konsep kohesi dalam wacana

59
Konsep Kohesi Dalam Wacana

Upload: cgazmi

Post on 15-Jun-2015

5.190 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Konsep Kohesi Dalam WacanaMaksud WacanaWacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Harimurthi, 1982). Unit bahasa ini juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab,Maksud WacanaWacana turut menunjukkan perkembangan fikiran berurutan yang tersusun dengan sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki tertinggi yang h

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Konsep Kohesi Dalam Wacana

Page 2: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Maksud Wacana

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Harimurthi, 1982). Unit bahasa ini juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku.

Page 3: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Maksud Wacana

Wacana turut menunjukkan perkembangan fikiran berurutan yang tersusun dengan sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas tingkat ayat.

Page 4: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Jenis Wacana

Terdapat dua jenis wacana dalam unit bahasa, iaitu :1. Wacana lisan.2. Wacana tulisan.

Page 5: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Wacana Lisan

Dihasilkan secara lisan yang melibatkan komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar. Dalam wacana jenis ini, ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya berfungsi untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Contohnya ialah perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah, siaran televisyen dan radio.

Page 6: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Wacana Tulisan

Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. Penulis tidak mendapat reaksi pembaca pada masa itu kerana penulis tidak berdepan dengan pembaca.Contoh wacana tulisan ialah rencana, akhbar, majalah, buku dan novel.

Page 7: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Wacana

Wacana boleh dianggap sebagai kesatuan bahasa yang paling tinggi, iaitu kumpulan kalimat yang tertera dan berkesinambungan sehingga membentuk kesatuan yang utuh.Wacana terdiri daripada pendahuluan, isi dan penutup.

Page 8: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Jenis-Jenis Wacana

(a) Berdasarkan Fungsi Bahasa:(i) Wacana ekspresif;Wacana ekspresif wacana inibersumberkan gagasan penutur atau

penulis sebagai saranan ekspresi, seperti pidato.

(ii) Wacana fatis;Wacana fatis wacana ini bersumberkan saluran untuk melancarkan komunikasi.

Page 9: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Jenis-Jenis Wacana

(iii) Wacana informasional;Wacana informasi wacana ini

bersumberkan pesanan atau informasi, seperti berita dalam media massa.

(iv) Wacana estetik; Wacana estetik wacana ini bersumberkan pesanan dengan tekanan keindahan,

seperti puisi dan lagu.

Page 10: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Jenis-Jenis Wacana

(v) Wacana direktif.Wacana direktif wacana ini diarahkan pada tindakan atau reaksi daripadamitra penutur atau pembaca, seperti

khutbah.

Page 11: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Jenis-Jenis Wacana

(b) Berdasarkan Saluran Komunikasi (wacana lisan dan wacana penulisan), Tanggapan Mitra Tutur atau Pembaca (wacana transaksional dan wacana interaksional) dan Pemaparan

(i) Wacana deskriptif;Wacana deskriptif merupakan suatu pernyataan atau rangkaian pernyataan, sama ada dinyatakan secara lisan mahupun tulisan serta memiliki hubungan makna antara satuan bahasa danterikat kepada konteks.

Page 12: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Jenis-Jenis Wacana

(ii) Wacana ekspositoris;Wacana ini dapat berisi konsep-konsep dan logika yang harus diikuti oleh penerima pesanan.(iii) Wacana argumentatif;Menurut Renkema (2004: 204), perkara

terpenting dalam sesebuah teks argumentatif bukanlah hal logiknya, tetapi cara argumentatif (berhujah) tersebut dibangunkan.

Page 13: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Jenis-Jenis Wacana

(iv) Wacana persuasif;Ialah seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan. Dalam penulisan pemujukan, sama ada penyampaian ideologi ataupun berbentuk propaganda, wacana persuasif adalah wahana dalam penulisan yangboleh mempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai.(v) Wacana hurtatoris; Wacana mengenai sejarah(vi) Wacana prosedural.Wacana mengenai prosedur

Page 14: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Jenis-Jenis Wacana

(c) Berdasarkan Bilangan Peserta Komunikasi(i) Wacana monolog;(ii) Wacana dialog; (iii) Wacana polilog.Namun demikian, ada juga kalangan sarjana bahasa yang membahagikannyakepada empat, iaitu:(i) Wacana narasi;(ii) Wacana eksposisi;(iii) Wacana deskripsi; dan(iv) Wacana argumentasi.

Page 15: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Ciri-ciri Wacana

Sebagai unit bahasa yang lengkap, wacana mempunyai beberapa ciri penting. Lazimnya, setiap wacana mempunyai struktur, iaitu terdapatnya:pendahuluan, Isi, dan penutup.

Page 16: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Tujuan Wacana

Tujuan wacana penting untuk memilih teknik penyampaian wacana, sama ada secara naratif, deskriptif, eksposisi atau penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana, sama ada ucapan, ceramah, surat rasmi atau tidak rasmi dan sebagainya. Jika tujuan wacana adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang digunakan ialah ayat tanya. Jika maklumat pula yang hendak disampaikan, ayat penyata digunakan.

Page 17: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Tautan

Tautan atau kohesi bermaksud keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana.Keserasian ditinjau daripada hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan sesuatu perkataan dalam wacana tersebut. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan sebahagianteks yang lain sehingga membentuk satu kesatuan.

Page 18: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Runtutan

Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapatdalam sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks yang bermakna.

Runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana. Tanpa makna, tekstidak dianggap sebagai wacana.

Page 19: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Penerimaan

Sesuatu wacana perlu mempunyai pendengar atau pembaca yangmerupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itutinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yangdisampaikan. Sebaliknya tahap penerimaan adalah rendah jika wacanatersebut tidak difahami oleh pendengar atau pembaca.

Page 20: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Maklumat

Setiap wacana juga perlu mempunyai maklumat, iaitu maklumat baharu dan maklumat lama. Maklumat lama adalah maklumat yang telahdinyatakan pada peringkat awal dan diulang dalam konteks berikutnya, manakala maklumat baharu adalah maklumat yang baharu sahajadinyatakan dalam wacana tersebut.

Page 21: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Keadaan

Sesuatu wacana juga perlulah sesuai dengan keadaan. Kesesuaian itumenjadikan sesuatu wacana relevan dengan situasi ujaran. Pemilihan kata,frasa dan susunan ayat yang tepat amat penting untuk menjadikan sesuatuwacana itu sesuai dengan keadaan.

Page 22: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Interteks

Interteks bermaksud sesuatu wacana bergantung pada wacana yang lain.Dengan adanya interteks, sesuatu wacana akan lebih mudah difahami olehpembaca atau pendengar. Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacanayang dibaca atau didengar akan membantu menghasilkan wacana.

Page 23: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Makna dalam Wacana

Keutuhan sesuatu wacana adalah penting dan dapat dilihat daripada kewujudanhubungannya dengan aspek makna dengan berdasarkan penggunaan tatabahasayang betul dan tepat, seperti pernyataan dan contoh-contoh berikut:(a) Hubungan sebab dan akibat, iaitu sebagai contoh: Ahmad tidak bersungguh-sungguh berlatih. Dia gagal dalam setiap pertandingan yang disertainya.

Page 24: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Makna dalam Wacana

(b) Hubungan sebab dan tujuan, iaitu sebagai contoh: Siti sangat rajin menelaah buku. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.(c) Hubungan sebab dan hasil, iaitu sebagai contoh: Salmah begitu rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir.(d) Hubungan latar dan kesimpulan, iaitu sebagai contoh: Rosmah menangis. Rupa-rupanya dia terlalu gembira kerana lulus peperiksaan denganCemerlang.

Page 25: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Makna dalam Wacana

(e) Hubungan syarat dan hasil, iaitu sebagai contoh: Pelajar-pelajar mestilah belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhan akan menghasilkan kejayaan.(f) Hubungan perbandingan, iaitu sebagai contoh: Rumah Romzi besar. Rumah Rosli lebih besar. (g)Hubungan penjelasan, iaitu sebagai contoh,Tsunami yang berlaku baru-baru ini sungguh dahsyat. Bencana tersebut bukan sahaja telah mengorbankan nyawa, tetapi banyak harta benda telah musnah.

Page 26: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Konsep Kohesi dalam Wacana

Definisi Wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa mudah yang ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan, bahasa Melayu telah diperkenalkan dengan beberapa definisi wacana seperti berikut:

Page 27: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Konsep Kohesi dalam Wacana

Definisi Wacana.Harimurti (1982:204)"Wacana atau dalam bahasa Inggerisnya ialah 'Discourse'. Wacana merupakan satuan bahasa yang lengkap, iaitu dalam hierarki gramatikal merupakan satuan gramatikal tertinggi ataupun terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku siri ensiklopedia dan sebagainya, paragraf, kalimat atau ayat yang membawa amanat yang lengkap.”

Page 28: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Konsep Kohesi dalam Wacana

Definisi Wacana.Anton M. Moeliono (1995:407)"Wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklahmakna yang serasi di antara kalimat itu.“

Page 29: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Konsep Kohesi dalam Wacana

Definisi Wacana.Anton M. Moeliono (1995:407)"Wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklahmakna yang serasi di antara kalimat itu.“

Page 30: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Konsep Kohesi dalam Wacana

Di samping itu juga, wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan (cohesion) dalam strukturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambunganmaklumat. Makna kesinambungan di sini diertikan sebagai kesatuan makna.

Page 31: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Konsep Kohesi dalam Wacana

Unsur-unsur penting dalam wacana adalah seperti, satuan bahasa, terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi, berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata.

Page 32: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Konsep Kohesi dalam Wacana

Kohesi (Cohesion)Kohesi merupakan aspek formal bahasa dalam wacana. Dengan itu kohesi adalah 'organisasi sintaktik'. Organisasi sintaktik ini adalah merupakan wadah ayat-ayat yang disusun secara padu dan juga padat. Dengan susunan sebegitu organisasi tersebut adalah untuk menghasilkan tuturan.Dengan penguasaan dan juga pengetahuan kohesi yang begitu baik, ia akan dapat menghasilkan wacana yang baik.Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kesepaduan dan sebagainya.

Page 33: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Konsep Kohesi dalam Wacana

1. PerujukanPerujukan ataupun rujukan ini merujuk kepada unsur sebelum atau selepas yang berkaitan dengan hubungan semantik. Perujukan ini dilihat dari dua sudut, iaitu :1.1. Perujukan Eksoforik1.2. Perujukan Endoforik.

Page 34: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

1.1. Perujukan eksoforikPerujukan eksoforik merujuk kepada hal-hal yang di luar daripada konteks.Dalam situasi ini kaedah perujukan eksoforik digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang telah berlaku pada ketika sesuatu ujaran itu berlaku. Perujukan eksoforik ini mengandungi tiga perkara iaitu, konteks segera, pengetahuan bersama dan pengetahuan satu dunia wacana.

Page 35: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

1.1.1. Konteks SegeraKonteks segera ini juga dikenali sebagai Immediate Context .Contoh: "... aku tidak mudah percaya dengan kepura-puraan ini". Beberapapandangan dilemparkan kepada kami. Aku gelisah dengan pandangan itu.(Leman Ahmad, 1984: 39)

Page 36: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

1.1.2. Pengetahuan Dikongsi BersamaPengetahuan dikongsi bersama ini juga dikenali sebagai shared knowledge.Contoh:Congo mengalami wabak virus pada akhir 1990 yang meragut 120 nyawa. Pihak berkuasa kesihatan di negara jiran, termasuk Afrika Selatan, mengeluarkan amaran pada minggu lalu…… (Media Permata, 5 April 2005: 19)

Page 37: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

1.1.3. Pengetahuan dalam Satu Dunia WacanaContoh:Bukti awal sudah ketara apabila lagunya Tangisan Dalam Kerinduan kini menjadi siulan anak muda.(Media Permata, 9/10 April 2005: 11)

Page 38: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

1.2. Perujukan EndoforikPerujukan endoforik ini pula merujuk apa yang hanya ada di dalam sesebuah teks. Seperti apa yang telah diterangkan oleh Halliday dan Hasan (1976) yang mengatakan bahawa perujukan endoforik ini merujuk kepada teks sahaja iaitu, merujuk hanya apa yang ada di dalam teks. Harimurti Kridalaksana (1982) memberikan pendapat bahawa perujukan endoforik ini adalah hal atau fungsi yang menunjukkan kembali pada hal-hal yang ada dalam wacana, mencakupi perujukan anaforik dan perujukan kataforik.

Page 39: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

1.2.1. Perujukan AnaforikAda yang mengatakan bahawa perujukan anaforik ini adalah merujuk kepada unsur sebelum.Contoh: Bersua dengan Farah memang menyeronokkan kerana sikap peramahnya menyebabkan seseorang akan merasa cepat mesra dengannya. Kedua, Gadis 'Breep, Breep' ini cepat-cepat menyangkal bahawa populariti telah mengubahnya, sebaliknya memberitahu dia masih Farah yang dulu. (Media Permata, 9/10 April 2005:11)• ……. Farah memang menyeronokkan ……• ……. dia masih Farah yang dulu ……

Page 40: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

1.2.2. Perujukan KataforikPerujukan Kataforik ini juga dikatakan merujuk kepada unsur selepas.Contoh seterusnya:Dia seorang budak berani, cergas dan cerdik.Oleh sebab kehidupan ibu bapa Hang Tuah di Melaka susah, mereka lalu berpindah ke Pulau Bentan. (Harun Aminurrashid, 2001:8)• Dia seorang ………..• Oleh sebab kehidupan ibu bapa Hang Tuah …….

Page 41: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

2. PenggantianPenggantian ini dikenali sebagai substitution. Penggantian adalah alihan atau pertukaran bagi sesuatu segmen kata, frasa atau klausa oleh kata ganti yang lainnya. Penggantian ini juga ada penggantian nomina, penggantian verba dan penggantian klausa.

Page 42: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

2.1. Penggantian NominaContoh selanjutnya:Kini kereta itu dijumpai semula oleh Polis ... Kedua, Walau bagaimanapun kereta itu sudah bertukar wajah menjadi "besi buruk."(Media Permata, 8 April 2005:1)2.2. Penggantian VerbaContoh:• A: Liz berkata kamu minum terlalu banyak.• B: Betul ke! (Ann M. Martin, 1995:54)

Page 43: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

2.3. Penggantian KlausaContoh: A: "Oh, saya berhutang dengan awak" B: "Saya pun begitu".(Ann M. Martin, 1995:97)3. PengguguranPengguguran juga dikenali sebagai penghilangan atau elipsis. Pengguguran ini mengandungi pengguguran nomina, pengguguran verbaldan pengguguran klausa.

Page 44: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

3.1. Pengguguran NominaContoh: A: "Kita ini perlu anak. Tau anak! Adanya anak akan lebih bererti hidup ……………………." B: "Kenapa diungkit-ungkit juga soal itu?"(Leman Ahmad, 1984: 24) 3.2. Pengguguran VerbaContoh: A: "Pernahkah kamu menaiki beca dan basikal?" B: "Ya, pernah."(Tarigan, H.G., 1995:166)

Page 45: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

3.3. Pengguguran KlausaContoh: Guru: "Apakah kamu mahu mendapat biasiswa dari kerajaan?" Pelajar: "Ya, tentu"(Tarigan, H.G., 1995:147)4. Konjungsi (Conjunction)Ada Konjungsi yang mempunyai kebalikan, tambahan, temporal dan sebab.

Page 46: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

4.1. Kebalikan (Adversative)Contoh: Kekuatan Awang Semaun yang luar biasa ini dikatakan kerana ia telah makan sejenis ikan yang bernama 'sumpit-sumpit' yang sangat ganjil dan kononnya ikan ini memang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Cerita ini mungkin hanya sebagai suatu dongeng yang diceritakan oleh orang tua-tua kita. Walau bagaimanapun, kekuatan Awang Semaun itu memang dari aspek keadaan bentuk badannya yang tegap sasa. (Harun Aminurrashid, 2001:25)Dia rajin sekali belajar, tetapi setiap peperiksaan, selalu tidak lulus. (Tarigan, H.G., 1995: 137)

Page 47: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

4.2. Tambahan (Additive)Contoh: Aku melangkah ke depan. Sebentar menoleh ke kanan dengan ucapan assalatu lailahaillallah. Dan ke kiri juga. Itu nilai aku sendiri. Nilai orang aku tak kisah. Itu pun buat masa ini.(Leman Ahmad, 1984: 31-32)4.3. TemporalContoh: Rantai itu terlalu panjang. Pada mulanya rantai itu hendak dibuangnya tetapi ada sesuatu yang menarik hatinya pada rantai itu. Lalu rantai itudibasuhnya bersih-bersih.(Harun Aminurrashid, 2001: 28)

Page 48: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

4.4. SebabContoh: Mansor kerap kali datang ke sekolah dengan tidak membawa wang belanja, sebab ayahnya telah meninggal dunia. Lima orang itu sangat masyhur ceritanya hingga hari ini kerana mereka terkenal sebagai pahlawan Melayu pada zaman Kerajaan Melayu Melaka dahulu.(Harun Aminurrashid, 2001: 2 & 7)

Page 49: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

5. Kohesi LeksikalKohesi Leksikal diperoleh dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Ada dua cara bagi mencapai aspek leksikal kohesi ini, iaitu:5.1. Reiterasi dan 5.2. Kolokasi.5.1. Reiterasi (Pernyataan Semula)Reiterasi atau pernyataan semula berlaku melalui tiga cara, iaitu pengulangan kata, sinonimi, superordinat dan kata-kata umum.

Page 50: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

5.1.1. Pengulangan Kata (repitition)Kata yang sering kali diulang ini terdiri daripada 'kata isi' (content word). Ini bermakna kata itu adalah kata yang amat penting bagi sesuatu ayatyang dibentuk dan dibina bagi teks ataupun wacana. Kata isi ini boleh dikenal pasti melalui dua cara. Cara yang pertama ialah kata itu atau 'kataisi' tersebut akan dijadikan sebagai unsur yang tidak boleh ditinggalkan ataupun tidak digunakan jika diperkatakan di dalam inti pati teks.

Page 51: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

Cara yang kedua ialah jika kata tersebut tidak diulang maka berkemungkinan teks itu akan terganggu sifat kesatuannya.Contoh: •……. amaran daripada penculik-penculiknya bahawa pasukan Amerika akan cuba membunuhnya datang menghantuinya ……………• "Saya serta-merta teringatkan apa yang diberitahu oleh penculikpenculik itu………….."•"Saya tidak banyak bercakap dengan penculik-penculik …………….”(Media Permata, 7 Mac 2005: 1)

Page 52: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

5.1.2. SinonimSinonim ialah suatu kata yang mempunyai makna yang sama dengan 'kata seerti'. Sinonim ini digunakan untuk mengelakkan kebosanan bagipengulangan kata yang sama di dalam teks. Selain itu, sinonim juga memberikan variasi kepada sesuatu teks. Sesetengah kata boleh menjadisinonim apabila dua kata yang berbeza merujuk kepada perkara yangsama.

Page 53: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

Contoh:• Gambar lukisan memastikan Iwo Jima terus menghidupkan kenangan Amerika, tetapi bagi kebanyakan warga Jepun pertempuran pulau berdarah adalah langkah……………• ………………."Peperangan adalah sesuatu yang tidak boleh difahami melainkan ia dialami," Endo, yang pernah …………• ……………"Perjuangan itu menjadi pengajaran kepada belia hari ini.“……....•(Media Permata, 7 Mac 2005: 9)

Page 54: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

5.1.3. SuperordinatSuperordinat ialah penggunaan kata yang lebih khusus atau 'hiponim‘kepada kata yang lebih umum atau dikenali sebagai 'hiperonim'.Contoh:Semua yang ada di desa seperti kambing, biri-biri, kerbau, lembu dan ayam, harus dibuatkan kandangnya secara teratur. Ketua Kampungmengarahkan penduduk desa membuat kandang ternakan masing-masing.(Tarigan, H.G., 1995: 146)

Page 55: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

Superordinat bagi contoh tersebut ialah kata umum yang merujuk 'kambing, kerbau, biri-biri, ayam', iaitu 'ternakan'. Kata 'kambing, kerbau, ayam' ialah kata khusus yang juga dikenali hiponim.

Page 56: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

5.1.4. Kata-kata UmumKata-kata umum ialah kata-kata yang tidak tentu kelasnya.Contoh:Bagi Awang Semaun, jika ia beroleh sesuatu hasil perburuan atau berkarang, sebelum perolehan itu dibawanya balik ke rumahnya ………(Harun Aminurrashid, 2001:25)

Page 57: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

5.2. KolokasiKolokasi boleh dilihat dari dua sudut, iaitu sudut sintaksis dan dari sudut semantik.5.2.1. Dari Sudut SintaksisContoh:Ketika itu nama Brunei dikenali sebagai Puni, kerana ibu kotanya bernama Puni. Pada zaman Sultan Muhyiddin, iaitu Sultan Brunei yang ke-XIV baharulah Kerajaan Brunei itu dipindahkan ke tempat yang ada sekarang.(Harun Aminurrashid, 2001:19)

Page 58: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

Contoh:Di perkarangan itu, ditanam keperluan dapur sehari-hari; umpamanya: bayam, tomato, cili, ubi kayu, kacang panjang, lobak, kubis dan lain-lain. Di perkarangan itu, ditanam bahan ubat-ubatantradisional; misalnya: misai kucing, lengkuas, halia, kunyit dan sebagainya…….. dijual ke pasar: sebagai contoh: bayam, cili, halia, kunyit dan sirih.(Tarigan, H.G., 1995: 138)

Page 59: Konsep Kohesi Dalam Wacana

Kohesi dalam Wacana

5.2.2. Dari Sudut Semantik.Contoh:Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan perhubungan di tanah air kita, iaitu perhubungan darat, laut dan udara. Dalam bidangperhubungan darat telah digalakkan pemanfaatan kereta api dan kenderaan bermotor. Kenderaan ini meliputi kereta, motosikal dan sebagainya.(Tarigan, H.G., 1995: 136)