konsep psk

Upload: muizz75

Post on 18-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengertian Sivik Sivik merujuk kepada kesedaran diri untuk memupuk hubungan individu dengan masyarakat sekeliling. Contoh : *hormat menghormati * kerjasama *kasih sayang * tolak ansur / toleransi

Pengertian Kewarganegaraan Kewarganegaraan merujuk kepada hubungan antara individu dan negara. Contoh * semangat patriotik * menghormati undang-undang * semangat nasionalisme*cintakan negara dan pemimpin* menyintai keamanan.

Pengertian Pendidikan Sivik (Mengikut UNESCO) Pendidikan yang diberi kepada kanak-kanak untuk menjadi warganegara yang sedar dan jelas tentang peranannya dalam membuat keputusan tentang hal-hal dalam masyrakat.PSK menggalakkkan pelajar melibatkan diri dalam menentukan hala tuju masyarakat dalam negara. CIRI-CIRI PSK Menyintai keamanan dan membenci keganasan Mengandungi unsur-unsur dan etika Menekankan kepada kesamaan Tidak mendiskriminasi Menekankan hak asasi manusia (hak sivik dan hak politik)

ASPEK-ASPEK UTAMA DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (i)Kemahiran sosial (ii)Memahami masyarakat (iii)Sosialisasi politik (iv)Sejarah Negara (v)Sistem Perundangan

(i) Kemahiran Sosialsuatu kemahiran penting untuk hidup dalam masyarakat Kita sebagai seorang masyarakat perlulah saling kenal mengenali dan mempunyai hubungan yang baik sesama masyarakat terutamanya masyarakat setempat di sekeliling kita. Selain itu, budaya kunjung mengunjung, adalah salah satu cara untuk kita meningkatkan kemahiran sosial dalam masyarakat disamping saling bantu membantu dan bekerjasama dalam komuniti setempat.

(ii) Memahami masyarakatMalaysia merupakan negara yang unik kerana kita berbeza dari segi agama, budaya, etnik., kita sebagai masyarakat seharusnya memahami kepelbagaian ini dan bertolak ansur antara satu sama lain untuk menjadi rakyat yang bersatu padu dan bertoleransi antara satu sama lain.

(iii) Sejarah Negara Sejarah negara perlulah didedahkan kepada murid untuk memahami kepelbagaian masyarakat pada hari ini. Untuk menjadi warganegara yang sayangkan negara dan patriotic, perngetahuan akan sejarah negara seharusnya dikuasai. Dengan itu, kita dapat memahami dan melihat akan kesusahan pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan hak-hak kemerdekaan tanah air dan seterusnya mempertahankan kemerdekaan ini dari dijajah semula.

(iv) Sistem Kerajaan dan PerundanganSeperti yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan sebuah negara yang demokrasi dan berperlembagaan. Malaysia juga merupakan negara yang masih mengekalkan sistem beraja yang diketuai oleh Yang Di Pertuan Agong. Perundangan dinegara kita banyak dipengaruhi oleh perundangan British akibat jajahan dahulu. Sistem perlembagaan Malaysia pula terdiri daripada tiga badan utama iaitu Badan Kehakiman, Badan Perundangan dan Badan Eksekutif.