kertas 1_ar2 sains tahun 5

Upload: khamnarz

Post on 05-Jul-2018

279 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    1/19

    [Lihat halaman sebelah]

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    SULISULISULISULI

    P!J"#" P!$%I%I&"$ %"!'"H S"'"(&

    P!P!'I&S""$ P!'!$)"H"$ "HU$P!P!'I&S""$ P!'!$)"H"$ "HU$P!P!'I&S""$ P!'!$)"H"$ "HU$P!P!'I&S""$ P!'!$)"H"$ "HU$ 2016 *"'2+2016 *"'2+2016 *"'2+2016 *"'2+

    S"I$SS"I$SS"I$SS"I$S "HU$ ,"HU$ ,"HU$ ,"HU$ , 018/1 &ertas&ertas&ertas&ertas 1111-ei-ei-ei-ei1 .a Satu .a

    Kertas soalan ini mengandungi 19 halaman bercetak

    1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

    2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan.

    3. Tiap-tiap soalan didikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi

    setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

    4. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif ang disediakan.

    5. !erahkan kertas jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir

    peperiksaan

    J"$)"$ #U&" &!'"S S("L"$ I$I S!HI$))" %I#!'I"HUJ"$)"$ #U&" &!'"S S("L"$ I$I S!HI$))" %I#!'I"HUJ"$)"$ #U&" &!'"S S("L"$ I$I S!HI$))" %I#!'I"HUJ"$)"$ #U&" &!'"S S("L"$ I$I S!HI$))" %I#!'I"HU 

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    2/19

    "SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    1. Pernyataan di bawah adalah mengenai satu penyiasatan

    Apakah pemboleh ubah yang terlibat dalam penyiasatan ini?

    Pemboleh ubah di manipulasi Pemboleh ubah bergerak balas

    A. Masa gula melarut Suhu air

    B. Suhu air Jisim gula

    C. Suhu air Masa gula melarut

    D. Masa gula melarut Jisim gula

    2. Sebuah pasu bunga diletakkan di atas rumput selama seminggu seperti yang ditunjukkan

    pada Rajah 1. Selepas pasu itu dialihkan, rumput di bawahnya didapati berwarna kuning.

    'a.a 1 

    Apakah inferens yang dapat dibuat daripada pemerhatian ini?

    A. Rumput itu telah dimampatkan oleh pasu

    B. Rumput itu tidak dapat bernafas

    C. Rumput itu kekurangan khasiat

    D. Rumput itu kekurangan cahaya matahari

    Masa gula melarut dipengaruhi oleh suhu air

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    3/19

    #SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    3. Rajah 2 menunjukkan seekor arnab.

    'a.a 2 

    Apakah pemerhatian yang dapat dibuat tentang arnab pada Rajah 2?

    A. Arnab ialah haiwan herbivor.

    B. Arnab gemar memakan lobak merah.

    C. Arnab membiak dengan melahirkan anak.

    D. Arnab mempunyai ekor yang pendek dan telinga yang panjang.

    4. Antara aktiviti berikut yang manakah menggunakan pengetahuan kemahiran manipulatif?

    A. Memerhatikan spesimen sains dengan menggunakan kanta pembesar.

    B. Mebersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

    C. Meramalkan keputusan penyiasatan.

    D. Mentafsir data.

    5. Mengapakah kita harus sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan bilik sains?

    A. Untuk mengelakkan kemalangan

    B. Supaya bilik sains kelihatan cantik

    C. Supaya bilik sains bebas daripada nyamuk

    D. Supaya guru tidak marah

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    4/19

    $SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    6. Rajah 3 menunjukkan dua orang murid sedang menjalankan eksperimen tanpa mengikut

    arahan dan pengetahuan guru.

    %ajah #

    Apakah yang harus anda lakukan jika ternampak keadaan ini?

    A. Lapor kepada jaga sekolah.

    B. Lapor kepada guru dengan segera.

    C. Lapor kepada Guru Besar apabila ada masa lapang.

    D. Lapor kepada guru jika hanya berlaku kemalangan sahaja.

    7. Maklumat berikut menunjukkan langkah yang dilakukan oleh empat orang murid di dalam

    bilik sains.

    Siapakah yang mematuhi peraturan bilik sains?

    A. Ali

    B. Raju

    C. Sofia

    D. Ah Kau

    •  Ali membuang sampah sarap ke dalam sinki

    •  Raju membuang bahan bernyala ke dalam tong sampah

    •  Sofia mengembalikan radas yang sudah dibersihkan ke tempat asal

    •  Ah Kau membawa masuk makanan ke bilik sains

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    5/19

    &SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    8. Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan?

    A. Makanan yang dibuat oleh tumbuhan.

    B. Siratan makanan terdiri daripada dua atau lebih rantai makanan yang dihubungkan

    bersama.

    C. Hubungan siratan makanan di antara tumbuhan dan haiwan.

    D. Tumbuhan yang dimakan oleh haiwan

    9. Semua haiwan di bawah hidup secara berkumpulan sebagai cara untuk kemandirian

    spesies kecuali 

    A. kuda belang

    B. helang

    C. gajah

    D. monyet

    10. Mengapakah badak sumbu berendam di dalam lumpur ketika cuaca panas?

    A. Untuk membersihkan badannya.

    B. Untuk menyejukkan badannya.

    C. Untuk menyembunyikan diri daripada musuh.

    D. Untuk menakutkan haiwan lain.

    11. Kemandirian spesies penting supaya……………………….

    A. haiwan tidak akan mati.

    B. spesies haiwan tidak akan menjadi pupus.

    C. haiwan akan bertambah lebih banyak berbanding tumbuhan.

    D. dapat membiak dengan kadar yang cepat.

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    6/19

    'SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    12. Antara berikut, manakah rantai makanan yang betul?

    A. Padi burung belalang ular

    B. Padi musang ular ayam

    C. Padi tikus helang lembu

    D. Padi belalang burung ular

    13. Rajah 4 menunjukkan sekumpulan monyet.

    %ajah $

    Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar?

    A Ibu monyet menyusui anaknya.

    B Ibu melindungi anak daripada pemangsa.

    C Hidup berkumpulan untuk melindungi anak monyet.

    D Anak-anak monyet dibiarkan mencari makanan sendiri.

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    7/19

    (SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    14. Rajah 5 menunjukkan satu siratan makanan dalam satu habitat.

    %ajah &

    Berapakah bilangan rantai makanan yang membentuk siratan makanan dalam Rajah 5di atas?

    A. 2

    B. 3

    C. 4

    D. 6

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    8/19

    )SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    15.

    Organisma Penerangan 

    W Makan tumbuhan dan haiwan

    X Makan tumbuhan sahaja

    Y Boleh membuat makanan sendiri

    Z Makan haiwan sahaja

    Jadual 1

    Berdasarkan Jadual 1, manakah antara rantai makanan yang betul?

    A. W X Y Z

    B. Y W X Z

    C. X Y Z W

    D. Y X W Z

    16. Rajah 6 menunjukkan satu siratan makanan.

    Rajah 6

    Apakah Q?

    A. Burung hantu

    B. Ular

    C. Ayam

    D. Kucing

    Beluncas

    Belalang

    Tumbuhan

    Katak

    Q Helang

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    9/19

    9SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    17. Maklumat berikut menunjukkan hubungan diantara hidupan.

    Antara pernyataan berikut, yang manakah benar berdasarkan maklumat di atas?

    A. Jika J mati, L berkurang

    B. Jika J diracun, K bertambah

    C. Jika K berkurang, S bertambah

    D. Jika S diburu secara berleluasa, L berkurang

    18. Mengapakah penting bagi tumbuhan untuk memencarkan biji benihnya?

    A. Untuk membiak.

    B. Untuk mendapatkan cahaya matahari.

    C. Untuk membekalkan makanan kepada haiwan.

    D. Untuk mengelakkan persaingan dengan pokok induk dan memastikankemandirian spesiesnya.

    19. Apakah ciri yang terdapat pada bunga seperti dalam Rajah 7 bagi mengelakkan diri

    daripada dimakan oleh haiwan?

    Rajah 7

    A. Mempunyai racun.

    B. Mempunyai bulu halus.

    C. Mempunyai duri yang tajam.

    D. Mempunyai bau yang tidak menyenangkan.

    •  Tumbuhan J dimakan oleh haiwan K dan haiwan L

    •  Haiwan L dimakan oleh haiwan S

    •  Haiwan K dimakan oleh haiwan L

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    10/19

    1*SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    20. Antara tumbuhan berikut, yang manakah dipadankan dengan cara pencaran yang

    betul?

    Tumbuhan Cara pencaran

    A.

    Melalui air

    B.

    Melalui mekanisma

    letupan

    C.

    Melalui angin

    D.

    Melalui air

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    11/19

    11SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    21. Maklumat di bawah menerangkan salah satu cara biji benih tumbuhan dipencarkan.

    Antara tumbuhan berikut, yang manakah memancarkan biji benihnya dengan cara

    seperti di atas?

    A. Pokok keembung.

    B. Pokok ciku.

    C. Pokok kelapa.

    D. Pokok angsana.

    22. Rajah 8 menunjukkan pokok kaktus.

    Rajah 8

    Bagaimanakah struktur X membantu kaktus untuk hidup di habitatnya? 

    A. Dapat menyimpan air.

    B. Dapat menyimpan makanan.

    C. Dapat menahan tiupan angina kencang.

    D. Dapat mengurangkan kehilangan air ke persekitaran.

    Apabila matang, buahnya akan menjadi kering dan merekah untuk

    membolehkan biji benih tercampak jauh daripada induknya.

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    12/19

    1"SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    23. Jadual 2 menunjukkan dua kumpulan tumbuhan yang dikelaskan berdasarkan cara

    pencaran biji benih.

    +adual "

    Kumpulan X Kumpulan Y

    •  Lalang

    •  Angsana

    •  Buah getah

    •  Buah saga

    Antara tumbuhan berikut, yang manakah dikelaskan dalam kumpulan X dan Y?

    Kumpulan X Kumpulan Y

    A.Rambutan Bendi

    B. Kapas Teratai

    C.Keembung Kapas

    D.Meranti Keembung

    24. Rajah 9 menunjukkan seorang budak lelaki menggaru kegatalan selepas dia memasuki

    rumpunan tumbuhan P.

    %ajah 9

    Apakah tumbuhan P yang mungkin?

    A.

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    13/19

    1#SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    B.

    C.

    D.

    25. Rajah 10 menunjukkan pokok kelapa.

    %ajah 1* 

    Pokok kelapa mempunyai daun yang berpecah-pecah seperti ditunjukkan dalam Rajah

    12. Apakah kepentingan ciri ini pada pokok kelapa?

    A. Menahan tiupan angina kencang.

    B. Menyerap air daripada atmosfera.

    C. Mengurangkan kehilangan air yang banyak pada musim kemarau.

    D. Menyerap tenaga daripada cahaya matahari dengan lebih cekap bagi membuat

    makanan.

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    14/19

    1$SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    26. Jadual 3 menunjukkan tiga jenis buah dan agen pencaran tertentu untuk memastikan

    kemandirian spesiesnya.

    Jenis buah Cara pencaran

    Melalui angin

    Melalui air

    Melalui haiwan

    +adual #

    Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?

    A. Tumbuhan tidak boleh memastikan kemandirian spesiesnya.

    B. Ketiga-tiga buah mempunyai warna yang terang.

    C. Tumbuhan berbeza mempunyai kaedah pencaran biji benih atau buah yang

    berbeza.

    D. ketiga-tiga buah turut dipencarakan melalui mekanisma letupan.

    27. Antara sumber tenaga berikut, yang manakah bukan bahan api fosil?

    A. Arang batu

    B. Gas asli

    C. Petroleum

    D. Kayu api

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    15/19

    1&SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    28. Pasangan manakah yang tidak betul?

    Sumber tenaga Bentuk tenaga

    A. Sel kering Kimia

    B. Lilin Elektrik

    C. Matahari Haba

    D. Spring yang diregangkan Keupayaan

    29. Mengapakah Matahari dianggap sebagai sumber tenaga yang utama?

    A. Kebanyakan tenaga yang diperbaharui berasal daripadanya.

    B. Ia merupakan tenaga yang tidak boleh diperbaharui

    C. Ia sejenis tenaga yang terhad

    D. Ia berada di luar bumi

    30. Manakah perubahan tenaga yang berkaitan dengan dapur gas?

    A. Tenaga haba tenaga elektrik + tenaga kimia

    B. Tenaga kimia tenaga haba + tenaga bunyi

    C. Tenaga kimia tenaga haba + tenaga cahaya

    D. Tenaga haba tenaga kinetik + tenaga cahaya

    31.

    %ajah 11 

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    16/19

    1'SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    Rajah 11 menunjukkan sebiji buah kelapa sedang jatuh ke tanah. Apakah perubahan

    tenaga yang sedang berlaku di atas?

    A. Tenaga keupayaan tenaga kinetik

    B. Tenaga kinetik tenaga keupayaan

    C. Tenaga keupayaan tenaga haba

    D. Tenaga kinetik tenaga bunyi

    32. Berikut merupakan perubahan ternaga yang berlaku dalam alat P.

    Antara yang berikut, yang manakah mungkin alat P?

    A. Cerek elektrik

    B. Jam loceng

    C. Mentol

    D. Televisyen

    33. Apakah tenaga yang dimiliki oleh sebuah spring yang sedang diregangkan?

    A. Tenaga kinetik

    B. Tenaga keupayaan

    C. Tenaga elektrik

    D. Tenaga haba

    Tenaga kima tenaga elektrik tenaga kinetik + tenaga bunyi

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    17/19

    1(SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    34. Antara pernyataan berikut, yang manakah tidak benar?

    A. Bateri membekalkan tenaga kimia

    B. Lampu suluh menghasilkan tenaga cahaya

    C. Objek yang bergerak mempunyai tenaga kinetik

    D. Sebuah kerusi di atas lantai mempunyai tenaga keupayaan

    35. Penerangan yang manakah betul tentang tenaga boleh diperbaharui dan tidak boleh

    diperbaharui?

    Tenaga boleh diperbaharui Tenaga tidak boleh diperbaharui

    A. Tenaga yang berguna Tenaga yang tidak berguna

    B. Tenaga yang baru sahaja ditemui Tenaga yang sudah lama diperbaharui

    C. Tenaga yang boleh diganti apabila

    habis digunakan

    Tenaga yang tidak boleh diganti apabila

    habis digunakan

    D. Tenaga yang boleh menyebabkan

    pencemaran alam sekitar

    Tenaga yang tidak boleh menyebabkan

    pencemaran alam sekitar

    36. Rajah 12 menunjukkan empat jenis peralatan rumah. Peralatan manakah yang tidak 

    memerlukan perubahan bentuk tenaga untuk berfungsi?

    %ajah 1"

    A. Pengering rambut

    B. Lampu meja

    C. Seterika

    D. Kuali

    Lampu meja Pengering rambut Setarika Kuali

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    18/19

    1)SULIT 018/1 

    018/1 © 2016 Hak Cipta Jawatankuasa Penggubal Soalan Sains Saratok  SULIT 

    37. Bagaimanakah cara membantu menjimatkan tenaga?

    A. Gunakan lebih banyak peralatan elektrik

    B. Tidur dengan memasang lampu

    C. Gunakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui

    D. Berkongsi kereta untuk pergi bekerja

    38. Sifat objek manakah yang dapat menghasilkan bayang-bayang?

    A. Objek legap

    B. Objek lutsinar

    C. Objek jernih

    D. Objek lutcahaya

    39. Rajah 13 di bawah menunjukkan suatu penyiasatan

    %ajah 1#

    Apakah kesimpulan yang dapat dikumpulkan daripada penyiasatan ini?

    A. Cahaya dapat dipantulkan

    B. Cahaya dapat dibiaskan

    C. Cahaya bergerak lurus

    D. Cahaya dipantulkan dengan lebih baik oleh permukaan berkilat

  • 8/15/2019 Kertas 1_ar2 Sains Tahun 5

    19/19

    19SULIT 018/1 

    40.

    %ajah 1$ 

    Rajah 14 menunjukkan susunan bahan dalam satu penyiasatan sains. Apakah yang

    akan berlaku jika objek Y digerakkan lebih dekat kepada lampu suluh?

    A. Saiz bayang – bayang menjadi lebih besar

    B. Saiz bayang – bayang tidak akan berubah

    C. Saiz bayang – bayang menjadi lebih kecil

    D. Bayang – bayang menjadi semakin jelas

    KERTAS SOALAN TAMAT