kesantunan berbahasa

12
KESANTUNAN BERBAHASA Definisi kesantunan bahasa: "Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan" Konsep Kesantunan Berbahasa: Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertiuturan kita. Misalnya, bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya. Cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam. pemilihan kata haruslah sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar. nada mestilah rendah dan lembut. Gerak laku haruslah lemah lembut.

Upload: sarimah-eimah

Post on 09-Dec-2015

45 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

kesantunan berbahasa

TRANSCRIPT

Page 1: KESANTUNAN BERBAHASA

KESANTUNAN BERBAHASA

Definisi kesantunan bahasa:

"Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan"

Konsep Kesantunan Berbahasa:

Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan

Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertiuturan kita. Misalnya, bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.

Cara sapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.

Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa

Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam.

pemilihan kata haruslah sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar.

nada mestilah rendah dan lembut.

Gerak laku haruslah lemah lembut.

gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak

kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

Page 2: KESANTUNAN BERBAHASA

Takrifan Kesantunan Daripada tokoh-tokoh dunia:

1. Asmah Hj. Omar(2000) menyatakan kesantunan ialah kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu diikuti denngan tingkah laku dan tutur kata yang santun. strategi ini melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing-masing, pengetahuan tentang perbezaan taraf hidup sosial serta kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat. Beliau juga telah membahagikan kesantunan kepada dua iaitu kesantunan asas dan kesantunan berkala.

Asmah Haji Omar

2. Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat bermasyarakat. Kesantunan dapat dilihat daripelbagai segi dalam pergaulan seharian. Kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau etika dalam pergaulan sehari-hari. Selain itu, kesantunan sangat kontekstual. Ia berlaku dalam masyarakat, tempat, atau situasi tertentu, tetapi belum berlaku dalam masyarakat, situasi dan tempat lain. Tambahan lagi, kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak seperti antara anak dengan orang tua, antara orang yang masih muda dengan orang yang lebih tua, antara tuan rumah dengan tetamu, antara lelaki dengan wanita, antara murid dengan guru, dan sebagainya.

Page 3: KESANTUNAN BERBAHASA

Awang Sariyan

3. Leech (1983), menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Leech juga menyatakan bahawa kesantunan merupakan kelakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial. Interaksi juga bukan sekadar bermaksud berbaik-baik sahaja tetapi yang penting adalah menjalankan prinsip kerjasama supaya dapat mengelakkan perselisihan faham.

4. J. Ferguson dan Das Gupta (1968), menyatakan kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.

5. Kesantunan dari sudut Islam menurut ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis:

" Barang siapa yang beriman pada Allah SWT dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam"

" Sesungguhnya orang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara"

" Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji"

" Tanda-tanda munafik itu ada tiga perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia akan khianat"

Page 4: KESANTUNAN BERBAHASA

" Janganlah kalian dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah SWT yang bersaudara"

Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik"

6. Menurut Hamka, kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, namun terletak pada wajah dan pakaiannya. Hal ini kerana kata-kata yang lemah lembut dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras. Bukan itu sahaja, ia juga akan menyebabkan kepercayaan terhadap agama semakin kuat, darjat bertambah tinggi dalam pergaulan hidup, dan tingkah laku dan akalnya semakin baik.

Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA)

7. Menurut Aristotle, apa yag meninggikan darjat seseorang itu ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. Bahkan adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

Aristotle

Page 5: KESANTUNAN BERBAHASA

8. Menurut Khalifah Abdul Malik Bin Marwan, semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.

Khalifah Abdul Malik Marwan

9. Menurut Confucius, kesantunan merupakan konsep yang digunakan. Dalam konsep ini, terdapat beberapa jenis sifat yang disarankan supaya dimiliki oleh manusia. Antaranya ialah ketaatan kpada ibu bapa, kasih sayang, menghormati orang lain, patuh, sopan santun, melakukan kebajikan, melayan orang lain dengan baik, berkata benar dan banyak lagi.

Page 6: KESANTUNAN BERBAHASA

Confucius

10. Brown dan Levinson (1987:62) menyatakan kesantunan merupakan usaha untuk mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) kepada pendengar. Bagi mereka, manusia mempunyai kehendak muka yang terbahagi kepada dua iaitu muka positif dan muka negatif. Oleh itu, memilih strategi kesantunan adalah penting bagi mengurangkan ancaman terhadap muka pendengar.

11. Watts et.al (1992:43) menyatakan bahawa kesantunan merupakan tingkah laku yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan sosial dan interpersonal manusia.

12. Bayraktaroglu (1997:5) berpendapat bahawa kesantunan merupakan kelakuan yang diamalkan bagi membina persefahaman untuk mengelakkan ancaman serta ketegangan yang boleh menyebabkan hubungan sesama manusia menjadi renggang.

Sebelum mengundur diri, terimalah serangkap pantun ilmu dari kami:

Pohon beringin dahan bertemu,

Hampir bertaut sepanjang jalan,

Kalau ingin menuntut ilmu,

Jangan menuntut separuh jalan.

Page 7: KESANTUNAN BERBAHASA

ISU PENDERAAN PELAJAR OLEH GURU

Guru paksa murid makan rumput

MUHAMMAD Nasvinder Muhammad Amit (kanan) dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith yang dihukum secara melampau oleh guru Bahasa Inggeris di SJKC Khai Meng, Sungkai, Perak, baru-baru ini.

SUNGKAI 25 Jan. - Hanya kerana gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberi, dua murid tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat sini dilayan seperti seekor lembu apabila digantung loceng di leher dan dipaksa memakan rumput oleh seorang guru sekolah itu, Khamis lalu.

Guru lelaki berusia 26 tahun yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris itu bukan sahaja menggelarkan Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing 10 tahun sebagai ‘lembu’ malah turut mengugut akan memuat naik gambar mereka yang diambil menggunakan telefon bimbit di laman sosial Facebook.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, empat orang murid gagal menyiapkan tugasan yang diberi namun guru terbabit hanya memberikan hukuman kepada kedua-dua mangsa.

Difahamkan, dua lagi murid lain tidak dikenakan denda kerana berpenyakit dan mempunyai surat sakit daripada doktor.

Bapa saudara kepada Muhammad Nasvinder, Muktasim Hashim, 28, berkata, pada mulanya kedua-dua murid berkenaan dirotan sebanyak dua kali di bahagian tapak tangan sebelum diarahkan memakai loceng di leher dari pukul 9 pagi sehingga tamat waktu persekolahan pada pukul 1.30 petang.

Katanya, jika murid itu ingkar arahan berkenaan, mereka akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu denda rotan sebanyak 10 kali lagi.

Page 8: KESANTUNAN BERBAHASA

“Kedua-dua murid ini akur dengan arahan guru tersebut kerana bimbang akan dirotan lagi. Bagaimanapun, tindakan guru terbabit membuatkan mereka malu untuk ke kantin sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Balai Islam Taman Permai di sini hari ini.

Muktasim berkata, kejadian kedua pula berlaku pada pukul 10.10 pagi iaitu pada waktu rehat yang guru tersebut datang semula ke kelas mangsa sebelum mengambil rumput di hadapan kelas lalu memaksa mangsa makan.

Tindakan keterlaluan guru itu, katanya, memaksa Muhammad Nasvinder mengeluarkan kata-kata ‘Lembu puasa hari ini jadi saya tidak boleh makan’ kepada gurunya kerana tidak tahan dipaksa makan rumput tersebut.

“Empat murid tidak siapkan kerja sekolah iaitu dua daripada kaum Cina dan dua lagi murid beragama Islam yang diambil tindakan hanya dua pelajar Islam sahaja dua lagi tiada apa-apa tindakan.

“Alasan yang diberikan guru itu kerana dua lagi (murid Cina) berpenyakit dan mempunyai surat sakit daripada doktor. Ini tidak masuk akal kerana anak saudara saya juga mempunyai masalah kesihatan kerana menghidap asma," katanya.

Sementara itu, ibu Muhammad Nasvinder, Siti Aisha Hashim, 32, memberitahu, anaknya trauma dan malu dengan kejadian tersebut apabila terdapat rakan-rakannya mengejek dengan panggilan ‘lembu’.

Katanya, guru terbabit mengakui anaknya seorang murid yang pandai, namun akibat perbuatannya, anak kedua daripada enam beradik itu kini fobia untuk ke sekolah.

“Saya rasa cukup terkilan kerana kita hantar mereka pergi sekolah untuk belajar tetapi guru pula tunjuk contoh tidak baik, apa akan jadi pada masa akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Yarni Kasuma Dewi Zainal Aripin, 33, ibu kepada Mohd. Izat Iqbal berkata, mereka membuat laporan polis di Balai Polis Sungkai berhubung perbuatan melampau guru berkenaan, semalam.

Katanya, guru itu ada menemui mereka dan membuat permohonan maaf, namun permohonan maaf itu dilihat dibuat dalam keadaan tidak ikhlas.

“Guru besar yang ditemui juga memberitahu kejadian itu (gantung loceng) bukan kali pertama dilakukan oleh guru terbabit tetapi memaksa makan rumput dengan gelaran ‘lembu’ adalah kali pertama," katanya.

Justeru katanya, mereka sebulat suara mahukan guru tersebut diambil tindakan keras agar kejadian sama tidak berulang.

* Dunia pendidikan semakin mencabar pada hari ini. Pelbagai isu yang berkait dengan guru dan keguruan sering dibincang melalui media massa. Isu kekerasan guru seperti kejadian guru mendera murid sering kita dengar melalui media massa. Seperti artikel di atas yang melaporkan tentang seorang guru mendera anak muridnya kerana gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberi. Mengapakah hal ini terjadi?

Page 9: KESANTUNAN BERBAHASA

Hal ini berpunca daripada tekanan atau stres yang dihadapi oleh guru. Kadang kala, tekanan atau stress menyebabkan guru keterlaluan dalam tindakan mendisiplinkan pelajar. Adakalanya tekanan menyebabkan mereka tidak dapat mengawal emosi dan hilang sabar dalam menghadapi kerenah pelajar-pelajar yang nakal. Dr. Robiah K. Hamzah, seorang pakar motivasi sendiri mengakui bahawa jalan terbaik menangani masalah disiplin ialah guru pandai mengawal emosi. Namun , pada masa yang sama, guru juga perlu menunjukkan ketegasan dalam kelembutan (Harian Metro, Isnin 6 Ogos 2007)

Justeru, guru harus diberi pendedahan dan ilmu pengawalan emosi dan tekanan supaya mereka lebih bersedia andai terpaksa berdepan dengan perlakuan melampau batas pelajar-pelajar. Kursus pengawalan emosi dan tekanan mampu membuka minda para guru. Sudah pastinya emosi yang stabil dan fikiran yang tenang membolehkan guru mendidik dan mendisiplin pelajar dengan cara lebih berkesan.

Tidak dapat dinafikan kenakalan dan kedegilan kanak-kanak atau murid-murid kadang kala meruntuhkan kesabaran dan mengoyahkan keimanan kita untuk mendidik, namun seboleh-bolehnya kita janganlah menggunakan kekerasan untuk mendisiplinkan mereka. Saya tidak dapat bayangkan betapa sakitnya rasa dipukul oleh guru seorang murid yang baru berusia 7 tahun.

Pada era ini cara kita mendisiplinkan dan mendidik anak-anak didik hendaklah diubah. Tindakan menggunakan kekerasan mungkin akan memburukkan lagi keadaan dan akhirnya menyebabkan kematian. Hal ini demikian kerana kanak-kanak pada era ini terlalu manja dan tidak tahan lasak. Kita harus banyakkan membaca buku-buku yang berkaitan dengan pedagogi untuk menjadi pendidik yang baik, cemerlang dan gemilang di abad ini. Kita tidak lagi boleh berpegang kepada cara lama untuk melahirkan doktor, jurutera mahupun angkasawan yang bakal memacak nama Malaysia di persada dunia pada masa depan. Tebalkan rasa sayang, tebalkan rasa perikemanusiaan, tebalkan kesabaran, demi kesejahteraan dan kebahagiaan anak-anak didik kita.

Guru boleh menggunakan banyak cara untuk menangani masalah disipiln murid dan bukannya menggunakan kekerasan. Guru boleh mengunakan aplikasi dan strategi komunikasi di dalam bilik darjah, emosi dan pengaruh persekitaran, kecerdasan emosi dan afektif ataupun mengaplikasikan Teori Pembelajaran Behaviorisme dan lain-lain.

Sekiranya masih tidak dapat mengatasi masalah, guru boleh menyerahkan murid bermasalah kepada guru kaunseling. Biar guru kaunseling yang berpengalaman menangani masalah dan bukannya menggunakan kekerasan.

Sebelum mengundur diri, terimalah serangkap pantun dari kami:

Page 10: KESANTUNAN BERBAHASA

Anak kukup menggali temu,

Anak lempoyang juga digali,

Jika hidup tanpa ilmu,

Ibarat layang-layang terputus tali.