“modul basic of electric and electronic · pdf filemenyempurnakan kajian ini. segala...

28
PEMBANGUNAN MODUL AKADEMIK “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC CAPASITOR” NOORAZLIN BINTI AZLAN HADI TAN JANUARI 2012

Upload: trinhminh

Post on 31-Jan-2018

229 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

PEMBANGUNAN MODUL AKADEMIK

“MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC – CAPASITOR”

NOORAZLIN BINTI AZLAN HADI TAN

JANUARI 2012

Page 2: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

ii

Page 3: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

i

Page 4: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

i

PEMBANGUNAN MODUL AKADEMIK

“BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC – CAPACITOR”

NOORAZLIN BINTI AZLAN HADI TAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JANUARI 2012

Page 5: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

ii

“Saya mengakui bahawa karya atau hasil nukilan adalah hasil kerja saya sendiri

tanpa menyunting daripada mana-mana sumber. Namun demikan, terdapat

sesetengah nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah diperjelaskan

sumbernya”

Tandatangan :…………………………………..

Nama Penulis : Noorazlin Binti Azlan Hadi Tan

Tarikh :…………………………………..

Page 6: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

iii

DEDIKASI

Syukur ke hadrat Ilahi,

Dengan izin-Nya, penulisan tesis ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai

apa yang telah dirancangkan.

Buat Ayahanda,

Azlan Hadi Tan Bin Abdullah

dan Bonda,

Nora Binti Mohamed

Terima kasih atas doa Ayahanda dan Bonda yang sentiasa mengiringi perjuangan

anakanda di medan ilmu. Semoga Ayahanda dan Bonda berada di bawah

lindungan-Nya dan diberkati-Nya.

Ditujukan Khas Buat

Cik Rafeizah Binti Mohd Zulkifli

Terima kasih atas segala tunjuk ajar, hanya Allah yang mampu membalas segala jasa

dan pengorbanan Cik.

Terima kasih

Buat Teman Seperjuangan

Terima kasih atas segalanya. Kenangan bersama tidak akan luntur ditelan masa.

Page 7: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada

penyelia saya Cik Rafeizah Bt Mohd Zulkifli yang telah banyak memberi bimbingan,

tunjuk ajar, nasihat serta motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk

menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya

jadikan panduan bukan sahaja sepanjang penulisan tesis ini malahan akan digunakan

sehingga ke peringkat pembelajaran ynag lebih tinggi.

Tidak ketinggalan juga jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Mohsin yang

telah memberi bekerjasama semasa ujian penilaian keberkesanan dilaksnakan.

Disamping itu juga, terima kasih saya ucapkan kepada pelajar-pelajar UTM separuh

masa (SPACE ) yang sudi meluangkan masa bagi bersama saya semasa kajian ni

dijalankan.

Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan serta individu-

individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu

menyiapkan penyelidikkan ini. Nasihat, kritikan dan juga pandangan kalian amat

membantu dalam penulisan tesis ini. Akhir sekali, sekali lagi saya mengucapkan

jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan penyelidikkan ini.

Page 8: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Modul Akademik Asas Elektrik

dan Elektronik bagi topik Pemuat. Pembangunan modul akademik ini dijalankan

sebagai salah satu usaha untuk menyediakan bahan dalam proses pembelajaran

individu. Oleh itu, projek ini dijalankan bagi membangunkan sebuah modul

akademik “Basic of Electric and Electronic – Capacitor” dengan berdasarkan kepada

Teori Beban Kognitif. Manakala, kaedah pembangunan modul ini adalah berasakan

kepada Model Pembinaan Modul Sidek. Selain itu, modul akademik yang

dibangunkan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Tiga ujian

berbeza telah dijalankan untuk tujuan mencuba dan menilai modul. Tiga ujian

tersebut adalah ujian kesahan kandungan, ujian kebolehpercayaan dan ujian penilaian

keberkesanan. Seramai 2 orang pakar bidang dipilih untuk menjalankan ujian

kesahan kandungan dan 13 orang pelajar telah terlibat dalam ujian penilaian

keberkesanan. Daripada jumlah 13 orang pelajar tersebut, 7 orang pelajar telah diplih

bagi menjalankan ujian kebolehpercayaan modul. Data kajian telah dikumpul

menerusi borang soal selidik serta kertas soalan ujian yang berkaitan. Hasil

pembangunan modul ini menunjukan modul mempunyai kesahan kandungan yang

tinggi daripada kedua-dua pakar iaitu sebanyak 85 peratus serta mempunyai

kebolehpercayaan sebanyak 0.71.

Page 9: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

vi

ABSTRACT

This study is meant to build a Basic Electrical and Electronic academic module for

the topic of Capacitor. The development of the module was intended to produce

material in individual learnig process. This is due to the ability of module to be one

of useful learning material in assist student to mastering a topic. Therefore, this

project had been carried out to produced an academic module entitle “Basic of

Electric and Electronic – Capacitor” based on Cognitive Load Theory. At the same

time, the development method of module was based on Model Pembinaan Modul

Sidek. An academic module had been produced in English language. Then, three

different tests had been carried out for the evalution perpose. The three tests include

validity test, reliability test and effective evalution test. A number of 2 subject expert

had been involved in the validity test and 13 students had been involve in the

reliability test. From the number of 13 students, 7 students had been chose to get

through the effective evalution test. Data had been collected through questionnaire

form and the paper test. This study show module had high 85 percent content validity

from both expert and 0.71 reliability.

Page 10: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI GRAF xvi

SENARAI SIMBOL xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

Page 11: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.6.1 Pelajar 8

1.6.2 Pensyarah mata pelajaran 8

1.6.3 Fakulti Pendidikan 9

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Terminologi 11

1.9.1 Modul 11

1.9.2 Basic 11

1.9.3 Electric 11

1.9.4 Electronic 12

1.9.5 Capacitors 12

1.10 Penutup 12

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Modul 13

2.2.1 Definisi Modul 14

2.2.2 Sejarah Modul 15

2.2.3 Andaian Modul 16

2.2.4 Kegunaan Modul 18

2.2.5 Kebaikan Modul 20

2.2.6 Ciri-Ciri Modul 22

2.2.7 Prinsip-Prinsip Modul 25

2.2.8 Modul Akademik 25

2.3 Model Pembinaan Modul 26

2.3.1 Model Pembinaan Modul Sidek 26

2.3.2 Pendekatan Sharifah Alwiah Alsagoff 29

2.3.3 Pendekatan Model Pembinaan Modul Russell31

Page 12: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

2.4 Teori Beban Kognitif 33

2.4.1 Jenis-Jenis Beban Kognitif 34

2.5 Penyelidikan Eksperimen 35

2.5.1 Reka Bentuk Penyelidikan Eksperimen 36

2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

2.6 Penutup 40

3 REKABENTUK KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Proses Pembinaan Modul 41

3.2.1 Rasional Pengekalan Model Pembinaan Modul 42

3.3 Peringkat I: Menyediakan Draf Modul 44

3.3.1 Pembinaan Matlamat 44

3.3.2 Mengenal Pasti Teori, Rasional,

Konsep, Sasaran, Dan Tempoh Masa. 45

3.3.3 Kajian Keperluan 47

3.3.4 Menetapkan Objektif 47

3.3.5 Pemilihan Isi Kandungan 48

3.3.6 Pemilihan Strategi 48

3.3.7 Pemilihan Logistik 48

3.3.8 Pemilihan Media 49

3.3.9 Menyatukan Draf Modul 49

3.4 Peringkat II: Mencuba dan Menilai Modul 50

3.4.1 Kajian Rintis 50

3.4.2 Menguji Kesahan Modul 50

3.4.3 Menentukan Kebolehpercayaan Modul 52

3.4.4 Penilaian Keberkesanan 55

3.5 Rekabentuk Kajian 58

Page 13: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

3.6 Tempat Kajian 58

3.7 Populasi Kajian 58

3.8 Sampel Kajian 59

3.9 Instrumen Kajian 60

3.9.1 Soal Selidik 61

3.9.2 Ujian Bertulis 61

3.10 Kaedah Menganalisis Data 62

3.10.1 Kesahan Modul 62

3.10.2 Kebolehpercayaan Modul 63

3.10.3 Penilaian Keberkesanan Modul 64

3.11 Andaian Kajian 65

3.12 Batasan Kajian 65

3.13 Penutup 66

4 PEMBINAAN MODUL & ANALISIS HASIL KAJIAN

4.1 Pengenalan 67

4.2 Bahagian A: Pembinaan Modul Akademik 68

4.2.1 Muka Depan 68

4.2.2 Grid Kurikulum 69

4.2.3 Objektif Umum 70

4.2.4 Isi Pengajaran 71

4.2.5 Contoh Soalan 72

4.2.6 Strategi Penilaian 73

4.2.7 Jawapan 74

4.2.8 Rujukan 75

4.3 Bahagian B: Analisis Dapatan Kajian 76

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 76

4.3.1.1 Nilai kesahan kandungan modul 76

Page 14: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

xi

BAB PERKARA MUKA SURAT

4.3.1.1.1 Kesahan pakar bidang pertama 78

4.3.1.1.2 Kesahan pakar bidang kedua 80

4.3.1.2 Nilai kebolehpercayaan isi 81

kandungan modul

4.3.1.2 Nilai kebolehpercayaan rekabentuk 82

dan strategi modul

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 83

4.3.2.1 Analisis penilaian keberkesanan 83

modul

4.3.2.2 Perbandingan skor markah 84

kumpulan kawalan

4.3.2.3 Perbandingan skor markah 85

kumpulan eksperimen

4.3.2.4 Perbandingan gred kumpulan 86

kawalan dan kumpulan eksperimen

4.4 Penutup 90

5 RUMUSAN, PEBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 91

5.2 Rumusan 91

5.3 Perbincangan 93

5.3.1 Mengaplikasikan Teori Beban Kognitif 93

dalam Membangunkan Modul

5.3.1.1 Penilaian kesahan kandungan 94

5.3.1.2 Penilaian kebolehpecayaan modul 96

5.3.2 Membina Modul Berdasarkan Model 98

Pembinaan Modul Sidek

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 10

5.5 Penutup 101

Page 15: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

xii

BAB PERKARA MUKA SURAT

BIBLIOGRAFI 102

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

LAMPIRAN D

Page 16: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Reka bentuk eksperimen yang mudah 37

2.2 Reka bentuk eksperimen sebenar 39

3.1 Skala Likert 61

3.2 Nilai Alpha Cronbach 63

3.3 Sistem Gred Permarkahan UTM 64

4.1 Skor pakar bidang pertama dan kedua 77

4.2 Skala Likert Empat Mata 78

4.3 Nilai pekali Alpha Cronbach 81

4.4 Nilai pekali Alpha Cronbach 82

4.5 Perbandingan skor markah ujian pra dan pasca 84

kumpulan kawalan

4.6 Perbandingan skor markah ujian pra dan pasca 85

kumpulan eksperimen

4.7 Perbandingan gred kumpulan kawalan dan 87

kumpulan eksperimen

4.8 Ringkasan perbandingan gred kumpulan kawalan 88

dan kumpulan eksperimen

Page 17: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Pembinaan Modul Sidek 28

2.2 Proses Pembinaan Modul Sharifah Alwiah 30

Alsagoff

2.3 Proses Pembinaan Modul Ubah Suaian 32

Pendekatan Russell

3.1 Proses Menghasilkan Modul 43

3.2 Proses untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan 54

menggunakan model sesiri

3.3 Proses Penilaian Keberkesanan 57

3.4 Pemilihan responden untuk mendapatkan 59

kebolehpecayaan modul

3.5 Pemilihan responden untuk mendapatkan nilai 60

keberkesanan modul

3.6 Populasi dan Sampel 60

4.1 Muka Depan Modul 68

4.2 Contoh Isi Kandungan Modul 69

4.3 Contoh halaman objektif umum 70

4.4 Contoh halaman isi pengajaran modu 71

4.5 Contoh Soalan Pengiraan 72

4.6 Contoh Latihan Penilaian 73

4.7 Contoh Jawapan 74

4.8 Contoh Rujukan 75

4.9 Nilai kesahan kandungan pakar bidang 1 79

Page 18: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

xv

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.10 Nilai kesahan kandungan pakar bidang 2 80

4.11 Pengiraan nilai pekali kebolehpercayaan 82

keseluruhan isi kandungan modu

Page 19: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

xvi

SENARAI GRAF

NO. GRAF TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan pencapaian kumpulan kawalan 89

ketika ujian pra dan ujian pasca

4.2 Taburan pencapaian kumpulan eksperimen 90

ketika ujian pra dan ujian pasca

Page 20: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

xvii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

% - Peratus

f - Kekerapan

α - Alpha

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

JERI - Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteeraan

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta

MPK - Modul Pembelajaran Kendiri

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup)

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UTM SPACE - School of Professional and Continuing Education

Page 21: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Contoh Borang Soal Selidik Menguji Kesahan Kandungan

Modul Basic of Electric and Electronic – Capacitor

B Contoh Borang Soal Selidik Kebolehpercayaan Modul Basic

of Electric and Electronic – Capacitor

C Contoh Soalan Ujian Pra

D Contoh Soalan Ujian Pasca

Page 22: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dewasa ini dalam keghairahan negara menongkah arus kemajuan beserta

usaha untuk mencapai Wawasan 2020, sistem pendidikan negara turut mendapat

kesannya dan terus berkembang seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK) yang mana ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Ini adalah untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan

negara. Di sini jelas menunjukkan bahawa sistem pendidikan memerlukan usaha-

usaha yang strategik bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan dan amalan ke

tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran abad ke-21.

Pendidikan adalah merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu

pengetahuan, nilai-nilai murni, dan kemahiran-kemahiran tertentu dalam membentuk

individu yang cemerlang. Proses pemerolehan dan pemindahan ini berlangsung

secara berterusan dalam diri seseorang sejak kecil hingga ke akhir hayat (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 1988). Pada masa kini, pelbagai kaedah pengajaran dan

pembelajaran telah diperbaharui bagi mencapai keseimbangan selaras dengan

Page 23: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

pekembangan Sains dan Teknologi dunia. Oleh hal yang demikian, sistem

pendidikan kini hendaklah sentiasa memperbaharui corak serta kaedah P & P agar

dapat menarik minat pelajar untuk terus mendalami ilmu pengetahuan samada di

peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.

Sehubungan itu, corak serta kaedah dan bahan pengajaran baru yang

digunakan hendaklah sesuai dengan persekitaran masa kini dengan menjurus ke arah

pembelajaran berpusatkan pelajar. Pendidik tidak lagi memberikan segala maklumat

kepada pelajar tetapi bertindak sebagai navigator atau fasilitator dengan membantu

pelajar mencari maklumat. Pembelajaran kini lebih bersifat dinamik dan aktif serta

melibatkan komunikasi dua hala di antara tenaga pengajar dan pelajar itu sendiri

(Emy Shafinaz, 2007). Oleh itu, bahan pengajaran yang sistematik dan terancang

amat diperlukan untuk memaksimumkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran

Salah satu teknik atau kaedah yang boleh dianggap terbaik yang dapat

diamalkan adalah kaedah pengajaran bermodul dengan penerapan beberapa

pendekatan Teori Beban Kognitif dalam proses P & P. Ini kerana kaedah pengajaran

bermodul boleh mengurangkan kebergantungan pelajar terhadap individu lain dalam

pembelajaran mereka atau disebut self instructional (Sow Lee Sun, 2007). Merujuk

kepada kenyataan Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), modul mempunyai banyak

potensi untuk digunakan dalam proses P & P. Oleh itu, dengan menyedari akan

kewujudan potensi tersebut, pembangunan modul telah dipergiatkan dari masa ke

semasa supaya modul yang sedia ada sentiasa dapat dikembangkan dan diperbaharui.

Kamdi Kamil (1990) di dalam penulisanya mentafrikan bahawa, modul

adalah sebagai satu pakej pengajaran dan pembelajaran atau pukal belajar sendiri

yang lengkap dengan komponen-komponen pengajaran pembelajaran seperti

objektif, bahan dan aktiviti pembelajaran, ativiti penilaian serta arahan dan tatacara

yang sistematik supaya pelajar dapat mengikuti langkah demi langkah. Selain itu,

menurut Shaharom dan Yap Kueh Chin (1993), salah satu cara bagi menangai

masalah ataupun kekangan bagi permasalahan perbezaan pelajar dari segi minat,

konsentrasi, kecepatan akal pelajar menerima sesuatu maklumat, cara belajar

Page 24: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

3

memotivasikan diri dan waktu belajar adalah dengan mengindividukan pengajaran

menerusi pengubahsuaian yang dilakukan terhadap bahan dan aktiviti-aktiviti

pembelajaran agar sesuai mengikut kebolehan pelajar. Selain itu, dari kajian yang

dijalankan oleh Kamdi (1990), didapati bahawa penggunaan modul pembelajaran

kendiri (MPK) dalam proses P & P telah berjaya meningkatkan pencapaian akademik

pelajar di semua peringkat pengajian.

Sehubungan itu, bagi menguasai sesuatu unit pembelajaran yang boleh

dilaksanakan secara individu, pengaplikasikan modul dalam proses P & P merupakan

satu alternatif yang dapat memupuk dan memberi pendedahan awal kepada pelajar

untuk belajar sendiri tanpa bergantung kepada pensyarah dan juga dapat membantu

pelajar memahami sesuatu subjek dengan lebih baik. Selain itu juga, pelajar turut

dapat mengembangkan lagi sifat ingin tahu, berdikari untuk mendapatkan sesuatu

ilmu, berkebolehan dalam membuat keputusan dan memupuk nilai-nilai yang lebih

positif.

Oleh demikian, penggunaan modul akademik dirasakan sangat sesuai bagi

pelajar yang mempunyai kecerdasan sederhana dan rendah yang memerlukan

bantuan secara menyeluruh dengan mengambil kira kebolehan kognitif mereka.

Dengan ini, satu kajian eksperimen telah dilaksanakan bagi membina modul

akademik Basic of Electtric and Electronic – Capacitor sebagai modul akademik

yang baik dan lengkap dengan penerapan Teori Beban Kognitif. Modul ini adalah

sesuai sebagai bahan pembelajaran kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) untuk menguasai matapelajaran Asas Elektrik

dan Elektronik (SPL 1012) di peringkat universiti bahkan juga kepada sesiapa yang

berminat kerana modul ini mampu memberikan penerangan yang berkesan dengan

bantuan nota, rajah dan segala maklumat yang diperlukan. Pembinaan modul baru

dan penambahbaikan modul yang sedia ada hendaklah diperluaskan bagi menjadikan

modul sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang terbaik dalam menyalurkan

matlumat. Ini sebagai usaha dalam memberi kemudahan kepada para pengajar dan

pelajar.

Page 25: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Holmes (1999) dalam Magdelene, memberikan pandangan bahawa integrasi

teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang

bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran

harian dengan mata pelajaran yang diajar. Walau bagaimanapun, pembelajaran harus

dijalankan secara „hands-on‟ di mana pelajar mempraktikkan teoritikal kepada

praktikal. Oleh itu, pelajar memerlukan modul ringkas bagi menjalankan

pembelajaran secara praktikal pada masa kini. Namun, pelajar menghadapi masalah

dalam penggunaan modul pembelajaran akademik itu sendiri. Merujuk kepada

Magdalene (2009) yang menyatakan bahawa aktiviti berpandukan modul merupakan

satu kompetensi yang perlu dikuasai pelajar. Kompetensi ini adalah penting kerana

pelajar perlu menjalankan pembelajaran secara praktikal dengan mengikut kepada

langkah-langkah yang tersedia dalam kandungan modul.

Pada masa ini pengunaan modul yang dikenali sebagai modul akademik pada

masa masa kini telah mendapat perhatian luas di kalangan pensyarah dan pelajar-

pelajar institut pengajian tinggi awam mahupun swasta. Ini kerana penggunaan

modul adalah merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang berkesan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian, penggunaan modul di

kalangan pensyarah dan pelajar di Fakulti Pendidikan kurang mendapat sambutan

yang meluas. Melalui pemerhatian yang telah dilaksanakan, didapati pelajar tahun

satu yang mengikuti kursus Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup yang

mengambil matapelajaran Asas Elektrik dan Elektronik tidak mempunyai satu bahan

rujukan khusus sebagai bahan bacaan tambahan dalam matapelajaran ini.

Sehubungan itu, satu modul akademik yang bersesuaian akan di bina bagi mengatasi

pemasalahan ini.

Selain itu juga, didapati skop kandungan bahan-bahan rujukan yang terdapat

pada masa ini terlalu meluas. Bagi pelajar yang hanya mengambil matapelajaran

Asas Elektrik dan Elektronik terpaksa menggunakan bahan rujukan yang

mengandungi skop kandungan yang sangat luas yang mana merangkumi topik-topik

diluar skop kandungan pembelajaran mereka. Oleh demikian, ini telah menyukarkan

Page 26: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

5

para pelajar untuk membuat pemilihan bahan rujukan yang manakah bersesuaian

sebagai bahan bacaan tambahan dalam proses pembelajaran mengikut skop

kandungan matapelajaran tertentu.

Secara amnya, sasaran pengguna modul ini adalah pelajar dan pensyarah di

IPTA/S serta guru – guru teknikal dan vokasional dalam bidang elektrik dan

elektronik di sekolah. Walau bagaimanapun, dalam kajian ini penyelidik memberi

fokus kepada pelajar kursus teknikal, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Oleh itu, menjadi suatu

keperluan bagi pelajar kursus teknikal tersebut mempunyai satu modul akademik

yang mempunyai isi kandungan yang ringkas, mudah difahami dan padat sebagai

bahan bacaan dan rujukan utama.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenal pasti sebelum menghasilkan

satu modul akademik yang berkesan. Antaranya adalah merujuk kepada pemilihan

Teori pembelajaran yang akan digunakan untuk membangunkan modul tersebut.

Sehubungan itu, bagi menghasilkan modul yang berkesan, ia haruslah dibangunkan

berdasarkan teori pembelajaran yang releven. Menurut Sweller et al (1998), Teori

Beban Kognitif (Cognitive Load Theory) mencadangkan bahawa

proses pembelajaran dilaksanakan adalah dengan paling berkesan dalam keadaan

yang selaras dengan reka bentuk kognitif manusia. Melalui pembinaan modul

berdasarkan Teori Beban Kognitif, pelajar dijangka dapat mengenal pasti elemen-

elemen penting yang terkandung dalam topik tertentu dengan lebih mudah dan

berkesan.

Selain itu juga, penghasilan modul yang sistematik dan mengikut setiap

langkah-langkah mereka bentuk akan menghasilkan satu modul yang baik dan

mempunyai kesinambungan dari isi kandunganya, (Meyer, 1988). Disamping itu

juga, urutan-urutan yang terkandung dalam sesuatu model perlu diikuti bagi

memastikan modul yang dihasilkan ringkas, padat, menyeluruh serta dapat memberi

kesan kepada pengguna modul tersebut, (Wan Ahmad Khairun Nasri, 2010). Antara

kaedah pembinaan modul yang dipilih adalah dengan menggunakan Model

Pembinaan Modul Sidek (2005) yang telah diperkenalkan oleh Sidek Mohd Noah

Page 27: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

6

dan Jamaludin Ahmad. Maka, adalah perlu bagi setiap pelajar tahun satu kursus

Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH) di UTM mempunyai satu

modul akademik yang mempunyai isi kandungan yang ringkas, padat dan

menyeluruh sebagai bahan rujukan tambahan bagi matapelajaran Asas Elektrik dan

Elektronik.

Justeru itu, penghasilan modul Asas Elektrik dan Elektronik dalam topik

Pemuat (Capacitor) adalah perlu bagi kegunaan pensyarah dan juga pelajar dengan

menjadikan modul yang dibina sebagai bahan rujukan yang khusus dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Penghasilan modul yang dibangunkan menggunakan

teori-teori yang bersesuaian mampu memberi impak yang besar terhadap

pengetahuan pelajar sekaligus membolehkan pelajar memperolehi maklumat yang

tepat, ringkas dan padat serta mudah.

1.3 Penyataan Masalah

Merujuk kepada latar belakang masalah yang dinyatakan, pembinaan satu

modul akademik adalah penting bagi meningkatkan keberkesanan P & P sekaligus

memberikan kesan positif yang tinggi kepada para pendidik dan pelajar. Oleh yang

demikian, satu pembinaan modul baru akan direka bentuk dan isi kandunganya akan

dibangunkan berdasarkan pengaplikasian Model Pembinaan Modul Sidek (2005) dan

Teori Beban Kognitif (Sweller et al., 1998). Responden yang terlibat dalam kajian ini

adalah pelajar UTM separuh masa (SPACE) tahun satu bagi program Ijazah Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semester satu, sesi 2011/2012

dan dua orang pakar bidang yang merupakan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan

Elektrik di UTM. Kajian ini akan dijalankan di Jabatan Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM.

Page 28: “MODUL BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC · PDF filemenyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya ... 2.5.2 Gangguan Terhadap Kesahan Eksperimen 37

7

1.4 Objektif Kajian

Modul Basic of Electric and Electronic – Capacitor perlu dibina bagi

memaksimumkan kefahaman pelajar terhadap topik yang dibincangkan. Objektif

kajian ini dijalankan adalah untuk membina modul dengan rekabentuk dan isi

kandungan bagi modul Basic of Electric and Electronic – Capacitor dalam mata

pelajaran Asas Elektrik dan Elektronik (SPL 1012) berdasarkan pengaplikasian

Model Pembinaan Modul Sidek (2005). Antara objektif yang ditetapkan adalah:

i. Membangunkan satu modul akademik dengan mengaplikasikan kepada Teori

Beban Kognitif.

ii. Membina modul akademik bertajuk Basic of Electric and Electronic –

Capacitor berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek (2005).

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan di atas, maka persoalan

kajian adalah seperti berikut:

i. Adakah modul akademik Basic of Electric and Electronic – Capacitor yang

dibangunkan dapat mengaplikasikan Teori Beban Kognitif?

ii. Adakah modul akademik Basic of Electric and Electronic – Capacitor dapat

dibina mengikut Model Pembinaan Modul Sidek (2005)?