nota hazad deen- besar

Upload: arkibtarbiah

Post on 06-Apr-2018

288 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Nota Hazad Deen- Besar

    1/7

    HAZAD-DEENHAKIKAT ISLAM YANG DILUPAI..!

    Oleh : As-Syaheed Sayyid Qutb rahimahuLlah.

    IANYA SATU MANHAJ UNTUK MANUSIA

    - - !

    .

    Hakikat utama tabiat agama ini - penting tetapi sering dilupai atau dijahili -menyebabkan kesilapan besar dalam memahami Islam Hakikat zatiahdan waqi sejarahnya.

    Kesilapan - kerana agama ini dari Allah maka ia akan berlaku pada manusiatanpa sebab dan musabbab.

    Kerana sekali lihat terjadi tanpa sebab dan sekali berlaku mengikutkemampuan manusia mereka jadi frust dan timbul kurang percayakepada kemampuan manhaj ini atau lebik teruk lagi syak pada Islamsendiri.

    Kesemuanya lahir dari satu kesilapan sahaja tidak faham Islam dancaranya.

    Agama ini manhaj ilahi untuk kehidupan manusia - ianya berjalan mengikutusaha dan dalam lingkungan kemampuan manusia.

    Ia tidak pernah lalai dari fitrah manusia - boleh mencapai tahap yang tidakmungkin dicapai oleh mana-mana manhaj manusia - jika ia dilakukanbersungguh-sungguh. Kesilapan bila manusia menunggu suatu yang

    luarbiasa berlaku hanya semata-mata kerana ia dari Allah. Timbul pertanyaan kadang-kadang: kenapa dibiarkan Islam kepada

    kemampuan manusia? Kenapa agama ini kadang kala kalah oleh golonganbatil..? Kenapa tidak menang? Kenapa itu dan ini?

    Allah mampu untuk menangkan agamanya tetapi ia ingin menjadikanpetunjuk itu terhasil dari usaha dan keinginan ( ) dan berlakumengikut kemampuan manusia ( ).

    Tidak ada orang yang layak untuk bertanya Allah kenapa ia terjadi demikian -kerana mereka semua hamba dan bukan Tuhan, kerana mereka jahildengan nizam keseluruhan alam ini. Orang mukmin sebenar tidak akanbertanya kerana mereka beradab dengan Allah. Orang atheis juga tidak

    bertanya kerana mereka tidak mengakui Allah. Yang bertanya hanya main-main oleh itu cara ajar mereka ialah dengan mengenalkan merekadengan hakikat Uluhiyyah dan khasaisnya sehingga ia akan jadi mukminatau jadi atheis.

    Manhaj ini terlaksana di atas muka bumi ini bukan sepertimana perjalananplanet dan bulan - tetapi dengan ada segolongan manusia membawanya,yakin dengannya, beramal dengannya sekadar kemampuan mereka, cubamembawanya orang lain sama dan berjihad sepenuhnya dengan segala apayang ada padanya. Kadangkala ia menang dan kadangkala mengikut kadarusaha yang dilakukannya.

    Inilah hakikat yang ingin dinyatakan oleh Allah kepada jamaah muslimah -

    (ayat diatas). Di dalam peperangan uhud, bila muslimin cuai mengambil wasilah yang

    sepadan atau melupai hakikat ini dengan menyangka mereka akan menang

    1

  • 8/3/2019 Nota Hazad Deen- Besar

    2/7

    kerana mereka muslimin lalu Allah mengajar mereka. Mereka diajar olehAllah bukan dengan kalam atau celaan, tetapi dengan darah dan kesakitan,gugur syahid dan kecederaan rasul mereka.

    Ini semua bukan menafikan kekuasaan Allah. Pemerhatian pada alam waqi menunjukkan bahawa hakikat iman tidak akan

    tertanam kukuh di dalam hati hinggalah adanya mujahadah kerana iman

    ini. Mujahadah dengan bencikan kebatilan dan mujahadah memindahkanmanusia dari alam batil kepada kebenaran. Di sini berlaku mehnah samadasebelum menang atau selepas menang. Kesabaran atas mehnahmenjadikan seseorang itu teguh tetap dan terus mara.

    Hakikat iman dan kehidupan manusia tidak akan terbuka ufuqnya tanpamujahadah dan melalui kepenatan. Ini lah maksud ayat ( ) kerana kerosakan paling awal ialah rosak jiwa kerana tidakbergerak, relak dan tiada kerja.

    Mujahadah juga menjadi wasilah amali untuk menapis saf -selepas menapisjiwa- dari golongan pemalas, munafik dan penipu.

    Inilah maksud ayat:.

    Walaupun mehnah yang menimpa mereka sebab kecuaian mereka, namumakhirnya ia adalah untuk kebaikan mereka sebagai pengajaran, penapisandan pembersihan saf dan jiwa.

    Pemahaman ini tidak bermakna menafikan kuasa Allah kerana kata putusakhirnya ialah kuasa dan penentuan Allah berdasarkan hikmat dankehendakNya.

    IANYA SUATU MANHAJ YANG UNIK

    . ..

    .

    Jika begitu sifat manhaj ini, apa lebihnya dari manhaj rekaan manusia biasayang juga boleh tercapai dengan usaha manusia? Apa hebatnya dari manhajlain? Kenapa perlu ditegakkan dalam manhaj ini?Kita perlu menegakkan manhaj ini kerana:1. Untuk menjadikan diri kita layak dipanggil Islam. Kerana Syahadah

    memerlukan pengakuan hanya Allah memiliki hak hakimiyyah, mengiktirafAllah sahaja layak menggubal manhaj dan syahadah memerlukan kitaberusaha menegakkan manhaj ini dalam kehidupan manusia.

    2. Hanya manhaj ini yang membebaskan manusia sebenarnya dari sebarangperhambaan kepada sesama makhluk. Kristian dan Yahudimempertuhankan pendita mereka (Kesah Adi bin Hatim). Manhaj lainsemua tidak lepas dari perhambaan ini.

    3. Kerana sifat rabbaninya, maka hanya manhaj ini terlepas dari kelemahan,nafsu dan kepentingan manusia. Manhaj ciptaan manusia mustahil akanterlepas dari keinginan untuk kepentingan diri, keluarga, puak dll.Perlaksanaan manhaj ilahi ini juga berlaku secara adil kerana iadilaksanakan oleh jamaah muslimah yang beriman dan bertaqwa.

    4. Kerana manhaj ilahi ini sahaja yang terlepas dari kelemahan dan kejahilanmanusia. Manhaj ciptaan manusia tidak dapat menelek dan merangkumkan

    semua ilmu tentang manusia, pengalaman lepas apatahlagi yang akanberlaku. Hanya Allah Maha Tahu.5. Hanya manhaj ini yang tegak di atas pentafsiran yang menyeluruh terhadap

    alam ini. Manhaj ciptaan manusia hanya didasarkan atas pandangan yang

    2

  • 8/3/2019 Nota Hazad Deen- Besar

    3/7

    sempit kerana kelemahan dan kejahilan manusia. Falsafah-falsafah ciptaanmanusia lampau kadang-kadang kelihatan suatu yang bodoh.

    6. Kerana hanya manhaj ini sahaja yang dapat menempatkan manusia didalamtansiq penyelarasan dengan perjalanan alam seluruhnya. Penyelarasan akanmelahirkan kekuatan dan pertembungan akan melahirkan kelemahan dankehancuran. Fitrah manusia sesuai dengan perjalanan alam. Fenomena

    negara barat menunjukkan mereka sedang bertentang dengan perjalananalam. Mereka mencapai kemajuan dalam sains, penciptaan, penerokaanangkasa tetapi jiwa tetap tidak bahagia?

    Kita wajib melaksanakan manhaj ini di dunia ini untuk mengembalikan manusiakepada tuhan yang sebenar.

    .

    SATU MANHAJ YANG MUDAH

    . : .

    .

    Ada orang mengatakan: Manhaj ini sukar dan berat untuk dilaksanakan. Ianyaboleh tercapai pada satu zaman tetapi untuk zaman seterusnya cukup bagimanusia mengambil apa-apa manhaj yang lebih mudah untuk dilaksanakan.Manhaj ini terlalu ideal, tidak amali dan tidak waqii. Sejarah yang berlakumenunjukan ini semua. Hanya layak untuk zaman Nabi saw sahaja.Tidak benar ..! Suatu yang silap menyangka manhaj ini memberatkan manusia

    kerana:1. Ianya manhaj sesuai dengan fitrah manusia dan mengenali fitrah lebih darimanhaj lain. Bila bersesuaian dan seragam dengan fitrah manusia, maka iaberjalan dengan aman dan tenteram. Bagi yang merasa manhaj ini sukar, mereka merasa unsur akhlak dalam Islam

    seolahnya penghalang dan pengekang untuk bebas melakukan kehendak. Ini adalah kesilapan kerana akhlak Islam adalah pembina dan penolak

    kemajuan. Mengawal diri dari mengikut kehendak seks adalahkemerdekaan dari terpenjara oleh ikatan hamba kepada seks.

    Islam menganggap dosa dan perangai buruk adalah rantai pengikat yangmerendahkan darjat manusia. Kerana pokok asal manusia ialah sukakan

    kebaikan. Orang Islam yang merasakan akhlak Islam sebagai penghalang dan kekangan

    kerana mereka sekarang hidup dalam masyarakat yang tidak dikuasai olehIslam. Untuk mempraktikkan Islam dirasakan begitu sukar.

    Dalam masyakarat Islam sebenar, akhlak Islam menjadi maruf dan mudahdilakukan sementara akhlak buruk menjadi mungkar yang disanggahi dandibenci. Ketika itu akhlak Islam menjadi mudah. Ketika itu barulah seorangmuslim hidup secara tabii.

    Kerana inilah pentingnya membina masyakarat Islam.

    2. Manhaj jahiliyyah yang diambil mempunyai banyak kelemahan kerana ianyahasil ciptaan manusia yang lemah. Penyelesaiannya tidak menyeluruh,mengakibatkan timbul masalah baru dan sementara. Ini lebih menyusah dan

    3

  • 8/3/2019 Nota Hazad Deen- Besar

    4/7

    menyeksa manusia kerana tidak bertepatan dengan fitrah manusia. ManhajIslam lebih tabiI dan sesuai dengan naluri.3. Manhaj Islam sangat mampu untuk terus kukuh dan utuh. Walaupunditegakkan dalam setengah kurun, tetapi mampu bertahan lebih 1000 tahundan sedang cuba untuk bangkit semula. Tamaddun lain (Rom) bangkitdalammasa 1000 tahun tapi hancur dalam 100 tahun.

    Kehebatan Islam akan bangkit semula bila ada manusia yang berkumpul danberusaha menegakkannya kembali.

    SATU MANHAJ YANG BERPENGARUH

    ..

    - .

    Ketika mencapai kegemilangannya, manhaj ini meninggalkan kesan danpengaruhnya dalam masyarakat Islam dan dunia. Oleh itu ia lebih mampu darimanhaj-manhaj lain.

    1. Melahirkan manusia hebat yang tidak pernah dapat ditandingi. Bukan seorangtetapi puluhan dan ratusan. Mereka lahir dalam jangkamasa yang pendek dalamsemua lapangan hidup. Yang hebatnya mereka masih kekal seperti manusiabiasa, melakukan kesilapan dan menggunakan kemampuan mereka sebagaimanusia. Ini memberi keyakinan bahawa bentuk seperti itu masih boleh diwujudkan

    sekarang ketika adanya manhaj yang sesuai. Contoh agung yang lahir dizaman itu hanya dari padang pasir kontang, faqir dan tidak mempunyaisumber ekonomi dan kebudayaan yang hebat.

    Mereka semua telah meninggalkan kesan kepada masyarakat dunia dan

    sejarah.2. Mampu menerapkan nilai, tasawwur dan neraca yang jelas dan mantapyang merangkumi keseluruhan lapangan hidup manusia. Penerapan iniberlaku dalam suasana manusia tidak dapat menerimanya. Hanya satu-satunya kekuatannya yang ada padanya ialah kesesuaiannya dengan fitrahmanusia mampu menongkah arus waqi dan akhirnya ia memenangi danmerubah waqi tersebut.Manhaj ini lebih mampu dari zaman dahulu kerana waqi sekarang lebihmudah.3. Tempoh masa tersebut telah dapat menerapkan dalam kehidupankemanusiaan beberapa tradisi amali yang bersumberkan tasawwur, nilai dan

    neraca tadi. Ia seolah-olah arus yang turun dan mengalir mempengaruhikeseluruhan kehidupan manusia di mana sahaja berada.Nilai dan tasawwur ini telah terserap dalam kehidupan manusia walaupunkadangkala mereka tidak mengetahui asal usulnya atau telah diselewengkanasalnya.

    POTENSI FITRAH

    ..

    4

  • 8/3/2019 Nota Hazad Deen- Besar

    5/7

    Ketika Islam datang pada awalnya, ia menghadapi waqi yang besarbercanggah dengan apa yang dibawa. Jarak keduanya amat jauh. Waqidisokong oleh kepentingan tertentu, kuasa-kuasa dan sejarah yang panjang.

    Islam datang bukan hanya untuk mengubah tasawwur dan nilai bahkanmenukar peraturan, sistem, undang-undang dan keseluruhan cara hidupmanusia dengan merampas kepimpinan manusia dari tangan taghut dan

    jahiliyyah. Ketika ia mula datang, suatu yang mustahil jika dinyatakan manhaj ini akan

    menang akhirnya kerana waqi terlalu besar. Tetapi ianya segeramengundurkan diri dan digantikan dengan Islam.

    Bagaimana Nabi saw seorang diri mampu melakukan itu semua..?1. Nabi saw tidak bertolak ansur dalam aqidah dan tasawwur (Qul Ya ayyuhalkafirun)2. Tidak mendakwa beliau mempunyai kuasa sakti melakukan itu dan ini.3. Tidak menjanjikan pangkat dan kekayaan bagi pengikutnya (Bani Amir binSasaah)Nabi saw melakukan itu semua melalui jalan tabiI yang boleh dilakukan oleh

    mana-mana manusia.Contoh-contoh waqi yang dihadapi oleh Nabi saw:1. Waqi kerosakan akidah dan tasawwur yang memberikan kuasa tuhankepada manusia dan makhluk.

    Islam datang menghadapinya dengan LA ILAHA iLLA ALLAH. Fitrah manusiamendengar suara ini dan terus menyambutnya. Mereka tidak lagi tundukkepada sesama manusia dan makhluk.

    2. Waqi masyarakat ; kepebezaan manusia di Iran, India, Rom dan tanahArab. Islam datang menyatakan persamaan manusia di sisi Allah. Fitrahmanusia terus menerimanya.3. Waqi ekonomi yang berasaskan riba - dikalangan Arab dan Yahudi. Ribasecara sistem lengkap sehingga Allah menyerangnya habis-habisan. Islammenongkah semua ini dan ianya disedari oleh fitrah yang bersih dan akhirnyadapat menghalau waqi ribawi tersebut diganti dengan sistem Islam.

    Contoh ini memberi gambaran kekuatan fitrah yang mampu mengubah waqiyang disangka hebat dan besar. Islam tidak hanya melihat waqi tetapiberusaha meruntuhkannya jika ia bertentangan dengannya.Manusia hari ini mungkin lebih mampu untuk mengulangi kemenangan ini bilaadanya manhaj, qiyadah, tarbiyyah dan harakah.

    POTENSI PENGALAMAN ..

    .

    Kemenangan awal Islam hanya berbekalkan potensi fitrah. Kemenangan Islam di peringkat awal akhirnya dituruti dengan kelemahan dan

    kemerosotan. Walaubagaimanapun, mereka lebih tinggi dan hebat dariumat lain.

    Kehebatan Umat Islam dan penerapan Islam melalui kuasa tidak sia-siawalaupun setelah Islam tewas dan jahiliyyah kembali berkuasa. Kesannya

    masih tertinggal di dalam sanubari manusia.

    5

  • 8/3/2019 Nota Hazad Deen- Besar

    6/7

    Waqi hari ini telah berubah kerana Islam tidaklah seasing dulu (ketika ianyamula datang). Ianya boleh dibaca, dikenali dan dilihat walaupun tidak lagidipraktik dan dilaksanakan.

    Walaupun manusia di zaman ini tidak dapat merasai kemanisan dankeindahan perlaksanaan Islam di zaman awal, namun manusia secaraumumnya lebih hampir untuk memahami tabiat manhaj ini.

    Beberapa contoh:1. Gerakan pembaharuan di Eropah dan Barat (Martin Luther, Calvin,penolakan Feudal, persamaan, Revolusi Perancis, pengistiharan hak-hakmanusia Magna Carta dll) adalah hasil arus Islam yang mengesankan Eropah.2. Tentera Salib yang balik dari Negara Islam melihat kemunduran Eropah darisudut sosialogi, ekonomi dan politik lalu mereka mula melakukan perubahan.3. Perkembangan keilmuan Islam di Sepanyol; memberi nafas baru kepadatamaddun Eropah melalui terjemahan dan pengutusan ilmuan ( Roger Bacon -belajar bahasa Arab di Oxford untuk mengkaji kitab-kitab Arab dari Sepanyol).

    Keseluruhan perubahan besar dalam kehidupan manusia tidak dapat lari darikesan tamaddun Islam padanya. Tetapi barat menggambarkan ianya

    datang sepenuhnya dari mereka untuk melahirkan rasa putus asa kita daricuba mengembalikan semula kehidupan cara Islam.

    GARISAN-GARISAN MANTAP

    !

    ..

    .

    Islam yang telah terundur dan jahiliyyah kembali menapak tidaklahmenghilangkan terus keseluruhan apa yang pernah dibawa oleh Islam.Prinsip dan dasar-dasar tertentu telah dikenali oleh manusia dan tidak lagiasing bagi mereka.1. Kesatuan kemanusiaan

    Islam yang datang di tengah-tengah asabiyyah telah mampu mengembalikanmanusia kepada persamaan dan kesatuan. Ianya bukan hanya teori tetapidipraktikkan dalam sistem Islam.Walaupun manusia tidak dapatmempraktikkan sebagaimana dipraktikkan oleh jamaah muslimah, ataumasih terdapat saki baki taasub dan pemisahan kerana warna kulit, namunprinsip persamaan manusia telah menjadi dasar sejagat.

    Oleh itu, manusia hari ini lebih mampu untuk menerima manhaj ini.

    2. Kemuliaan kemanusian Kemuliaan insan semasa Islam mula-mula datang didasarkan ke atas sifat-

    sifat luar bukan kerana mereka itu manusia (warna kulit, bangsa, keturunandll). Islam datang meninggikan manusia kerana ia manusia (Ayat-ayat,Hadis dan kesah khutbah Abu Bakar, kesah Umar, Othman, Qibti dengananak Amru dll).

    Walaupun masih ada unsur menghinakan manusia, tetapi prinsip kemulianinsan telah menjadi tonggak sejagat.

    3. Umat yang satu. Islam datang dalam keadaan manusia diikat oleh bangsa, warna kulit,

    keturunan dll. Islam bubarkan segalanya dan ikatkan mereka atas ikatan

    6

  • 8/3/2019 Nota Hazad Deen- Besar

    7/7

    akidah. Atasnya manusia bersatu dan berpecah. Ia sebaik-baik ikatan.Hanya yang diikat oleh akidah sahaja layak digelar ummat.

    Manusia terbahagi kepada dua : hizbuLlah dan hizbul-syaitan. Manusia hari mula bersatu atas pegangan dan fikrah tertentu. Ini lebih mudah

    untuk dijana kearah kesatuan aqidah yang betul.

    4. Pemeliharaan dan akhlakDalam peperangan, perhubungan antarabangsa dan sesama negara. PrinsipIslam ini telah dipakai oleh kebanyakan negara secara sejagat.

    AKHIRNYA..!

    .. ! ! .

    !

    Apakah beban untuk mengembalikan Islam hari ini ringan..?

    Manusia hari ini - secara umumnya- lebih jauh dari Allah. Jahiliyyah dulusimple dan tidak kompleks, masih muda dan tidak matang. Hari inisebaliknya.

    Permusuhan dengan gereja telah menjauhkan manusia dari agama.Penemuan sains mengkagumkan manusia.

    Kemajuan dan penemuan manusia menjadikan mereka semakin jauh dariAllah kerana asasnya lari dari gereja dan bukan atas asas iman kepadaAllah.

    Kegilaan ini masih di kemuncaknya, walaupun tanda-tanda kehancuran telahnyata.

    Jahiliyyah dulu masih terpelihara dengan beberapa akhlak baik.Pertembungan anra Islam dan jahiliyyah lebih terbuka dan telus hinggamemudahkan fitrah kembali ke asalnya. Tetapi hari ini jahiliyyah yangnifaq, tidak endah dan melentur ke mana sahaja.

    Apa bekalan dai..? Taqwa, berhubung dengan Allah, thiqah dengan janji Allah.

    ALLAHU-AKBAR.. WALILLAHIL-HAMD.

    Jun 2004, BDS

    7