kata tugas

Upload: fortunelk

Post on 07-Jan-2016

296 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

KATA TUGAS (KATA SERU, KATA TANYA, KATA PERINTAH, KATA PEMBENAR, DAN KATA PANGKAL AYAT)

TUGAS KATA PRAKLAUSA DALAM AYAT

Kata praklausa terbahagi kepada lima subjenis, masing-masing hadir di hadapan ayat dan masing-masing memikul tugas tertentu. Subjenis kata praklausa ialahkata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar,dankata pangkal ayat.

AYAT PENYATA/BERITAAYAT TANYAAYAT SERUAYAT PERINTAH

AYAT PENYATA

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

CONTOH AYAT PENYATA/BERITA1. Perdana Menteri Malaysia ialah Dato' Seri Najib Bin Tun Haji Abdul Razak.2 Pencuri itu telah ditangkapa pada pukul 7 pagi tadi.3. Semua murid SMK Mutiara akan menghadapi peperiksaan pada 7 Mei 2013.

KATA TANYAKata tanyadigunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegaskahdan hadir di bahagian hadapan ayat.

CONTOH AYAT TANYA.A. AYAT TANYA DENGAN KATA TANYA1. Siapa nama awak?2. Di mana kamu tinggal?3. Berapa harga buku rujukan ini?4. Bagaimana cara membuat kek ini?5. Kenapa muka awak bengkak?6. Mengapa kamu tidak datang ke rumah saya semalam?

B. AYAT TANYA TANPA KATA TANYA1. Kamu sudah makan?2. Kerja rumah awak belum siap?3. Nasi ini basi?4. Meja itu rosak?5. Pagi tadi hujan?6. Awak menangis?

KATA SERUKata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan.

CONTOH AYAT SERU1. Amboi, cantiknya baju awak!2. Aduh, sakitnya kaki saya!3. Eh, terkejut saya!4. Cis, langkah mayat saya dahulu!5. Wah, bergaya sungguh ibu awak!

KATA PERINTAHKata perintahialah kata tugas yang hadir dihadapan ayat perintah.Terdapattiga jenis ayat perintah, iaituayat suruhan,ayat larangan, dan ayat silaan/permintaan.

CONTOH AYAT PERINTAH

A. AYAT SURUHAN1. Semua murid dikehendaki berbaris di tapak perhimpunan.

B. AYAT LARANGAN1. Semua murid dilarang memijak rumput di kawasan ini.2. Jangan berbual semasa guru sedang mengajar.3. Dilarang membuang sampah di kawasan sekolah.4. Usah kamu bersandiwara lagi dengan saya.

C. AYAT PERMINTAAN/SILAAN1. Tolong sampaikan pesanan saya kepada ibu kamu.2. Sila masuk ke dalam dewan dengan segera.3. Jemput duduk di tempat yang disediakan.

KATA PEMBENARKata pembenar ialahperkataan yangmengiyakan atau menyokong kebenaran atau ketepatan sesuatu.Contoh kata:ya, betul, benar,dansungguhCONTOH AYAT PEMBENAR1. Ya, saya yang melakukan tugasan itu.2. Sungguh, dia yang melakukan aksi itu.3. Benar kata awak. Saya yang bersalah.4. Semua yang disampaikan oleh Abu betul.

KATA PANGKAL AYATKata pangkal ayat ialah memulakan sesuatu ayat dan umumnya digunakan dalam bahasa Melayu lamaContoh kata:maka, syahadan, alkisahdanhatta

CONTOH AYATTersebutlahalkisahdi zaman dahulu kala, seorang putera mengembara ke seluruh rimba raya untuk mencari bonda baginda yang hilang