bin Ubaid• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒

    Mahlail ⇒ Yarid ⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Iram (Aram) ⇒ Amir ⇒Tsamud ⇒ Hadzir ⇒ Ubaid ⇒ Masah ⇒ Asif ⇒Ubaid ⇒ Shalih as

    • Usia: 70 tahun

    • Tahun sejarah: 2150 - 2080 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Daerah al-Hijr (Mada'inSalih, antara Madinah dan Syria)

    • Tempat wafat: Mekah al-Mukarramah

    • Sebutan kaumnya: Kaum Tsamud

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkansebanyak 10 kali

    • Mukjizat terkenal dari nabi Saleh as adalah

    lahirnya unta betina dari celah batu dengan izin

    Allah.

  • KISAH NABI IBRAHIM ‘ALAIHISSALAM• Nama: Ibrahim bin Azar• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Azar⇒Ibrahim as

    • Usia: 175 tahun

    • Tahun sejarah: 1997 - 1822 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Ur di daerah selatan Babylon (Iraq)

    • Jumlah keturunannya (anak): 13 anak

    • Tempat wafat: Al-Khalid (Hebron, Palestin/Israel)

    • Sebutan kaumnya: Bangsa Kaldan• Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 69 kali

    • Juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum

    Namrud di negeri Babilon lebih kurang 4000 tahun sebelum

    Masehi. Kaum Namrud menyembah berhala bahkan akhirnya

    Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga

    menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada mereka namun

    mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada

    mereka tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum

    yang ingkar.

  • KISAH NABI LUTH ‘ALAIHISSALAM• Nama: Luth bin Haran• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail⇒ Yarid ⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒Sam ⇒ Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒Nahur ⇒ Azar ⇒ Haran ⇒ Luth as

    • Usia: 80 tahun

    • Tahun sejarah: 1950 - 1870 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Sodom dan Amurah (Laut Mati

    atau Danau Luth)

    • Jumlah keturunannya (anak): 2 puteri (Ratsiya dan Za'rita)

    • Tempat wafat: Desa Shafrah di Syam (Syria)

    • Sebutan kaumnya: Kaum Luth

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 27 kali

    • Adalah bersaudara dengan Nabi Ibrahim yang diutuskan

    kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya kaumnya

    menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT

    membalas keingkaran mereka dengan dibalik bumi

    Sadum sehingga musnah negeri tersebut.

  • KISAH NABI ISMAIL ‘ALAIHISSALAM• Nama: Ismail bin Ibrahim• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒

    Yarid ⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒Azar ⇒ Ibrahim as⇒ Ismail as

    • Usia: 137 tahun• Tahun sejarah: 1911 - 1774 SM• Tempat diutus (lokasi): Mekah al-Mukarramah• Jumlah keturunannya (anak): 12 anak• Tempat wafat: Mekah al-Mukarramah• Sebutan kaumnya: Amaliq dan Kabilah Yaman• Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 12 kali• Adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti

    Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman,kerana mereka belum kenal dengan agama tauhid atau Islam.Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat

    dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak lelakiyang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun.Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkanNabi Muhammad SAW.

  • KISAH NABI ISHAK ‘ALAIHISSALAM• Nama: Ishaq (Ishak) bin Ibrahim• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyadz⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Azar ⇒ Ibrahimas ⇒ Ishaq as

    • Usia: 180 tahun

    • Tahun sejarah: 1897 - 1717 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Kota al-Khalil (Hebron) di daerah Kan'an

    (Kana'an)

    • Jumlah keturunannya (anak): 2 anak

    • Tempat wafat: Al-Khalil (Hebron)

    • Sebutan kaumnya: Bangsa Kan'an

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 17 kali

    • Adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan

    Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan'an untuk

    menyembah Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayar

    zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Nabi Ishaq berkahwin

    dengan Rifka dan mendapat anak kembar iaitu ish dan Ya'kub.

    Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan dimakamkan di Baitul

    Maqdis daerah Palastin.

  • KISAH NABI YAAKUB ‘ALAIHISSALAM• Nama: Ya'qub (Yakub/Israel) bin Ishaq (Ishak),• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒Azar ⇒ Ibrahim as ⇒ Ishaq as ⇒ Ya'qub as

    • Usia: 147 tahun

    • Tahun sejarah: 1837 - 1690 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Syam (Syria/Siria)

    • Jumlah keturunannya (anak): 12 anak lelaki

    • Tempat wafat: Al-Khalil (Hebron)

    • Sebutan kaumnya: Bangsa Kan'an

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 18 kali

    • Diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya

    telah ramai menyembah berhala. Nabi Ya'kub mengajar

    kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa dan

    baginda wafat dalam usia 148 tahun.

  • KISAH NABI YUSUF ‘ALAIHISSALAM• Nama: Yusuf bin Ya'qub (Yusuf bin Yakub)• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyadz⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Azar ⇒ Ibrahimas ⇒ Ishaq as ⇒ Ya'qub as ⇒ Yusuf as

    • Usia: 110 tahun

    • Tahun sejarah: 1745 - 1635 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Mesir

    • Jumlah keturunannya (anak): 3 anak (2 laki-laki, 1 perempuan)

    • Tempat wafat: Nablus

    • Sebutan kaumnya: Heksos dan Bani Israil

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 58 kali

    • Anak Nabi Ya'kub as yang diutus sebagai nabi kepada bangsaMesir untuk mengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembah

    Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disamping baginda seorang nabi ia

    juga seorang raja dengan dasar pemerintahannya adalah Islam.

    Beliau wafat dalam usia 120 tahun dan dimakamkan ditepi sungaiNil

  • KISAH NABI AYUB ‘ALAIHISSALAM• Nama: Ayub (Ayyub) bin Amush• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒

    Yarid ⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒Azar ⇒ Ibrahim as ⇒ Ishaq as ⇒ al-'Aish ⇒ Rum ⇒ Tawakh ⇒Amush ⇒ Ayub as

    • Usia: 120 tahun

    • Tahun sejarah: 1540 - 1420 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Dataran Hauran

    • Jumlah keturunannya (anak): 26 anak

    • Tempat wafat: Dataran Hauran

    • Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Amori, di daerah Syria

    dan Yordania

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 4 kali

    • Anak Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah

    SWT ke negeri Rom untuk mengajarkan agama tauhid iaitu

    menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebih kurang

    93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.

  • KISAH NABI SHU’AIB ‘ALAIHISSALAM• Nama: Syu'aib (Syuaib) bin Mikail• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Azar⇒ Ibrahim as ⇒ Madyan ⇒ Yasyjur ⇒ Mikail ⇒ Syu'aib as

    • Usia: 110 tahun

    • Tahun sejarah: 1600 - 1490 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Madyan (di pesisir Laut Merah di tenggara

    Gunung Sinai)

    • Jumlah keturunannya (anak): 2 anak perempuan

    • Tempat wafat: Yordania

    • Sebutan kaumnya: Madyan dan Ashhabul Aikah

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 11 kali

    • Keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeriá Madyan,

    Palastin Selatan agar mengajar agama tauhid iaitu menyembah

    Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya.

    Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana

    daripada Allah berupa gempa bumi dan kepingan awan panas

    daripada langit.

  • KISAH NABI MUSA ‘ALAIHISSALAM• Nama: Musa bin Imran• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid ⇒ Idris

    as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Azar ⇒ Ibrahim as ⇒ Ishaqas ⇒ Ya'qub as ⇒ Lawi ⇒ Azar⇒ Qahats ⇒ Imran ⇒ Musa as

    • Usia: 120 tahun

    • Tahun sejarah: 1527 - 1407 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Sinai di Mesir

    • Jumlah keturunannya (anak): 2 anak (namanya Azir dan Jarsyun), dari

    isterinya yang bernama Shafura

    • Tempat wafat: Gunung Nebu (Bukit Nabu') di Jordan (sekarang)

    • Sebutan kaumnya: Bani Israil dan Fir'aun (gelar raja Mesir)

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 136 kali

    • Diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah

    Allah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai

    yang ingkar sehingga mereka menyembah patung anak sapi yang

    dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada

    Allah SWT dan diberi mukjizat.

  • KISAH NABI HARUN ‘ALAIHISSALAM• Nama: Harun bin Imran, istrinya bernama Ayariha• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒

    Yarid ⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam⇒ Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒Nahur ⇒ Azar ⇒ Ibrahim as ⇒ Ishaq as ⇒ Ya'qub as ⇒ Lawi⇒ Azar ⇒ Qahats ⇒ Imran ⇒ Harun as

    • Usia: 123 tahun

    • Tahun sejarah: 1531 - 1408 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Sinai di Mesir

    • Tempat wafat: Gunung Nebu (Bukit Nabu') di Jordan

    (sekarang)

    • Sebutan kaumnya: Bani Israil dan Fir'aun (gelar raja Mesir)

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 20 kali

    • Harun bin Imran bin Qahats bin Azar bin Lawi bin Yaakub

    bin Ishak bin Ibrahim. Beliau adalah kakak Nabi Musa,

    diutus untuk membantu Musa memimpin Bani Israel ke

    jalan yang benar.

  • KISAH NABI ZULKIFLI ‘ALAIHISSALAM• Nama: Dzulkifli (Zulkifli) bin Ayub, nama aslinya Bisyr (Basyar)• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyadz ⇒Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Azar ⇒ Ibrahimas ⇒ Ishaq as ⇒ al-'Aish ⇒ Rum ⇒ Tawakh ⇒ Amush ⇒ Ayubas ⇒ Dzulkifli as

    • Usia: 75 tahun

    • Tahun sejarah: 1500 - 1425 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Damaskus dan sekitarnya

    • Tempat wafat: Damaskus

    • Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Amori (Kaum Rom), di daerah

    Syria dan Yordania

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 2 kali

    • Adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri Rom.

    Disamping beliau seorang nabi juga seorang raja yang tetap

    mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah, Tuhan

    Yang Maha Esa. Beliau menyeru kepada kaumnya supaya

    meninggalkan penyembahan berhala dan melaksanakan syariat

    Islam supaya solat dan membayar zakat. Beliau wafat dalam usia 95

    tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan.

  • KISAH NABI DAUD ‘ALAIHISSALAM• Nama: Daud (Dawud, David) bin Isya• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyadz ⇒Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Azar ⇒ Ibrahimas ⇒ Ishaq as ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu'az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud as

    • Usia: 100 tahun

    • Tahun sejarah: 1063 - 963 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Palestin dan Israil

    • Jumlah keturunannya (anak): Sulaiman

    • Tempat wafat: Baitul Maqdis (Yerusalem)

    • Sebutan kaumnya: Bani Israil

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 18 kali

    • Dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada

    kaumnya agar menyembah Allah dan mengerjakan ibadah puasa.

    Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang 100 tahun, lalu

    dimakamkan di Palastin.

  • KISAH NABI SULAIMAN ‘ALAIHISSALAM• Nama: Sulaiman (Sulaeman, Sulayman) bin Daud (Dawud)• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyadz ⇒Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Azar ⇒ Ibrahimas ⇒ Ishaq as ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu'az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud as ⇒ Sulaiman as

    • Usia: 66 tahun

    • Tahun sejarah: 989 - 923 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Palestin (dan Israil)

    • Keturunannya (anaknya): Rahab'an (Ruhba'am/Rehabeam)

    • Tempat wafat: Baitul Maqdis (Yerusalem)

    • Sebutan kaumnya: Bani Israil

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 21 kali

    • Beliau seorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT

    agar diberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan diperolehi

    sesaorang pun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga

    beliau dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan haiwan.

    Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah

    dan menghindari daripada mensyirikkannya.

  • KISAH NABI ILYAS ‘ALAIHISSALAM• Nama: Ilyas bin Yasin• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid⇒ Idris

    as ⇒ Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒Abir⇒ Falij⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒ Azar⇒ Ibrahim as ⇒ Ishaqas ⇒ Ya'qub as ⇒ Lawi ⇒ Azar⇒ Qahats ⇒ Imran ⇒ Harun as ⇒ Alzar⇒Fanhash ⇒ Yasin⇒ Ilyas as

    • Usia: 60 tahun

    • Tahun sejarah: 910 - 850 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Ba'labak (daerah di Lebanon)

    • Tempat wafat: Diangkat Allah ke langit

    • Sebutan kaumnya: Bangsa Fenisia

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 4 kali

    • Merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagai rasul di negeri

    Balbik di Lebanon Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah

    menyembah berhala. Patung terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al"

    dibuat dari emas. Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah

    Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar, sehingga

    kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat. Nabi Ilyas

    wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.

  • KISAH NABI ILYASA ‘ALAIHISSALAM• Nama: Ilyasa' bin Akhthub

    Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid⇒ Idris as ⇒Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒ Abir⇒ Falij⇒ Ra'u ⇒Saruj ⇒ Nahur ⇒ Azar ⇒ Ibrahim as ⇒ Ishaq as ⇒ Ya'qub as ⇒ Yusuf as ⇒ Ifrayim⇒Syutlim ⇒ Akhthub ⇒ Ilyasa' as

    • Usia: 90 tahun

    • Tahun sejarah: 885 - 795 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Jaubar, Damsyik

    • Tempat wafat: Palestin

    • Sebutan kaumnya: Bangsa Arami dan Bani Israil

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 2 kali

    • Diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan

    kitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan mereka

    terhadap Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang yahudi dijajah oleh raja dari Babil

    bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari

    Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja Rom bernama Titus memasuki Palestin dan

    merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali Baitul Maqdis. Begitulah bangsa Yahudi

    mendapat kutukan dan laknat daripada Allah dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah

    mereka ke seluruh pelosok, dikutuk dan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.

  • KISAH NABI YUNUS ‘ALAIHISSALAM• Nama: Yunus (Yunan) bin Matta binti Abumatta,• Matta adalah nama Ibunya (catatan : Tidak ada dari para nabi yang dinasabkan ke

    Ibunya, kecuali Yunus dan Isa)

    • Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid ⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒Azar ⇒ Ibrahim as ⇒ Ishaq as ⇒ Ya'qub as ⇒ Yusuf as ⇒ Bunyamin ⇒ Abumatta ⇒ Matta⇒ Yunus as

    • Usia: 70 tahun

    • Tahun sejarah: 820 - 750 SM

    • Tempat diutus (lokasi): Ninawa, Iraq

    • Tempat wafat: Ninawa, Iraq

    • Sebutan kaumnya: Bangsa Asyiria, di utara Irak• Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 5 kali

    • Diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau

    mengajak kaumnya agar menyembah Allah , namun ajakan beliau ditentang bahkan

    diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada Allah agar

    diturunkan azab kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh

    penduduk mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah

    meneruskan pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal

    kerana melawan Rasul Allah. Nabi Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun.

    Setelah kembali ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus

    meneruskan dakwahnya sehingga negeri tersebut menjadi aman dan makmur.

  • KISAH NABI ZAKARIA ‘ALAIHISSALAM• Nama: Zakaria (Zakariya) bin Dan• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid ⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒Azar ⇒ Ibrahim as ⇒ Ishaq as ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu'az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud as ⇒ Sulaiman as ⇒ Rahab'am ⇒Aynaman ⇒ Yahfayath ⇒ Syalum ⇒ Nahur ⇒ Bal'athah ⇒ Barkhiya ⇒ Shiddiqah ⇒ Muslim⇒ Sulaiman ⇒ Daud ⇒ Hasyban ⇒ Shaduq ⇒ Muslim⇒ Dan ⇒ Zakaria as

    • Usia: 122 tahun

    • Tahun sejarah: 91 SM - 31 M

    • Tempat diutus (lokasi): Palestin

    • Jumlah keturunannya (anaknya): 1 anak

    • Tempat wafat: Halab (Aleppo)

    • Sebutan kaumnya: Bani Israil

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 12 kali

    • Diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil

    dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya

    dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu

    juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga

    hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai

    bagi mereka yang ingkar.

  • KISAH NABI YAHYA ‘ALAIHISSALAM• Nama: Yahya bin Zakaria• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid ⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒Azar ⇒ Ibrahim as ⇒ Ishaq as ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu'az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud as ⇒ Sulaiman as ⇒ Rahab'am ⇒Aynaman ⇒ Yahfayath ⇒ Syalum ⇒ Nahur ⇒ Bal'athah ⇒ Barkhiya ⇒ Shiddiqah ⇒ Muslim ⇒Sulaiman ⇒ Daud ⇒ Hasyban ⇒ Shaduq ⇒ Muslim⇒ Dan ⇒ Zakaria as ⇒ Yahya as

    • Usia: 32 tahun

    • Tahun sejarah: 1 SM - 31 M

    • Tempat diutus (lokasi): Palestin

    • Tempat wafat: Damsyik

    • Sebutan kaumnya: Bani Israil

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 5 kali

    • Diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil

    dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya

    dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu

    juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati

    mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai

    bagi mereka yang ingkar.

  • KISAH NABI ISA ‘ALAIHISSALAM• Nama: Isa bin Maryam binti Imran, Maryam adalah nama Ibunya (catatan : Tidak ada dari

    para nabi yang dinasabkan ke Ibunya, kecuali Isa dan Yunus)• Keturunan: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid ⇒ Idris as ⇒ Mutawasylah⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒ Saruj ⇒ Nahur ⇒Azar ⇒ Ibrahim as ⇒ Ishaq as ⇒ Yahudza ⇒ Farish ⇒ Hashrun ⇒ Aram ⇒ Aminadab ⇒Hasyun ⇒ Salmun ⇒ Bu'az ⇒ Uwaibid ⇒ Isya ⇒ Daud as ⇒ Sulaiman as ⇒ Rahab'am ⇒Radim ⇒ Yahusafat ⇒ Barid ⇒ Nausa ⇒ Nawas ⇒ Amsaya ⇒ Izazaya ⇒ Au'am ⇒ Ahrif ⇒Hizkil ⇒ Misyam ⇒ Amur ⇒ Sahim ⇒ Imran ⇒ Maryam ⇒ Isa as

    • Usia: 33 tahun

    • Tahun sejarah: 1 SM - 32 M

    • Tempat diutus (lokasi): Palestin

    • Tempat wafat: Diangkat oleh Allah ke langit

    • Sebutan kaumnya: Bani Israil

    • Di dalam Al-Quran nama Isa disebutkan sebanyak 21 kali, sebutan al-Masih sebanyak 11

    kali, dan sebutan Ibnu (Putra) Maryam sebanyak 23 kali

    • Adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnya

    menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam

    syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat manusia.

  • KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W• Nama: Muhammad bin Abdullah• Keturunan Ayah: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid ⇒ Idris as ⇒

    Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒Saruj ⇒ Nahur ⇒ Azar ⇒ Ibrahim as ⇒ Ismail as ⇒ Nabit ⇒ Yasyjub ⇒ Ya'rub ⇒ Tairah ⇒Nahur ⇒ Muqawwim ⇒ Udad ⇒ Adnan ⇒ Ma'ad ⇒ Nizar ⇒ Mudhar ⇒ Ilyas ⇒ Mudrikah⇒ Khuzaimah ⇒ Kinanah ⇒ an-Nadhar ⇒ Malik ⇒ Quraisy (Fihr) ⇒ Ghalib ⇒ Lu'ay ⇒Ka'ab ⇒ Murrah ⇒ Kilab ⇒ Qushay ⇒ Zuhrah ⇒ Abdu Manaf ⇒ Hasyim ⇒ Abdul Muthalib⇒ Abdullah ⇒ Muhammad saw

    • Keturunan Ibu: Adam as ⇒ Syits ⇒ Anusy ⇒ Qainan ⇒ Mahlail ⇒ Yarid ⇒ Idris as ⇒Mutawasylah ⇒ Lamak ⇒ Nuh as ⇒ Sam ⇒ Arfakhsyadz ⇒ Syalih ⇒ Abir ⇒ Falij ⇒ Ra'u ⇒Saruj ⇒ Nahur ⇒ Azar ⇒ Ibrahim as ⇒ Ismail as ⇒ Nabit ⇒ Yasyjub ⇒ Ya'rub ⇒ Tairah ⇒Nahur ⇒ Muqawwim ⇒ Udad ⇒ Adnan ⇒ Ma'ad ⇒ Nizar ⇒ Mudhar ⇒ Ilyas ⇒ Mudrikah⇒ Khuzaimah ⇒ Kinanah ⇒ an-Nadhar ⇒ Malik ⇒ Quraisy (Fihr) ⇒ Ghalib ⇒ Lu'ay ⇒Ka'ab ⇒ Murrah ⇒ Kilab ⇒ Qushay ⇒ Zuhrah ⇒ Abdu Manaf ⇒ Wahab⇒ Aminah ⇒ Muhammad saw

    • Usia: 62 tahun

    • Tahun sejarah: 570 - 632 M

    • Tempat diutus (lokasi): Mekah al-Mukarramah

  • KISAH NABI MUHAMMAD S.A.W• Jumlah keturunannya (anaknya): 7 anak (3 laki-laki, 4 perempuan)

    • Tempat wafat: Madinah an-Nabawiyah

    • Sebutan kaumnya: Bangsa Arab

    • Di dalam Al-Quran namanya disebutkan sebanyak 25 kali secara jelas

    • Dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul

    Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi

    Muhammad SAW adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan

    umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi

    Muhammad SAW) bergelar "Rahmatan Lil Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh alam".

    Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-

    nabiá atau rasul-rasul Allah terdahulu baginda pun mengajar dan menyeru manusia supaya

    menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul, jadi

    agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur

    dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan

    ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda. Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya

    menyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini

    Nabi Isa as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi

    terakhir sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai

    berikut.

  • SUMBER:-

    https://www.penangkini.com/2020/05/kisah-25-rasul-did-you-know.html

    http://alvinarea.blogspot.com/2011/07/kisah-nabi-ishaq-as.html

    http://joerzack.tripod.com/SEJARAH_25_RASUL.htm

    https://www.penangkini.com/2020/05/kisah-25-rasul-did-you-know.htmlhttp://alvinarea.blogspot.com/2011/07/kisah-nabi-ishaq-as.htmlhttp://joerzack.tripod.com/SEJARAH_25_RASUL.htm