mpw1143 - bab 9 konsep seni
TRANSCRIPT
Definisi seni
Art yg bermaksud kecekapan & kebolehan iaitu dlm segala usaha penciptaan bentuk2 atau karya yg memberi kesenangan estetika.
Dr sudut bahasa ia bermaksud halus, tipis, enak didengar, indah & karya yang diciptakan dengan bakat
Definisi seni
Dr sudut istilah ialah keindahan yg dapat menggerakkan jiwa, kemesraan serta kebahagiaan dan menolak perasaan dendam, cemas & benci dlm kehidupan.
Seni ialah segala yg halus dan indah dan menyenangkan hati & perasaan manusia samada ia adalah ciptaan Allah atau yg dihasilkan oleh fikiran, kemahiran,imaginasi & perbuatan manusia.
Pembahagian seni
a) Seni melalui pendengaran. Ex. Muzik, puisi, prosa & seni suara.
b) Seni melalui penglihatan. Ex. Seni lukis,hias & seni reka
c) Seni melalui pembacaan. Ex. Puisi, prosa, cerpen
d) Seni melalui pendengaran & penglihatan. Ex. Drama, teater, filem & pentomen
Konsep tauhid dan kesenian Islam Kesyumulan Islam membenarkan umat
Islam untuk berimaginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka. Mereka disaran menggunakan kekuatan imaginasi dan kreativiti sebagai anugerah dan amanah daripada Allah yang perlu dijaga dalam batasan yang dibenarkan oleh syariat Islam.
Hadith Rasulullah SAW yg bermaksud, “Allah itu indah & suka kpd keindahan”
Konsep tauhid dan kesenian Islam
Kesenian Islam diasaskan kepada konsep tauhid, iaitu berpaksikan kepada agama dan bersumberkan wahyu.
Apabila tauhid dijadikan asas dalam kesenian, maka seni haruslah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT. Kesenian juga harus tunduk untuk mencari keredhaan Allah Ta’ala.
Konsep tauhid dan kesenian Islam
Seniman Islam melihat kegiatan kesenian sebagai medan untuk menjelmakan prinsip yang tidak pernah berubah, iaitu mengakui keagungan Allah.
Konsep tauhid dan kesenian Islam
Justeru tiada pemisah antara seni dan agama. Apatah lagi kesenian Islam lebih berpihak kepada unsur keintelektualan berbanding unsur emosi. Ia juga mengandungi mesej kerohanian supaya manusia sentiasa mendampingi Tuhan.
Konsep tauhid dan kesenian Islam
Seni dibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab.Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara makruf, halal dan berakhlak serta menjauhi perkara-perkara mungkar. Semua aktiviti kesenian mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir iatu ketakwaan dan mencapai keredhaan Allah.
PERANAN, PRINSIP DAN FUNGSI KESENIAN ISLAM
Seniman yang hendak menghasilkan kesenian Islam, perlulah memahami hakikat ajaran Islam kerana ajaran itulah yang hendak disampaikan menerusi karya
BIDANG KESENIAN ISLAM Seni bina & rekabentuk bangunan
- seni utk mendirikan bangunan, reka bentuk & reka letak yg dibina manusia samada yg diperbuat dr kayu, batu / marmar.- Salah satu ciri ketinggian sesuatu tamadun bangsa diukur dr kepakaran & kehalusan hasil seni binanya.- Ia memainkan peranan penting dlm Islam selari pembinaan masjid yg berperanan sbg pusat peribadatan, kegiatan politik, ekonomi & sosial.
BIDANG KESENIAN ISLAM
- Al-Quran menceritakan ketinggian pencapaian ketamadunan kerajaan Iram tetapi menerima kemusnahan atas kehendak Allah krn ketidakseimbangan antara pembangunan fizikal & rohaniah.- “Adakah kamu tidak perhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum Ad? Iaitu penduduk Iram yg mempunyai bangunan-bangunan yg tinggi”
Ciri-ciri utama seni bina Islam
Adanya ruang kemasukan cahaya ke dlm bangunan
Berlandaskan kpd ciri ketauhidan kpd Allah Adanya unsur pemisahan ruang antara lelaki
& perempuan Bersesuaian dgn iklim & keadaan setempat Ciri2 keselamatan dlm jangka masa panjang
Perkembangan seni bina dlm Islam Zaman Rasulullah SAW
- Bermula dgn pembinaan masjid Quba’ dan seterusnya masjid Nabawi di Madinah.- Beliau juga terlibat di dlm pembinaan semula Kaabah yg runtuh akibat banjir & pembinaan kubu dlm perang Khandaq.- Ini beerti Rasulullah SAW adalah pencetus kpd perkembangan seni bina Islam.
Perkembangan seni bina dlm Islam
Zaman Sahabat- Masjid dibina pd zaman sahabat dgn mengekalkan ciri seni pembuatan masjid zaman Rasulullah SAW & dihiasi dgn khat, ukiran dan hiasan dalaman.- Perkembangan seterusnya adalah dgn terciptanya unsur menara sebagai tempat melaungkan azan. Menara pertama pd tahun 45H serentak pembinaan masjid di Basrah.
Zaman Bani Umayyah Seni pembinan masjid terus berkembang dgn
pembinaan mihrab di masjid nabawi Kubah mula diperkenalkan pd zaman Abdul Malik b
Marwan Terbinanya kota bagi mempertahankan negara dari
serangan musuh Kota pertama ialah kota Damsyik yang dijadikan
sebagai pusat pemerintahan Pembinaan hospital & klinik diberi keutamaan
Perkembangan seni bina dlm Islam
Zaman Bani Abbasiyyah- merupakan zaman kemuncak keagungan seni bina Islam- pembinaan masjid diteruskan sehingga terdapat 15,000 masjid yg kaya dgn nilai kesenian Islam telah didirikan di seluruh wilayah Islam- pembinaan istana juga kaya dgn hasil seni khat & ukiran & x dapat ditandungi kesenian istana Rome & Parsi. Antaranya istana al-Zahab (istana emas) di Baghdad
Perkembangan seni bina dlm Islam
- Pada zaman Harun Al-Rashid sebuah pusat perkembangan ilmu pengetahuan di Baghdad telah dibina yg dikenali sebagai Baitul Hikmah.- Juga dibina kem tentera (rusafah) yg lengkap dgn prasarana bg menjaga keselamatan dalam & luar negeri.- selain itu bandar2 besar yg tersergam indah juga banyak diwujudkan.
Kaligrafi Bahasa – garisan indah Istilah – ilmu yg memperkenalkan
huruf2 tunggal, letaknya & cara2 merangkainya yg menjadi tulisan yg tersusun.
Ia lahir serentak dgn penurunan wahyu pertama yg dicatatkan di pelepah tamar, daun kayu & tulang binatang.
Kaligrafi
Pada zaman Saidina Ali, Kufah muncul sebagai pusat perkembangan seni khat.
Antara kepentingannya;- menyebarkan syiar Islam- alat penyebaran dakwah Islam- menjadi alat mencapai matlamat keseimbangan dunia & akhirat- memperindah & meninggikan maruah diri, keluarga & masyarakat- memperkukuhkan ekonomi umat Islam
Jenis-jenis khat
Khat Kufi Dicipta di Kufah, Hurufnya bersegi dan
biasa digunakan untuk menghias bangunan masjid, gedung pemerintahan, kubah atau menara azan.
Khat Thuluth Digunakan untuk hiasan seperti dalam
mushaf Uthmani, nama buku atau kitab.
Jenis-jenis khat
Khat Nasakh Diperindahkan oleh Ibnu Muqlah. Banyak
digunakan untuk menulis buku-buku akademik kerana ia mudah dibaca, jelas dan tidak mengelirukan.
Khat Farisi Dikembangkan di Parsi. Hurufnya berbentuk
condong sedikit ke kanan. Digunakan untuk penulisan buku-buku sastera, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar.
Jenis-jenis khat
Khat Riq’ah Biasa digunakan dalam surat menyurat dan
menyalin nota kuliah oleh pelajar universiti.
Khat Diwani Diwani beerti catatan atau antologi
karangan. Ia berasal daripada khat riq’ah dan biasa digunakan untuk hiasan & surat rasmi seperti surat perjanjian dan penghargaan.
Jenis-jenis khat
Khat Diwani Jali Ia lebih indah dan mempunyai nilai estetik.
Khat ini lebih rumit, dipenuhi tanda syakal dan sering digubah dalam bentuk-bentuk menarik seperti perahu, ikan dan burung.
Khat Rayhani Hampir menyerupai khat thuluth Cuma ia
lebih lebar dan panjang serta mempunyai tanda syakal.
Perkembangan khat di Malaysia
Perkembangan khat di M’sia serentak dgn perkembangan Islam ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab.
Ia dikenali sebagai tulisan jawi Khat tertua dijumpai ialah Batu Bersurat
Trengganu yg bertarikh 1303m & batu nisan Syed Ahmad Mukhtar Ibn Marfu Talani
Seni Persuratan
Meliputi syair, puisi, prosa, pidato, risalah & qasidah. Ia wujud sejak sebelum kedatangan Islam. Sebelum Islam ia bercirikan asabiyah, kejian, pujian dan cinta. Bahasa yang digunakan indah tetapi tidak dapat menandingi ketinggian bahasa al-Quran.
Seni Persuratan
Kedatangan Islam telah mengubah bentuk seni persuratan kerana ia dipengaruhi oleh uslub al-Quran. Tema puisi juga telah berubah menggunakan tema jihad, memuji Rasulullah SAW dan kebesaran Islam. Begitu juga dengan pidato, usaha menyebarkan dakwah memerlukan pidato yang menarik, disertai dengan seni bahasa yang fasih untuk menarik minat pendengar. Rasulullah merupakan tokoh agung pidato, sahabat baginda dan panglima perang.
Seni Persuratan
Pada zaman kerajaan Bani Umayyah, pidato turut memainkan peranan membangkitkan semangat jihad dan meninggikan martabat kabilah. Antara tokoh pidato ialah khalifah, gabenor, panglima dan pembesar.
Pada zaman kerajaan Abbasiyyah, muncul sasterawan yang memperkenalkan aliran baru dalam puisi samada menyentuh isi, uslub, tema ataupun sasarannya.
Seni suara, lagu dan bunyi Tiada perkataan Arab yang boleh diertikan
dengan istilah muzik. Perkataan Ghina bermakna menyanyi, sama’ mendengar, Zikir mengingat Tuhan dan Lahw hiburan yang melalaikan.
Kejuruteraan seni bunyi terbahagi kepada dua,
a) Sah mengikut syara’ b) Kontroversi mengikut syara’
Kejuruteraan bunyi yang sah Pembacaan berlagu al-Quran Seni bunyi yang diterima
mengikut budaya Islam Ex. Azan, Talbiyah, Tahmid, Syair Jenis muzik keluarga dan
keramaian Ex. Nyanyian menidurkan anak,
nyanyian lagu isteri, muzik majlis kahwin, keramaian keluarga dan agama.
Kejuruteraan bunyi yang sah
Jenis-jenis muzik seperti lagu kafilah
Ex. Muzik pekerjaan untuk meningkatkan motivasi kerja, minat produktiviti.
Tabl Khanah Ex. Muzik pancaragam tentera untuk
meningkatkan semangat jihad.
Kejuruteraan bunyi yang kontroversi Vokal berirama bebas Lagu bertingkah serius spt
rock Muzik yang berkaitan dengan
asal sebelum Islam atau bukan Islam Muzik yang bersekali dengan
kegiatan terkutuk
Kriteria ahli muzik
Memahami matlamat dan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Akhlaknya mestilah melambangkan peribadi yang murni, menjaga disiplin diri, waktu dan Majlis persembahannya.
Mestilah tidak mengganggu matlamat Islam yang lebih tinggi spt solat, tanggungjawab rumahtangga dll.
Kriteria ahli muzik
Tempat penglibatan mestilah sesuai dengan mesej muzik.
Keseronokan bermuzik tidak menyebabkan audien atau teman seangkatannya mengabaikan tanggungjawab agama dan sosial.
Alat muzik yang bertali adalah dilarang.
Menjaga batasan-batasan aurat dan akhlak.