kepentingan rekreasi dalam kurikulum sekolah

Upload: nur-izzati-bt-ramli

Post on 05-Apr-2018

308 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Kepentingan Rekreasi Dalam Kurikulum Sekolah

    1/1

    Kepentingan Rekreasi dalam Kurikulum Sekolah.

    Dalam kurikulum di sekolah, aktiviti rekreasi juga dititikberatkan kepada murid. Oleh

    sebab itu setiap tahun, kebanyakan sekolah akan menganjurkan pelbagai aktiviti rekreasi untuk

    pelajar-pelajar. Sukan rekreasi diselaraskan di sekolah bagi merealisasikan falsafah pendidikan

    kebangsaan bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama yang seimbang dari segi jasmani,

    emosi, rohani, intelek, dan sosial. Sekiranya para pelajar atau murid sentasa mengambil bahagian

    dalam aktiviti rekreasi, ia dapat mengekalkan keadaan jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial

    yang sihat.

    Sekiranya murid sentiasa mengikuti aktiviti rekreasi yang dianjurkan di sekolah, dengan

    itu murid akan dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermanfaat

    dan gejala sosial bersama rakan sebaya.

    Apabila seseorang murid sentiasa aktif dalam sukan rekreasi, murid tersebut akan dapat

    mengawal emosinya dengan lebih baik. Ini kerana murid dapat berfikir dengan tenang dan

    menyelesaikan masalah dengan baik. Maka dengan itu murid tersebut tidak akan banyak

    menimbulkan masalah di sekolah.

    Selain itu, mereka juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan

    berinteraksi dengan para guru dan rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih baik lagi. Dengan

    ini murid dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan mereka yang

    terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka saling bekerjasam dan bertoleransi

    dalam aktiviti rekreasi.