kata adjektif

Upload: meixin-how

Post on 08-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota dan latih tubi kata adjektif

TRANSCRIPT

  • KATA ADJEKTIF1. Menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama2. Contoh: indah, kacak, gempal, tinggi, nyaman, hijau, tohor, cergas, dan sebagainya.

  • KATA ADJEKTIF WARNAMenerangkan warna sebagai unsur.Contoh; merah, biru, hijau, ungu dan lain-lain.Rumah Pak Ishak berwarna kuning.

  • KATA ADJEKTIF UKURANMenerangkan ukuran sebagai unsur keterangan.Contoh; nipis, panjang, pendek, tinggi, rendah, kecil, besar, renek dan lain-lain.Jambatan panjang itu belum siap didirikan.

  • KATA ADJEKTIF BENTUKMenerangkan rupa bentuk sebagai unsur keterangan.Contoh; lonjong, bulat, bujur, leper, bengkok, lurus, buncit, kempis, lekuk.Bola keranjang berbentuk lonjong.

  • KATA ADJEKTIF WAKTUMenerangkan konsep masa sebagai unsur keterangan.Contoh; awal, lewat, baharu, lama, lampau, segera, suntuk, silam ,cepat.Ali tergesa-gesa menyiapkan tugasannya kerana waktu telah suntuk.

  • KATA ADJEKTIF JARAKMenerangkan konsep ruang antara dua benda atau sebagai penerang kata nama.Contoh; jauh, dekat, hampir, nyaris.Kampung yang dia hendak pergi itu sungguh jauh.

  • KATA ADJEKTIF CARAMenerangkan keadaan kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama.Contoh; cepat, deras, laju, lambat, perlahan, lincah, gopoh, jelas, sering.Dia makan dengan gopoh kerana terlalu lapar.

  • KATA ADJEKTIF PERASAANMemberi pengertian tentang konsep perasaan yang berfungsi sebagai penerang kata nama dan mesti diikuti oleh kata sendi nama.Contoh; rindu, benci, sayang, segan, suka, gembira, sedih, ragu, berahi.Halimah amat rindu akan anak-anaknya.

  • KATA ADJEKTIF PANCAINDERAPerkataan yang memberi pengertian tentang konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima pancaindera dan berfungsi sebagai penerang kata nama.Contoh; sedap, manis, lazat (pancaindera rasa)cantik, molek, hodoh (pancaindera pandang)bising, merdu, serak (pancaindera bunyi)

  • KATA ADJEKTIF SIFATAN / KEADAAN NAMAPerkataan yang memberi sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan.Contoh; baik, jahat, cerdik, gopoh, lemah, kasar, sihat, takut, berani.Pelajar itu seorang yang baik lagi cerdik.

  • LATIHAN

  • Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul

    Tokoh politik itu mempunyai pengalaman yang ______ dalam bidang ekonomi.Pemandu bas itu memperlahankan bas apabila melalui jalan yang _______.Fatimah kelihatan _____ setelah disolek oleh jurusolek profesional.halus cantik curam luas dinginluascuramcantik

  • 4. Cuaca di kampung memang _______ pada waktu pagi.5. Hasil kerja seni Hanis yang ________ itu mendapat pujian daripada cikgunya.dinginhalus

  • Soalan 1 soalan 20Kami dinasihati agar berhati-hati menyeberangi jambatan kayu yang ______ itu.A. kusamB. reputC. hancurD. Pecah

  • 2. Puan Rahimah berasa _______ ketika menghadiri majlis makan beradab diraja yang penuh adat istiadat serta dihadiri oleh orang kenamaan.A. ganjilB. kekokC. pelikD. gerun

  • 3. Pokok kelapa yang sudah ______itu menanti masa untuk tumbang.A. sengetB. condongC. serongD. bengkok

  • Harapan Arman untuk memasuki universiti itu amat _______ memandangkan keputusan peperiksaan SPMnya kurang memberangsangkan.A. tinggiB. besarC. tipisD. nipis

  • 5. Kedai makan yang terletak di tepi selekoh _____ itu patut dipindahkan ke tempat lain kerana lokasinya amat membahayakan.A. tajam B. panjangC. padatD. curam

  • 6. Keris pusaka yang diwarisi oleh Tok Gadong mempunyai mata yang ________.A. dalamB. landaiC. leperD. tirus

  • 7. Cikgu Lau menasihati murid-muridnya agar makan makanan yang ___________ dan menjaga kebersihan diri. A.lazat B.pahit C.berlemak D.berkhasiat

  • 8. Nenek berasa sangat ___________ akan cucu-cucunya kerana sudah sebulan mereka tidak pulang ke kampung. A.malu B.rindu C.marah D.sayang

  • 9. Budak-budak kampung gemar mandi di sungai itu kerana airnya ___________ sahaja. A.deras B.cetek C.pekat D.dalam

  • 10."Walaupun telah selamat menjalani pembedahan, keadaan Ali masih ___________," kata doktor itu. A.lembik B.lemah C.gagah D.layu

  • 11. Bapa kelihatan sungguh ___________ apabila memakai kemeja barunya. A.segak B.kusut C.lusuh D.lawa

  • 12. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh penjaja itu sangat____________ . A.lazat B.merdu C.gembira D.mewah

  • 13. Rumah Siti terletak____________ dari sini . A.jauh B.panjang C.lama D.jarang

  • 14.Pekerja yang rajin itu __________datang awal ke sekolah . A.lewat B.selalu C.malas D.jarang

  • 15. Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang ___________ itu . A.berat B.ringan C.kecil D.lembut

  • 16. Air sungai itu mengalir dengan___________ selepas hujan lebat . A.laju B.deras C.cepat D.lambut

  • 17. Pemuda itu suka membawa keretanya dengan___________. A.kuat B.fasih C.cergas D.laju

  • 18.Angin bertiup dengan__________di kawasan itu malam tadi . A.laju B.kuat C.kencang D.deras

  • 19. Bayi itu tidur dengan_________nya di dalam buaian . A.sedap B.merdu C.nyenyak D.seronok

  • 20. Emak menanam pokok bunga yang ___________ itu di dalam pasu. A.renek B.tinggi C.besar D.lebar