kisah penciptaan ruh rosulullah

3
http://smzblog.wordpress.com/perundangan-islam/kisah-penciptaan-ruh-rasulullah/  KISAH PENCIPTAAN RUH ROSULULLAH Saat Allah Subhanahu wa T a’ala mengeluarkan keputusan Ilahiah untuk mewujudkan makhluq, Ia pun menciptakan Haqiqat Muhammadaniyyah(Realiti Muhammad  Nuur Muhammad ) dari Cahaya-Nya. Ia Subhanahu wa Ta ’ala  kemudian menciptakan dari Haqiqat ini keseluruhan alam, baik alam atas mahupun bawah. Allah Subhanahu wa Ta’ala  kemudian memberitahu Muhammad akan Kenabiannya, sementara saat itu Adam masih belum berbentuk apa-apa kecuali berupa ruh dan  badan. Kemudian darinya (dari Muhammad) keluar tercipta sumbe r-sumber dari ruh, yang membuat  beliau lebih luhur dibandingk an seluruh makhluq ciptaan lainnya, dan menjadikannya pula ayah dari semua makhluq yang wujud. Dalam Sahih Muslim, Nabi (SAW) bersabda bahawa Allah  Subhanahu wa Ta’ala telah menulis Taqdir seluruh makhluq lima puluh ribu tahun (dan tahun di sisi Alla h adalah  berbeda dari tahun manusia, peny.) sebelum Ia menciptakan Langit dan Bumi, dan `Arasy-Nya berada di atas Air, dan di antara hal-hal yang telah tertulis dalam ad-Dzikir, yang merupakan Umm al-  Kitab (induk Kitab), adalah bahawa Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam adalah Penutup para Nabi. Al Irbadh ibn Sariya, berkata bahawa Nabi sall-  Allahu ‘alayhi wa sallam  bersabda, “Menurut  Allah, aku sudah menjadi Penutup Para Nabi, ketika Adam masih dalam be ntuk tanah liat.” Maysara al-Dhabbi (ra) berkata bahawa ia bertanya pada Nabi sall-  Allahu ‘alayhi wasallam, “Ya RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang Nabi?” Beliau sall-  Allahu ‘alayhi wasallam menjawab, “Ketika Adam masih di antara ruh dan badannya.”  Suhail bin Salih Al-Hamadani berkata, “Aku bertanya pada Abu Ja’far Muhammad ibn `Ali  radiy-  Allahu ‘anhu, `Bagaimanakah Nabi Muhammad sall-  Allahu ‘alayhi wa sallam bisa mendahului nabi- nabi lain sedangkan beliau akan diutus paling akhir?” Abu Ja’far radiy-  Allahu ‘anhu menjawab  bahawa ketika Allah menciptakan anak-anak Adam (manusia) dan menyuruh mereka bersaksi tentang Diri-Nya (menjawab pertanyaan- Nya, `Bukankah Aku ini Tuhanmu?’), Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam-lah yang pertama menjawab `Ya!’ Kerana itu, beliau mendahului seluruh nabi -nabi, sekalipun beliau diutus paling akhir.”  Al-Syaikh Taqiyu d-Diin Al-Subki mengomentari hadits ini dengan mengatak an bahawa kerana Allah Ta’ala menciptakan arwah (jamak dari ruh) sebelum tubuh fisik, perkataan Muhammad  sall-Allahu ‘alayhi wasallam “Aku adalah seorang Nabi,” ini mengacu pada roh suci beliau, mengacu pada hakikat  beliau; dan akal fikiran kita tak mampu memahami hakikat-hakikat ini. Tak seorang pun memahaminya kecuali Dia yang menciptakannya, dan mereka yang t elah Allah dukung dengan Nur Ilahiah. Jadi, Allah Subhanahu wa Ta’ ala  telah mengurniakan kenabian pada ruh Nabi sall-  Allahu ‘alayhi wasallam bahkan sebelum penciptaan Adam; yang Ia telah ciptakan ruh itu, dan Ia limpahkan  barakah tak berhingga atas ciptaan ini, dengan menuliskan nama Muhammad sall-All ahu ‘alayhi wasallam pada `Arasy Ilahiah, dan memberitahu para Malaikat dan lainnya akan penghargaan-Nya  yang tinggi bagi beliau (sall-  Allahu ‘alayhi wasallam). Dus, Haqiqat Nabi Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam telah wujud sejak saat itu, meski tubuh raga winya baru diciptakan kemudian. Al Syi’bi meriwayatkan bahawa seorang laki-laki bertanya, “Ya RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang Nabi?” Beliau menjawab, “ketika Adam masih di antara roh dan badannya, ketika janji dibuat atasku.”

Upload: deni-sadikin

Post on 04-Jun-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah Penciptaan Ruh Rosulullah

8/13/2019 Kisah Penciptaan Ruh Rosulullah

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-penciptaan-ruh-rosulullah 1/2

http://smzblog.wordpress.com/perundangan-islam/kisah-penciptaan-ruh-rasulullah/ 

KISAH PENCIPTAAN RUH ROSULULLAH

Saat Allah Subhanahu wa Ta’ala mengeluarkan keputusan Ilahiah untuk mewujudkan makhluq, Ia

pun menciptakan Haqiqat Muhammadaniyyah(Realiti Muhammad – Nuur Muhammad ) dari

Cahaya-Nya. Ia Subhanahu wa Ta’ala kemudian menciptakan dari Haqiqat ini keseluruhan alam, baik

alam atas mahupun bawah. Allah Subhanahu wa Ta’ala kemudian memberitahu Muhammad akan

Kenabiannya, sementara saat itu Adam masih belum berbentuk apa-apa kecuali berupa ruh dan

 badan. Kemudian darinya (dari Muhammad) keluar tercipta sumber-sumber dari ruh, yang membuat

 beliau lebih luhur dibandingkan seluruh makhluq ciptaan lainnya, dan menjadikannya pula ayah dari

semua makhluq yang wujud. Dalam Sahih Muslim, Nabi (SAW) bersabda bahawa Allah Subhanahu

wa Ta’ala telah menulis Taqdir seluruh makhluq lima puluh ribu tahun (dan tahun di sisi Allah adalah

 berbeda dari tahun manusia, peny.) sebelum Ia menciptakan Langit dan Bumi, dan `Arasy-Nya berada

di atas Air, dan di antara hal-hal yang telah tertulis dalam ad-Dzikir, yang merupakan Umm al-

 Kitab (induk Kitab), adalah bahawa Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam adalah Penutup para

Nabi. Al Irbadh ibn Sariya, berkata bahawa Nabi sall- Allahu ‘alayhi wasallam  bersabda, “Menurut

 Allah, aku sudah menjadi Penutup Para Nabi, ketika Adam masih dalam bentuk tanah liat.” 

Maysara al-Dhabbi (ra) berkata bahawa ia bertanya pada Nabi sall- Allahu ‘alayhi wasallam, “Ya

RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang Nabi?” Beliau sall- Allahu ‘alayhi wasallam menjawab,

“Ketika Adam masih di antara ruh dan badannya.” 

Suhail bin Salih Al-Hamadani berkata, “Aku bertanya pada Abu Ja’far Muhammad ibn `Ali radiy-

 Allahu ‘anhu, `Bagaimanakah Nabi Muhammad sall- Allahu ‘alayhi wasallam bisa mendahului nabi-

nabi lain sedangkan beliau akan diutus paling akhir?” Abu Ja’far radiy- Allahu ‘anhu menjawab

 bahawa ketika Allah menciptakan anak-anak Adam (manusia) dan menyuruh mereka bersaksi tentang

Diri-Nya (menjawab pertanyaan-Nya, `Bukankah Aku ini Tuhanmu?’), Muhammad sall-Allahu

‘alayhi wasallam-lah yang pertama menjawab `Ya!’ Kerana itu, beliau mendahului seluruh nabi-nabi,

sekalipun beliau diutus paling akhir.” 

 Al-Syaikh Taqiyu d-Diin Al-Subki mengomentari hadits ini dengan mengatakan bahawa kerana Allah

Ta’ala menciptakan arwah (jamak dari ruh) sebelum tubuh fisik, perkataan Muhammad sall-Allahu

‘alayhi wasallam “Aku adalah seorang Nabi,” ini mengacu pada roh suci beliau, mengacu pada hakikat

 beliau; dan akal fikiran kita tak mampu memahami hakikat-hakikat ini. Tak seorang pun

memahaminya kecuali Dia yang menciptakannya, dan mereka yang telah Allah dukung dengan Nur

Ilahiah. 

Jadi, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengurniakan kenabian pada ruh Nabi sall- Allahu ‘alayhi

wasallam bahkan sebelum penciptaan Adam; yang Ia telah ciptakan ruh itu, dan Ia limpahkan

 barakah tak berhingga atas ciptaan ini, dengan menuliskan nama Muhammad sall-All ahu ‘alayhi

wasallam pada `Arasy Ilahiah, dan memberitahu para Malaikat dan lainnya akan penghargaan-Nya

 yang tinggi bagi beliau (sall- Allahu ‘alayhi wasallam). Dus, Haqiqat Nabi Muhammad sall-Allahu

‘alayhi wasallam telah wujud sejak saat itu, meski tubuh ragawinya baru diciptakan kemudian. Al

Syi’bi meriwayatkan bahawa seorang laki-laki bertanya, “Ya RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang

Nabi?” Beliau menjawab, “ketika Adam masih di antara roh dan badannya, ketika janji dibuat atasku.”

Kerana itulah, beliau (sall- Allahu ‘alayhi wasallam) adalah yang pertama diciptakan di antara para

Nabi, dan yang terakhir diutus. 

Page 2: Kisah Penciptaan Ruh Rosulullah

8/13/2019 Kisah Penciptaan Ruh Rosulullah

http://slidepdf.com/reader/full/kisah-penciptaan-ruh-rosulullah 2/2

Diriwayatkan bahawa Nabi (sall- Allahu ‘alayhi wasallam) adalah satu-satunya yang diciptakan keluar

dari sulbi Adam sebelum ruh Adam ditiupkan pada badannya, kerana beliau (sall- Allahu ‘alayhi

wasallam) adalah sebab dari diciptakannya manusia, beliau (sall- Allahu ‘alayhi wasallam) adalah

 junjungan mereka, substansi mereka, ekstraksi mereka, dan mahkota dari kalung mereka. 

`Ali ibn Abi Thalib karram-Allahu wajhahu dan Ibn `Abbas radiy- Allahu ‘anhukeduanya

meriwayatkan bahawa Nabi (sall- Allahu ‘alayhi wasallam) bersabda, “Allah tak pernah mengutus

seorang nabi, dari Adam dan seterusnya, melainkan sang Nabi itu harus melakukan perjanjian

dengan-Nya berkenaan dengan Muhammad (sall- Allahu ‘alayhi wasallam): seandainya Muhammad

(SAW) diutus di masa hidup sang Nabi itu, maka ia harus beriman pada beliau (sall- Allahu ‘alayhi

wasallam) dan mendukung beliau (sall- Allahu ‘alayhi wasallam), dan Nabi itu pun harus mengambil

 janji yang serupa dari ummatnya. 

Diriwayatkan bahawa ketika Allah SWT menciptakan Nur Nabi kita Muhammadsall- Allahu ‘alayhi

wasallam, Ia Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan padanya untuk memandang pada nur-nur dari

Nabi-nabi lainnya. Cahaya beliau melingkupi cahaya mereka semua, dan Allah SWT membuat mereka

 berbicara, dan mereka pun berkata, “Wahai, Tuhan kami, siapakah yang meliputi diri kami dengan

cahayanya?” Allah  Subhanahu wa Ta’ala menjawab, “Ini adalah cahaya dari Muhammad ibn

`Abdullah; jika kalian beriman padanya akan Kujadikan kalian sebagai nabi-nabi.” Mereka menjawab,

“Kami beriman padanya dan pada kenabiannya.” Allah berfirman, “Apakah Aku menjadi saksimu?”

Mereka menjawab, “Ya.” Allah berfirman, “Apakah kalian setuju, dan mengambil perjanjian dengan-

Ku ini sebagai mengikat dirimu?” Mereka menjawab, “Kami setuju.” Allah berfirman, “Maka

saksikanlah (hai para Nabi), dan Aku menjadi saksi (pula) bersamamu.”(QS 3:81). 

Inilah makna dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala. “Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil

perjanjian dari para nabi: `Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan

hikmah, kemudian datang kepadamu seorang Rasul yang membenarkan apa yang ada padamu,

nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya.’ ” (QS 3:81). 

Syaikh Taqiyyud Diin al-Subki mengatakan, “Dalam ayat mulia ini, tampak jelas penghormatan

kepada Nabi (sall- Allahu ‘alayhi wasallam) dan pujian atas kemuliaannya. Ayat ini juga menunjukkan

 bahawa seandainya beliau diutus di zaman Nabi-nabi lain itu, maka risalah da’wah beliau pun harus

diikuti oleh mereka. Kerana itulah, kenabiannya dan risalahnya adalah universal dan umum bagi

seluruh ciptaan dari masa Adam hingga hari Pembalasan, dan seluruh Nabi beserta ummat mereka

adalah termasuk pula dalam ummat beliau sall- Allahu ‘alayhi wasallam. Jadi, sabda sayyidina

Muhammad (sall- Allahu ‘alayhi wasallam), “ Aku telah diutus bagi seluruh ummat manusia,” bukan

hanya ditujukan bagi orang-orang di zaman beliau hingga Hari Pembalasan, tapi juga meliputi mereka

 yang hidup sebelumnya. Hal ini menjelaskan lebih jauh perkataan beliau, “Aku adalah seorang Nabi

ketika Adam masih di antara ruh dan badannya.” Berpijak dari hal ini, Muhammad (sall-Allahu

‘alayhi wasallam) adalah Nabi dari para nabi, sebagaimana telah pula jelas saat malam Isra’ Mi’raj,

saat mana para Nabi melakukan salat berjama’ah di belakang beliau (yang bertindak selaku Imam).

Keunggulan beliau ini akan menjadi jelas nanti di Akhirat, saat seluruh Nabi akan berkumpul di

 bawah bendera beliau. 

 Allahumma salli afdalas salaati ‘ala habiibikal Mushtofa Sayyidina Muhammadin wa ‘ala aalihi

wasahbihi wasallaam