nota bab 3 (2)

10
TOPIK 3 : TATABAHASA - MORFOLOGI Konsep Penerangan Tatabahasa Pengetahuan tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat, nahu dan lain-lain. (Kamus Dewan, 2005) Perkataan / Kata Unit tatabahasa yang terkecil yang mengandungi makna lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Morfologi Bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata Struktur kata Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan. Golongan kata Jenis perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dalam golongan yang sama. Morfem - Unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan, iaitu unit terkecil dalam bahasa yang gramatis atau menjalankan tugas nahu. - Morfem bebas : morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai suatu kata atau ayat minimum. Contoh : jatuh, ambil dan cantik. - Morfem terikat : memerlukan morfem bebas untuk membentuk perkataan. Contoh : awalan ter- dalam perkataan terjatuh, akhiran –kan dalam perkataan ambilkan dan apitan ke-…-an dalam perkataan kecantikan. BENTUK KATA: KATA TUNGGAL KATA TERBITAN KATA GANDA KATA MAJMUK Makan Makanan Makan-makan Makan minum Rumah Perumahan Rumah-rumah Rumah Api Bentuk Kata Penerangan Kata Tunggal - kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar. - tidak mengalami proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. - Jenis : (a) satu suku kata : had, am, ; dua suku kata : saya, malu, tiga suku kata : cuaca, semua : empat suku kata : keluarga lima suku kata : universiti ; enam suku kata : maharajalela. (b) akronim – kata singkatan. i. gabungan huruf awal perkataan. Contoh : Jabatan Kerja

Upload: wanarizwan

Post on 06-Apr-2017

195 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota bab 3 (2)

TOPIK 3 : TATABAHASA - MORFOLOGI

Konsep PeneranganTatabahasa Pengetahuan tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat, nahu

dan lain-lain. (Kamus Dewan, 2005)Perkataan / Kata Unit tatabahasa yang terkecil yang mengandungi makna lengkap dan dapat berdiri

sendiri dalam ayat.Morfologi Bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kataStruktur kata Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan.Golongan kata Jenis perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dalam golongan yang

sama.Morfem - Unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan, iaitu unit terkecil

dalam bahasa yang gramatis atau menjalankan tugas nahu.- Morfem bebas : morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai suatu kata atau ayat minimum. Contoh : jatuh, ambil dan cantik.- Morfem terikat : memerlukan morfem bebas untuk membentuk perkataan. Contoh : awalan ter- dalam perkataan terjatuh, akhiran –kan dalam perkataan ambilkan dan apitan ke-…-an dalam perkataan kecantikan.

BENTUK KATA:

KATA TUNGGAL KATA TERBITAN KATA GANDA KATA MAJMUKMakan Makanan Makan-makan Makan minumRumah Perumahan Rumah-rumah Rumah Api

Bentuk Kata PeneranganKata Tunggal - kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar.

- tidak mengalami proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.- Jenis :

(a) satu suku kata : had, am, ; dua suku kata : saya, malu, tiga suku kata : cuaca, semua : empat suku kata : keluarga lima suku kata : universiti ; enam suku kata : maharajalela.(b) akronim – kata singkatan. i. gabungan huruf awal perkataan. Contoh : Jabatan Kerja Raya – JKR ii. gabungan suku kata awal perkataan. Contoh : cerita pendek – cerpen , Petrolium Nasional - Petronas iii. gabungan huruf awal dan atau suku kata awal perkataan. Contoh : Majlis Amanah Rakyat – MARA , Institut Tadbiran Awam Negara – Intan

Kata Terbitan Perkataan yang terbentuk daripada proses pengimbuhan, iaitu menggandingkan imbuhan (awalan, akhiran, apitan atu disipan) pada kata dasar.

Kata Ganda Perkataan yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar.Kata Majmuk Perkataan yang terbentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan

membawa makna tertentu.

Page 2: Nota bab 3 (2)

MPW 2113

Proses Pembentukan Kata

I : Pengimbuhan

a. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu seperti berikut :

Imbuhan Asli Bahasa MelayuJenis Imbuhan Jenis

Awalan – hadir di depan kata

o peN- (pe-/pem-/pen-/peng-/penge-/peny-)o peR- (per-)o beR-(ber-)o meN- (me-/mem-/men-/meng-/menge-/meny-)o teR- (ter-)o di-o se-o juru-o Awalan rangkap (gabungan dua awalan) : memper-, diper-

Akhiran – hadir di belakang kata dasar

o –ano –kano -i

Apitan – hadir serentak di awal dan di akhir kata dasar

o meN-...-kan / meN-...-io di-...-kan / di-...-io memper-...-kan / memper-...-io diper-....-kan / diper-...-i

Sisipan – hadir di celahan kata dasar

o –el-o –em-o –er-o –in-

Imbuhan PinjamanJenis Imbuhan Jenis

Awalan o maha- (mahasiswa, mahaguru)o eka- (ekabahasa)o dwi- (dwibahasa)o tri- (trilogi)o panca- (pancaindera)o pra- (prakata, prasejarah)o tata- (tatabahasa, tatacara)o swa- (swalayan)o multi- (multinasional)o pro- (prokerajaan)o anti- (anti dadah)o sub- (subtopik)o auto- (autonomi)

Akhiran – hadir di o –wan (angkasawan, olahragawan, karyawan, dermawan)

2

Page 3: Nota bab 3 (2)

MPW 2113

belakang kata dasar o –man (seniman)o –wati (peragawati, olahragawati)o –isme (nasionalisme)

(Sumber: Lee Lai Foon, 2007)

Variasi imbuhan meN- dan peN-

3

me-/pe- + kata dasar bermula huruf berikut:

l – lawak (melawak, pelawak)m - masak (memasak, pemasak)n – nanti (menanti, penanti)r – rasa (merasa, perasa)w - wangi (mewangi, pewangi)y - yakin (meyakini)ny – nyala (menyala, penyala)ng – nganga (penganga)

perubahan berlaku pada huruf awal:

p – m : pikul (memikul, pemikul)t – n : tarik (menarik, penarik)k – ng :kesat (mengesat, pengesat)s – ny : sapu (menyapu, penyapu)

Nota: kata ”ternak” dan ”tertawa” menerima awalan men- tanpa mengalami pengguguran huruf ’t’menternak, penternak (bukan menernak, penernak)mentertawakan (bukan menertawakan)

mem-/pem- + kata dasar bermula huruf berikut:

b – balak (membalak/pembalak)f - fatwa (memfatwkan, pemfatwa)v – veto (memveto, pemveto)p – proses (memproses, pemproses)

men-/pen- + kata dasar bermula huruf berikut:

d – derhaka (menderhaka, penderhaka)c - curi (mencuri, pencuri)j – jajah (menjajah, penjajah)

Nota : kata pinjaman tafsir dan sintesis menerima imbuhan men-/pen- : mentafsir, mensintesis

menge--/penge- + kata dasar yang mempunyai satu suku kata:

bom – mengebom, pengebompos – mengepos, pengepos

Nota : kata pinjaman satu suka kata yang bermula dengan gugus konsonan yang tidak menerima imbuhan ini. Contoh:stor – menstor, brek - membrek

meng-/peng- + kata dasar bermula huruf berikut:

g– ganas (mengganas, pengganas)h - hubung (menghubungi, penghubung)kh – khianat (mengkhianati, pengkhianat)k – kaji (mengkaji, pengkaji)a – alas (mengalas, pengalas)e - edar (mengedar, pengedar))i – inap (menginap, penginap)o – olah (mengolah, pengolah)u – ukur (mengukur, pengukur)

Page 4: Nota bab 3 (2)

MPW 2113

b. Kata terbitan berawalan :Jenis kata terbitan Imbuhan awalan ContohAwalan kata nama peN-

pel-per-pe-ke-juru-maha-tata-

pelari, pembuat,pendatang, penggali, pengebompelajarperasap, pertapapesakit, pesara, pekedaiketua, kekasihjuruwang, juruterbangmaharaja, mahasiswitatabahasa, tatahias

Awalan kata kerja meN-

ber-be-bel-ter-di-diper-

melawan, membawa, mendaki, menggali, mengecat, memperisteriberjalan, berbarisberaja, berasabelajarterbentuk, terjebakdiatur, ditimbangdiperoleh, dipercepat

Awalan kata adjektif ter-te-se-

terbesar,terputihterendah, teringansecantik, setebal

c. Kata terbitan berakhiran :Jenis kata terbitan Imbuhan awalan ContohAkhiran kata nama -an pakaian, minuman, makanan, mainanAkhiran kata kerja -kan

-ibuatkan, lakukan, gunakanduduki, turuti, temani

d. Kata terbitan berapitan :Jenis kata terbitan Imbuhan awalan ContohApitan kata nama peN-...-an

pe-...-anper-...-anpel-...-anke-...-an

perasaan, pembuatan, pendapatan, penggunaan, pengesahanpeperangan, pekaranganpersalinan, permainanpelajarankelebihan, kesihatan, kemalangan

Apitan kata kerja meN-...-kan

ber-...-kanber-...-anmeN-...-idi-...idiper-...-kandiper-...-imemper-...-kan

memainkan, mendermakan, membaharukan, menggunakan,mengecamkanberalaskan, berbajukanberlanjutan, bermaafan, berjauhanmelalui, menziarhi, membohongi, mengekorididekati, diadilidiperdengarkan, diperbahaskandiperbaharui. diperingatimemperdengarkan, memperjuangkan

4

Page 5: Nota bab 3 (2)

MPW 2113

memper-...-ike-...-an

memperingati, mempercayaikehujanan, kepanasan, kehausan

Apitan kata adjektif ke-...-an Keinggerisan, kemelayuan, kehijauan

e. Kata terbitan bersisipan :Jenis kata terbitan Imbuhan awalan ContohSisipan kata nama -el-

-er-kelengkeng, telunjukseruling, serabut

Sisipan kata kerja -el- jelajah, gelegakSisipan kata adjektif -el-

-er--em--in-

selerak, gelembungkerlipgemilang, semerbak, gemerlapsinambung

II Pemajmukan

a. Dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit , iaitu tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contoh : kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan kata hubung seperti ”yang”. Pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung ”dan”.b. Tiga kelompok kata majmuk:Jenis kata majmuk ContohRangkaian kata bebas - alat tulis , bandar raya, lebuh raya, air hujan, kaca mata, jam tangan,

meja tulis, terima kasih, kapal terbang, tengah hari- bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran: Perdana Menteri, Ketua Menteri, Duta Besar, Naib Canselor, Profesor Madya, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Eksekutif

Istilah khusus - garis pusat, telefon dail terus, kanta tangan, cari gali, hak milik, mata pelajaran, kertas kerja, atur cara, urus setia

Maksud kiasan - kaki ayam, makan angin, anak emas, buah hati, cahaya mata

c. Bentuk kata majmuk yang telah mantap dan dieja bercantum sebagai satu perkataan.

d. Penggandaan kata majmuk. Jenis kata majmuk ContohRangkaian kata bebas alat tulis : alat-alat tulis , jam tangan : jam-jam tangan

Ketua Menteri : Ketua-Ketua Menteri, Naib Canselor : Naib-Naib CanselorIstilah khusus garis pusat,: garis-garis pusat , kertas kerja : kertas-kertas kerjaBentuk mantap kakitangan : kakitangan-kakitangan, pesuruhjaya: pesuruhjaya-pesuruhjaya

e. Pengimbuhan kata majmuk : i. Ejaan terpisah apabila menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja. Contoh:

5

antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan

kerjasama olahraga matahari setiauasaha sukarela

suruhanjaya tandatangan tanggungjawab warganegara pesuruhjaya

Page 6: Nota bab 3 (2)

MPW 2113

campur aduk bercampur aduk kuat kuasa kuat kuasakan

ii. Ejaan bercantum apabila menerima imbuhan apitan. Contoh: kuat kuasa penguatkuasaan satu padu menyatupadukan

III. Penggandaan

a. Tiga jenis penggandaan :Jenis penggandaan Penerangan ContohPenggandaan penuh

Proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada mengandungi imbuhan atau tidak

meja : meja-mejapelajar : pelajar-pelajaramalan : amalan-amalankementerian : kementerian-kementerian

Penggandaan separa

Proses menggandakan sebahagian kata dasar

Separa kata tunggal : laki : lelaki , jari : jejari

Separa kata berimbuhan:berlari-lari, sayur-sayuran, bersalam-salaman

Penggandaan berentak

- Proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi.- Tiga jenis: i. berentak pengulangan vokal: - terdapat ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iatu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. ii. berentak pengulangan konsonan: - mempunyai ciri persamaan pada bunyi- bunyi konsonan tertentu. iii. berentak bebas: - tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.

i. kuih-muih, lauk-pauk, gotong- royong, hiruk-pikuk

ii. batu-batan, gunung-ganang, huru-hara, kucar-kacir

iii. anak-pinak, saudara-mara, ulang-alik, lintang-pukang

6

Page 7: Nota bab 3 (2)

MPW 2113

GOLONGAN KATA:

Golongan Kata PeneranganKata Nama a. sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa nama

dan lazimnya menamakan orang haiwan, tempat, benda atau konsep.b. Subgolongan kata nama:

i. Kata Nama Khas : Ahmad, Si Belang, Kuala Lumpur, Proton Perdanaii. Kata Nama Am : pensyarah, rumah, sungai, kereta, kucing, lautan (konkrit) mimpi, roh, kedamaian, perpaduan, idaman (abstrak)iii. Kata Ganti Nama :

- Kata Ganti Nama Tunjuk : ini, itu (tunjuk umum) sini, situ, sana (tunjuk tempat)- Kata Ganti Nama Diri:

Kata Ganti Nama Diri Tanya : siapa, apa, mana Kata Ganti Nama Diri Orang:

+ pertama : saya, aku, beta, kami, kita+ kedua : saudara, kamu, tuanku, kalian+ ketiga : dia, beliau, baginda, mereka

Kata Kerja a. sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsure inti dalam binaan frasa kerja.b. Dua kumpulan kata kerja: i. Kata Kerja Tak Transitif (tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya)

- kata kerja tak transitif tak berpelengkap : bangun, pulang, berjalan- kata kerja tak transitif berpelengkap : beransur (pulih), tinggal (di bandar),

menjadi (ahli perniagaan), ada (kereta), berbuat (baik)

ii. Kata Kerja Transitif ( menerima penyambut sesudahnya)- kata kerja transitif aktif : menerima imbuhan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau –i. - kata kerja transitif pasif : tanpa imbuhan awalan atau menerima imbuhan awalan di- atau ter-

Kata Kerja Transitif Aktif Kata Kerja Kerja Transitif Pasifmengambil kuambil, diambilmenendang kutendang, ditendangmenghadiahkan kuhadiahkan, dihadiahkan

Kata Adjektif Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.(Rujuk Lampiran 1)

Kata Tugas a. Golongan kata bersifat pelbagai jenis atau heterogen.b. Terdapat 16 jenis kata tugas yang dibahagikan kepada empat kelompok: i. kata penyambung ayat : kata hubung ii. kata praklausa : kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, kata pangkal ayat iii. kata prafrasa : kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, kata bilangan. iv. kata pascakata : kata penekan, kata pembenda(Rujuk Lampiran 2)

Rujukan:

7

Page 8: Nota bab 3 (2)

MPW 2113

Adenan Ayob. (2009). Bahasa Kebangsaan. Shah Alam : Oxford Fajar.Lee Lai Foon & Raja Masittah Raja Ariffin. (2007). Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, et. al. (2009). Tatabahasa dewan (Edisi baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Siri pendidikan guru Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar.

8