kamus dewan r

261
r I huruf yg ke-18 abjad Rumi. R II Id kep Raden. ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra (rO) 1. huruf ke-10 abjad Arab (mempunyai nilai 200); 2. huruf ke-11 abjad Jawi. Ra simbol kimia bagi radium. Rab Ar yg empunya segala sesuatu (Allah). RAB kep Republik Arab Bersatu. raba I tekaan, agakan, dugaan, taksiran; salah ~ salah dugaan; meraba, meraba-raba 1. menyentuh (memegang-megang, menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dgn tidak melihat): serangga menggunakan sesungutnya utk ~ jalan; tuan Sutan meraba-raba mukanya kalau sungguh-sungguh ada lumpur terpalit; 2. mencari sesuatu pd tubuh orang (dlm saku dll), memeriksa orang utk mencari sesuatu: susahlah sedikit memeriksa perempuan yg lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya; Amir ~ saku seluarnya dan mengeluarkan rokok; 3. meneka, mengagak (yg tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan sesuatu: ia mencuba meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya; ia mencari- cari jawabannya sendiri, meraba-raba sendiri; merabai meraba berkali-kali atau merata-rata: dia membiarkan dirinya diciumi dan dirabai; teraba-raba 1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari (sesuatu yg terselindung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakaiannya; rabaan 1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan, taksiran, tekaan; peraba; alat ~ pancaindera utk merasa (dgn kulit), perasaan kulit, perasa.

Upload: shana-ana

Post on 19-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: Kamus Dewan r

r I huruf yg ke-18 abjad Rumi.

R II Id kep Raden.

ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~.

ra (rO) 1. huruf ke-10 abjad Arab (mempunyai nilai 200); 2. huruf ke-11

abjad Jawi.

Ra simbol kimia bagi radium.

Rab Ar yg empunya segala sesuatu (Allah).

RAB kep Republik Arab Bersatu.

raba I tekaan, agakan, dugaan, taksiran; salah ~ salah dugaan;

meraba, meraba-raba 1. menyentuh (memegang-megang,

menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dgn tidak

melihat): serangga menggunakan sesungutnya utk ~ jalan; tuan

Sutan meraba-raba mukanya kalau sungguh-sungguh ada lumpur

terpalit; 2. mencari sesuatu pd tubuh orang (dlm saku dll),

memeriksa orang utk mencari sesuatu: susahlah sedikit memeriksa

perempuan yg lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya; Amir ~

saku seluarnya dan mengeluarkan rokok; 3. meneka, mengagak

(yg tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan sesuatu: ia

mencuba meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya; ia mencari-

cari jawabannya sendiri, meraba-raba sendiri;

merabai meraba berkali-kali atau merata-rata: dia membiarkan

dirinya diciumi dan dirabai;

teraba-raba 1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari

(sesuatu yg terselindung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka

tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakaiannya;

rabaan 1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan,

taksiran, tekaan;

peraba; alat ~ pancaindera utk merasa (dgn kulit), perasaan kulit,

perasa.

Page 2: Kamus Dewan r

raba II Mn; meraba marah;

peraba pemarah.

raba III; ~-rabu tergesa-gesa (ke sana ke mari).

raba IV Kd, bp getah pemadam.

rabab ark rebab.

rabah I sj burung yg biasa terdapat di hutan kecil, Criniger tephrogenys.

rabah II Br rebah, tumbang.

rabak koyak panjang atau besar, cabik-cabik; koyak ~ = rabik ~ banyak

koyaknya;

merabak mengoyakkan, mencabik-cabikkan: oleh terlalu panas

hatinya, maka dirabaknya baju orang itu.

raban; bahasa ~ ark bahasa (cakap) yg tidak tentu (tidak keruan),

bahasa yg bercampur aduk;

meraban 1. mengigau, merepek; 2. berkelakuan (berperangai) tak

tentu arah: ia pun berjalanlah ~ dgn tiada tentu arah tujuannya;

jangan engkau ~ dlm kampung ini, nanti kepala engkau diketuk

orang.

raba-raba; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), rawa, Mangifera

macrophylla.

rabas Mn 1. air yg menitik dr daun sesudah hujan; hari ~ hari gerimis;

hujan ~-~ hujan rintik-rintik, gerimis; 2. bertitikan (air, air mata,

dll), berjatuhan, berguguran, berluruhan (buah-buahan dll).

rabat IB potongan drpd jumlah bayaran yg mesti dibuat, potongan

kemudian.

Rabbana Ar Tuhan kami; ya ~ ya Tuhan kami.

rabbani Ar yg berkaitan dgn Tuhan, ketuhanan: generasi ~.

Rabbi Ar Tuhan yg memiliki diriku: ya Allah, ya ~.

Rabbulalamin Ar Tuhan empunya seluruh alam, Tuan (pemilik dan

penguasa) seluruh alam.

Page 3: Kamus Dewan r

Rabbulghafur Ar Tuan segala ampun, Tuhan Yang Maha Pengampun.

Rabbulizzati Ar Tuan segala kemuliaan (Allah).

Rabbuljalil Ar Tuan Yang Maha Mulia (Allah).

rabies (rabis) penyakit berjangkit (lazimnya menjangkiti manusia

melalui gigitan anjing yg menghidapnya) yg mengakibatkan

kelumpuhan pernafasan yg akhirnya membawa maut, penyakit

anjing gila.

rabik pecah, robek (di tepi), cabik-cabik, rabak; carik ~ = robak-~

koyak-koyak (pecah-pecah); rabit.

rabit koyak, robek (memanjang): bibirnya ~; robat-~ koyak-koyak;

telinga ~ dipasang subang, kaki untut dipakaikan gelang, jari

kudung dimasukkan cincin prb pemuliaan kpd yg tidak patut

dimuliakan;

merabit mencabik panjang, merabik panjang: ~ muncung Mn

berteriak keras-keras;

merabitkan menyebabkan rabit: ditariknya baju yg tersangkut pd

cangkuk itu kuat-kuat sehingga ~ bahagian kolarnya; rabik.

rabitah, rabitat Ar 1. (per)ikatan, perkumpulan; 2. terikat (kpd guru).

Rabiulakhir Ar bulan keempat dlm tahun Hijrah yg mengandungi 30

hari.

Rabiulawal Ar bulan ketiga dlm tahun Hijrah yg mengandungi 29 hari.

rabu I Mn paru-paru; besar ~ Mn bodoh, dungu; dendeng ~ sj makanan

drpd paru-paru; sakit ~ sakit paru-paru.

rabu II; ~ kembang a) sj tumbuhan (pokok renek), akar serimbung,

julung jantan, Alchonea rugosa (javenis); b) sj tumbuhan (pokok

renek), melur jawa, rompok setumpuk, Clerodendron fragrans.

Rabu III hari keempat dlm seminggu, selepas hari Selasa.

rabub (Muz) sj alat bunyi-bunyian bertali satu yg digesek, yg terdapat di

kalangan kaum Kenyah di Sarawak.

Page 4: Kamus Dewan r

rabuk I 1. sj cendawan (jamur); 2. bulu halus-halus yg terdapat pd

pokok kabung (utk menghidupkan api dgn pemantik), kaul; 3.

sesuatu yg menjadi bibit perselisihan dll;

sehabis ~ sehabis putaran prb kerja selesai wang pun habis; spt ~

dgn api prb mudah terjadi perkara yg kurang baik kalau

didekatkan (jika gadis didekatkan dgn teruna).

rabuk II Jw baja, pupuk; ~ buatan = ~ garam baja (pupuk) buatan; ~

hijau pupuk hijau;

merabuk, merabuki memupuk, membaja: laksana tanaman yg

sudah jadi, tidak perlu dirabuk-rabuk, tidak perlu disiram.

rabun I asap (drpd daun-daun, dupa, dll) utk mengasapi rumah

(menghalau nyamuk, mengubati orang sakit, dll);

merabuni mengasapi (rumah, orang sakit, dll);

merabunkan membakar (daun-daun, dupa, dll) utk merabuni;

perabun daun-daun dll yg dibakar utk mengusir hantu syaitan dll.

rabun II kabur (kurang terang, kurang jelas): orang tua itu sudah ~

matanya; ~ ayam = ~ senja Mn a) buta ayam; b) samar muka;

~ dekat kabur melihat benda-benda yg dekat, hipermetropia; ~

jauh kabur melihat benda-benda yg jauh, miopia; ~ malam kabur

pd waktu malam; ~ tua rabun kerana sudah tua;

berabun-rabun bermain tutup mata;

merabunkan menjadikan (menyebabkan) rabun, mengaburkan:

serangan penyakit itu telah ~ matanya;

kerabunan perihal rabun, kekaburan: dia tidak diterima sbg

juruterbang kerana ~ matanya.

rabung 1. puncak bumbung rumah; air pasang ~ pasang yg naik tinggi-

tinggi; bercakap ~ bercakap besar (banyak); 2. jalur tanah tinggi

yg panjang, barisan bukit, kemuncak bukit; 3. Kd terlalu ramah,

bercakap banyak;

Page 5: Kamus Dewan r

merabung membumbung tinggi, memuncak, meninggi; air

pasang ~ air pasang rabung;

perabung, perabungan puncak atap rumah, puncak bumbung

rumah; ~ limas (panjang) Id bumbungan rumah yg berbentuk

limas (panjang);

berperabungkan mempunyai perabung: ruang tetamu bersiling

tinggi yg berhiaskan kayu dan ~ konkrit.

rabut I lepas (lulus) kerana diragut;

merabut meragut, mencabut, merenggut.

rabut II; berabut Br tergesa-gesa, lekas, pantas.

racak Mn ark; meracak mengenderai, menunggang: aku ~ basikalku

hendak pergi ke kedai.

racau I; meracau, meracau-racau bercakap dgn tidak tentu fasal (tidak

keruan) ketika demam dll, mengigau: sepanjang sakitnya dia ~;

kemeracauan perihal meracau.

racau II Mn selalu bergerak-gerak, lincah, rencah.

racik I sj jerat utk menangkap burung;

tahan ~ burung tak masuk, burung biasa makan di tangan prb

orang yg biasa bercampur dgn orang yg berakal itu susah hendak

dikalahkan;

meracik menangkap burung dgn menggunakan racik;

peracik orang yg meracik burung: bapanya bukanlah ~ burung

sepenuh masa.

racik II; meracik menghiris, memotong atau mengerat (timun, pinang,

dll) tipis-tipis, menyayat (merajang) tipis-tipis;

racikan sesuatu yg sudah dihiris (dipotong dll) tipis-tipis, hirisan

yg tipis-tipis;

Page 6: Kamus Dewan r

peracik alat, spt pisau dsb, yg digunakan utk meracik sesuatu:

kilang-kilang papan ini dilengkapi dgn peralatan spt gergaji

gelung, pembelah dan ~.

racit racik II.

racun 1. bahan yg berbisa dan boleh mematikan atau membawa maut

(kalau dimakan dll): ia pun makan ~ lalu mati; ~ herba racun

perosak yg digunakan utk menghapuskan atau mengawal

pertumbuhan rumpai atau tumbuhan lain yg tidak dikehendaki; ~

kulat racun perosak yg digunakan utk membunuh atau menghalang

pertumbuhan kulat; ~ perosak racun drpd bahan kimia yg

digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai; ~

serangga racun perosak yg digunakan utk membunuh serangga yg

berbahaya pd manusia; 2. bahan yg berbisa dan boleh

menyebabkan sakit: kuman tetanus ini berkembang biak dan

mengeluarkan sj ~ yg menyebabkan tegang urat leher dan tulang

rahang; 3. ki sesuatu yg merosakkan batin (fikiran dll): kerisauan

menjadi ~ kpd kehidupan; perbuatan spt ini akan menjadi ~ kpd

syarikat dan juga kpd ahli yg berkenaan; jikalau air ~, rembesnya

pun ~ juga prb jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya

pun buruk juga;

beracun ada racunnya, mengandungi racun: gas yg ~; makanan yg

~;

meracun memberi makan racun (supaya mati): ia dituduh ~ anjing

jirannya;

meracuni 1. membubuh racun pd: dia berteriak mengatakan aku

~ makanan itu; 2. mengganggu, mengusik, menggiurkan (hati):

senyumnya ~ hati; 3. merosakkan, membinasakan: dia dikatakan ~

fikiran rakyat;

Page 7: Kamus Dewan r

meracunkan meracun utk: dia ~ ibunya lalang yg tumbuh terbiar

di sekeliling rumah;

keracunan kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan

makanan yg mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap

penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg

mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan

penyakit;

peracunan perihal meracun (meracuni);

peracun 1. orang yg meracun atau meracuni: perempuan boleh

menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi ~; 2. orang

yg membuat racun.

racut; peracut bp sj penyakit spt bisul.

rad IB ark dewan, majlis; ~ agama ark mahkamah yg mengurus hal

ehwal yg bersangkutan dgn hukum Islam (di Indonesia pd zaman

penjajahan).

rada = rada-rada Jk agak, sedikit; ~ gila agak gila; kain-kain yg ~

halusan kain-kain yg agak halus.

radai I Mn kepak pd ikan, sirip.

radai II Mn ark; meradai 1. mengarak tabut; 2. meminta derma

(sedekah).

radak I; beradak (berperang, berlawan, dll) tusuk-menusuk, tohok-

menohok, tombak-menombak;

meradak 1. menusuk (menohok, menombak) dgn lembing dll (dr

bawah dll): sakit meradak-radak; 2. bk makan dgn lahap;

meradakkan menusukkan tombak dll: keris itu dapat juga

diradakkan ke dadanya; ~ diri merempuh, menyerbu.

radak II; meradak 1. berjalan melanggar; 2. menyerang, menyerbu.

radang 1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh,

panas hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau

Page 8: Kamus Dewan r

organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat

jangkitan atau kecederaan: ~ paru-paru;

~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan

vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia;

~ tenggorok bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg

disebabkan oleh bengkak;

meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh,

panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila

menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa

Inggeris;

meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg kauradangkan?

keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya

nanti, dia akan dapat melepaskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat)

(keadaan) radang: jangkitan kuman pd saluran pernafasan

mengakibatkan ~ dan kebengkakan di saluran telinga tengah;

kemeradangan perihal meradang;

peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung

menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~

di bahagian hati;

peradang orang yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~

benar orangnya.

radar alat utk mengesan arah dan jarak jauh kapal (kapal terbang dll)

dgn gelombang radio.

radas alat, perkakas: makmal merupakan woksyop yg istimewa dan di

dalamnya ada perkakas sains atau ~;

beradas menggunakan radas, ada radas: permanian ~ dijalankan

terhadap binatang utk mendapatkan baka yg lebih baik.

raden (radén) Jw 1. gelaran putera dan puteri raja; 2. panggilan atau

sebutan keturunan raja (yg sudah jauh);

Page 9: Kamus Dewan r

~ ajeng gelaran anak perempuan bangsawan; ~ ayu gelaran wanita

bangsawan (yg telah bersuami); ~ mas gelaran anak laki-laki

bangsawan.

rades (radés) IB sj lobak, lobak cina (putih), Raphanus sativus radicula.

radi Ar; sudi dan ~ sudi dan rela hati.

radiallahuanhu Ar moga-moga Allah memberi keredaan kepadanya

(disebut sesudah menyebutkan nama khalifah Abu Bakar, Umar,

Othman, dan Ali).

radian unit ukuran sudut satah pd bulatan (satu radian = 57.296 darjah).

radiator alat utk menyejukkan enjin kereta dll dgn menggunakan air yg

beredar dan kipas.

radif Ar, sl sajak (persesuaian bunyi).

radikal 1. secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara

yg menjejaskan (mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu:

perubahan yg ~ dlm adat resam sosial, politik, ekonomi, dan

estetik; manusia boleh berubah dgn ~; 2. memperjuangkan

(menyokong atau cenderung kpd) perubahan-perubahan dasar pd

bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dll):

parti yg akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri drpd UMNO

sekira-kira dapat mempengaruhi golongan ~ dlm parti itu; 3. = ~

bebas (Kim) atom atau kumpulan atom yg mempunyai elektron

luar yg tidak berpasangan, lazimnya sangat reaktif;

meradikalkan menjadikan sesuatu radikal: proses ~ garis

perjuangan pragmatis kesatuan sekerja yg tradisional;

keradikalan perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg

melebihi pengalamannya dan tidak ada pula yg melebihi ~nya.

radikalisme 1. fahaman (kepercayaan) yg radikal dlm politik; 2.

fahaman (aliran) yg menginginkan perubahan yg mendadak dlm

arena politik dan sosial.

Page 10: Kamus Dewan r

radikel (Bio) bahagian embrio biji benih yg akan berkembang menjadi

akar utama.

radin ark padi ~ sj padi (ringan), padi cere, Oryza sativa.

radio 1. pemancaran (penghantaran, pengiriman, siaran) bunyi dll

menerusi udara: baginda akan berucap kpd rakyat melalui ~ ; 2. =

pemancar ~ tempat memancarkan bunyi dll menerusi udara,

tetuang udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn

perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu

tenggelam; 3. = pesawat ~ = peti ~ alat perkakas utk menerima

(menangkap) siaran menerusi udara: dr ~nya terdengar lagu-lagu

instrumental yg lembut;

kereta ~ kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~

transistor radio kecil yg mudah dibawa ke mana-mana;

meradiokan menghebahkan (mengumumkan, menyiarkan)

melalui radio.

radioaktif berkaitan dgn atau mengandungi bahan (mis uranium, radium,

dll) yg menghasilkan sinar (alfa, beta, dan gama) yg sangat kuat

dan berbahaya;

keradioaktifan sifat nuklid yg secara spontan memancarkan

sinaran yg mengion.

radiobiologi cabang biologi yg berkaitan dgn kajian tentang kesan

sinaran terhadap organisma dan penerapan teknik radiologi dlm

proses biologi.

radioekologi kajian tentang kesan sinaran terhadap spesies tumbuhan

dan haiwan dlm komuniti semula jadi.

radiogenik (radiogénik) (Fiz) bkn sesuatu yg terhasil drpd pereputan

radioaktif: haba ~.

radiograf gambar X-ray.

Page 11: Kamus Dewan r

radiografi (Ubat) penggambaran struktur dlm tubuh pd filem dgn

menggunakan sinar-X atau sinar lain.

radiogram 1. = peti ~ peti nyanyian yg digabungkan dgn radio utk

memainkan piring hitam; 2. Id telegram yg dihantar melalui radio,

berita melalui radio.

radioimunologi penggunaan unsur radioaktif spt sinar-X dlm proses

imunologi.

radiokarbon sj karbon yg radioaktif yg terdapat dlm bahan organik,

biasanya digunakan sbg penyurih utk menentukan struktur

dalaman, mis sistem dlm tubuh, atau menentukan usia sesuatu

bahan organik kuno.

radiokardiografi pengukuran aliran darah berlabel radioaktif yg melalui

jantung dgn menggunakan pengesan Geiger-Muller.

radiokimia bidang kimia yg berkaitan dgn bahan radioaktif.

radiokoloid bahan radioaktif dlm keadaan koloid.

radiologi cabang ilmu perubatan yg melibatkan penggunaan unsur

(tenaga) radioaktif dlm pemeriksaan dan perawatan sesuatu

penyakit.

radiometer (radiométer) alat utk mengukur atau mengesan tenaga

sinaran.

radiometri (radiométri) kaedah analisis yg berdasarkan pengukuran

sinaran.

radionuklid (Fiz) nuklid yg tidak stabil dan mengalami pereputan

radioaktif semula jadi.

radiosond alat yg dibawa ke angkasa dgn belon khas yg digunakan utk

menentukan suhu, tekanan, kelembapan bandingan dsb yg berlaku

dlm lapisan atmosfera atas dan menghantar balik data ke stesen

pencerapan di bumi.

Page 12: Kamus Dewan r

radiotelegrafi (radiotélégrafi) sistem komunikasi telegraf yg

menggunakan pemancaran gelombang radio.

radioterapi (radiotérapi) kaedah rawatan penyakit dgn menggunakan

pancaran sinar spt sinar-X dll.

radiotermi (Ubat) rawatan penyakit dgn menggunakan haba yg

dihasilkan oleh sinaran elektromagnet.

radiotropisme tindak balas tumbuhan atau organisma terhadap sinaran

elektromagnet.

radium (Kim) sj unsur logam yg radioaktif yg terdapat semula jadi dlm

bijih uranium dan digunakan dlm bidang perubatan, radiografi, cat

berkilau, dll.

radius IB 1. sinar; 2. garis dr pusat ke keliling lingkaran, jejari (jari-jari).

radom (Fiz) penutup atau pelindung antena radar, terutamanya pd

bahagian muncung pesawat udara, yg diperbuat drpd bahan yg

boleh ditembusi oleh gelombang radio.

radon (Kim) sj unsur gas yg radioaktif.

radu Br bajak, tenggala.

radung; meradung melanggar, merempuh (dawai, pagar, dll);

teradung terlanggar.

radup; jahit ~ sj jahitan pd lipatan, jahit sembat.

rafak Ar naik;

merafakkan mengangkat: ~ sembah.

rafidi Ar ajaran agama yg terkeluar drpd dasar asalnya (kaum Syiah dll).

rafia 1. sj pokok palma, Raphia ruffia, yg pelepah daunnya

menghasilkan serat yg boleh dibuat tali, tikar dsb; 2. serat drpd

pelepah (daun) pokok rafia yg digunakan utk membuat tali, tikar,

bakul, dsb.

rafik I Ar tinggi, mulia.

rafik II Ar kawan, sahabat, taulan (yg karib).

Page 13: Kamus Dewan r

raga I 1. sj bakul yg diperbuat drpd bilah (rotan dll) utk mengisi barang

dll: ia pergi ke pasar, tangannya membimbit ~; 2. buah ~ sj bola

yg dianyam drpd rotan; bermain sepak ~ bermain raga dgn

menyepaknya dan menjaga supaya jangan jatuh ke tanah;

(bermain) sepak ~ jaring bermain raga dgn menggunakan jaring;

meraga sbg raga, kasap, berserabut.

raga II Jw badan: seolah-olah jiwa seni yg ada pd ~ Abdul Aziz dulu

sungguh-sungguh telah bertukar; jiwa dan ~.

raga III; raga-raga sl, beraga, meraga memperlihat-lihatkan

(menunjukkan) diri, berlagak, sombong, menyombongkan dirinya:

akan kita ~ dgn bermain;

memperagakan 1. mempamerkan (kpd bakal pembeli dll),

menunjukkan (barang dagangan) kpd orang ramai: peruncit harus

menggunakan segala ruang dlm kedainya dgn sebaik-baiknya utk

~ barangannya; 2. memperlihat-lihatkan kebagusan diri (pakaian

dll), mempamerkan, menunjuk-nunjukkan, melagakkan: gadis-

gadis berjalan ke sana ke mari ~ pakaian mereka; 3. menunjuk-

nunjukkan (kekayaan dll);

peragaan perbuatan memperagakan sesuatu;

peraga orang yg suka memperagakan diri, pesolek.

ragah I; beragah-agah I.

ragah II Pr tegap badan (manusia).

ragam I 1. tingkah, cara, laku, olah: aku menjunjung sekotak pinggan

dan kawan-kawan yg lain masing-masing dgn ~nya; 2. jenis,

macam: dlm masyarakat ada berbagai-bagai ~ manusia; aneka ~

berbagai-bagai jenis; serba ~ serba macam; 3. lagu, langgam:

maka gendang pun dipukul oranglah tujuh ~, dan pd se~ sekali

nafiri berbunyi; ahli ~ ark ahli muzik; 4. corak, ragi, warna: kain

yg cantik ~nya; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan

Page 14: Kamus Dewan r

penggunaannya, yg berkaitan dgn situasi (tajuk pembicaraan,

bidang, dll) yg tertentu; banyak orang banyak ~nya prb banyak

orang banyak tingkahnya (fiilnya, lakunya);

seragam 1. sama potongan dan warnanya (bkn pakaian dll), sama

sahaja (ciri-cirinya, peraturannya, dll): pakaian ~; 2. sesuai,

sepakat; ~ sebau sehati (suami isteri dll);

menyeragamkan menjadikan seragam: ~ ejaan Rumi bahasa

Malaysia-Indonesia;

keseragaman perihal (keadaan dsb) seragam: ~ bentuk; ~ warna;

penyeragaman perbuatan menyeragamkan: ia akan dapat

berusaha ke arah ~ bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia;

beragam; beragam-ragam berbagai-bagai, bermacam-macam,

berwarna-warna: masyarakat yg digaulinya jauh lebih ~ dan luas

drpd masyarakat zaman ayahnya; ramai ~, rimbun menyelara prb

setiap orang ada kemahuan (fikiran, kegemaran, dll) sendiri;

meragam 1. menyanyi (bernyanyi, berlagu); 2. mewarnai; 3. bp

berkelakuan (berperangai) tidak tentu hala (tidak dapat diteka):

kereta buruk yg ~; gadis itu terus-menerus ~;

meragamkan menjadikan beragam, membuat (mengubah dsb)

supaya menjadi berbagai-bagai atau tidak serupa sahaja: mereka

tahu ~ masakan utk hidangan sehari-hari;

keragaman 1. perihal berjenis-jenis ragam: orang yg begini

membawa sekali ~ yg beraneka juga; 2. = ~ jiwa keadaan (jiwa).

ragam II Jw bersatu hati, rukun;

meragamkan mengeratkan persaudaraan (persahabatan dll),

merukunkan;

keragaman kedamaian, kerukunan.

ragan Kd ark tujuh.

Page 15: Kamus Dewan r

ragang I; meragang 1. memanjat (dgn memegang): ia jatuh ~ pagar;

pokok ~ pokok yg memanjat pd benda-benda lain; 2. menyerang

dan menyerbu (kota dll), merangsang; ~ gawe (Palembang)

menggunakan kekerasan terhadap perempuan, memperkosa

perempuan.

ragang II; ragangan Jk rangka bangunan dll, tulang-tulangan.

ragas I; meragas 1. sl menyentak (rambut, rumput, dll); 2. ark

memotong rambut, memangkas tanaman, dll.

ragas II; meragas 1. melata naik, memanjat (tumbuh-tumbuhan):

batang semalu diliputi duri-duri dan ~ naik ke atas rumpun-

rumpun pokok yg tidak begitu tinggi; 2. bp memanjat-manjat

(kerana bermain-main spt yg biasa dilakukan oleh kanak-kanak):

jangan suka ~, nanti jatuh.

ragbi sj permainan bola yg para pemainnya (antara dua pasukan yg

berlawan) boleh membawa bola dgn tangan; bola ~ bola bujur utk

permainan ini.

ragbol IB, bp sj sikat (sapu) bulat yg bertangkai panjang utk

membersihkan sawang dll.

ragem Jw ragam II.

ragi I 1. sj bahan yg dibuat drpd beras dll utk menapai (tapai, arak, dll);

2. berjenis-jenis zat yg mengandungi ragi;

beragi 1. menggunakan ragi: roti yg tidak ~; 2. berbuih, berbusa

(kerana ragi), muai;

meragi membubuh ragi (pd): utk membuat tapai, ubi kayu itu

diragi dahulu;

meragikan menjadikan ragi.

ragi II warna (kain), corak (anyaman, batik, dll): kain tenunan ~ jawa;

cantiknya ~ tikar ini;

meragi mewarnai (kain dll).

Page 16: Kamus Dewan r

ragi III; meragi 1. mengadun (rempah dll), mencampur: minta tolong

dia ~ rempah kambing; 2. Kl mencampur sesuatu utk dibahagi

sama rata.

raghib Ar asyik, gemar, suka sekali: membaca kitab dgn ~.

ragin sl tumbuhan (pokok memanjat), Microglossa volubilis.

rago Sr; udah ~ sudah sibuk.

ragu; ~ hati = ragu-ragu syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas:

ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu

hendak menjawab;

meragu Mn mengganggu, mengacau, membingungkan: jangan ~

engkau di sini, mari pulang;

meragui menaruh syak pd, bimbang terhadap, sangsi terhadap,

waswas terhadap, mengesyaki: kedudukan persoalan sudah jelas,

tidak ada suatu yg diragui lagi; kejujuran orang itu masih diragui

lagi;

meragukan menjadikan ragu-ragu: jadi, apakah yg ~ hatimu lagi?

keraguan, keragu-raguan 1. perihal ragu, kesangsian,

kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~

dan sangkaan yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu

timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm

keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~.

raguk

ragum sj alat (drpd besi) utk menyepit atau memegang benda yg hendak

dikikir dll.

meragum mencabut (menyepit dsb) dgn ragum: ~ paku.

ragung ark; teragung terlanggar, tertumbuk; agung II.

ragus rabut.

ragut; meragut 1. menarik (menyentak, merabut, mencabut) dgn paksa

atau dgn kekuatan: tas tangannya diragut perompak; 2. memakan

Page 17: Kamus Dewan r

rumput hidup dsb (bkn lembu, kambing, dll): yg meragut-ragut

rumput, itulah kerbau; 3. ki mencabut, merampas, menyebabkan

kehilangan (sesuatu) secara paksa (tiba-tiba dsb): dia berasa

dirinya diperlakukan secara tidak adil apabila kebahagiaannya

yg tinggal secebis itu diragut dgn tiba-tiba; ~ nyawa

menyebabkan mati dgn tiba-tiba: kemalangan itu telah ~ nyawa

pemandu tersebut;

ragutan hasil meragut;

peragut orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu

barang yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: pelancong

asing juga sering menjadi sasaran ~ bermotosikal; dlm kejadian

itu, ~ melarikan beg tangan seorang wanita yg sedang membeli-

belah.

rahak I Mn dahak.

rahak II Kl, Tr pekerjaan yg berat lagi rumit, pekerjaan yg teruk benar.

rahak III Sl roboh, runtuh (rumah dll yg sudah buruk).

raham

rahang I bahagian kepala di sebelah depan yg terdiri drpd dua tulang

(tulang rahang) yg membolehkan mulut dibuka dan ditutup;

~ atas tulang rahang sebelah atas; ~ bawah tulang rahang sebelah

bawah; keras ~ tidak mahu mengalah (tidak mahu menurut,

ketegar); tali ~ tali kekang (yg diikat pd rahang kuda dll); tulang ~

tulang pd rahang.

rahang II Ph rasa spt rasa jering.

rahap I; kain ~ = tudung ~ kain (tudung) utk menutup mayat;

merahap 1. menutup mayat dgn kain (rahap): ia ~ mayat ibunya;

2. menutup (badan dgn kain): ia dapat ditenteramkan, diletakkan

di tempat tidur, dan dirahap dgn kain batik lepas;

merahapkan menggunakan kain utk menutup;

Page 18: Kamus Dewan r

perahap kain rahap.

rahap II; merahap 1. = terbang ~ terbang turun (hinggap): burung

punai berkawan-kawan terbang ~ hinggap di dahan ara; 2.

bertelut di samping orang yg berbaring dll, meniarap, menyerahap:

Mokhtar ~ di kaki ibunya dan menangis tersedu-sedu;

bagai dirahap kain basah prb dingin sejuk badan kerana melihat

(mendengar khabar mengenai) kejadian sedih dan ngeri;

terahap tertelungkup (jatuh).

rahat I roda (jentera) utk menggulung benang pd alat memintal benang.

rahat II gugur dgn banyak (durian): buah durian dlm kampung itu

sudah cukup ~ atau memuncak gugurnya; gugur ~ gugur dgn

banyaknya.

rahat III Ar istirahat, rehat.

rahi berahi.

rahib Ar orang yg bertapa dlm biara Kristian.

rahim I Ar 1. belas kasihan: belas ~; kasihan ~; ia hidup mengikut ~

dan belas kasihan orang lain; 2. pengasih, penyayang; Allah yg ~

Allah Yang Maha Pengasih;

merahimi menaruh belas kasihan pd, mengasihi, menyayangi;

kerahiman perihal rahim (belas kasihan); rahman.

rahim II Ar organ pd perempuan dll utk mengandung anak,

kandung(an), peranakan: ayahnya meninggal ketika ia masih dlm

~ ibunya; ~ bunga ovari.

rahimahullah Ar Allah menaruh belas kasihan padanya.

rahman, rahmani Ar belas kasihan, pengasih: Tuhan yg bersifat ~ dan

rahim; rahim I.

rahmat Ar 1. belas kasihan: moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atas

hakim; dipohonkan ~ drpd Yang Maha Kuasa; 2. kurnia, berkat: ~

Allah; mudah-mudahan Allah limpahkan ~ dan nikmat hidup

Page 19: Kamus Dewan r

padanya; 3. bahagia: malam itu mereka berjumpa lagi, alangkah

~nya; 4. kelebihan, hikmah, faedah, kegunaan: dia teringat kpd ~-

~ puasa yg diamalkannya selama ini;

kata yg benar ditidakkan, ~ Tuhan dilarikan prb ingkar drpd

mengakui kebenaran;

merahmati 1. mengasihani; 2. memberkati, menganugerahi,

mengurniai.

rahmatullah Ar; kembali (pulang) ke ~ meninggal dunia, mati.

rahsia 1. benda yg tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang

sahaja): ia cuba mencungkil ~ yg tersurat di hati Noor; membuka

(memecahkan, membongkar) ~ menceritakan sesuatu rahsia;

memegang (menyimpan) ~ tetap tidak mahu menceritakan sesuatu

rahsia; 2. sesuatu (benda, akal, dll) yg sengaja disembunyikan

supaya orang lain tidak mengetahuinya: kalau tidak mengetahui ~

musuh, bagaimana hendak mengalahkannya; dlm kitab ini

diterangkan segala ~ utk mencapai keredaan Allah; pintu ~; surat

~ surat yg isinya khusus utk orang yg tertentu sahaja; 3. secara

tidak disiarkan (tidak diketahui orang), diam-diam, gelap, sulit:

perempuan ~ menteri-menteri di Cameron Highland;

(per)hubungan ~ (per)hubungan yg senyap-senyap (diam-diam)

dgn tidak diketahui orang;

~ alam bahagian (keadaan dll) alam yg belum diketahui orang; ~

jabatan Id rahsia bkn urusan pejabat;

berahsia 1. mempunyai rahsia, menaruh rahsia; bilik ~ bilik yg

ada rahsianya; 2. menyembunyikan sesuatu drpd: tidak perlu ~

lagi dgn aku; 3. memberitahukan sesuatu rahsia kpd: ia telah

berjaya membawa Awang Putat ~ ke tepi Sungai Pahang;

berahsia-rahsia menyembunyikan sesuatu dgn sungguh-sungguh

supaya tidak diketahui oleh orang lain: beliau lebih suka

Page 20: Kamus Dewan r

bersendiri, lebih banyak ~ dlm tindakannya; aku tidak suka ~ dan

mengecewakan orang lain, apatah lagi engkau rakan akrab dan

jiran terdekat aku;

merahsiakan tidak memperlihatkan (memberitahukan),

menyimpan sbg rahsia: kenapa kakak masih mahu ~ hal kakak itu

kpd saya?

kerahsiaan perihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban

dan ~;

perahsiaan perbuatan merahsiakan sesuatu;

perahsia suka berahsia: anak muda itu pendiam dan ~.

Rahu raksasa (kononnya ada kepalanya sahaja) yg menelan bulan atau

matahari dan menyebabkan gerhana.

rai I bunyi biji-biji (butir-butir) kecil jatuh.

rai II sj tumbuhan bijirin yg bijiannya dijadikan tepung, makanan ternak,

wiski dsb, Secale cereale.

rai (ra.i); meraikan 1. menjamu (utk memuliakan, menghormati): tujuan

kenduri ini ialah melepaskan orang yg hendak berjalan dan

meletakkan orang yg tinggal, yakni ~ orang yg pergi dan memberi

gembira dan sokongan bagi orang yg tinggal; 2. mengadakan

keramaian, merayakan: sekalian tertunggu-tunggu hendak ~

temasya bersuka ria; kaum Sakai dlm hutan itu sibuk bersiap-siap

kerana hendak ~ perkahwinan anak batin mereka;

keraian 1. jamuan (utk memuliakan dll): suatu majlis ~ diadakan

di Istana Negara; 2. keramaian, perayaan: ~ menyambut Maulud

Nabi.

raiat rakyat.

raifal sj senapang berlaras panjang yg bahagian dalamnya mempunyai

alur berpilin supaya pelurunya berpusing apabila ditembakkan; ~

Page 21: Kamus Dewan r

angin raifal yg menembakkan peluru dgn tekanan udara, senapang

angin.

raih tarik, lwn tolak (dorong, sorong); tolak (menolak) ~ a) beri-

memberi serta ambil-mengambil; b) tawar-menawar (berjual beli);

meraih 1. menarik kpd diri sendiri: Sufian diraihnya ke dadanya;

ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya; ~ dayung; 2. ki menarik (hati),

memikat (orang dll); ~ hati menarik hati; 3. memborong utk

menjual lagi (barang dagangan): kerjanya ~ ikan utk dibawa ke

kampung-kampung; 4. memperoleh, mendapatkan,

mengumpulkan: memang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi

mahu diraih rezeki di sungai itu; dia hanya berjaya ~ pingat

perak dlm acara 200 meter;

~ pekung ke dada prb sengaja mencari malu atau bencana; ~

pangkur ke dada prb insaf akan diri sendiri; malang tak boleh

ditolak, mujur tak boleh diraih prb segala-galanya terserah kpd

untung (nasib);

peraih 1. pedagang yg membeli barang dgn jumlah yg banyak dan

kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah; 2. sampan utk

berdagang (memborong barang-barang dan menjualnya); berjagal

~ Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong.

rairat ark ghairah.

rais; merais menyapu dan menghimpunkan (sampah, sisa makanan, dll).

rait bp tanda (√ ) utk menandai sesuatu yg betul, sudah dikerjakan, dsb:

jawaban yg betul ditandakan dgn ~ dan jawaban yg salah

ditandakan dgn pangkah.

raja I 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa),

kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang

wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd

raja-rajanya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa

Page 22: Kamus Dewan r

Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan

sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni

Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm

kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh

menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan

budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm

sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan,

dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan

minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan

getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~

laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting;

9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja;

~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar

sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya

tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg

berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai;

~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg

mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil

besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut

laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku

raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd

bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah

sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk

permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~

sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~

wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja;

~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil

disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~

tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati

Page 23: Kamus Dewan r

juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada

(tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka

dihormati;

beraja 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di

hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-

masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~,

batin sahaja penghulunya; baiklah raja ini kita rajakan di sini

kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (menghambakan) diri

kpd;

beraja-raja sl bercampur (bergaul) dgn raja, hidup bersama-sama

raja (tahu adat-istiadat di dlm istana): baiklah anakku, supaya

engkau tahu ~;

berajakan mengabdikan diri kpd, beraja kpd: segala orang

Melaka terlalu sangat kasih dan setuju ~ beliau;

meraja 1. spt raja, berbuat (berlaku, berlagak) spt raja; 2. ki

merajalela: penyeksaan telah ~ di kampung itu;

merajai 1. menjadi raja di (atas), memerintah: Sultan Muzaffar

Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak; 2. ki menguasai,

mempengaruhi: hati akan ~ seluruh jiwa; ia terlalu banyak dirajai

oleh perasaan; apabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah

indah belaka; ~ diri menguasai diri;

merajakan 1. menjadikan raja, menobat jadi raja: maka anakanda

baginda yg tua itulah dirajakan menggantikan ayahanda baginda;

2. menganggap atau memandang sbg raja: ~ pangkat;

kerajaan 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja : ~

Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pemerintahan, negara: ~ Indonesia

berparlimen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang,

ayahanda Badanul menggantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda

alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg

Page 24: Kamus Dewan r

raja: jika tiada diketahuinya tujuh perkara, tiada layak ia naik

raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika

ia ~, tiada akan sempurna negeri ini;

~ buangan pemerintahan yg dijalankan di luar negara (kerana

negara ditawan musuh dll); ~ campuran pemerintahan yg anggota-

anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai golongan parti

politik; ~ negeri pemerintahan negeri yg menjadi sebahagian drpd

kerajaan kebangsaan atau pusat; ~ pusat pemerintahan yg bersifat

kebangsaan (tidak dr negeri bahagian); ~ sementara kerajaan yg

dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara sehingga

terbentuk kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut

perlembagaan dsb; ~ sendiri pemerintahan yg setengah merdeka

(pemerintahan yg mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan

kemerdekaan penuh); ~ tempatan (Udg) sistem kerajaan yg

meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa

setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah;

berkerajaan mempunyai kerajaan, ada kerajaannya: perubahan-

perubahan yg patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri.

raja II; ~ udang sj burung, binti-binti, Alcedo meninting verrauxii;

burung ~ udang sj burung, pekaka cicit, Alcedo atthis bengalensis.

raja III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok) Cassia fistula; rumput ~ sari sj

anggerik, anggerik raja sari, Dendrobium calcaratum.

rajah I 1. tulisan (gambaran, suratan, tanda-tanda, dll) yg dibuat sbg

azimat (ubat penghalau hantu dll); 2. garis-garis pd tapak tangan,

suratan tangan; 3. coreng-coreng pd tubuh yg dibuat dgn barang

tajam dll, cacahan; 4. gambar dgn garis-garis, bagan;

merajah 1. membuat rajah (dgn kapur dll) sbg mengubat orang

sakit dll; 2. mencoreng (badan), mencacah; 3. sl merodok,

menusuk dgn tombak (lembing dll): dirajahnya dgn tombaknya;

Page 25: Kamus Dewan r

merajahkan membuat rajah sesuatu, melukis sesuatu dgn rajah:

rajahkan sebuah bilik rehat.

rajah II; ~ bangun sj tumbuhan (herba), kerencong, setawar padang,

tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum (calcynum); ~ kayu a) sj

tumbuhan (pokok), dulang, tengguli, Cassiafistula; b) sj tumbuhan

(herba), juang-juang, jenjuang, lenjuang bukit, tapak leman, tapuh,

Dracaena congesta; c) sj tumbuhan (pokok renek), Dracaena

porteri (congesta).

rajalela (rajaléla); merajalela 1. melakukan sesuatu dgn sesuka hati,

berbuat sesuka hati (sewenang-wenang); 2. timbul menular-nular,

bercabul (penyakit dll); 3. menjadi-jadi, berkecamuk: Paris telah

dikepung, kelaparan ~; dia cuba utk menghilangkan fikiran yg ~

dlm otaknya;

bermerajalela merajalela.

rajan keluar darah yg berlebihan (pd perempuan yg datang bulan).

rajang Jw; merajang menghiris tipis-tipis, menyayat tipis-tipis,

meracik: ~ daun nasi ulam;

rajangan hirisan, racikan; tembakau ~ tembakau racikan.

rajastali; pisang ~ sj pisang, pisang keling; rastali.

rajau Pr padi (pokok dan buah) yg ditinggalkan ketika dituai pertama

kali (kerana kurang masak);

merajau menuai padi yg dahulunya ditinggalkan.

rajawali 1. sj burung, Accipiter badius poliopsis; 2. sj burung, lang

belalang, Microhierax fringillarius.

raji (raj.i); talak ~ talak (cerai) pertama dan kedua, talak (cerai) yg boleh

dirujuk semula.

rajim Ar yg dilempari dgn batu, yg disumpahi (syaitan).

rajin 1. suka bekerja (belajar dll), giat, bersungguh-sungguh, tekun: dia

~ belajar; dia ~ bekerja utk menambah pendapatan keluarga; 2.

Page 26: Kamus Dewan r

kerap kali, selalu (berbuat sesuatu, melakukan sesuatu): ia ~ ke

masjid; tak ~ Kl, bp tidak pernah;

rajin-rajin dgn sungguh-sungguh rajin, dgn rajin betul: kita mesti

belajar ~ supaya tidak menyesal bila dewasa kelak; Is mesti

berjanji akan ~ minum ubat dan susu supaya lekas sembuh;

merajinkan; ~ diri berusaha benar-benar, mengusahakan diri;

kerajinan 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah

mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~

dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil

keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat

(menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~

rakyat;

~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~

tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin).

rajok Mn pancang drpd kayu hidup (utk batas dll).

rajuk; merajuk 1. menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap,

enggan bekerjasama, enggan bergaul, dll): isterinya yg ~ itu

dijemput kembali; 2. bersungut-sungut, merungut-rungut (kerana

tidak senang hati dll): kenapa ia ~ petang semalam?; ~ pd yg

kasih (sayang) prb barang kehendak janganlah yg mustahil

(hendaklah mana yg mungkin);

merajuki merajuk terhadap (kpd): kalau lambat pulang ia akan

dirajuki isterinya;

perajuk (orang yg) suka merajuk.

rajungan sj ketam yg sedap dimakan.

rajut 1. jala-jala, jaring-jaring; 2. siratan benang dll yg berupa jaring utk

membuat pundi-pundi (dipakai pd sanggul dll); 3. pundi-pundi

(pura, kantung) yg dibuat drpd siratan benang (rami dll):

Page 27: Kamus Dewan r

walaupun meregas rumput dan menjualnya tiga sen se ~ , atau

membuka toko yg bertingkat-tingkat.... ;

merajut 1. menyirat jaring-jaring (jala-jala), membuat rajut:

gentian bulu itu dipintal menjadi benang, kemudiannya ditenun

menjadi kain, ataupun dirajut menjadi pakaian; 2. memasang

rajut;

~ badan menyusahkan diri; ~ burung menangkap burung dgn

menggunakan rajut (jaring); ~ perut menahan lapar, menahan

(mengurangkan) makan;

rajutan sesuatu (jala, jaring, dll) yg dirajut: ~ yg kemas;

perajutan perihal (perbuatan dsb) merajut;

perajut 1. orang yg merajut (jaring, jala dsb); 2. alat utk merajut

(menyirat).

rak I 1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu

patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah; derak.

rak II sj para-para drpd kayu atau logam utk meletakkan pinggan

mangkuk, buku, dll; ~ buku para atau tempat meletakkan buku.

rak III Kl semak-samun (tipis).

rak IV Kl larat.

raka retak dan hampir pecah atau patah (kayu, pinggan, dll): pinggan itu

~, hanya menanti pecah.

rakaat Ar bahagian dlm sembahyang (satu kali berdiri, satu kali rukuk

dan dua kali sujud): sembahyang asar terdiri drpd empat ~ .

rakah; merakah = gelak ~ ketawa terkakah-kakah (terdekah-dekah);

dekah.

rakak ark rangkak.

rakam 1. hasil mengecap (bunga-bunga pd kain, huruf atau tanda yg

dicetak, dll); 2. garis-garis berwarna pd kain tenun, suji atau sulam

Page 28: Kamus Dewan r

yg berwarna lain; 3. alur bunyi atau suara pd piring hitam atau pd

pita (perakam pita);

berakam dirakamkan: muzik yg sudah ~;

merakam 1. mengecap, mencetak, mencorakkan (kain dll); 2.

memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn

benang emas atau berwarna), menyuji, menyulam; 3. mengekalkan

suara (bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun

bergetar menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan

getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak

merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak);

4. Mn melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll);

merakamkan 1. mengecapkan, mencetakkan, menerakan,

mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan,

menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk

dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-

cerita pelipur lara; 4. melekatkan (menyematkan) dlm hati,

menyimpan dlm hati; 5. melakukan dgn mencatatkan dll supaya

(sesuatu itu) tersimpan utk kegunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu

kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg

berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara

keseluruhannya;

terakam 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan,

perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan;

2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih

itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan,

rujukan, dsb pd waktu kemudian);

rakaman sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman,

dll);

perakaman proses merakamkan sesuatu, perekodan: ~ data;

Page 29: Kamus Dewan r

perakam sesuatu yg merakamkan, alat merakam: akhbar dan

majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yg

berlaku di negara kita; ~ pita alat merakam yg menggunakan pita.

rakan I = rakanan 1. sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan,

sekerja, dll): kanak-kanak yg menjadi ~ sepermainan anaknya; 2.

kawan dlm sebuah perkongsian (persatuan, persekutuan, jabatan,

dll) atau sesuatu kegiatan: ~ sejawat; ~ niaga;

~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn

perniagaan dsb); ~ masjid program yg bertujuan utk melibatkan

orang ramai dlm pelbagai aktiviti peribadatan dan pendidikan

keagamaan yg dijalankan di masjid; ~ muda program utk

membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji

spt berdisplin, bertanggungjawab, amanah, bermotivasi dan

berdaya maju; ~ sejawat = ~ sejawatan orang yg sejajar

kedudukan, jawatan, fungsi, atau tugasnya dgn orang lain (di

tempat kerja, antara kementerian, antara negara, dsb); ~ sekerja

orang yg bekerja setempat dgn seseorang, spt dlm sesuatu

bahagian, jabatan, dsb; ~ sepermainan rakan yg sering bermain

bersama-sama dlm sesuatu permainan;

berakan, merakan 1. bersahabat, berteman: Ahmad Fuad

menjenguk di ambang pintu tanpa disedari dua ~ itu; 2. bersama-

sama berusaha, berkongsi, bersekutu.

rakan II Kl ark 1. bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-

bilau.

rakap I 1. besi tempat memijak (meletakkan kaki) ketika menunggang

kuda, sanggurdi; 2. pengayuh basikal.

rakap II penyangkut pd palang senjung neraca kimia dll.

rakat sl sj pertunjukan tari-menari dgn lawak jenaka (dgn memakai

topeng);

Page 30: Kamus Dewan r

merakat bermain tari-menari dgn memakai topeng, mengadakan

pertunjukan tari-menari dgn topeng: gemuruh bunyi orang

bermain itu terlalu ramai, ada yg bertandak, ada yg berwayang,

ada yg ~.

rakbi Ar sj lagu Arab.

raket (rakét) alat utk memukul bola dlm permainan tenis (badminton

dll), penangkis: ~ tenis.

rakit I beberapa batang buluh (kayu dll) yg diikat berangkai (digunakan

utk mengangkut orang, barang, dsb menyeberangi sungai dsb);

~ balai gambang sj rumah di atas rakit; ~ pisang Mn sj penganan

yg dibuat drpd pisang muda yg disayat dan diatur spt rakit;

berakit bergerak di air di atas rakit, menggunakan rakit:

perjalanan ~ hanya memakan masa kira-kira tiga jam;

berakit-rakit bergerak ke sana sini di air dgn menggunakan rakit:

biarlah kita semua ~ ke hulu sebelum berenang-renang ke tepian;

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit

dahulu, bersenang-senang kemudian prb bersusah payah dahulu

kemudian baru bersenang-senang;

merakit 1. membuat rakit; 2. ki mengatur atau menyusun rapi-

rapi; 3. mereka-reka, mencari akal;

perakit pengatur, penyusun.

rakit II Jw; serakit sepasang (kuda dll).

rakit III; burung ~ sj burung, burung hujan-hujan, Cymbirhyncus

macrorhyncos malaccensis.

rakmo Kl dapur tempat memasak manisan kelapa dll.

rakna ark sl ratna.

raksa = air ~ sj logam cair berwarna putih perak (utk mengisi jangka

suhu dll), merkuri.

Page 31: Kamus Dewan r

raksamala = pokok ~ sj tumbuhan (pokok besar yg kayunya berbau

harum), Altingia excelsa.

raksasa 1. sj makhluk spt manusia yg sangat besar dan tinggi badannya

(dlm cerita-cerita), bota, gergasi; 2. ki tersangat besar, besar

sekali;

kemajuan ~ kemajuan yg tersangat besar; kekuatan ~ kekuatan yg

besar sekali; rancangan ~ rancangan yg besar sekali; rapat ~ rapat

umum yg besar (biasanya di tanah lapang);

raksasa-raksasaan banyak raksasa, secara besar-besaran: kini

tinggal badan-badan monopoli sahaja, ~ yg maha besar

berhadapan satu dgn lain;

keraksasaan (Bio) 1. keadaan tubuh yg terlalu besar akibat perembesan

hormon pertumbuhan yg berlebihan sehingga penderita menjadi

sangat tinggi (dgn kemampuan mental dan seks yg sangat rendah);

2. pertumbuhan yg berlebihan pd tumbuhan akibat perembesan

hormon pertumbuhan yg berlebihan.

raksi I 1. sesuatu yg harum, bau-bauan; 2. harum, wangi; minyak (di) ~

minyak wangi;

meraksi mewangikan dgn bunga-bungaan (minyak wangi dll);

peraksi sesuatu yg harum (bunga-bungaan dll) utk meraksi.

raksi II rasi.

rakuk Mn takik, takuk;

berakuk bertakik, bertakuk; membuat titian ~ prb mencelakakan

orang dgn tipu muslihat;

merakuk-rakuk membuat takik atau takuk beberapa kali: Azman

sampai di hadapan ibunya, lalu ~ sekeping papan dgn sebilah

pisau yg dipegangnya.

rakun sj binatang kecil pemakan daging yg bermuncung panjang dan

bulu ekornya kembang berbelang putih dan hitam, biasanya

Page 32: Kamus Dewan r

terdapat di kawasan hutan Amerika Utara dan Selatan, Procyon

lotor.

rakung I Kl, Tr; merakung mengambil semua, membeli semua.

rakung II; rakungan Mn kerongkongan.

rakus 1. gelojoh, lahap: alangkah ~nya ia memakan juadah itu; 2. ki

selalu hendak banyak-banyak, loba, serakah, tamak: ~ akan

kekayaan; sangat ~ dan loba terhadap bahan-bahan hidup;

kerakusan 1. kegelojohan, kelahapan: ia tahu benar akan

perangai pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya,

kelemahannya, ~nya, dll; 2. kelobaan, ketamakan: utk mengubah

sikap dan ~ peribadi kpd sikap berbudi bahasa dan berkasih

sayang;

perakus orang yg sangat rakus (gelojoh, loba, tamak, dll).

rakut; merakut 1. memasang jaring, memasang sarang (labah-labah); 2.

ki memperdayakan, mengakali, menipu.

rakyat 1. seluruh penduduk sesebuah negara (sbg syarat mendirikan

sesuatu pemerintahan): ~ Malaysia terdiri drpd berbagai-bagai

kaum; dewan ~ dewan yg mewakili suara rakyat dlm sistem

pemerintahan demokrasi; wakil ~ ahli dewan rakyat; 2. anak buah,

orang-orang sebawahan: setahun sekali penghulu menjamu ~nya;

3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa: padang permainan

utk ~; ia keturunan ~, bukan keturunan raja; cerita ~ cerita yg

diceritakan utk orang biasa; 4. pasukan perang, bala tentera: maka

baginda pun berangkat diiringi oleh seluruh ~ lengkap dgn

senjatanya; 5. Ph, bp orang asli; ~ jelata (jembel, marhaen,

murba) orang kebanyakan (bukan golongan bangsawan);

merakyat tersebar luas kpd rakyat: budaya ilmu dan tradisi

pengajian telah meluas dan ~, lalu dgn itu pecahlah monopoli

pujangga istana sbg elit ilmuwan;

Page 33: Kamus Dewan r

merakyatkan menyebarluaskan ilmu, amalan dsb kpd rakyat: ilmu

kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan

sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata;

kerakyatan 1. perihal rakyat; 2. demokrasi; 3. ark

kewarganegaraan: ~ akan diberikan kpd orang dagang di negeri

ini.

ralat I 1. tidak betul, keliru, salah, silap; 2. kesalahan cetakan (tulisan

dll).

ralat II bp berat hati, tidak sedap hati, kesal (kerana tidak dapat

membuat sesuatu yg baik atau terpaksa membuat sesuatu yg tidak

baik): tidak ~ aku mati apabila telah kulihat anak aku memegang

dan membaca buku ini.

rali 1. perlumbaan kenderaan bermotor di tempat tertentu, spt di estet,

jalan raya dsb: dia pernah menyertai ~ kereta klasik antarabangsa

Bejing-Paris; 2. (Eko) kenaikan harga saham dsb secara

keseluruhan selepas mengalami suatu kejatuhan; ~ teknikal

kenaikan secara menyeluruh sesuatu saham atau sekumpulan

saham utk jangka masa pendek dlm pasaran semasa pasaran

menurun; 3. (Suk) pertukaran pukulan antara pemain dlm beberapa

siri sehingga satu mata diperoleh spt dlm permainan badminton

dan skuasy.

ralik Kl, Tr ralip, ralit.

ralip = meralip sangat mengantuk, setengah tidur;

peralip orang yg (tabiatnya) selalu mengantuk, pengantuk.

ralit Kd, Ph, Pn asyik, leka (suka benar): dia ~ membaca buku kini;

meralitkan menyebabkan ralit, mengasyikkan, melekakan: warna

merah, kuning, biru, jingga serta liuk lentok rumput-rampai yg

menyelit di celah-celahnya sungguh ~ mata yg memandangnya.

ram I bunyi deram.

Page 34: Kamus Dewan r

ram II IB 1. jendela, tingkap; 2. bingkai utk dibentangkan kain dll utk

disulam dll, pemidang(an).

ram III eram.

ram IV bilah-bilah yg berpusing pd baling-baling (kipas angin dll).

rama Jw, sl ayah(anda), bapa.

rama-rama 1. sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai

warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni

sayapnya).

Ramadan Ar bulan kesembilan dlm tahun Hijrah, bulan puasa.

Ramadan al-Mubarak Ar bulan Ramadan yg diberkati.

ramah 1. elok dan menarik budi bahasanya (terhadap sesiapa):

perempuan yg berbudi itu mempelawa lagi dgn ~nya; mereka

menyambutku dgn ~nya; 2. suka bercampur (bergaul, bercakap-

cakap, dll) dgn mesra: gadis yg dahulunya ~, sekarang menjadi

pendiam pula; umumnya kaum lelaki ~-~ benar;

~ lidah suka bercakap-cakap; ~ mesra sangat karib (pergaulan);

beramah-ramahan bergaul (bercakap-cakap, berkenalan) dgn

ramah: serta ~lah aku dgn segala supai-supai itu;

meramahi bersikap ramah-tamah kpd, mengambil hati: siapa pun

diramahinya;

keramahan sifat atau sikap ramah, kemesraan (dlm pergaulan

dsb): kecantikan dan ~ gadis-gadisnya memang tidak dapat

dinafikan; ~ beliau membuatkan kami terasa seolah-olah sudah

lama berkenalan;

peramah orang yg ramah, bersifat ramah: penumpangnya itu ~

orangnya; bahawa dia sebetulnya lebih ~ dan lebih periang drpd

kawannya.

ramah-tamah sangat ramah; perjumpaan ~ perjumpaan selaku sahabat

yg karib (secara kekeluargaan);

Page 35: Kamus Dewan r

beramah-tamah berbual-bual (bercakap-cakap, bergaul) dgn

ramah: mereka tidak ada masa langsung utk ~;

keramah-tamahan sifat atau sikap ramah-tamah: semuanya

manis-manis dan ~ mereka sangat menyenangkan hati para

tetamu.

ramai 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung

terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat,

dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah

Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat

gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~

dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa

lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar

perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd

zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum:

~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan

soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); khalayak ~

orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; kemahuan ~

kemahuan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang

yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat

umum;

~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap

seorang tidak sama;

seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-

penduduk yg ~ sejuta orang itu;

beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk):

mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn

bertengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak

(tidak berseorang): selepas tembakan itu kami keluar ~ melihat

api; mari kita kerjakan ~;

Page 36: Kamus Dewan r

meramai-ramai anak buah Bendahara pun pergilah mengambil

peti itu, diramai-ramainya dibawanya ke hadapan Bendahara;

beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali

persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn

riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku

melihatkan orang menyabung ~ itu;

meramaikan 1. menjadikan ramai, menyebabkan ramai (riuh-

rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-

penumpangnya; 2. menjadikan banyak, membanyakkan: ~ kaum

keluarga; 3. menjadikan gembira, memeriahkan: ia mengucapkan

terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari

jadinya;

memperamai, memperamaikan menyerang beramai-ramai,

membanyaki: malangnya tok guru diperamaikan dan mati

ditikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia

diperamai oleh Peringgi;

keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku

lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing,

melihat ~ kota dan pemandangan di perdesaan; 2. perayaan,

pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa

besar; satu ~ telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan.

ramal I Ar 1. pasir; negeri ~ negeri Arab; 2. pasir utk menengok nasib,

sesuatu yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu

yg akan berlaku dll (kitab nujum dll); membaca (membilang,

membuka) ~ melihat nasib orang dll (dgn menengok kitab nujum

dll);

meramal menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya

bola kristal utk ~;

Page 37: Kamus Dewan r

meramalkan 1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab

nujum (pustaka), menenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib

orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan

(mengatakan, menceritakan) sesuatu yg akan berlaku, menerka,

menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pendapatan akan

dinaikkan lagi; ia menjeling ke muka orang itu, menduga, dan

meramalkan apa yg difikirkannya;

teramal dapat diramalkan: kehidupan yg tidak ~ dan tidak

terkawal;

ramalan sesuatu yg diramalkan, dugaan, telahan, tekaan: Karl

Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-

rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat;

kitab ~ kitab nujum, pustaka;

keteramalan perihal dapat diramalkan;

peramalan perbuatan meramal (meramalkan);

peramal orang yg meramal atau meramalkan sesuatu: sbg seorang

~ yg selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi

kenyataan.

ramal II sj sapu tangan: sehelai ~ sutera yg bertaburkan benang emas

disampaikan di hulu keris itu; rumal.

Ramalan Id Ramadan.

ramanda ark rama.

ramas I; meramas 1. menggumpal-gumpal dan memeras-meras

(adunan, kelapa, nasi, dll): tepung gandum digaul dan diramas

dgn lemak; ~ kelapa; 2. memegang-megang dan memicit-micit,

memijit-mijit, mengurut: lapan orang yg ~ kaki Yang Dipertuan;

3. memulas dan memeras (kain basah), memerah: dia ~ kain yg

baru dibasuhnya itu; perut ~ perut memulas; 4. merenyukkan,

mengumalkan: dia ~ surat layang yg baru diterimanya;

Page 38: Kamus Dewan r

~ api memadamkan api; ~ bibir (mulut) ki menggasak, mengajar; ~

jantung (perut) ki marah dlm hati, mendongkol, sebal, sangat

menyesal;

meramas-ramas memicit, memeras, merenyukkan dsb berulang

kali dgn jari-jari tangan: bunga itu diramas-ramasnya dgn sebelah

tangannya; tangannya ~ tangan ibunya;

ramasan pegangan atau picitan utk meramas: ia berasa satu ~ yg

mesra di bahunya.

ramas II; nasi ~ nasi yg dicampurkan lauknya sekali.

rambah; merambah 1. menebas, menebang; (pokok, tumbuh-

tumbuhan), membabat: mereka ~ pokok-pokok kecil; 2. membuka

(meneroka) hutan, merintis (jalan): biar sedikit benih yg ditanam

dan sedikit rimba yg dirambah, asal tanaman itu dijaga dan

rumputnya disiangi; ~ hutan; ~ jalan; 3. merampat (memarang,

memukul, menembaki, menyebat, dll) semuanya sekali gus:

pasukan yg menceroboh itu dirambah dgn mesingan;

rambahan daun-daunan (pokok dll) yg sudah dirambah, sisa

merambah;

perambah orang yg merambah; ~ jalan perintis jalan.

rambahan; ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), rami bukit (bulan, hutan,

jantan), sumin bukit (jantan), malam petai, Alchornea villosa.

rambai I sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), Baccaurea

motleyana;

~ ayam = ~ bukit = ~ burung = ~ tikus = ~ hutan sj tumbuhan

(pokok renek), Baccaurea brevipes; ~ cengkuang sj tumbuhan

(pokok), pasak lingga, Dysoxylon densiflorum; ~ hutan a) sj

tumbuhan (pokok), setambun, Baccaurea parviflora; b) sj

tumbuhan (pokok), mempaung, Baccaurea lanceolata; c) = ~

puntianak sj tumbuhan (pokok), pokok bantun, kelap, Symplocos

Page 39: Kamus Dewan r

rubiginosa; ~ kera sj tumbuhan (pokok), jintik-jintik, mesekam,

Baccaurea kingii; ~ padang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar

daldaru, Psychotria sarmentosa; ~ puntianak sj tumbuhan

(pokok), kelat jambu putih, Symplocos rigida; akar ~ daun sj

tumbuhan (pokok memanjat), berenas, Trichosporum radicans.

rambai II 1. bulu yg halus-halus lagi panjang (pd leher dan ekor ayam

dll), bulu yg panjang-panjang pd janggut kambing dll; 2. akar yg

halus dan panjang-panjang serta berumbai-rumbai pd beberapa

jenis pokok;

rambaian berambut, berbulu halus-halus (pd buah dll), berbulu

panjang-panjang (ayam dll).

rambai III sj ikan laut, Caranx armatus; ~ landih sj ikan laut, Alectis

indica.

rambak I; merambak 1. menjalar-jalar, merayap ke mana-mana

(tumbuh-tumbuhan yg menjalar); 2. bertambah-tambah

bilangannya, bertambah-tambah luasnya;

merambakkan 1. menjadikan merambak; 2. menjadikan banyak

(luas); ~ wang memperbanyak wang (dgn diperbungakan dll).

rambak II Jw sj keropok yg dibuat drpd kulit lembu atau kerbau.

rambak III; ~ cina sj burung.

ramban, rambanan Jk (mencari) daun-daun utk makanan kambing.

rambang 1. tidak tetap (hati, tujuan, dll); ~ mata a) mata keranjang

(suka bermain perempuan, suka kahwin); b) tidak tahu yg mana

satu yg hendak dipilih (kerana banyak pilihan); jala ~ jala yg

lebar-lebar matanya; mulut ~ banyak cakap, cerewet; merawak ~ =

rambang-rambang; 2. tidak atau tanpa ditentukan (diatur,

dirancang, dsb) terlebih dahulu, diambil (dipetik dsb) secara

sembarangan sahaja, rawak: sbg contoh penggunaan sebenar, saya

petik sebuah ayat secara ~ drpd Kamus Dewan;

Page 40: Kamus Dewan r

rambang-rambang secara sembarangan sahaja, merambang:

Karim menembak ke arah tempat bunyi tembakan itu ~;

merambang berbuat sesuatu (berkata dll) dgn membabi buta

sahaja (dgn mengagak-agak sahaja): tangannya dirambang

bagaikan mencari sesuatu dlm gelap;

kerambangan keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang

sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~.

rambas; merambas Pr 1. mengibas-ngibas kain dll; 2. mengibaskan

kain (utk menghalau hantu ketika mengubati orang sakit): maka

tok bidan yg tua pun lalu ~ dgn kain tujuh warna.

rambat I; merambat 1. merambak, merayap ke mana-mana, bertambah

banyak (tumbuh-tumbuhan); 2. menjalar (api dll), menular

(penyakit dll), tersebar ke mana-mana (khabar, berita), berpanjang-

panjangan (pertengkaran, perselisihan, dll); 3. Id menjalar atau

meluas (panas dll); 4. Jw merayap atau melata naik: permukaan

tanah itu hampir hilang ditutupi tumbuh-tumbuhan yg ~ dan

melata;

rambatan (Fiz) gerakan gelombang tenaga yg berlaku pd

gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal

dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, sebahagian

sfera atau satah;

perambatan 1. perihal (proses atau perbuatan) merambat,

penyebaran; 2. (Fiz) pergerakan gelombang tenaga yg berlaku pd

gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal

dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, sebahagian

sfera atau satah.

rambat II ark tempat yg tinggi sedikit (dlm rumah dll), tempat menerima

tetamu yg dihormati dll.

rambat III 1. Br, Pr jala; 2. Kd rantai (batu) jala;

Page 41: Kamus Dewan r

merambat Pr membubul jala.

rambih; berambih, merambih pergi (berziarah, berkelah, dll) beramai-

ramai.

rambu I = rambu-rambu rumbai-rumbai, jumbai-jumbai, jerambat (pd

tepi kain, tuai, dll); tombak ~ tombak yg diberi berjumbai;

berambu-rambu 1. = berambu berjerambai; tirai ~ tirai yg

berjerambai; 2. Kd tidak kemas, sangat remeh: ia benci akan

pakaian Melayu yg ~ itu.

rambu II sj pancang, patuk, tiang (utk tanda dll).

rambu III; kaki ~ bp orang yg suka merayau-rayau ke sana sini (tanpa

tujuan);

merambu berjalan ke mana-mana (tanpa tujuan), merayau-rayau

ke sana sini, berkeliaran: ~ siang dan malam itulah kerjanya.

rambun semak yg masih belum menjadi belukar.

rambung I sj tumbuhan (pokok), Ficus elastica.

rambung II sj tarian Siam.

rambuni sl sj kayu.

rambustan ark rambutan.

rambut I 1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~

kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal

pd dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di

pinggir atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan

di ~ sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala;

2. sesuatu yg spt rambut;

~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut

yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung

bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-

kecil; ~ palsu rambut buatan;

Page 42: Kamus Dewan r

~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing

orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai

~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt

bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat

sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus,

tepung jangan terserak prb menghukum hendaklah dgn seadil-

adilnya;

serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu

kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat

walau ~ jua;

berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut

dgn pemuda yg ~ hitam berkilat itu; kepalanya hampir botak tidak

~ lagi;

merambut berhelai-helai spt rambut;

perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail.

rambut II; akar ~ cambang sj tumbuhan (pokok memanjat), Cynanchum

spp.; cendawan ~ ali sj tumbuhan (cendawan), Marasmius

gordipes.

rambutan sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Nephelium lappaceum; ~

hutan a) = ~ kabung = ~ kahang sj tumbuhan (pokok), gumpuh,

gerik, Nephelium eriopetalum; b) = ~ pacat sj tumbuhan (pokok),

redan (tumu), Nephelium glabrum; c) sj tumbuhan (pokok),

mertajam, Erioglossum edule; ~ kapri sj tumbuhan (pokok),

pulasan, mutan reba, sanggul lotong, Nephelium mutabile; ~ pacat

a) sj tumbuhan (pokok), sanggul lotong, gumpal benang, arang

para, Nephelium hamulatun; b) = ~ hutan sj tumbuhan (pokok),

Nephelium glabrum; c) sj tumbuhan (pokok), Xerospermum spp.;

~ cantum(an) (pokok) rambutan hasil drpd percantuman kulit

tunas yg baik kpd pokok yg kurang baik; ~ jantan pokok rambutan

Page 43: Kamus Dewan r

yg berbunga sahaja (tidak berbuah); ~ kahwin bp rambutan

cantuman; ~ lekang buah rambutan yg longkah isinya (dr biji);

gelagah boreh ~ jantan, orang berbunga dia berbunga, orang

berbuah dia tidak prb perihal nasib yg malang seseorang yg

berbuat spt orang lain tetapi tidak beroleh faedah (spt orang lain).

rambuti ark; kain ~ sj kain tenun drpd bulu kambing biri-biri (domba).

rami sj tumbuhan (pokok renek yg seratnya dibuat tali), rami-rami,

Boehmeria nivea; kain ~ sj kain tenun yg kasar; tali ~ tali drpd

serat rami;

~ buah sj tumbuhan (herba), dukung anak, Phyllanthus niruri; ~

bukit = ~ bulan = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek),

Alchornea villosa; ~ hantu = ~ bukit = ~ hutan sj tumbuhan

(pokok kecil), Ficus chartacea; ~ sengat sj tumbuhan (pokok),

rebung pengayuh, Abroma augusta.

ramin I sj anyaman yg berlilit-lilit (berjalin-jalin);

meraminkan menganyam berlilit-lilit (berjalin-jalin).

ramin II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Gonystylaceae, dara eluk,

melawis, pinang baik, pinang muda, Gonystylus spp.

ramis Br remis.

rampai 1. campuran berbagai-bagai, gabungan bermacam-macam;

bunga ~ a) campuran berbagai-bagai bunga dan daun-daun yg

harum; b) himpunan berbagai-bagai cerita (petikan drpd cerita dll);

minyak ~ campuran berbagai-bagai minyak wangi; rumput ~

berbagai-bagai rumput; 2. bp bahan utk dijadikan campuran, bahan

utk dicampurkan, perencah: jagung muda pun ada utk dijadikan ~

sayur;

rampai-rampai campuran berbagai-bagai macam: cerita ~ ;

merampai 1. membuat berbagai-bagai (bermacam-macam) latihan

sekolah: bila sudah ~ dan semua jawaban diperiksa, cikgu

Page 44: Kamus Dewan r

memuji-muji murid yg banyak betul; 2. mencampur bahan-bahan

dlm masakan (lauk, gulai, dll), merencah: sambal tumis yg

dirampai dgn kacang panjang; gulai ikan yg dirampai dgn terung;

merampaikan mencampur berbagai-bagai bunga; ~ khabar

menyiarkan (menyebarkan) berbagai-bagai khabar;

rampaian 1. campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai:

jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; 2. latihan berbagai-

bagai pelajaran sekolah: kanak-kanak akan lebih mundur dlm

~nya jika mereka dipaksa menulis sambung;

~ sains berbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am); buku

~ buku yg digunakan utk menulis (menjawab) latihan di sekolah;

kerja ~ berbagai-bagai kerja (latihan).

rampak I = berampak 1. bercabang atau berdahan banyak dan panjang-

panjang, memapar (spt pokok ketapang, hujan-hujan): sepohon

kayu yg amat ~ dahannya; ~ rendang = rimbun ~ rampak lagi

lebat daunnya; 2. ki banyak pakaian atau perhiasan yg dipakai:

pakaian pengantin perempuan ~.

rampak II Mn jatuh rebah, rebah, runtuh, tumbang (kerana dilanggar

dll); rebah ~ rebah;

serampak serentak, bersama-sama, serempak: "betul," kata

mereka ~;

merampak melanda, melanggar (hingga roboh, jatuh, dll),

menyerang.

rampang ark merampang berang, marah, meradang;

perampang pemarah.

rampas; berampas-rampasan saling merampas, bertarik-tarikan: maka

Dewa Perkasa pun meronta, lalulah ~lah dgn panglima itu;

merampas 1. mengambil dgn kekerasan, merebut: pergerakan

sulit utk ~ kekuasaan negara; ~ kuasa mengambil alih kekuasaan

Page 45: Kamus Dewan r

(negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan; 2.

menyamun, membegal, menjabal: wang gajinya habis dirampas

penyamun di jalan; 3. menyita: jika ia enggan membayar

hutangnya itu, hartanya akan dirampas;

rampasan sesuatu yg dirampas, hasil merampas: banyak beroleh

barang ~ ; ~ kuasa;

perampasan perihal merampas (perebutan, penyamunan,

penyitaan); ~ kuasa perebutan kuasa;

perampas orang yg merampas.

rampat; merampat 1. memarang (memukul, menyebat, dll) semuanya

dgn serentak, membabat (merambah, memangkas, menebang) dgn

serentak: segera diparangkan baginda kenalah leher penyamun yg

ketujuh itu putus ketujuhnya bagai dirampat; ~ tanaman; 2. = ~

papan menganggap semuanya salah (jahat dll), menganggap sama,

menyamaratakan: kita semua dirampat, dikatakan malas.

ramping I 1. kecil menggenting (bkn pinggang): pinggangnya ~; 2.

kecil panjang (tidak gemuk), langsing:

merampingkan menjadikan ramping: herba ubatan yg berkesan

sbg sejenis minuman ~ badan;

kerampingan perihal (keadaan atau sifat) ramping: ~ pinggang.

ramping II; meramping cabik-cabik (koyak-koyak) pd tepinya;

rompang.

rampis ark ramping.

rampok ark kumpulan yg memecah rumah orang: ukuran hidup makin

hari makin naik dan bersama itu makin naik pula jumlah ~,

pengemis, dan kupu-kupu malam;

merampok mencuri dgn memecah rumah, mengambil barang

orang dgn paksa, menjarah: maka turunlah Badwi dr gunung

datang ~ dan menyamun;

Page 46: Kamus Dewan r

rampokan (barang) yg dirampok, hasil merampok: barang-

barang ~;

kerampokan kemasukan perampok;

perampokan perihal merampok, perbuatan merampok: ia

dihukum 15 tahun penjara kerana ~ bersenjata;

perampok orang yg merampok, penjarah.

rampung Jw selesai, beres: pekerjaan kita sudah ~; telah ~ segala

permuafakatan;

merampungkan menyelesaikan, membereskan: tahap pertama

harus dirampungkan dulu.

rampus tidak lemah lembut, tidak sopan, kasar (perkataan dll): mulut ~

kotor mulut (suka memaki-maki dll);

berampus, merampus 1. mengeluarkan kata-kata kasar, memaki-

maki, sangat marah: tenang dan sabar ia menjalankan kerjanya,

tidak sedikit pun tanda merampus atau menyesali untung; lama-

kelamaan datang bebal hatinya serta merampus lalu ia

menurunkan layar dan melabuhkan sauhnya; 2. membuat sesuatu

dgn kasar, membuat sembarangan sahaja (semahu-mahunya).

ramput ark rampus.

ramu; meramu mencari bahan-bahan (kayu, ubat, dll) utk dipakai

(digunakan): ~ akar-akaran dan daun-daunan utk membuat ubat;

~ rumah mencari kayu yg baik utk rumah;

ramuan 1. bahan-bahan yg diperlukan utk membuat sesuatu

(kayu-kayan utk rumah, daun-daun dan akar-akar utk ubat dll):

melainkan diubatilah Tunku dgn ilmu dan ~ ; 2. rempah-rempah

yg dipakai utk menyedapkan gulai, bumbu, rampai: lepas itu

gorenglah ~ - ~ yg lain kecuali telur yg sudah digoreng dan

tauhu; 3. ki benda-benda yg perlu utk digunakan: bahawa jiwa

Islam dan Quran itulah yg memberikan ~ istimewa.

Page 47: Kamus Dewan r

ramunia sj tumbuhan (pokok), pohon gandaria.

ramus = beramus berbulu sangat tebal dan panjang-panjang (misai,

janggut): seorang yg bermisai dan berjanggut terlalu ~nya;

pemuda itu merenung muka d' Albuquerque yg beramus dgn

janggut dan misai.

ran pondok yg dibuat di atas pokok (tempat kediaman orang asli atau

tempat pemburu berteduh).

rana I; merana 1. menderita penyakit yg lama: sakit ~; 2. sentiasa sakit-

sakit, makin lama makin kurus: badan ~ kerana dia; 3. sentiasa

menanggung susah (sedih dll): hati ~ ; hidupnya ~.

rana II ark sl 1. peperangan; 2. medan perang.

rana III ark ratna.

ranah I 1. tanah datar, dataran rendah, lembah; 2. kawasan yg berpaya-

paya; 3. ruang lingkup, lingkungan bidang atau lapangan sesuatu

(aktiviti, ilmu pengetahuan dsb), domain: dialek Melayu sesuai

digunakan dlm ~ tak formal; perlu diperkuat dasar dan strategi

pembangunan negara yg berteraskan bahasa Kebangsaan dlm

semua ~ kehidupan.

ranah II; punah-~ habis rosak sama sekali; punah.

ranai Mn 1. basah (oleh air mata, peluh, dll); 2. = meranai keluar

berderai-derai, bertitik-titik, menitis-nitis (air mata, hujan, dll);

renai.

ranap I 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh,

tumbang, dll): rumah Pak Dollah ~ ditimpa pohon kelapa yg

tumbang; 2. ki rosak binasa, jahanam, musnah: motokarnya habis

~ ditimpa pohon kayu; apabila cinta sudah tidak ada lagi, maka

kebahagiaan hidup berumah tangga turut ~; ~ petulang, ijuk

penebal prb pencarian tambahan selain gaji (tetap);

Page 48: Kamus Dewan r

meranapkan menjadikan ranap, meratakan sehingga sama dgn

tanah (memukul kayu ke dlm tanah sehingga sama dgn permukaan

tanah dll), memusnahkan: angin sekencang itu boleh ~ rumah

papan beratap nipah di kampung-kampung di Malaysia;

keranapan perihal ranap, keadaan ranap, keruntuhan, kebinasaan.

ranap II Mn sunyi (senyap).

ranca ark; meranca menganggap ringan (gampang, mudah).

rancah (tanah yg) berpaya-paya; rencah I.

rancak I 1. Mn bagus, baik, cantik, elok, molek; ~ di lebuh suka

berpakaian yg bagus-bagus (cantik), pesolek; 2. cepat dan riang

(irama muzik, rentak tarian, dll): Masri suka menyanyikan lagu-

lagu ~; murai melagukan irama ria dan ~ memanggil petani

bekerja; 3. aktif, bersungguh-sungguh, giat, tangkas: dia berjalan

dgn ~ menghala ke kampungnya; persatuan itu sekarang sedang ~

dan bersungguh-sungguh menjalankan projek membantu pelajar-

pelajar miskin; degup jantungnya bertambah ~; kedengaran suara

tembakan yg ~ dr suatu arah; perjuangan begitu ~, begitu

tangkas;

merancak menjadi rancak: perlumbaan senjata yg semakin ~;

merancakkan menjadikan rancak: banyak rancangan yg diatur

utk ~ kerjasama antara kedua-dua buah negara;

kerancakan perihal rancak;

kerancak-rancakan sombong kerana cantiknya.

rancak II Jw; merancak menetak(-netak), memenggal(-menggal),

mengerat(-ngerat).

rancak III Jw; serancak seperangkat gamelan;

rancakan sj alat gamelan (sj para-para yg dibuat drpd kayu utk

menaruh bonang dll).

Page 49: Kamus Dewan r

rancang I sj pancang yg ditajamkan di hujungnya supaya dapat

dicucukkan ke tanah (utk menandai, turus pagar, dll);

merancang 1. memacakkan rancang ke dlm tanah (utk

menentukan sempadan dll); 2. tegak menganjur ke atas runcing-

runcing (mencuar runcing-runcing).

rancang II; berancang 1. dgn diatur (difikirkan masak-masak,

direncanakan) lebih dahulu: pembunuhan ~; 2. ada atau tersedia

rancangan atau rencananya, diatur dan diawasi (berdasarkan asas-

asas tertentu): sistem laissez-faire digantikan dgn sistem ~;

merancang 1. mengatur lebih dahulu, mempersiapkan,

merencanakan: antara beberapa kemajuan yg dicapai oleh ilmu

perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; seorang daimio ~

suatu pemberontakan; 2. menganggarkan: negara ~ jumlah

penghasilan yg mesti dicapai, menentukan apa yg penting dan

tidak...; 3. bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir,

mempertimbangkan: kerajaan Indonesia ~ hendak memutuskan

hubungan diplomatik dgn China Komunis;

terancang sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya,

mengikut asas-asas dsb yg telah ditentukan;

rancangan 1. sesuatu yg dirancang, persediaan, persiapan,

program, rencana; ~ lima tahun rencana pembangunan negara utk

jangka masa lima tahun; 2. = tanah ~ tanah yg diusahakan oleh

peneroka-peneroka FELDA (FELCRA dsb);

perancangan perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu: ~

ekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya; ~ bahasa;

perancang orang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg

terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll)

yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga

Page 50: Kamus Dewan r

P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan

kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga.

rancang III; ~ besi a) sj tumbuhan (pokok renek), tongkat ali, dedawai,

sedawai, Smilax calophylla; b) sj tumbuhan (pokok memanjat),

pudak tikus, Freycinetia malaccensis; ~ hantu sj tumbuhan

(sakat), serugut, Tropidia curculigoides.

rancang usaha projek.

rancap I Id perihal memuaskan nafsu syahwat dgn cara yg tidak wajar

(dgn tangan dll);

merancap memuaskan nafsu syahwat dgn cara yg tidak wajar.

rancap II Jw rancung, runcing, sangat tajam (senjata); tukang ~ ark

tukang mengasah senjata.

rancu tidak teratur, campur aduk, kacau (bahasa);

merancukan menjadikan tidak teratur, mencampuradukkan,

mengacaukan;

kerancuan keadaan rancu (tidak teratur dsb), kekacauan:

kekeliruan penggunaannya hanya akan meningkatkan kadar ~ kita

berbahasa.

rancung berhujung lancip, runcing dan tajam (pensel dll);

merancung 1. meraut (memotong, mengasah) supaya rancung; 2.

semakin ke hujung semakin rancung: hujung kayu yg ~ .

rand unit mata wang utama Afrika Selatan dan Namibia.

randa I perempuan yg tidak ada suami lagi, janda: lebih baik ~ spt ini,

bebas sbg burung di udara; ingatlah keluh-kesah ~-~ miskin yg

menangis dgn sedih di atas kuburan suaminya; ~ tua perempuan

atau lelaki yg sudah tua tetapi masih belum berkahwin;

meranda hidup sbg randa (janda), menjanda: sebab memikirkan

nasib anaknya maka ibu Hanafi tetap ~ ; ~ tua (gadis yg) hingga

tua tidak mahu berkahwin.

Page 51: Kamus Dewan r

randa II sj tumbuhan (pokok), cempaka hutan, Gardenia carinata; ~

hutan sj tumbuhan (pokok), bongkal mempulur rimba, Randia

anisophylla.

randah; berpindah-~ selalu berpindah.

randai I; merandai mengharungi air, paya, rumput, dll), meranduk.

randai II Mn ark sj tarian yg ditarikan oleh sekumpulan orang yg berdiri

melengkung yg bernyanyi-nyanyi dan bertepuk tangan;

berandai-randai ki bersambung-sambung, berturut-turut.

randajawa ark jawawut, sekoi.

randau I; merandau memasukkan benda-benda lain dlm makanan

supaya menjadi lebih sedap atau lebih banyak;

merandaukan memasukkan benda-benda lain dlm makanan

(supaya lebih sedap atau banyak): biarlah hamba randaukan

dahulu sayur-mayur, nantilah hamba cari anak-anak ikan.

randau II Sr pertukaran pendapat tentang isu-isu tertentu, dialog:

Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan akan mengadakan majlis

~ dgn kakitangan bagi membincangkan isu kenaikan pangkat.

randek Jk; jam ~ jam yg digunakan utk mencatat waktu dlm

pertandingan sukan dll, jam detik, jam sukat, jam randik;

merandek terhenti.

randi; kain ~ sj kain sutera yg bergaris-garis.

randih; rondah-~; rondah.

randu I sj tumbuhan (pokok), kabu-kabu, kapuk, Ceiba pentandra.

randu II; merandukan mengacaukan, mengaduk, mengarau.

randuk I; meranduk mengharungi (air, rumput, dll), menempuh,

merandai: mereka ~ air itu menuju ke sawah; Budin ~ rumput

tebal di tepi jalan.

Page 52: Kamus Dewan r

randuk II; kambing ~ kambing jantan (yg berjanggut dan berbulu

banyak); bapa ~ a) ki kambing randuk; b) ki lelaki yg suka

bermain muda; c) Kd harimau.

randung ark; terserandung terhantuk pd (kaki), tersampuk, tersandung:

ada yg lari berhambat-hambat ~ jatuh rebah-rempah drpd sangat

sukanya itu;

merandungkan melanggarkan, memijakkan.

raneh (ranéh), rane (rané) (Sunda) 1. sj tumbuhan (paku-pakis), paku

serani, paku kawat, Lycopodium cernum; 2. sj tumbuhan (paku-

pakis), paku merak, paku lumut, Selaginella willdenovii.

rang I barang apa (tulisan, gambar, dll) yg dibuat sbg contoh (teladan,

pola), buram, rancangan; ~ undang-undang draf undang-undang

(yg akan dibincangkan di parlimen dan apabila diluluskan

dinamakan 'Akta'); rangrangan.

rang II bunyi spt bunyi gendang dll; derang I.

rang III IB pangkat, tingkatan.

rang IV Mn kep drpd kata orang; ~ kaya orang kaya.

rang V; tanah ~ Kd tanah bendang (sawah) yg terbiar atau tidak

ditanami.

rang VI Kl 1. tempat duduk yg dibuat di perdu kayu besar supaya

senang menebangnya; 2. Tr (spt) para drpd buluh utk menjemur

ikan.

rangah = merangah angkuh, congkak, pongah, sombong.

rangai; merangai membersihkan sawah drpd rumput, membuang

rumput, menyiangi.

rangak I; siput ~ sj siput.

rangak II Mn gaduh, hingar, kacau, recok, rusuh;

merangak membuat gaduh (kacau, recok, dll).

rangam sj tumbuhan (pokok dan buahnya), tomato, Solanum spp.

Page 53: Kamus Dewan r

rangan sj tumbuhan (pokok), geresek, medang kuning, kunyit, lasa,

Cryptocarya caesia (scortechinii).

rangas Jk sj anai-anai (yg suka makan tikar dll).

rangga I; runggu-~ = berangga bercabang-cabang (tanduk rusa);

runggu I.

rangga II Jw sebutan atau pangkat: rakyat bala, temenggung, dan ~

jaksa kita hendak bawa bersama-sama.

ranggah I; meranggah menjolok (memetik) habis buah-buahan pd

pokok, meradak (dgn tongkat dll).

ranggah II Mn balung, jengger.

ranggah III; meranggah bk 1. makan dgn gelojoh: semua buah-buahan

habis diranggah oleh mereka; 2. Kd tertawa (dgn kuat).

ranggak I; meranggakkan menaikkan ke darat (perahu).

ranggak II Tr; meranggak melanggar, menyerang, melanda.

ranggas 1. luruh daunnya, tidak ada daunnya lagi: pokok papaya itu ~

daunnya; 2. ranting-ranting kayu yg mati;

tampak ~ tak akan meleting prb perihal mengetahui bahawa

seseorang itu tidak akan dapat berbuat apa-apa sebab bodoh atau

penakut;

meranggas 1. gugur daunnya: pohon-pohon yg sedang subur

menghijau tiba-tiba layu ~; 2. luruh bulu (buahnya): ayam ~;

meranggaskan menyebabkan tidak ada daun: cuaca panas dan

musim kemarau yg berpanjangan itu telah ~ banyak pohon yg

dahulunya subur dan rendang;

peranggasan perihal (proses atau perbuatan) meranggas atau

meranggaskan;

peranggas sesuatu (bahan, faktor dsb) yg menyebabkan pokok

ranggas: ulat beluncas disifatkan sbg ~.

Page 54: Kamus Dewan r

ranggeh (ranggéh) Jk; meranggeh menghulurkan tangan utk mencapai,

mencapai, menjengkau.

ranggi I 1. elok, gagah, tampan (sikap dll): pemuda itu ~ dan lawa;

tahun 1985, muda-mudi lebih senang dgn gaya ~; pakaian yg

santun dan ~ ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. bp

angkuh, lagak, sombong: anak kurang ajar, nak tunjuk ~; sengaja

ia hendak tunjukkan ~nya saja, boleh meminang anak orang dgn

ringgitnya;

meranggikan menunjukkan angkuh (sombong, lagak, dll) dgn,

melagakkan, menyombongkan: ia hendak ~ wang ringgit orang

tuanya;

keranggian sikap angkuh (sombong, bermegah), kesombongan,

kemegahan: berpindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik

kpd sesuatu pengiktirafan berbagai-bagai jenis pencapaian

cemerlang.

ranggi II kelopak bunga.

ranggit ark kait;

meranggitkan mengaitkan, menggantungkan.

ranggoi; meranggoi membuang atau menyisikkan duri dr batang

nibung.

ranggu I; meranggu mencampurkan, merencamkan.

ranggu II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Anacardiaceae,

Koordersiodendron pinnatum.

ranggul ark; meranggul terangkat ke atas (muncung meriam dll yg

dinaikkan), mendongak, anggul.

ranggung I terkangkang (kaki, dua kayu yg membuat sudut, dll);

meranggung 1. membongkok dgn bertopang pd kedua-dua belah

kaki dan tangan; 2. duduk di atas lutut dgn kaki terkangkang dan

tangan tertumpu ke depan;

Page 55: Kamus Dewan r

meranggungkan mencapai sesuatu dan meraih: ambil puan dr

daraji, pandan di Jawa diranggangkan; rangkung I.

ranggung II sj pengait pancing yg diperbuat drpd tanduk yg berlubang

(tempat memasukkan perambut), pelampung kail; (pandai)

memainkan ~ (pandai) mencari peluang baik.

ranggung III; burung ~ sj burung bangau yg jinak.

rangin sj perisai panjang: segala yg memegang ~ terus dgn ~nya, segala

yg memegang perisai terus dgn perisainya.

rangit Br rengit.

rangka I 1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal;

badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2.

buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci):

guru hendaklah menggunakan berbagai-bagai kaedah utk

mendapat kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah

panduan sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia

akan membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan

intelek-intelek;

~ pembangunan rang (rencana) pembangunan; ~ lawatan

rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan;

berangka mempunyai rangka, ada bentuknya (bangunnya dll):

binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap;

merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana,

dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan

membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan

diisinya kelak; ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti;

merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg

akan dipercakapkan nanti;

Page 56: Kamus Dewan r

perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat

kesimpulan drpd data, menganalisis data dan mentafsir data,

statistik;

perangka orang yg merangka (program, rancangan dsb),

perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai

di Kementerian Pendidikan.

rangka II ark tempat duduk di atas belakang gajah: Raja Melaka pun

naik ke atas gajah yg berangka emas; rengga.

rangkai beberapa benda yg dihubungkan (dikaitkan, dipautkan): lampu

tiga se~; bentuk-bentuk penambah yg ditulis se~ dgn kata-kata

dasar; se~ pantun serangkap pantun;

~ hati Mn kekasih; ~ kata kelompok beberapa kata;

berangkai dirangkaikan (antara satu dgn yg lain), bersambung:

Pasar Besar mempunyai kedai-kedai ~ yg menjual pelbagai jenis

barangan;

berangkai-rangkai bersambung-sambung, berkait-kait, berpaut-

paut: huruf Rumi dituliskan ~; banjaran gunung yg ~;

berangkaian mempunyai rangkaian: misi yg dimaksudkan itu

menawarkan rumusan perniagaan ~ bersama rakan niaga yg lain;

merangkaikan menghubungkan berangkai-rangkai, memautkan,

mengaitkan: tulang belakang terjadi drpd beberapa kerat tulang

yg dirangkaikan oleh urat tendon; Indonesia sedang ~ kerjasama

dgn dua lagi anggota OPEC;

menyerangkaikan menjadikan serangkai;

rangkaian 1. hubungan, kaitan: tiap katanya mempunyai tugas

penuh di dlm ~nya masing-masing; 2. sesuatu yg bersambung-

sambung (berkait-kait): nyonya presiden dgn penuh rasa kasih

sayang mengalungkan ~ puspa wangi pd ibu bapa; 3. untaian

(kejadian dll), kumpulan (berbagai-bagai karangan dll), siri: orang

Page 57: Kamus Dewan r

Melayu menganggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah

lebih menghibur; ~ cerita James Bond; 4. hubungan susunan

(huruf, kata, ayat): setiap kata mempunyai tugas penuh dlm ~nya

masing-masing; ~ kata ungkapan; 5. (Mat) kumpulan atau untaian

lambang atau angka yg menyatakan suatu jumlah, spt a(p + 2q) +

3b(4x + 2y); 6. sebilangan benda, peristiwa, dll yg bertalian : se~

harapan; Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres; 7.

kumpulan atau sistem yg berhubungan antara satu sama lain: satu

~ kedai; satu ~ pemasaran yg dapat menyelaraskan keluaran;

perangkaian perihal (proses, perbuatan dsb) merangkaikan

sesuatu (spt sistem dsb);

perangkai yg merangkaikan (menghubungkan); kata ~ (Lin) kata

depan, mis dari, di dan ke.

rangkak; merangkak 1. berjalan dgn bertumpu di atas tangan dan lutut:

dia terpaksa ~ perlahan-lahan apabila sampai di tempat yg

curam; baru pandai ~ a) baru pandai bergerak di atas tangan dan

lutut (kanak-kanak); b) ki baru mulai, baru mencuba-cuba

(melakukan sesuatu dll); 2. ki berjalan (bergerak, berlalu) dgn

perlahan-lahan (bkn masa dll), menyusup: malam ~ dr senja ke

Maghrib dan terus masuk waktu Isyak; pengaruh Barat ~ masuk

ke dlm alam fikiran kita;

merangkak-rangkak maju dgn lambat, tidak lancar, terhenti-henti

(belajar, membaca, bercakap, dll): ada yg tidak dapat membaca

sekali-kali, ada yg ~ membaca; ia menanyai Hilmy dgn bahasa

Melayu pasar yg terlalu ~; memang dia masih ~ utk mengenal

dunia;

merangkaki 1. mendekati atau menghampiri dgn merangkak:

Hanira perlahan-lahan ~ tangga flat; 2. ki menghampiri waktu

(masa) dgn perlahan-lahan: hari kian ~ tepi petang;

Page 58: Kamus Dewan r

merangkakkan membuat (membiarkan) merangkak: ~ anak;

terangkak-rangkak tidak lancar dan agak kekok dlm membuat

sesuatu: semakin parah lagi apabila mereka ~ menggunakan

komputer.

rangkam Mn; merangkam memegang dgn semua jari tangan,

mencengkam.

rangkang Jk; merangkang merangkak.

rangkap I; merangkap 1. menelungkup dgn tapak tangan yg

dilengkungkan; 2. menangkap dgn kedua-dua belah tapak tangan;

perangkap perkakas utk menangkap binatang (kandang yg

pintunya boleh tertutup dgn sendirinya apabila dimasuki

binatang).

rangkap II 1. lipat dua (tiga dll), dua tiga helai melekat menjadi satu,

kembar; huruf ~ dua huruf yg melambangkan satu bunyi, mis gh,

kh dan ng, digraf, dwihuruf, dwilambang; kelas ~ dua tiga kelas yg

sedarjah; pintu ~ a) pintu dua lapis (deret, saf); b) pintu yg daun

pintunya dua lapis; 2. beberapa baris (dlm pantun, sajak, dll) yg

merupakan satu kesatuan: beberapa ~ ayat Quran; ~ pantun dua

bait atau empat baris; 3. (Mat) rangkaian ilmu hisab yg

mengandungi lambang-lambang dan boleh ditentukan nilainya (spt

y = 3x4 – 4x

3 + 12x

2 + 6);

serangkap 1. sepasang: lembing ~; 2. satu rangkap (pantun, sajak,

dll); ~ pantun empat baris pantun;

berangkap 1. berkembar, berpasangan; 2. bersajak: hendaklah

kanak-kanak itu tertarik kpd karangan-karangan yg baik, sama

ada drpd karangan natar atau ~;

berangkap-rangkap berdua-dua, berpasang-pasang: berdansa ~ ;

merangkap 1. memakai dua atau tiga lapis (baju dll),

mengembarkan dua tiga helai menjadi satu: dua helai kain

Page 59: Kamus Dewan r

dirangkap utk penutup motokar ini; kuliah-kuliah itu boleh

dirangkap beberapa kuliah disatukan; 2. yg juga (memegang dua

atau tiga tugas sekali gus, atau mempunyai dua atau tiga fungsi

sekali): Timbalan Perdana Menteri ~ Menteri Pertahanan;

pengarah baru Proton ~ pengurus besar bahagian korporat; bilik

tidur ~ bilik makan; bilang ~ Pr membilang dua-dua sekali (sekali

sepasang);

merangkapkan 1. menjadikan berangkap: cadar yg lama nipis itu

dirangkapkan pd kain tebal; 2. menyuruh (membiarkan) orang

mengerjakan dua atau tiga pekerjaan: waktu ketiadaan Tun,

Kementerian Pertahanan dirangkapkan kpd Timbalan Menteri

Dalam Negeri;

rangkapan sesuatu yg dirangkap(kan): ~ syair itu adalah petikan

drpd naskhah Syair Panji Semirang; ayat ~ beberapa ayat yg

dijadikan satu.

rangkaya orang kaya (gelaran).

rangkayo Mn rangkaya.

rangkik sj siput, angkek, Canus spp.

rangking sj bakul besar yg bertutup.

rangkit; merangkit menyebat dgn rotan dll.

rangkuk Jw burung enggang.

rangkul; merangkul 1. memeluk, merangkum: dia melonjak keriangan

dan meluru ~ anak kecil itu; bantal guling ini bagi kami gunanya

dirangkul sepanjang malam; 2. mencapai (kemenangan dsb),

memenangi, menggondol: kedua-dua pemain dr China itu pernah

~ kejayaan acara perseorangan dlm pertandingan-pertandingan

antarabangsa; pasukan PDRM ~ 11 pingat emas;

rangkulan pelukan: ia meraih anak itu ke dlm ~nya;

seperangkul sepemeluk.

Page 60: Kamus Dewan r

rangkum I; serangkum sebanyak yg terbawa (terangkat) dlm pelukan:

~ kain kotor;

merangkum 1. membawa (mengangkat) dlm pelukan tangan:

longgokan kain kotor itu dirangkumnya lalu dibawa ke

pembasuhan; 2. memeluk: kedua-dua belah tangannya ~ gadis

itu; 3. ki mengambil (memiliki, menguasai) hak orang dll,

membolot: Sofia ~ wang itu kesemuanya; 4. = merangkumi

melingkupi, melingkungi, mencakupi, mencangkum: sistem

insurans kebangsaan amnya ~ semua orang antara umur

bersekolah dan umur bersara; siaran berita harus ~ peristiwa-

peristiwa penting di dunia;

merangkumkan 1. merangkum sesuatu utk (dengan); 2.

memasukkan ke dlm (lingkungan) bersama-sama, mengumpulkan

menjadi satu: sembahyang lima waktu boleh dirangkumkan atau

dipendekkan ketika dlm pelayaran; 3. meringkaskan,

mengikhtisarkan;

terangkum termasuk dlm lingkungan sesuatu, tercakup: ~ dlm

konsep mendengar ialah beberapa aspek lain lagi, antaranya

menangkap sesuatu yg didengar;

rangkuman 1. ki pelukan, lingkungan: menyatukan manusia dlm

suatu ~ kehidupan cinta kasih dan saling mengerti; 2. ringkasan,

ikhtisar (dr huraian dll);

perangkuman perbuatan merangkumkan sesuatu.

rangkum II sj alat utk menyepit dan mencabut (paku dll), kakaktua;

merangkum 1. menyepit dan mencabut (paku dll): ~ paku; 2. ki

menyepit, menjepit: tangannya ~ gelas.

rangkun ark; menyerangkunkan mengumpulkan (menghimpunkan)

menjadi satu: pantun-pantun dlm sejarah Melayu telah

diserangkunkan dlm sebuah daftar; rangkum I.

Page 61: Kamus Dewan r

rangkung I; merangkung bercanggung, berjangkuh, bertinggung,

mencangkung; ranggung I.

rangkung II; rangkungan kerongkongan.

rangkup I lubang (antara dua tapak tangan yg dikatupkan dll);

merangkup merupakan lekuk (spt dua tapak tangan apabila

meraup beras dll).

rangkup II; merangkup 1. merangkum, memeluk; 2. menudungi,

menutupi, melingkupi: malam ~ sekitar lorong belakang;

terangkup dapat dirangkup, dapat dilingkungi: malangnya

pandangan tersebut adalah hasil drpd pendapat yg ~ di bawah

tempurung sahaja;

rangkupan rangkuman, cakupan, lingkungan: mereka

menumpukan perhatian pd penyelesaian masalah dlm ~

paradigma tertentu

rango-rango sj tumbuhan (pokok yg selalu bengkok), Voacanga foetida.

rangrang I Jw kerengga.

rangrang II sj tumbuhan (herba), kacang kayu (riang-riang), Crotalaria

atriata.

rangrangan buram surat, draf, rancangan.

rangsa Kd angsa.

rangsang I 1. amat kuat menimbulkan rasa pencium (bau); 2. amat kuat

menimbulkan perasaan (marah, gembira, dll): saya sendiri harus

mengakui bahawa kadang-kadang terbit ~ saya membaca

pemandangan-pemandangannya ...; 3. minuman dll yg

menimbulkan kegembiraan (keseronokan, keberanian, dll); 4.

(Bio) = perangsang: saraf itu mengalirkan ~ dr alat perasa

masuk ke otak;

berangsang marah;

Page 62: Kamus Dewan r

merangsang 1. menyebabkan berasa rangsang: di dapur bau

daging ~ hidungnya; 2. membangkitkan sesuatu perasaan (spt

keghairahan, keberanian, kemarahan, dll), menimbulkan sesuatu

perkembangan dll: kami diberi minuman utk ~ diri; larangan drpd

mengadakan pembicaraan terbuka takut akan ~ rakyat utk bangkit

memberontak; cerpen-cerpen beragam macam dgn hiasan

ilustrasi yg cukup ~ selera; promosi yg ~ minat pengguna; 3. = ~

hati panas hati, marah: Sutan Ameh ~; ~ hatinya melihat tingkah

lakunya itu;

terangsang tertarik hati atau timbul minat (keinginan, semangat

dsb) terhadap sesuatu atau seseorang kerana didorong oleh sesuatu

faktor, ciri, keistimewaan dsb, bersemangat: dia kelihatan ~ dan

ingin membacanya selepas itu; sememangnya remaja mudah ~

dan terpengaruh oleh paparan spt itu;

rangsangan sesuatu yg merangsang, faktor (sumber dsb) yg

menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi: Skinner juga

berpegang pd teori behaviorisme, iaitu pembelajaran berlaku

kalau ada ~ dan gerak balas;

perangsangan perihal merangsang;

perangsang 1. sesuatu yg digunakan utk menimbulkan rangsang

(perasaan marah, gembira, dll); memberi ~ memberi galakan; ubat

~ ubat yg membangkitkan rangsang; 2. kegusaran, kemarahan: ~

hasratnya begitu besar sehingga seluruh sarafnya menjadi

gempar; naik ~ menjadi marah (gusar); gsang;

serangsang.

rangsang II Jw; merangsang 1. menyerang, menyerbu: Peringgi banyak

mati ~ ke laut, dibunuh orang Melayu; ~ musuh; 2. membantah

perkataan (pendapat dll), menyanggah: kalau disuruh ia ~ ;

perangsang pasukan yg menyerang, penggempur, penyerbu.

Page 63: Kamus Dewan r

rangsang III Mn 1. ranting kering (mati) yg telah gugur; 2. ranting-

ranting kayu berduri yg dipasang pd batang kayu (supaya tidak

dapat dipanjat orang).

rangsuk Jk rasuk.

rangsum catuan (makanan dll), pelabur: biarlah kau makan ~ penjara;

merangsum memberi makan (kpd askar, orang tahanan, dll),

mencatu.

rangu; cendawan ~ sj kulat (yg boleh dimakan), cendawan tekukur,

kulat sisir, Schizophyllum spp.

rangum ark; merangum menyentak (merebut, menarik) dgn paksa,

merenggut.

rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh: dinding zink minyak tar itu

akan ~ dilanyak traktor; 2. pecahan: ~-~ tulang pecahan tulang;

merangupkan menjadikan rangup (mudah pecah atau patah);

kerangupan perihal (keadaan dsb) rangup: biskut yg dibakar

sempurna utk ~ sejati.

rani I raja perempuan, permaisuri, ratu.

rani II

rani III ark (tinggi rendah) nada suara, laras, lagu: ~ gambus.

ranjah Jk; meranjah merompak.

ranjang sj tempat tidur (drpd besi dsb), katil: berbaring di atas ~; ~

spring ranjang besi yg memakai spring.

ranjau 1. benda tajam (drpd besi, buluh, dll) yg dipasang di tanah dll utk

melukai orang: jalan yg akan ditempuhinya itu penuh dgn duri

dan ~; 2. sj alat letupan (peledak) yg ditanam di darat (dipasang di

laut): ~ darat; ~ laut; banyak kapal yg tenggelam kerana

melanggar ~ laut; kapal penyapu ~ kapal yg mengesan dan

memusnahkan ranjau laut; 3. ki sesuatu yg dibuat utk

mencelakakan orang, tipu daya; ~ lapuk tipu muslihat yg

Page 64: Kamus Dewan r

tersembunyi; 4. ki = ~ hidup kesukaran (percubaan dll) yg harus

ditempuh oleh seseorang dlm hidupnya: Hendon lebih lama

berumah tangga, lebih lama kenal dunia, lebih lama tahu ~ dan

jurang hidup;

~ cacak ranjau yg dipasang tegak; ~ pers Id undang-undang yg

menyekat kebebasan akhbar;

duduk meraut ~, berdiri melihat musuh = duduk meraut ~, tegak

meninjau jarah prb sentiasa berusaha (berwaspada dll);

meranjau 1. memasang ranjau: ~ jalan; 2. melukai (kaki dll):

anak duri ~ tapak.

ranjing; keranjingan 1. kemasukan hantu; 2. ki berkemahuan (bercita-

cita) keras.

ranju Jk ranjau.

ranjungan rajungan.

ranking bp kedudukan atau tempat (individu atau pasukan) dlm senarai

pemain (pasukan dsb) berdasarkan skala pencapaian dlm sesuatu

bidang sukan: lebih banyak pingat emas lebih tinggi kedudukan

kita dlm ~ negara yg terbabit; pasukan itu masih menduduki ~

kedua dlm liga bola sepak.

ransel IB sj beg besar yg digalas di belakang.

rantai 1. sj tali drpd cincin-cincin logam yg berkaitan: ~ emas; ~ leher;

~ basikal rantai yg menghubungkan pendayung basikal dgn roda

belakang (utk menjalankannya); orang ~ orang hukuman yg

dikenakan rantai; 2. = rantaian untaian, deretan, rangkaian,

rentetan, deretan memanjang, leretan: konfrontasi, putusnya

hubungan diplomatik dgn Filipina, Indonesia, dll merupakan ~

drpd beberapa peristiwa penting dlm sejarah Malaysia; 3. ikatan,

kaitan, pertalian: ~ kasih dan tulus mesra; 4. ki sesuatu yg

mengikat (tidak bebas): dgn pinjaman yg murah bunganya dan

Page 65: Kamus Dewan r

lanjut masa pembayarannya, terselamatlah penduduk-penduduk

luar bandar drpd ~ orang tengah; 5. ukuran panjang yg

panjangnya 22 ela atau 20.117 meter: rumahnya terletak kira-kira

empat ~ dr situ; ~ kangkang rantai yg dikenakan pd kaki orang

salah, belenggu;

berantai 1. memakai rantai: masakan orang laki-laki ~ leher;

maka ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; 2. = berantai-

rantai berangkai-rangkai (berangkaian), berturut-turut,

bersambung-sambung: peristiwa sejarah yg ~ ini diikuti pula oleh

peristiwa perang Naning; lari ~ lari berganti-ganti (bersambung-

sambung); reaksi ~ reaksi yg berangkai-rangkai (bersambung-

sambung);

merantai 1. mengikat dgn rantai, membelenggu: panglima Hitam

dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; 2. ki menghambat,

menyekat: kau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu

telah dirantai kota;

rantaian untaian, rangkaian, rentetan, runtunan; orang ~ orang

rantai;

perantaian orang hukuman yg dirantai, orang rantai.

rantaka

rantam; berantam bersama-sama (beramai-ramai) membuat sesuatu

pekerjaan (membeli barang bersama-sama, membahagi-bahagikan,

dll).

rantang 1. sj bakul bertutup (tempat makanan dll); 2. mangkuk tingkat

(utk membawa makanan), siya, mangkuk tepen: sebuah ~ berisi

makanan.

rantas Jw putus sama sekali;

merantas menebas, memotong, mengerat (rumput dll): rumput

dirantas dgn tajak; ~ angin menetak angin (mencuba parang dll

Page 66: Kamus Dewan r

dgn menghayun-hayunkannya); ~ permatang menebas rumput di

permatang.

rantau I 1. = rantauan pantai sejauh teluk (sungai), pesisir: berkelana

sepanjang ~; anak (orang) ~ a) orang pesisir; b) orang dagang,

orang asing; ceruk ~ segala pelosok (daerah); teluk ~ = teluk dan ~

= daerah ~ daerah dan takluknya; 2. daerah (negeri) di luar daerah

(negeri) sendiri, negeri asing, negeri tempat mencari penghidupan:

ia telah meninggalkan kampung halaman dan membawa hidup di

~ orang dgn berserah kpd suratan takdir; siapa gerangan yg

pulang dr ~?; tanah ~ negeri lain (asing); 3. daerah, kawasan (yg

luas): penambahan tentera negeri itu boleh membahayakan

keamanan di ~ ini; yg ia tahu ia masih dlm lingkungan bandar

London, tetapi di mana ~ nya dan apa nama tempatnya, tidak ia

ketahui;

~ jauh diulangi, ~ dekat dikendanai prb harta benda (jauh

mahupun dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat; ~ jauh tidak

terulangi, ~ dekat tidak terkendanai prb perihal seseorang yg

sangat tua yg tidak terturutkan lagi oleh sanak saudaranya; segan

bergalah hanyut se~ prb kalau malas berusaha bencanalah

akibatnya; teluknya dalam, ~nya sakti prb sukar dialahkan;

serantau dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir

pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn

negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~;

keserantauan perihal berada dlm keadaan serantau: semangat ~;

merantau 1. berjalan, belayar, atau mengembara (mencari

penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok

subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari

penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak

Page 67: Kamus Dewan r

bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb

pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh;

perantauan 1. negeri lain tempat mencari penghidupan, daerah

(negeri) yg didiami oleh orang luar (orang yg datang dr negeri

lain): kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~; orang

~ a) orang yg mencari penghidupan ke negeri lain, orang asing

(luar); b) pengembara, kelana; 2. perjalanan: moga-moga engkau

akan selamat dlm ~mu; ia berpesan juga supaya anak muda itu

memberi khabar dlm ~nya;

perantau 1. orang asing, pengembara, kelana; 2. orang yg pergi ke

negeri lain, orang yg mencari penghidupan di negeri lain (negeri

orang): kira-kira tujuh puluh tahun yg lalu, tibalah di negeri ini

sekumpulan orang ~ dr Minangkabau.

rantau II Br sj pukat (pukat hanyut).

ranti sj tumbuhan (herba yg buahnya spt buah tomato kecil-kecil),

kelampung puyuh, terung meranti, terung perat, Solanum nigrum.

ranting 1. bahagian cabang yg kecil-kecil, cabang drpd cabang:

dibukanya baju, disangkutnya pd ~ kayu mati; 2. cawangan, anak

cabang (pertubuhan, perkumpulan, dll); ~ Bank Rakyat cawangan

Bank Rakyat; Partai Rakyat R~ Johor Baharu; 3. bukan utama

(tidak penting): perkara-perkara ~ dlm agama Islam;

di mana ~ dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus

menurut adat resam negeri yg didiaminya; ingat ~ yg akan

melenting, dahan yg akan mencucuk, duri yg akan mengait prb

dlm sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada

bahaya atau kesusahan;

beranting ada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~ ; lari

~ lari berangkai;

Page 68: Kamus Dewan r

meranting 1. spt ranting, tegak menganjur ke atas: kakinya naik ~

ke atas; 2. kering, meranggas (tidak berdaun lagi): pohon-pohon

mulai ~; kurus ~ kurus kering; 3. memangkas (menggunting atau

memotong hujung) ranting tanam-tanaman: ~ pokok pagar; 4.

menjadi cabang yg kecil-kecil: kritikan yg berpusat pd teks ini ~

dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme.

rantuk; merantuk melanggar, membentur, menumbuk;

merantukkan melanggarkan, membenturkan, menumbukkan;

hantuk.

rantus I ark putus sama sekali, rantas.

rantus II Mn ketularan, kejangkitan (penyakit).

ranum 1. cukup masak (bkn buah-buahan): rambutan yg ~; 2. ki segar

dan menarik (nampaknya): kekasihnya yg bertubuh mongel ~;

meranum menjadi ranum;

meranumkan menjadikan ranum: karbaid digunakan utk ~

pisang;

keranuman perihal atau keadaan ranum: ~ mangga itu

menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula;

peranuman proses meranum atau meranumkan: betik mesti

dipetik pd peringkat yg sesuai utk mengelakkan terjadinya ~ yg

tidak sempurna.

ranya Kl; meranya 1. menggagau benda (ikan dll) dlm air: gunakan

senduk, jangan ~, nanti basi pula gulai itu; 2. mencuci

(membersihkan) telaga dll (dgn membuang lumpur dll): air telaga

itu keruh, mesti diranya dulu; 3. mengambil semua sekali (pencuri

dll), menyapu bersih: pencuri ~ habis barang-barang dlm almari

itu.

ranyah I ark; meranyah mendahului makan (memakai, mengambil, dll).

ranyah II Mn gelisah;

Page 69: Kamus Dewan r

meranyah gelisah, selalu menangis (anak kecil), selalu merengek.

ranyang Mn selalu bergerak-gerak (tidak dapat diam), lincah, tidak tetap

hati.

ranyau I ark meranyau mengigau, meracau.

ranyau II ranya.

ranyuk radang: pintu itu dibuka oleh Saniah dgn kuat dan ~;

meranyuk meradang.

rap I bunyi spt bunyi dua kayu bergesel (tembakau dihiris dll).

rap II; sama ~ sama padan: dua salur yg sama ~, satu menyelaputi akar

biji dan yg satu lagi menyelaputi batang biji.

rap III Kd 1. sudah boleh dikerjakan atau disiapkan utk ditanami (tanah

sawah); 2. cekap, cekatan (manusia dan binatang): ~ sungguh

budak ini, ke dapur dan ke majlis boleh diharap.

rap IV; sekali ~ sekali gus: sekali ~ setengah gelas.

RAP Id kep Republik Arab Persatuan; RAB.

rapah; merapah 1. berjalan atau berlari memijak-mijak (tanaman dll):

mereka mara ke hadapan ~ lalang; pokok padi habis dirapah; 2.

ark pergi ke mana-mana, menjelajah, mengembara: beberapa

bulan lamanya sudah ia ~; 3. ark membuang (mencabut) rumput,

menyiang, merumput (sawah dll): rumput di sawah sudah selesai

dirapah.

rapai ark; merapai menghulurkan tangan kerana hendak mencapai

(mencari pegangan dll), mencapai, menggapai: anak montel yg

merapai-rapai tangannya hendak memegang pipi ayahnya;

gerapai.

rapak Kd, Kl, Ph, Pn; merapak berbunyi riuh-rendah, rancak (rebana

dll), berbunyi kuat (pokok tumbang dll).

rapana, rampana Br rebana.

rapang sj ikan laut, Mungil bleekeri.

Page 70: Kamus Dewan r

rapat I 1. hampir bertemu, hampir tidak bercelah: duduk ~ dlm masjid;

kampung yg rumah-rumahnya ~ sekali; padi yg ditanam ~ tidak

dapat beranak banyak; 2. tidak renggang, kerap (anyaman,

pertukangan, tanaman, dll), padat (penduduk); 3. penuh sesak,

padat (penduduk): kawasan yg ~ penduduknya; 4. tertutup dgn

tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat

ditembusi lagi): tabung itu ditutup ~; kawasan itu telah terkepung

~; pinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~; 5. dekat sangat

(dgn), berhampiran sungguh (dgn): hatta sampailah ke negeri lalu

~ ke jambatan; 6. erat, karib, kuat, teguh (persahabatan, pertalian,

dll): perhubungan antara Malaysia dgn kedua-dua negara

jirannya sangat ~; ada kerjasama yg ~ antara pengarang-

pengarang Melayu dgn ahli-ahli sains Melayu;

rapat-rapat dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat:

tutup pintu itu ~; jemaah diminta meluruskan saf dan berdiri ~;

berapat 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat

(dekat): lalu berperang berbedil-bedil senapang dan pemburas

sebelah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalulah beramuk; maka

berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan,

bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3.

bersama-sama, bersekali: orang-orang dlm negeri itu telah

berselisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca

khutbah, tetapi kemudian ~ zuhur;

merapat 1. menjadi rapat, mendekat; dia melangkah surut dan

seorang lagi datang ~; 2. menutup (mata): lari ~ tiada

memandang ke belakang lagi; 3. berlabuh atau berhenti dekat dgn

(pangkalan dll): kapal pun ~, tangga pun diturunkan orang,

penumpang telah siap dgn barang-barangnya; ~ sambil belayar

prb sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai;

Page 71: Kamus Dewan r

merapati 1. menghampiri, mendekati: ia berjalan perlahan-lahan

dan berhati-hati ~ rumah itu; 2. datang (utk memperbaiki

hubungan persahabatan dll), selalu mengunjungi (mendatangi): dia

mesti ~ setiap orang kampung ini jikalau dia ingin mendapat

kerjasama drpd mereka;

merapatkan 1. menjadikan rapat, mendekatkan (pd sesuatu):

muka dirapatkan pd cermin; ~

kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2.

menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-

rapat; 3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan

(perhubungan): tentu ada sesuatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn

menggabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengukuhkan tali

persahabatan;

memperapat menjadikan lebih atau makin rapat, merapatkan lagi;

~ sila bersila baik-baik;

rapatan sesuatu yg menyebabkan rapat (sambungan dll), sesuatu

yg dirapatkan: drpd pandainya utus berbuat itu, tiadalah kelihatan

~nya lagi;

kerapatan perihal atau keadaan rapat: pelabur Britain akan

menjadikan Malaysia sbg pusat pelaburan yg paling menarik

memandangkan ~ hubungan sejarah antara kedua-dua negara;

perapatan Br (bahagian tepi sampan dll) yg hampir bertemu: ~

perahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke

dalamnya.

rapat II = kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan

sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg

diduga;

~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~

besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-

Page 72: Kamus Dewan r

tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id

sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~

raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya

diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg

boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-

mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat

utk semua orang;

berapat berhimpunan (dlm sidang), mengadakan rapat,

bermesyuarat, bersidang;

merapatkan 1. menjemput berapat (bersidang): banyak ahli yg

meminta supaya jawatankuasa segera dirapatkan; 2.

mengemukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm

sidang: soal ini dapat saya putuskan sendiri, tidak perlu

dirapatkan.

rapat III; ~ bukit sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat rumah),

rengas, kayu paruh-paruh, Melanochyla angustifolia; kayu ~ sj

tumbuhan (pokok menjalar yg kulitnya dibuat ubat), akar serapat

putih, akar gerip putih, Parameria bata.

rapel (rapél) IB 1. bayaran (wang) kebelakangan, tunggakan: ia telah

menerima sebahagian wang ~ kenaikan pangkatnya; 2. kenaikan

pangkat atau gaji yg dinanti masa pelaksanaannya kerana sesuatu

sebab (spt terlupa dll): dua kali ~ pangkat dan dua kali kenaikan

gaji.

rapet Kl rapik II.

rapi 1. bersih dan elok, apas, apik: wajahnya ~ dan manis; seorang

lelaki berpakaian ~ turun; 2. teratur baik, tertib: buku-buku

tersusun ~ dlm almari; semua pegawai bekerjasama dgn ~; 3.

serba beres, serba selesai, habis: semua kerja diselenggarakan dgn

~ dan memuaskan; 4. siap sedia, ketat, siaga: kawasan itu dikawal

Page 73: Kamus Dewan r

dgn ~; 5. kemas, kukuh, teguh: pintu bertutup dan berkunci ~;

perpaduan yg teguh dan ~; 6. cermat, saksama, teliti: buku-buku

resit dikawal dgn ~ utk mencegah drpd digunakan oleh orang yg

tidak bertanggungjawab; ubat ini dibuat dgn cukup ~ dan cermat;

suatu penyelidikan yg ~ harus dijalankan;

merapi menjadikan (rambut, kulit, dll) sihat dgn menggunakan

perapi: ia bukan sahaja ~ kulit tetapi menjadikannya kelihatan

segar dan bermaya;

merapikan menjadikan rapi, membereskan, mengemaskan,

menyelesaikan, menyempurnakan: dirapikannya pakaian

suaminya; ia membantu isterinya ~ dapur; Aristotles yg ~ kaedah-

kaedah sains;

kerapian perihal rapi: sajak itu dimaksudkan sbg anasir yg

menambah ~ bentuk dan mempertinggi tingkatan muzik bahasa;

disusun bantal-bantal itu dgn penuh ~;

perapian proses merapikan sesuatu: dgn kesan ~, Kao Merit baru

meninggalkan suatu sensasi yg menyegarkan;

perapi cecair pekat yg dibubuh pd rambut selepas dicuci utk

menjadikannya lebih lembut.

rapih I

rapih II Pr; merapih mencabut (membuang) anak-anak padi yg mati

(selepas ditanam): sambil ~ sambil menyulam.

rapik I; merapik berkata yg bukan-bukan, beromong, mengobrol,

merapik: sudalah, jangan ~ lagi.

rapik II rapat, dekat, bersahabat (berkawan) benar-benar: di maktab

dulu dia terlalu ~ dgn Hamsiah;

berapik selalu rapat (dekat), berkawan: dihiburkan hatinya dgn ~

dgn kawan-kawannya.

rapit rapik II.

Page 74: Kamus Dewan r

rapor, rapot IB 1. laporan (rasmi): sekarang aku harus membuat ~

perjalanan; 2. = buku ~ buku yg berisi keterangan (markah dll)

mengenai murid sekolah, buku laporan;

meraporkan melaporkan, memberitahukan;

raporan laporan; repot I; lapor.

rapsodi 1. pengungkapan perasaan gembira dgn berlebih-lebihan dlm

pertuturan atau penulisan; 2. karya sastera yg ditulis dgn gaya yg

sangat gembira atau penuh perasaan; 3. gubahan (muzik) yg bebas

dan tidak sekata bentuknya.

raptai persembahan percubaan atau latihan besar-besaran sebelum

persembahan atau pertunjukan sebenar.

rapu ark; merapu 1. memunguti (barang-barang yg terbuang atau tidak

berguna), meminta sedekah; 2. Pr mengambil semuanya,

memenangi semuanya (dlm permainan), menyapu; 3. melakukan

sesuatu (berkata-kata, berkelakuan, dll) dgn tidak menentu,

merapik: jangan ~ sangat, cakap betul sedikit.

rapuh 1. mudah patah (cabik, pecah, putus, robek, sobek): keropok yg ~;

daun-daun musim buah yg telah ~ dan reput; 2. ki tidak teguh,

tidak kuat, lemah: tubuh yg kecil ~; betapa lemahnya dan betapa

~nya jiwa pemuda-pemuda kita apabila berdepan dgn pengaruh

dr luar; pertelingkahan tentang beberapa isu membayangkan

betapa ~nya hubungan yg terjalin antara kita; hidupnya

(nyawanya) ~ lekas mati;

~ hati a) lemah hati (semangat), lunak; b) mudah tersinggung

perasaannya; ~ iman tidak kuat (teguh) iman; ~ jiwa (semangat)

lemah jiwa (semangat); ~ mulut tidak dapat menyimpan rahsia,

suka sangat bercakap;

merapuhkan menjadikan (menyebabkan) rapuh;

kerapuhan 1. perihal rapuh; 2. kelemahan (hati dll);

Page 75: Kamus Dewan r

perapuh 1. sesuatu yg merapuhkan; ilmu ~ jampi (mantera) utk

melembutkan musuh (senjata dll); 2. (orang yg) mudah rapuh (hati

dll): peguam muda yg ~ hati.

rapun I Mn hancur, pecah, remuk;

merapunkan menghancurkan, memecahkan, meremukkan:

menolak serangan musuh dan ~ seteru yg durjana.

rapun II Kd, Pn kelim yg berkerut, ropol;

berapun 1. ada rapunnya; 2. Pn, ki tua: dia dah ~.

rapung; merapung mengapung (di air);

merapungkan mengapungkan; apung.

rapus I; merapus mengikat keempat-empat kaki binatang (yg akan

disembelih): Pak Pandir pun ~ kerbau itu lalu disembelihnya.

rapus II; merapus merajuk.

Raqib malaikat yg menulis segala kebaikan seseorang.

rar Kl kutu, arisan, senoman.

rarai ark; merarai melarai, melerai.

rarak; berarakan berantakan; lerak I, rerak.

raras Mn gugur, luruh;

merarasi gugur (luruh) daun semuanya (pohon); laras V.

ras I bunyi spt bunyi daun kering yg digosokkan dll.

ras II; tali ~ tali kekang.

ras III kaum, keturunan.

rasa 1. perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh

bahagian tubuh (kulit dll apabila kena sesuatu): ~ manis (tawar,

masam, masin, dll); ~ pedih (sakit, ngilu, dll); ~ badanku spt

dibakar dgn api; 2. tabiat sesuatu benda yg menimbulkan rasa:

gula manis ~nya; 3. = ~ hati keadaan hati terhadap sesuatu: ~

sedih (kecewa, pilu, senang, dll); ~ hormat (cinta, sayang, takut,

dll); mengikut ~, binasa; 4. anggapan tentang baik buruk (salah

Page 76: Kamus Dewan r

benar dll), pendapat, fikiran: ~ adil dan saksama; pd ~ saya pd

pendapat saya; 5. = rasa-rasa, rasanya, rasa-rasanya agaknya,

barangkali, gerangan, kalau-kalau, kira-kira, rupa-rupanya:

rasanya sedikit benar orang yg mengetahuinya; 6. = rasanya,

serasa, rasa-rasa, serasa-rasa, rasakan sama rasanya dgn,

seakan-akan, seolah-olah, selaku: dia sendiri serasa mengalami

semula pengalaman Hilmy di sekolahnya; biadab di hadapan

Bendahara itu rasa-rasa di hadapan kita; Amran rasa-rasa

mendidih darahnya mendengar ucapan itu; rasakan lebih enak

drpd rokok kita pasak kampung; serasa bayang hilang semangat;

7. = rasa-rasa ada ingatan, ada terlintas di hati (bagi menyatakan

bimbang, ragu-ragu): ~ hendak dipukulnya pencuri itu habis-

habisan; 8. memikir, mengagak, menganggap: saya ~ dia belum

pulang lagi; dia ~ tidak ada gunanya mengamuk;

~ akan rasakan, bagaikan, seolah-olah oleh; turutkan ~ binasa,

turutkan hati mati prb perihal orang yg menurutkan kemahuan

hawa nafsunya, akhirnya binasa juga; yg dimakan ~, yg dilihat

rupa, yg didengar bunyi prb melihat sesuatu menurut keadaannya

yg terbukti dan sudah dipersaksikan;

berasa 1. mendapat rasa (yg dialami oleh bahagian-bahagian

badan): kakinya ~ sengal; seluruh badannya ~ sakit; 2.

mempunyai rasa (manis, masam, pahit, dll): kerana banyak sangat

garam, masakan itu ~ sangat masin; air ialah suatu cecair yg

tidak berwarna, ~, atau berbau; 3. mengalami rasa di dlm hati

(batin): orang Melayu lekas ~ tersinggung; ~ suka; ~ takut; 4. =

dirasa, dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka

~ kpd dadanya spt kena panah;

Page 77: Kamus Dewan r

~ berat berasa tidak sanggup, berasa di luar kekuasaan

(kesanggupan); ~ hati a) ingin akan sesuatu, tertarik kpd; b) berasa

kecewa, tidak senang hati, agak marah; c) tersinggung;

merasa 1. mengalami rasa dgn lidah: air itu dirasanya masin; 2.

mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh: setelah Raja Zainal ~ luka,

maka baginda pun meraba keris; nanti setelah lepas Pulau

Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; 3. =

merasa-rasa mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam

(pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun

sampai dan ~ air kopi itu; 4. = merasa-rasa meraba-raba

(menjamah dll) utk mengetahui kasar halusnya (berat tidaknya

dll): licin tidaknya dapat dirasa sendiri dgn tangan;

merasai 1. mengecap (makanan, minuman, dll), mencicip:

alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; rasai dulu

kopi itu sebelum dihidangkan; 2. menikmati (kesenangan,

kemewahan, kebahagiaan, dll): kesenangan dan kemewahan hidup

yg dirasainya itu ialah drpd harta isterinya; belum pernah ia ~

hidup senang spt orang-orang lain; 3. menderita (kesusahan,

sengsara, dll): barulah hamba ~ sengsara hidup di dlm penjara;

mereka akan ~ duka nestapa yg tidak terkira-kira lagi; rasai

olehmu balasan kekasaran tingkahmu; 4. = merasa-rasai meraba-

rabai (menjamah-jamah) hendak mengetahui dgn tangan dll: rasa-

rasai dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; 5.

ki menduga (mengajuk, mengkaji, meninjau, dll) hati orang dll:

drpd air mukanya, kita dapat ~ apa yg terkandung dlm hati

perutnya; syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum

dibuat keputusan; 6. mengalami rasa dlm hati (batin): dirasainya

cintanya pd wanita itu kian lumpuh; 7. sl menyedari, menginsafi:

Page 78: Kamus Dewan r

duduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai

oleh Laksamana;

merasakan 1. = memperasakan membiarkan (menjadikan,

menyuruh) berasa atau merasai: ia mencuba sungguh-sungguh utk

~ fahamnya kpd seluruh pendengarnya; 2. merasai, menginsafi,

memikirkan, mengendahkan: beliau masih dirasakan penting utk

memimpin Jabatan itu; utk memberikan nilai kpd sesuatu

keindahan, seseorang mestilah faham dan dapat ~ keindahan itu;

dan dirasakannya sekali bahawa tugasnya utk menjaga dirinya

sudah semakin bertambah; 3. merasai, menderita: saya rasakan

benar-benar kemesraan perhubungan kami; air matanya berderai

menahan pedih yg dirasakannya;

terasa dapat dirasa(i), sudah dirasa(i), merasa (berasa) dgn tiba-

tiba: penat membawa barang-barang itu semakin ~; ~ sekarang

belanja kita berlebihan drpd biasa; akhirnya ~ senang juga

hatinya;

terasakan terasa akan: dia ~ sesuatu yg memilukan hatinya;

kerasaan mendapat rasa, dapat dirasa;

perasaan 1. perihal merasa(i) dgn badan atau kulit dll, hasil atau

perbuatan merasa dgn badan atau kulit dll: makanan yg lama

tinggal dlm perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yg

tidak menyenangkan; 2. perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil

atau perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang

gadis yg sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan

menyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi; 3. kemampuan

(kecekapan, kekuatan) utk merasa(i): seekor tikus menangkap

mangsanya dgn ~; tajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala

menghadapi musuh; 4. fikiran, pendapat, pertimbangan:

Page 79: Kamus Dewan r

bagaimana ~ tuan berkenaan dgn masalah ini?; ~ perkauman

sentimen yg berdasarkan kaum;

berperasaan 1. ada atau mempunyai perasaan: orang yg tidak ~;

mereka ~ mulia dan tinggi budi; 2. penuh dgn perasaan:

pelukannya menjadi semakin kuat dan ~;

perasa 1. = alat ~ alat atau bahagian badan utk merasa(i); organ ~

lidah dll; 2. mudah (berasa): ia seorang tua ~ yg sering

mengeluarkan air mata apabila berhadapan dgn anak-anak

yatim; ~ angin lekas tersinggung; 3. benda yg memberi rasa (pd

masakan dll); serbuk ~ serbuk yg dipakai utk menyedapkan rasa

masakan;

berperasa mempunyai perasa (bkn makanan): biskut krim ~ buah-

buahan.

rasai Mn; merasai, merasaikan selalu menderita (kesusahan dll),

mengalami kesedihan: ~ kesengsaraan hidup;

perasaian perihal merasai(kan), penanggungan (kesedihan,

kesusahan, dll): ia sudah dihanyutkan untung ~.

rasak Kd; merasak sesak; penuh ~ penuh sesak; asak, sesak.

rasam I sup berperisa kari yg berasal drpd Inggeris-India (dibuat dgn air

rebusan daging).

rasam II adat, aturan, kebiasaan, sifat; ~ minyak ke minyak, ~ air ke air

prb setiap orang mencari (pulang kpd) golongannya sendiri; tidak

se~ (dgn) tidak sesuai (dgn).

rasamala raksamala.

rasan I rasam II.

rasan II ark; berasan bermesyuarat (dgn sulit atau antara dua orang

sahaja);

perasanan permesyuaratan, perundingan.

rasan III resan.

Page 80: Kamus Dewan r

rasan IV Mn basi: nasi sudah ~.

rasau = rasau-rasau sj tumbuhan (pokok yg bunganya harum),

selensing, Pandanus helicopus.

rasdung resdung.

rase (rasé) Jw musang bulan.

rasi 1. sekumpulan bintang dlm zodiak (mintakulburuj) terbahagi kpd

dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza,

Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur); 2. ilmu melihat nasib (yg

dianggap ada hubungan dgn bintang-bintang), ilmu perbintangan,

ilmu bintang; tinggi ~ a) baik bintangnya, beruntung; b) bertuah,

berbahagia, sakti; 3. = serasi (se)cocok, sepadan, sesuai: si Banu

itu pun nampaknya memang ~ benar dgn kau; ubat yg ~;

merasi, merasikan 1. mengetahui jodoh orang dgn menilik

bintang (mimpi dll); 2. meramalkan nasib orang dgn membuka

kitab tib;

menyerasikan menjadikan serasi (secocok, sesuai): kedua-duanya

perlu diselaraskan dan diserasikan;

keserasian perihal serasi (sepadan, secocok, sesuai);

perasian ilmu perbintangan utk membuat ramalan, nujum.

rasialis 1. bersifat atau bersikap perkauman; 2. orang yg menganut atau

mengamalkan faham rasialisme.

rasialisme 1. layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap

seseorang berasaskan keturunan bangsanya, mis satu kaum

mendapat layanan yg lebih istimewa drpd kaum yg lain; 2.

fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yg

paling unggul.

rasian Mn mimpi (terutama yg memberi alamat);

berasian bermimpi;

merasian memimpikan.

Page 81: Kamus Dewan r

rasional 1. alasan munasabah yg mendasari sesuatu tindakan, perbuatan,

atau pegangan: apakah ~ kamu utk menolak permintaannya? 2.

berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar,

waras: di manakah ada kejadian atau fakta yg hanya dapat

difahami secara ~?

merasionalkan menjadikan atau membuat sesuatu (sbg) rasional,

menganggap rasional, menjadikan (supaya) bersifat rasional: kami

berasa cukup payah untuk mencari sebab dan alasan utk ~

ketidakwujudan sukatan pelajaran tersebut; jika ia, bagaimana

pula seseorang itu ~ dirinya dlm situasi begini?

kerasionalan sifat (keadaan) rasional: pengarang berhasil

memaparkan kejujuran dan ~ watak Mahmud;

perasionalan proses merasionalkan sesuatu: ~ retorik.

rasionalis orang yg menganut fahaman rasionalisme.

rasionalisasi IB penghematan tenaga buruh dlm perusahaan dll dgn

tujuan memperbanyak hasil: rencana pembangunan dan ~ dlm

ketenteraan dan perindustrian menemui kesulitan-kesulitan dlm

pelaksanaannya;

merasionalisasikan mengatur perusahaan dll dgn menghematkan

tenaga supaya memperoleh hasil yg setinggi-tingginya.

rasionalisme fahaman bahawa taakulan adalah asas yg paling baik dlm

melakukan sesuatu tindakan, menyelesaikan masalah, dsb.

rasionalistik bkn fikiran yg berasaskan logik, bukan berasaskan emosi

atau ajaran (kepercayaan) agama: pemikiran ~; jawaban yg cukup

~.

rasis rasialis.

rasisme rasialisme.

Page 82: Kamus Dewan r

rasmi disahkan oleh kerajaan atau yg berkuasa, (yg) diisytiharkan

(ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll: bahasa ~;

ejaan ~; kenyataan ~; pakaian ~; resit ~; tugas ~; upacara ~;

merasmikan mengisytiharkan (melantik, menentukan,

menetapkan, mengesahkan, dll) dgn rasminya: ~ pameran lukisan;

~ pembukaan sekolah;

rasmi-rasmian bersifat rasmi: majlis yg ~;

kerasmian perihal rasmi: bahasa Melayu akan sanggup

menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~ dan

keilmuan;

perasmian pengisytiharan (pelantikan, penentuan, penetapan,

pengangkatan, pengumuman, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah

~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~

lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia.

raspberi (raspbéri) sj tumbuhan renek yg buahnya lembut, kecil,

berwarna merah dan boleh dimakan, Rubus idaeus.

rastali; pisang ~ sj pisang; rajastali.

rasuah pemberian utk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang)

tumbuk rusuk (sogok, suap): Jabatan Pencegah R~;

merasuahi memberi rasuah kpd: dia dituduh ~ pegawai itu;

perasuah orang yg memberi rasuah: Allah mengutuk ~, orang yg

menerima rasuah dan perantara rasuah antara kedua-duanya.

rasuk I kayu yg dipasang di antara tiang-tiang rumah (utk menyangga

gelegar tempat dipasang lantai);

gar-gar kata pelantar, ~ juga yg menahannya prb kita tidak boleh

mendengar cakap orang yg tidak bertanggungjawab.

rasuk II; kena ~ = dirasuk hantu kemasukan hantu syaitan dll;

merasuk 1. masuk ke dlm tubuh manusia (hantu, jin, dll): tiba-

tiba keempat-empat mereka ketawa terbahak-bahak bagaikan

Page 83: Kamus Dewan r

dirasuk jin tanah; 2. mendalam, menyerap atau meresap benar:

apabila melihat orangnya, tambah ~ lagi keyakinanku kpd

ajarannya; ~ hati (jiwa) mengganggu atau mengusik (hati),

menggodai, menggiurkan (hati): berbagai-bagai fikiran datang ~

hatinya terutama fikiran hendak menceraikan isterinya;

rasukan hasil perbuatan merasuk: maka al Bidaah pun menyebar-

nyebarkan ~ syaitan ini;

kerasukan kemasukan (hantu, jin, dll).

rasul = ~ Allah utusan atau pesuruh Allah yg dipilih-Nya utk menerima

wahyu daripada-Nya utk dirinya sendiri dan diwajibkan

menyampaikan wahyu itu kpd orang lain: Nabi Isa ialah seorang

~; R~ Allah gelaran khas bagi Nabi Muhammad SAW; sunah ~

perbuatan, perkataan, pengakuan dan sifat Nabi Muhammad SAW

yg digalakkan diikuti oleh orang Islam;

kerasulan perihal rasul (sifat, martabat, dll).

rasuli Ar ark perihal rasul.

Rasulullah Ar gelaran khas bagi Nabi Muhammad SAW.

rasyid Ar orang yg mengikut jalan yg benar (agama).

rat I Jw ark alam, dunia, jagat.

rat II Kl jinak.

rata I 1. tidak tinggi rendah, datar, papak, papar: bahagian atas meja itu

~; padang bola yg menghijau ~; pukul (hitung) ~ semuanya

dianggap sama (tidak dibeza-bezakan), hitung panjang; sama ~ a)

sama tinggi dan sama rendah (semuanya); b) = sama ~ sama rasa

sama hak dan kewajibannya (sama tarafnya); 2. seluruh bidang

(permukaan) sama diliputi, menyeluruh: hendaknya lantai itu

disapu ~; kurang ~ ditutup lantai itu dgn tikar; 3. seluruhnya

beroleh bahagian yg sama, tersebar ke merata tempat (berita dll),

terdapat (terkena dll) di mana-mana: pusaka itu dibahagi ~; telah

Page 84: Kamus Dewan r

~ lukisannya ditunjukkan; pd masa itu orang Melaka ~lah

berkapal belaka; ~-riti Kl ke mana-mana;

serata seantero, segenap, seluruh: getah dieksport ke ~ dunia;

poster-poster tertampal di tembok-tembok di ~ kampung;

keserataan perihal (keadaan) serata: tahap ~ penggunaan bahasa

itu masih rendah;

menyeratakan menyebarkan ke mana-mana, menyeluruh;

rata-rata 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja

itu hendaklah ditaburkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~

dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya,

dihitung panjang, pd umumnya: keistimewaannya ialah orang-

orang bawahannya ~ segan dan hormat kepadanya; ~ mereka

tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus

sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-

tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400

gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm

lingkungan RM80 dan RM100 sebulan;

merata 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg

sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning,

dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi

ke mana-mana, merebak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke

seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. =

merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk

pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas

didapati di ~ tempat di negeri panas;

meratai merata ke segenap..., meliputi (memasuki, melindungi,

mengenai, dll) kesemuanya: mata profesor itu ~ semua muka

mahasiswa; tidak mungkin rasanya peraturan itu ~ seluruh

lapisan rakyat;

Page 85: Kamus Dewan r

meratakan 1. menjadikan (menyebabkan) rata, memapakkan,

mendatarkan: seluruh kawasan bukit itu diratakan utk dijadikan

tapak kawasan perumahan rakyat; 2. membahagi-bahagikan rata,

menyebarkan ke merata tempat: ~ kemakmuran ke seluruh negara

ialah tujuan utama kerajaan sekarang; bantuan kecemasan

diratakan kpd segenap mangsa bah;

rataan ark dataran;

kerataan perihal rata: semua permukaan cecair adalah rata dan

selari dgn ~ tanah;

perataan perihal (proses) meratakan sesuatu: ~ permukaan jalan

itu telah selesai;

perata alat utk meratakan (mendatarkan dll).

rata II sl sj kenderaan, kereta; ~ terbang (melayang) sl kereta yg dapat

terbang.

ratah tidak bercampur dgn benda lain (lauk-pauk);

meratah 1. makan lauk sahaja (tidak dgn nasi): habis lauk itu

diratahnya; 2. ki mengalahkan, menundukkan: malam gerhana

bagi Malaysia apabila diratah oleh China dlm pusingan akhir

perlawanan bola sepak Piala Asia;

ratahan sesuatu yg diratah.

ratan Kl, Tr; beratan bersama-sama, berserta;

meratan membantu, menolong, turut campur: kalau mereka

bertumbuk kau jangan ~.

ratap I = ratapan rintihan kerana kesedihan (dgn mengeluh, menangis,

menjerit, dll): ~ anak-anak yg kehilangan kedua-dua ibu bapa itu

sungguh menyayat hati; ~ tangis ratap dan tangis; ~ petolong ijuk

penebal prb penghasilan tambahan (bukan penghasilan sbg pokok

penghidupan);

Page 86: Kamus Dewan r

meratap menangis sambil mengeluarkan kata-kata, mengeluh

(sambil menjerit, menangis, dll): sudah beberapa lama Khairil

meninggal, masih ada sahaja orang ~;

meratapi meratap kerana menangisi: hatinya ~ nasibnya.

ratap II; meratap berbunyi sebiji-biji dgn banyak, berbunyi berulang-

ulang (mesingan dll).

ratap III Pr; meratap penuh dgn barang hiasan (cincin dll): jarinya ~

dgn cincin.

ratas Mn retas.

ratau Kl rantau.

rati; merati, meratikan memerhatikan; hati-hati I.

ratib sj zikir, puji-pujian yg diucapkan berulang-ulang (lailahaillallah

dll);

~ bang azan yg dilaung berkali-kali; ~ saman sj ratib amalan

tarekat Saman (ajaran Abd. Karim al-Saman);

beratib, meratib melakukan ratib, berzikir: ia pernah ~ tiap-tiap

malam di surau;

meratibkan meratib atau mendoa utk (orang meninggal dll),

menzikirkan: mayat pun dikebumikan, diratibkan, dan ditahlilkan.

ratifikasi IB pengesahan perjanjian oleh parlimen dll: tinggal saja ~

pembubaran Universiti itu oleh Dewan Perwakilan Rakyat;

meratifikasi, meratifikasikan mengesahkan (perjanjian dll): lalu

diteruskan ke D.P.R. utk diratifikasi.

rating bp kadar kepopularan sesuatu rancangan radio atau televisyen yg

diukur berdasarkan jumlah pendengar, penonton dsb: tayangan

klip video Barat menarik minat penonton remaja dan menaikkan ~

rancangan dan keuntungan hasil iklan.

ratna 1. sl intan; 2. ark puteri (gadis) yg cantik; ~ cempaka manikam

kuning; ~ mutu manikam berbagai-bagai intan permata; ~ pakaja

Page 87: Kamus Dewan r

a) jantung hati, yg tercinta, kekasih; b) sj tumbuhan (herba yg

daunnya dibuat sayur), Gomphrena globosa.

ratu 1. raja (perempuan): ~ Elizabeth; 2. permaisuri; 3. sl raja: ~

Majapahit; 4. ki gelaran kpd pemenang wanita dlm peraduan

kecantikan dll: ~ cantik; ~ fesyen; ~ kebaya; ~ sanggul;

beratukan mengabdikan diri kpd ratu, beratu kpd: anak buah

Patrik Aria Gajah Mada yg ~ Raden Galuh Wi Kesuma.

ratus I bilangan sepuluh kali sepuluh;

seratus satu ratus (100);

beratus-ratus beberapa ratus: ~ rakyat mati;

meratus 1. sl beratus-ratus; 2. = menyeratus; ~ hari mengadakan

kenduri utk memperingati orang mati pd hari yg keseratus sesudah

meninggal;

ratusan 1. bilangan seratus: kalau bilangan-bilangan besar

dicampur, satuan dikumpulkan dgn satuan, puluhan dgn puluhan

,dan ~ dgn ~; 2. beratus-ratus: dentuman-dentuman meriam saling

berganti dgn dengungan ~ pesawat udara sekutu;

peratus 1. = perseratus, seperatus satu dibahagi dgn seratus

(1/100); 2. persen: sepuluh ~ 10%; seratus ~ a) 100%; b) ki

seluruhnya, semuanya (tanpa kekecualian lagi): kekotoran dan

kedurjanaannya sudah seratus ~ terdedah;

peratusan 1. bilangan (dgn kiraan) peratus: ~ rakyat yg sudah

berumur juga kian meningkat; 2. persen.

ratus II ark; meratus 1. berkicau (burung); 2. berkata yg bukan-bukan

(kerana kecewa, sedih, dll), mengoceh.

ratus III Jw ark sj dupa.

ratus IV; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Justicia bracteata.

rau I bunyi spt bunyi hujan lebat yg kedengaran dr jauh dll; derau I.

Page 88: Kamus Dewan r

rau II; kayu (pohon) ~ sj tumbuhan (pokok), pokok rawa, kedondong

bulan, kedondong bulu, Santiria laxa.

rauk Kl; merauk meraup, menyapu.

raum; meraum mengaum, menderum; raung.

raun bp 1. = meraun berjalan berkeliling, berkeliling, meronda; 2.

sepusingan (permainan, tarian, dll), sekali tamat;

meraun berjalan dll berkeliling, berjalan berputar-putar: mereka ~

dgn jip.

raung bunyi (suara) nyaring lagi panjang, teriak panjang: ~ tangis yg

amat sedih juga yg kedengaran di keliling rumah itu; ~ harimau;

meraung 1. berbunyi (bersuara) nyaring dan panjang (anjing,

serigala, dll), menggeru: harimau ~; 2. = meraung-raung

menangis serta menjerit keras-keras, menggerung: dia ~ apabila

saja dia melihat mayat anaknya terbujur; orang sakit itu

meraung-raung sambil berlari ke sana sini;

meraungkan meraung akan: jangan diraungkan mayat itu;

meraung-raungkan menggembar-gemburkan, melaung-laungkan:

ke mana-mana pun ia pergi, ia tetap ~ cita-cita politiknya;

raungan raung: ~ dan tangisan bercampur-campur.

raup; seraup sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan

(yg dikembarkan): ~ beras;

meraup 1. rapat kedua-dua belah tangan ketika mencedok: beras

itu disukatnya dgn tangan ~; 2. mencedok (mengambil,

mengumpulkan) dgn kedua-dua belah tangan (yg dikembarkan): ~

beras; ~ kaki mengampu kaki dgn kedua-dua belah tangan ketika

sujud kpd raja dll;

harap hendak ~, tidak boleh menggenggam prb kerana hendak

hidup dgn kemewahan habis harta benda.

Page 89: Kamus Dewan r

raut I; pisau ~ sj pisau khas yg tajam utk melicinkan (menajamkan,

menghaluskan) rotan dll, seraut, siraut;

beraut sudah dilicinkan (dihaluskan dll); lidi ~ lidi yg sudah

dilicinkan (dibersihkan drpd daun);

meraut meratakan (menghaluskan, melicinkan, meruncingkan,

dll) dgn pisau: ~ rotan penjalin lukah; ~ pensel dgn pisau.

raut II = rautan bentuk, potongan, roman, tampang; ~ badan bentuk

(sikap) tubuh; ~ muka (wajah) tampang muka, roman.

raut III; burung ~ sj burung, burung kendi, Numenius arquata

orientalis; burung pisau ~ sj burung, burung kendi, Numenius

phaeopus variegatus.

rauvit (Kim) mineral yg mengandungi kalsium, uranium dan vanadium.

rawa I; kain ~ sj kain pelangi (kain yg bermacam-macam warnanya).

rawa II paya, rawang: suatu daerah ~ yg luas;

berawa berpaya, berawang: keadaan buminya ~ dan berlebak-

lebak.

rawa III; burung ~ sj burung (merpati liar), Ducula bicolor; cucak ~ Jw

burung barau-barau.

rawa IV 1. sj tumbuhan (pokok kecil), raba-raba, Mangifera

microphylla; 2. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok besar),

Diacontomelum mangiferum.

rawa V Kl, Tr sj alat utk menangkap ikan (udang).

rawa VI Kl, Tr; merawa mengacau barang-barang makanan dlm periuk

dgn tangan, mengambil

(isi) makanan sahaja.

rawah I Mn sj kuali (belanga) besar: telinga ~ pekak, enggan menerima

nasihat orang.

rawah II ark sj persekutuan dagang yg setengah ahlinya memberi modal

dan yg lainnya memberi tenaga sahaja.

Page 90: Kamus Dewan r

rawai I sj alat utk menangkap ikan yg terdiri drpd beberapa bentuk kail

yg digantungkan pd tali atau rotan yg terentang;

merawai menangkap ikan dgn rawai.

rawai II sj tumbuhan (pokok), dedali paya, lima beruk, minyak beruk,

Xanthophyllum griffithii.

rawai-rawai Br sj ukiran lama yg biasanya terdapat pd bahagian tertentu

rumah.

rawak tidak ditentukan atau diatur lebih dahulu, rambang; menembak ~

menembak rambang (untung-untungan); secara ~ secara rambang

(sesuka saja), diambil (dicabut dsb) secara sembarangan; ~

rambang merambang, mengawur;

merawak merambang, mengawur (menabur), kena tak kena;

kerawakan keadaan rawak: kajiannya penuh dgn ~; ~ sampel.

rawan I = ~ hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu,

terharu: beberapa hari ini dia sangat ~ bercampur sedih;

dengarkan lagu itu, betapa sayu, pilu, ~ , dan menghiris sumsum

kita; sayu ~ sayu dan rawan;

berawan = ~ hati berasa rawan;

merawan, merawani berasa rawan terhadap (kpd);

merawankan = ~ hati menimbulkan (membangkitkan,

mendatangkan) rasa rawan: suara yg sangat sedih dan ~ hati;

kerawanan = ~ hati perihal (keadaan) rawan hati, keadaan

gundah gulana, kesayuan, keharuan: ~ hati seseorang anak muda

mudah terusik oleh persekitaran yg dilihat dan dirasainya terlalu

pincang;

perawan yg merawankan hati: ~ hati.

rawan II; tulang ~ a) tulang yg lembut, tulang muda; b) tulang dada.

rawan III penjodoh bilangan yg menyatakan selengkap (jala, jaring,

kancing baju, dll); se~ jala satu jala.

Page 91: Kamus Dewan r

rawan IV; nasi ~ nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya.

rawan V ark sl sj kenderaan, kenaikan; takhta ~ sj tandu.

rawan VI ark merawan berawan; awan.

rawan VII; (pokok) ~ hantu sj tumbuhan (palma), pinang biring padi,

pinang legung, pinang penawar, Pinanga disticha.

rawang I hutan yg berpaya-paya, rawa.

rawang II Mn; merawang merambang, merawak: janganlah kamu

fikirkan perkara-perkara itu ~ saja; matanya liar ~ ke sana ke

mari.

rawat I; juru~ orang yg menjaga orang sakit (di hospital dll);

merawat memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga

(orang sakit dll) dgn memberi ubat dsb: isterinya dirawat di

rumah sakit umum; ia dirawat di hospital; dlm buku ini

dihuraikan arahan-arahan utk memelihara, ~, dan membaja lebih

drpd 50 jenis pokok buah-buahan;

terawat dirawat: keadaannya ~ baik;

rawatan hasil merawat; ~ muka rawatan utk memelihara kesihatan

dan kecantikan muka (dgn membubuh krim dan mengurut

bahagian muka, dll); ~ rapi rawatan dan penjagaan yg intensif dan

berterusan terhadap seseorang pesakit yg berada dlm keadaan

tenat, biasanya ditempatkan dlm bilik khas;

perawatan perihal (perbuatan dsb) merawat, pemeliharaan,

penyelenggaraan, pembelaan, penjagaan: orang yg berwang saja

yg menghendaki ~ yg luar biasa; ~ muka rawatan utk memelihara

kesihatan dan kecantikan muka (dgn membubuh krim dan

mengurut bahagian muka, dll);

perawat orang yg merawat, bahan utk merawat (tumbuh-

tumbuhan dsb).

rawat II Pl pulih kembali spt sediakala, kembali kpd keadaan asal.

Page 92: Kamus Dewan r

rawi I Ar 1 . = perawi orang yg meriwayatkan hadis Nabi, periwayat: ~

hadis; 2. orang yg bercerita, pengarang cerita: kata ~ bahawa

Sultan Muhammad Shah itu di atas kerajaan terlalu sekali adil;

merawi beriwayat, bercerita;

merawikan meriwayatkan, menceritakan;

perawian perihal menceritakan riwayat hidup: ~ teks HS;

perawi orang yg meriwayatkan hadis.

rawi II sl matahari.

rawit I; cabai ~ cabai kecil yg pedas, cabai burung (Melaka), lada api:

kecil-kecil cabai ~, biarpun kecil tetapi berani.

rawit II Jw; rawitan, kerawitan 1. sj lagu (gending) permulaan

pertunjukan wayang; 2. seni suara (gamelan).

rawit III; merawit membabit (menyangkut, melibatkan) dlm sesuatu

perkara.

rawon Id; nasi ~ nasi rawan.

raya I 1. besar (terbatas pemakaiannya); alam ~ dunia sejagat; badak ~

sj badak yg besar; bandar ~ bandar yg besar; gendang ~ gendang

besar; hari ~ = hari ~ puasa hari utk meraikan berakhirnya puasa,

lebaran; hari ~ besar a) hari raya puasa; b) hari raya haji; hari ~

haji (korban, adha) hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah

(selepas berhenti di Arafah); Indonesia ~ lagu kebangsaan

Indonesia; jalan ~ jalan besar; kaya ~ kaya sekali; bulan purnama

~ bulan purnama yg penuh; 2. bp hari besar; ~ haji hari raya haji;

kuih ~ kuih hari raya; 3. umum, awam (dipakai dlm beberapa

ungkapan sahaja); balai ~ balai utk orang ramai; Jabatan Kerja R~

jabatan yg mengurus kerja-kerja umum spt membina jalan dll;

pendakwa ~ pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan; pilihan ~

pilihan umum; rimba ~ rimba luas;

beraya bp berhari raya;

Page 93: Kamus Dewan r

merayakan memuliakan (memperingati, meramaikan) hari besar

(hari peringatan, peristiwa penting, dll): ~ hari kemerdekaan

negara; ~ hari jadinya;

perayaan pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian,

perjamuan, dll: ~ maulud Nabi SAW; ~ hari kemerdekaan.

raya II; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga sepatu,

Hibiscus rosasinensis (bunga kebangsaan Malaysia).

rayah; merayah merebut dan merampas, menjarah, merompak: harta

benda habis dirayah dan rumah-rumah dibakar.

rayan; rayan-rayan Mn 1. = merayan mengigau, meracau: ~ kerana

demam panas; 2. mimpi yg berhubungan dgn pengalaman siang

hari, memikir-mikirkan peristiwa yg lalu: pd waktu siang menjadi

angan-angan yg menindih dan pd waktu malam menjadi ~ yg

mengganggu;

terayan-rayan (berada) antara tidur dan jaga, termimpi-mimpi,

teringat-ingat, terbayang-bayang.

rayang; merayang berasa agak pening, pusing kerana kena pukul.

rayap I 1. anai-anai: papan-papan kayu yg sana sini sudah lapuk

dimakan ~; 2. bp orang yg suka mengaruk saku orang, orang yg

suka melakukan rasuah;

merayap spt rayap, berkeriapan, berkerumun banyak-banyak.

rayap II; merayap 1. berjalan (bkn binatang kecil spt semut dll): semut

dan anai-anai ~ di tanah; 2. melata (tumbuh-tumbuhan yg

menjalar): batangnya bercabang-cabang ~ di atas tanah; 3. ki

bergerak dgn perlahan-lahan dan arah yg berubah-ubah

(pandangan, fikiran, dll), bergerak dgn perlahan-lahan: matanya ~

ke sekujur badan orang itu; beberapa buah kereta lembu

kelihatan ~ perlahan-lahan; tangan yg terkembang rapat itu

merayap-rayap menyapu daun pintu; 4. bp berjalan-jalan

Page 94: Kamus Dewan r

membuang masa dgn tidak tentu hala (tidak bertujuan dll),

merayau: kadang-kadang ia ~ sampai subuh; beberapa hari di

Singapura ia mulai ~, mula-mula dipandu oleh anak tukang

kebun;

merayapi 1. merayap pd (di): semut ~ gula; matanya ~ seluruh

bangunan itu; 2. mengerumuni, mengelubungi: perlahan-lahan

bumi pasar minggu itu dirayapi semut manusia; Kuala Lumpur

sedang dirayapi malam;

merayapkan menjadikan merayap: dirayapkan sayapnya melata

bumi;

terayap-rayap sedang merayap(-rayap): ~ bergerak perlahan-

lahan orang menuai di tengah bendang;

rayapan pergerakan yg perlahan-lahan: ia mengikuti ~ suluhan

lampu itu.

rayau; merayau, merayau-rayau 1. meraba-raba (kerana mencari atau

mengambil sesuatu): gadis itu menyandarkan badannya pd tubuh

Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~; tangan kanannya

merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh;

2. pergi ke mana-mana utk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari

mangsa dll), mengembara: ia ~ di bandar Melaka; saya tak

kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip

apa yg dibuat orang; 3. tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah:

matanya merayau-rayau memerhatikan keadaan di dlm rumah;

maka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan;

perayau orang yg suka merayau, kutu rayau.

rayon bahan (kain) seakan-akan sutera yg diperbuat drpd selulosa.

rayu I 1. = sayu ~ pilu hati, rawan hati, terharu; 2. = merayu berasa pilu,

terharu (sedih, hiba, dll).

Page 95: Kamus Dewan r

rayu II = rayuan pujukan atau hiburan (janji yg muluk-muluk dll) utk

menyenangkan hati: tertidurlah oleh ~ irama merdu; pujuk dan

~nya sudah tidak bermakna lagi;

merayu 1. menyedapkan hati (menawan hati, mempersenang hati)

dgn hiburan dll: irama lagu Melayu ~ hati; 2. memikat hati,

memujuk: ia menulis surat ~ gadis itu supaya menerimanya sbg

suami; 3. memajukan permohonan, mengemukakan permintaan

(pertimbangan): jika seseorang tidak puas hati dgn keputusan

Mahkamah Tinggi, maka bolehlah ia ~ kpd Mahkamah Ulang

Bicara; mereka ~ kpd kerajaan supaya bertindak segera

membasmi nyamuk dan lalat;

merayu-rayu merayu dgn sungguh-sungguh: dia ~ kpd perompak

itu agar keluarganya tidak diapa-apakan; bunyi muzik yg beralun

lembut bagaikan ~ memanggil mereka berdua masuk;

merayukan memajukan permohonan (permintaan, pertimbangan)

kpd: perkara yg dirayukan oleh keluarga itu ialah suatu perkara

keluarga mereka sendiri;

rayuan 1. rayu; 2. permohonan, permintaan (yg dimajukan): ~ kpd

pemaju perumahan; 3. (Udg) permohonan kpd mahkamah atau

pihak berkuasa yg lebih tinggi supaya mengkaji semula keputusan

mahkamah atau pihak berkuasa yg lebih rendah: membuat ~ bagi

meringankan hukuman;

perayu orang (pihak) yg merayu.

rayun ark rayu.

rayu undi; merayu undi meminta atau memujuk pengundi supaya

mengundi seseorang calon parti yg bertanding dlm sesuatu pilihan

raya dsb;

perayu undi orang yg merayu undi.

Page 96: Kamus Dewan r

razia IB penangkapan beramai-ramai, penggerebekan (penjahat, orang

yg berbahaya, dll): polis mengadakan ~ antara pelacur-pelacur yg

melacurkan dirinya di pinggir-pinggir jalan;

merazia menangkap beramai-ramai, menggerebek.

Rb simbol kimia bagi rubidium.

R&D kep Research and Development (Penyelidikan dan Pembangunan,

iaitu suatu aktiviti penyelidikan yg dijalankan oleh sesuatu industri

dsb utk menghasilkan ciptaan baru, inovasi, perbaikan dsb produk,

proses dsb).

Re simbol kimia bagi renium.

reagen (réagen) (Kim) bahan (molekul, ion, radikal bebas, dll) yg

terlibat dlm tindak balas kimia.

reaksi (réaksi) 1. gerakan atau aksi yg lahir kerana sesuatu pengaruh

(tindakan dll): sistem sosialis merupakan ~ kpd sistem liberal

demokrasi; 2. penentangan (perlawanan) yg timbul kerana sesuatu

tindakan (aksi): kecaman-kecamannya telah menimbulkan suatu ~

yg hebat dlm akhbar-akhbar; 3. Id akibat (hasil) drpd ubat dll yg

digunakan;

bereaksi memberi reaksi (pertentangan, perubahan, dll): aku ~

lebih baik terhadap wanita;

mereaksi Id mengadakan reaksi;

pereaksi Id utk mengadakan reaksi dlm kimia (kertas litmus utk

mengetahui barang yg mengandungi asid atau alkali dll).

reaksioner (réaksionér) IB 1. orang (puak) yg berfaham kolot atau

hendak mengembalikan keadaan yg lama (dlm politik); 2. orang yg

menghalang kemajuan, orang yg kolot; 3. kolot: ia menjalankan

politik yg ~.

reaksionis (réaksionis) 1. cenderung menentang perubahan atau

pembaharuan yg radikal, terutamanya dlm sistem politik atau

Page 97: Kamus Dewan r

sosial; 2. pihak (orang atau kumpulan) yg menentang perubahan

atau pembaharuan dlm sistem politik atau sosial negaranya.

reaktif (réaktif) 1. cenderung menunjukkan reaksi atau mengambil

tindakan setelah berlakunya sesuatu terhadap seseorang, sesuatu

situasi dsb: mereka bertindak secara proaktif, bukannya ~, utk

mendampingi keseluruhan masyarakat setempat; dgn demikian,

perencanaan kita lebih bersikap ~ kpd keadaan krisis yg

mendadak; 2. (Kim) dapat atau cenderung bertindak balas secara

kimia dgn berbagai-bagai bahan: litium adalah kurang ~ drpd

logam-logam lain; metana adalah stabil dan tidak ~ di dlm udara.

reaktor (réaktor) = ~ nuklear (Fiz) alat yg digunakan utk mengawal dan

mengekalkan tindak balas nukleus dlm menghasilkan tenaga

nuklear.

realis (réalis) 1. orang yg berpegang pd kenyataan; 2. penganut

(pengikut) faham realisme (dlm kesenian dll).

realisasi (réalisasi) perihal menjadikan kenyataan, perwujudan: hal itu

menjadi satu ~ cita-citanya;

merealisasi, merealisasikan menjadikan kenyataan, mewujudkan:

kami masih dlm proses ~ cita-cita kami; gerakan Islam yg

dimaksudkan di sini bertujuan utk ~ Islam sbg satu sistem

kehidupan yg unggul lagi serba sempurna.

realisir (réalisir) IB; merealisir, merealisirkan merealisasi(kan):

gagasan persatuan nasional tidak bisa dgn begitu sahaja

direalisir.

realisme (réalisme) 1. fahaman atau ajaran yg berdasarkan kenyataan; 2.

aliran sastera dan seni lukis yg menggambarkan kisah hidup

sebenar (bukan khayalan): Kala Dewata dgn Atap Genting Atap

Rumbia dianggap sbg pelopor drama ~.

Page 98: Kamus Dewan r

realistik (réalistik) 1. berhubungan dgn fahaman realisme. 2. bersifat

atau menunjukkan keadaan yg sebenarnya: gambaran yg diberikan

dapat dikatakan ~.

realitet (réalitét) IB kenyataan.

realiti (réaliti) keadaan yg nyata (bukan khayalan), kenyataan, hakikat:

mereka berjumpa Oliver Twist utk mengikuti ~ hidup kanak-kanak

yg sebenarnya.

realpolitik (réalpolitik) aliran politik yg berdasarkan kenyataan-

kenyataan, politik yg praktikal.

reba 1. tompokan pohon-pohonan (ranting-ranting dll) sesudah ditebang,

semak-semak kecil. 2. Kd, bp halangan, bala, malapetaka; jangan

cari ~ jangan cari bala (fasal); 3. Kd ranting kayu yg sudah

dipotong dan dilonggokkan di satu tempat.

rebab sj alat bunyi-bunyian (spt biola) yg bertali dua atau tiga;

berebab menggesek rebab.

rebah I jatuh terbaring (orang dll), terletak berbaring atau bertiduran

(pokok dll), tumbang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~

terlentang di atas lantai; membawa (memberi) ~ menjatuhkan

(menggagalkan);

~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl,

bp berehat (menghilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-

guling;

dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb

dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri;

rebah-rebah, rebah-rebahan berbaring-baring (kerana

menghilangkan penat dll): dia sedang ~ di anjung rumahnya;

merebahkan 1. menjatuhkan, menumbangkan: ~ tiang rumah; 2.

membaringkan, menidurkan: ~ diri di atas pangkin; 3.

menyembelih (binatang besar): tahun itu juga perkahwinan

Page 99: Kamus Dewan r

berlangsung, ayah ~ seekor kerbau jantan besar; 4. ki

menumbangkan (pemerintah dll), menggagalkan: ~ pemerintah;

rebahan 1. robohan, tumbangan; 2. tempat berbaring,

pembaringan.

rebah II; ~ bangun sj tumbuhan (pokok renek), malu-malu, memalu,

puteri malu, semalu, Mimosa pudica.

rebak I Pr runtuh (tebing sungai dll): di mana-mana sahaja ada sungai

mengalir, tanah tetap ~;

merebak, merebakkan memecahkan dan meruntuhkan (batu,

tanah): di mana-mana sahaja sungai air batu itu mengalir, maka

bahagian gunung itu direbakkannya.

rebak II; merebak meleleh air matanya.

rebak (rébak) I 1. carik atau sobek panjang (kain, layar, dll); 2. luka yg

dalam (kerana kena pisau dll).

rebak (rébak) II; merebak 1. menjalar-jalar, menular-nular (penyakit),

tersebar atau tersiar merata-rata (berita dll): penyakit cacar ~ di

seluruh negeri; berita itu sudah ~ sampai ke mana-mana; 2.

menjangkit, meluas, merembet (api dll): dlm beberapa ketika

sahaja api itu ~ sampai ke mana-mana; perang ini lebih dahsyat

dan nanti ~ ke sini;

merebakkan menyebabkan sesuatu merebak, menularkan,

menjangkitkan, menyebarkan: zina boleh ~ penyakit;

kemerebakan keadaan merebak: ~ ilmu pengetahuan nuklear;

pemerebakan perihal (proses, perbuatan dsb) merebak atau

merebakkan, penularan: tujuannya adalah utk mencegah atau

mengawal ~ sesuatu penyakit.

reban I kandang utk ayam (itik);

merebankan; ~ ayam (itik); memasukkan ayam (itik) ke dlm

reban, mengandangkan ayam (itik).

Page 100: Kamus Dewan r

reban II Kd, Pn runtuh (terutama pokok, rumah);

merebankan meruntuhkan: ~ rumah.

reban (réban) ark; tereban terhempas (terbanting, terpelanting) ke kiri

atau ke kanan.

rebana I sj gendang yg di sebelah sahaja dipasang kulit;

berebana bermain rebana.

rebana II = rebanar; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar,

akar kelona, Smilax megacarpa.

rebang kucir (kuncit, taucang) yg terlepas drpd anyaman (ikatan)nya;

merebang terlepas drpd ikatannya (rambut);

merebangkan melepaskan (rambut), menggerbangkan.

rebas bertitikan, berjatuhan (air dll); hujan ~-~ hujan rintik-rintik

(gerimis);

merebas menitik (air mata): air matanya ~ turun;

merebaskan menitikkan (air mata): ia ~ air matanya kerana

terlalu gembira; rabas.

rebat; merebat menyekat jalan dgn rintangan (kayu, duri, dll), memagar

atau menyekat dgn pokok-pokok dll (supaya tidak dapat dimasuki

orang, binatang, dll).

rebat (rébat) potongan drpd sejumlah bayaran yg kena dibayar atau

pemulangan sebahagian drpd amaun yg telah dibuat sbg bayaran.

rebeh (rébéh) I tergantung terkulai (sayap yg patah atau layar robek dll),

tidak kaku lagi, berlekut, melentur (tepi topi dll);

merebeh Pr tidak kemas (kain).

rebeh (rébéh) II, rebek (rébék) Jw 1. compang-camping, rompang-

ramping (pakaian dll); 2. buruk, usang.

reben (rébén) 1. jalur kain, kertas, dsb yg panjang, nipis, dan biasanya

dlm pelbagai warna yg digunakan sbg pengikat bungkusan, hiasan,

Page 101: Kamus Dewan r

dsb, pita; 2. jalur kain yg panjang, nipis, dan mengandungi dakwat

khas yg digunakan dlm mesin taip.

rebet (rébét) ark rembet II.

rebewes (rébewés), rebewis (rébewis) IB lesen memandu kereta.

Rebo Id Rabu.

rebon Jk; udang ~ sj udang yg halus-halus, udang geragau.

rebu ark; merebu datang masuk banyak-banyak, menyerbu masuk.

rebuk; merebuk berisi nanah (luka dll), bernanah.

rebung anak buluh (yg akan menjadi batang);

~ tidak jauh dr rumpun prb perangai anak hampir sama dgn

perangai orang tuanya; ~ tak miang, bemban pula miang prb orang

yg bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar pula ikut

campur; tatkala lagi ~ tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa

gunanya prb mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih

muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi;

merebung tumbuh rebungnya, (tumbuh) spt rebung (janggut dll).

rebus; kacang (telur, ubi) ~ kacang (telur, ubi) yg dimasak dlm air

(sehingga empuk, keras, dsb);

merebus memasak sesuatu dlm air, menggodok: ~ keledek; ~ air

menjerang air;

merebuskan merebus utk: dia sempat ~ ibunya beberapa biji telur

pd pagi itu;

rebusan barang apa yg direbus, sesuatu yg direbus: air ~ air yg

sudah dipakai utk merebus;

perebusan proses atau perbuatan merebus: ~ pelbagai jenis akar

kayu.

rebut; ~ rampas bermacam-macam perampasan (perompakan,

penyamunan);

Page 102: Kamus Dewan r

berebut berlumba-lumba (berdahuluan) utk mengambil sesuatu: ~

kuasa; ~ tempat;

~ (dgn) malam sudah mulai malam; ~ mulut bertengkar, berbantah;

~ nama berlumba-lumba utk mendapat kemasyhuran; ~ (dgn)

senja sudah mulai senja; ~ tinggi atas-mengatasi; ~ rampas

bertanda beti prb semua perkara baharu boleh diputuskan sesudah

cukup buktinya;

berebut-rebut berbuat banyak kali, berebut antara orang banyak,

berlumba-lumba (memperoleh, mengambil, dll): orang ramai ~

hendak pulang; beberapa ekor ayam sedang ~ makan; mereka ~

menghendakkan hadiah itu;

berebut-rebutan, berebutan saling mengambil atau mendapatkan

sesuatu dgn paksa (susah payah): Majid dgn kawan-kawannya ~

macam anak kecil merebut gula-gula;

merebut 1. mengambil (mendapatkan, memperoleh) sesuatu dgn

kekerasan: dgn cepat ia ~ senjata itu drpd penjahat; yg muda

hendak ~ kerajaan abangnya; 2. mengambil (negeri, tempat, dll)

dgn kekuatan senjata, merampas: beberapa tempat penting sudah

dapat direbut kembali oleh pasukan kita; 3. mendapat sesuatu dgn

susah payah (spt dlm perlumbaan dll): pasukan kita dapat ~

kembali Piala Thomas; 4. ki mengambil, memikat, menarik:

sastera itu mendapat kesempatan ~ kedudukannya lebih drpd

semasa zaman klasik; nama Hamka pd masa ini telah dapat ~ hati

para pembaca dgn cerita-cerita pendek;

merebutkan, memperebutkan mengusahakan sungguh-sungguh

(memperjuangkan) utk merebut sesuatu: India dan China

berperang ~ Himalaya; anakku inilah yg kelak akan diperebutkan

oleh segala perempuan di seluruh Tanah Jawa;

Page 103: Kamus Dewan r

rebutan 1. sesuatu yg direbutkan (diperebutkan): sebuah piala

besar menjadi ~ antara pasukan-pasukan yg bertanding; 2. =

sedekah ~ Id a) sj perayaan orang Cina dgn memberi sedekah yg

diperebutkan oleh orang ramai; b) perlumbaan memanjat buluh

(batang pinang) yg dilumur dgn minyak dll (utk mengambil

barang-barang yg diletakkan di puncaknya); 3. bp = berebutan;

perebutan 1. perihal berebut sesuatu: ~ pangkat; ~ kedudukan; ~

kekuasaan; 2. = perihal merebut (memperebutkan), perampasan,

dll.

reca arca.

recak I Jw borek (bopeng) yg tidak dalam; bercak.

recak II ark; beras ~-~ beras yg pecah-pecah, manir, melukut.

recak III Mn; merecak duduk mengangkang di atas (kuda dll),

menunggang; ~ kuda menunggang kuda.

recak IV; ~ anjing Kl berlari perlahan-lahan, berlari-lari anak.

receh (récéh); wang ~ = recehan wang kecil, wang pecah; renceh I.

receng (récéng) hirisan (keratan, potongan) kecil-kecil.

recik percik;

merecik memercik; ~ peluh bertitik peluhnya, terkeluar

(terpancur) peluhnya: di dahi kami ~ peluh kepanasan;

mereciki memerciki, merenjis: kain yg dipakainya direciki

lumpur;

merecikkan menjadikan merecik, memercikkan: panas di

dadanya ~ peluh di dahinya;

recikan percikan: ~ air yg naik ke atas;

perecik alat utk mereciki.

recok (récok) gaduh, honar, ramai, rewel, ribut: surat khabar Filipina

membuat ~ tentang rundingan di Bangkok;

merecokkan menggemparkan, meributkan;

Page 104: Kamus Dewan r

kerecokan perihal recok, kegemparan, kehonaran, keributan.

recup; merecup 1. mulai tumbuh dan keluar banyak-banyak (spt biji-biji

padi dll), berkecambah banyak-banyak, mulai keluar daun: pucuk-

pucuk muda ~ memayungi ranting-ranting yg telanjang; 2. timbul

dan berloncatan banyak-banyak (ikan kecil-kecil dll); 3. timbul

atau lahir dgn tiba-tiba (idea, ilham, dsb): drpd kesibukan inilah

mungkin ~ ilham utk terbang.

reda 1. mulai berkurang, hampir berhenti (angin ribut, hujan, dll):

sebentar sahaja angin dan hujan pun ~; ledakan peluru dan bom

boleh dikatakan ~; 2. semakin kurang (kemarahan, kerusuhan,

panas, penyakit, dll), berkurang, tidak menghebat lagi (hawa nafsu

dll), mulai tenang kembali: kebisingan masih belum ~;

kemarahannya sudah mulai ~; tangisannya masih belum ~-~ lagi;

perbincangan mengenai soal itu belum juga ~; demamnya sudah

mulai ~; 3. hampir habis, hampir hilang, kurang: kereta-kereta

sudah ~ melintasi jalan; maka dgn hal yg demikian, ~lah sedikit

tikus itu;

bereda Mn berlindung, bernaung, berteduh;

mereda menjadi reda: tangisannya agak ~ sedikit; pd masa ~nya

gelora peperangan, kami berusaha membangun;

meredakan menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan,

mengamankan, mengurangkan (kemarahan dll): mereka berjaya ~

ketegangan-ketegangan dlm parti; ia ~ sedikit ketawanya;

keredaan perihal reda, ketenangan, keamanan, kekurangan: rasa

hormat yg demikian itu dgn sendirinya membawa ketenangan

suasana, ~ suara.

reda (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di

dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg

manusia;

Page 105: Kamus Dewan r

meredai merelai: jalan yg diredai Allah itu jalan Islam yg akan

menenteramkan hidup;

meredakan merelakan;

keredaan kerelaan: terhasil sebuah masyarakat yg berdisiplin,

sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah.

redah I Mn; meredah menebang (menebas) banyak-banyak: ~ buluh; ~

belukar.

redah II; meredah 1. menempuh (bahaya, hutan, padang pasir, dll),

mengharung: ~ hutan semak samun; ~ hujan; ~ padang pasir

bergunung batu; belayar ~ samudera; perempuan ini ~ jalan raya

berpuluh batu dgn hanya menunggang sebuah basikal; 2. ki

merempuh (masuk dll), melantasi, menembusi: pemuda yg berbaju

hitam itu ~ masuk bilik; suara halus merdu itu terbang keluar dr

kamarnya ~ kesunyian malam; rejah.

redai Kd 1. tempat menjemur ikan (tembakau dll); 2. jaringan besi yg

digunakan utk meletakkan kuih (biskut, kek, dsb) yg masih panas:

~ kuih.

redaih Kd daih.

redak I; meredak meledak; ledak.

redak II Kd 1. kelebihan makanan (lauk, kuih, dll); 2. butir-butir kecil,

habuk;

beredak 1. ada redaknya; 2. hancur.

redaksi (rédaksi) 1. sidang pengarang (pd persuratkhabaran, majalah,

dll): ~ majalah Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat; cerpen

terus sampai ke meja ~ setiap hari; 2. gaya penyusunan kata dan

ayat dlm sesuatu pengumuman (undang-undang dll): ~ resolusi itu

masih harus dibaiki.

redam I = redam-redam, meredam kurang terang terdengar (terlihat),

tidak jelas, kabur-kabur, sayup-sayup: nampak meredam pokok

Page 106: Kamus Dewan r

ribut dr sebelah utara; ~ padam padam (rosak, musnah) sama

sekali;

meredamkan menjadikan redam;

peredaman perihal meredamkan;

peredam; ~ bunyi alat utk meredamkan bunyi.

redam II; remuk-~ remuk semuanya, hancur lebur;

meredamkan menghancurkan, meremukkan.

redam III bunyi spt bunyi kayu dipukul (pintu ditumbuk dll).

redan (rédan) 1. sj tumbuhan (pokok), ludai bulan, medang serai, mutan

riba, ridan, Mischocarpus lessertianus; 2. sj tumbuhan (pokok),

Nephelium glabrum; 3. sj tumbuhan (pokok), kusip bukit, Aglaia

cordata.

redang (rédang) ark paya (rawa, rawang) yg dalam; paya dan ~

bermacam-macam tanah paya; ~ bakau paya yg ditumbuhi bakau;

kawasan ~ kawasan atau daerah yg berpaya-paya.

redang ark radang.

redani sj tumbuhan (pokok memanjat), akar dani, selimpas, Quisqualis

densiflora.

redap I sj gendang (rebana) kecil; dap.

redap II; meredap 1. makan di dlm sahaja (api), marah di dlm hati

sahaja; rindu-~ rindu yg bersangatan dlm hati; 2. berlarut-larut

(penyakit), merana.

redas I Kl; meredas melontar dgn kayu dll (utk menjatuhkan buah dll),

membaling: buah mempelamnya habis diredas budak-budak jahat.

redas II Kl celaan, kejian, makian.

redih semaian (padi dll); tapak ~ tapak semaian;

meredih menanam semaian padi dll;

peredih Kd tempat meredih.

redik (rédik) herdik;

Page 107: Kamus Dewan r

meredik mengherdik.

redip; ~ pepuyuh sj tumbuhan (pokok atau pokok renek), sisih puyuh,

sisik puyu, meransi, Carallia suffruticosa.

redoks (rédoks) (Kim) gabungan proses penurunan dan pengoksidaan.

reduksi (réduksi) IB potongan (harga barang-barang dll), pengurangan:

utk barang ini boleh diberi ~ 15%.

reduksionis (réduksionis) penyokong reduksionisme.

reduksionisme (réduksionisme) 1. mencerakin data yg kompleks

menjadi juzuk yg kurang kompleks; 2. teori yg menyatakan

bahawa idea, sistem, dll yg kompleks boleh difahami melalui

bahagian atau komponennya yg kurang kompleks.

redum I bunyi spt bunyi barang besar jatuh dlm air.

redum II ark mendung, redup, suram (gelap); redam I.

redum III Kd; meredum menutup (jalan dll) dgn daun-daunan dll (utk

menyembunyikan sesuatu dll).

redup 1. berawan (langit), tidak terang (cuaca), mendung: hari pun ~,

tiadalah tampak akan cahaya matahari; 2. agak gelap kerana

dilindungi awan, tidak panas terik: matahari ~; 3. berasa panas

(kerana cuaca mendung); 4. ki kurang cahayanya, suram (mata,

wajah, dll), kurang terang atau hampir padam (nyala api); 5.

berkurang, merosot (kemegahan, kemuliaan, dll); 6. mulai

berhenti, tenang kembali, reda (angin, hujan, kasih, dll): ribut itu

pun ~; 7. sayup-sayup (bunyi-bunyi): gemercik air sayup-sayup

dan desau angin ~; 8. tidak gembira, susah hati (perasaan dll): ia

menyahut dgn ~; ~-~ alang

= ~-~ bahasa agak redup (gelap, suram) sedikit;

meredup menjadi redup (tidak terang);

meredupkan menjadikan redup, menyuramkan, dll;

Page 108: Kamus Dewan r

keredupan perihal redup: ~ petang menambahkan kesunyian di

ladang itu.

redut Mn ark; meredut; hatinya ~ ia berasa tersinggung (kecil hati).

referendaris (réferéndaris) IB pegawai tinggi dlm jabatan-jabatan

kerajaan atau daerah.

referendum (réferéndum) pemungutan suara rakyat berhubung dgn

sesuatu dasar politik, dsb yg penting, pungutan suara: dgn ~ ini,

semua rakyat ditanyai buah fikiran mereka berkenaan sesuatu

masalah yg besar.

referi (réferi) 1. bp pengadil; 2. orang yg dirujuk utk memberikan

maklumat, sokongan dsb tentang watak, kebolehan, kelayakan dsb

seseorang, terutamanya yg memohon sesuatu pekerjaan.

reflasi (réflasi) 1. (Eko) tindakan memulihkan semula ekonomi dgn cara

meningkatkan penawaran wang dan kredit utk merangsang

kegiatan dan pertumbuhan ekonomi dsb; 2. IB ikhtiar utk

membaiki nilai wang menjadi nilai sebelum inflasi.

refleksi (réfléksi) bayangan, gambaran (dlm cermin, fikiran, dll): inilah

~ mutlak drpd keperibadian Indonesia; puisi boleh menimbulkan

sesuatu reaksi tertentu sbg ~ drpd kehidupan masyarakat.

refleksologi (réfléksologi) sj terapi yg mengamalkan pengurutan tapak

kaki utk merangsang saraf dan dgn itu melegakan rasa tegang.

reflektor (réfléktor) IB alat yg mengembalikan cahaya (suara, haba, dll).

reformasi (réformasi) perubahan atau pembaharuan yg mengarah kpd

keadaan yg lebih baik, mis dlm sistem sosial, politik, dan

kebudayaan sesebuah masyarakat: maka lahirlah ~ gereja

Protestan yg memisahkan diri dr gereja Katolik; bahasa Melayu

sedang mengalami ~;

mereformasi membuat reformasi pd: keperluan utk ~ sistem

pendidikan agama yg ada.

Page 109: Kamus Dewan r

reformis (réformis) orang (golongan dsb) yg menganjurkan atau

mengusahakan supaya berlaku perbaikan atau pembaharuan (dlm

bidang kebudayaan, sosial, keagamaan, dll).

rega ark harga.

regan (régan) Mn bahagian atas dan bawah rangka jendela.

regang tidak kendur, kencang, tegang (tali yg ditarik, kain yg

direntangkan, dll);

beregang-regang 1. merentang-rentangkan anggota badan utk

bersiap-siap (hendak bertumbuk dll); 2. = berseregang,

bersiregang berkeras-kerasan, bertegang-tegangan, berkelahi;

berseregang mulut bertengkar, berbantah keras;

meregang 1. menjadi tegang (tidak kendur): dawai telefon

mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk; bengkak ~; 2.

merebut dgn paksa, menarik, menyentak, merenggut; merebut ~

merebut dgn paksa;

~ badan menarik-narik badan (hampir mati); ~ diri menegang-

negangkan diri (kerana kesakitan dll); ~ hidupnya sengsara

hidupnya; ~ jiwa (nyawa) hampir-hampir mati; ~ telinga menarik

(memilin) telinga;

meregangkan menjadikan regang, menarik supaya regang,

menegangkan (tali dll), membentangkan (kain dll) tegang-tegang,

menghulurkan (kaki, tangan) tegang-tegang: dia ~ kedua-dua

belah tangannya;

teregang diregangkan, menjadi regang: dawai yg ~ di dlm kamar;

regangan sesuatu yg regang, tegangan;

keregangan keadaan regang, ketegangan;

peregangan perihal (perbuatan) meregangkan sesuatu.

regas; meregas memotong, mengerat (bulu, rumput, dll).

Page 110: Kamus Dewan r

regat; meregat 1. menyeberangi (jalan, sungai, dll) dgn lurus; 2.

memotong perjalanan, memintas.

regata (régata) perlumbaan perahu kayuh, perahu layar, dsb.

rege (régé) sj muzik (atau tarian) berirama rancak yg popular di Hindia

Barat.

regek (régék) Pr; beregek bergaya, berhias, bersolek.

regel (régél) IB papan pd tembok, belebas.

regen (régén) IB ark kepala daerah (bahagian dr keresidenan), bupati;

keregenan kabupaten.

reges (régés) Jk luruh daunnya, meranggas.

reggae (réggaé) rege.

regi IB (pengurus) perusahaan monopoli pemerintah: ~ candu; ~ garam.

regio (régio) (Ast) kawasan yg luas yg kelihatan spt berlorek-lorek di

permukaan planet atau satelit.

regionalisme (régionalisme) faham (semangat) keserantauan.

regis I Kl bahagian, cabang, cawangan; se~ satu bahagian.

regis II Kd lidi; ~ nyiur;

beregis, beregis-regis bercabang-cabang, bercawang-cawang

(tanpa daunnya lagi).

regisir IB pemimpin atau pengatur permainan sandiwara atau filem,

sutradara.

register (régister) rekod atau senarai yg mengandungi butir-butir spt

nama, alamat, dan aktiviti yg disediakan secara teratur, buku

daftar.

beregister berdaftar; surat yg ~ surat yg berdaftar;

meregisterkan memasukkan (mendaftarkan) nama dll ke dlm

register.

registrasi (régistrasi) IB pendaftaran, pencatatan (nama dll dlm register).

reglemen (réglémen) IB aturan, peraturan.

Page 111: Kamus Dewan r

regmografi (régmografi) (Fiz) teknik sinematografi sinar-X yg

menghasilkan gambar dgn masa dedahan yg amat singkat.

regol (régol) Jw pintu gerbang.

regresi (régrési) IB gerakan dll mundur.

regresif (régrésif) cenderung bergerak ke belakang atau mengundur,

mundur: ekonomi pekebun berkenaan bersifat ~.

regu 1. pasukan (rombongan) orang bekerja: buruh di perkebunan itu

dibahagi atas beberapa ~; 2. pasukan (kesatuan) tentera yg

terkecil (12 atau 14 orang): sepuluh perajurit gerila di suatu desa

merupakan satu ~, tiga buah desa membentuk satu platun; 3. satu

pasukan pemain dlm olahraga: empat pemain, iaitu satu ~ dan

seorang pemain simpanan, akan bertolak dgn kereta; 4. Id

golongan, jenis (tumbuh-tumbuhan dll);

beregu berpasangan (dua orang dlm satu pasukan yg bertanding):

pertandingan perseorangan dan ~ lelaki;

meregukan membahagi-bahagikan atas beberapa regu; gu I.

reguk Mn teguk: minum se~ air;

mereguk 1. meneguk, minum; 2. ki merasai (nikmat dll): hendak ~

nikmat hidup sepuas-puasnya.

rehabilitasi (réhabilitasi) IB pemulihan kpd keadaan yg dahulu,

pemulihan kehormatan;

merehabilitasikan memulihkan kpd keadaan yg dahulu,

memulihkan kehormatan (nama baik).

rehal (réhal) sj bangku kecil sbg tempat meletak Quran yg hendak

dibaca.

rehat (réhat) melepaskan lelah, mengaso: ~ yg terbaik sekali ialah tidur

nyenyak; ubat letih ialah ~; bilik ~ bilik utk melepaskan lelah;

kerusi ~ kerusi tempat duduk dgn mengunjurkan kaki; masa ~

waktu utk bersenang-senang melepaskan lelah;

Page 112: Kamus Dewan r

berehat melepaskan lelah, bercuti utk mengaso, bersenang-

senang: tiap-tiap petang saya ~ di kebun bunga;

merehatkan membiarkan supaya berehat, membiarkan mengaso:

duduk bersandar ~ diri; seminggu di Adelaide, walaupun bekerja

tetapi bagaikan ~ fikiran;

kerehatan keadaan rehat: jika tidak ada ~ maka mudahlah

datangnya penyakit; istirahat

rehek (réhék) Pr; merehek; kurus ~ kurus kering.

reinkarnasi (réinkarnasi) penjelmaan kembali makhluk yg telah mati

(mengikut sesetengah kepercayaan).

reja (réja) buangan, lebihan, lebihnya sesuatu setelah dipotong (dikerat

dll);

~-~ ayam bahagian ayam (spt kaki, isi perut, dll) yg dibuang; ~-~

kain potongan-potongan kain yg lebih; ~-~ kayu potongan-

potongan kayu yg lebih; ~-~ sabun potongan-potongan kecil

sabun; ~ sayung (Hut) bahagian luar kayu balak yg digergaji, dgn

satu permukaannya rata dan yg satu laginya melengkung; ~ tepi

(Hut) jaluran kayu (biasanya masih berkulit) yg terhasil drpd

pemotongan tepi kayu.

Rejab Ar bulan ketujuh dlm tahun Hijrah, bulan Mikraj.

rejah; merejah berjalan menempuh (melanda, merempuh) dgn tidak

mempedulikan apa-apa, melanggar;

merejahkan melanggarkan, melandakan;

perejah pelanggar (adat dll).

rejam I; merejam 1. melempari dgn batu: orang itu dipukul dan

direjam hingga mati; 2. melempari dgn sesuatu (botol, telur

busuk, dll): polis melepaskan tembakan gas pemedih mata kpd

kumpulan orang ramai yg ~ batu;

rejaman hasil merejam;

Page 113: Kamus Dewan r

perejam orang yg melakukan rejaman (lembing, tombak dsb): dia

menjadi ~ lembing pertama yg mengekalkan kejuaraan dlm sukan

Olimpik.

rejam II sl seksaan, aniaya: alamat ~ dan azab atas diriku akan terus

berlaku;

merejam 1. menyeksa atau menyakiti (mengikat kaki tangan dan

meletakkan di panas terik dll); 2. menolak kepala dll ke dlm air

(kerana menyeksa);

merejamkan memasukkan sesuatu ke dlm air sehingga

tenggelam, merendam: ambil sebarang bekas kosong dan

rejamkan ke dlm air.

rejan I; batuk ~ sj penyakit batuk yg keras dan berjangkit (terutama pd

anak-anak kecil); sakit ~ sakit perut dgn buang-buang air;

merejan meneran, mengejan.

rejan II Kl; merejan menghentak-hentakkan kaki (kanak-kanak) kerana

marah dll.

rejang I cara perkiraan baik buruk utk tiap-tiap hari bulan biasanya

dilambangkan oleh binatang, spt 1 hari bulan oleh kuda, 2 hari

bulan oleh kijang, 3 hari bulan oleh harimau, dll (perkiraan ahli

nujum).

rejang II; merejang memecahkan, membelahkan, membongkar;

perejang alabangka, linggis.

rejang III; serejang; ~ kuda berlari sejauh kuda melompat (berlari).

rejang IV 1. sj tumbuhan (pokok), jelutung, pulai, Alstonia scholaris; 2.

= pokok ~ sj tumbuhan (pokok), pulai paya, pulai putih, Alstonia

spathulaa; 3. sj tumbuhan (pokok), babi kurus, ketiak, limau

hutan, Acronychia laurifolia.

rejap Tr bocor, tiris (kecil): tempayan itu ~.

rejasa timah.

Page 114: Kamus Dewan r

rejat Kl rejap.

rejeh (réjéh) merah dan berair pd pelupuk mata sebelah dalam,

belengset.

rejeng Jk; direjeng ditangkap atau dipegang oleh orang ramai.

rejim (réjim) sistem kerajaan, pemerintahan, atau pentadbiran: ~

penjajahan.

rejimen (réjimen) satu pasukan tentera yg besar yg biasanya diperintah

oleh seorang kolonel, resimen.

rejuk; merejuk melompat ke hadapan dan ke atas (spt harimau, kucing,

dll).

rek (rék) I bunyi spt bunyi pisau yg digoreskan pd papan dll.

rek (rék) II rak II.

reka (réka) 1. = reka-reka ark aturan, tindakan: mengambil ~ utk

menyelamatkan dirinya; 2. = rekaan (sesuatu) yg dibuat-buat

(diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita

tumpukan perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita;

cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; 3. daya upaya

(tipu muslihat), akal ikhtiar: ia seorang yg banyak ~nya; ~ letak

susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pd iklan atau

halaman buku, surat khabar, dll;

mereka, mereka-reka 1. menyusun (memasang, mengatur,

mengarang) baik-baik: perlembagaan itu telah direka oleh orang

yg bijak pandai; sedikit sekali pengarang kita yg dapat ~ cerita-

cerita yg bermutu tinggi; siapa tahu kalau cerita itu direka-reka;

2. mencari akal (daya, upaya, ikhtiar): sepanjang minggu, ia

mereka-reka keputusan yg akan diambilnya nanti; 3. memikirkan

(sesuatu), merancang, merencanakan: seorang ahli sains telah ~

sepasang jangka suhu; dia ~ jawaban yg akan diberikan esok; 4.

membayangkan (dlm angan-angan), mencita-citakan: ia mereka-

Page 115: Kamus Dewan r

reka siapa yg patut menjadi suaminya; 5. menduga, mengagak-

agakkan, mengira-ngirakan: tidak ada orang yg ~ bahawa ia akan

terpilih sbg wakil rakyat;

rekaan, reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita

ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg

dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. angan-

angan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan;

perekaan perbuatan mereka: ~ mesingan menyebabkan perang

menjadi perkara yg usang;

pereka orang yg mereka (mereka-reka).

reka bentuk (réka bentuk) rancangan (corak, bentuk, dsb) yg

menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan

dsb): pengetahuannya tentang penerbangan dibuktikan oleh ~

kapal terbangnya yg pertama;

mereka bentuk membuat reka bentuk (gambaran, lukisan, dll);

pereka bentuk orang yg mereka bentuk.

reka cipta (réka cipta) barang yg pertama kali dicipta, ciptaan baharu;

mereka cipta membuat ciptaan baharu: Alexander Graham Bell

ialah orang Amerika yg ~ telefon;

perekaciptaan perihal (proses, perbuatan dsb) mereka cipta;

pereka cipta orang yg mencipta sesuatu yg baharu: John Baird

ialah ~ bangsa Scot.

rekah = merekah;

merekah 1. meretak memanjang dan terbuka (kulit buah-buahan,

bibir, tanah, dll): apabila air tidak ada, tanah sawah menjadi kaku

dan ~; 2. mulai mekar (kuntum bunga), mulai berkembang; 3.

mulai terbit (fajar); fajar ~ mulai terbit fajar; spt delima ~ prb

perihal mulut serta gigi yg bagus;

rekahan pecahan, retakan, belahan: diintai menerusi ~ dinding;

Page 116: Kamus Dewan r

kerekahan keadaan rekah (merekah); rengkah.

rekal (rékal) rehal.

rekam Kd; merekam hati ~ marah sangat tetapi dlm diam-diam.

rekan Id = rekanan I 1. kawan atau teman (sekerja, seperjuangan, dll):

tiga kamar lainnya dihuni ~ sekerja; 2. kawan bersyarikat, kawan

bersekutu, dll: ia pun sudah menjadi ~ Si Karim dlm perniagaan

batik;

berekan, merekan bersama-sama berusaha (berdagang dll),

bersekutu, bersyarikat.

rekan II ark tempat tumpuan barang dagangan, pekan.

rekat; merekat melekat, menampal: gambar itu tidak mahu ~ di

dinding;

merekatkan melekatkan, menampalkan: dlm buku itu

direkatkannya gambar ibunya;

perekatan perihal (proses atau perbuatan) merekat atau

merekatkan: ~ batuan itu menghasilkan permukaan baru yg luas;

perekat gam, lem;

berperekat disaluti perekat: pita ~.

rekat (rékat) Kl rengkat.

rekata ark sj rasi, kala.

rekayasa (rékayasa) penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dsb dlm

perancangan, mekanisme kerja, dll sbg asas melaksanakan sesuatu;

merekayasa melakukan rekayasa: DBP harus lebih serius ~

bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta;

perekayasaan proses merekayasa: MABBIM akan mengusahakan

kegiatan kebahasaan melalui ~ bahasa ilmiah dan kreatif serta

penerbitan.

reke (réké) I sj ikan laut, Triacanthus spp.

reke (réké) II Kl rengkel.

Page 117: Kamus Dewan r

reken (réken) IB; mereken 1. bp menghitung, memperhitungkan,

memperkirakan; 2. bp memasukkan dlm bilangan, membilang;

rekenan bp hitungan, perhitungan.

rekening (rékening) IB, bp perkiraan (wang langganan, wang sewa, dll),

bil: dgn apa akan dibayarnya ~ doktor itu; ~ hotel sewa hotel;

membuka ~ membuka perkiraan (di bank dll); meminta (menarik)

~ menagih pembayaran (wang langganan, sewa, dll); tukang ~

orang (pesuruh) yg menagih rekening.

rekes (rékés) IB 1. (surat) permohonan (lamaran, permintaan, rayuan):

buat ~ malam ini dan hantarkan esok pagi; 2. (surat) permohonan

(lamaran dll) pekerjaan; 3. = merekes memasukkan surat

permohonan (pekerjaan dll), memohon pekerjaan dll.

reket (rékét) Jh; mereket tidak mahu membesar atau segar (bkn badan

atau tumbuh-tumbuhan).

reklame (réklame) IB pengumuman kpd orang ramai tentang barang

dagangan;

mereklamekan membuat (pengumuman dll) dgn reklame,

mengiklankan: tukang ubat berpidato ~ ubat-ubatnya.

reklasering (réklaséring) IB pengembalian ke dlm masyarakat atau kpd

kehidupan yg biasa (memberi bantuan kpd orang yg dibebaskan dr

penjara supaya dapat pekerjaan, memerhati orang yg kena hukum

dgn syarat, dll).

rekod (rékod) I 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan: ~

baharu 400 meter telah dicipta oleh Kaufman; memegang ~

mencapai prestasi yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi prestasi

terbaik yg pernah dicapai; 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau

rujukan dll, keterangan dll yg tercatat: memberi ~ yg lebih

lengkap; mengumpulkan ~ dan dokumen lama; ~ pelajaran

(pekerjaan) catatan mengenai pelajaran (pekerjaan); ~ drpd

Page 118: Kamus Dewan r

catatan orang-orang Cina tentang negeri Melaka; 3. butir-butir

mengenai latar belakang peribadi seseorang: ia mempunyai ~ yg

baik;

merekodkan mencatat: ~ hasil kerja; ~ pergerakan kapal.

rekod (rékod) II piring hitam: ~-~ lagu Melayu.

rekoder (rékoder) alat muzik yg terdiri drpd tiub yg agak runcing di

hujungnya, mempunyai lapan lubang utk jari, dan bahagian

mulutnya spt wisel.

rekok (rékok) Kd ringkuk.

rekomen (rékomén) merekomen, merekomenkan menyokong,

memperakukan, atau mencadangkan: saya boleh ~ dia bekerja di

sini.

rekomendasi (rékoméndasi) perakuan.

rekonsiliasi (rékonsiliasi) IB perdamaian, perbaikan: ia ingkar, tidak

mahu mengetahui kompromi dan ~.

rekonstruksi (rékonstruksi) perbuatan membentuk gambaran, mis

tentang sesuatu peristiwa lalu dgn mengumpulkan dan

menjalinkan maklumat yg (dapat) diperoleh;

merekonstruksi membuat rekonstruksi: satu usaha sedang dibuat

utk ~ syair.

rekor (rékor) Id rekod.

rekot (rékot); merekot 1. menjadi keriting (rambut); 2. menjadi bengkok

(badan, dawai, dll); ringkuk.

rekreasi (rékréasi) kegiatan yg menyeronokkan yg boleh menyegarkan

kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran, spt beristirahat

dan menghiburkan hati, riadah;

berekreasi beristirahat serta menghiburkan hati (utk menyegarkan

badan dan akal fikiran): rombongan memburu yg ~ sambil

menjalankan tugas.

Page 119: Kamus Dewan r

rekrut (rékrut) 1. anggota yg baru sahaja memasuki perkhidmatan

tentera atau polis dan sedang menjalani latihan; 2. anggota baru

bagi sesebuah pertubuhan atau badan;

merekrut memasukkan (mengambil) ahli baru: kolej latihan guru

dan akademik teologi juga lebih banyak ~ anak-anak drpd kelas

pekerja pertanian.

reksa 1. sl menjaga; 2. Id ark polis.

rektifier (réktifier) (Fiz) peranti elektrik yg dapat menukarkan arus

ulang-alik menjadi arus terus dgn membenarkan arus mengalir

mengikut satu arah sahaja.

rekto (rékto) halaman (buku) yg di sebelah kanan.

rektor (réktor) 1. ketua universiti (maktab dll); 2. ketua dlm biara

(Kristian).

rektum (réktum) (Bio) bahagian usus besar yg paling bawah.

rel (rél) 1. besi landasan kereta api dll, landasan kereta api (trem); keluar

~ a) terlepas (terkeluar) dr rel; b) bp terkeluar drpd pokok

pembicaraan, menyimpang drpd jalan yg benar, melampaui had; 2.

palang lintang utk menggantung sesuatu: ~ langsir palang yg

digunakan utk menggantung langsir.

rela (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi:

maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin,

persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak

meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati),

melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan

perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati:

keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau

ugutan;

merelai memberikan (membiarkan, melepaskan, dll) dgn hati yg

ikhlas, mengizinkan, memperkenankan: jalan yg direlai Allah;

Page 120: Kamus Dewan r

merelakan 1. menerima (menderita dll) dgn hati yg ikhlas; 2.

memberikan (melepaskan, menyerahkan, dll) dgn senang hati; 3.

mengizinkan, menyetujui;

kerelaan keikhlasan (hati), keizinan, kesudian, perkenanan,

persetujuan: mencari ~ Allah; reda.

RELA (réla) akronim bagi Ikatan Relawan Rakyat.

relah Kd, Pn 1. putus (jahitan): kain engkau tu dah ~, jaga baik-baik

sedikit; 2. pecah atau terkoyak (kain, kulit, dll).

relai I sj siput mutiara.

relai II berpisah-pisah, hancur, remuk: mencedok padi yg sudah ~; reput

~ rosak berpisah-pisah (kerana lapuk atau buruk);

merelaikan memisahkan (orang berkelahi, biji-biji padi dr

tangkainya, dll): ~ orang berkelahi; ~ biji kacang dr kulitnya.

relai (rélai) Id ark; merelai memancarkan semula (siaran radio dll dr

studio lain): berita itu disiarkan oleh RRI Jakarta dan direlai oleh

studio Medan.

relak Tr pamor (pd keris dll), urat (pd kayu).

relaks (rélaks) tenang (bebas drpd tekanan atau desakan), santai: temu

ramah yg berlangsung dlm suasana ~ dan ketawa;

merelakskan menjadikan relaks: senaman utk merangsang reaksi

fizikal sambil ~ tubuh badan.

relaksasi (rélaksasi) bp istirahat: ~ dapat mengawal rasa resah dlm

jiwanya.

relang I; merelang cemerlang, gilap, kilau-kilauan.

relang II Kd, Pn 1. lingkaran (drpd rotan dll) spt yg dipasang di tengkuk

kambing; 2. kesan atau cat pd batang dll yg melingkari batang itu;

merelang membuat relang (dgn cat dll): ia ~ tiang rumahnya dgn

cat yg beraneka warna.

relap; merelap berkilau, berkilat;

Page 121: Kamus Dewan r

merelap-relap berkilau-kilau, berkilat-kilat.

relaps (rélaps) (Ubat) kemunculan semula gejala penyakit sesudah

kelihatan hampir sembuh (dlm beberapa minggu atau bulan).

relas; merelas 1. sl membuang kulitnya, menguliti, mengupas; 2. Kd

mengambil seluruhnya (terutama buah-buahan): rambutan saya

habis direlas pencuri malam tadi.

relasi (rélasi) IB hubungan, perhubungan, pertalian: setiap orang

menempuh jalannya sendiri-sendiri melalui ~nya; banyak ~

banyak hubungannya (dgn orang lain).

relatif (rélatif) bkn sesuatu yg berdasarkan perbandingan atau saling

berkait dgn sesuatu yg lain, tidak mutlak, nisbi, bandingan:

sebenarnya kesopanan itu satu konsep ~; kini usia kemerdekaan

telah memberikan pengalaman kehidupan yg secara ~ boleh

dikatakan memadai sehingga pd satu peringkat;

kerelatifan perihal (keadaan dsb) relatif.

relativisme (rélativisme) faham bahawa kebenaran nilai moral dsb tidak

semestinya mutlak tetapi mungkin berbeza antara individu atau

kebudayaan.

relau sj dapur utk meleburkan timah dll; ~ bagas relau yg (menggunakan

aliran udara panas sbg sumber haba) memanaskan campuran bijih

besi dan arang batu utk memperoleh besi lebur; ~ elektrik relau yg

menggunakan kuasa elektrik sbg sumber haba utk

memanaskannya.

relban (rélban) IB, bp jalan kereta api.

relbas (rélbas) sj kenderaan yg menggunakan landasan (spt kereta api)

yg terdiri drpd beberapa buah gerabak sahaja (tidak sepanjang

kereta api biasa).

Page 122: Kamus Dewan r

relevan (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan,

apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan

insurans wajib;

merelevankan menjadikan relevan: ada cubaan utk ~ perkara-

perkara yg tidak ada kena-mengena dgn kes itu;

kerelevanan perihal atau keadaan relevan, pertalian, hubungan,

relevansi: hakim mempersoalkan ~ soalan itu dlm kes yg sedang

dibicarakan.

relevansi (rélevansi) kerelevanan.

religi IB agama.

reluh; mereluh, menereluh, tereluh bp 1. tidur; 2. berdengkur.

relung I = relungan lekuk atau jeluk (di tanah dll);

~ hati lubuk hati (dlm hati); ~ langit ruang langit, kolong langit;

merelung berlekuk, berbentuk spt kubah.

relung II ukuran luas tanah (Id lebih kurang 5300 m2 atau 2800 m2, Kd

satu relung lebih kurang 0.71 ekar atau 0.29 hektar).

relus; terperelus 1. terjatuh dlm lubang dll; 2. Kd terbuka (terkoyak dll)

sehingga dapat dilihat dll barang yg ditutup, relah.

rem (rém) IB 1. brek: ~ sepeda; ~ angin brek yg menggunakan kekuatan

tekanan udara; 2. ki sesuatu (faktor dll) yg menghambat

(menghalang) kemajuan dll: Islam sejati mahu mengangkat darjat

perempuan, tetapi kekolotan menjadi ~ besar bagi evolusinya;

~ kaki brek yg dipijak dgn kaki; ~ tangan brek yg diputar (ditekan)

dgn tangan; ~ teromel (teromol) rem sepeda yg berupa piringan yg

dipasang pd poros gandar roda;

mengerem 1. mengenakan brek supaya berhenti; 2. bp menahan,

mengekang (hawa nafsu, kemahuan, perasaan, dll).

rema (réma) Jw rambut.

Page 123: Kamus Dewan r

remah (rémah) I = remah-remah cebisan-cebisan roti dll, sisa-sisa atau

lebih-lebihan makanan dll: ia makan dr ~-~ orang; ia tidak makan

nasi se~ pun;

meremah-remah, meremah-remahkan merepih-repih: ~ roti.

remah (rémah) II Mn berkerut-kerut, bergumal, berkeremut.

remai berasa sakit (nyeri) di tulang: tulang tangannya ~-~ sahaja.

remaja 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk

berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah

mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda

yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~

masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda;

meremaja menjadi remaja: Amnah ~;

meremajakan menjadikan muda, memudakan; ~ pegawai negeri

menggantikan pegawai-pegawai tua dgn pegawai-pegawai muda;

keremajaan perihal (keadaan) remaja: seorang gadis yg sedang

dlm ~;

peremajaan perihal meremajakan.

remak sl lebih baik, biarlah: ~lah aku mati drpd berkhianat kpd

kawanku.

reman Pr kayu atau buluh kecil (spt jarum) yg diikat pd tali dan

menyebabkan perangkap tertutup.

reman (réman); tahanan ~ a) tindakan menahan seseorang selepas

mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm

tempoh tertentu: sebelum ini dia pernah ditahan utk siasatan

berhubung dgn pembunuhan itu tetapi dibebaskan selepas tempoh

tahanan ~ tamat; b) seseorang yg ditahan selepas mendapat

perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh

tertentu;

Page 124: Kamus Dewan r

mereman menahan seseorang yg dituduh melakukan jenayah ke

dlm tahanan (penjara atau lokap) utk siasatan lanjut sementara

menunggu perbicaraan dsb: mereka tidak dibenarkan ikat jamin

dan direman sehingga kes mereka disebut semula di mahkamah;

semua lelaki berkenaan direman di lokap Ibu Pejabat Polis

Daerah itu.

remang I bulu halus-halus di badan, roma; kacang ~ sj kacang yg

kulitnya berbulu;

meremang tegak atau berdiri (bulu badan atau roma), seram: ~

bulu suak di tengkuknya;

meremangkan menegakkan (bulu roma): Ramlah diharu-birukan

fikiran yg mengerikan diri dan ~ bulu romanya.

remang II ark; meremang mengalir perlahan-lahan, meleleh, bersimbah

(peluh).

remang III; remang-remang agak gelap (kelam), kabur, samar muka,

redup: apabila sampai di kampung, hari telah ~ malam;

keremangan suasana (keadaan) yg remang (kelam, kabur):

mereka bertolak-tolakan dlm ~; pinggir pantai yg diserkup ~

senja.

remang IV; ~ panas sj tumbuhan (pokok renek), Breynia coronata.

remayung sj tumbuhan (herba), gendola, Basella spp.

remba Kd, Pn; beremba, beremba-remba; berjalan ~ berjalan

bersaing(-saingan).

rembah; ~-rembih a) bercucuran (air mata); b) tidak rapi (memakai kain

dll);

merembah meleleh (air mata); rembih.

rembak Kl, Tr; ~ itulah agak-agak itulah, seakan-akan itulah, tempat

itulah (agaknya).

Page 125: Kamus Dewan r

remban Kd batang kayu kecil (buluh dll) yg dipasang pd titi dll sbg

pemegang ketika meniti.

remban (rémban) Pr; meremban merembat: nanti kuremban kakinya

dgn parang;

teremban terbuang (benda); rembat.

rembang I 1. titik di langit yg betul-betul di atas kepala kita, kedudukan

yg setingginya (matahari, bulan); matahari ~ = ~ tengah hari

waktu tengah hari tepat (benar); sebelum ~ tengah hari sebelum

tengah hari; ~ petang sudah mulai petang, lewat pukul tiga petang;

2. sl tepat sungguh (waktunya): segala takwim kitab dibuka, ~lah

saat dgn ketika;

berembang merembang;

merembang; hari sudah ~ rembang petang;

perembang Kd, bp mengarahkan (senapang dll ketika hendak

menembak dll) dgn setepat-tepatnya.

rembang II; ~ panas sj tumbuhan (pokok sederhana), ceremai burung,

mengkirai gajah, ubah kecil, Glochidion laevigatum.

rembas I ark; habis ~ habis semuanya, rosak semuanya.

rembas II; merembas bercucuran (air mata): air matanya ~ gugur.

rembas III; merembas menghumban (ke bumi), meletakkan dgn kasar

(kerana marah dll), menghempas: lalu dicekik pinggang jin itu dan

dirembas ke muka bumi; guni beras itu dirembas ke lantai dgn

marahnya.

rembat (rémbat) pukulan dr kanan ke kiri atau sebaliknya dgn rotan yg

panjang dll;

merembat 1. memukul dr kanan ke kiri atau sebaliknya dgn rotan

yg panjang dll; 2. (dlm permainan bola sepak) menendang (dgn

mengayunkan kaki);

Page 126: Kamus Dewan r

rembatan 1. pukul (dgn rotan), rembat; 2. tendangan (dgn

mengayunkan kaki).

rembega (rembéga) sj tumbuhan (herba), Calotropis gigantea.

rembes Jk rembes (meresap masuk atau keluar).

rembes (rémbés) I; merembes 1. meresap masuk atau keluar (barang

cair spt air dll), menitis, tiris: air matanya masih ~ keluar dgn

tidak berhenti-hentinya; 2. menyeludup (dgn diam-diam),

menyusup: ia kagum melihat aliran sosialisme radikal mulai ~ ke

tanah airnya; pasukan gerila ~ masuk kota;

merembeskan mengalirkan keluar (air mata, hormon, enzim dsb);

rembesan 1. aliran (air mata dll), titisan: dia berusaha memahami

~ air matanya, dia tidak mahu mengalah pd emosinya; 2. (Bio)

sebarang bahan spt peluh, enzim, dan air liur yg dihasilkan oleh

sel atau kelenjar tubuh utk melakukan fungsi tertentu;

perembesen 1. (Bio) proses menghasilkan rembesan; 2.

penyusupan: buku dan surat khabar, idea, dll yg telah menerobos

atau dlm proses ~ masuk ke dlm negara.

rembes (rémbés) II Jw sj penyakit mata (tepi mata merah dan berair).

rembet (rémbét) I tidak bebas bergerak atau berjalan (kerana banyak

pekerjaan atau diekori orang dll), terganggu;

merembet menyebabkan tidak boleh bergerak (berjalan) dgn

bebas, mengganggu, menghalangi, merintangi.

rembet (rémbét) II; merembet 1. menjalar, merambat (api, penyakit,

percakapan, dll): perbualan itu akhirnya ~ kpd hal-hal peribadi;

sekejap sahaja api itu ~ ke estet yg berhampiran; 2. = merembet-

rembet melibat-libat yg lain, sangkut-menyangkut: perkara

rasuah ini merembet-rembet melibatkan beberapa orang pegawai

tinggi;

Page 127: Kamus Dewan r

merembetkan melibatkan, menyangkut (perkara dll), membawa-

bawa: perbincangan kita biarlah terhad kpd soal pokok sahaja,

jangan rembet-rembetkan soal peribadi.

rembih; merembih meleleh (air mata); rembah.

rembik; berembik bergoyang (spt galah atau kayu yg panjang).

rembuh; ~-rembai Pr meleleh (air mata); rembih, rembah.

rembuk bicara, muafakat, nasihat, runding;

berembuk berbicara, bermuafakat, berunding: itulah sebabnya

adik diundang, dipinta datang sama ~, memilih berat ringannya;

merembukkan membicarakan, memuafakatkan, merundingkan:

kami berkumpul ~ siasat yg akan dipakai;

rembukan pembicaraan, permuafakatan, perundingan: kalau dia

sudi maka ~ itu biarlah disempurnakan di belakang; kami orang

di rumah menyempurnakan ~ itu sematang-matangnya;

perembukan perbuatan atau hal berembuk atau merembukkan.

rembulan Jw bulan.

rembunai sl sedang (besarnya atau tingginya), sederhana: tubuh kecil

rendah ~.

rembung Kl dubur yg terkeluar pd pesakit buasir.

rembut I; terembut-rembut berkelip-kelip, berkedip-kedip (nyala api

dll): pelita-pelita itu menyala ~.

rembut II Jw; berembut-rembut berdahulu-dahuluan hendak melihat

dll, berebut-rebut.

rembut III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), janggut baung, jintik-

jintik, rambutan siamang, Rinorea anguifera (Alsodeia

enchinocarpa).

remedi (rémédi) (Udg) cara bagaimana pelanggaran hak dicegah,

ditangani dan dipampasi.

Page 128: Kamus Dewan r

remeh (réméh) tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga: masalah

itu tidak boleh dipandang ~; ~-cemek ark remeh-temeh;

meremehkan menganggap remeh (tidak penting, kecil, dll),

mengabaikan, menghinakan: kita tidak mengatakan bahawa kita

harus ~ kekuatan musuh;

keremehan perihal remeh (kecil, tidak berharga, tidak penting,

dll): seorang rahib dr Najran berkhutbah-khutbah

memperkatakan ~ hidup dunia serta kebesaran hidup akhirat.

remeh-temeh tidak mustahak, tidak penting, tidak berharga: orang yg

tidak suka kpd segala perkara yg ~;

meremeh-temehkan meremehkan: kecenderungannya memegah-

megahkan satu pihak dan ~ pihak lain;

remenia sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg boleh dimakan),

gondongan, kondongan, kundang(an), rembunia, rumia, setar,

Bouea macrophylla.

remet (rémét); meremet bercakap tidak menentu, merepek.

remia

remiak; riak-~; riak I.

remis I sj kepah (kijing) yg boleh dimakan (biasanya dikorek dr dlm

pasir di tepi pantai).

remis II IB, bp tidak ada yg kalah atau yg menang (dlm permainan

catur), seri.

remisier (rémisier) orang yg bekerja di firma broker utk menjual dan

membeli saham di pasaran saham bagi pihak pelabur dgn

memperoleh komisen.

remoh (rémoh) Mn renyuk, kepang-kepot.

remos (rémos) sj potongan rambut lelaki (yg disikat dan dibentuk spt

ombak atau balung);

beremos mempunyai rambut potongan remos.

Page 129: Kamus Dewan r

rempa ark; merempa melanggar, menempuh, merempuh: beberapa pun

dipasang orang meriam, dirempa juga lalu masuk ke dlm.

rempah I bahan perisa makanan yg terdiri drpd kulit kayu manis,

cengkih, buah pelaga, jintan manis, dll.

rempah II benda yg dimasukkan dlm masakan (gulai dll), bumbu: gulai

ini cukup ~nya; ~-pawah = ~-perawis = ~-piah berbagai-bagai

macam rempah; ~-ratus a) berbagai-bagai macam rempah; b) sj

jamu drpd bermacam-macam campuran; c) ki berbagai-bagai

pengalaman hidup (pahit manis, suka duka);

rempah-rempah berbagai-bagai macam rempah;

merempahi, merempah-rempahi 1. memasukkan rempah,

mencampuri dgn rempah: ia pandai ~ berbagai-bagai masakan; 2.

ark mengharumkan dgn bau-bauan, meraksi: ~ mayat melumur

mayat dgn minyak dll supaya tidak lekas hancur;

perempah barang-barang yg dipakai utk merempahi: lada hitam ~

daging.

rempah III; ~ gunung sj tumbuhan (pokok renek), cucur atap, Baeckia

frutescens.

rempah (rémpah); rebah-~ jatuh berguling-guling, rebah terguling-

guling.

rempak I; berempak bersama-sama maju atau bergerak, berderet

sejajar;

serempak bersama-sama, serentak: berlaku ~; datang ~; ketawa

~; ~ dgn itu serentak dgn itu;

menyerempak melanggar (mengerjakan dll) serentak (bersama-

sama);

keserempakan perihal (keadaan) serempak, keserentakan.

rempak II rampak II.

rempak (rémpak) sumbing, sompek (pisau dll).

Page 130: Kamus Dewan r

rempang Kd, Pn; ~ bahasa gila-gila bahasa, tiga suku.

rempang (rémpang); ~-rempong luka-luka (badan), koyak-rabak

(pakaian).

rempat (rémpat); merempat 1. terhempas ke batu karang (perahu); 2.

membawa (diri) ke mana-mana, melarat: akhirnya dia ~ ke

Singapura; ~lah dia entah ke mana.

rempelas empelas; akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar yg daunnya

boleh digunakan sbg penggosok kayu dll), Tetracera scandens.

rempelu Jw empedu.

rempenai sj tumbuhan (pokok kecil yg daunnya dibuat ubat kudis),

Ardisia humalis (coriacea).

rempenang; akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar pahit, akar

terung kemang, akar terung kemar, Cyclea peltata (laxiflora).

rempeyek (rempéyék) sj makanan yg dibuat drpd tepung beras dan

kacang tanah, dan digoreng berkeping-keping.

rempit Pr; merempit menyebat dgn rotan dll, menyesah.

rempoh (rémpoh) Ph; merempoh menjatuhkan orang dll dgn

menggalangi kakinya.

rempong (rémpong) terikat kakinya;

merempong, merempongkan mengikat kedua-dua belah kakinya:

maka Terung Pipit pun segeralah berlari-lari, dirempongkan kaki

Tak Rancang Besi itu; rimpung.

rempuh; berempuh-rempuh, berempuh-rempuhan berasak-asakan

(berebut-rebut) hendak mendahului: ~ membeli tiket; Pak Mat

berempuh-rempuhan dgn penumpang-penumpang yg berebut

tempat duduk;

merempuh menempuh (mencari jalan dll) dgn paksa,

mengharung, menyerbu: kami ~ masuk; kami berjalan ~ orang

Page 131: Kamus Dewan r

ramai; ~ rintangan kawat berduri; ~ maut tidak mempedulikan

keselamatan jiwa;

rempuhan desakan, langgaran, serbuan: semuanya lari

bercempera kerana menghindarkan diri drpd ~ lembu; rambutnya

kusut kerana ~ di pintu bas.

rempung; se~ seberkas, seikat, setangkai (buah-buahan).

rempus; merempus mengikat keempat-empat kaki binatang (yg akan

disembelih); rapus I.

remujung sj tumbuhan (herba yg digunakan sbg ubat kencing manis),

kumis kucing, misai kucing, Orthosiphon grandiflorus.

remuk = ~-redam hancur (pecah) menjadi kecil-kecil, hancur luluh

(larut), hancur berkecai-kecai: gelas itu dihempaskannya ke lantai,

~; kereta itu ~ di bahagian tepinya; ~ hati (perasaan) hancur

luluh rasa hati, sedih sekali;

meremukkan, meremuk-redamkan menghancurkan,

merosakkan: tekanan udara yg ~ dinding tin itu; berita sedih itu ~

hatinya;

keremukan perihal atau keadaan remuk.

remung sj ikan laut, Lutianus lineolatus.

remunggai lemunggai.

remut; meremut bp tersangat banyak: ~ manusia di padang itu; ~ semut

makan gula.

Ren. kep Rendah: Sek. ~ Hulu Kelang.

rena ark rona, warna.

renai Mn; hujan ~-~ gerimis, hujan renyai-renyai, hujan rintik-rintik;

renyai.

renaisans (rénaisans) kelahiran semula sesuatu, terutamanya yg

berkaitan dgn bidang seni: ~ kebudayaan.

renak Pr; pepak ~ bersepah-sepah, terserak-serak (barang, sampah, dll).

Page 132: Kamus Dewan r

renal (rénal) (Ubat) berkaitan dgn buah pinggang: arteri ~.

renang I; kolam ~ kolam utk berenang; lumba ~ perlumbaan berenang

(sukan);

berenang bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air;

acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan,

menembak, ~;

~ kodok Id suatu cara berenang, gaya dada; ~ menelentang berenang

dgn badan yg menelentang; mengajar itik ~ prb perihal membuat

sesuatu pekerjaan yg sia-sia;

berenang-renang berenang ke sana sini: beberapa ekor anak itik

kelihatan sedang ~ di dlm kolam itu;

merenangi berenang di (ke): ~ orang lemas; ~ laut lepas prb

perihal pergi ke negeri lain dgn tiada tentu tujuan;

merenangkan membawa berenang, membiarkan berenang:

Benderang dititahkan baginda ~ rantai terlalu besar, maka

direnangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu;

renangan gerakan (perbuatan, gaya dsb) berenang: Si Hitam

mengikut ~ ikan itu yg bergerak dgn kepayahan pd tempat yg

cetek itu;

perenang ahli sukan renang, ahli renang.

renang II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), ubah paya, ubah merah, samat

tebangau, Glochidion brunneum.

renardit (rénardit) (Kim) mineral yg mengandungi plumbum, uranium

dan fosforus.

rencah I; merencah 1. berjalan menempuh lumpur (becak dll),

menginjak-injak: ia terhuyung-huyung ~ air sawah; 2. ki

menempuh atau mengharungi (bahaya dll): sepanjang hidupnya ia

~ kesusahan; 3. = ~ sawah menyuruh kerbau menginjak-injak

tanah di sawah hingga jadi gembur, melunyah sawah: tanah

Page 133: Kamus Dewan r

sawahnya direncah oleh berpuluh-puluh ekor kerbau yg ditambat

di situ;

terencah 1. terlangkahkan; 2. sudah direncah, terinjak.

rencah II = perencah campuran berbagai-bagai barang atau rempah

supaya masakan menjadi lebih sedap: ~-~ utk membuat rendang

hati; terung panjat buat perencah gulai ikan kering;

merencah mencampur lauk dll.

rencah III; merencah 1. tidak tetap pendirian (pekerjaan, fikiran, dll),

selalu bertukar-tukar (pendirian, fikiran, dll), lincah; 2.

mengerjakan bermacam-macam pekerjaan serentak (tetapi tidak

ada yg selesai atau sempurna).

rencak Kd giat, tangkas; rancak I.

rencam I; merencam tidak terang atau tidak jelas kelihatan,

mengaburkan mata (kerana terlalu

halus dll).

rencam II 1. = rencaman campuran drpd pelbagai macam; 2. (terdiri)

drpd pelbagai macam; kecekapan Pak Mustafa ~ juga; makanan

yg ~ makanan yg terdiri drpd pelbagai macam bahan;

kerencaman perihal rencam (terdiri drpd pelbagai macam),

kepelbagaian: ~ dan kepelbagaian corak bahan cerita rakyat.

rencana 1. sl cerita, karangan, kisah: ia giat dlm menulis esei-esei dan

~-~ ringan; ~ pengarang = tajuk ~ karangan (terutama dlm surat

khabar, majalah, dll) yg merupakan pendapat suratkhabar atau

majalah itu; 2. catatan mengenai perbincangan dlm mesyuarat dll,

laporan, minit: dia sedang menyiapkan ~ mesyuarat yg lalu; 3.

rangka sesuatu yg akan dikerjakan, buram, pelan, rancangan: kami

membuat ~ kota teladan; pemerintah telah tahu tentang ~

pemberontakan; 4. acara (pembicaraan), agenda, jadual, program:

perkara ini termasuk dlm ~ yg akan kita rundingkan kemudian;

Page 134: Kamus Dewan r

kami berangkat kembali ke Acheh menurut ~ yg telah diatur

terlebih dahulu; 5. buram (surat), konsep, naskhah (surat), draf,

rang: beri saya ~ surat itu sekarang juga; 6. perkataan (ayat dll)

yg dibacakan oleh seseorang supaya ditulis oleh yg lain, imlak:

semasa latihan ~ dijalankan, pelajar-pelajar mestilah mendengar

dgn baik dan menulis apa yg sedang guru bacakan;

~ Colombo rancangan bantuan teknik antarabangsa; ~ kerja

rancangan pekerjaan yg akan dilaksanakan; ~ lima tahun Id

rancangan pembangunan yg harus dilaksanakan dlm masa lima

tahun;

berencana dgn rencana, berancang;

merencana sl bercerita;

merencanakan 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan,

menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman

moyangku sampai ke masa aku; tidak dapat kurencanakan

bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua

kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2.

menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang

kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh

rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd

U Thant, diterima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau

membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta

kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan

penggempuran direncanakan, pasukan Amerika mendarat di

Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan

(ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh

pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas;

terencana terancang: skim ini bertujuan utk mengendalikan

program terjemahan secara ~;

Page 135: Kamus Dewan r

perencanaan perihal merencanakan, perancangan: pelajaran yg

menjadi kegemaranku ialah ~ kota; namun begitu hasilnya kurang

memuaskan dr segi keaktifan dan ~;

perencana 1. sl penyusun cerita (kisah, huraian, dll); 2. orang dll

yg merencanakan, perancang.

rencang bunyi yg keras (spt gerencang).

rencang (réncang) Jw kawan, pembantu, pengikut, pengiring.

rencat; merencatkan menyebabkan terbantut atau terhenti,

membantutkan: racun kulat boleh ~ pertumbuhan miselium,

percambahan spora, dan pembiakan seks kulat;

terencat terbantut, terhenti, tertahan: kerjanya ~ kerana air

pasang; ~ akal tidak normal keupayaan atau perkembangan

mentalnya disebabkan faktor tertentu (bkn seseorang, terutamanya

kanak-kanak); ~ otak terencat akal;

keterencatan perihal atau keadaan terencat;

kerencatan perihal (keadaan dsb) terencat (terbantut dsb),

kebantutan: kanak-kanak itu biasanya dilahirkan tidak cukup

bulan dan mengalami ~ pertumbuhan; ~ akal keadaan atau

keupayaan mental seseorang yg tidak berkembang dan berfungsi

secara normal, yg biasanya ditandai ciri-ciri tertentu.

perencatan perihal merencatkan, perihal terencat (terbantut): ~

pertumbuhan jika berterusan lambat-laun akan membunuh kulat

juga;

perencat sesuatu yg merencatkan sesuatu yg lain; bencat,

gencat.

renceh (réncéh) I kecil (dipakai utk beberapa perkataan sahaja); selar ~

ikan selar yg kecil; receh.

renceh (réncéh) II kelebihan, sisa.

rencek (réncék) Jh mengada-ada.

Page 136: Kamus Dewan r

renceng (réncéng) I panjang lampai, tinggi kurus, tidak berlabu betis (pd

kaki): potongan badannya kecil ~.

renceng (réncéng) II Jk; serenceng, serencengan seuntai (manik,

mercun, dll), serenting;

rencengan rentengan, untaian (mercun dll).

renceng (réncéng) III ark; ~ mulut sangat mudah bercakap-cakap,

ramah.

rencet (réncét) I Jh; terencet-rencet terkinja-kinja, terloncat-loncat.

rencet (réncét) II ark; berencetan berangkaian, berentetan, beruntun-

runtun; rentet.

rencik recik.

rencing bunyi berdencing-dencing;

merencing berbunyi berdencing-dencing: Laidin bertanya dr atas

basikalnya yg ~ itu; gemerencing.

rencis renjis.

rencong (réncong) I sj badik (Acheh).

rencong (réncong) II rancung (keratan atau potongan), serong; pepat di

luar ~ di dalam prb orang yg lahirnya baik tetapi di hatinya jahat;

merencong 1. memotong (mengerat, membuat) rencong: dahan-

dahan yg besar hendaklah direncong supaya pangkalnya serong

dan tajam, dan mudah hendak dipacakkan; 2. meruncing: menara

yg indah ukirannya dan bumbung yg ~ ke atas;

kerencongan perihal (keadaan, potongan dsb) rencong: ~ itulah

yg menyebabkan ia tahu bahawa sebenarnya di situlah tempat

benda yg dicarinya disimpan.

renda (rénda) sj kerawang yg biasa dipasang di tepi baju (bantal dll);

merenda membuat (mengait, menekat) renda: lepas sekolah ia

dipingit, lalu diajar ke dapur, menjahit, dan ~.

Page 137: Kamus Dewan r

rendah I 1. tidak jauh jaraknya dr bawah, tidak tinggi (lwn tinggi):

bangunan yg ~; pokok yg ~; ~ rembunai sedang (saja) rendahnya

(badan orang); 2. tidak nyaring, lembut, perlahan (suara dll): suara

yg ~; 3. = ~ hati suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong,

bongkak), baik hatinya: dia orang kaya yg ~ hatinya; 4. tidak

mulia (budi hati), hina, aib, nista: ~ budi; ~ akhlak; 5. tidak mahal

(harga), murah: harga getah terlalu ~ sekarang; 6. tidak banyak,

kecil, sedikit (pendapatan dll): golongan yg berpendapatan ~; 7.

(taraf) permulaan; sekolah (pendidikan) ~ sekolah (pendidikan)

permulaan; mahkamah ~ mahkamah permulaan; 8. tidak tinggi

atau tidak penting (kedudukan, pangkat, dll), tidak istimewa, kecil:

bagi remaja yg sentiasa dipandang ~ dan dianggap tidak

berguna, mereka tidak nampak sebarang kebaikan dlm diri

mereka sendiri; pegawai ~ pegawai kecil (tidak penting, tidak

tinggi); ~ pangkatnya (darjatnya, mutunya) tidak tinggi

pangkatnya (darjatnya, mutunya); orang ~ orang biasa yg tidak

berpangkat; berpangkat ~ berpangkat kecil; 9. kurang baik (mutu

dll): barang-barang yg bermutu ~; 10. tidak maju lagi: keadaan

hidup (ekonomi) yg masih ~ di negara itu; ~ di anjung tinggi, kecil

di ombak besar prb perihal sifat raja di Minangkabau yg diangkat

dan ditinggikan oleh rakyat dgn kata muafakat;

merendah 1. menjadi rendah, menurun: bulan separuh sudah ~ di

kaki langit; ayahnya sedang tidur, dengkurnya ~; suara yg ~; ~

benar rezeki Marah sangat menguntungkan (dr segala yg

dikerjakan); 2. rendah hati, tidak angkuh (sombong, bongkak):

sifatnya yg selalu ~ itu mendatangkan kawan yg banyak

kepadanya;

merendahkan 1. menjadikan rendah, menurunkan: badannya

direndahkan supaya tidak dilihat orang; ~ suara menurunkan

Page 138: Kamus Dewan r

(melembutkan) suara; 2. memandang atau menganggap rendah

(hina, tidak penting, dll), mengecil-ngecilkan: ia tidak suka ~

orang lain; ia berasa tidak senang dgn perkataan-perkataan yg ~

Malaysia;

~ diri a) membongkok supaya rendah; b) = ~ hati memandang

(menganggap) diri sendiri rendah, tidak menyombongkan diri; ~

mutu mengurangkan mutu (nilai); ~ rezeki menurunkan (memberi)

rezeki;

merendah-rendahkan memandang atau menganggap rendah

(hina, tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak

berkualiti dsb) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-

ngecilkan: menangkis sikap suka ~ kemampuan wanita;

rendahan yg rendah (tidak penting) pangkatnya atau

kedudukannya, bawahan: dia pegawai ~ di jabatan itu;

kerendahan 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal

rendah; ~ budi kehinaan, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak

sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~;

perendahan perihal (perbuatan dsb) merendahkan, perihal (proses

dsb) merendah.

rendah II; riuh-~ riuh gemuruh, sangat riuh.

rendam; berendam 1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~

lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam

(dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah

ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam

ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm

sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air

mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air,

berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya

(serba kekurangan);

Page 139: Kamus Dewan r

merendam 1. menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya:

padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan

dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air;

merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu

direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin

(tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya

(perkara); c) orang yg degil atau kikir;

terendam 1. sudah direndam; 2. terbenam dlm air, tergenang; 3. ki

tinggal lama di rumah (di suatu tempat dll); ~ sama basah,

terampil sama kering prb sama-sama mahu mengerjakan sesuatu

pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia;

rendaman (Kim) bekas yg dipenuhi air (pasir, minyak, dll) utk

memindahkan haba secara seragam kpd objek yg diletakkan ke

dalamnya;

perendaman perbuatan dsb merendam (menaruh dlm air).

rendang 1. goreng; pisang ~ pisang goreng; ~ kasturi kuih kasturi, kuih

rengas; 2. sj lauk yg dibuat drpd daging dll yg dirempah-rempahi

(dibubuh santan dan dimasak sampai kering): ~ Johor; ~ Padang;

berendang yg direndang; termakan cirit ~ prb termakan ubat

guna-guna maka dikuasai orang;

merendang 1. menggoreng: ~ ikan; 2. memasak hingga kering

dgn santan, memasak rendang; 3. menggoreng tanpa minyak: ~

bertih; ~ biji kopi;

perendangan periuk (belanga dll) yg dipakai utk merendang.

rendang (réndang) I rendah dan banyak daun serta cabangnya: di bawah

pokok kayu yg ~ kelihatan sepasang manusia;

merendang menjadi rendang: pokok itu tidak mungkin tumbuh ~

sepenuhnya;

Page 140: Kamus Dewan r

merendangkan menjadikan rendang: dahan-dahan tertentu perlu

dicantas utk ~ pokok itu;

rendangan daun yg rendang: ia dilindungi oleh ~ pokok ceri;

kerendangan perihal, keadaan atau sifat rendang: ~ pohon-pohon

di situ dapat dijadikan tempat berteduh drpd pancaran matahari

yg terik.

rendang (réndang) II Kd; merendang meratib saman.

rendang (réndang) III Kd sj perahu yg sempit lagi rendah.

rendap Pr; merendap menenggelamkan sebahagian badannya dlm air.

rendeng Jw musim hujan, musim tengkujuh.

rendeng (réndéng) Jk; berendeng, berendeng-rendeng berderet(-deret),

berturut-turut, beruntun(-runtun): berjalan ~.

rendet Jw tidak lancar (licin), sempit, sendat.

rendidih 1. (hidangan) daging, sayur dsb yg direbus perlahan-lahan di

dlm periuk yg bertutup; 2. kaedah memasak dgn merebus daging,

sayur, buah dsb dgn api yg perlahan di dlm periuk yg bertutup;

merendidih merebus daging, sayur, buah dsb dgn api yg perlahan

di dlm periuk yg bertutup.

rendong (réndong) Mn; terbawa ~ = terendong tersangkut (terbabit)

dlm perkara dll, terbawa-bawa: namanya terbawa ~ dlm perkara

rasuah itu.

renduh; merenduh 1. terlalu banyak barang (barang perhiasan yg

dipakai dll); 2. terlalu lebat (buahnya).

reneh (rénéh) I; mereneh mendidih.

reneh (rénéh) II; mereneh meleleh (air mata dll): matanya ~;

renehan lelehan (air mata, peluh).

renek (rénék) I pendek, rendah: budak ~; anjing itu jenis ~; pokok ~

pokok yg kecil dan berbatang keras.

renek (rénék) II; merenek gementar, menggeletar (suara).

Page 141: Kamus Dewan r

renet (rénét) bahan yg digunakan utk mengentalkan susu, terutamanya

dlm pembuatan keju.

reng (réng) I Jw bilah (buluh, kayu) yg dipasang pd kasau;

rengrengan.

reng (réng) II sj burung; hering.

reng (réng) III Kd, Kl kudrat, tenaga; ada ~ ada tenaga, larat; tidak ada

~ tidak ada tenaga, tidak larat; riang III.

renga ulat kecil-kecil yg putih (dan akan menjadi lalat dll);

berenga sudah dihinggapi renga, ada renga padanya: daging itu

sudah ~.

rengadean (rengadéan) Id sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat

bahan rumah dll), Ploiarum alternifolium.

rengah engah.

rengak sl; merengak berbau keras (sehingga menusuk hidung).

rengan sj tumbuhan (palma), salak hutan, Zalacca glaborescens.

rengap ark; berengap, merengap (ter)mengah-mengah (kerana lelah,

penat, dll);

perengap jampi (mantera) utk menundukkan lawan;

memperengap membuat (dgn menggunakan jampi dll) supaya

lawan atau musuh tunduk kpd kita.

rengas I 1. = ~ api sj tumbuhan (pokok), kembal benang, pokok laga,

Melanochyla tomentosa; 2. = ~ ayam sj tumbuhan (pokok), Gluta

elegan; 3. = ~ air = ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), Gluta

renghas; 4. = ~ air sj tumbuhan (pokok), Gluta velutina; 5. = ~

kerbau jantan sj tumbuhan (pokok), Gluta wrangi; 6. = ~ manuk =

~ air = ~ paya sj tumbuhan (pokok) sumpah biawak,

Melanorrhoea wallichii;

Page 142: Kamus Dewan r

~ ayam = ~ pasir sj tumbuhan (pokok), pauh hutan, Buchanania

sessilifolia; ~ lanjut sj tumbuhan (pokok), Buchanania lucida;

minyak ~ varnis (diperoleh drpd pokok rengas);

merengas memvarnis, menggilapkan (dgn varnis).

rengas II; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd kacang hijau (yg telah dimasak,

dikepal, dicelup tepung, dan digoreng), kuih kasturi.

rengat I retak; ~ hati sakit hati.

rengat II Mn; merengat keluar peluh (lahar dll), meleleh, menitik: ~

peluh di keningnya.

rengat III; merengat-rengat rasa sakit di dlm perut yg mencerut-cerut

(sebelum dan sesudah melahirkan bayi).

rengau I perengau.

rengau II Kd mencakar: kucing ~ budak itu.

rengeh (réngéh) I; merengeh meringkik (kuda).

rengeh (réngéh) II; tua ~ = tua merengeh tua amat.

rengek (réngék), rengekan tangis (sungut, gerutu, dll) yg meleret-leret

(oleh kanak-kanak yg menghendaki sesuatu dll): tak sanggup ia

mendengar ~ adiknya meminta-minta; rengekan anaknya tidak

henti-henti;

merengek, merengek-rengek selalu menangis, merungut-rungut,

menggerutu: anaknya yg berumur tiga tahun merengek-rengek

meminta makan.

rengga (réngga) sl tempat duduk di belakang gajah; rangka II, rengka.

renggah Kd besar (ketawa dll), banyak, sangat; dia ~ gelak dia gelak

besar; ~ makan makan banyak.

renggam sj tuai; berhenti ~ hari berehat masa sedang menuai

(perayaan).

renggang I 1. tidak berapa rapat, tidak tertutup benar, ada sela-selanya,

dll: apabila panas terik, papan-papan dinding rumah menjadi ~;

Page 143: Kamus Dewan r

2. agak berjauhan, kurang erat (persahabatan dll), kurang karib:

maka timbullah suatu pertengkaran yg membuat mereka semakin

~; anak kecil itu sudah tidak hendak ~ dr ayahnya lagi; 3. antara,

selang: ada kira-kira ~nya setahun dr perang Kedah itu maka

Raja Kecil datang pula melanggar Riau; 4. jarak(nya), jauh(nya),

beza(nya): lain pula keadaannya di negeri kami, ~nya hampir-

hampir sebelah dunia; kehidupan anak-anakku dibandingkan dgn

kehidupanku macam bumi dgn langit ~nya;

berenggang berantara, berjauh, berpisah: kedua-duanya tidak

pernah ~; biar masa ~ sedikit utk pergi memujuk isteriku pulang

ke rumah;

merenggang menjadi renggang (jauh dll): perhubungan antara

dua manusia itu sudah ~;

merenggangi menjauhi (supaya renggang): kenalan-kenalannya

makin lama makin ~ dia;

merenggangkan menjadikan renggang: ~ persahabatan; ~

tulisan; ia ~ tangannya melepaskan budak itu; ia mencuba ~

dirinya dr budak-budak yg ramai itu; tidak ada sesuatu yg dapat ~

silaturrahim kedua-dua belah pihak;

memperenggang menjadikan lebih renggang;

terenggang terbuka: pintu itu ~ sedikit;

kerenggangan perihal renggang: aku mengerti kenapa antara dua

teman itu timbul ~ dan ketegangan;

perenggangan perbuatan (proses) merenggangkan sesuatu;

perenggang; ~ waktu ark perintang waktu.

renggang II; merenggang; ~ gawai (Palembang) ark memperkosa

perempuan, merogol.

renggat garis-garis berlingkar pd tanduk atau batang kayu.

Page 144: Kamus Dewan r

renggeh (rénggéh) Kl tinggal sedikit sahaja lagi (buah-buahan di

pokok): buah rambutan itu dah ~ direlas budak-budak jahat;

kerenggehan keadaan renggeh: yg terpampang jelas hanya ~.

renggek (rénggék); merenggek, merenggek-renggek merengek-rengek,

meminta-minta dgn mendesak, menangis-nangis kerana

menghendaki sesuatu; rengek.

rengges (rénggés) ark ranggas.

renggut; merenggut 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak,

merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr

tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca

Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik

kaki, hampir mati;

merenggut-renggut merenggut beberapa atau berulang kali,

menarik-narik: dia ~ rambutnya spt orang kemasukan syaitan;

renggutan sentakan (tarikan) yg keras atau kuat, rampasan.

rengit sj nyamuk kecil, agas, gegat.

rengka sl tempat duduk di belakang gajah; rengga.

rengkah rekah, belah, retak: dinding rumahnya telah ~; rerak ~ rosak

dan pecah-pecah;

merengkah menjadi retak, merekah, (ber)belah: tanah sawah ~

kerana kemarau kuat;

rengkahan belahan, rekahan, tetakan: ada kelipan api yg spt

mahu menyelinap keluar dr ~ dinding-dinding buluh.

rengkam sj tumbuhan (rumpai yg biasanya terdapat pd batu karang),

rumput karang, Sargassum spp.

rengkat (réngkat) Kd, Pn pincang, tempang (kakinya); kaki ~ kaki

pendek sebelah (maka jalannya pincang); berjalan ~ berjalan

pincang (tempang).

rengkau Pr; merengkau menangis, meratap.

Page 145: Kamus Dewan r

rengkeh (réngkéh) ark; merengkeh bengkok belakang (kerana beban yg

berat dll), membongkok, meliuk;

terengkeh-rengkeh terbongkok-bongkok (kerana memikul

beban): ~ adik mendukung Shan.

rengkek (réngkék) I Kd rengkeh.

rengkek (réngkék) II tidak subur tumbuhnya (orang, tanaman).

rengkel (réngkél) ikatan atau rangkaian (buah-buahan dll) yg kecil: se~

manggis;

berengkel, berengkel-rengkel berangkai-rangkai (buah-buahan),

berekoran (orang berjalan): berengkel-rengkel manggis itu

digantung; mereka berjalan berengkel-rengkel;

merengkel membuat (mengikat, berjalan) berengkel-rengkel.

rengket (réngkét) Jk; merengket menggigil, menggeletar ketakutan.

rengkiang tempat menyimpan padi, baluh, jelapang, kepuk, lumbung;

kerengkiang.

rengkinang sj tumbuhan (pokok), kemesu, medang biawak (teja, telur),

sepah puteri, Elaeocarpus floribundus.

rengkit Mn berasa kaku atau pegal (tulang sendi dll).

rengkuh; merengkuh menarik (mendekatkan) ke arah diri sendiri,

meraih, merenggut: direngkuhnya anak itu, diusap kepalanya lalu

dibawa pergi mandi; direngkuhnya besi palang itu hendak

digoncangnya;

~ orang membujuk-bujuk orang; ~ untung mencari untung;

rengkuhan tarikan (yg kuat): agaknya lebih kuat lagi ~ yg

menarik manusia membelakangkan Allah SWT;

perengkuh alat utk merengkuh (merenggut).

rengkuk sj tumbuhan (pokok renek atau pokok kecil), medang gambut

(kertau, pacat), Rinorea anguifera.

Page 146: Kamus Dewan r

rengkung I sj tumbuhan (pokok yg agak besar), mentasawa, mersawa,

Anisoptera curtisii.

rengkung II 1. pembuluh (pd leher) yg menyalurkan makanan masuk ke

dlm usus besar: ~nya bergerak ke bawah menolak ubat-ubat yg

baru ditelan; 2. lekum, tenggorokan; kerongkong.

rengrengan (réngréngan) Jw buram, konsep, rangsangan, rencana.

rengsa (réngsa) I 1. lemah badan, tidak bertenaga, berasa malas, segan

(tidak bernafsu dll); 2. gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dsb pd

sesuatu bahagian tubuh: kadangkala mata mungkin menjadi ~;

hemoroid menyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan

~; 3. (Bio) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan spt

sentuhan, cahaya dan haba (bkn organisma hidup): nyamuk itu ~

terhadap DDT yg disembur di dlm rumah hingga menyebabkan ia

tidak hinggap lama pd dinding;

merengsa bermalas-malas, berasa malas (utk bekerja dll);

merengsakan menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal,

pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-

kanak jika ia tidak serasi dengannya; pendedahan dlm jangka

masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong;

kerengsaan 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2.

keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu

bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd

kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3.

mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi

sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah

kpd kerosakan;

perengsa bahan atau unsur yg merengsakan: semut yg menggigit

mengeluarkan cecair ~ pd tempat gigitannya; asap rokok sbg

Page 147: Kamus Dewan r

bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali drpd lingkungan pesakit

asma.

rengsa (réngsa) II; ~ sengsara = remuk ~ menderita kesusahan hidup,

berasa sangat sengsara.

renguh; merenguh 1. berdengkur; 2. Kd berbunyi spt bunyi lembu,

mengeboh; 3. Kd, bp menangis (agak kuat): budak ini asyik ~

sahaja, bagi makan tak hendak; dah besar gajah pun nak ~ lagi.

rengus; merengus bersungut atau berbuat sesuatu dgn keras dan kasar

serta muka yg masam kerana marah, tidak senang hati dsb:

"Celaka budak ini," Bidin ~ sambil mengheret Bujal naik; kami

rasa, dia tidak suka bergaul dan suka ~;

merengus-rengus bersungut-sungut atau berbuat sesuatu kerana

marah (tidak puas hati dsb), merungut-rungut: dia ~ sambil

berjalan pergi dr situ; sambil ~ aku balik juga, meninggalkan

radio Pak Mat dgn lakonan bangsawan seterusnya;

perengus orang yg suka merengus (masam muka, keras dan kasar,

dll).

rengut I gerutu, omelan: Aida melepaskan ~; "Tak usah cakap pasal itu

lagi", ~ Haji Maun;

merengut, merengut-rengut 1. bersunggut-sungut, mengomel: ia

menggelengkan kepala sambil ~; 2. tampak keruh atau masam

mukanya, merengus;

perengut pengomel, perengus; rungut.

rengut II sj tumbuhan (pokok memanjat), Epipremnum giganteum.

renik halus, kecil; hujan ~-~ hujan rintik-rintik; liang ~ Id liang (rongga)

yg kecil-kecil; neraca ~ Id timbang utk mengukur barang yg

halus-halus; padi ~ padi yg halus bijinya;

merenik-renik bertitik-titik (gerimis dll).

Page 148: Kamus Dewan r

renin (rénin) (Bio) enzim yg memangkinkan penukaran kaseinogen susu

menjadi kasein yg tak larut, terdapat dlm jus gaster dan biasanya

diekstrak drpd perut lembu utk membuat keju.

renium (rénium) (Kim) sj unsur logam yg digunakan utk membuat aloi

dll.

rening; merening, rening-rening bengkak, cekang, kaku, kejal, tegang

(badan dll).

renjana rasa berahi (cinta, kasih, rindu, dll) yg kuat: banyak antara anak

dara dan remaja puteri yg tertuna rindu dan ~ kerana perwira yg

muda belia ini.

renjas Pn; merenjas melompat bangun dgn marah, menunjukkan

marahnya (dgn bangun dr tempat duduk dll): maka Tuan Puteri

Sita Dewi pun terlalu marah di dlm hatinya, lalu bangkit ~ masuk

ke dalam peraduannya.

renjat; renjatan 1. = ~ elektrik rasa sakit apabila bahagian tubuh

terkena arus elektrik; 2. perasaan amat terperanjat spt seketika

selepas mengalami sesuatu kemalangan;

kerenjatan, terenjat (berada dlm keadaan) terperanjat dan

kebingunan.

renjer (rénjer) 1. orang yg tugasnya meronda atau mengawasi hutan,

taman negara, dsb; 2. unit tentera yg terlatih khas utk melakukan

serangan terhadap kawasan musuh.

renjis I percik, recik;

merenjis mengenakan air dgn memercikkannya: kain-kain direnjis

dgn air sebelum diseterika;

merenjis-renjis merenjis beberapa kali atau berulang kali: dgn

cermat, dia ~ pokok bunga itu dgn air;

merenjiskan memercikkan, merecikkan: istiadat ~ tepung tawar

dan menabur beras kunyit;

Page 149: Kamus Dewan r

merenjis-renjiskan merenjiskan beberapa atau berulang kali:

seorang wanita kelihatan sedang ~ air pd mempelai lelaki yg baru

tiba itu;

renjisan bahan yg direnjiskan, percikan: ~ air mawar;

perenjisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) merenjis,

merenjiskan atau merenjis-renjiskan (air dsb): ~ air mawar pd

kedua-dua mempelai;

perenjis 1. alat utk merenjiskan; 2. orang yg merenjis.

renjis II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), lelimau, limau-limau,

pokok temin, semantan, Taxotrophis macrophylla.

renjong (rénjong) ark tinggi: seorang yg ~; tinggi ~ tinggi;

merenjong 1. mengangkat, meninggikan; 2. renjong: tinggi ~; ~

lidah berkata.

renminbi (rénminbi) unit mata wang Republik Rakyat China.

renta ark; merenta-renta membentak-bentak, menengking, mengherdik-

herdik: demi didengarnya kata-kata itu, ia pun marah ~ .

renta (rénta); tua ~ sl sangat tua.

rentak I 1. hentaman kaki, hentak: ia menjawab dgn ~ dan marahnya; 2.

= ~ lagu (muzik) gerakan yg teratur (dlm lagu), irama, tingkah:

bertepuk tangan, berhentak kaki mengikut ~ lagu; 3. ki gaya,

kelakuan, tingkah: ia mencelah mengikut ~ langkah pak menteri; ~

sedegam, langkah sepijak prb Mn setuju, semuafakat;

berentak mengikut, mempunyai atau memakai rentak (lagu atau

muzik), berirama: sebuah lagu Melayu asli ~ perlahan

didendangkan dlm majlis itu;

merentak, merentak-rentak menghentak-hentakkan kaki (kerana

marah dll): ia bangun sambil ~ dan menengking;

merentakkan; ~ kaki menghentakkan (menghentamkan) kaki.

Page 150: Kamus Dewan r

perentak = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk

memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg

lemah.

rentak II renggut, sentak;

merentak menyentak, merenggut: anjing itu ~ rantainya lalu

putus; kemejanya sobek-sobek direntak-rentak orang;

terentak tersentak, tergoncang, dll.

rentak III; serentak bersama-sama (melakukan sesuatu), sekali gus,

serempak: kerja hendaklah dijalankan berselang-selang atau ~;

bangun ~; lawatan tuan itu ~ dgn ketibaan pasukan tentera

tambahan.

rentak (réntak) rentak II.

rentaka sl meriam yg boleh dipusing-pusingkan; lela II.

rentan mudah dihinggapi penyakit, jatuh sakit lagi; (me)~ hati ki lekas

marah (sakit hati, kecewa);

kerentanan perihal (keadaan atau sifat) rentan: ~ organ berbeza

antara satu dgn yg lain.

rentang terhulur panjang, terhulur memanjang;

se~ perjalanan Mn beberapa lamanya (jauhnya) berjalan; se~

ayam selama (sepusing) menyabung ayam;

merentang 1. membentang panjang, terletak memanjang: satu

banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah

Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~

di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll);

~ antap ark memotong (memintas) jalan; ~ jalan membuat jalan; ~

jambatan membuat jambatan; ~ panjang menghuraikan

(menceritakan) panjang lebar;

merentangi 1. merentang pd: mereka membina sebuah jambatan

gantung yg ~ sungai; jalan kereta api Trans-Siberia yg lurus ~

Page 151: Kamus Dewan r

kawasan ini; 2. menghalangi, merintangi: beberapa banyak

kesukaran yg ~ usahanya telah dapat diatasi;

merentangkan 1. menarik atau memasang kawat (benang, tali,

dll) tegang-tegang, meregangkan: ~ kawat; ~ tali; maka

diregangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu dan

direntangkannya; 2. menghulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dll:

ia mulai bergerak, ~ tangan, dan menganjurkan kaki; 3.

menerangkan dgn panjang lebar, menghuraikan: pandai ~ cerita;

terentang 1. sudah direntangkan, terbentang: gunung itu ~ dr

utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang,

terhalang;

perentangan perbuatan dsb merentangkan: kegiatan pengedaran

dan penampalan poster dan ~ sepanduk di merata-rata tempat;

perentang sesuatu (benda atau orang) yg merentang

(menghalang), penghalang: rantai ~ itu dapat diputuskan;

kenangan hitam itu berjaya menjadi ~ utama bagi Babu drpd

berkahwin.

rentang (réntang) ark; merentang-rentang membentak-bentak,

menengking, menggerantang.

rentap; berentap beradu pengaruh, kebolehan, kekuatan dsb dgn

hebatnya utk mencapai kemenangan dsb: empat belas orang

peserta akan ~ utk merebut gelaran juara itu;

berentap-rentap 1. tarik-menarik (dgn paksa), bertarik-tarikan; 2.

ki beradu pengaruh atau kekuatan dsb (dgn hebatnya): akhirnya

suatu pemilihan Ketua Kampung yg baru terpaksa dibuat, setelah

Munir dan Suif ~;

berentap-rentapan 1. saling merentap, tarik-menarik dgn paksa,

bertarik-tarikan; 2. saling berlawan atau beradu pengaruh,

kehebatan dsb: menjelang tahun 1957, cogan kata spt “Merdeka

Page 152: Kamus Dewan r

dgn Darah” dan “Biar Lambat Asalkan Selamat” ~ dgn

“Merdeka secara Damai dgn Bertolak Ansur”;

merentap menarik dgn paksa atau kekerasan, menyentak,

merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

merentap-rentap menarik-narik dgn kuat atau paksa, merentap

berulang kali: dia ~ kain yg tersangkut pd paku di dinding itu

hingga koyak; dia segera ~ tali sbg isyarat;

terentap terenggut, tersentak: siku dan umbi lengan dan umbi

paha sudah tidak ~ spt muda-muda dulu;

rentapan hasil merentap, sentapan: akhirnya dgn ~ kuat, beg itu

terlepas juga dr pinggang.

rentas lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg

melintang;

merentas 1. meretas, membuka, memutuskan: kena balung ayam

kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau

menempuh (sesuatu kawasan), memintas, melintasi, menjalani:

jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh

dgn lalang; berlari ~ desa; 3. merintis; ~ jalan a) merintis

(membuka) jalan; b) memintas jalan; 4. ki mencakup atau

merangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu;

rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~

graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara

yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~;

perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan

lurus; retas.

rente (rénte) renten.

renten (réntén) IB bunga wang: pinjaman dikenakan ~ sebanyak 13%;

merenteni memberi bunga wang;

Page 153: Kamus Dewan r

merentenkan membungakan wang (yg dipinjamkan),

meminjamkan wang dgn dikenakan bunga.

renteng (rénténg) Jk; serenteng serangkai, seuntai (mercun dll);

berenteng-renteng 1. beruntai-untai; 2. berendeng-rendeng,

berganding-ganding, beruntun-runtun;

merenteng; ~ mercun membakar mercun seuntai (tidak satu-satu).

rentenir IB orang yg meminjamkan wang dgn mengenakan bunga: ia

dipaksa berkahwin oleh ibunya dgn seorang ~ yg kaya.

rentet (réntét) 1. berhubungan satu dgn yg lain, sambung-menyambung,

berangkaian; 2. berturut-turut, beruntun-runtun, berekor-ekor;

rentetan 1. rangkaian, untaian: ~ kata; rondo ialah satu ~ bunyi

yg berulang-ulang dimainkan; ~ peristiwa beberapa peristiwa yg

berlaku berturutan (satu demi satu); 2. deretan, runtunan, siri: se~

dgn itu ia melengking sambil berdiri; 3. bunyi senapang dll yg

berturut-turut;

berentetan berangkaian, berturut-turut, beruntun-runtun:

tembakan kedengaran ~ di luar.

renti; merentikan menghentikan;

serenti; pusat ~

terutamanya yg berkaitan dgn penagihan dadah; henti.

rentik Jw; merentik berasa sakit (bahagian tubuh), nyeri.

rentung 1. terbakar hingga jadi abu (hangus): rumah dan harta benda

habis ~; 2. terbakar hingga hitam: membakar ikan sampai ~;

benda ~ benda yg (sudah) terbakar hangus;

merentungkan menyebabkan rentung: kebakaran kali kedua yg

berlaku tujuh tahun kemudian telah ~ beberapa buah bangunan

lagi.

Page 154: Kamus Dewan r

renung I; merenung 1. memerhatikan dgn teliti, menatap: direnungnya

muka anaknya lama-lama; 2. menjenguk, menjengul: ia ~ ke luar

jendela;

merenungi 1. memandang baik-baik, mengamat-amati dgn

saksama, menatap(i): direnunginya wajah Siti Salina; lama juga ia

~ kitab itu; 2. memikirkan (sesuatu masalah dll), dgn mendalam;

renungan 1. hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan:

malu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu; drpd air muka dan ~

matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk;

perenungan perbuatan dsb merenung(i): ~ tentang hubungan

antara manusia sbg peribadi yg berdaulat.

renung II; merenung diam memikirkan sesuatu, termenung memikirkan

sesuatu: beberapa lama ia tinggal ~ di dlm biliknya; ~ hari depan

memikir-mikirkan masa depannya;

merenungkan memikirkan dalam-dalam (masak-masak, sungguh-

sungguh), memenungkan: ia mengambil masa yg lama utk ~

nasihat-nasihat yg diberikan oleh ibunya;

renungan sesuatu yg direnungkan.

renut Kd; tali ~ tali yg mengikat rengga ke badan gajah.

renyah I leceh, rumit, susah (kerana memerlukan tenaga, benda, dll yg

banyak): antara ketupat dgn lemang, maka lemang lebih

menyelerakan tetapi amat ~ mengerjakannya;

berenyah, berenyah-renyah 1. bersusah(-susah), bersusah payah,

bersibuk-sibuk: saya orang tua, tentulah tidak dapat berenyah-

renyah spt orang muda; 2. = merenyah membuat (mengerjakan)

sesuatu dgn teliti (saksama).

renyah II tidak senang, gelisah, risau, was-was: ia berasa sangat ~;

merenyahkan menggelisahkan (merisaukan dll): apa yg hendak

direnyahkan, beras ada dan wang pun banyak.

Page 155: Kamus Dewan r

renyah III Jk keras tetapi senang menghancurkannya (mentimun dll),

rapuh.

renyai; hujan ~ (renyai-renyai) hujan rintik-rintik, rebas, gerimis;

berenyaian keluar sedikit-sedikit (peluh), bertitik-titik;

merenyai menjadi sedikit (kurang): hujan yg mulanya lebat sudah

~;

merenyai-renyai; sakit ~ berasa sakit sedikit-sedikit.

renyak; merenyak 1. menginjak-injak sesuatu dgn kaki; 2. menyumbat

sesuatu ke dlm bekas (peti dll) hingga padat; 3. ki memperlakukan

secara keras (orang yg sudah lemah.)

renyam I; merenyam, merenyam-renyam 1. berasa gatal, miang:

badannya berasa merenyam apabila tersentuh ulat bulu; 2. bk

galak, gatal (perempuan): tidak boleh nampak lelaki, nak

ditegurnya, ~ sangat!

merenyamkan menyebabkan berasa merenyam.

renyam II; merenyam bp tersangat banyak, tidak terbilang banyaknya:

~ semut memakan gula.

renyang Mn 1. tidak tetap hati, gelisah, lincah; 2. tidak rapi, tidak

selesai; 3. tidak sedap badan: badannya ~ dan lesu; renyah II.

renyap ark lenyap, nyenyak: waktu semua orang ~ dlm tidur.

renyau sj ikan laut, Atherina spp.

renyeh (rényéh) I; merenyeh 1. merengek: ah, engkau spt anak yg

merenyeh-renyeh; 2. berkata-kata (berkelakuan dll) yg berlebih-

lebihan (antara lelaki dan perempuan): meluat aku melihat lelaki

perempuan merenyeh-renyeh di pasar minggu; amboi, janda

muda itu ~ sangat!; ronyeh I.

renyeh (rényéh) II; terenyeh-renyeh Kd gatal, miang.

renyek Jk kumal, renyuk.

Page 156: Kamus Dewan r

renyem Jk 1. bp tidak tentu hala (rasa hatinya), tidak beres, tidak selesai

dll: ia menjadi ~ memikirkan hal anaknya; 2. (Sunda) bp gatal-

gatal tubuhnya, renyam.

renyih Kd; merenyih merangsang (kerana marah dll), merenjas.

renyik renyuk.

renyuh; merenyuh 1. Pn menyentuh dgn hujung jari, menonyoh,

mengetuk dgn buku jari; 2. Kd menolak atau melanggar orang dgn

kasar (dlm perkelahian atau perlanggaran), menggocoh.

renyuk I 1. kumal, berkerumuk (kain, kertas): nanti ~ pula pakaian yg

sudah diseterika itu; 2. remuk: pondok buruk itu habis ~ dihempap

batang kelapa yg tumbang;

merenyukkan mengumalkan, meremukkan: bunga itu

direnyukkannya; mahu rasanya kepala Si Sudin itu

direnyukkannya;

kerenyukan perihal atau keadaan renyuk; ronyok.

renyuk II Mn rajuk;

merenyuk merajuk.

renyuk III Mn rentak, sentak;

serenyuk serentakan: tidak semena-mena ribut datang ~;

merenyuk 1. = dgn ~ dgn serta-merta berdiri (kerana marah dll);

2. = merenyukkan menyentakkan, merentak (merenggut,

merengkah) dgn kuat-kuat (cepat-cepat): jangan direnyukkan tali

kekang kuda itu; 3. = merenyukkan mengunjukkan (memberikan)

dgn marah.

renyut I denyut;

merenyut berdenyut;

merenyutkan mendenyutkan (kening dll), menggerakkan: kita

cuma dapat ~ kening saja.

Page 157: Kamus Dewan r

renyut II; merenyut 1. bergerak perlahan-lahan dan banyak-banyak

(semut, ulat, dll), merayap; 2. Kd, Pn, ki terlalu banyak

(bilangannya): ~ ikan dlm kolam; ~ manusia di padang.

renyut III; ubat ~ sj tumbuhan (herba), Hedyotis capitellata.

reofit (réofit) (Bio) sj tumbuhan yg hidup di tepi atau di dlm sungai,

mempunyai akar yg mencengkam atau menjalar di celah batu, serta

berdaun kecil dan sempit.

reok (réok) Jk berketuk.

reorganisasi (réorganisasi) IB penyusunan semula, pembetulan aturan

(susunan, perjalanan): diadakan ~ dlm sistem pentadbiran sesuai

dgn sebuah negara yg membangun.

reorganisir (réorganisir); mereorganisir IB menyusun semula,

membetulkan susunan perjalanan sesuatu.

reorientasi (réoriéntasi) orientasi semula, penyesuaian semula: semua

ini memerlukan ~ dlm cara bekerja.

reostat (réostat) (Fiz) alat (dlm barang-barang elektrik) utk mengawal

aliran arus elektrik.

reot (réot) reyot I.

rep (rép) (Muz) gaya muzik yg seni kata lagunya tidak dinyanyikan,

tetapi dituturkan secara cepat dan berirama, yg berasal dr

masyarakat berkulit hitam di Amerika: muzik ~.

repak repas.

repang papak atau rata (dipangkas), pepat: cucur atap yg ~; gigi yg ~;

berepang (telah) direpang: rambutnya yg ~ pendek memang

senang diurus;

merepang memangkas rata-rata, memepat rata-rata, meratakan,

menyamakan (hujungnya): buluh itu direpang supaya rata;

merepangkan merepang utk: dia ~ ibunya tepi kain yg berumbai-

rumbai itu agar kelihatan lebih kemas;

Page 158: Kamus Dewan r

perepangan perihal (perbuatan, proses dsb) merepang.

reparasi (réparasi) IB perbaikan (pembetulan) apa yg rosak: ~ kereta;

mereparasi membaiki, membetulkan: motokarnya terpaksa

direparasi.

repas mudah pecah (rosak), rapuh.

repatriasi (répatriasi) IB pengembalian (penghantaran kembali) ke tanah

air;

merepatriasikan memulangkan (mengembalikan) ke tanah air.

repek (répék); merepek bercakap terus-menerus dan yg bukan-bukan,

berleter, mengoceh, meracau: apa yg kau cakapkan ini? M~

sahaja tidak menentu, macam orang gila.

repertoir (répertoir) 1. semua drama, muzik, nyanyian, cerita dsb yg

sedia utk dinyanyikan (dilakonkan, dipersembahkan dsb) oleh

penyanyi, pelakon, pemuzik dsb; 2. (Komp) set arahan lengkap yg

dimiliki oleh komputer tertentu.

repertori (répertori) persembahan teater yg terdiri drpd beberapa

lakonan (drama) oleh satu kumpulan teater utk tempoh masa yg

singkat.

repes (répés); merepes berbuat sesuatu yg tidak ada faedahnya atau utk

menghabiskan masa sahaja.

repet (répét); merepet 1. berleter, mengoceh, meracau: sejak tadi lagi

perempuan tua itu ~; 2. mengigau, meracau;

perepet (orang yg) suka merepet; repek.

repeten (répetén) IB angka yg selalu berulang dlm pecahan perpuluhan;

pecahan ~ pecahan persepuluhan yg mempunyai angka yg selalu

berulang.

repetir IB; senapang ~ senapang yg sekali diisi boleh digunakan utk

menembak berulang kali.

Page 159: Kamus Dewan r

repetisi (répetisi) IB ulangan (pelajaran), latihan ulangan (lakonan dll):

seorang bintang filem berkali-kali mengadakan ~ utk

menyesuaikan dirinya dgn lakonan yg akan dijalankan.

repih I mudah dipatahkan atau dipecahkan (spt roti kering dll), rapuh;

merepih menggetas (mematahkan, memecahkan, dll) kecil-kecil:

~ roti;

repihan pecahan (sobekan, potongan, dll) yg kecil-kecil, serpih:

banyak orang yg terbunuh terkena ~ bom.

repih II Ph, Pr; merepih menebas semak (rumput dll), mencuci ladang

(halaman), merumput.

repis I.

replika (réplika) 1. model sesuatu objek, spt bangunan, jentera, catan,

dll, yg hampir atau betul-betul menyerupai objek yg asli: ~ sebuah

meriam zaman kesultanan Melaka akan dipamerkan di Muzium

Melaka; 2. seseorang atau sesuatu yg sifat-sifatnya hampir-hampir

menyamai sifat-sifat seseorang atau sesuatu yg lain: malangnya

media di dunia Islam adalah semata-mata ~ media Barat;

mereplikakan membuat atau meniru sesuatu objek (spt bangunan

dsb) dlm bentuk replika: kerja ~ Menara Berkembar Kuala

Lumpur juga memerlukan kreativiti pembuatnya.

repolper IB pistol.

repot (répot) I bp lapor; kena ~ dilaporkan;

merepotkan melaporkan, memberitahukan: kehilangan

motokarnya itu dgn segera direpotkan ke balai polis;

repotan kenyataan yg dibuat (ditulis) ketika merepotkan, laporan.

repot (répot) II IB 1. banyak kerja, sibuk: ia begitu ~ mengurus dan

melayani orang-orang yg datang di rumahnya; mereka akan

membenarkan kita lewat tanpa ~; 2. dlm kesukaran, berabai, kalut,

Page 160: Kamus Dewan r

kelam-kabut: orang ramai mulai ~ kerana harga beras telah

meningkat naik;

merepotkan menyebabkan repot;

kerepotan kesibukan, kekalutan.

representasi (répréséntasi) 1. sesuatu yg melambangkan,

menggambarkan, atau menyatakan sesuatu yg lain, perlambangan,

gambaran, pernyataan; 2. perihal (perbuatan dsb) mewakili,

perwakilan.

representatif (répréséntatif) mewakili (golongan dll), sesuai utk

mewakili.

represif (réprésif) bersifat menekan (menindas): langkah-langkah ~

perlu diambil utk mencegah kegiatan jenayah.

reproduksi (réproduksi) tiruan lukisan (lukisan yg diambil gambar dgn

kamera).

reproduktif (réproduktif) bkn dgn pembiakan: organ ~.

reprografi (réprografi) (Cetak) proses, seni atau amalan membuat

salinan atau mencetak semula bahan bercetak dsb.

reptilia (réptilia) haiwan berdarah sejuk, spt buaya, ular, cicak, dan kura-

kura, yg bernafas dgn paru-paru, bertelur, dan badannya diliputi

kulit keras atau bersisik.

repu Pr; merepu 1. menimbun sampah dll utk dibakar (utk menghalau

nyamuk, hantu, dll); 2. tersangat banyak, berlambak-lambak.

republik (républik) negara yg sistem pemerintahannya berdasarkan

kuasa rakyat melalui wakil yg mereka pilih dan diketuai oleh

seorang presiden;

kerepublikan yg mempunyai ciri-ciri republik: doktrin ~ revolusi

Perancis.

republikan (républikan) orang (parti politik) yg menganut faham

ketatanegaraan yg berbentuk republik.

Page 161: Kamus Dewan r

republikanisme (républikanisme) faham (aliran, kepercayaan, doktrin

dsb) yg menganjurkan bahawa sistem kerajaan yg terbaik adalah

sebuah republik.

repuh I ark 1. = ~ muda = repuhan hutan muda atau belukar; 2. Kd

sisa-sisa (spt ranting-ranting dll) pokok-pokok yg ditebang dan

terbiar (kadang-kadang dilindungi oleh anak-anak kayu).

repuh II Pr; merepuh penuh (dgn bunga): pokok-pokok durian sedang

~.

repuh-repuh mangga, induk kunci gantung, kura-kura, pedal ayam.

repui ark repas, repih, reput.

reput buruk atau lapuk (kayu, kain, dll): pokok itu direndam dlm air

sehingga ~ dan tanggal segala bahagian yg lembut dan isi

batangnya;

~ fros kemusnahan tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki,

hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg

pernah dialami oleh pendaki gunung); ~ relai rosak berpisah-pisah

kerana busuk atau lapuk (kain, kayu, dll);

mereput menjadi reput;

mereputkan menyebabkan menjadi reput: hidupan seni memakan

dan ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg mati;

reputan benda yg reput: tumbuhan itu hidup di tanah yg kaya dgn

~ benda-benda organik;

kereputan perihal (keadaan) reput;

pereputan perihal (proses dsb) menjadi reput: karbon dioksida

terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yg mati dll.

reputasi (réputasi) 1. nama baik: aku mempunyai pengikut, aku

mempunyai ~, aku sudah menjadi tokoh politik; 2. perbuatan dll yg

menyebabkan nama baik.

rerak = bererakan rosak bercerai-cerai, berantakan, terserak-serak;

Page 162: Kamus Dewan r

mererak menjadikan bercerai-cerai kerana mengambil bahagian-

bahagiannya dll; ~ rengkah rosak dan pecah-pecah; lerak I.

rerambut 1. sesuatu yg halus spt rambut: tiub ~; 2. (Bio) kapilari;

kererambutan (Fiz) kecenderungan cecair di dlm bahan penyerap

atau tiub rerambut naik atau turun disebabkan oleh tegangan

permukaan.

reras Mn ark gugur, luruh.

reriang I riang-riang (sj serangga).

reriang II riang-riang (sj tumbuhan).

ribu-ribu (sj tumbuhan).

rerot (rérot) Jk; bererot, bererot-rerot berjalan beriring-iring

(berduyun-duyun);

mererot berderet-deret, berduyun-duyun, berjejer, beruntun-

runtun;

rerotan deretan, runtunan.

reruku ruku-ruku.

reruntuh runtuhan, reruntuk.

reruntuk runtuhan, barang-barang yg sudah rosak (buruk), runtuh: ~

rumah; ~ dunia ark sampah dunia, sundal.

resa 1. gerakan yg terasa di dlm perut (badan dll, spt gerak bayi yg akan

lahir dll): perempuan itu makin bertambah sakit, datang ~nya

bertubi-tubi; 2. dorongan (hati), gerak (hati): biarkanlah ia

mengikut ~ hatinya, biarlah kita berpegang pd yg benar.

resah tidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup: ia kelihatan ~ dan

serba salah; mereka telah ~ menanti; ~ gelisah resah;

beresah, beresah-resah berada dlm keadaan resah, berusuh hati:

sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya;

meresah menjadi resah: sebentar kemudian ia ~ lagi;

meresahkan menyebabkan resah: panas yg ~ badan;

Page 163: Kamus Dewan r

keresahan 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan

langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2.

mengalami resah: “teruk betulkah?” Karim ~.

resak 1. sj tumbuhan (pokok), Vatica spp.; 2. sj tumbuhan (pokok),

Shorea spp.; 3. sj tumbuhan (pokok), Cotylelobium spp.

resam I sj tumbuhan (paku-pakis yg batangnya keras dan biasa dibuat

kalam), bengkawang, Gleichenia linearis;

~ lumut = ~ padi sj tumbuhan (paku-pakis), paku telur belangkas,

temangah, Cheilanthes tenuifolia.

resam II 1. adat kebiasaan, aturan-aturan yg menjadi adat; adat ~ adat

(aturan) yg biasa; hukum ~ ark hukum adat; 2. pembawaan,

kebiasaan, sifat, tabiat: dlm pantun banyaklah terdapat perasaan,

fikiran, ~, dan tabiat orang Melayu; ~ tubuh Id keadaan tubuh;

seresam sesuai; ~ dgn sesuai dgn;

resaman resam; resmi.

resam III; burung ~ sj burung, Pnoepyga pusilla harterti.

resan = meresan 1. berasa sakit hati oleh kata-kata dll orang lain, berasa

tersindir: ~ benar ia apabila orang-orang itu menoleh kepadanya

tatkala ia lalu di situ; ~ hatinya kerana diejek; 2. Kd berasa tidak

senang hati terhadap (kelebihan) orang lain, berasa cemburu

(dengki, iri hati).

resap hilang, lenyap, lesap: timol itu ~ cepat dan kesannya tidak lama;

tuan puteri pun ~lah tiada ketahuan halanya;

meresap 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair),

menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke

tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya

hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-

masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes

(peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang,

Page 164: Kamus Dewan r

lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap

(masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat

benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di

hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk

ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa

banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu;

meresapi meresap ke dlm, memasuki rata-rata: lantai hendaklah

dibuat drpd bahan yg tidak boleh diresapi air; seluruh alat

negara telah diresapi oleh pengaruh samurai;

meresapkan menyerapkan, memasukkan rata-rata: aku berbaring-

baring di tanah utk ~ khasiat drpd sinar matahari yg membakar

ke dlm tubuhku;

teresap sudah diresapkan (diserapkan), termasuk dalam-dalam

(rata-rata);

resapan perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian

(sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu

dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pengaruh dan ~ nilai-

nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu

kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah

penting di Nusantara;

keresapan perihal atau keadaan resap atau teresap;

peresapan perihal (proses dsb) meresap: ~ gas; ~ unsur-unsur

budaya material.

resbang IB sj bangku panjang tempat berbaring utk berehat.

resdung sj penyakit hidung yg disebabkan oleh radang pd membran

sinus.

resen (résén) bp catuan.

Page 165: Kamus Dewan r

resensi (résénsi) pertimbangan atau pembicaraan mengenai buku dll,

ulasan buku: ~-~ terhadap buku ini telah terbit dlm surat khabar

setempat.

resep (resép) IB 1. keterangan bkn ramuan-ramuan dan cara memasak

sesuatu makanan, resipi; 2. penentuan ubat (yg diberi oleh doktor).

resepsi (resépsi) IB majlis perjamuan yg diadakan utk menerima tetamu

(yg datang utk mengucapkan selamat dll).

reseptif (réséptif) mudah, bersedia atau terbuka utk menerima (idea baru,

cadangan, dsb): mereka begitu ~ terhadap rancangan baru itu;

minda yg ~ kpd ilmu-ilmu moden.

reseptor (réséptor) (Bio) tisu khusus (biasanya pd organ deria) yg

sensitif terhadap rangsangan tertentu.

reserse (resérsé) IB mata-mata gelap.

resesi (résési) keadaan ekonomi yg meleset, kemelesetan.

resesif (résésif) (Bio) bkn gen yg hanya ketara pengaruhnya apabila

pasangannya juga sama (tidak dominan).

resi I sl orang pertapa, orang suci.

resi II = surat ~ Id surat pengakuan penerimaan, tanda penerimaan, resit.

resi III 1. harum, wangi; 2. bau-bauan; raksi I.

residen (résiden) wakil kerajaan British di tanah jajahan atau negeri

naungan British: ~ bagi keempat-empat buah negeri itu tertakluk

kpd ~ jeneral; ~ jeneral residen besar (ketua bagi seluruh residen);

keresidenan 1. kediaman (pejabat) residen; 2. daerah yg diketuai

oleh residen.

residu (résidu) sesuatu yg tinggal setelah yg lain digunakan, sisa, baki,

kerdak.

resik I; meresik 1. nyaring kedengaran, lantang; 2. berdesir, berkersik;

3. desas-desus, kasak-kisik (suara berbisik).

resik II Jk bersih.

Page 166: Kamus Dewan r

resimen (resimén) IB pasukan tentera yg biasanya diperintah oleh

kolonel atau leftenan-kolonel, rejimen.

resin (résin) 1. bahan lekit berwarna kuning atau coklat yg diperoleh

drpd pokok tertentu, spt pain dan fir, dan digunakan utk membuat

varnis, ubat dsb, damar; 2. damar yg dibuat secara sintetik, yg

digunakan sbg bahan asas dlm membuat barangan plastik dsb.

resipi 1. senarai bahan (ramuan) dan peraturan yg diperlukan dlm

menyediakan sesuatu masakan atau makanan; 2. cara atau kaedah

mencapai sesuatu tujuan; ~ kecantikan cara menjadikan diri

(seseorang) cantik.

resit sepotongan kertas bertulis yg mengesahkan atau mengakui

penerimaan sesuatu bayaran atau barangan; buku ~ buku yg

mengandungi helai-helai resit.

resital (résital) (Muz) persembahan muzik dsb oleh pemain, penyanyi

dsb solo atau oleh kumpulan kecil: ~ piano.

resmi sifat semula jadi, sifat khas (benda, adat, perangai, tabiat): kanak-

kanak dr kecil lagi telah memiliki ~ atau kelakuan serta

pembawaan yg tersendiri; apabila menerangkan sifat-sifat

sesuatu benda, eloklah dikumpulkan sifat-sifat atau ~-~nya ke dlm

dua kategori; baik membawa ~ ayam betina prb lebih baik

merendahkan diri (supaya selamat dlm hidup), resam.

resolusi (résolusi) 1. keputusan rasmi yg dicapai dlm sesuatu mesyuarat,

persidangan, dsb, ketetapan; sebanyak 16 ~ telah diambil dlm

perjumpaan itu; 2. azam, tekad: ~ tahun baru.

respek (réspék) IB hormat, kehormatan.

respirasi (réspirasi) 1. pernafasan: sistem ~ bermula dr hidung dan

mulut; 2. (Bio) proses penguraian kimia yg berlaku dlm sel

organisma, dgn penghasilan tenaga dan karbon dioksida.

Page 167: Kamus Dewan r

respirator (réspirator) 1. alat utk membantu pernafasan seseorang,

terutamanya kerana sakit atau mengalami kecederaan; 2. alat yg

dilekapkan di hidung dan mulut utk mencegah penyedutan asap

atau gas beracun.

responden (résponden) 1. orang yg memberikan maklumat (menjawab

soalan-soalan yg dikemukakan dsb) dlm sesuatu kegiatan kaji

selidik: kerja menemu bual memerlukan kemahiran, membuat

penyelidikan, dan mengadakan hubungan mesra dgn ~ atau

pengisah; 2. orang atau pihak yg didakwa dlm aduan atau rayuan

yg dikemukakan ke mahkamah.

respons (réspons) sambutan, reaksi, jawaban: tentu sekali kami

mengharapkan ~ drpd pembaca.

responsif (résponsif) segera atau mudah memberikan kerjasama atau

reaksi yg bersifat membantu terhadap sesuatu usaha dsb.

restan (réstan) IB kelebihan (makanan dll), sisa: di mulutku masih terasa

jua adanya ~ gelak tadi.

reston Jw ark; merestoni memberi berkat, mendoakan; restu.

restoran (réstoran) kedai makan.

restorasi (réstorasi) IB pemulihan kpd kedudukan yg asal (terutama bkn

takhta kerajaan, negara, dll).

restriksi (réstriksi) IB pembatasan.

restu 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd

seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan

itu hanyalah dgn ~ Allah; 2. persetujuan drpd seseorang atau

sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk

membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan

sesuatu, kebenaran, keizinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya;

baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan

Page 168: Kamus Dewan r

tidak akan sempurna; 3. sl pengaruh baik atau buruk, guna-guna,

jampi, mentera;

merestui 1. mengurniakan kebaikan, kesejahteraan atau rahmat

kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg terbabit

dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat,

si suami berdoa semoga Allah ~ rumah tangga yg baru dibinanya

itu; 2. memberikan persetujuan, kebenaran atau keizinan kpd

seseorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju

dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui

oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami;

3. sl mengenakan pengaruh (guna-guna, jampi).

restung I resdung.

restung II 1. sj tumbuhan (pokok renek), jelutung badak, susuk ayam,

susun kelapa, Ervatamia corymbosa; 2. sj tumbuhan (pokok

renek), lada-lada (hutan, jantan, padi), lelada, puding hutan, susun

kelapa, Ervatamia malaccensis;

~ badak sj tumbuhan (pokok renek), jantung badak, jelutung

badak, Ervatamia hirta; akar ~ a) sj tumbuhan (rizom), gadung

seberang, ubat raya, Smilax china; b) sj tumbuhan (pokok

memanjat), akar tongkat ali, Smilax myosotiflora.

resuk; meresukkan memasukkan ke dlm lubang (kotak dll),

memeresukkan.

resume (résumé) 1. IB ringkasan (ikhtisar); 2. keterangan ringkas

tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya, dsb

seseorang, biasanya disertakan utk memohon sesuatu pekerjaan;

meresumekan meringkaskan, mengikhtisarkan.

resusitasi (résusitasi) (Ubat) kaedah memulihkan seseorang yg hampir

maut secara tiba-tiba, mis kerana lemas atau serangan jantung.

Page 169: Kamus Dewan r

reta (réta); mereta-reta beromong kosong, berborak, mengobrol,

merepek.

retai; retak-~ banyak retaknya, retak-retak; retak.

retak 1. garis yg nampak pd benda keras (pinggan dll) yg menunjukkan

ia akan pecah atau belah: ~ pd pinggan itu makin menjadi besar;

2. mempunyai garis yg menunjukkan akan pecah atau belah:

pinggan-pinggan yg sudah ~ itulah yg digunakan setiap hari; 3. ki

ada kekurangannya (tidak sempurna), cacat cela: kerja-kerja yg

dibuatnya itu terlalu banyak ~nya; 4. ki ada perbalahan

(perselisihan dll) yg boleh menimbulkan perpecahan (perceraian

dll), sudah tidak semuafakat lagi: dia tidak mahu kasih sayang

mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu; 5. = ~ tangan a) rajah

tangan, suratan tangan; b) nasib badan: manusia ini dilahirkan dgn

cara yg sama tapi ~ tangannya berlainan;

~-~ mentimun Mn retak halus-halus hanya di luar sahaja (barang

pecah belah); ~-retai banyak retaknya; ~ seribu a) banyak

retaknya; b) sj corak kain batik moden Malaysia;

~ batu prb tidak didamaikan lagi (perselisihan dll); ~-~ bulu ayam

prb mudah didamaikan (perselisihan dll); ~ menanti (mencari,

tanda akan) pecah (belah) prb a) perkara kecil yg akan menjadi

besar; b) hanya tinggal menantikan timbulnya malapetaka yg lebih

besar (pergaduhan, kematian, dll); ~ pertujuh Mn prb perasaan

hati yg hancur (kerana tersangat merindu); bukan di ~ panas prb

Mn bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan);

meretak menjadi retak, mulai retak;

meretakkan menjadikan retak, menyebabkan retak: cahaya

matahari ~ genting-genting atap; isu Cyprus telah lama ~

hubungan antara Greek dgn Turki;

retakan garis yg menunjukkan akan pecah, retak;

Page 170: Kamus Dewan r

keretakan perihal retak: ~ pd dinding bangunan itu semakin hari

semakin melebar; telah berlaku ~ dlm rumah tangga itu;

peretakan perihal (proses, perbuatan dsb) meretak atau

meretakkan: lekukan gerak bumi berlaku disebabkan oleh proses

pelendutan, pelenturan dan ~ kerak bumi.

retas terputus benang jahitannya, terbuka jahitannya (kelimnya);

meretas 1. memutuskan (mengerat, memotong) benang-benang pd

jahitan; 2. membuka dgn pisau (surat dll), membelah kulit (karung

dll); ~ bisul membedah bisul; ~ perut membedah perut; 3.

menebang pokok dll utk membuat jalan, merentas, merintis; ~

jalan membuat jalan dgn menebang pokok-pokok dll; 4.

merosakkan (membuka pagar dll), menembusi rintangan;

peretasan perihal (proses, perbuatan dsb) meretas: ~ benang pd

jahitan yg silap itu masih dilakukan;

peretas orang yg meretas, alat utk meretas.

retat Kl; meretat memukul dgn belakang tangan.

retek (réték) I Mn; meretek gementar, menggigil.

retek (réték) II Kl, Tr bersama, getek, juga; saya nak pergi ~ saya nak

pergi bersama (juga).

retet (rétét) Jk; beretetan 1. berderet, beruntun-runtun; 2. berbunyi

mendedas (mesingan); rentet.

reti bp mengerti, tahu: dia tak ~ bercakap Melayu; erti.

retih I; meretih berbunyi spt bertih direndang (daun-daun basah dibakar

dll), mendedas.

retih II; meretih berbintik-bintik pd kulit (peluh dll), berbutir-butir.

retik I Kd; meretik; tak ~ tidak berani bergerak (berbuat apa-apa), takut

benar.

retik II Kl; meretik merecik (air dll).

Page 171: Kamus Dewan r

retikulasi (rétikulasi) susunan, corak dsb yg berjalin-jalin spt jaring:

sistem perparitan ~.

retikulum (rétikulum) (Bio) 1. jalinan halus protoplasma sel; 2. perut

kedua pd haiwan ruminan yg banyak menyimpan air utk

digunakan dlm pencernaan.

retin daun terup yg bergambar potongan wajik, daiman.

retina (rétina) (Bio) lapisan mata paling dalam yg peka kpd cahaya.

retok (rétok) recok.

retorik (rétorik) 1. (Lin) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara

berkesan dlm penulisan atau pertuturan; 2. seni menggunakan atau

memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau

mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. pertuturan

atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau

muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar; 4.

berkaitan dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata

yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran

pendengar: kita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan

hanya bercakap tentang cabang tanpa menyedari pokok

sebenarnya sudah reput; dia menyifatkan ucapan Belanjawan itu

penuh isi dan tidak ~ selain bahasa mudah yg digunakan; soalan

~;

beretorik berpidato, berbicara dsb dgn menggunakan bahasa yg

muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg

sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta

mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak

lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak

perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak

difahami oleh rakyat.

Page 172: Kamus Dewan r

retorsi (rétorsi) Id perbuatan membalas oleh sebuah negara (terhadap

negara yg menyusahkan perdagangan).

retort (rétort) bekas kaca yg bulat, dgn leher yg panjang tirus yg

membengkok ke bawah dan digunakan dlm makmal utk

penyulingan; kaki ~ sj tiang besi tempat radas-radas disokong dgn

sj penyepit berskru.

retribusi (rétribusi) hukuman atau balasan kerana sesuatu kesalahan,

dosa, dsb.

retroaktif (rétroaktif) mulai berkuat kuasa dr tarikh yg lalu, yg

diundurkan tarikh berkuat kuasanya (bkn undang-undang dsb):

seseorang tidak boleh didakwa mengikut undang-undang yg

belum wujud ketika jenayah itu dilakukan walaupun ada

peruntukan ~ dlm undang-undang.

retrogresif (rétrogrésif) bersifat berbalik kpd keadaan sebelumnya yg

lebih buruk (kurang maju, menurun dsb): langkah ~ yg boleh

menjejaskan kedudukan ekonomi negara bagi jangka panjang;

pandangannya yg ~ itu menimbulkan kebimbangan kpd

pergerakan wanita di negara ini.

retrospeksi (rétrospéksi) tinjauan kembali pengalaman atau peristiwa yg

lalu: golongan pertama menyelongkar semula nostalgia serta ~

lama.

retrospektif (rétrospéktif) meninjau atau mengenang kembali peristiwa,

dsb yg lalu.

retur IB, bp kembali; karcis ~ Id tiket kereta api dll utk pergi dan balik;

meretur mengembalikan, mengirim kembali: surat itu diretur kpd

pengirimnya.

retus Tr memetik (bunga, daun, dll): jangan ~ tangkai mempelam tu.

reumatik (réumatik) berkaitan dgn atau disebabkan oleh reumatisme:

demam ~.

Page 173: Kamus Dewan r

reumatisme (réumatisme) (Ubat) penyakit yg dicirikan oleh radang dan

rasa sakit, terutamanya pd otot dan sendi.

reumatologi (réumatologi) cabang perubatan yg berkaitan dgn

reumatisme, artritis dsb, termasuklah punca, diagnosis dan

perawatannya.

revivalisme (révivalisme) gerakan atau kecenderungan utk

menghidupkan kembali adat (idea, gaya dsb) yg lampau:

pendekatan ~ menghidupkan kembali gaya rupa silam dlm konteks

reka bentuk kontemporari.

revolusi (révolusi) 1. perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau

sistem sosial yg dilakukan secara radikal dan kekerasan, spt

rusuhan dan pemberontakan bersenjata: Angkatan 45 lahir sbg

pernyataan ~ Indonesia; 2. perubahan yg menyeluruh dan

mendadak, terutamanya dr segi cara berfikir, bertindak, dsb;

R~ Hijau gerakan utk meningkatkan hasil tanaman di negara-

negara sedang membangun melalui teknik pertanian moden, spt

kesuburan tanah, penggunaan jentera, kawalan penyakit dsb; ~

mental revolusi fikiran, perubahan pemikiran secara menyeluruh;

berevolusi mengadakan revolusi;

merevolusikan mengubah sistem pemerintahan (sosial dll) dgn

kekerasan (cepat dll), membawa perubahan kpd sesuatu atau dlm

sesuatu bidang secara radikal (meluas, menyeluruh, dan cepat).

revolusioner (révolusionér) 1. bkn atau bersifat revolusi; 2. benar-benar

baru dan berlainan: kaedah ~ membuat kereta; idea-idea ~; 3.

orang yg menyokong revolusi;

kerevolusioneran perihal revolusioner.

revolver (révolver) sj pistol yg beberapa butir pelurunya disimpan di

dlm silinder yg berputar setiap kali tembakan dilepaskan.

Page 174: Kamus Dewan r

rewak (réwak) I; merewak meluas, merata (khabar dll), menjalar,

merebak, merembet (kerusuhan, penyakit, dll).

rewak (réwak) II ark ada perkara yg hendak dikatakan (dikhabarkan).

rewan (réwan) ark pilu, rawan: terbang mengawan segala ~.

rewang (réwang) I; merewang 1. tidak tetap atau selalu berubah-ubah

(tempat, fikiran, dll): di sebelah petang ~lah cikgu singgah ke

mana-mana; angan-angan dan jalan fikirannya panjang ~; 2.

oleng (perahu dll).

rewang (réwang) II; merewang merambang, merawak; rawak.

rewang (réwang) III gotong-royong sbg persiapan menjayakan sesuatu

majlis (terutamanya majlis kenduri perkahwinan).

rewel (réwél) Jw 1. ada-ada sahaja yg dikatakan (diminta dll), suka

membantah, susah menurut, banyak mulut (bicara): orang tua yg

~; tukang ~ orang yg banyak mulut (cakap); 2. susah mengerjakan

dll sesuatu, tidak berjalan dgn lancar (mesin dll), berabai, recok;

kerewelan perihal rewel (kerecokan, kerusuhan, kesukaran,

percecokan).

rewet (réwét) ark; merewet merembet.

reyok (réyok) Kl tidak betul kedudukan (sesuatu benda), senget.

reyot (réyot) I Jk sudah rosak benar dan hampir roboh: kerusi tua yg

sudah ~.

reyot (réyot) II reyok.

rezeki Ar 1. segala sesuatu yg dikurniakan oleh Allah utk keperluan

rohani dan jasmani, mis makanan, ilmu dsb; ada nyawa (umur)

ada ~ selama masih hidup tentu mendapat makanan; itu bukan ~

saya itu bukan utk saya (makanan dll); memberi ~ a) memberi

makanan (nafkah); b) membawa keuntungan (kemujuran); 2. ki

pendapatan, penghasilan, pencarian (wang dll utk sara hidup);

kehilangan ~ kehilangan mata pencarian; mencari ~ mencari

Page 175: Kamus Dewan r

makan, mencari penghidupan (dgn berusaha dll); mendapat ~ a)

mendapat makanan (penghidupan dll); b) mendapat untung (laba),

mujur; putus ~ kehilangan pencarian; 3. peluang utk beroleh

makanan dll, keuntungan, perolehan; bukan ~ bukan habuan

(untung) seseorang; dekat ~nya cepat (mudah) mendapat untung;

jauh ~nya sulit (susah) mencari untung; kalau ada ~ kalau ada

wang (habuan, kemudahan, untung); mudah-mudahan dimurahkan

~nya mudah-mudahan banyak (mudah) mendapat keuntungan dll;

naik ~nya semakin bertambah keuntungannya; orang makan gaji,

umur panjang ~ beragakkan Mn orang makan gaji, umur panjang

tetapi perolehannya terhad; pembahagian ~ pembahagian

keuntungan dll; perebutan ~ perebutan keuntungan dll;

~ batin sesuatu yg berfaedah utk batin, makanan rohani (jiwa); ~

harimau ki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis; ~

jangan ditolak untung jangan dibuang (dibiarkan terlepas); ~

mahal susah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan;

~ mata sesuatu yg sedap dipandang; ~nya meninggi mendapat

keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ merendah semua yg

diusahakannya itu menguntungkannya; ~ murah selalu mendapat

keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ yg halal pendapatan dll

yg halal (bukan dgn penipuan dll); ~ elang tak akan dapat

(dimakan) oleh musang (burung pipit) prb semua orang ada

kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh

direbut oleh orang lain;

merezekikan memberikan rezeki: mereka tidak direzekikan dgn

gugur syahid di medan jihad.

Rh simbol kimia bagi rodium.

RI kep Republik Indonesia.

Page 176: Kamus Dewan r

ria I 1. gembira, girang, riang, sukacita: ia cukup ~ menerima ijazahnya;

bersuka ~ berseronok-seronok, bersuka-suka; 2. ramai atau riuh

(oleh suara orang bersuka-suka, berseronok-seronok, dll);

~ gembira tersangat ria; ~ riuh ramai bersuka-suka;

beria-ria bergembira, bersenang-senang, berseronok-seronok,

bersuka-suka;

meriakan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan,

menyukakan: mengapa pula dia tidak dapat ~ hatinya?

keriaan perihal ria (kegembiraan, kegirangan, keseronokan,

kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan

kepedihan.

ria II Ar riyak.

ria III (Geog) sj teluk kecik (serokan) yg panjang yg terbentuk akibat

drpd penenggelaman lembah di pinggir laut yg disebabkan oleh

kenaikan aras laut: ada sebuah pinggir laut yg mengandungi ~,

teluk dan tanjung tinggi.

riadah I Ar amalan kerohanian utk mengawal hawa nafsu, mis berpuasa,

mengamalkan amalan sunat dsb.

riadah II Ar 1. gerak badan, senaman; 2. segala kegiatan yg dilakukan

pd waktu lapang utk menyihatkan badan dan fikiran (spt

bersenam, bermain, dsb), rekreasi;

beriadah 1. melakukan latihan gerak badan (senaman), bersenam;

2. melakukan riadah (rekreasi), berekreasi.

riadiah, riadiat ark; ilmu ~ ilmu pasti.

riah riyak.

riak I 1. gerakan air yg mengombak (di permukaannya), gerakan air yg

merupakan bulatan (kerana batu jatuh di air dll), ombak kecil: dia

merenung ~-~ air tempat jatuhnya batu itu; angin laut bertiup

sepoi-sepoi bahasa, pohon-pohon kelapa melambai-lambai riang,

Page 177: Kamus Dewan r

~-~ kecil berlari di gigi air; 2. getaran (gerakan) udara: ketika hari

terang dan panas terik ternampaklah ~-~ udara; 3. ki gerak-geri

yg menandakan ada sesuatu yg terkandung dlm hati, gelagat: maka

Hitam terentap ke muka Deraman, sinar matanya tidak

menimbulkan ~; ada ~-~ yg menunjukkan kedua-dua orang itu

mempercayai kata-kataku; ~ gelombang gelombang radio; ~ ikan

kocakan air yg disebabkan oleh ikan; ~ mua Kl a) gelombang

kecil-kecil; b) tingkah laku yg kebudak-budakan (bersifat

kebudak-budakan); ~-remiak beriak-riak (air);

beriak, beriak-riak, meriak 1. bergerak-gerak mengombak (air,

udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun

menerima hukuman itu, ia tenang, setenang air danau yg tidak ~;

udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata

memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita

itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2.

ki ada gelagatnya (yg menunjukkan kandungan hatinya): perasaan

benci ~ di mukanya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak

penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya

kosong (kepalanya).

riak II dahak.

riak III ark riyak.

rial 1. = ~ batu sl sj mata wang: baginda bertitah menyuruh ambil tiga ~

batu diberikan kpd tok mudim; 2. wang: maka oleh Bendahara

apabila Tun Biajid bersalam, disuruhnya ikut pd seorang

hambanya iring jauh-jauh membawa ~; 3. ukuran berat yg

besarnya 1/2 tahil (kira-kira 20 gram): emas tiga ~; 4. Kl ringgit;

5. unit mata wang utama Iran dan Oman;

bak kambing rega se~ prb perihal orang yg tidak senonoh

kelakuannya (tidak tentu kedudukannya, bercakap ke sana sini dgn

Page 178: Kamus Dewan r

cakap yg tidak ada ertinya); jikalau tiada ~ di pinggang, saudara

yg rapat menjadi renggang prb jikalau sudah miskin, orang pun

tidak menyukai kita lagi.

riam air terjun yg rendah, cegar; jeram I.

rian ukuran benang yg besarnya 1/16 tukal.

riang I sangat gembira, girang hati, suka hati: anak-anak sedang menari

dan menyanyi dgn ~; ~ gembira suka dan gembira; ~ hati girang

(senang) hati, suka hati, sukacita; ~ ria riang gembira;

beriang; ~ hati = beriang-riang bersuka-suka, bergembira-

gembira, bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan

bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap sesuatu ada

hingga batasnya;

meriangkan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan

hati;

keriangan 1. = ~ hati perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan;

2. berasa riang, berasa sangat gembira: Salina ~ melihat gelagat Si

Bulat;

periang (orang yg) selalu riang: ia seorang yg ~ dan peramah.

riang II = meriang; ~ semangat berasa pening-pening, berasa gamang;

badannya meriang dia agak demam; meriang I.

riang III Kd, Pn tenaga, kuasa; tak ada ~ lagi tidak ada tenaga lagi

(tidak larat lagi), sudah lemah; reng III.

riang IV Kl, Tr senget sedikit, reyok.

riang V; ~ batu sj tumbuhan (herba), Begonia isoptera; pokok ~ hutan sj

tumbuhan (pokok memanjat), carik merah, Vitis japonica; akar

asam ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang, akar yang-

yang, akar kerayang, Vitis hastata.

riang-riang I; biawak ~ sj biawak yg besar, Varanus salvator.

Page 179: Kamus Dewan r

riang-riang II sj serangga yg sayapnya lut sinar (yg jantannya berbunyi

bising dan nyaring pd waktu senja).

riang-riang III 1. sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras), Ploiarum

alternifolium Melch; 2. sj tumbuhan (pokok renek), iang-iang,

kayu kuat, keriang, Archytae vahlii; ~ gelugur sj tumbuhan (pokok

renek), pakan paya, Fagraea racemosa; rumput ~ sj tumbuhan

(rumpai), Themeda gigantea Hack.

riap perihal bertambah-tambah besar (binatang, kanak-kanak, dll);

meriap menjadi bertambah besar (bertambah banyak): ~ anak-

anak kayu di kebunnya.

rias I hati batang pisang: maka baginda pun mengerahkan rakyat

berkotakan ~.

rias II Jk hias; kaca ~ cermin utk berhias; kamar (ruang) ~ bilik tempat

berhias diri; tukang ~ tukang menghias (pengantin);

berias berhias (diri), berdandan, bersolek;

merias menghiasi; ~ mata menghiasi mata (dgn celak dll); ~

rambut mengandam rambut;

riasan hiasan.

riayah Ar naungan, penjagaan: kekuatan rohani, iaitu rakyat beriman

kpd Allah, rakyat di bawah pemerhatian Allah, dan di bawah ~-

Nya.

riba I = ribaan pangkuan: anak yg kecil itu

duduk di atas ~ ibunya;

beriba duduk di atas riba (pangkuan);

meriba memangku: isterinya ~ anaknya.

riba II Ar 1. bunga berganda yg membebankan, yg diharamkan oleh

Islam; makan ~ a) hidup dgn membungakan wang; b)

membungakan wang dgn bunga yg tinggi, menghisap darah; 2. ark

pelepas wang, ceti; tukang ~ ceti.

Page 180: Kamus Dewan r

ribak riba (bunga wang).

ribang ark rindu.

ribatat Ar pertalian (keluarga dll).

riboflavin sj vitamin B kompleks yg terdapat di dlm sayur-sayuran hijau,

ikan, susu, hati, ginjal, telur dsb dan kekurangannya boleh

menyebabkan penyakit pelagra.

ribu bilangan sepuluh kali seratus; empat ~ 4000;

seribu 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; dgn ~ daya

dgn bermacam-macam daya; diam (membisu) ~ bahasa diam sama

sekali; membuat (mengangkat) langkah ~ lari dgn bersungguh-

sungguh (kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; retak ~ a) retak yg

banyak lagi kecil-kecil (pd pinggan dll); b) sj corak batik

Malaysia;

menyeribu; ~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu

hari seseorang meninggal;

perseribu dibahagi seribu; satu ~ satu dibahagi seribu 1/1000;

beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang;

meribu sl beribu-ribu: meratus cermin di kaki, ~ cermin di

pinggang;

ribuan 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin

mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~

manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan

pertunjukan kebudayaan.

ribu-ribu sj tumbuhan (paku-pakis), selada, Lygodium scandens;

~ besar = ~ gajah sj tumbuhan (paku-pakis), Lygodium

flexuosum; ~ bukit = ~ duduk sj tumbuhan (paku-pakis), akar

sidin, paku jari merah, Lygadium circinnatum; kayu ~ sj tumbuhan

(pokok renek), Anisophylla scortechinii.

Page 181: Kamus Dewan r

ribut I 1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg

merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan

kerpasan, yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado;

hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin

ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak

terkawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat

letupan bom; ~ pasir angin kencang di padang pasir yg

menyebabkan kepulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg

disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin

kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; ~ tenggara ribut dr arah

tenggara; ~ taufan angin ribut;

tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebabnya maka

terjadi sesuatu perkara;

beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~.

ribut II 1. banyak yg harus dikerjakan, sibuk sekali, hibuk: entah apa yg

diserukan, ia tidak mengerti, kerana ia terlalu ~ utk menangkapi

kata-kata itu; buat ~ buat sibuk, pura-pura sibuk; 2. bising, gaduh,

hingar, huru-hara, ramai, recok, rusuh: mereka ~ malam kelmarin

kerana kehilangan wang; di pelabuhan sangat ~ bunyi berbagai-

bagai gerobak dan sorak pekerja; 3. marah-marah, mengamuk: ~,

kelam-kabut, bertunda-tunda, sedang sepak terajang, tinju tampar

berdambun-dambun bunyinya;

meributkan 1. menjadikan ribut, mengacaukan, menggemparkan;

2. menimbulkan huru-hara (gaduh dll), merusuhkan;

keributan 1. kesibukan, kegiatan (kerja): ~ di jalan raya sungguh

memeningkan kepala; 2. kegemparan, kekacauan, kekecohan,

kekecokan, kerusuhan: soal yg ditimbulkannya itu telah

mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda;

peribut pengacau, pengganggu (keamanan), perusuh.

Page 182: Kamus Dewan r

ricau; mericau 1. berkicau (burung dll), menggericau; 2. banyak mulut,

cerewet, berleter, berceloteh, mengoceh, meracau;

pericau orang yg suka mericau (berleter, berceloteh, dsb).

ricetit (ricétit) (Kim) bijih yg mengandungi plumbum dan uranium.

ricih; mericih menghiris, menyayat; rincih.

ricis; mericis meracik; rincis.

ricu campur aduk, kacau, kalut, kusut;

kericuan perihal ricu, kekacauan, kekalutan.

RIDA akronim bagi Rural and Industrial Development Authority

(Lembaga Kemajuan Perusahaan dan Kampung).

ridan sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat papan dll), Nephelium

maingayi.

ridap; meridap Sb (dlm keadaan) tertidur atau terlelap dgn mata

terpejam dan tidak sedarkan diri buat seketika kerana penat.

riddah Ar perbuatan keluar drpd agama Islam, sama ada melalui

perbuatan, perkataan, atau niat.

Ridhwan malaikat yg menjaga pintu syurga.

riding 1. sl sj jaring besar (utk menangkap kijang dll); 2. sl kayu-kayu

kecil (anak-anak kayu) di pinggir-pinggir hutan dll: maka diintai

oleh Badang dr balik ~.

ridip sirip di belakang ikan.

ridwan Ar 1. rela; 2. berpuas hati.

riel unit mata wang Kampuchea.

rigai Mn tinggi lampai, tinggi kurus, panjang dan ramping.

rigap I Pr cekap dan pantas (kerja): ~ spt lipas kudung.

rigap II, rigat Kl tangkap, igap, igat.

rigi-rigi Mn gerigi;

berigi-rigi bergigi tajam pd tepinya (spt gergaji), bergerigi,

beringgit-ringgit: ia mempunyai rahang-rahang yg ~.

Page 183: Kamus Dewan r

rih Ar angin.

rihal

rijalulghaib Ar wali Allah yg tidak kelihatan pd mata kasar manusia

biasa.

rijil IB, bp nyata, sungguh: dlm renungan, bisa dilukiskan kejadian-

kejadian yg ~ dgn tidak merosakkan suasana renungan.

rikaz Ar bahan galian spt bijih emas, perak dan minyak: zakat ~;

undang-undang ~ undang-undang mengenai bahan-bahan galian

(spt minyak dan bijih).

riket (rikét) sj penyakit yg disebabkan kekurangan vitamin D (biasanya

dialami semasa bayi dan kanak-kanak) yg mengakibatkan tulang

menjadi lembut dan seterusnya bengkok (spt pd kaki pengkar).

riketsia (rikétsia) sj mikroorganisma parasit drpd genus Rickettsia yg

hidup dlm tisu tungau, sengkenit dan artropod lain, dan boleh

menyebabkan penyakit tifus dsb pd manusia.

rikuh Jw malu-malu, canggung, segan-segan.

rim I kuantiti kertas yg berjumlah 480 helai (biasanya kertas tulis) atau

500 helai (biasanya kertas cetak).

rim II IB, bp tali pinggang drpd kulit.

rim III bingkai (drpd besi) tempat memasang tayar motokar (basikal

dll).

rima I bunyi yg sama pd huruf akhir atau kata akhir dlm sesuatu rangkap

(spt dlm gurindam).

rima II (Ast) rekahan yg kelihatan di permukaan planet atau satelit.

rimas 1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas

dll: kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi

memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka; 2. tidak senang

hati, gelisah hati: perkataan itu seolah-olah utk menyenangkan

hatinya sendiri yg berasa ~ bergelap begitu;

Page 184: Kamus Dewan r

merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak

senang, dll), mengganggu (fikiran), merunsingkan: ia disuruh

memakai pakaian yg ~; berita buruk yg diterimanya itu ~

kepalanya;

kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati.

rimau I bp harimau.

rimau II; rumput ~ sj tumbuhan (pokok renek), keman, Mimosa pudica;

susu ~ sj tumbuhan (kulat), Polystictus rhinocerotis.

rimba hutan besar (yg belum pernah dibuka manusia); hutan ~ berbagai-

bagai hutan;

~ dara rimba (hutan) yg masih terpelihara spt keadaannya yg asli

(tidak terganggu oleh kerja-kerja pembangunan dsb); ~ raya

(belantara) hutan yg sangat besar;

merimba menjadi rimba, spt rimba: jelatang yg ~ kecil di tepi

tubir.

rimbas 1. sj alat utk menarah kayu, penarah kayu, beliung, patil; 2. sj

alat utk menyiangi tanaman dll, tajak;

merimbas 1. menarah kayu dgn rimbas; 2. menyiangi rumput dll

dgn rimbas.

rimbat 1. kayu panjang pd bibir perahu, kayu palang pd pintu; 2. galah

kayu (buluh) panjang yg diikat pd turus (pancang).

rimbu ark rimba.

rimbuk Kd, bp tamparan, pukulan (yg kuat); kena ~ kena tampar (yg

kuat);

merimbuk menampar (dgn kuat).

rimbun 1. lebat daunnya, berdaun dan bercabang-cabang banyak: pokok

yg ~; pokok getah itu ~ semula; 2. lebat (rambut, bulu, dll), tebal

(rambut, bulu, dll); kepala ~ berambut banyak; 3. memakai atau

mempunyai banyak (alat, pakaian, dll): pakaian dan perhiasan

Page 185: Kamus Dewan r

gadis itu telah ~; perahu yg ~ layarnya; suaminya itu tidaklah

orang terbuang melainkan ~ rampak dlm kaumnya, ada beradik

kakak;

merimbun 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu

yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~;

merimbunkan 1. menjadikan rimbun; 2. menjadikan banyak: dia

tidak akan berusaha ~ peninggalan ayahnya; didirikannya suatu

besi penghalang dan dirimbunkan bara api di bawahnya;

rimbunan 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang

dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg

indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon

rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ,

tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternampak;

kerimbunan perihal atau keadaan rimbun: ~ pohon-pohon di situ

tentunya menyediakan tempat berteduh yg sangat nyaman.

rimis Mn wang tembaga yg bernilai setengah sen, peser;

serimis setengah sen, sepeser: tidak berharga ~ tidak berharga

langsung.

rimpai C gimpal.

rimpang batang pokok dlm tanah (yg tumbuh mendatar dan bercabang-

cabang, spt halia, kunyit, dll); jari ~ jari tangan (kaki) yg renggang

dan tidak teratur (searah).

rimpi pisang dll yg dikeringkan (dijemur atau disalai).

rimping; perimping yg di hujung sekali (orang, barang-barang).

rimpuh tidak ada tenaga lagi, kehabisan tenaga (lelah, letih, penat);

merimpuhkan menjadikan rimpuh, memenatkan.

rimpung terikat kakinya;

merimpung mengikat kedua-dua belah kakinya.

Page 186: Kamus Dewan r

rimpus Pl mengikat keempat-empat kaki binatang (yg akan disembelih);

rapus I.

rinai I Mn renai, renyai (hujan); hari ~ hari renyai, hujan rintik-rintik

(gerimis, rebas).

rinai II ark; merinai menyanyi kecil, bersenandung;

merinaikan menyanyikan atau melagukan (nyanyi dll).

rinci; merinci 1. memecahkan (membahagi-bahagikan) kecil-kecil,

menghuraikan kecil-kecil; soal yg rumit itu telah dapat dirinci

telah dapat dipecahkan; 2. menerangkan (memperkatakan,

merancang, dll) dgn menyebut bahagian yg kecil-kecil,

menerangkan dll sampai kpd perkara-perkara yg sekecil-kecilnya,

memperincikan: ~ masalah negara;

perincian 1. pembahagian (pemecahan) dlm bahagian yg kecil-

kecil, perincisan: jadual yg menunjukkan ~ perolehan dan

perbelanjaan dlm setahun; 2. huraian (tafsiran) sesuatu rancangan

dll: ~ rancangan pembangunan yg diterima oleh kabinet;

perinci orang yg merinci, alat utk merinci; jawatankuasa ~

jawatankuasa perancang.

rincih keratan (potongan, sayatan) kecil; ~-rancah segala maklumat

(terutamanya yg kecil-kecil) tentang sesuatu: semoga Midah

menemukan ~-rancah sejarah nenek moyangmu, selapis demi

selapis; harga ~ harga jualan sedikit-sedikit, eceran; perniagaan ~

ark perniagaan kecil (lwn perniagaan secara borongan);

merincih menghiris (memotong, mengerat, dll) kecil-kecil,

menyayat, meracik.

rincik 1. keratan (potongan, sayatan) kecil-kecil; wang belanja ~ wang

utk belanja perkara-perkara kecil (yg bermacam-macam); daging ~

daging yg dipotong halus-halus atau yg kecil-kecil; 2. baki, pinjul;

Page 187: Kamus Dewan r

merincik memotong (mengerat) halus-halus (kecil-kecil): ~

pinang.

rincin

rincis ark; merincis menghiris tipis-tipis, menyayat kecil-kecil, meracik,

merajang;

perincisan perihal merincis.

rincu, rincuh kacau; rancu, ricu.

rinding I Jw sj alat bunyi-bunyian, genggong.

rinding II; merinding seram bulu roma, ngeri; merindingkan

menyeramkan bulu roma, mengerikan.

rindu I 1. ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dgn seseorang: ia

selalu ~ akan pakaian yg indah-indah; terlalu sangat ~ baginda

akan anakanda baginda; ~ akan kampung halaman; 2. = ~ berahi

= ~ dendam = ~ rawan perasaan sangat cinta atau berahi pd

seseorang: sayang sekali ~ dendam itu telah menyeksa hatinya;

melepaskan ~ mencurahkan perasaan cinta kasih; menanggung ~

menaruh cinta kasih;

merindu 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja

lagaknya; 2. bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana

rindu;

merindui mempunyai keinginan yg sangat kuat utk bertemu dgn

seseorang atau mendapatkan sesuatu dsb, yg sentiasa berada dlm

ingatan, kenangan dsb: orang tua itu ~ anak cucunya; saat itu aku

begitu ~ belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yg tidak

akan kutemui lagi di dunia ini; yg pastinya, mereka tetap ~

masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga;

rindu-merindui saling berasa rindu: tentunya mereka ~ ketika

berjauhan;

Page 188: Kamus Dewan r

merindukan 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu,

menjadikan rindu: nyanyian yg merawankan dan ~ hati; 2.

menaruh rindu akan: spt pungguk ~ bulan;

rinduan 1. sesuatu yg dirindukan; 2. orang yg dirindukan,

kekasih: gadis tunggal ~nya dirampas orang;

kerinduan perihal rindu (rasa rindu, keinginan dan harapan akan

berjumpa, dll): ~ tidak akan ada lagi apabila mata bertentangan;

perindu orang yg menanggung rindu.

rindu II; perindu; buluh ~ a) sj tumbuhan (buluh), Bambusa magica; b)

sj seruling.

rindu III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok besar), Millettia albiflora.

ring I bunyi spt bunyi loceng (riang-riang dll); dering I.

ring II IB, bp cincin, gelang-gelang; gelang ~ Id gelang tangan yg agak

tebal.

ringan 1. tidak berat, enteng: kayu ~; bungkusan yg ~ diangkat dgn

sebelah tangan; 2. senang dilakukan atau dijalankan (pekerjaan,

pembayaran, dll), mudah: pekerjaan guru bahasa bukanlah

pekerjaan yg ~; 3. tidak mendalam (kandungannya dsb), tidak

menimbulkan kerumitan atau kesulitan (kpd pembaca, pelajar,

dsb): akhbar dan majalah yg popular sering memuatkan cerpen-

cerpen yg bersifat ~; bahan-bahan bacaan ~; 4. tidak penting,

tidak mustahak, enteng, kecil, remeh (perkara dll): sikap

permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh dipandang

~; dikenakan cukai yg ~; kesalahan ~ kesalahan yg kecil sahaja;

perbualan ~ perbualan mengenai perkara-perkara remeh; najis ~

najis yg memadai disucikan dgn hanya menjirus air sahaja

(kencing anak laki-laki di bawah umur dua tahun yg meminum

susu ibunya sahaja); 5. tidak terlalu (sangat), tidak berbahaya

(penyakit dll), tidak berat: akibat drpd pertempuran itu, beberapa

Page 189: Kamus Dewan r

orang mendapat luka ~; 6. tidak memabukkan (minuman,

tembakau, dll): mereka menyajikan minuman ~; 7. ringkas dan

tidak mengenyangkan (bkn makanan), hidangan makanan yg tidak

begitu mengenyangkan (bkn jamuan): jamuan ~; 8. mudah,

ringkas (pakaian): ia berpakaian ~; 9. perlahan, rendah (suara dll):

kalimat itu diikuti oleh keluhan ~; ia melenggang ~ menuju ke

daun pintu; 10. kecil-kecil, halus-halus, tidak lebat (hujan):

kadang-kadang rintik-rintik hujan yg berpanjangan itu turun dgn

kasarnya, kadang-kadang ~ pula; 11. cepat mengeluarkan buah

(tanaman): padi ~; pisang ~;

~ kaki suka berkunjung (melawat dll); ~ kepala mudah memahami

(mengerti) ajaran; ~ mulut (lidah) a) peramah, lancar, dan fasih

tutur katanya, suka bercakap; b) suka cerewet (banyak mulut); ~

tangan a) suka menolong, cepat berbuat sesuatu; b) suka

mengambil hak orang, gemar mencuri; ~ tulang rajin bekerja,

tangkas;

~ sama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ~ sejinjing

prb bersama-sama dlm suka dan duka atau sama-sama

mengerjakan sesuatu; ~ tulang berat perut prb siapa yg rajin

bekerja, ia banyak beroleh rezeki;

beringan-ringan sl meringankan;

meringani Mn; ~ datang dgn suka hati datang, sudi datang;

meringankan 1. menjadikan ringan, mengentengkan,

memudahkan: ~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan

supaya keaslian penulisannya dikekalkan; 2. = meringan-

ringankan menganggap ringan (mudah dll): ia sangat ~

agamanya; ia sengaja meringan-ringankan hukum; penyakit yg

berjangkit tidak boleh diringan-ringankan; sembahyang tidak

sekali-kali boleh diringan-ringankan; 3. ki mengurangkan

Page 190: Kamus Dewan r

(hukuman): merayu supaya hukuman mati itu diringankan kpd

penjara seumur hidup sahaja; ~ kaki sudi datang;

memperingan menganggap lebih ringan (lebih mudah, lebih tidak

bererti, dll): jangan engkau peringan ibadatmu kpd Allah;

keringanan 1. perihal ringan: ia meminta ~, meminta dikurangkan

bebannya; 2. terlampau ringan;

peringanan perihal meringankan.

ringga

ringgi emping drpd padi yg masih lembut isinya;

beringgi, meringgi Kd buah padi yg sedang berisi (masih lembut

isinya).

ringgin; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Corex cryptostachys.

ringgis ranggas.

ringgit I 1. mata wang yg bernilai 100 sen: wang ~; R~ Malaysia (dgn

simbol RM) unit mata wang Malaysia, mis RM20.00 dan

RM320.00; 2. Id mata wang atau wang drpd perak yg bernilai 2.5

rupiah, digunakan pd zaman penjajahan Belanda;

beringgit-ringgit beberapa ringgit, banyak ringgit.

ringgit II gerigi atau rigi-rigi (pd tepi roda pemetik api dll);

beringgit, beringgit-ringgit bergerigi, berigi-rigi;

meringgiti membuat ringgit-ringgit (pd besi dll);

besi baik diringgiti prb perihal sesuatu yg sudah baik dibaiki lagi.

ringih; meringih meringkik.

ringin; sapu-sapu ~ sl sj permainan anak-anak.

ringis; meringis 1. menyeringai, mengernyih: ia ~ memandang

kepadaku; 2. geronyot mukanya (kerana kesakitan dll); 3. bermuka

masam (kerana kecewa dll).

ringkai I kering benar (daun dll); ~ ringan kering serta ringan;

meringkai menjadi kering benar;

Page 191: Kamus Dewan r

meringkaikan mengeringkan.

ringkai II; (pokok) ~ jernang sj tumbuhan (pokok kecil), kiru, pisang-

pisang bukit, Mitrephora reticulata.

ringkas 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya

~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll):

laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan

~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya

pendeknya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll);

3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya

~ dan mudah diajak berunding;

meringkaskan 1. menjadikan ringkas, menjadikan kecil supaya

tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke

dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan,

pembicaraan, dll), mengikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan;

ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2.

kependekan;

keringkasan perihal, keadaan atau sifat ringkas: pentingnya

bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya;

peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~

barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil.

ringkat Br mangkuk tingkat, mangkuk tepen, siya.

ringkik bunyi kuda yg bunyinya kuat, langsing dan panjang, biasanya

apabila dlm keadaan ketakutan atau teruja;

meringkik berbunyi ringkik (kuda dll): seekor kuda ~ diiringi

uakan beberapa ekor lembu;

ringkikan bunyi kuda meringkik, ringkik: beliau berangkat

sendirian sambil menajamkan pendengaran kalau-kalau

terdengar bunyi ~ kuda.

Page 192: Kamus Dewan r

ringking; meringking 1. mendengking, menyalak; 2. menengking,

memekik.

ringkuk; meringkuk 1. duduk (tidur dll) meromok: anaknya tidur ~ di

atas lantai; 2. mendekam (dlm penjara), terkurung, terpenjara:

setidak-tidaknya pembunuh itu akan ~ sepuluh tahun dlm penjara;

ringkukan; dlm ~ dlm tahanan (penjara).

ringkus Jk; meringkus 1. mengikat kaki dan tangan, mengikat kaki

binatang yg hendak disembelih; 2. bp menangkap, menahan,

membekuk (penjahat dll): tugas polis ialah memelihara

keamanan, ~ penjahat, menangkap pencuri; 3. ki memakai

(mencuri) barang yg diamanahkan, menggelapkan.

ringsek Jk rosak dan kemik.

ringsing ark; meringsing berkerut-kerut: umur sudah lewat dan kulit

pun mulai ~.

rini Id setengah sen, peser, cepeng.

rinitis (Ubat) radang pd membran mukus hidung.

rinjing Jw sj bakul.

rinologi cabang perubatan yg berkaitan dgn hidung serta penyakit-

penyakitnya.

rinoplasti (Ubat) pembentukan semula hidung, sama ada utk membaik

pulih kecacatan atau utk tujuan kecantikan secara pembedahan

plastik.

rinorea (rinoréa) (Ubat) lelehan mukus cair dr hidung.

rinoskop (Ubat) alat utk memeriksa struktur dalaman hidung.

rinoskopi pemeriksaan bahagian dalaman hidung utk mengesan penyakit

dsb dgn menggunakan rinoskop.

rinovirus (Bio) kumpulan virus yg mengakibatkan selesema dan

beberapa penyakit saluran pernafasan.

rintang I; merintang terletak melintang: batang kelapa ~ di jalan itu;

Page 193: Kamus Dewan r

merintangi 1. menggalang: Sungai Kelantan yg dirintangi beting-

beting; ada sebatang batang pinang yg ~ parit itu digunakan sbg

titi; 2. menghalang-halangi, menyukarkan (perjalanan dll):

beberapa faktor sosial yg ~ kemajuan kaum tani kita; 3.

mengacau, mengganggu, mengusik: usaha-usahanya digagalkan

oleh pemerintah kolonial, segala kerjanya dirintangi;

merintangkan meletakkan merintang, merintangi sesuatu dgn:

polis ~ sekatan-sekatan di jalan;

terintang terhalang, terganggu;

rintangan sesuatu yg merintangi, halangan, gangguan: tiadanya

pendidikan yg mustahak ini akan menjadi ~ besar utk kanak-kanak

melanjutkan pelajaran;

perintang 1. sesuatu yg digunakan utk merintangi; 2. orang yg

merintangi.

rintang II 1. sedang melakukan sesuatu, asyik atau sibuk (melakukan

sesuatu): sekalian orang telah ~ dgn pekerjaan masing-masing; 2.

sangat suka (melakukan sesuatu, bermain, dll): ~ main; ~ madat;

merintang, merintang-rintang berbuat sesuatu utk

menyenangkan hati (menghilangkan susah, menghabiskan waktu,

dll): mujur ada pekerjaan penting yg ~ dia drpd fikiran kacau itu;

dgn bekerja berat, kesusahan dlm rumah dapat jua dirintang-

rintang;

~ anak menghiburkan anak supaya jangan menangis dll; ~(-

rintang) fikiran menghilangkan rasa susah (dgn mengalih

fikirannya kpd perkara lain spt bekerja, bermain, dll); ~(-rintang)

hati menghiburkan hati; ~(-rintang) lelah (payah, penat)

menghilangkan lelah (dgn berbuat sesuatu); ~ (-rintang) mata

menjamu mata (dgn melihat benda yg indah-indah dll); ~(-rintang)

waktu mengisi waktu lapang dgn berbuat sesuatu;

Page 194: Kamus Dewan r

perintang, perintang-rintang sesuatu yg dilakukan bagi

merintang-rintang (hati, fikiran, dll): mari kita menyanyi utk ~; ~

fikiran; ~ hati; ~ waktu (masa).

rintas; merintas melintas, memintas.

rintih I = rintihan 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan,

keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isterinya; 2.

kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan:

rintihan anggota kesatuan itu terhadap penindasan setengah-

setengah pihak majikan; 3. kesusahan hati, kesedihan: rintihan yg

dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan;

merintih 1. mengerang (kerana kesakitan dll), mengaduh,

mengeluh: di atas sebuah bangku, berbaring seorang laki-laki yg

sedang ~ kesakitan; 2. melahirkan perasaan susah (sedih),

mengeluh, mengesah: mereka selalu ~ kerana kesusahan; 3. sedih,

pilu (suara): janganlah ketawa hai anakku, katanya dgn suara ~;

merintihi melahirkan perasaan susah (sedih, kesal, kecewa,

dsb) terhadap sesuatu: ~ nasib malang yg menimpanya.

rintih II Kd; merintih memotong daun kelapa dgn menggunakan pisau,

parang, dll supaya daun terpisah drpd pelepah: ~ daun kelapa.

rintik 1. titik-titik pd dasar yg lain warnanya, bintik, korek: ~-~ putih pd

kulit; anak singa mempunyai belang serta ~-~ yg samar; kuda ~

kuda yg bulunya ada rintik-rintik; 2. titik (percik air dll), titis: ~

embun; ~ hujan; hujan ~(-~) hujan renyai, gerimis; bapa borek

anak ~ prb anak itu mengikuti kelakuan dll orang tuanya;

berintik, berintik-rintik berbelang kecil-kecil, berbintik-bintik,

kurik: kain tapak biru ~ hijau; merintik-rintik bertitik-titik,

menitis: embun mulai ~; peluh ~ di keningnya; air hujan masih

juga ~.

rinting sj tumbuhan (palma), kerinting, Ptychoraphis singaporensis.

Page 195: Kamus Dewan r

rintis = rintisan jalan kecil dlm hutan (yg baru sahaja dibuat);

merintis 1. menerangi hutan (dgn menebangi kayu-kayuan dll) utk

membuat jalan: mereka dgn segera mengukur, ~, dan menebas

anak-anak kayu membuat lorong jalan; 2. memancang tanah yg

akan dibuat jalan: pekerjaan ~ jalan raya ke pedalaman itu

eloklah dilakukan oleh tenaga rakyat sendiri; 3. = ~ jalan

pertama-tama mengerjakan sesuatu, membuka jalan, mempelopori:

galakan harus diberikan kpd ahli-ahli sains Melayu utk ~ jalan

supaya dapat dilalui oleh anak-anak Melayu; perubahan-

perubahan besar yg dirintis oleh penghapusan faham feudal; 4.

Kd menyiangi daun drpd pelepah (batang dll): ~ daun rumbia;

rintisan 1. rintis; 2. jalan kecil yg merupakan sempadan antara

hutan yg sudah ditebas; 3. usaha yg pertama sekali (yg mula-

mula);

perintisan perbuatan merintis: pengamatan tentang perwatakan

orang Melayu yg dilakukan oleh Raffles adalah satu ~ yg penting;

perintis 1. = ~ jalan orang dll yg pertama sekali mengusahakan

(mengerjakan) sesuatu, pembuka jalan, pemuka, penganjur: ~

kemerdekaan; ~ kemajuan sains dan teknologi; perusahaan yg

diberi taraf ~ perusahaan yg mendapat keutamaan dan

perlindungan kerajaan (tidak dikenakan cukai utk beberapa waktu)

kerana merupakan yg pertama dlm lapangannya; 2. Id pasukan

polis (tentera) yg bergerak dahulu atau yg membuat serangan yg

mula-mula.

rinyai Mn renai, renyai.

ripai Pr wang yg diturunkan secara berdikit-dikit oleh beberapa orang

utk membeli sesuatu benda yg mahal, wang pakatan;

meripai (berpakat) mengumpulkan wang berdikit-dikit utk

membeli sesuatu benda yg mahal.

Page 196: Kamus Dewan r

riparian (Udg) 1. berkaitan dgn hak pemilik tanah yg sah di sisi undang-

undang ke atas kawasan tebing sungai, mis hak utk menangkap

ikan dsb: hak-hak ~; 2. orang yg tanahnya terletak di tebing

sungai.

ripau Br hampas sagu, tahi sagu.

riping Kl sepet.

ripit Mn kerepek pisang (keladi).

ripu, ripuh Jk 1. mengalami kesusahan (kerana sakit, ketiadaan wang,

dll); 2. banyak kerja, sibuk, repot; 3. kacau-bilau, tidak keruan,

ribut.

ripuk patah, pecah-pecah (remuk), rosak; runtuh ~ hancur sama sekali.

riri sr utk memanggil itik.

ririt Mn ark deret, leret.

risa 1. sj bincul pd kulit (spt kutil atau jerawat); 2. belulang (kulit yg

keras) pd tapak tangan dll.

risak ark; merisak mengacau, mengganggu, mengusik.

risalah Ar 1. surat edaran (siaran): siaran itu dikeluarkan dgn rasmi

melalui akhbar-akhbar dan beribu-ribu ~ yg ditaburkan; 2.

karangan (rencana) ringkas mengenai sesuatu perkara: diusahakan

buku-buku kecil atau ~-~ pengenalan tentang PBB; ~ ujian Id

karangan utk peperiksaan, disertasi; 3. sl yg diutuskan (surat,

utusan, dll), yg dikirimkan; menyebarkan (menyampaikan) ~

menyebarkan (menyampaikan) seruan agama (rasul-rasul);

risau I jahat perangai (suka berbuat honar dll); orang ~ orang yg jahat;

merisau hidup tanpa aturan, hidup liar, berkeliaran, bertualang:

iaitu asalnya juak Yang Dipertuan Muda jua, kemudian pergi

meninggalkan dia lalu pergi merisau-risau mengikut raja lanun

itu;

Page 197: Kamus Dewan r

perisau orang risau, orang jahat (buruk perangai atau

kelakuannya).

risau II 1. = ~ hati rusuh hati, cemas, gelisah: jangan ~ dan bimbang;

jangan-jangan mereka ~ saya lambat balik ni; 2. huru-hara, tidak

aman, gaduh, kacau, ribut, rusuh: pembangunan negara tidak

dapat berjalan lancar selagi masih ada ~ dan kacau;

merisaukan 1. mengacau (keamanan, ketenangan, dll),

mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan

(hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran):

beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg

mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang

sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh

bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan;

risauan sesuatu yg merisaukan, gangguan (keamanan dll);

kerisauan perihal risau, kekacauan, kerusuhan (hati), kecemasan,

kegelisahan: perkara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi

punca ~ fikiran kita;

perisau 1. orang yg selalu risau, pencemas, perusuh; 2. pengacau,

pengganggu (keamanan dll).

RISDA akronim bagi Rubber Industry Small Holders Development

Authority (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan

Getah).

risi Jk 1. berasa geli (tidak senang); 2. ki berasa tersinggung

(perasaannya).

risik I; merisik meraba-raba atau mencari-cari sesuatu: dlm gelap itu, ia

~ suis lampu.

risik II = risikan 1. usaha (dgn diam-diam) utk mengetahui sesuatu,

penyiasatan yg dilakukan dgn sembunyi-sembunyi, pengusutan: ~-

~ damai telah dibuat melalui Bangkok; drpd ~ yg dibuat, ternyata

Page 198: Kamus Dewan r

kekuatan musuh lebih besar drpd yg dijangka semula; 2.

keterangan (bukti) yg diperoleh secara rahsia: ia mendapat ~

bahawa rancangannya telah diketahui orang;

merisik 1. menyelidiki atau menyiasat dgn sembunyi-sembunyi

(bersulit-sulit): setelah beberapa lama ~, ia mendapat kepastian

bahawa orang yg dirisik itu hanya seorang musafir; 2. (mengirim

orang) menyiasat berjaya atau tidak pinangan, mengirim orang utk

meminang: dia menyuruh saya ~ Wan Mahani anak Pak Haji...;

maka ~lah ibunya di kampung mencari gadis yg baik utk menjadi

isterinya;

perisikan perihal (kegiatan dsb) merisik: pengarah ~;

perisik orang atau jabatan yg tugasnya merisik (mencari

keterangan, dll dgn sembunyi-sembunyi): pegawai ~; polis ~.

risik III 1. gerisik; 2. bisik: ada pula ~-~ yg mengatakan ia sudah

berkahwin semula;

berisik berbisik-bisik;

merisikkan 1. menggerakkan (daun dll) hingga menggerisik; 2.

membisikkan (memberitahukan dgn berbisik-bisik): kononnya

ketua-ketua tentera itu merisik-risikkan hendak perempuan muda.

risik IV; berisik bising, riuh; berisik.

risiko 1. kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat

bahaya atau kerugian: seorang sahaja yg menanggung ~

perniagaan ini; mengambil ~ melakukan sesuatu tanpa

mempedulikan kemungkinan-kemungkinan bahaya; 2. akibat atau

hasil yg kurang menyenangkan (drpd sesuatu tindakan dll), padah:

mogok itu senang tetapi ~nya besar;

berisiko mempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan,

pelaburan, dll).

Page 199: Kamus Dewan r

risoto (ERT) sj masakan Itali drpd nasi yg dimasak dgn bahan-bahan spt

daging, ikan dan tomato.

ritau ricau, racau.

riti Kl; rata-~ ke mana-mana; rata I.

ritma 1. urutan proses semula jadi yg berulang dlm sela masa yg tetap:

kiraan ~ dapat membantu jika pusingan haid anda tetap, namun

kaedah ini tidak boleh diamalkan jika anda mengalami pusingan

haid yg tidak dapat diduga; ~ denyutan jantung; 2. IB irama:

salah satu hasilnya ialah ~ drama yg teratur dan agak halus;

manakala ~ pula merupakan alunan yg teratur dan berulang-

ulang sehingga menghasilkan kepuitisan puisi itu;

beritma berirama: gerak-geri yg ~.

ritual 1. tatacara dlm upacara keagamaan, adat, dsb; 2. bkn tatacara dlm

upacara keagamaan, adat, dsb.

ritualisme amalan menggunakan ritual dlm majlis keagamaan dsb.

ritul Id pemindahan (pegawai dll) kerana tidak sesuai dgn tugas dll.

ritus IB upacara agama.

riu = riu-riu sj ikan darat, Laides hexanema.

riuh I bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dll): suara di dapur orang

sebelah masih ~; mulut ~ bp bercakap banyak (kuat), suka

bercakap; ~-rendah sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk;

meriuhkan menjadikan riuh, membisingkan, menggemparkan:

suara kanak-kanak menjerit lebih ~ lagi suasana;

keriuhan perihal riuh, kebisingan, kegemparan: orang dapat

merasakan kehadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan

parti-parti kerana ~nya mengganggu orang sebelah; tiba-tiba

berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja.

riuh II sj tumbuhan (pokok kecil), berombong, kurau, merombong,

tulang, Timonius penducularis.

Page 200: Kamus Dewan r

riuk terpulas, tergeliat, terpelecok, terpelekok: capik ~; patah ~.

riung sj tumbuhan (rumput), buluh terberau, tebu salah, Saccharum

arundinaceum; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput perimping

(tempayang), Themeda villosa.

rivet (rivét) (Kej) pasak (paku) utk menyambung dua keping logam

(bahagian yg tidak berkepala dimasukkan melalui lubang dlm

kepingan-kepingan itu dan kemudian diketuk);

merivet menyambungkan kepingan-kepingan logam dll dgn

menggunakan rivet.

riwayat Ar 1. cerita (berita, kisah) yg turun-temurun: pd suatu ~, orang

tua yg berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang; 2. keterangan

atau berita tentang perbuatan (perkataan dll) Nabi yg disampaikan

oleh isterinya (sahabat-sahabatnya dll) sbg satu nas:

mendahulukan yg kanan drpd yg kiri tidak diwajibkan dlm

mengerjakan wuduk, mengikut ~ Ibni Umar; disunatkan berwuduk

terlebih dahulu sebelum mandi wajib kerana sunah Nabi, menurut

~ drpd Aishah; 3. sejarah (kejadian atau peristiwa yg benar-benar

berlaku), tambo: buku ~ perjuangan Nabi; 4. = ~ hidup keterangan

(huraian, penjelasan) segala sesuatu yg telah dialami oleh

seseorang, biografi; menamatkan (menghabiskan) ~nya a)

menghabiskan kisahnya (sejarahnya); b) bp membunuh atau

membinasakan; 5. Id (dlm agama Kristian) khutbah;

beriwayat 1. bercerita, berkisah; 2. mengandungi ciri-ciri sejarah,

bersejarah, sangat penting (peristiwa, kejadian, tempat, dll yg

harus diingat dll); hari ~ hari bersejarah (hari sesuatu peristiwa

penting terjadi); 3. Id (dlm agama Kristian) berkhutbah;

meriwayatkan 1. menceritakan, mengisahkan: dgn novel,

diertikan karangan panjang yg ~ kehidupan sesuatu watak atau

beberapa watak dlm masyarakat; 2. memberitahukan,

Page 201: Kamus Dewan r

menerangkan, menyampaikan: hadis yg diriwayatkan oleh

Muslim;

periwayat 1. orang yg meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita;

2. orang yg meriwayatkan hadis;

periwayatan perbuatan (proses) menghuraikan riwayat hidup

seseorang: ~ hidup Raja Kecil.

riyak (sifat atau sikap) suka menunjuk-nunjukkan amal ibadah atau

sesuatu kebaikan dgn tujuan mendapat pujian atau sanjungan drpd

orang lain, bukan kerana Allah;

meriyakkan menjadikan riyak.

riyal unit mata wang utama Arab Saudi, Qatar dan Yaman.

rizab sesuatu yg diperuntukkan atau disimpan khas bagi sesuatu tujuan

tertentu pd masa yg akan datang, simpanan; hutan ~ hutan

simpanan (yg dikawal); tanah (kawasan) ~ tanah simpanan (yg

dikhaskan) utk satu-satu tujuan (golongan) yg tertentu;

~ kerbau lembu kawasan yg ditentukan oleh kerajaan hanya utk

ternakan kerbau lembu; ~ Melayu kawasan khas utk orang

Melayu;

merizabkan memasukkan ke dlm bahagian simpanan,

mengkhususkan (tanah dll) utk sesuatu tujuan: kerajaan telah ~

sekeping tanah seluas 200 hektar utk ternakan kerbau lembu;

kawasan ini telah dirizabkan utk orang Melayu;

perizaban perbuatan merizabkan sesuatu.

rizoid (Bio) struktur spt akar yg terdapat pd kulat, lumut, lumut hati,

liken dan paku-pakis, yg berfungsi membantu tumbuhan tersebut

utk melekap pd sesuatu permukaan.

rizom (Bio) batang tumbuhan, spt kunyit dan halia, yg tumbuh mendatar

dlm tanah dan menjadi organ penyimpanan makanan.

Page 202: Kamus Dewan r

rizosfera (rizosféra) (Tani) kawasan di dlm tanah yg mengelilingi akar

tumbuhan, yg keadaannya dipengaruhi oleh rembesan akar

tersebut.

RK Id kep 1. Roman Katolik; 2. Rukun Kampung.

RM kep Ringgit Malaysia.

RMIK kep Radio Malaysia Ibu Kota.

RMKL kep Radio Malaysia Kuala Lumpur.

RMS Id kep Republik Maluku Selatan.

Rn simbol kimia bagi radon.

RNA (Bio) kep ribonucleic acid (asid ribonukleik, iaitu sj asid nukleik

yg terdapat dlm semua sel organisma hidup, yg memainkan

peranan penting dlm sintesis protein dan juga merupakan bahan

genetik).

ro huruf ke-17 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .

roba

robah; merobah mengubah; ubah I.

robak; ~-rabik koyak-koyak, sangat robek (tikar, permaidani, dll).

robat; ~-rabit robak-rabik; rabit.

robek (robék) koyak, cabik (pakaian, layar, dll), sobek: bajunya ~ di

bahu; dijahit layar mana yg ~;

merobek 1. mengoyakkan; ~ jantung (hati) menyayat hati,

melukai hati; 2. ki memecah masuk ke dlm, membolosi,

menembusi: mereka lebih pintar menggerakkan bola dan ~

gawang kami;

merobek-robek merobek (mengoyakkan) berulang kali,

mengoyak-ngoyakkan, mencabik-cabik: kerana terlalu marah,

habis sehelai kain dirobek-robeknya dgn sebilah pisau yg ada di

tangannya;

merobekkan mengoyakkan.

Page 203: Kamus Dewan r

roboh 1. jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dll),

runtuh: rumah-rumah yg tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah;

2. tumbang, rebah (pokok dll); 3. ki jatuh atau runtuh (negara,

kekuasaan, dll); 4. ki luntur (iman, pendirian, keyakinan, dll),

berkurang;

merobohkan 1. meruntuhkan (rumah, tembok, dll); 2.

menumbangkan, merebahkan (pokok dll); 3. menjatuhkan

(pemerintahan, kekuasaan, dll); 4. membinasakan, melunturkan

(iman, pendirian, harapan, dll);

robohan sisa-sisa rumah (bangunan dll) yg runtuh, runtuhan:

madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yg lama;

kerobohan perihal atau keadaan roboh, keruntuhan: berita ~

benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh

diterima dgn rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid;

perobohan perihal atau perbuatan merobohkan.

robok I ark; merobok membual-bual dan berbunyi (botol kosong

dibenamkan dlm air).

robok II; merobok makan di dlm sahaja di luar tidak nampak (penyakit

dll).

robot I Jk; merobot berbunyi berdetus (spt senapang, mercun, dll).

robot II 1. mesin automatik yg diprogramkan utk bergerak dan

melakukan sesetengah kerja bagaikan seorang manusia; 2. ki

orang yg melakukan sesuatu tanpa fikiran dan perasaan bagaikan

sebuah mesin;

merobotkan menjadikan berfungsi (bekerja dsb) spt robot:

apakah ini merupakan suatu usaha ke arah ~ manusia?

robotik bidang sains yg berkaitan dgn reka bentuk, pembuatan,

penggunaan dsb robot.

rocah kotor, tidak bersih.

Page 204: Kamus Dewan r

rocet (rocét) (Sunda) kacau, tidak keruan.

rock rok.

rocoh; merocoh menjolok (dgn galah, tongkat, dll).

rod I ukuran panjang yg bersamaan dgn 161/2 kaki atau 51/2 ela atau

5.03 meter, pol.

rod II batang (kayu dll) yg lurus bulat.

roda benda yg bulat (biasanya berjari-jari): ~ basikal; ~ kereta lembu;

~ angin = ~ dua Id, basikal; ~ (ber)gigi roda yg bergerigi; ~ canai

roda utk mencanai (mengasah) sesuatu; ~ gendeng Id, bp roda yg

menggerakkan mesin; ~ kapal baling-baling kapal; ~ pandu roda

(alat) utk memandu (kereta dll); ~ penghidupan pertukaran

keadaan (nasib dll) dlm kehidupan; ~ tangan roda yg digerakkan

dgn tangan; ~ tiga a) basikal beroda tiga; b) beca; untung sbg ~

pedati prb nasib manusia berubah-ubah (yg miskin menjadi kaya,

yg kaya menjadi miskin);

beroda memakai roda, ada rodanya.

rodak; merodak berbunyi spt tikus dlm peti, menggerodak.

rodan sl terlalu (sangat) sakit.

rodat sj tarian yg ditarikan oleh lelaki dan perempuan yg nyanyiannya

(Arab) diiringi dgn rebana.

rodek (rodék) Kd menjolok (merodok) sesuatu dgn menggunakan kayu

yg panjang.

rodensia (rodénsia) (Bio) binatang mamalia kecil, spt tikus, arnab dan

tupai, yg mempunyai gigi depan yg tajam dan kuat utk

mengunggis makanan dsb.

rodeo (rodéo) pertandingan atau pertunjukan kemahiran menunggang

kuda liar, menali lembu dsb.

rodi 1. perintah; 2. kerja wajib (mengusahakan tanah, membuat jalan,

dll) dgn tidak mendapat upah; orang ~ orang yg diwajibkan

Page 205: Kamus Dewan r

mengerjakan rodi; pekerjaan ~ pekerjaan yg wajib dilakukan (dgn

tidak mendapat upah);

berodi melakukan rodi; orang ~ orang rodi; ordi.

rodium (Kim) sj unsur logam yg digunakan utk membuat aloi, barang

kemas, dll.

rodok I; merodok 1. mencucuk (menikam) ke depan atau ke atas,

menusuk: dirodoknya habis serata kandang-kandang babi dan

rumah-rumah dgn tongkat besi; 2. bk bersetubuh.

rodok II; merodok 1. Mn berlari dgn leher terjulur (spt angsa

menyudu); 2. melakukan sesuatu dgn tidak berfikir panjang,

membabi buta.

rodong I 1. erat (persahabatan dll), karib; sahabat ~ a) sahabat baik; b)

kawan dlm perjalanan; 2. Ph teman hidup (suami, isteri); 3. Ph

kawan, rakan;

merodongkan bertemu dgn tiba-tiba, terserempak dgn;

merodong; mengeratkan (persahabatan dll).

rodong II ark; merodong 1. mengembara; 2. menarung, melanggar (batu

dll), merempuh (hutan, duri, dll), berjalan membabi buta.

rodopsin (Bio) pigmen mata vertebrat yg peka terhadap cahaya merah,

yg diperlukan utk pelihatan dlm cahaya malap.

roentgenografi radiografi.

rogo rogoh.

rogoh; merogoh 1. menyelukkan tangan ke dlm saku dll utk mengambil

sesuatu: ia ~ sakunya utk mengambil wang pembayaran beca itu;

2. mengeluarkan sesuatu dgn memasukkan tangan ke dlm saku dll:

~ rokok dr kantungnya; 3. menyeluk poket, mencopet.

rogok Jk; merogok merodok, menjolok.

rogol perbuatan memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan:

berlakulah perkara-perkara sumbang spt ~ dan zina;

Page 206: Kamus Dewan r

merogol memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan:

kesalahan spt menipu, ~, dsb adalah menjadi kesalahan jenayah;

perogolan perbuatan merogol: akibatnya berlakulah kejadian

dahsyat spt membunuh dan ~;

perogol orang yg merogol; ~ bersiri orang yg merogol beberapa

orang perempuan, seorang demi seorang dlm kejadian yg

berurutan.

roh Ar 1. yg dihembuskan Allah SWT ke dlm badan manusia dan

hiduplah ia: semua mendoakan ~nya dirahmati Allah; ~ al-Kudus

gelaran yg diberikan kpd malaikat Jibrail; 2. ki semangat, jiwa:

hukum yg benar-benar tepat dan sesuai dgn ~ Islam.

rohani Ar 1. roh; 2. bkn dgn roh, rohaniah: falsafah kebendaan yg tidak

mengakui ketuhanan, ~, dan perkara-perkara yg lain drpd

kebendaan; 3. batin, yg berkaitan dgn jiwa, lwn jasmani: apakah

sebenarnya yg hendak dikejar, kepuasan ~ atau kepuasan

jasmani?

kerohanian perihal rohani, sifat-sifat rohani, rohaniah: kebatinan

dan ~ juga harus masuk hitungan setiap penilaian.

rohaniah Ar 1. bkn dgn roh, rohani: secara ~, manusia itu bebas; 2.

kerohanian: nilai-nilai hidup ~.

rohaniwan Id (Roman Katolik) orang yg telah membuang atau

meninggalkan kebendaan (paderi dll).

rohmat ark rahmat.

rohok Kl, Tr; borohok bekerja kuat, bersusah payah.

roi Id; garis ~ garis sempadan jalan, sempadan tempat boleh atau tidak

boleh didirikan rumah dll di atas sebidang tanah.

rojak I 1. sj makanan drpd buah-buahan mentah dan sayur-sayuran

campur yg berkuah: ~ manis; ~ ulek; 2. bp sesuatu yg bercampur

aduk: eh, ini majalah ~!

Page 207: Kamus Dewan r

rojak II; merojak menumbuk (sirih);

perojak; ~ sirih penumbuk sirih, gobek.

rojoh Kd jolok.

rojol; merojol menyembul, menonjol keluar (drpd jendela, lubang, dll).

rok I muzik yg mempunyai rentak yg kuat (selalunya dimainkan dan

dinyanyikan oleh sekumpulan pemuzik, diiringi dgn gitar elektrik

dan dram).

rok II IB sj baju perempuan (cara Barat), gaun.

rok III Kl, Tr belukar.

rok IV Kl, Tr larat, upaya: barang itu terlalu berat, aku tak ~

memikulnya.

roket (rokét) 1. sj pesawat berbentuk silinder yg dilancarkan dgn

ledakan; 2. sj senjata (peluru) yg dilancarkan dgn ledakan.

roki IB sj baju laki-laki cara Eropah.

rokok I tembakau yg digulung dlm daun nipah (kertas dll): menghisap

~;

~ daun = ~ nipah = ~ pucuk rokok yg pembalutnya drpd pucuk

enau; ~ keretek Id rokok yg tembakaunya dibubuh cengkih; daun

~ pucuk nipah yg dikeringkan utk pembalut rokok; duit (wang) ~

duit sirih, pemberian, upah;

merokok menghisap rokok: ia seorang yg tidak ~ dan tidak

minum minuman keras;

perokok (orang yg) banyak atau kuat menghisap rokok.

rokok II sj ikan laut, Pomadasys maculatus.

rol I IB tugas tertentu (dlm kerja, lakonan, dll), peranan: memegang ~

utama.

rol II 1. gulung: satu ~ filem; 2. IB kayu (besi dll) yg berbentuk bulat

panjang utk menggiling (menindih, menggaris, dll).

Page 208: Kamus Dewan r

rolet (rolét) sj permainan judi yg menggunakan sebiji bola kecil yg

diputarkan di atas roda mendatar yg bergerak dan mempunyai

beberapa lubang bernombor.

Rom 1. = negeri ~ sl Byzantium (Istanbul), Turki; 2. ibu negeri Itali.

roma = bulu ~ bulu-bulu yg halus pd badan; liang (lubang) ~ lubang

seni pd kulit; tegak (berdiri) bulu ~ seram, ketakutan; tak boleh

bertemu ~ prb selalu bertelingkah;

seroma; ~ dgn semacam (dgn), serupa (dgn).

roman I = peroman ark rupa (muka), paras: lincah benar matanya dan

segar sekali ~ mukanya;

seroman serupa (dgn).

roman II = cerita ~ 1. = buku ~ cerita panjang yg ditulis dlm bentuk

prosa, novel: ~ ini dikarang oleh Tuan Hamka sebelum Perang

Dunia Kedua meletus; ~ kodian (picisan) roman yg sangat rendah

nilai sasteranya; ~ masyarakat roman yg menceritakan hal-hal

masyarakat; ~ sejarah roman yg berasaskan sejarah; 2. bp

percintaan, romen.

roman III tangkai padi; penyapu ~ sj penyapu yg dibuat drpd tangkai

padi dll.

Roman IV ark; huruf ~ huruf Rumi.

romantik 1. memberikan suasana (gambaran dsb) spt yg terdapat dlm

cerita roman (percintaan dll); 2. memperlihatkan suasana yg penuh

kasih sayang, keindahan, kemesraan, dsb spt dlm alam percintaan:

alangkah ~nya pemandangan di sini.

romantikus IB orang atau golongan yg beraliran romantik.

romantis berkaitan dgn percintaan dan keindahan dll, romantik: alam

dan suasana di taman itu begitu ~ .

romantisisme aliran sastera dan seni di Eropah pd hujung abad ke-18

hingga awal abad ke-19 yg mengutamakan perasaan dan

Page 209: Kamus Dewan r

keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati

individu.

romba tanda utk menandakan kawasan yg akan didirikan jermal (belat

dll).

rombak terbongkar, terurai: jahitannya buruk dan berkedut kerana

selalu kena ~;

merombak 1. membongkar, memecahkan, merosakkan: rumah-

rumah yg buruk telah dirombak beransur-ansur; ~ adat (aturan,

perjanjian, dll) menghapuskan atau meniadakan adat (aturan

perjanjian dll); ~ dapur Kl selesai bersalai (perempuan yg telah

bersalin); 2. menyusun semula (dgn meminda atau membongkar

semuanya): dia ~ susunan kabinet dgn menyingkirkan beberapa

orang tokoh komunis; undang-undang itu patut dipinda dan

dirombak supaya sesuai dgn negara Malaysia yg merdeka;

rombakan bongkaran, runtuhan;

perombakan perbuatan merombak, pembongkaran: usul itu

merupakan satu ~ susunan tradisi masyarakat kampung;

perombak orang yg merombak.

rombang; ~-rambing compang-camping, robak-rabik.

rombeng (rombéng) robek, compang-camping: pakaian yg ~;

merombengkan menjual (barang-barang lama atau buruk) kpd

pedagang barang-barang lama;

rombengan 1. pakaian-pakaian yg sudah usang; 2. barang-barang

yg lama atau rosak: barang-barang ~; tukang ~ pedagang barang-

barang lama atau buruk.

rombin 1. sj ikan laut, Holacanthus spp.; 2. sj ikan laut, Amphiprion

spp.

rombok Mn rimbun, rampak.

Page 210: Kamus Dewan r

rombong I 1. sj bakul besar yg bertutup tempat menyimpan padi dll; 2.

sj kembal tempat jahitan dll.

rombong II; merombong 1. berkumpul menjadi kumpulan (orang); 2.

ark bertimbun banyak-banyak;

rombongan sekumpulan orang (yg bekerja atau datang dll

bersama-sama): menteri itu dan ~nya telah tiba di Pulau Pinang

pagi tadi; satu ~ pegawai Malaysia akan berunding dgn pegawai-

pegawai Filipina; ~ kebudayaan sekumpulan penari (pelakon,

penyanyi, dll) yg melawat ke sesuatu tempat utk membuat

pertunjukan dsb;

berombongan secara (berupa) rombongan, berkumpulan:

membuat lawatan ~.

rombus (Mat) segi empat selari bersudut serong yg mempunyai empat

sisi yg sama.

romen (romén) bp asmara;

beromen berasmara, bercumbu-cumbuan.

romeo (roméo) ki lelaki yg gemar memikat perempuan (menukar-nukar

teman wanita): ayah saya juga penjudi dan ~.

romok; meromok, teromok duduk membongkok spt orang atau ayam

sakit: ada yg ~ spt mengidap penyakit meredap.

romong Jk pakaian atau barang-barang yg sudah lama (atau buruk),

rombengan.

rompak I; merompak menyamun, merampok: lima orang telah ~ kedai

itu semalam; dagangan mereka telah dirompak oleh lanun di laut;

rompakan kejadian merompak: ~ itu berlaku sewaktu mereka

tidak ada di rumah; ~ bersenjata rompakan dgn (si perompak)

menggunakan senjata;

perompakan perbuatan merompak, perampokan: ~ bersenjata;

perompak orang yg merompak, perampok, penyamun.

Page 211: Kamus Dewan r

rompak II Mn; merompak merobohkan, meruntuhkan: gajah itu ~

kandangnya.

rompang; ~-ramping compang-camping, robak-rabik.

rompeng (rompéng) pecah sedikit atau sumbing di tepi atau di luar (gigi,

buah yg dimakan burung, dll).

rompes (rompés) sumbing atau pecah sedikit pd tepinya (telinga dll).

rompi IB sj baju dalam yg tidak berlengan, weskot.

rompok Jw pondok, rumah.

rompong rosak atau terkerat pd cuping atau hujungnya (hidung, belalai,

dll): maka diparang seorang lagi, kena hidungnya ~;

merompongkan mengerat (hujungnya): kepadanya aku balaskan

hatiku yg amarah itu sebab ia ~ hidung adikku.

romusya, romusa (Jepun) orang yg dipaksa membuat kerja berat pd

zaman Jepun;

diromusyakan dijadikan romusya, dipaksa membuat kerja berat.

rona 1. warna: berkain batik lepas ~ biru tua; 2. warna muka, roman

muka: ~ mukanya berubah menjadi marah; hilang ~ kerana

penyakit, hilang bangsa tidak berwang prb orang yg tidak ber

wang dipandang rendah;

serona sewarna, serupa;

berona berwarna, berupa elok warnanya (rupanya);

meronai menjadikan sesuatu menarik atau mengghairahkan:

cerpen-cerpennya sentiasa dironai oleh aneka latar sosial;

meronakan memberikan rona, mewarnakan: karya sastera yg

bernada protes dlm masyarakat Melayu turut ~ corak dan bentuk

sastera.

ronce (roncé) Jk; meronce merampas, merompak;

peroncean perampasan, perompakan.

Page 212: Kamus Dewan r

ronda 1. = meronda berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga

keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah

berlakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana

berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga

keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar

~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin;

rondaan perjalanan berkeliling utk meronda, hasil meronda: polis

melakukan ~ mengejut di kawasan itu utk menangkap penagih-

penagih dadah;

perondaan perbuatan (kerja-kerja) meronda.

rondah; ~-randih ark tidak beraturan, kacau-bilau.

rondas sj permainan berpasukan yg menggunakan bola dan kayu

pemukul, dan pemain-pemainnya berlari melalui tapak dlm satu

bulatan.

rondo (Muz) bentuk lagu yg menggunakan formula melodi A, B, A, C,

A, D, A, iaitu melodi utamanya diulang-ulang.

rondok ark; berondok, merondok bersembunyi, menyorok;

merondokkan menyembunyikan, menyorokkan.

roneo (ronéo) Id; meroneo memperbanyak dgn mesin stensil,

mensiklostil.

rong I Jw lubang dlm tanah.

rong II Jw dua.

rongak ada yg tanggal atau hilang (gigi, papan, pagar, dll), rumpang: ia

sudah tua juga, gigi depannya ~;

merongakkan menjadikan rongak, merumpangkan: terlalu

banyak makan gula-gula boleh ~ gigi;

kerongakan perihal rongak, kerumpangan.

rongga I lubang, ruang;

Page 213: Kamus Dewan r

~ bulu Mn liang bulu roma; ~ dada ruang dada; ~ hidung lubang

hidung; ~ kayu lubang yg terdapat dlm kayu; ~ mata lubang

tempat mata; ~ mulut ruang mulut;

berongga berlubang, beruang: batu-bata yg ~; gelang itu ~, tidak

padat;

merongga menjadi rongga;

meronggai ark menjadikan berongga pd.

rongga II 1. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok), gegambir, keranji, pasak

perahu, pokok selubat jantan, temilang, Aglaia odoratissima; 2. sj

tumbuhan (pokok), Chisocheton erythrocarpus;

~ jantan sj tumbuhan (pokok), kelumpang, perupuk, unting-

unting, Sterculia parviflora.

ronggah Pr; peronggah mencarut.

ronggang renggang, jarang.

ronggeng (ronggéng) 1. Jw penari perempuan, tandak; 2. sj tarian spt

joget (diiringi oleh biola, gendang, dan gong);

meronggeng menari, bertandak.

ronggok I ark; meronggok membongkok, meringkuk.

ronggok II; beronggok, beronggok-ronggok berlonggok-longgok,

berkelompok-kelompok: di serambi masjid, ramai orang duduk

beronggok-ronggok.

rongkah Kd, Pl; merongkah merosakkan atau memusnahkan (rumah,

mesin, dll), membongkar.

rongkok; merongkok membongkok (sewaktu duduk, berjalan, dll),

meringkuk.

rongkol ark; serongkol seikat, seberkas;

berongkol berikat-ikat, berberkas-berkas.

rongkong I rangkungan, tenggorokan;

Page 214: Kamus Dewan r

kerongkongan, rongkongan 1. pembuluh nafas di leher; 2.

halkum, lekum, tenggorokan; 3. saluran di leher (makanan masuk

ke perut melaluinya): makanan itu masuk ke dlm ~ lalu ke perut;

rongkongan mengadap hilir prb susah mendapat rezeki;

rongkongan mengadap mudik prb Mn mudah mendapat rezeki;

berair rongkongan prb Mn mendapat rezeki; pembuluh

rongkongan prb a) orang yg mendatangkan untung; b) mata

pencarian.

rongkong II; rongkongan, rerongkongan Jk tulang-tulang badan,

rangka.

rongoh, rongok rongak, rumpang.

rongong Mn; merongong berdengung (spt bunyi langau dll).

rongos ark; merongos lekas marah, pemarah;

perongos orang yg lekas marah.

rongrong Jk; merongrong 1. memakan sedikit-sedikit tetapi tidak

putus-putus; 2. ki selalu mengganggu atau menyusahkan orang

(meminta wang, makanan, dll), merosakkan sedikit demi sedikit,

merugikan sebab selalu rosak atau banyak makan wang:

pemerintah selalu dirongrong hingga pekerjaan pembangunan

rakyat yg lebih penting terbengkalai.

rongsok Jk rosak benar;

rongsokan barang-barang yg sudah rosak, rosokan, rombengan.

ronot Kd; meronot menyusup dgn merangkak (spt bergerak di bawah

rumah yg rendah lantainya).

ronta; meronta, meronta-ronta berusaha sekuat tenaga melepaskan diri

drpd pegangan (ikatan dll) dgn bergerak-gerak dll, menggelepar-

gelepar: ia semakin kuat ~ utk lepas; ikan itu ~ hingga tembus

jalaku; pelajar perempuan yg diserang penyakit ganjil sedang

Page 215: Kamus Dewan r

meronta-ronta dan ditolong oleh rakan-rakannya; hati (fikiran) ~

selalu resah (gelisah);

rontaan sesuatu gesaan (runtunan) perasaan.

rontek (ronték) Jw sj tombak yg berpanji-panji.

rontok Jk 1. gugur (buah-buahan, bunga), luruh, (bulu, daun, dll),

banyak tanggal (gigi), terkelupas (cat, kulit, dll); musim ~ musim

gugur (antara musim panas dan musim dingin); penyakit ~ rambut

penyakit yg menyebabkan luruhnya rambut; 2. ki semakin

berkurang (kesihatan, tenaga, dll), semakin lemah: semangat

perbudakan mulai ~, dan timbul semangat baharu yg semakin

lama semakin besar;

merontokkan menggugurkan, meluruhkan, menanggalkan.

ronyeh (ronyéh) I; meronyeh berkata-kata atau bercakap-cakap dgn

tidak menentu (tidak keruan), bercakap-cakap tidak jelas (orang

tua), merepek: gadis-gadis pun suka ~ dan bersenda gurau;

renyeh.

ronyeh (ronyéh) II Kd; meronyeh, meronyeh-ronyeh merosak-

rosakkan (kertas, bunga, dll kerana marah dll), mengumalkan:

buku itu dironyeh-ronyehnya sebelum dibuang.

ronyoh; meronyoh 1. meradak, menohok: aku ~mu dgn keris ini nanti;

2. bk menolak (orang).

ronyok berkerut-kerut, kumal, renyuk: kainku habis ~;

meronyokkan mengumalkan (kain, kertas, dll): ia mengambil

semula kertas-kertas yg sudah dironyokkannya itu; renyuk.

ropa Pr, bp rupa.

ropak; ~-rapik berserak-serak, berantakan, bongkar-bangkir.

ropol kelim yg berkedut-kedut (pd bantal, baju, dll);

beropol mempunyai ropol: renda ~;

Page 216: Kamus Dewan r

beropol-ropol mempunyai ropol yg banyak: kain kuning yg ~;

rapun II.

ropong Kl rompong.

ros = bunga ~ sj tumbuhan (pokok renek dan bunganya), bunga mawar,

Rosa spp.

rosak 1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai

(tidak tersusun, pecah-pecah, dll): banyak rumah yg ~ dipukul

ribut; 2. ki bercalar-calar, kemik (tin dll), luka-luka; banyak

pemain kita yg ~ banyak yg luka-luka; 3. ki buruk, busuk (buah-

buahan, daging, dll), hancur: buah-buahan itu banyak yg ~; mayat

yg sudah ~ sudah busuk dll; 4. ki tidak dapat berjalan lagi

(motokar, enjin, dll): kereta saya ~ lagi pagi ini; 5. ki tidak

beraturan lagi (bahasa, adat, dll): bahasa (adat, perangai, dll) yg

sudah ~; 6. ki tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan

dll): perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu; seorang panglima

yg telah ~ ingatannya; 7. ki kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dll):

jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dlm negeri, ~ isi

negeri; 8. ki tidak baik, jahat (nama);

~ binasa rosak sama sekali; ~ hatinya a) amat menderita sedih; b)

buruk perangainya; ~ moralnya buruk tingkah lakunya; ~

namanya mendapat nama buruk; ~ perkahwinannya

perkahwinannya gagal; ~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana

laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt

penyakit menghilangkan rupa yg elok;

berosak; ~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu,

menyeksa diri; ~ hati a) menanggung sedih, bersusah hati; b)

buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya);

merosak mempunyai sifat dll yg mengakibatkan rosak: pengaruh

yg ~; kecaman yg ~;

Page 217: Kamus Dewan r

merosaki selalu menjadikan rosak: binatang peliharaan yg suka ~

tanamannya;

merosakkan menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~

nama; ~ bahasa Melayu; Socrates dihukum mati kerana dituduh ~

fikiran pemuda;

kerosakan 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang;

angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan,

kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat;

perosakan perihal merosakkan;

perosak ark 1. alat utk merosakkan; 2. orang dll yg merosakkan;

binatang (haiwan) ~ binatang yg merosakkan tanaman dll; kapal ~

kapal perang kecil yg dapat bergerak cepat; ~ keamanan orang yg

mengganggu keamanan, pengacau.

rosan sj bentuk bumbung (pisang sikat) di istana.

rosario tasbih (Roman Katolik).

rosbang IB resbang.

roset (rosét) gubahan drpd reben atau bahan lain yg berbentuk bunga ros

dll dan dijadikan sbg lencana, hiasan, dsb.

rosia Pr rahsia.

rosok I Mn; merosok mencari-cari dgn meraba, meresek, merogoh: ~

saku; ~ ikan mencari ikan dgn meraba-raba di antara batu-batu dll;

merosokkan memasukkan sesuatu (kaki dll) ke dlm lubang dll: ia

segera ~ sapu tangannya ke dlm saku.

rosok II rosak sama sekali, rosak seluruhnya, binasa, musnah, rongsok;

rosokan barang-barang yg sudah rosak (tua), rongsokan,

rombengan.

rosok III sj tumbuhan (pokok kecil), geremung jantan (betina), kayu

tengah, jerumau, medang kenyat, samak tebengan, temengau

(jantan), Glochidion superbum.

Page 218: Kamus Dewan r

rosot; merosot 1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir: ia tidak

sedar ketika anaknya ~ dr pangkuannya; 2. sangat banyak

turunnya, jatuh sekali (harga barang dll): harga getah sangat ~

tahun ini; 3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh,

dll): maka majalah itu pun mulai ~ penjualannya; gengsi kami di

luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; 4.

semakin kurang (mundur), tidak maju (kepandaian, kesihatan, dll):

kesihatannya semakin ~;

merosotkan menurunkan, mengurangkan, menyusutkan (harga,

mutu, dll);

kemerosotan perihal (kejadian dsb) merosot, keadaan merosot,

kemerosotan: kesan-kesan ~ ekonomi; ~ disiplin.

rostrum pentas orang berucap, mimbar (jika dlm masjid).

rosyom Kd = muka ~ muka masam (kerana marah, sombong, dll).

rot Kd masih bertenaga, masih kuat.

rota sj tumbuhan (pokok), Canarium spp.

rotameter (rotaméter) alat utk mengukur kadar alir cecair atau gas di

dlm paip.

rotan I 1. sj tumbuhan (palma yg memanjat dan digunakan utk kerusi,

tikar, raga, dll): kerusi ~; simpai ~; gelang ~ lingkaran yg dibuat

drpd rotan utk permainan anak sekolah; 2. sebat (pukulan) dgn

rotan sbg hukuman: hukumannya ialah setahun penjara dan

disebat enam ~;

~ air = ~ bakau = ~ batu = ~ tawar sj rotan, Calamus aquatilis; ~

air = ~ cernang (jernang) = ~ cicih landak sj rotan,

Daemonorhops hygrophilus; ~ batu = ~ seni sj rotan, Calamus

insignis; ~ beras = ~ ledas = ~ putih = ~ sinduk = ~ sini sj rotan,

Calamus javensis; ~ bini = ~ dini = ~ tikus sj rotan, Flagellaria

indica; ~ kerai hitam, sj rotan, Calamus diepenhorstii; ~ bukit = ~

Page 219: Kamus Dewan r

kolam sj rotan, Calamus diepenhorstii; ~ bulan = ~ gajah = ~

kertung = ~ raja sj rotan, Plectocomiposis scortechinii, ~ cici = ~

cicit = ~ pahit sj rotan, Calamus densiflorus; ~ cincang = ~ raja =

~ semambu sj rotan, Calamus scipionum; ~ cincin = ~ duduk = ~

gelang = ~ jelutung = ~ kemunting = ~ kerai = ~ perupuh = ~

segera = ~ tunggal sj rotan, Daemonorhops geniculatus; ~ cincin

= ~ kertung = ~ semang sj rotan, Daemonorhops grandis; ~ cucur

= ~ atap cucur sj rotan, Calamus castaneus; ~ dahan sj rotan,

Korthalsia wallichiifolia; ~ dalam buku = ~ manau sj rotan,

Calamus conioastris; ~ gunung = ~ paku sj rotan, Calamus exilis;

~ kembung = ~ macad = ~ macap = ~ manau keleceki = ~ manau

kelesek = ~ manuh = ~ mantang = ~ sega badak sj rotan, Calamus

ornatus; ~ kerai = ~ perut ayam sj rotan, Calamus luridus; ~ kikir

sj rotan Calamus radulosus (scabridulus): ~ kipas sj rotan,

Calamus lobbianus; ~ manana sj rotan, Calamus lobbianus; ~

manau = ~ manau telur sj rotan, Calamus manau; ~ perut ayam =

~ senik = ~ telur sj rotan, Ceratolabus laevigatus; ~ relang sj

rotan, Plectocomiopsis geminisflorus; ~ sega perak sj rotan,

Calamus caesuis; ~ semiang sj rotan, Calamus curtissi; ~ semut sj

rotan, Korthalsia scahigera; ~ udang sj rotan, Korthalsia

echinometra;

ada ~ ada duri prb ada kesenangan tentu ada kesusahannya; bagai

~, asal berinsang dicucuk sahaja prb perihal orang yg tidak

memilih pekerjaannya (perbuatannya); kerat ~ patah arang prb

putus pertalian (perhubungan) yg tidak dapat disambung

(didamaikan) lagi; tiada ~ akar pun berguna (jadi) prb kalau tidak

ada yg baik sekali, yg kurang baik pun berguna juga;

merotan 1. = berotan mencari (mengambil) rotan: jikalau ada

sekiranya orang sesat berdamar atau sesat berotan pun, tiadalah

Page 220: Kamus Dewan r

ayahanda hendak membinasakan; 2. memukul atau menyebat dgn

rotan (sbg satu hukuman): ibunya pun mengugut hendak ~;

perotan orang yg bekerja mencari rotan.

rotan II; rumput ~ beras sj tumbuhan (rumput), kerubung padi,

Cyrtococcum oxyphyllum.

roti sj makanan yg diperbuat drpd tepung gandum dll;

~ benggali bermacam-macam jenis roti yg biasanya dijual oleh

orang India; ~ canai = ~ perata roti leper yg bentuknya bulat atau

empat segi yg adunan tepungnya ditebar, dilipat lalu dimasak; ~

capati sj roti India; ~ jala roti spt jala yg dimakan dgn kuah; ~

kering biskut; ~ lapis sandwic; ~ paun roti tawar drpd tepung

gandum dll yg biasanya dijual dlm ketulan satu paun; ~ perancis

roti putih yg bentuknya panjang dan kulitnya berkerak; ~ tawar Id

roti paun; ibu ~ sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti,

yis.

rotok; merotok 1. berbunyi spt bunyi senapang (letusan kecil-kecil),

mendedas; 2. bersungut-sungut, mencomel, menggerutu,

mengomel.

rotor (Kej) 1. bahagian yg berputar yg terdapat dlm motor elektrik,

dinamo, dsb; 2. alat yg terdiri drpd beberapa bilah yg berputar di

sebelah atas helikopter utk mengangkatnya naik ke udara dr bumi.

rotorkraf sj pesawat udara yg mempunyai sayap berputar utk

menghasilkan daya angkat ketika terbang.

rotunda (S.bina) bangunan atau bilik yg bentuknya bulat dgn

bumbungnya berbentuk kubah.

rouble (rubel) unit mata wang Rusia.

royak; meroyak menjadi lebih luas lukanya (kudis, sobek, dll), melebar,

meluas.

Page 221: Kamus Dewan r

royal IB berlebih-lebih (membelanjakan wang, makan, minum, sikap,

dll), serba banyak, serba mewah, boros: dilarang bakhil, dilarang

pula ~, dan membuang-buang harta;

beroyal-royal membuang-buang (menghabiskan, membelanjakan)

wang dgn berlebih-lebihan utk bersuka-suka (berfoya-foya dll):

kerana bapanya orang kaya, dapatlah ia hidup ~;

meroyalkan memboroskan wang dll;

keroyalan perihal royal, keborosan.

royalti 1. perkongsian keuntungan spt dlm pengusahaan lombong, telaga

minyak, atau ciptaan jentera, yg dibayar kpd syarikat pengusaha

kpd pemilik tanah (kerajaan) atau pencipta jentera: semua logam

ialah harta haus dan adalah menjadi kebiasaan kpd kerajaan

mengenakan ~ terhadap pengusahaannya; 2. bayaran tertentu yg

dibuat oleh penerbit kpd pengarang, penyanyi, dsb atas setiap

naskhah karya mereka, spt buku dan piring hitam, yg terjual: saya

bayar karangan-karangan beliau dgn harga yg mahal atau saya

membayar ~ yg lebih tinggi.

royan sj penyakit pd perempuan yg datang sesudah bersalin; ~ tahi

penyakit berak-berak sesudah bersalin;

meroyan menderita sakit sesudah bersalin, dihinggapi royan.

royat Kl, Ph, Tr; meroyat menceritakan, memberitahukan; riwayat.

royong I; gotong-~; gotong.

royong II; condong-~ Pr huyung-hayang; ruyung II.

Rp Id kep rupiah.

RPA Id kep Republik Persatuan Arab (Republik Arab Bersatu).

RPKAD Id kep Resimen Pertempuran Komando Angkatan Darat.

RRI I kep Rubber Research Institute of Malaysia (Pusat Penyelidikan

Getah Malaysia).

RRI II Id kep Radio Republik Indonesia.

Page 222: Kamus Dewan r

RRT Id kep Republik Rakyat Tiongkok.

RTM kep Radio dan Televisyen Malaysia.

ru sj tumbuhan (pokok), cemara (laut), Casuarina equisetifolia; ~ bukit

sj tumbuhan (pokok), Dacrydium elatum; akar ~ sj tumbuhan

(paku-pakis), Lycopodium casuarinoides.

Ru simbol kimia bagi rutenium.

rua I 1. banyak makan tempat, banyak mengambil ruang, lebar, luas; 2.

tidak ringkas, tidak kemas, longgar;

merua melebar, meluas, mengembang; ruak.

rua II ark jalan.

ruadat ark Ar perihal menyatakan hormat, penyataan (pemakluman)

hormat; rudah.

ruah I; (ber)tumpah ~ = (me)limpah ~ = penuh ~ a) terlampau penuh

sehingga tumpah-tumpah; b) penuh sangat, penuh sekali; c)

terlampau banyak, berlebih-lebih, berlimpah-limpah, limpah,

mewah;

meruah 1. Kd, bk membuang air besar (kecil), berak, kencing; 2.

Kd membuang-buang air;

meruahkan mencurahkan, melimpahkan, menumpahkan.

ruah II; seruah, seperuah sejauh suara memanggil, sejauh dapat

didengar, sepemanggil;

meruah sl memanggil dr jauh, melaung, menyeru: baginda pun

menyuruh anakanda baginda diruah.

Ruah III; bulan ~ bulan Arab yg kelapan, bulan Syaaban; bulan I.

ruah-ruah; burung ~; ruak-ruak.

ruai I ark 1. tidak cekang, kendur (tali); 2. tidak berapa kuat (tiang dll);

3. kurang tenaga, lemah (badan).

ruai II; ~ gajah sj tumbuhan (pokok kecil), rambai hantu, tampung besi,

Gonocaryum longeracemosum.

Page 223: Kamus Dewan r

ruai III Sr ruang menunggu, ruang legar, lobi: mereka bersetuju utk

berkumpul di ~ hotel sebelum bertolak ke tempat lawatan.

ruak; meruak 1. merata ke mana-mana, meluas (api dll); 2. bertambah

lebar, meroyak (kudis dll); 3. terbuka menjadi lebar, kembang

(gulungan tikar dll); rua I.

ruak-ruak sj burung yg hidup di tepi-tepi paya (alur dll), burung ruah-

ruah, burung wak-wak, Amaurornis phoenicurus chinensis.

ruam bintil-bintil merah pd kulit (pd anak-anak kerana biang, peluh,

dll); ~ panas ruam yg gatal-gatal yg disebabkan oleh radang pd

kelenjar peluh;

meruam timbul ruam.

ruan singkatan bagi haruan.

ruang 1. sela-sela di antara dua deret (banjar) tiang atau di antara empat

tiang (di bawah kolong rumah): besarnya rumah itu tujuh belas ~,

~nya tiga-tiga depa; 2. bahagian yg (dibiarkan) kosong atau

terbuka dlm sesebuah bangunan; 3. lubang yg terdapat dlm sesuatu

benda, rongga: ~ hidung; ~ dada; 4. rongga yg dibatasi oleh

bidang; ilmu ukur ~ pengetahuan utk mengira isi (besar) sesuatu

benda (kiub, kon, dll); 5. (dlm ilmu falsafah) tempat atau rongga

yg tidak ada batasnya, tempat segala yg ada: namun secara

rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ~

mahupun waktu; 6. = ~ waktu (masa) jarak antara satu waktu dan

waktu lain; ~ waktu yg sempit jarak waktu yg pendek (terhad); 7. =

ruangan tempat yg lapang, bilik (bilik dlm rumah, bilik darjah,

dll): ~ duduk kami menghadap ke beranda; matanya menyeluruhi

~ bilik darjah itu; 8. petak-petak dlm buah, pangsa; durian lima ~

durian lima pangsa; 9. = ruangan tempat yg lapang dlm kapal

(perahu), tempat memuat barang-barang, palka: perahu itu bocor,

~nya berisi air; air ~ air dlm ruang kapal (perahu); 10. = ruangan

Page 224: Kamus Dewan r

petak atau kolum dlm surat khabar dll, lajur: satu hal yg baru bagi

idea majalah ini ialah dibukanya ruangan-ruangan spt sorotan,

cerita pendek, dll; 11. = ruangan petak atau kolum utk angka:

sifar di ruangan ratus tidak dikehendaki kerana 076 serupa

sahaja dgn 76; ~ se (puluh, ratus, dll); 12. = ruangan kalangan,

lapangan, lingkungan; mencari ruang(an) hidup baharu; tiba-tiba

Rosita terbayang di ~ matanya nampak di lingkungan pandangan

mata; 13. peluang atau skop: Islam memberi ~ kpd akal manusia

menyingkap rahsia alam tabii;

~ angkasa angkasa lepas; ~ badan rongga pd badan; ~ dalam

(tengah) bilik dalam (tengah) dlm rumah; ~ dapur bahagian dapur

rumah; ~ depan (muka) bahagian depan rumah; ~ lakon ruang (di

pentas dsb) tempat dipersembahkan lakonan (tempat dilakonkan

babak-babak cerita); ~ legar ruang yg agak luas di sebelah dalam

pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat

bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dsb, lobi,

foyer; ~ lingkup = ~ liput(an) = ~ litupan bidang sesuatu kegiatan

atau ilmu pengetahuan atau yg diliputi oleh sesuatu perbincangan

(penulisan dsb); ~ mulut rongga mulut; ~ niaga ruang utk menjadi

tempat berniaga (dlm kompleks perniagaan dsb); ~ rias (hias)

bilik atau tempat berhias; ruang(an) selisih kolum (petak) yg

menunjukkan angka selisih (dlm matematik); ~ tamu bilik atau

ruang utk menerima tamu; ~ udara a) ruang terhad tempat udara

wujud; b) angkasa; c) bahagian atmosfera bumi di atas sesebuah

negara, yg dr segi undang-undang terletak di bawah bidang kuasa

negara berkenaan: ~ udara Malaysia; bawah ~ Br bahagian di

antara penyokong dgn lantai perahu; merajukkan air di ~, hendak

karam ditimba juga prb marah yg tiada sampai, apabila ia

Page 225: Kamus Dewan r

kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kpd

kita;

beruang mempunyai atau ada ruang yg kosong atau lapang: bilik

itu sempit sehingga tidak ~ langsung utk berbaring merehatkan

badan;

meruang mengeluarkan kotoran dr dlm perut mayat, menyucikan

mayat; ~ senjata membersihkan senjata;

ruangan ruang; ~ pojok ruangan dlm akhbar atau majalah yg

dikhaskan utk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan.

ruap Mn buih: apabila ~nya sudah dibuang, masukkanlah ubi, dll; ~

(dan) sampah = ~ (dan) hampar ki orang yg sangat hina dlm

masyarakat, orang terbuang, sampah masyarakat;

meruap 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih

dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air

soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai

(sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-

ruap menjadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap,

menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi;

perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah

menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya

marah sekali; 4. menjadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~

kerana kena panas; 5. menyombong, bercakap besar (membual):

jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri;

6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka

selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau

cecair);

kemeruapan 1. (Kim) keadaan atau sifat sesuatu bahan atau cecair

yg cepat bertukar menjadi wap: setiap pecahan minyak mentah

mengandungi alkana yg mempunyai kelikatan dan ~ yg berbeza;

Page 226: Kamus Dewan r

2. (Eko) darjah perubahan harga sesuatu sekuriti atau pasaran

sama ada menaik atau menurun dgn cepat.

ruas I bahagian di antara buku dgn buku (buluh, jari, tebu, dll): ~ buluh;

beberapa ~ tebu; beberapa ~ lemang beberapa batang lemang;

bertongkat ~ bertelekan, berteleku; sbg betung se~ jujur benar,

lurus hati;

bertemu (berjumpa) ~ dgn buku = bertemu (berjumpa) buku dgn ~

prb a) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan); b) balasan

atau pembelaan yg sangat tepat (setimpal); terhentak ~ ke buku prb

Mn hilang akal; tinggi terbawa oleh ~nya prb perihal seseorang yg

masih bodoh walaupun tubuhnya besar;

beruas, beruas-ruas ada ruas-ruasnya: kaki yg ~; binatang yg

mempunyai anggota ~; buluh yg tidak beruas buluh yg tidak ada

ruasnya;

peruasan sendi-sendi atau persendian, buku-buku (pd tulang dll).

ruas II; se~ semalam sj tumbuhan (herba), johong, beralih, pancis-

pancis, tebuk (tuba) seludang, Polygonum barbatum.

ruas-ruas sj tumbuhan (pokok kecil), limau, melimau, penawar putih,

Gelonium glomerulatum; ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek),

Daphniphyllum laurinum.

ruat I 1. goyah, goyang (gigi), hampir tumbang (pokok); 2. ki tidak

tetap, selalu berubah-ubah (hati dll); 3. terbongkar perdu dan

tumbang (pokok).

ruat II Jw 1. pulih kembali spt sediakala (jadi-jadian, orang kena tulah,

dll); 2. terselamat (terlepas, bebas) drpd nasib buruk yg akan

menimpa (bagi orang yg menurut kepercayaan akan tertimpa nasib

buruk); 3. = ruatan upacara menyelamatkan orang drpd nasib

buruk yg akan menimpa, upacara menolak bala;

Page 227: Kamus Dewan r

meruat 1. mengembalikan kpd keadaan yg dahulu: ~ harimau

jadi-jadian; 2. menyelamatkan orang drpd malapetaka yg akan

mengenainya, menolak bala.

ruat III

ruat IV rot.

ruba = ruba-ruba Jw 1. sl hadiah drpd nakhoda perahu kpd pembesar

pelabuhan dll; 2. pemberian sbg suap, pemberian rasuah.

rubah I Ar sj binatang spt anjing, Canis vulpes.

rubah II ark; berubah menjadi lain, bertukar (rupa, warna, dll);

merubah menjadikan lain drpd yg asal, mengubah: ia ingin ~

penghidupannya; kebudayaan Islam telah ~ perwatakan bangsa

manusia; ~ perangai menukar perangai;

perubahan perihal berubah; ubah I.

rubai I sj tumbuhan (herba), akar kutu babi, daun balam, Poulzolzia

zeylanica.

rubai II Ar sj sajak (empat baris).

ruban ark = air ~ air yg terdapat dlm minyak kelapa (masa memasak

minyak);

meruban membuang (mengeluarkan) air ruban.

rubarb sj sayuran spt saderi yg berdaun besar drpd genus Rheum,

tangkai daunnya yg panjang, berisi dan berwarna merah tua,

biasanya dimakan setelah dimaniskan dan dimasak.

rubela (rubéla) (Ubat) penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yg

boleh menyebabkan kecacatan kpd bayi sekiranya dihidapi oleh

seseorang ibu yg mengandung antara satu hingga tiga bulan.

rubiah Ar 1. wanita yg soleh; 2. isteri guru (ulama); 3. guru wanita yg

mengajar mengaji (Quran).

rubidium (Kim) sj unsur logam yg sangat reaktif dan mudah terbakar.

rubik Mn sj penganan, kerepek.

Page 228: Kamus Dewan r

rubin I; batu ~ batu jubin, batu ubin.

rubin II Kd rubing II.

rubing I dinding tokok atau tambahan sementara utk meninggikan tepi

perahu (yg dibuat drpd anyaman, kain kasar, dll).

rubing II hujung, tebing, tepi.

rubrik IB ruangan sesuatu karangan dlm surat khabar: ~ cerita-cerita

pendek.

rubu; merubu; ~-raba = merubu-rubu 1. Mn pergi ke mana-mana

(dgn tidak bertujuan), berkelana, merayau-rayau; 2. meraba-raba

atau mencari-cari ke sana sini (dlm gelap dll).

rubung; merubung, merubungi datang berkeliling banyak-banyak,

mengerumuni, menggerubungi.

rucah Jw 1. apa-apa sahaja, sebarang sahaja (bukan pilihan),

sembarangan; 2. hina, keji, kotor; lucah.

rudah ark tanda hormat; ruadat.

rudi Mn urat keting.

rudimen 1. (Bio) bahagian atau organ yg belum sempurna

perkembangannya, terutamanya dlm peringkat embrio; 2. belum

berkembang atau terbentuk dgn sempurnanya: ekor ~; sayap ~.

rudin Jk habis harta bendanya, miskin benar, papa: apabila serangan

selesai ia mendapati dirinya ~.

rudu I ark mengantuk (mata), luyu, ruyup.

rudu II; merudu 1. (berjalan) membongkok; 2. bergerak maju (spt

perahu di air dll), meluncur.

rudul Pl rudu, luyu.

rudum; merudum 1 Kd. berbunyi kuat (pokok tumbang dll): apa yg ~

tadi tu? 2. Kd berlari-lari, bergomol dll hingga menyebabkan

bising (terutama dlm rumah): hai jangan ~, bapa nak

sembahyang; 3. ki jatuh atau merosot dgn teruknya (bkn nilai

Page 229: Kamus Dewan r

saham, ekonomi dsb): berikutan kegawatan ekonomi dan pasaran

saham yg turut ~; nilai ringgit ~ kerana diserang oleh pedagang

mata wang.

rudus I (Acheh) sj pedang pendek, kelewang.

rudus II Kd rudu, luyu.

rugat Br tertanggal drpd sesuatu bahagian (benda dll), tercabut.

rugi 1. (dijual dll) lebih rendah drpd harga pokok, tidak mendapat

keuntungan: jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masanya

modal utk menjalankan perniagaan itu habis; jatuh (menanggung,

menderita) ~ tidak beroleh keuntungan; ~-~ untung walaupun rugi

ada baiknya juga; 2. kesusutan modal (kerana menjual lebih

rendah drpd harga pokok): berjual beli getah pd masa ini akan

mendatangkan ~; dia tidak sanggup lagi menanggung ~; ganti ~

= silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll),

pampasan; kira-kira untung ~ kira-kira yg menunjukkan untung

dan rugi sesuatu perniagaan; 3. tidak mendapat faedah (manfaat),

tidak ada gunanya, sia-sia sahaja: ia berasa ~ datang menonton

pertunjukan itu kerana apa yg disaksikannya adalah hasil seni yg

amat murah; 4. sesuatu yg kurang baik (tidak berfaedah), mudarat:

tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam;

5. hilang, habis (wang dll): ia ~ kira-kira RM300 kerana

menolong kawannya berkahwin; ~ barang (tempoh, tenaga, wang)

habis barang (tempoh, tenaga, wang);

~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti

atau aset yg belum nyata kerana tidak dijual; ~ modal kerugian yg

ditanggung drpd penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat drpd

penurunan harga; ~ menentang laba, jerih menentang boleh prb

harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk mendapat sesuatu yg

dikehendaki;

Page 230: Kamus Dewan r

berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat

kepadaku, akan suka berugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?;

tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll)

dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah

(mengeluarkan belanja dll);

merugikan 1. menjadikan rugi, mendatangkan rugi (kpd):

pemogokan kereta api yg berjalan selama tiga bulan telah ~

perusahaan itu berpuluh-puluh juta ringgit; berjuta-juta ringgit

hasil petani telah dirugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja

menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja merugi: kerana

menerima cengkeram, petani-petani kita ~ hasil pertanian

mereka; 3. membawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya

tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak

sekali-kali berniat hendak ~ hidupmu;

kerugian 1. mengalami (menanggung, menderita) rugi: dlm masa

enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa

pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya

atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal

yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya?

3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan

menimpa mereka.

ruhban Ar pertapa laki-laki (Roman Katolik).

ruhbanat Ar pertapa wanita (Roman Katolik).

ruhulkudus 1. Jibrail; 2. Id (Kristian) roh suci, (diri ketiga dlm keesaan

Tuhan, mengikut ajaran Kristian).

ruing sj alat utk menggulung benang yg pertama pd alat tenun;

meruing menggulung benang pd ruing.

ruit bengkok spt kait;

teruit tersangkut (kaki, tanduk, dll).

Page 231: Kamus Dewan r

rujah; merujah merodok (menikam, menusuk) hala ke bawah.

ruji I sl makanan harian yg utama (nasi dll): beras ~; tanaman ~

tanaman bahan-bahan makanan yg utama.

ruji II = ruji-ruji 1. kisi-kisi, terali; 2. jari-jari roda, anak jentera, kasau

pd payung; 3. (Bio) kumpulan sel yg mengunjur spt jejari dlm

xilem dan floem tumbuhan.

rujuk Ar 1. kembali (kahwin) dgn isteri yg sudah diceraikan mengikut

syarat-syarat tertentu; 2. ki kembali kpd kedudukan atau pendirian

yg asal (sebelum drpd itu): ia tidak mengharapkan pemimpin-

pemimpin itu datang menemuinya dan memujuk supaya ia ~

kembali;

merujuk 1. = merujuki berkahwin kembali dgn isteri yg sudah

diceraikan: hatinya bertanya kalau Mahani diceraikan apakah

Rusilah akan mahu dirujukinya? 2. melihat utk meneliti, melihat

lebih lanjut: calon-calon hendaklah ~ kpd risalah-risalah

panduan; jika hendak mengetahui segala lapangan hisab,

hendaklah dirujuk kpd karya Euler;

merujukkan mengemukakan utk dikaji, memanjangkan (kpd):

beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan

kpd jawatankuasa pilihan; hakim besar ~ semula perkara itu kpd

mahkamah rendah;

rujukan keterangan lanjutan mengenai sesuatu perkara (buku dll),

sumber utk dirujuk: buku itu menjadi ~ dlm lapangan ilmu

ekonomi; buku ~ buku utk mendapat keterangan yg lebih lanjut;

perujukan perihal atau perbuatan merujuk atau merujukkan;

perujuk orang atau tempat yg dirujuk utk mendapatkan sesuatu

maklumat (keterangan dsb) tentang sesuatu.

rujuk silang catatan (kata atau tanda) yg mengarahkan perhatian

pembaca dr suatu tempat ke tempat lain dlm sesebuah buku, fail

Page 232: Kamus Dewan r

dsb utk keterangan atau maklumat selanjutnya: mungkin ~ ini

digunakan kerana masalah ejaan; satu lagi kelemahan kamus itu

ialah terdapatnya terlalu banyak ~;

merujuk silang merujuk drpd satu kata atau bahagian buku

(makalah, rencana dsb) kpd satu kata atau bahagian buku

(makalah, rencana dsb) yg lain: pemilihan kata dibuat secara ~

kpd kata yg menjadi komponen makna yg lain;

merujuksilangkan merujukkan sesuatu (kata, bahagian buku dsb)

kpd sesuatu (kata, bahagian buku dsb) yg lain dgn menggunakan

kata atau tanda: setiap entri haruslah dirujuksilangkan dgn entri

lain yg bersinonim dengannya.

rukah Kl; merukah memanjat rumah dll (oleh pencuri, budak nakal,

dll).

rukam; ~ air sj tumbuhan (pokok renek), kasip keludut, Erismanthus

obliqua; ~ babi sj tumbuhan (pokok), bunga tanjung hutan,

selimber, Homalium longiflorum; ~ gajah = ~ hutan = ~ putih sj

tumbuhan (pokok kecil), pokok damak-damak hutan, Scolopia

rhinanthera; ~ laut sj tumbuhan (pokok renek), bedara laut,

Ximenia americana; ~ padang sj tumbuhan (pokok kecil atau

renek), medang kundur, Litsea ujongensis; pokok ~ putih sj

tumbuhan (pokok renek), Scleropyrum maingayi.

rukas Kl rukah.

rukhsah Ar kelonggaran ketetapan hukum syarak kerana darurat (spt

memakan bangkai, memendekkan sembahyang dlm perjalanan,

meninggalkan puasa ketika sakit).

rukiah, rukiat Ar segala yg berhubungan dgn guna-guna (sihir dll).

ruku I; ~ gajah sj tumbuhan (rumpai), Vernonia patula; ~ hutan a) sj

tumbuhan (herba), kumis kucing; b) sj tumbuhan (herba), rumput

kucing-kucing (talah), Adenosma capitatum.

Page 233: Kamus Dewan r

ruku II; meruku berbunyi (burung tekukur).

rukuk Ar 1. membongkokkan badan dlm sembahyang (dgn tangan

ditekankan ke lutut sehingga paras belakang dan kepala sama

rata); 2. membongkok;

merukuk = duduk ~ (duduk) membongkok (menunduk) dlm

keadaan rukuk.

rukun I Ar 1. = ~ Islam = ~ agama dasar atau tiang agama Islam

(syahadat, sembahyang fardu, zakat, puasa Ramadan, dan

mengerjakan haji); menunaikan ~ yg kelima mengerjakan ibadat

haji; 2. dasar, tiang, asas, sendi: negara yg mengamalkan ~-~

demokrasi; 3. sesuatu yg diharuskan, syarat: seseorang yg hendak

membuka kedai runcit perlu mempunyai tiga syarat atau ~ spt yg

dinyatakan di bawah ini;

~ fikli rukun yg berupa perbuatan dlm ibadat (rukuk dan sujud dlm

sembahyang, tawaf dlm ibadat haji, dll); ~ hidup syarat hidup; ~

iman percaya akan Allah (malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-

Nya, hari kiamat, dan untung baik dan buruk drpd Allah); R~

Negara falsafah negara Malaysia yg mendukung lima prinsip

penting, iaitu kepercayaan kpd Tuhan, kesetiaan kpd raja dan

negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, serta

kesopanan dan kesusilaan; ~ syarak asas dan hukum agama Islam;

~ syarat Mn sesuatu yg harus diadakan mengikut adat.

rukun II 1. tenang dan tenteram, aman (perhubungan, persahabatan, dll),

tidak bertengkar dll: ia ingin kembali hidup ~ dgn isterinya; hidup

~ damai dlm masyarakat berbilang bangsa di Malaysia; 2. bersatu

hati, bersepakat, berseia dan bersekata: ingin memberikan

sumbangan kita supaya semua bangsa di dunia ini hidup ~; 3.

persatuan yg bertujuan utk bantu-membantu; ~ kampung Id

persatuan penduduk kampung; ~ tani Id persatuan kaum tani; ~

Page 234: Kamus Dewan r

tetangga Id persatuan antara orang-orang yg berjiran (bahagian

drpd rukun kampung);

merukunkan 1. menyebabkan damai (aman dll), mendamaikan:

siapa yg dapat ~ dua beradik yg berselisih itu? 2. menjadikan

bersatu hati (bersepakat dll), menjadikan bersepakat: penduduk

tempat itu tidak dapat dirukunkan dgn cakap-cakap biasa sahaja

tetapi harus dgn usaha-usaha yg positif drpd kerajaan;

kerukunan 1. perihal hidup rukun, kesepakatan: ~ hidup dlm

masyarakat; 2. perasaan rukun (bersatu hati).

ruku-ruku 1. sj tumbuhan (rumpai), pokok kemangi, selasih hutan,

Hyptis suaveolens; 2. = ~ hutan sj tumbuhan (herba), kemangi,

selasih, selasih antan (hitam, jantan, putih), Ocimum basilicum; ~

hitam sj tumbuhan (pokok renek), selasih besar (cina, jambi,

mekah), Ocimum gratissimum; ~ jantan sj tumbuhan (herba),

Hemigraphis confinis.

rukyah Ar 1. pelihatan, pandangan; 2. = rukyatulhilal melihat anak

bulan utk menentukan permulaan Ramadan (Syawal dan Zulhijah);

ahli ~ orang yg menganut hukum wajib berpuasa dgn melihat anak

bulan (lwn ahli nisab yg menentukan permulaan puasa menurut

perhitungan); tanda ~ alamat dgn memukul gendang raya dll utk

mengumumkan nampaknya anak bulan.

rul bp; kayu ~ kayu pembaris (penggaris).

rulus; kayu ~ sj tumbuhan (pokok besar), ludai (pelanduk), mayang,

Sapium baccatum.

rum I IB lemak kentalan air susu, kepala susu; ~ gula campuran susu

(mentega) dgn gula.

rum II minuman keras yg diperoleh drpd sulingan air tebu yg

ditapaikan.

Rum. kep rumah.

Page 235: Kamus Dewan r

rumah I 1. binaan utk tempat tinggal; ahli (orang) ~ a) isteri; b) ahli

keluarga yg tinggal di rumah; anjung ~ bahagian depan rumah yg

menganjur; elaun ~ elaun sewa rumah utk pegawai; nyonya ~ Id

isteri; perkakas ~ a) bahan utk membuat rumah; b) perabot; tuan ~

pemilik rumah; 2. (biasanya dipakai apabila memberi nama kpd

sesuatu bangunan dgn erti) bangunan, gedung: R~ Persekutuan; 3.

ki pasukan atau kumpulan dlm olahraga (di sekolah dll): sebuah

sekolah selalunya dibahagikan kpd empat ~ dan ~-~ itu diberi

nama warna misalnya ~ merah, ~ biru, dll; 4. = ~ angka bahagian

dlm susunan angka, ruang, kolum: ~ se; ~ puluh; ~ ratus;

~ adat balairung; ~ Allah a) bangunan khas tempat umat Islam

mengerjakan solat dan ibadat-ibadat lain, iaitu masjid dan surau;

b) Kaabah; ~ api menara api (mercu suar); ~ asap bangunan atau

tempat khas utk mengeringkan atau mengawet sesuatu (spt getah,

tembakau, ikan dsb) dgn mengasapinya; ~ bandar a) rumah

bertingkat yg sama bentuknya dan dibina bercantum dlm satu

deretan, biasanya setiap tingkat merupakan satu unit rumah; b)

rumah teres satu atau dua setengah tingkat yg kelihatan tinggi dan

agak sempit, terletak di kawasan bandar atau pinggir bandar,

bereka bentuk moden, biasanya mempunyai anjung kereta di

tingkat bawah serta ruang tamu di tingkat satu; ~ batu rumah yg

berdinding batu-bata; ~ berhala kuil (tempat memuja berhala); ~

besar a) rumah yg besar; b) rumah yg pokok (sbg ibu atau induk);

~ bicara Id bangunan tempat bermesyuarat; ~ bola Id rumah

tempat bermain biliard, rumah kelab; ~ butang (kancing) lubang

tempat memasukkan butang (buah kancing) baju; ~ dansa Id

rumah tempat berdansa (menari), kabaret; ~ dapur bahagian rumah

yg di belakang (tempat memasak); ~ gadai (pajak) rumah tempat

menggadaikan barang-barang; ~ gedang Mn rumah ibu (induk)

Page 236: Kamus Dewan r

sbg tempat tinggal kaum keluarga; ~ gila rumah tempat merawat

orang gila; ~ hantu tempat pertemuan ahli persatuan Freemason; ~

haram rumah yg didirikan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa

(tuan punya tanah dll); ~ hijau rumah kaca; ~ ibadat (ibadah)

rumah tempat beribadat (masjid, gereja, kuil); ~ ibu bahagian yg

utama rumah Melayu, rumah induk, rumah gedang; ~ instansi Id

rumah utk pegawai kerajaan; ~ jaga pondok tempat berkawal

(tempat pengawal berteduh), gardu; ~ judi tempat berjudi,

petopan; ~ kaca bangunan khas yg bumbung dan dindingnya drpd

kaca, digunakan utk melindungi tanaman tertentu dlm keadaan yg

terkawal; ~ kampung bp (biasanya) rumah yg diperbuat drpd kayu

yg berlantai tinggi dan beratapkan rumbia (nipah dll); ~ kedai

rumah dan kedai sekali (biasanya rumah deret di bandar),

bangunan utk kedai; ~ kembar rumah yg dua serangkai

(sebandung); ~ kilat bp rumah haram yg didirikan dgn cepat

(biasanya pd waktu malam); ~ kit tempat menghisap candu; ~

komedi Id panggung sandiwara; ~ kutai sj rumah tradisional

Melayu Perak; ~ ladang tempat kediaman yg didirikan di kawasan

ladang yg mengusahakan tanaman atau ternakan, biasanya secara

komersial; ~ lelang Id rumah tempat melelong barang-barang; ~

liar bp rumah haram; ~ limas = ~ bumbung lima rumah yg

mempunyai lima tulang bumbung (satu ruang atau bilik

menganjung ke hadapan); ~ loteng (berloteng) rumah yg

bertingkat; ~ makan kedai tempat makan; ~ minum kedai tempat

minum (menjual minuman); ~ miskin rumah tempat merawat orang

miskin; ~ monyet rumah jaga (gardu kecil); ~ murah rumah yg

murah harganya (dibangunkan oleh kerajaan utk dijual kpd orang

ramai yg berpendapatan rendah); ~ panggung rumah yg tinggi

lantainya; ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-

Page 237: Kamus Dewan r

petak (tempat kediaman banyak keluarga); ~ panjang a) rumah

kediaman orang Iban, Bidayuh dsb di Borneo; b) rumah pelacuran;

~ pasang siap rumah yg dibina dgn beberapa bahagiannya telah

tersedia utk dipasang dan disiapkan di tapak binaan; ~ pasung a)

balai polis; b) rumah tempat menahan orang salah; ~ pelacuran

rumah tempat sundal; ~ penginapan (pemalaman ark) rumah

tempat bermalam (hotel, motel, dll); ~ penjelasan (Eko) a) pusat

pertukaran cek antara bank utk tujuan menjelaskan cek; b) pusat

yg menguruskan penjelasan bagi urus niaga yg dijalankan di

pasaran sekuriti atau komoditi; ~ perdeo (perai) Id, bp penjara; ~

perhentian rumah tempat berhenti (berehat, bermalam, biasanya

kepunyaan kerajaan); ~ pesanggarahan Id = ~ persinggahan

rumah perhentian; ~ petak rumah deret; ~ piatu rumah yg

menempatkan anak-anak yatim piatu; ~ potong = ~ sembelih

tempat menyembelih (lembu, kerbau, dll), pembantaian, pejagalan;

R~ Putih nama bangunan tempat kediaman Presiden Amerika

Syarikat; ~ rehat bangunan (yg disediakan oleh kerajaan) yg

memberi kemudahan penginapan (spt hotel) terutamanya utk

kakitangan kerajaan; ~ sakit tempat merawat orang sakit, hospital;

~ setinggan rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan (orang lain)

secara haram atau tanpa kebenaran, biasanya di kawasan bandar

dan tidak sempurna kemudahan asasnya; ~ sewa rumah utk

disewakan; ~ siput kulit siput; ~ tanaman rumah kaca; ~ tengah

bahagian rumah Melayu yg di tengah; ~ terbuka majlis makan dan

ramah mesra di rumah seseorang yg terbuka kpd sahabat handai

dsb (biasanya semasa musim perayaan, spt perayaan Aidilfitri); ~

teres rumah yg dibina yg satu di sisi yg lain (sehingga menjadi

deretan yg terdiri drpd beberapa buah atau unit rumah); ~ tetamu

rumah yg memberi penginapan; ~ tumpangan rumah tempat

Page 238: Kamus Dewan r

menumpang makan dan tidur, hotel kecil (lazimnya menyediakan

penginapan pd kadar murah); ~ turutan rumah samping (bukan

rumah induk); ~ ubat Id kedai tempat menjual ubat-ubatan; ~ urut

a) rumah tempat berurut; b) rumah pelacuran;

~ buruk disapu cat prb orang tua yg suka bersolek; ~ gedang

ketirisan prb perihal seorang perempuan yg kurang membawa

bahagia kpd suami; ~ gedang bersendi perak prb orang bangsawan

dan kaya pula; ~ sudah, tukul (pahat) berbunyi prb

mengemukakan pendapat dll sesudah perkara diputuskan; dalam ~

membuat ~ prb mencari keuntungan utk diri sendiri ketika bekerja

dgn orang lain; diseluduki bawah ~ orang berluluk kepala =

masuk ke bawah ~ orang kotor kepala prb kalau tinggal di tempat

orang tentu diisi adat lembaganya atau kalau beristeri ke sebuah

rumah, tentu ditanggung susah senang dll di rumah itu;

memperlihatkan ~ buruk kpd orang maling prb mempertontonkan

rahsia sendiri kpd orang; tiada berorang di ~ prb perihal seorang

perempuan yg belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi;

serumah 1. seisi rumah, seluruh rumah; 2. tinggal dlm satu rumah:

kedua-dua perempuan itu hiduplah ~, seorang di atas loteng dan

seorang di bawah; 3. sudah kahwin (beristeri atau bersuami);

menyerumahkan meletakkan (menaruhkan) dlm satu rumah:

apakah dia akan diserumahkan dgn madunya?

rumah-rumah 1. banyak rumah; 2. = rumah-rumahan sesuatu

yg menyerupai rumah atau boleh disamakan dgn rumah, tiruan

drpd rumah;

berumah 1. mempunyai (memiliki) rumah: seorang muda yg

berkedudukan tinggi, berbudi bahasa, dan ~ besar; 2. = ~ tinggal

diam (tinggal) di: ia lebih suka ~ di Ulu Langat; 3. = berumah

Page 239: Kamus Dewan r

tangga; bagai ~ di tepi tebing prb selalu tidak aman hatinya

(selalu keluh-kesah dll);

berumahkan menjadikan sbg rumah: orang Arab yg hidup ~

khemah yg dibuat drpd kulit unta;

memperumahkan mengahwinkan (memperisterikan,

mempersuamikan): lebih lekas anakanda diperumahkan lebih

elok;

perumahan 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal:

Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~

syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk

dijual); 2. perihal pengurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~

sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-

rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai

kerajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk mendirikan rumah: kawasan

~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata

ketam (serut); 5. Mn ark pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini;

perumah (Bio) tumbuhan atau haiwan yg digunakan oleh parasit

sbg tempat tinggalnya, serta sbg sumber makanan dan

perlindungan.

rumah II; ~ langsuyar sj tumbuhan (paku-pakis), daun samun, paku

pandan, selimber, Neottopteris nidus.

rumah tangga perihal rumah dan kehidupan dlm rumah, rumah dgn

keluarga yg mendiaminya;

berumah tangga 1. mengurus rumah tangga, berkeluarga:

pendapatan dan umurnya sudah cukup utk dia ~; 2. berkahwin

(beristeri atau bersuami): sebelum aku mati mahulah aku melihat

engkau ~ dulu.

rumal ark ramal.

Page 240: Kamus Dewan r

Rumawi berkaitan dgn kebudayaan, bahasa, politik dsb dr kerajaan Rom

Kuno;

hukum ~ hukum yg dipakai oleh bangsa Rom (Roman atau Itali

zaman dahulu); huruf ~ huruf Rumi, huruf Roman, huruf Latin.

rumba 1. sj tarian yg berasal dr Cuba, biasanya ditarikan di dewan tari

menari; 2. muzik yg dimainkan utk mengiringi tarian 1. di atas:

muzik ~.

rumbah berbagai-bagai daun mentah yg dimakan bersama-sama dgn

nasi, lalap, ulam.

rumbai I jumbai;

berumbai-rumbai bergantungan hujungnya, berjumbai-jumbai;

berumbai-rumbaikan berjumbai-jumbai dgn: ~ mutiara

dikarang.

rumbai II = ~ latah sj tumbuhan (rumpai), sediang air, Scirpodendron

ghaeri.

rumbia sj tumbuhan (palma yg menghasilkan sagu, dan daunnya dibuat

atap), sagu, Metroxylon spp.; atap ~ atap yg diperbuat drpd daun

rumbia.

rumbing Mn sumbing, sempak: pisau saya ~ .

rumbu I ark sj bubu.

rumbu II 1. tidak tentu hala, tidak senonoh (kelakuan); 2. rambu: budak

ini ~ sangat;

merumbu 1. berlaku tidak senonoh; 2. berjalan ke mana-mana,

berkeliaran, merambu.

rumbu III; merumbu penuh melimpah (cairan dll).

rumbun; merumbun, merumbunkan; ~ api menyorongkan kayu ke

dlm api (utk memarakkan api).

rumbung-rumbung sj ikan laut, Lutianus lutianus.

Page 241: Kamus Dewan r

rumen (rumén) (Bio) ruang pertama perut binatang ruminan yg

menyimpan makanan yg separuh cerna buat sementara waktu

sebelum diluahkan balik ke dlm mulut utk dikunyah sehingga

lumat.

rumenia

Rumi = huruf ~ abjad dlm bahasa Melayu dan bahasa moden yg lain yg

bermula dgn A dan berakhir dgn Z, yg berasal dr kerajaan Rom

Kuno, huruf Rumawi, huruf Roman, huruf Latin;

merumikan menyalin (menulis) ke dlm tulisan Rumi;

perumian perihal merumikan (tulisan): ~ dan pencetakan semula

buku ini ialah satu langkah yg patut dipuji.

rumia sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), remenia, Bouea

macrophylla.

rumiah

rumin Mn; tali ~ tali rami; benang ~ benang rami.

ruminan (Bio) haiwan spt lembu, kambing dan rusa yg mengeluarkan

balik makanan yg separuh cerna dr perut utk dikunyah semula.

rumi-rumi sj ikan laut, lumi-lumi, Echineis naucrates.

rumit Mn tidak mudah, sukar, sulit, susah: kami menghadapi persoalan

beras yg ~; kalau jadi begitu, ~ pula hidup mereka anak-beranak

kerana tiada pekerjaan; dlm ~ sedang hamil;

merumitkan menyukarkan, menyulitkan, menyusahkan: kalau

dirinya sakit, keadaan lebih ~ lagi, dia tidak dapat pergi ke laut;

perkara cadangan di luar negeri itu akan ~ perjalanan Bank

Negara;

kerumitan perihal rumit, kesukaran, kesulitan, kesusahan: ~ yg

besar kpd pekedai ialah memungut hutang.

rumpai rumput dan tumbuh-tumbuhan kecil lain yg tidak berguna di

kawasan yg telah diusahakan; ~ laut tumbuhan berwarna hijau,

Page 242: Kamus Dewan r

perang atau merah gelap yg hidup di dlm laut, atau di atas batuan

yg terendam di pinggir laut.

rumpair sj tumbuhan di air (laut), rumpai air, alga.

rumpang Mn 1. berselang-selang (bersela-sela) sebab luruh gigi,

ompong, rongak; 2. berselang-selang (pagar dll), rongak: pagar yg

~ ; 3. antara (waktu), sela: selama ia masih dlm perjalanan, tidak

akan ~nya aku berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis.

rumpil Jw sukar dijalani (ditempuh), sulit, susah.

rumpun 1. kumpulan tumbuhan yg seolah-olah mempunyai akar yg

sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu: ~ buluh, ~ padi; 2. ki

perindukan (orang-orang yg seketurunan, mempunyai nenek

moyang yg sama), segolongan besar bangsa (bahasa) yg sama asal

dan jenisnya, golongan yg sejenis (karya kesusasteraan): ~ bangsa

Mongol; bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dlm satu ~

bahasa; ~ cerita rakyat; 3. = ~ telinga lekuk daun telinga; 4.

ikatan, rangkaian;

alah di ~ betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang

(pihak yg kalah); tak jauh rebung di ~nya prb perihal perangai

anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya;

serumpun 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~

buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya,

seperindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai,

seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api;

~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu prb bersatu hati dlm

segala hal; tebas buluh ~ prb perihal merosakkan seluruh kaum

kerabat (kerana perbuatan yg tidak baik);

keserumpunan perihal atau keadaan tergolong di dlm satu

rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa;

Page 243: Kamus Dewan r

berumpun, berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun

(perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa

rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat

(buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati

berumpun-rumpun di hujung dahannya.

rumput 1. sj tumbuhan yg melata di bumi (berdaun tirus dan kecil,

biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dsb): ~ benggala; ~

gerinting; ~ pahit; 2. sj tumbuhan yg kecil-kecil; ~ kejut-kejut

(kemaluan) semalu; ~ rampai berbagai-bagai jenis rumput, banyak

jenis rumput;

~ mencari kuda prb perempuan yg mencari laki-laki; bicarakan ~

di halaman orang, di halaman sendiri ~ sampai ke kaki tangga

prb kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar;

embun di hujung ~ prb sesuatu yg mudah hilang atau tidak tetap;

ibarat ~ yg sudah kering, ditimpa hujan segar kembali prb perihal

orang yg sengsara yg dgn tiba-tiba mendapat pertolongan sehingga

hidupnya terasa sangat berbahagia; terhenti-henti bagai ~ di

tengah jalan, mati segan hidup tidak mahu prb perihal kehidupan

yg melarat;

rumput-rumputan, rerumputan berbagai-bagai jenis rumput:

mereka segera berbaris ke tengah ladang yg telah bersih drpd ~

sambil memikul galah; pemuda itu masih terbaring di atas

rerumputan spt tadi sementara matanya masih basah;

merumput 1. memotong rumput, menyabit rumput; 2. sedang

makan rumput (lembu dll); 3. = merumputi menyiangi kerana

membersihkan tanah, membuang rumput; 4. = merumputi

menaruh tanah yg berumput (tanah bata) di;

perumputan, rumputan tanah yg ada rumput, tanah yg ditumbuhi

rumput, padang rumput.

Page 244: Kamus Dewan r

rumrum Jw; merumrum sl membelai-belai dan membujuk-bujuk

(perempuan), mempersenang hati.

rumung Jk; merumung merubung, mengerubungi, mengerumuni.

rumus 1. singkatan bagi sesuatu ungkapan yg terdiri drpd beberapa

huruf, mis DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka, kependekan; 2.

(Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan

angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis rumus

utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, formula:

~ kimia utk air ialah H2O; 3. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb

matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, formula: ~ utk

mencari ukuran luas segi

merumuskan 1. memendekkan atau meringkaskan (perkataan):

UMNO dirumuskan drpd kata-kata Inggeris United Malay

National Organisation; 2. menyatakan sesuatu (spt hukum dll)

dgn rumus: tambahan peraturan syarikat patut dirumuskan

berdasarkan undang-undang; hukum Boyle boleh juga

dirumuskan secara hisab; 3. menyebutkan (menyatakan,

mengumumkan) sesuatu dgn ringkas lagi tepat: hanya

kepemimpinan berwibawalah yg sanggup ~ keputusan terakhir;

rumusan pernyataan atau kesimpulan tentang soal-soal pokok

(ketetapan, pendirian, dll) yg dinyatakan secara ringkas dan tepat:

tegasnya bolehlah kita membuat ~ spt ini;

perumusan perihal (perbuatan, proses) merumuskan, pernyataan

yg ringkas lagi tepat: ~ teori-teori baru;

perumus orang yg merumuskan sesuatu perkara.

runas Pr; merunas meregut, mematahkan (pucuk, bunga, dll).

runcing 1. lancip ke hujung, berhujung tajam (lancip): jarinya yg ~;

bambu ~ buluh yg ditajamkan hujungnya (tombak drpd buluh); 2.

ki genting atau memuncak, tegang (keadaan, perselisihan, dll):

Page 245: Kamus Dewan r

ketegangan antara Filipina dgn Malaysia bertambah ~; ~ tanduk

bangkah kening prb sudah terkenal kejahatannya;

meruncing 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip):

dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan

tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau

memuncak (keadaan, perselisihan, dll), menjadi tegang: keretakan

itu semakin melebar dan ~;

meruncingkan 1. membuat jadi runcing (lancip), meraut

(mengasah dll) supaya runcing: ranjau ialah buluh yg

diruncingkan tajam; masing-masing dgn batang kayu yg

diperbuat spt galah dan diruncingkan hujungnya; 2. menyebabkan

genting (suasana dll): maka anasir-anasir komunis itu akan ~ lagi

suasana dlm negeri; memperuncing mempertajam atau

memperhalus (semangat, pendengaran, dll): dan diperuncingnya

pendengarannya; ia ~ telinganya;

keruncingan 1. perihal runcing; 2. kegentingan (keadaan,

perselisihan, dll).

runcit bermacam-macam, beraneka warna, berbagai-bagai: menjual

barang-barang ~; kedai ~ a) kedai yg menjual barang secara

sedikit-sedikit (terus kpd pengguna); b) kedai yg menjual barang

yg bermacam-macam; jual(an) ~ jual(an) secara kecil-kecilan;

penjual ~ penjual berbagai-bagai barang; perbelanjaan ~

perbelanjaan utk membeli barang yg kecil-kecil atau sedikit-

sedikit;

beruncit; beruncit-runcit sedikit demi sedikit, berdikit-dikit,

beransur-ansur: mengutip yuran ~ itu akan menambahkan kerja

kpd semua peringkat;

peruncitan (yg berkaitan dgn) perniagaan runcit (iaitu pembelian

dan penjualan barangan secara sedikit-sedikit: konsep ~; sistem ~;

Page 246: Kamus Dewan r

peruncit peniaga secara sedikit-sedikit (terus kpd pengguna),

peniaga runcit.

runding 1. sl perhitungan, perkiraan, pertimbangan; 2. pembicaraan

(perkiraan) yg sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu

hal; hamba tidak berbanyak ~ tidak banyak bicara;

~ cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi

perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya; merentang ~

memanjang-manjangkan percakapan (perbualan, pembicaraan);

pakar ~ pakar perunding; ~ banyak nan ka disebut prb jika banyak

berembuk akan dicapai keputusan;

berunding 1. bercakap-cakap (tentang sesuatu hal) dgn sungguh-

sungguh, berbicara, berembuk: Tuanku berharap Filipina akan

mengubah sikapnya dan bersetuju utk ~ di Bangkok; 2. bercakap-

cakap (tentang sesuatu), berkira-kira: letakkanlah bakul itu

dahulu, marilah kita ~ sedikit; inda ~ Br tidak berkira, bertolak

ansur;

merunding sl menghitung, memperhitungkan; runding-~ hitung-

menghitung, timbang-menimbang;

merundingkan 1. memperhitungkan, memperkirakan: mereka

adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia

memakai wang adiknya itu; 2. memperkatakan (membicarakan)

sesuatu utk memperoleh persetujuan penuh, membicarakan:

barang sesuatu yg akan diperbuatnya dirundingkannya lebih

dahulu dgn isterinya;

rundingan 1. perbincangan antara dua atau banyak utk

menyelesaikan masalah (pertelingkahan, persengketaan, dsb atau

mencapai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd

pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian;

persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja

Page 247: Kamus Dewan r

bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan

bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah

putus pembicaraan sudah selesai dan menghasilkan persesuaian; 2.

butir-butir pembicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan:

segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~

damai pembicaraan utk mencari perdamaian;

perundingan perbuatan berunding, pembicaraan, permesyuaratan,

perembukan: ia telah memajukan tuntutannya dlm ~ itu;

perunding 1. orang yg berunding (utk mencapai sesuatu

persetujuan): seorang diplomat dan ~ yg ulung; 2. orang (syarikat

dsb) yg dirujuk utk mendapatkan nasihat kepakaran (tunjuk ajar

dsb); pakar ~ orang (syarikat dsb) yg mempunyai pengetahuan

kepakaran yg tertentu dan berlaku sbg perunding.

rundu; ~-randa Jk pergi ke sana ke mari dgn membawa barang-barang

sekali (spt orang mengungsi), berpindah-randah.

runduk = merunduk tunduk, menunduk: ia melihat buah padinya yg ~;

ia ~ sejenak, kemudian mengangkat muka;

merundukkan menundukkan (kepala).

rundung; merundung 1. mengacau, mengganggu, menyusahkan: ia ~

suaminya dgn meminta dibelikan itu dan ini; 2. menimpa (bkn

kemalangan, kesusahan, dll): selalu dirundung malang.

rung I 1. sj ikan darat, Labeo caeruleus; 2. sj ikan darat, Labiobarbus

leptocheilus; 3. sj ikan darat, Osteochilus vittatus.

rung II Kl batas utk menanam ubi.

rungas; berungas tidak rapi, tidak kemas, kusut (rambut dll).

runggas I; merunggas menyentak, merenggut.

runggas II; berunggas-runggas banyak permatanya: cincin yg ~.

runggau ark kurang tidur.

Page 248: Kamus Dewan r

runggu I; ~-rangga berhujung-hujung tajam (tanduk rusa dll),

bercerancang.

runggu II Mn rungguh, cagaran, jaminan.

rungguh I = rungguhan barang dll yg diletakkan sbg tanggungan utk

wang yg dipinjam, cagaran, jaminan, sandaran: ia harus

menyerahkan tanahnya sbg ~ bagi pinjaman itu; rumah

rungguhan ark rumah gadai;

merungguhkan meletakkan sesuatu sbg cagaran (tanggungan),

menggadaikan; ~ rumah menggadaikan rumah; runggu II.

rungguh II Mn; merungguh bertinggung, bercangkung, berjongkok.

runggun unggun.

rungkai; merungkaikan menghuraikan (simpulan tali dll), membuka

(bungkusan dll); ungkai.

rungkap; merungkap bercakap kasar (biadap).

rungkas; merungkas merombak, membongkar, membuka, mencabut.

rungkau ark; merungkau terburai dan bergantungan menutup muka

(rambut).

rungkuh kelihatan sudah tua benar; tua ~ sangat tua;

kerungkuhan menjadi tua renta.

rungkun (Sunda) Jk rumpun (buluh dll).

rungkup merupakan penutup (tudung dll); atap ~ atap yg sangat lebar

dan rendah (rumah seolah-olah ditudunginya); kajang ~ dua helai

kajang yg dipasang hingga menutupi;

merungkup melingkupi, menudungi, menutupi (hingga tidak

tampak lagi).

rungrum rumrum.

rungus I Mn; merungus berbunyi gemuruh (besar), menderam; ~-

rungus kecil bernyanyi perlahan-lahan (utk diri sendiri sahaja).

Page 249: Kamus Dewan r

Rungus II suku kaum peribumi di Sabah, termasuk dlm rumpun kaum

Kadazan Dusun, kebanyakannya tinggal di Kudat.

rungut leter, gerutu, omel, sungut: "keras sangat", demikian ~ nenek;

merungut, berungut berleter, bersungut, menggerutu, mengomel:

ia mendongak ke atas sambil ~ kerana bising; kelambatan balik dr

menoreh sudah menjadi kebiasaanku, tidaklah ibuku berungut

lagi;

merungut-rungut bersungut-sungut, mengomel-omel: pendayung

itu ~ kerana wang yg diterimanya itu tidak mencukupi;

merungutkan merungut mengenai, bersungut sebab: suaminya ~

bahawa gadis-gadis sekarang terlalu pandai berjinak-jinak dgn

lelaki; Salmiah merungut-rungutkan keburukan rumah yg disewa;

apa hendak dirungutkan, bukan jodoh engkau;

rungutan 1. perbuatan merungut: Hayati menyesal apabila

disedarinya ~ itu tidak adil; 2. omelan: ia sedar ~nya sudah pun

sampai ke pengetahuan yg berkuasa;

perungut orang yg suka merungut, peleter, pengomel.

runjam ark; merunjam menusuk (menikam, menjolok, merodok) dr

bawah; hunjam.

runjang; merunjang 1. merodok, mencucuk (ke dlm lubang dll),

menikam, menjolok; 2. ki meraba-raba, mencari-cari (ke sana ke

mari): ia ~ ke sana ke mari utk membuat hubungan.

runjau ark; merunjau kurus tinggi, panjang ramping, lampai.

runjun; merunjun mengail (ikan haruan) dgn sj kail yg panjang

batangnya dan umpannya katak hidup.

runjung berupa kelongsong (basung, kerucut); hantu ~ ark sj hantu yg

mulanya nampak kecil kemudian menjadi besar;

merunjung makin ke atas makin lancip (kecil), mengerucut.

Page 250: Kamus Dewan r

runsing 1. cepat marah, suka mengomel (merungut-rungut); 2. = ~ hati

sebal hati, risau: janganlah pula engkau menambah ~ hati mak;

merunsing mengomel, bersungut, merungut;

merunsingkan menjadikan runsing, menyebabkan runsing,

merisaukan: dlm keadaan begini, ia tidaklah patut dirunsingkan;

perbelanjaan pelajaran ~ fikiran ahli-ahli politik dan orang

ramai;

kerunsingan perihal runsing, kerisauan: mereka dlm ~;

perunsing orang yg selalu runsing, perisau.

runtai; seruntai segugus, seikat (buah-buahan);

meruntai bergantung terayun-ayun, berjuntai; untai.

runtas ark; meruntas menyambar, menyentak, merenggut: ~ buah dr

ranting.

runti; merunti menggosok rotan (terutama rotan sega) supaya hilang

bahagian yg keras dll.

runtih; meruntih memetik (daun, bunga, dll), menanggalkan biji jagung

dr tongkolnya, menyobek.

runtuh 1. jatuh kerana rosak dll (bangunan), roboh: banyak bangunan

lama yg ~ akibat angin puting beliung; 2. jatuh sebelum masak

dll, gugur; 3. gelongsor atau lungsur (tanah, lereng bukit, dll),

rebak: pecahan-pecahan batu itu menggeluncur turun mengikut

lereng-lereng gunung dan berkumpul di kaki bukit menjadi

kumpulan batu ~; 4. ki rosak atau hancur seluruhnya (kekuasaan,

cita-cita, harapan, dll), binasa, jahanam: kekuasaan negara-negara

penjajah sudah hampir ~ seluruhnya di Asia; orang yg ~

akhlaknya orang yg rosak akhlaknya;

langit ~ bumi cair = langit ~ bumi telah terban prb kehilangan

orang tempat menumpang hidup;

Page 251: Kamus Dewan r

meruntuh 1. (menjadi) runtuh; musim durian ~ musim durian

gugur; 2. ark turun atau menyusup (tentera dll);

meruntuhkan 1. merosakkan dan menjatuhkan, merobohkan:

sebiji bom atom telah ~ seluruh bandar Hiroshima; 2.

menyebabkan gugur (lungsur atau gelongsor): tanah tepi lubang

itu diruntuhkan dgn pancutan air; 3. ki menjatuhkan,

membinasakan, merosakkan (kekuasaan, pertahanan, dll),

menghancurkan (cita-cita, iman, dll): kita akan menghancurkan

segala kekejaman yg ~ kedaulatan raja kita; ayahnyalah yg ~

seluruh kehidupannya;

~ hati membangkitkan berahi (dll hati); ~ iman a) merosakkan

(menghancurkan) iman; b) menggoda orang;

runtuhan, reruntuhan benda yg telah runtuh, bekas bangunan dll

yg rosak, puing: Kemboja dan Thailand berperang kerana

merebutkan ~ sebuah kuil;

keruntuhan 1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan:

pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan

menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg

pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu

yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu;

peruntuh ark orang yg meruntuhkan: sekarang dia akan jadi ~

pula, akan meruntuhkan kemanusiaan.

runtuk reruntuk.

runtun I; meruntun 1. menarik (menyeret) kuat-kuat, membantun,

menyentak, merenggut: ia telah diruntun masuk ke dlm perahu; 2.

sl mengambil dgn paksa, membegal, menawan, merampas,

merebut: Melaka itu hendak diruntunnya; 3. ki mengalih atau

menarik (perhatian, perasaan, dll): ia cuba ~ fikirannya ke babak

lain; kisah yg dibentangkan dlm drama ini pasti dapat ~ perasaan

Page 252: Kamus Dewan r

siapa sahaja; ~ hati menarik hati; 4. = meruntun-runtun

mendesak-desak, melonjak-lonjak (perasaan kerana terlalu ingin

benar): hatinya meruntun-runtun hendak mengetahui kandungan

surat itu;

runtunan tarikan (sentakan), desakan: apabila ~ nafsu mudanya

bergelora, ia lekas-lekas pergi bekerja; ~ hati (jiwa dll) tarikan

atau desakan hati (jiwa dll).

runtun II; beruntun, beruntun-runtun berderet-deret, berikut-ikut,

berturut-turut: suara itu disusuli bunyi tembakan yg ~ dr arah

jalan besar; ayat-ayat al-Quran yg turun itu banyak sekali

beruntun-runtun satu ayat demi satu ayat;

runtunan deretan, jajaran, leretan: demonstrasi harus beruntun-

runtun sbg ~nya ombak.

runtut I Jw bersesuaian, selaras, sepadan.

runtut II Jw; runtutan runtunan, rentetan.

runut bekas tapak kaki dll, jejak, alur di tanah (bekas roda pedati dll): ~

harimau; ~ kereta; mendapat ~ mendapat keterangan (bkn perkara

yg sedang diselidiki; putus ~ kehilangan jejak (bekas); songsang ~

Mn sj tenung;

merunut, merunuti 1. mengikuti (menuruti, mengekori) jejak,

mengesani: dirunutinya tapak itu sampai ke hujung kampung; 2.

ki menyelidiki (mengusut) perkara dll: ~ perkara kecurangan dlm

pembinaan rumah.

runyam Jk 1. susah mengerjakan, leceh, rumit, sukar, sulit: agak ~ juga

kerja itu bagi orang yg belum biasa; 2. tidak berhasil (jadi), gagal:

kalau dia masih berkeras juga tentu akan ~ cita-cita kita;

merunyamkan 1. menyulitkan, merumitkan; 2. menggagalkan.

runyas; merunyas Jh berbulu-bulu (kain), berjerabai, cemabai.

Page 253: Kamus Dewan r

runyut Mn; merunyut berkedut (kerana kering dll), berkerut, kisut,

lisut.

ruok Mn ark; meruok 1. berbuih, membual; 2. meluap, mendidih; 3. ki

marah; ruap.

rupa 1. perihal sesuatu benda yg kelihatan dr luar, sifat sesuatu pd

lahirnya: kepala binatang itu ~nya spt kuda; tidak memandang ~

tidak mempedulikan keadaan dr luar, tidak mengendahkan; ~

bentuk rupa dan bentuk (sifat dan keadaan) sesuatu (benda); 2. = ~

muka rautan muka, paras muka, roman muka, tampang muka:

perempuan yg elok ~nya; ada ~ cantik; 3. apa yg tampak

(kelihatan), wujud: tamsil spt matahari dgn cahaya dgn panas,

namanya tiga, ~nya tiga, hakikatnya satu juga; 4. bangun, bentuk,

tokoh: menara itu ~nya spt roket; dapatlah kuturut ~ huruf

sedikit-sedikit tetapi dgn kasarnya; 5. bagai, jenis, macam: siap

sedia segala ~ juadah utk hari raya; mengapa gerangannya hal

ini demikian ~;

~ bangsa a) kerakyatan, kewarganegaraan; b) sifat-sifat (cara

hidup dll) bangsa; ~ bumi lukisan atau gambaran bentuk muka

bumi pd peta, topografi; ~ taip muka taip;

~ boleh diubah, tabiat dibawa mati prb terlalu susah hendak

mengubah tabiat; ~ harimau hati tikus prb nampaknya gagah

berani tetapi sebenarnya penakut; bagai ~ orang terkena beragih

prb muka masam kerana rugi dll (ketika berbagi barang-barang

syarikat); indah khabar dr ~ prb khabar selalunya lebih baik drpd

keadaan sebenarnya;

rupanya 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati

keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari

raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali

menggunakan perkataan "utas" dlm kamusnya; 3. agaknya,

Page 254: Kamus Dewan r

kiranya, barangkali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka

mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya,

sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt

dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda;

serupa 1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel

Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya,

warnanya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~

pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn),

sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa

yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah

~ dgn "House of Commons"; 4. sebagai, selaku, seperti:

langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya),

sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ;

berserupa sama rupanya, bersamaan;

menyerupa Mn berlagak atau berlaku spt, merupakan diri spt,

menyamar (menyaru) spt;

menyerupai 1. serupa dgn, mirip dgn, hampir menyamai,

mengarah-arahi: hulunya diperbuat drpd kayu, bengkok di

hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; 2. sama dgn, menyamai:

Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yg

baharu; sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~

kedudukan Presiden Amerika; 3. Jk meniru(-niru), menyama-

nyamai: lakunya ~ orang tuanya;

menyerupakan 1. menjadikan serupa (dgn), menyamakan

(rupanya, aturannya, dll): sistem dan kadar kutipan zakat itu

haruslah diserupakan; 2. mengatakan sama (dgn), menganggap

sama (dgn), memisahkan sama (dgn): ia diserupakan dgn kanak-

kanak sekolah menengah sahaja;

Page 255: Kamus Dewan r

keserupaan kesamaan rupa: sebutan dua ~ dlm cara pembiakan

ayam dan katak;

perserupaan persamaan rupa, persesuaian, persetujuan;

rupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam (rupa, bentuk):

dikumpulnya ~ barang lama;

rupa-rupanya 1. agaknya, barangkali, kalau-kalau, kiranya: ~

rundingan damai di Paris itu tidak sampai ke mana; 2. sebaliknya,

melainkan: yg disangkanya boleh mendatangkan keberuntungan

ini ~ tidak demikian jadinya;

berupa 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud:

roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuknya

(bangunnya) sbg: lambang negaranya ~ sebuah bintang berbucu

tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~

mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah

orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-

undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg

mengandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6.

berkelakuan, berperangai: orang yg sistem sarafnya terganggu itu

~ spt orang mabuk;

berupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam, berjenis-jenis;

merupa 1. menjadi ada, berwujud, memperlihatkan diri (hantu,

jin, roh, dll); 2. nampak membayang (dlm mimpi, angan-angan,

dll);

merupai menyerupai (mengarah-arahi, mirip dgn): rajah itu tidak

~ bulatan tetapi lebih mendekati segi empat bujur;

merupakan 1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya

mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2.

melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail

dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi,

Page 256: Kamus Dewan r

membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek

yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4.

ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan

Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai

daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat

drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt

(menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung

Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt

harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang

tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap

pemeras wang itu;

terupa boleh dirupakan (diwujudkan, diangan-angankan): ~ di

hadapannya wajah anaknya yg nakal itu; tidak ~ oleh akal tidak

masuk akal;

rupa-rupaan sl ark rupa-rupa, berbagai-bagai (rupa).

rupal sj tumbuhan (pokok), bekoi, berkol, buah babi, tukoi, Crypteronia

paniculata.

rupawan elok rupanya, cantik: gadis ~;

kerupawanan kecantikan: ia menjadi pujaan ramai kerana ~nya

dan kebaikan perangainya.

rupee (rupi) unit mata wang India, Pakistan, Sri Lanka dan beberapa

negara lain.

rupi rupee.

rupiah unit mata wang Indonesia; ~ sikah sj mata wang lama India;

serupiah satu rupiah, seperak;

merupiahkan menukarkan (wang asing) menjadi rupiah.

rupuh; merupuh; bunyi ~ berbunyi kuat (spt pokok besar tumbang dll).

rupung ruyung, huyung-hayang.

ruruh luruh.

Page 257: Kamus Dewan r

rurut I Mn gugur, jatuh: telah ~ bunga hayatku sebelum dia mekar; ~

hati jatuh hati, terharu hati; lurut II.

rurut II; merurut melurut (melucutkan, meluluskan) cincin dll;

lurut I.

rusa I sj binatang yg tanduknya bercabang-cabang dan memakan

tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus; jenis-jenisnya: ~

babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung;

~ di hutan, kancah sudah terjerang prb barang sesuatu yg belum

pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya; mati ~ kerana jejak,

mati kuau kerana bunyi prb mendapat bencana kerana

perbuatannya atau sesuatu yg menjadi kemegahannya; mati ~

kerana tanduknya prb mendapat kecelakaan kerana sesuatu yg

menjadi kemegahannya; spt ~ kena tambat prb selalu dlm keluh-

kesah; spt ~ masuk kampung prb tercengang-cengang; tak akan

rintang ~ oleh tanduknya prb tidak terganggu seseorang yg cekap

itu drpd melakukan pekerjaannya.

rusa II; akar ~ = rusa-rusa sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur

bujuk, akar kacang-kacang, Agelaea verstita; pokok ~ sj tumbuhan

(pokok kecil), mempisang, Vitex hollrungii.

rusam Kd sj alat (batang atau pegangan yg boleh berputar) utk mengajar

anak-anak kecil berjalan.

rusih; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), kayu membuah, jambul

burung cicit, Polyalthia beccarii.

rusuh I 1. terganggu ketenteraman (kerana perbuatan jenayah spt

pencurian dll), tidak aman: keadaan ekonomi yg begitu buruk

menyebabkan daerah kami ~ sekali; 2. gaduh, huru-hara, kacau,

ribut: negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan oleh tentera;

3. tidak sopan (kelakuan, perkataan, dll), kasar (permainan bola

sepak dll), tidak berperaturan, ceroboh: bahasanya ~ benar; ~

Page 258: Kamus Dewan r

benar makanannya apa sahaja dimakannya; 4. tidak tenteram

fikiran, (sangat) gelisah: ~ resah berbagai-bagai kegelisahan (tidak

aman dll);

merusuh membuat rusuh (spt mengacau, merompak, mengganggu

ketenteraman, dll): orang salah ~ dlm penjara; sekumpulan kecil

drpd penonton telah ~ kerana tidak puas hati dgn keputusan

pengadil;

merusuhi mengganggu (ketenteraman), mengacau: tikus tanah yg

selalu ~ sawah kami;

merusuhkan menyebabkan rusuh, menimbulkan huru-hara

(kekacauan, keributan, dll);

rusuhan kejadian merusuh: banyak yg luka akibat ~ pelajar-

pelajar itu; ~ kaum rusuhan yg berlaku di kalangan anggota kaum-

kaum yg berlainan dlm sesebuah komuniti atau negara, yg

berpunca drpd sebab-sebab tertentu; pasukan (polis) pencegah ~

polis utk memadamkan rusuhan;

kerusuhan perihal rusuh (kekacauan, keributan, dsb);

perusuhan 1. perbuatan merusuhi (merusuhkan); 2. huru-hara,

pemberontakan, dsb;

perusuh pengganggu ketenteraman, pengacau, penderhaka.

rusuh II = ~ hati sentiasa gelisah (khuatir, sedih, susah), tidak tenang

hatinya: semalam-malaman itu ia sudah ~, sudah gelisah sangat,

tidak tidur sepicing jua;

berusuh; ~ hati bersusah hati, berdukacita, gelisah: banyak juga

orang yg ~ hati dgn keberhentian pegawai tinggi itu;

merusuh menjadi rusuh (gelisah, khuatir, sedih): ia mulai tenang,

lebih dikuasainya hati yg ~ itu;

merusuhkan 1. = memperusuh membuat (menjadikan atau

menimbulkan) rusuh hati, menggelisahkan, menyusahkan: tingkah

Page 259: Kamus Dewan r

laku anaknya yg seorang itulah yg ~ hatinya; banyak perkara yg ~

fikirannya sekarang; 2. khuatir akan sesuatu, selalu memikirkan,

membimbangkan: selalu sahaja ada perkara yg dirusuhkan;

kerusuhan; ~ hati perihal rusuh hati (kegelisahan).

rusuk I 1. samping, sisi (sebelah badan dll): satu tumbukan lagi kena di

bawah ~ ; angin bertiup di ~ angin bertiup dr sebelah (bukan dr

hadapan); tumbuk ~ bp memberi rasuah; 2. pinggir, tepi (jalan dll);

~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar; ~ kepala alur di bahagian

bawah belakang kepala, cekung (pelipis) kepala; ~ surat tepi surat;

daerah ~ daerah pinggir (perbatasan); pintu ~ pintu yg di sebelah

(tepi); 3. = tulang ~ bilah-bilah tulang dr tulang belakang ke

tulang dada, iga: ~nya patah akibat jatuh;

~ benua (Geog) dasar laut yg tidak begitu dalam yg letaknya dekat

pantai; ~ kanan (kiri) sebelah kanan (kiri);

merusuk 1. menikam dll di sisi (sebelah) atau pd lambung:

dirusuknya orang itu di sebelah kanan; 2. menurut sisi, menepi,

menyusur (tepi), mendekati dr samping: berjalan ~; 3. rusuk,

(tidur dll) di atas tulang rusuk, mengiring: dia tidur ~.

rusuk II (Mentawai) rumah sementara waktu.

rut I ark lut, telut.

rut II Kl; merut memperkuat (ikatan).

rutai; merutai mencomel, mengomel: suara bininya masih kedengaran

~ macam bertih.

rutbir sj minuman (bukan arak) yg diperbuat drpd pati beberapa jenis

akar tumbuhan.

rutenium (ruténium) (Kim) sj unsur kimia logam keras berwarna putih

keperak-perakan yg terdapat terutamanya dlm bijih platinum,

digunakan sbg mangkin dan dlm aloi tertentu.

ruterfordium (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.

Page 260: Kamus Dewan r

rutin 1. pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yg telah menjadi

kelaziman dan tidak berubah: ~ kerja mingguan yg perlu

dibereskan; 2. sudah menjadi kebiasaan atau kelaziman, biasa,

lazim: masa selebihnya digunakan utk kerja-kerja ~ spt berkemas,

membasuh, menggosok, dan kerja-kerja dapur; peraturan ~; 3.

(Komp) atur cara atau bahagian atur cara yg melaksanakan sesuatu

fungsi.

rutu

rutuk; merutuk mengomel, menggerutu: ia masih ~ dan bersungut-

sungut sambil mengemaskan rumah.

rutup ark riuh-rendah, hiruk-pikuk;

merutup berbunyi riuh-rendah (hiruk-pikuk), berbunyi spt benda

meletup banyak-banyak.

RUU Id kep Rancangan Undang-Undang.

ruwat tidak keruan, kacau, kalut, kusut, rumit, sulit: perubahan kata

kerja yg ~ dan sulit spt pd bahasa-bahasa Indo-Jerman tidak ada;

meruwatkan mengacaukan, mengalutkan, mengusutkan,

menyulitkan: acap kali kiasan malah mengusutkan maksud, ~

makna;

keruwatan kekacauan, kekalutan, kekusutan, kesulitan: di mana-

mana, yg lama dgn yg baharu bertempur hebat, ~ yg tidak habis-

habisnya timbul drpd pertempuran itu.

Jw ruwat.

ruwin Kl alat tenun.

ruyung I kulit atau kayu yg keras drpd batang rumbia (enau dll);

jika tidak dipecah ~ di mana boleh mendapat sagu prb tidak akan

tercapai cita-cita dgn tidak berusaha kuat; awak yg payah membela

~, orang lain yg beroleh sagunya prb kita yg berusaha dan

bersusah payah tetapi orang lain yg mendapat faedahnya.

Page 261: Kamus Dewan r

ruyung II 1. Kl condong, senget (rumah, pokok, dll); 2. Pr huyung;

royong II.

ruyup = meruyup 1. sangat mengantuk (berasa atau kelihatan): matanya

~; 2. turun atau masuk (matahari): matahari dah ~ apabila ia

sampai;

meruyupkan; ~ mata memejamkan (mata).