kertas kerja penganjuran pertandingan peramainan kecil

9
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK NEGERI SEMBILAN KERTAS KERJA PENGANJURAN PERTANDINGAN PERMAINAN KECIL DIANJURKAN OLEH: GURU PELATIH 1PISMP REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TARIKH : 26 SEPTEMBER 2014 TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI

Upload: sherly-jewinly

Post on 12-Apr-2017

221 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Penganjuran Pertandingan Peramainan Kecil

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA

PENGANJURAN PERTANDINGAN PERMAINAN KECIL

DIANJURKAN OLEH:

GURU PELATIH 1PISMP REKABENTUK DAN TEKNOLOGI

TARIKH :

26 SEPTEMBER 2014

TEMPAT :

DEWAN SERBAGUNA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

KOMPLEKS PENDIDIKAN NILAI

71760 BANDAR ENSTEK

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

1.0 PENDAHULUAN

Page 2: Kertas Kerja Penganjuran Pertandingan Peramainan Kecil

Guru pelatih 1PISMP Rekabentuk dan Teknologi yang menduduki subjek elektif

Pendidikan Jasmani (PJM3023E) Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik telah

bercadang untuk mengadakan satu pertandingan permainan kecil di antara guru pelatih masing-

masing. Ini merupakan pertandingan yang pertama bagi subjek elektif Pendidikan Jasmani yang

diadakan oleh guru pelatih 1PISMP RBT dengan kerjasama daripada bimbingan pensyarah iaitu

Dr. Malathi Balakhrisnan. Melihat kepada usaha Dr Malathi membimbing guru pelatih bagi subjek

Pendidikan Jasmani untuk menyebarkan dan memperkenalkan dengan lebih dekat serta

mendalami pengajaran dan pembelajaran di peringkat pusat dengan lebih terperinci maka

tercetuslah cadangan untuk melaksanakan pertandingan permainan kecil ini. Secara tidak

langsung, pertandingan permainan kecil ini memangkin untuk merealisasikan hasrat Kementerian

Pelajaran Malaysia dalam melahirkan seorang guru yang seimbang secara holistik dari segi

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

2.0 RASIONAL

2.1 Memberi pendedahan kepada guru pelatih 1PISMP Rekabentuk dan Teknologi tentang

pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Pendidikan Jasmani.

2.2 Memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang gerak kerja di sekolah menguruskan

aktiviti-aktiviti jasmani.

2.3 Menjalankan kerja kursus bagi subjek elektif Pendidikan Jasmani (PJM3023E).

3.0 OBJEKTIF

2.1 Guru pelatih dapat mengelola dan melaksana satu penganjuran pertandingan permainan

kecil serta melakukan komponen kemahiran pergerakan asas dalam Pendidikan Jasmani.

2.2 Memberi kemahiran kepada guru pelatih dalam mengumpul maklumat mengenai

permainan kecil.

2.3 Guru pelatih dapat mempraktikkan kemahiran mengurus dan mengadakan aktiviti yang

sesuai dengan pengaplikasian komponen pergerakan asas di sekolah kelak.

2.4 Dapat mewujudkan satu kemahiran merancang satu program pertandingan yang

berformatkan permainan kecil dalam diri setiap guru pelatih.

2.5 Guru pelatih dapat mengaplikasikan semua jenis pergerakan asas yang telah dipelajari

sepanjang menduduki subjek Pendidikan Jasmani semasa sesi pertandingan berlangsung.

Page 3: Kertas Kerja Penganjuran Pertandingan Peramainan Kecil

2.6 Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih menyediakan laporan dan refleksi yang

baik untuk diaplikasikan semasa mengajar kelak.

4.0 CADANGAN PELAKSANAAN

4.1 Maklumat Pertandingan

Tarikh : 26 September 2014

Masa : 8.00 - 10.00 pagi

Tempat : Dewan Serbaguna

Institut Pendidikan Guru

Kampus Pendidikan Teknik

Kompleks Pendidikan Nilai

71760 Bandar Enstek

Negeri Sembilan Darul Khusus

4.2 Kumpulan Sasaran

Guru pelatih 1PISMP Rekabentuk dan Teknologi yang menduduki subjek elektif

Pendidikan Jasmani (PJM3023E).

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN

JAWATANKUASA PELAKSANA PENSYARAH

PENAUNG : DR. MUHAMMAD BIN ABDUL RAHMAN

PENGERUSI : EN ZAIMUDDIN BIN HUSSEIN

PENASIHAT : DR MALATHI BALAKHRISNAN

Page 4: Kertas Kerja Penganjuran Pertandingan Peramainan Kecil

JAWATANKUASA PELAJAR

PENGERUSI : MUHAMMAD FITRI BIN BAKRITIMB. PENGERUSI : NURHASMAWATI BINTI JUNAIDISETIAUSAHA : SALENDA BINTI SAIDTIMB. SETIAUSAHA : SYAFIYAH ‘ALIYAH BINTI AZHARBENDAHARI : EDALYIA ANAK AMIE

AJK PELAKSANA:

KETUA AJK PELAKSANA : AMIRUL IZZAD BIN ROSLIPEN. KETUA AJK PELAKSANA : AZWAN BIN BURHAM

AHLI JAWATANKUASA : AHMAD MUAZ BIN ZAINAL ABIDINMUHAMMAD AMIR ASYRAF BIN AZMALMUHAMMAD AMIRUL HAFIZ BIN JIPRISYURIANSYAH BIN ISHAKMUHAMMAD FAIZ BIN MD YASINMARK HEYSLEY ANAK DIGERGREGGERRYLY LINDROS AMANI BINTI ABDUL RAHIMSHERLY JEWINLYVENESSA PHANG IYWON

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Program penganjuran pertandingan kecil yang diadakan oleh guru pelatih 1PISMP Rekabentuk

dan Teknologi tidak menggunakan sebarang biaya. Sebaliknya, guru pelatih menggunakan

khidmat peminjaman alatan-alatan yang ingin digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti

pertandingan daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik.

* Rujuk lampiran mengenai senarai alatan-alatan sukan yang dipinjam oleh guru pelatih

1PISMP RBT.

Page 5: Kertas Kerja Penganjuran Pertandingan Peramainan Kecil

7.0 KESIMPULANUsaha untuk mengadakan penganjuran pertandingan permainan kecil diantara guru-guru pelatih

1PISMP RBT ini adalah sangat baik dan relevan sebagai satu pendedahan kepada semua guru

pelatih tersebut berkenaan silibus pengajaran dan pembelajaran yang perlu dikuasai sepanjang

menduduki subjek Pendidikan Jasmani ini. Usaha ini juga menjadi penggerak kepada guru-guru

pelatih membiasakan diri dengan gerak kerja yang sistematik di alam kampus . Ini juga dapat

memberikan semangat lagi kepada para guru pelatih untuk lebih aktif dalam melaksanakan

tanggungjawab di kampus selain memperkukuhkan hubungan baik antara guru pelatih, pensyarah,

dan kakitangan kampus yang turut sama terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini.

8.0 SYORPihak Pengarah, Pentadbiran dan Pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan

Teknik dipohon untuk menimbang dan meluluskan program pertandingan permainan kecil bagi

guru pelatih 1PISMP RBT. Guru pelatih turut memohon akan kelulusan dalam peminjaman segala

alatan dan kemudahan kampus bagi membantu melaksanakan program ini dengan jayanya.

Program ini tidak meminta sebarang pembiayaan daripada kampus dan sebarang biaya tambahan

adalah ditanggung oleh guru pelatih sendiri.

PENGESAHAN DAN ULASAN

Ulasan Pensyarah Penasihat :

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Ulasan Ketua Jabatan :

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Ulasan Unit Kewangan :

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Ulasan Ketua Unit Khidmat Pengurusan :

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Ulasan Pengarah/Timbalan Pengarah :

Page 6: Kertas Kerja Penganjuran Pertandingan Peramainan Kecil

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………

( )

………………………………………………

( )

………………………………………………

( )

………………………………………………

( )

………………………………………………

( )