kembara kasih di bumi yogyakarta proposal

23
PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 1 KERTAS KERJA PROGRAM KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTAANJURAN PELAJAR PENDIDIKAN JARAK JAUH (PACE) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DENGAN KERJASAMA YAYASAN SALAM TV AL-HIJRAH LEMBAGA KEMANUSIAAN NASIONAL YOGYAKARTA ASEANPURENUER

Upload: atikaanisa

Post on 12-Jul-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

TRANSCRIPT

Page 1: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 1

KERTAS KERJA

PROGRAM

“ KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA”

ANJURAN

PELAJAR PENDIDIKAN JARAK JAUH (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

DENGAN KERJASAMA

YAYASAN SALAM

TV AL-HIJRAH

LEMBAGA KEMANUSIAAN NASIONAL YOGYAKARTA

ASEANPURENUER

Page 2: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 2

PROGRAM

“ KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA”

ANJURAN

PELAJAR PENDIDIKAN JARAK JAUH (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini dikemukakan bagi memohon pertimbangan dan kelulusan daripada Pusat Pendidikan Jarak

Jauh (PACE), Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk melaksanakan satu program berbentuk khidmat

masyarakat yang dianjurkan oleh Pelajar Pendidikan Jarak Jauh Semester Julai 2015/2016, UUM dengan

kerjasama bersama Yayasan Salam, TV Al-Hijrah yang sudi memberikan liputan dokumentari kami, PKPU

(Lembaga Kemanusiaan Nasional Yogyakarta) dan juga ASEANYOUTHPRENEUR.. “Program –

Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta” dilaksanakan bertujuan untuk membantu desa miskin di Dusun

Gesik, Songbayu, Girisubo, Gunung Kidul dengan membekalkan prasarana di kawasan yang kritikal

serta meringankan beban mereka di kampung.

Umum tahu tentang Indonesia merupakan negara yang telah lama dan sedang mengalami permasaalahan

kemiskinan. Berbagai idea dan program-program dilakukan untuk membasmi kemiskinan tetapi masih

belum dapat mengatasi kemiskinan. Berbagai program pembasmian kemiskinan yang telah dilakukan

adalah bersifat memberi (top down) dalam kenyataannya tidak cukup untuk menurunkan angka

kemiskinan. Program pembasmian kemiskinan seharusnya bersifat (bottom up) dengan memanfaatkan

potensi penduduk untuk keluar dari kemiskinan. Oleh karana itu, mengetahui potensi penduduk miskin

sangat penting untuk membantu program membasmi kemiskinan dengan memanfaatkan potensi diri berupa

keterampilan dan potensi wilayah dari penduduk miskin.

Program ini juga diadakan untuk melengkapkan keperluan kursus Kokurikulum Khidmat Masyarakat bagi

Semester Julai 2015/2016 dan mencapai matlamat akhir kursus ini iaitu mahasiswa-mahasiswi dapat

memberikan khidmat masyarakat kepada pihak yang memerlukan dan sedia berkongsi pengalaman serta

mengenali budaya dan kehidupan masyarakat luar.

Page 3: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 3

2.0 MASAALAH LOKASI DAN SOLUSI

Program ini dirancang dengan berteraskan beberapa bentuk bantuan kemanusian yang memfokuskan

kepada membasmi kemiskinan dan juga kekurangan prasarana di sekitar kampung di daerah Dusun Gesik,

Songbayu, Girisubo, Gunung Kidul yang juga merupakan desa miskin di Yogyakarta namun menderita

kekurangan air. Ironinya di daerah itu mempunyai hasil air bawah tanah yang tidak diketahui oleh orang

kampung.

Profil Wilayah

Dusun Gesik terletak di hujung daerah bersempadan dengan Kabupaten Wonogiri, dekat Perlabuhan

Sadeng. Dusun Gesik dihuni oleh 120 orang penduduk dan 73 daripadanya adalah termasuk dalam warga

miskin. Sebahagian besar warga bekerja sebagai petani dan nelayan, ada juga warga yang merantau ke luar

daerah. Kesemua penduduk di Dusun Gesik adalah beragama Islam. Terdapat satu masjid dan satu mushola

(surau). Untuk memenuhi keperluan air bersih, warga desa hanya mengendalikan air hujan sedangkan jika

berlaku waktu kemarau dan cadangan air bersih untuk keperluan peribadi sudah habis. Warga dusun ini

harus membeli air sendiri dengan harga yang sangat mahal. Layanan kesihatan juga masih kurang diberi

perhatian. Akses jalan ke Klinik Desa (Puskesmas) di Girisubo berjarak 16 km, Rumah Sakit Maguan

Husada berjarak 25 km, Paranggupito, Wonogiri berjarak 7 km.

Krisis Air Di Gunung Kidul

Mereka mempunyai masaalah terbesar iaitu kekurangan air bersih setiap tahun apabila berlakunya kemarau

panjang sehingga mereka harus membeli air di luar kota dengan harga yang tinggi. Kehadiran kami sebagai

satu kumpulan bertindak membantu orang-orang desa dengan memberikan prasarana pam air kepada

meraka untuk mereka mendapatkan sumber air dari bawah tanah terus ke rumah mereka atau satu sumber

sumur di kampung mereka. Selama ini , Kabupaten Gunung Kidul mendapat gelaran sebagai kawasan

miskin .

Puncanya ialah kerana keadaan penempatannya jauh dari bandar dan sumber daya alam menjadi penyebab

utama kemiskinan daerah ini . Kemarau yang berlaku setiap tahun , struktur tanah yang berbatu ,

terbatasnya bekalan air bersih , serta bencana tempatan seperti tanah runtuh telah menjadi rutin hidup

masyarakat sejak lama . Gelaran Gunung Kidul sebagai daerah tertinggal boleh dilihat dari jumlah

penduduk miskin yang dari tahun ke tahun selalu mengalami peningkatan . Berdasarkan data Badan Pusat

Statistik ( BPS ) Yogyakarta tahun 2010 angka kemiskinan di Gunung Kidul mencapai 22,05 peratus dan

Page 4: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 4

pada tahun 2011 sebesar 23,04 persen atau naik hampir 1 peratus . Namun sehingga kini penduduk Gunung

Kidul masih belum mempunyai air bersih dan hingga kini keadaan di sana masih lagi kemarau.

Ahli kumpulan mencadangkan agar membeli boring air untuk tujuan mendapatkan air di bawah tanah.

Pihak NGO dan Kerajaan di sana sudah mengambil insiatif untuk menghantar dopping air, namun seperti

yang kita tahu bahawa air merupakan sumber dalam kehidupan, dan tempoh dari bandar ke kawasan

kampung memgambil masa 3 jam. Jika diberikan boring air, maka penduduk tidak begitu susah untuk

membeli air dengan harga 150 ribu Rupiah/tank (5000 liter) bersamaan dengan RM 42.00 untuk satu

kampung yang berpenduduk ramai dan miskin tidak mampu untuk membeli lebih air dari pihak kerajaan

dan hanya menanti bantuan dari NGO-NGO yang terlibat.

Justeru, dengan pembinaan boring air dapat menyedut air dari bawah tanah sedalam lebih 60 meter untuk di

buat telaga dan anggaran kos dikatakan 70 juta Rupiah sehingga 150 juta Rupiah bersamaan Ringgit

Malaysia 20 ribu. Pakej 70 juta rupiah itu dikatakan datang bersama watertank, pengeboran paip dan pam.

Menjadi keutamaan kami dalam melakukan projek ini supaya peralatan yang akan diberikan mampu

memberi sumber dengan jangka masa yang lama dan membantu mereka menangani krisis air di sana.

Bantuan tidak datang setiap hari, tetapi memakan masa yang lama untuk datang dan jika ada individu atau

badan NGO yang datang membelikan mereka air bersih, barulah mereka mendapat bantuan air dari pihak

kerajaan.

Page 5: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 5

Pendidikan

Dari sudut pendidikan pula, berdasarkan data demografi tahun 2009 yang diambil dari Disdikpora Gunung

Kidul sebanyak 688,145, orang yang tidak atau belum pernah ke sekolah, sebanyak 24,304 (3.53%) tidak

atau belum tamat SD, sebanyak 78,470 (11.40%) dan telah taman SD dan seangkatan dengannya ialah

237,944 (34.58%).

Permasaalahan terjadi dapat dikaji atas beberapa faktor iaitu :

Gunungkidul memiliki populasi 74.632 penduduk miskin. Keadaan ini terjadi karana ekonomi

masyarakat yang masih tertinggal dan tergolong miskin. Keadaan geografi Gunungkidul dengan

batu kapur dan tanah tandus tentu belum mampu meningkatkan taraf hidup mereka yang bermata

pencarian sebagai petani tadahan hujan. Jangankan untuk memberikan pendidikan anak-anak

mereka, untuk memenuhi keperluan hidupnya menjadi masaalah utama dalam sehariannya.

Daerah pelosok di pegunungan yang sukar terjangkau oleh informasi, jauh dari orang ramai,

menjadikan masyarakat kurang paham dan mengerti akan erti pendidikan. Banyak sekolah yang

jauh dari tempat tinggal mereka. Jalan jauh harus ditempuhi untuk ke sekolah tersebut mengjadikan

mereka tidak berfikir untuk memberikan pendidikan bagi anak-anaknya. Meskipun sebenarnya

alasan ini tidak dibenarkan namun menjadi sebuah alasan yang tidak patut dipersalahkan juga.

Anggaran pendidikan dari kerajaan sebanyak 20% pun tidak berdaya dalam penyelanggaraan

pendidikan secara menyeluruh. Masih banyak sekolah yang jauh dari tempat tinggal penduduk.

Banyak sekolah yang rosak belum diperbaiki, dan juga banyak fasiliti sekolah yang kurang

memenuhi syarat. Hal ini juga menjadi faktor mengapa banyak pelajar memutuskan untuk tidak

bersekolah.

Keluarga yang menjadi motivator terbaik dalam pendidikan keluarga. Kurang motivasi dari

keluarganya yang usia untuk bersekolah wajib sekolah dengan berbagai alasan. Faktor kemiskinan

menjadikan pola fikiran penduduk untuk lebih baik bekerja mencari nafkah dari pada menghabiskan

pendapatan untuk sekolah. Perkahwinan muda menjadi pilihan kedua setelah tidak bekerja agar

dapat meringankan beban keluarga karana kehidupan mereka akan ditanggung oleh keluarga baru

mereka sendiri.

Tugas kami kesana juga adalah untuk membantu pesantren dan juga sekolah yang kekurangan fasiliti

dengan memberi kemudahan seperti kerusi, meja, papan hitam atau papan putih kepada sekolah yang telah

Page 6: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 6

dipilih sebagai suatu cara untuk mengembalikan motivasi kanak-kanak di daerah Gunung Kidul untuk terus

belajar dan menuntut ilmu.

3.0 MATLAMAT

Subjek Khidmat masyarakat ialah salah satu aktiviti yang berperanan penting dalam merealisasi agenda

UUM untuk menyampai dan memberikan khidmat serta berbakti kepada masyarakat yang memerlukan

melalui penglibatan mahasiswa dan mahasiswi UUM.

Mahasiswa dan mahasiswi UUM telah banyak terlibat dalam mengadakan aktiviti khidmat masyarakat

yang melibatkan pelajar sekolah, masyarakat orang asli, dan masyarakat setempat dalam misi memberikan

khidmat masyarakat kepada yang memerlukan.Ini merupakan batu loncatan kepada kami agar dapat mere-

alisasikan satu program yang lebih memfokuskan ke arah dunia tanpa sempadan. Selain daripada itu, matla-

mat program ini juga lebih ke arah pertemuan dua budaya yang sememangnya telah wujud melalui program

lain yang telah berjaya dilaksanakan dan seterusnya dapat mengeratkan silaturrahim antara dua budaya ini

tanpa mengenal budaya ataupun taraf hidup.

3.1 Matlamat Umum

3.1.1 Memberi pendedahan kepada semua yang terlibat keadaan masyarakat di Gunung Kidul yang

kurang bernasib baik;

3.1.2 Menjalankan aktiviti yang boleh membantu penduduk setempat dengan melengkapkan

prasarana dan memotivasikan kanak-kanak di desa tentang pentingnya sumber air serta

kesihatan;

3.1.3 Mewujudkan persekitaran masyarakat yang mempunayi kesedaran terhadap kepentingan

pelajaran;

3.1.4 Menceriakan dan menjalinkan hubungan mesra dengan masyaraka Gunung Kidul;

3.1.5 Menyediakan bantuan dalam bentuk kewangan dan juga keperluan asas;

3.1.6 Mewujudkan budaya dan pemikiran tentang kepentingan ilmu dunia dan ilmu akhirat yang

seimbang.

Page 7: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 7

3.2 Matlamat Pelaksanaan

Daripada projek ini, semua pihak yang terlibat akan :-

3.2.1 Mengetahui bahawa pendidikan itu sebenarnya menyeronokkan dan mendatangkan banyak

ilmu pengetahuan;

3.2.2 Memberi bantuan dari pelbagai aspek bagi mengurangkan krisis air yang dihadapi oleh

penduduk setempat

3.2.3 Memberi kesedaran kepada semua tentang kepentingan menjaga kesihatan diri dari peringkat

jasmaniah dan rohaniah.

3.2.4 Membantu penduduk kampung menyediakan prasarana yang selesa dan bersih untuk mereka

gunakan.

3.2.5 Mewujudkan kerjasama yang erat di antara masyarakat dan pihak luar dalam menangani

masalah ketinggalan dalam pendidikan, kemiskinan dan krisis air justeru memberi kesedaran

yang maksima terhadapa kepentingan tersebut.

3.3 Matlamat Ekonomi

3.3.1 Mewujudkan persekitaran hidup untuk mental dan emosi yang sihat.

3.3.2 Menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai kepentingan air dan pendidikan

masyarakat setempat seperti program bantuan khidmat masyarakat.

3.3.3 Memberi pendedahan kepada cara hidup sihat dan selamat;

3.3.4 Dapat memupuk jati diri dan mengenal diri serta berdaya maju ; dan

3.3.5 Dapat mengetahui senario masyarakat Gunung Kidul dan dapat memberi cadangan, bantuan

kepada pihak yang berkenaan mengenai keperluan yang diperlukan

4.0 SKOP

Bidang tumpuan projek ini ialah :-

4.1 Membina saliran air telaga menggunakan kaedah boring air dengan menggerudi air sedalam

60-90 meter ke bawah tanah dan seterusnya membina saliran paip ke perumahan atau

membina satu telaga untuk kegunaan orang ramai.

4.2 Membantu masyarakat kampung dengan memberi peralatan menulis dan juga kerusi kuliah

untuk mereka belajar dan seterusnya memberi motivasi untuk mereka menuntut ilmu untuk

bebas dari kemiskinan.

Page 8: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 8

4.3 Mewujudkan persekitaran yang sihat, selamat dan menyeronokkan;

4.4 Memfokus tanggungjawab mahasiswa dan mahasiswi terhadap tanggungjawab sosial yang

perlu dilaksanakan selain mewujudkan persekitaran saling bantu-membantu semasa

menjalankan aktiviti walaupun sibuk dengan tugasan namun tanggungjawab sosial tidak

dilupakan;

4.5 Memberi pendedahan dan menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil

sekiranya berlaku kecemasan dan kemalangan;

4.6 Merapatkan hubungan di antara satu sama lain tanpa sempadan.

4.7 Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan

perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan; dan

4.8 Meningkatkan kelatih anak-anak agar lebih cenderung dalam pembelajaran walaupun

sedikit.

6.0 PUNCA MAKLUMAT

6.1 Survey dilaksanakan dengan menjalankan soal selidik dan membuat analisa tentang

kehidupan masyarakat Gunung Kidul melaui media internet, surat khabar, hasil selidik

daripada PKPU Yogyakarta serta kumpulan yang pernah menjalankan program di sana.

6.2 Beberapa orang yang berkemampuan dalam menjayakan program ini ditemui bagi

mendapatkan maklumat serta rujukan bagi menjayakan program ini.

6.3 Kemajuan teknologi memudahkan carian maklumat. Selain pengumpulan maklumat

menerusi media cetak, kemudahan media elektronik turut digunakan bagi mencapai

maklumat dan isu-isu yang berkaitan dengan matlamat program juga dikenalpasti.

Page 9: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 9

7.0 KEPERLUAN UNTUK PERUBAHAN

Rentetan daripada situasi yang dinyatakan di atas, pihak kami terpanggil untuk menjalankan aktiviti

khidmat masyarakat di sana. Aktiviti-aktiviti atau sumbangan yang dilaksanakan oleh pihak mahasiswa,

badan kerajaan dan juga bukan kerajaan Ini bertujuan supaya mereka dihargai dan juga masih dikenali

oleh semua orang walaupun dari negara luar.

Selain daripada itu, pemantauan yang berterusan juga apa yang diterapkan menjadi rutin setiap hari. Ini

membolehkan masyarakat Gunung Kidul dapat meneruskan usaha untuk berdikari tanpa menunggu

bantuan dari pihak berkuasa.

Di samping toleransi daripada pihak kerajaan setempat juga perlu bagi memberi peluang kepada

masyarakat Gunung Kidul itu dengan memberi peluang kepada masyarakat Gunung Kidul melalui

masa-masa sukar ketika kemarau dengan terbinanya telaga untuk kemudahan bersama. Sekaligus

mengurangkan penderitaan mereka yang mengalami krisis air serta mengurangkan kadar kemerosotan

kesihatan akibat tiada sumber air bersih.

Selain itu, mahasiswa boleh menjalankan program ini secara ulangan dengan mendapatkan usahasama

yang berterusan daripada pihak kerajaan Malaysia dengan menganjurkan aktiviti masyarakat bersama-

sama pihak lain dan seterusnya dapat memberi pembangunan pendidikan, prasarana yang berkualti dan

intensif kepada masyarakat Gunung Kidul dan juga berusaha untuk mendapatkan dana yang lebih untuk

membina sekolah, agar mereka lebih bersemangat dan berkobar-kobar berusaha untuk memajukan diri

sendiri disamping menukar pandangan orang ramai supaya tidak lalai terhadap tanggungjawab mereka

dalam membnatu mereka yang lebih memerlukan.

Page 10: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 10

8.0 PENYELESAIAN

8.1 Cadangan kaedah yang bakal digunakan adalah seperti berikut dan bergantung kepada

kesesuaian masa serta keaadaan :

8.1.1 Pembinaan telaga air dan penyerahan pam air kepada pihak kampung

- Mengenalpasti kawasan yang sesuai untuk dibina telaga air

- Membuat gotong-royong menggali dan memasang pam air untuk disambungkan kepada

kawasan telaga

8.1.2 Penyerahan keperluan prasarana pendidikan kepada sekolah terlibat dan

keperluan masjid

- Barangan seperti papan hitam, alat tulis, buku tulis, kerusi dan meja, akan diberikan

kepada pihak sekolah

- Kempen ke sekolah bersama anak-anak desa Gunung Kidul

9.0 JADUAL AKTIVITI

9.1 Tarikh Cadangan : 01 Oktober 2015 hingga 04 Oktober 2015

HARI PERTAMA : 01 Oktober 2015

Waktu Perkara

07.00 pagi Semua peserta berkumpul di KLIA 2

09.45 pagi Peserta bertolak dari KLIA 2 ke Yogyakara Airport

11.30 pagi

Sampai di Airport Yogyakarta

Short Briefing

Bergerak ke Gunung Kidul

Check In Hotel

07.00 malamMakan malam dan solat

Suai kenal bersama ahli PKPU Yogyakarta, Pelajar Malaysia

09.00 malamPembahagian tugas ahli kumpulan dan briefing dari ketua

kumpulan masing-masing

10.00 malam Rehat

Page 11: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 11

HARI KEDUA : 02 Oktober 2015

06.00 pagi Solat subuh

06.00 pagiBergerak ke kawasan lokasi, Dusun Gesik, Songbayu, Girisubo,

Gunung Kidul

08.00 pagi Sesi suai kenal bersama penduduk kampung dan Pembahagian

tugas ahli kumpulan bersama penduduk kampung

08.30 pagi Sarapan pagi

09.00 pagi Program “Give Us Water” di jalankan

12.00 tengah hari Makan Tengah hari

01.00 tengah hari Solat Jumaat

01.30 tengah hari Aktiviti disambung semula

03.00 petang Minum Petang

05.00 petang Bersiap pulang ke hotel

09.00 malamPerbincangan ringkas tentang aktiviti seterusnya

Rehat

Page 12: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 12

HARI KETIGA : 03 Oktober 2015

06.00 pagi Solat subuh

07.00 pagi Sarapan Pagi

08.00 pagi

Bergerak ke Dusun Gesik, Songbayu, Girisubo, Gunung Kidul

Aktiviti bersambung

(Pemberian barangan sekolah dan alatan tulis kepada penduduk

kampung )

Makan tengah hari

Solat

4.00 petang Majlis penutup bersama ketua kampung dan penduduk

7.00 petang

Pulang ke hotel

Makan malam

Solat

Post Moterm bersama ahli kumpulan

HARI KEEMPAT : 4 Oktober 2015

06.00 pagi Solat subuh

07.00 pagi Sarapan Pagi

08.00 pagi Bertolak pulang ke Yogyakarta

4.00 petang Bertolak pulang ke KLIA 2

Page 13: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 13

10.0 JAWATANKUASA GERAK KERJA

Mengenai jawatankuasa kerja “Program –Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta” telah dibentuk

merangkumi 36 orang pelajar :

PENGARAH PROJEK

Saiful Bahari Bin Hashim

Menyediakan kertas kerja program

Membahagikan tugas kepada AJK-AJK yang

berkenaan.

Memantau perjalanan keseluruhan program dari tahap persediaan, semasa dan selepas pro-gram dijalankan.

Bertanggungjawab dalam menguruskan pen-tadbiran, kewangan dan program yang di-jalankan.

Memberi arahan yang tepat dan jelas kepada jawatan kuasa dalam melaksanakan tugas atau aktiviti..

Bertanggung jawab menentukan hala tuju pro-gram

TIMBALAN PENGARAH

PROJEK

Nik Mohd Azran Bin Nik Mohd

Najib

Membantu pengarah projek untuk memantau perjalanan keseluruhan program dari tahap persediaan, semasa dan selepas program di jalankan.

SETIAUSAHA

Nor Syakila Mohamad

Membantu pengarah projek untuk melakukan tugas surat-menyurat, penyediaan kertas kerja, penyediaan laporan dan lain-lain tugas doku-mentasi yang terlibat.

PEGAWAI PERHUBUNGAN

AWAM

Nur Atika Anisa' Binti Mohammad

Ali

Membantu pengarah projek untuk melakukan tugas surat-menyurat, penyediaan kertas kerja, penyediaan laporan dan lain-lain tugas doku-mentasi yang terlibat.

Berkomunikasi dengan pihak-pihak terlibat dalam kerjsama bersama kumpulan seperti TV Al-Hijrah, Yayasan Salam, Lembaga Kemanu-

Page 14: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 14

siaan Nasional (PKPU) Yogyakarta, ASEANYOUTHPURENUER serta pemberi dana lain.

BENDAHARI

Norzirah bt Mohd Ramsi

Membantu pengarah projek untuk menyedi-akan bajet dan laporan perbelanjaan.

PEN. BENDAHARI

Mohd Afendi B Mohd Amran

Membantu pengarah projek untuk menyedi-

akan bajet dan laporan perbelanjaan.

AJK PROGRAM

Mohd Haffis Bin Abdul Nasir

Noor Adibah Binti Abdul Hamid

Maszian Bt Dol Rasol

Mencadangkan aktiviti-aktiviti bersesuaian yang boleh dianjurkan serta menyelaras

Menyelia dan menyusun atur aktiviti agar berjalan

dengan lancar serta dapat mencapai matlamat sebe-

nar.

AJK PROTOKOL

Thineswary A/P Serengan

Nunthini A/P Shunmubarajan

Menyediakan surat-surat jemputan kepada pi-

hak-pihak terlibat.

Bertanggungjawab untuk berhubung secara terus dengan jemputan-jemputan VIP, Ketua Masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Memastikan para peserta telah bersedia lebih awal ketika acara perasmian dan penutup

Menyediakan dan menentukan jadual latihan

bagi upacara pembukaan dan upacara penutup.

AJK LOGISTIK

Sairol Aidil Bin Hassan

Mohammad Zahir Abdul Kadir

Nor Arina Bt. Mohd Sah

Menyediakan pengangkutan termasuk insurans keselamatan

Memastikan keperluan pengangkutan sepan-jang sesuatu program yang berlangsung telah mencukupi bagi keperluan persiapan, urusetia, peserta dan sebagainya.

Membuat tempahan bas dan kapal Memastikan pengangkutan bagi semua aktiviti

berjalan lancar. Memastikan kehadiran ke destinasi teratur.

AJK KESELAMATAN Memantau keselamatan ahli

Menyediakan ruang kecemasan.

Page 15: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 15

Yuzrizal Bin Abdullah

Mohd Efendy Bin Adnan

AJK PROMOSI

Aizon Irma Bt Abdullah

Nurul Asshikin Binti Md Nor

Hasniza Zakaria

Menyediakan surat jemputan kepada saluran-saluran media

Membuat poster-poster dan menyediakan kain rentang untuk mempromosikan aktiviti.

AJK PENAJA

Yamuna A/P Marappan

Syahrul Alizaman Bin Alias

Yusof B. Abdul Rahim

Faridah Binti Kamsan

Menguruskan pencarian penaja dan sumban-gan untuk program daripada pihak-pihak yang sudi menderma.

AJK MAKANAN

Siti Fatimah Bt Said

Nur Hafizah Mohd Khair

Ghanesan Sankaran

Aznira Syatilla Bt Azminudin

Nur Dyarina Ibrahim

Menyediakan makan untuk peserta yang terli-bat serta jamuan bersama penduduk kampung

AJK TEKNIKAL

Arif bin Mohd Zainuddin

Mengambil gambar dan merekod video aktiv-iti.

AJK DOKUMENTASI Menyediakan laporan akhir program

Page 16: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 16

Nor Faezah Bt Mazlan

Mohd Rizwadie B. Abdullah Bukhari

Nor Azila Bt Mohamed Sheriff

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan program ‘PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA

seperti berikut:

Page 17: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 17

BIL PERBELANJAAN Harga * Kuantiti ANGGARAN

(RM)

1 Tiket penerbangan 427x 40 org 17,080.00

2 Penginapan 100 x 3 hari x 22 bilik 6,600.00

3 Pengangkutan 50 x 3 harix 40 orang 6,000.00

4 Makan dan minum 20 x 3 hari x 40 org 2,400.00

5 Tempahan Banner dan Bunting 1 x 70 70.00

6 Kos Alat Tulis 15 x 50 set 750.00

7 Kos Pam Air

(Watertank, Piping dan Pam Air)

*Kos yang diberitahu adalah sekitar 70 Juta

sehingga 90 Juta Rupiah

20,000 x 1 20,000.00

8 Kos Alat Tulis Dan Buku 50 x 50 orang 2,500.00

9 Kos Kerusi Kuliah 102 x 50 buah 5100.00

10 T-shirt untuk peserta 50 x 40 2,000.00

9 Insuran 100 x 45 4,000.00

10 Cenderahati 50 x 10 500.00

TOTAL 67,000.00

Berikut adalah contoh anggaran sahaja kemungkinan anggaran kemungkinan lebih dari jangkaan.

11.1 Aktiviti

Aktiviti yang bakal seperti di jadual aktiviti 9.0

11.2 Pengangkutan

- Peserta menggunakan kenderaan sendiri ke KLIA2;

Page 18: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 18

- Semua peserta akan menggunakan laluan udara untuk ke Yogyakarta melalui KLIA 2 dan mendarat

di Yogyakarta Airport, Indonesia.

- Pengangkutan di Yogyakarta menggunakan bas yang disewa.

11.3 Sumber Kewangan

11.3.1 Tajaan / Sumbangan

Sumbangan dari sumber luar akan dipohon bagi meringankan bebanan kos aktiviti ini. Selain itu,

semua mahasiswa dan mahasiswi akan mendapatkan penajaan dengan mengemukakan kertas

cadangan projek kepada syarikat yang dipilih bagi mendapatkan sumbangan ikhlas sosial syarikat

berkenaan.

Selain tajaan berbentuk wang ringgit, tajaan-tajaan lain juga amat dialu-alukan antaranya;-

- Kerusi Kuliah

- Pam Air

- Peralatan bagi keperluan aktiviti seperti alat tulis, kertas atau sebagainya;

- Barangan kelengkapan dapur yang tahan lama seperti gula, tepung, minyak;

12.0 PENUTUP

“Program KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA” secara keseluruhannya lebih menekankan

kepada perkara yang berkaitan dengan pembangunan insaniah yang lebih terancang dan berlandaskan

kepada prasarana air yang seiring dengan pembangunan moden kini. Sesiapa sahaja boleh memainkan

peranan ini sekiranya program ini berterusan untuk berubah ke arah yang lebih baik selain dari bantuan

daripada pihak-pihak kerajaan dan bukan kerajaan dalam menjayakan program ini.

Page 19: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 19

Disamping itu, program ini juga mampu menaikkan nama Malaysia secara amnya di mata dunia dan

sekaligus dapat menyekat stigma negatif masyarakat terhadap program-program seperti ini walaupun

pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi oleh para mahasiswa semasa menjalankan program ini.

Diharapkan semoga program ini berjalan dengan lancar seperti mana rancangan yang telah ditetapkan. Kita

hanya mampu merancang namun Tuhan yang lebih berkuasa menentukan.

Berkat kerjasama dari kesemua ahli kumpulan, In Shaa Allah program ini akan berjaya dan meninggalkan

kesan yang baik dan memberi manfaat yang berterusan kepada keseluruhan yang terlibat dengan

merancang pelaksanaan program pembelajaran moden di sekolah yang terlibat pada masa-masa akan

datang. Amin..

Disediakan oleh:

Tandatangan : Tarikh :

Nuratika anisa’ 04 Ogos 2015

Page 20: Kembara Kasih Di Bumi Yogyakarta Proposal

PROGRAM –KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA 20

NUR ATIKA ANISA’ BINTI MOHAMMAD ALI

Pegawai Perhubungan Awam

Program “KEMBARA KASIH DI BUMI YOGYAKARTA”