kajian pendidikan sains

Upload: christina-ganasegeren

Post on 04-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    1/28

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    2/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    kemahiran Sains. Ini bermakana setiap sesi pembelajaran Sains haruslah ada aktiviti

    yang membuatkan murid-murid bergerak. Aktiviti yang dilakukan haruslah

    menimbulkan minat untuk membolehkan seseorang murid faham apa yang ingin

    disampaikan. Minat yang timbul dari sanubari pelajar itu sendiri akan

    membolehkannya menguasai kemahiran saintifik yang terdapat dalam setiap sesi

    pembelajaran Sains. Walaupun banyak guru yang menekankan proses meningat

    tetapi ini tidak berjaya jika murid tersebut tidak minat untuk mengikuti pelajaran yang

    diajar oleh guru. Kajian saya tentang minat dan sikap pelajar terhadap pembelajaran

    Sains sedikit sebanyak dapat membantu mencari faktor-faktor yang menyebabkan

    para pelajar tidak ingin mengikuti pelajaran tersebut. Secara tidak langsung, kajian

    ini membolehkan kita mengetahui cara-cara yang boleh digunakan untuk

    meningkatkan minat pembelajaran Sains di kalangan murid. Saranan yang

    disampaikan mungkin boleh digunakan untuk subjek lain seperti Matematik, Bahasa

    Melayu dan Bahasa Inggeris.

    Page2

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    3/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    METADOLOGI DAN LATAR BELAKANG KAJIAN

    1. LATAR BELAKANG SEKOLAH

    2. LATAR BELAKANG SUBJEK KAJIAN

    3. PERNYATAN MASALAH

    1. LATAR BELAKANG SEKOLAH

    Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Hicom, merupakan sebuah sekolah yang

    terletak di kawasan bandar. Sekolah ini terletak Shah Alam, Selangor. Sekolah ini

    mempunyai 20 orang guru dan 3 orang staf bukan akedemik. Bilangan murid

    disekolah ini adalah 250 orang pelajar. Dari segi ekonomi, lebih kurang 90 %

    daripada murid sekolah ini berasal daripada keluarga sederhana yang ibubapa

    mereka kerja di kawasan bandar. Kebanyakkan ibubapa bekerja di kilang sekitar

    kawasan bandar sebagai buruh.

    Pencapaian akedemik murid-murid sekolah ini agak sederhana iaitu lebih

    kurang 65 % dalam semua matapelajaran kecuali Bahasa Melayu. Walaupun

    sekolah ini terletak di kawasan bandar, penguasaan kemahiran 3M juga rendah iaitu

    hampir 40 % murid-murid tidak menguasai kemahiran 3M.

    2. LATAR BELAKANG SUBJEK KAJIAN

    Subjek kajian saya adalah murid-murid tahun 4 yang asalnya terdiri daripada

    40 orang. Seramai 22 orang pelajar lelaki manakala selebihnya 18 orang pelajar

    perempuan. Umur mereka dalam lingkungan 10 tahun. Dari segi komposisi

    pencapaian akedemik kelas ini, 5 orang berpencapaian agak baik, 15 berpencapaian

    sederhana, 15 berpencapaian lambat dan 5 orang lagi berpencapaian sangat

    Page3

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    4/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    lambat. Murid-murid ini sangat pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran

    Sains tetapi apabila berada di luar kelas mereka sangat nakal dan aktif. Dari segi

    pemerhatian saya, mereka agak malas dan pasif apabila sesi proses pengajaran

    dan pembelajaran.

    3. PERNYATAAN MASALAH

    Kelas tahun 4 adalah kelas yang digunakan untuk saya menjalankan kajian.

    Oleh itu, saya tidak pernah mengetahui minat dan sikap mereka terhadap subjek

    Sains. Pada awal pra mengajar, saya melihat murid-murid sangat pasif dan tidak

    menunjukkan ciri-ciri meminati matapelajaran tersebut. Setelah hampir dua minggu

    saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati masalah

    utama yang dihadapi oleh murid-murid saya ialah kurang minat dalam matapelajaran

    Sains.

    Masalah kurang minat dalam Sains ini telah menimbulkan banyak

    permasalahan pembelajaran dalam Sains. Majoriti daripada murid saya adalah

    pendiam, hanya 2 hingga 3 orang murid yang memberi jawapan serta tidak

    menumpukan perhatian ketika proses P&P dijalankan. Keadaan sedemikian telah

    menyebabkan prestasi murid-murid tahun 4 tidak begitu memuaskan. Menurut guru

    yang telah mengajar mereka, hanya ada 4 hingga 5 murid yang dapat menguasai

    kemahiran Sains dengan baik.

    Oleh itu, saya cuba mencari faktor-faktor yang menghalang minat murid untuk

    meminati matapelajaran Sains. Saya telah cuba menjalankan pembelajaran koperatif

    bagi kelas ini dengan harapan memberi motivasi untuk menaikkan minat seterusnya

    meningkatkan prestasi murid dalam matapelajaran Sains. Disamping menjalankan

    Page4

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    5/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    aktiviti pembelajaran koperatif, saya mencatatkan catatan harian selepas proses

    pengajaran dan pembelajaran Sains. Selain itu, saya menemubual murid secara

    tidak langsung tentang minat mereka terhadap pembelajaran Sains.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Kajian ini bertujuan untuk:

    Page5

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    6/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    1. Mencari faktor-faktor yang menyebabkan murid tidak minat terhadap

    pembelajaran Sains.

    2. Mengkaji sikap-sikap pelajar terhadap pembelajaran Sains.

    3. Mewujudkan situasi belajar Sains yang lebih senang serta meningkatkan lagi

    minat mereka terhadap matapelajaran Sains melalui kaedah dan teknik

    belajar yang berkesan serta menyeronokkan.

    CARA ANALISIS DATA

    Data Temubual

    1. Membuat temubual dengan beberapa orang pelajar di sekolah tersebut.

    Page6

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    7/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    2. Menyemak maklumat hasil daripada temubual dengan murid secara terperinci

    dengan membaca semula catatan yang dibuat kemudian menggariskan

    maklumat penting dalam catatan.

    3. Membuat kesimpulan terhadap dapatan tersebut.

    - Contoh-contoh soalan dalam sesi temubual adalah seperti berikut

    1. Adakah anda minat belajar semasa subjek Sains?

    2. Adakah anda rasa subjek Sains susah untuk lulus.

    Data Soal selidik

    1. Satu borang soal selidik disediakan untuk di jawab oleh murid dalam

    mengenal pasti sikap mereka terhadap pembelajaran Sains.

    2. Setelah itu jawapan murid diteliti serta skor jawapan mereka dikira.

    3. Kategori sikap murid ditentukan berdasarkan skor pemerolehan dikira.

    4. Membuat kesimpulan.

    Data Senarai Semak

    1. Senarai semak digunakan oleh guru itu sendiri dalam menilai keberkesanan

    penggunaan kad kocek dalam pembelajaran.

    2. Pemerhatian dapat dibuat semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

    Kaedah-kaedah:

    Untuk kajian ini saya telah menggunakan

    beberapa cara untuk mendapatkanmaklumat seperti:

    Page7

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    8/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    1) Pemerhatian

    2) Temubual

    3) Borang kaji selidik

    4) Senarai semak.

    TEMUBUAL

    1) Adakah kamu selalu berangan-angan semasa sesi pembelajaran?

    A) Ya B) Tidak

    2) Adakah kamu lebih suka belajar Matematik daripada Sains?

    A) Ya B)Tidak

    Page8

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    9/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    3) Kamu berasa bosan semasa pengajaran Sains?

    A) Ya B)Tidak

    4) Adakah kamu rasa Matapelajaran Sains senang untuk lulus?

    A) Ya B)Tidak

    5) Adakah kamu rasa Matapelajaran Sains susah untuk gagal?

    A) Ya B)Tidak

    6) Kamu rasa aktiviti Sains sangat bosan?

    A) Ya B)Tidak

    7) Adakah kamu belajar Sains kerana untuk lulus peperiksaan?

    A) Ya B)Tidak

    8) Adakah kamu berasa seronok membuat aktiviti berkumpulan bersama-sama?

    A) Ya B)Tidak

    9) Adakah kamu mendapat markah yang baik dalam pembelajararan Sains karana takut

    kepada guru anda?

    A) Ya B)Tidak

    10) Adakah kamu rasa aktiviti Sains sangat menarik?

    A) Ya B)Tidak

    Page9

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    10/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    ANALISIS BORANG DAN SOAL SELIDIK SEBELUM KAJIAN TINDAKAN

    DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKAN DALAM %

    NO ITEM SBLM SLPS SBLM SLPS SBLM SLPS

    YA KADANG-

    KADANG

    TIDAK

    1 Keadaan kelas yang tidak sesuai untuk pembelajaranSains.

    2 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yangsangat membosankan.

    3 Makmal Sains yang sangat jauh daripada kelas.

    4 Matapelajaran Sains sangat susah untuk lulus.

    5 Bahan untuk pembelajaran Sains yang tidak

    mencukupi di sekolah.

    6 Murid-murid lebih suka corak pembelajaran yang

    berasaskan aktiviti eksperimen dan gerak kerja

    berkumpulan.

    7 Murid-murid hanya belajar untuk peperiksaan.

    8 Murid minat belajar kerana meminati guru.

    9 Sains tidak seronok seperti pembelajaran PendidikanJasmani.

    10 Matapelajaran Sains sangat susah untuk difahami.

    Page10

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    11/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    Borang Senarai Semak Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Sains

    Nama:Kelas:Arahan :

    Baca setiap pernyataan dengan teliti. Lengkapkan ruang dibawah denganmemberikan nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasai paling tepatmenerangkan perasaan anda berhubung dengan setiap pernyataanberdasarkan skala berikut.

    SS(Sangat setuju)

    S(Setuju

    )

    TP(Tidak Pasti)

    TS(Tidaksetuju)

    STS(Sangat tidaksetuju)

    5 4 3 2 1

    BIL ITEM SS

    5

    S

    4

    TP

    3

    TS

    2

    STS

    1

    A MINAT

    1. Saya lebih berminat belajar matapelajaran lain seperti Muzik.

    2 Saya dapat menyiapkan banyak tugasan jika sayamelakukannya bersama murid lain.

    3 Saya lebih suka belajar secara pensendirian.

    4 Matapelajaran sains sangat membosankan

    B GAYA PEMBELAJARAN

    5 Lebih banyak yang saya pelajari jika saya belajar dalam

    kumpulan

    6 Di kelas, saya membuat sesuatu dengan lebih baik apabila

    saya melakukannya sendiri.

    C SIKAP TERHADAP SESI PEMBELAJARAN

    7 Saya berasa sangat takut apabila menjalankan eksperimen

    terutama berkaitan dengan mengkaji serangga.

    Page11

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    12/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    8 Matapelajaran yang sangat susah untuk lulus.

    9 Terlalu banyak jawapan dan sukar menentukan jawapan yang

    tetap.

    10 Banyak yang perlu diingati semasa sesi pembelajaran Sains.

    11 Saya rasa sangat susah memahami istilah Sains.

    12 Matapelajaran yang menghiburkan.

    13 Sangat seronok kerana banyak menjalankan eksperimen.

    14 Matapelajaran yang senang untuk lulus

    15 Matapelajaran yang menyeronokkan kerana saya sendiri yang

    menjalankan kajian tentang sesuatu topik.

    Page12

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    13/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    Page13

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    14/28

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    15/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    3) Senarai semak

    PERINGKAT PERMULAAN.

    Sebagai guru baru, saya telah masuk ke kelas ini dengan membawa watak

    yang tegas. Saya mendapati murid berada dalam keadaan diam. Murid tidak

    mendatangkan masalah dari segi pengawalan kelas pada peringkat awal. Murid-

    murid hanya duduk diam di dalam kelas. Apabila disoal hanya beberapa orang murid

    yang menjawab soalan yang dikeutarakan. Seperti biasa saya bertanya tentang

    markah dalam ujian terdahulu. Hanya 14 orang daripada 40 orang yang melepasi

    peringkat lulus. Ini bermakna 35 % orang murid menguasai kemahiran Sains. Saya

    bertanya kepada murid secara tidak langsung tentang minat mereka terhadap subjek

    Sains. Majoriti daripada mereka tidak menyukai subjek Sains. Saya mendapati

    hanya 20% orang murid yang betul-betul menyukai matapelajaran Sains.

    KEPUTUSAN

    PEMERHATIAN

    Sejak minggu pertama, saya melihat subjek kajiaan saya merupakan murid

    yang cergas apabila berada di luar kelas. Mereka akan bertindak pasif apabila

    berada di dalam kelas. Saya mendapati mereka sangat aktif dan terlibat sepenuhnya

    dalam semua aktiviti yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Jasmani tersebut.

    Saya telah melihat juga melihat proses pengajaran dan pembelajaran yang

    dijalankan di dalam kelas iaitu Bahasa Tamil. Saya mendapati murid juga aktif

    mengeluarkan idea yang bernas apabila diminta. Keadaan ini sebaliknya berlaku

    apabila tiba masa matapelajaran Sains.

    TEMUBUAL

    Page15

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    16/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    Saya telah menemubual beberapa orang murid untuk bertanya tentang minat

    mereka. Saya telah memilih 5 orang subjek untuk ditemubual. Setiap pelajar yang

    dipilih terdiri daripada kategori sangat baik, sederhana, lembap, sangat lembap dari

    segi pencapaian akedemiknya. Hasil yang diperolehi hanya seorang pelajar yang

    menyukai matapelajaran Sains, 2 orang kadang-kadang dan manakala selebihnya

    tidak menyukai langsung matapelajaran Sains.

    SENARAI SEMAK

    Saya telah memberikan senarai semak kepada setiap murid untuk diisi oleh mereka

    pada minggu kedua iaitu sehari sebelum memulakan sesi pengajaran saya didalam

    kelas.

    ITEM 1

    A. MINAT

    Melalui penyelidikan tentang minat yang telah dibuat pada peringkat awal.

    Seramai 18 orang murid iaitu 45 % menyatakan mereka kurang berminat

    terhadap pembelajaran Sains. 12 orang murid iaitu 30 % berada di tahap

    tidak minat dan 10 orang murid iaitu 25 % lagi menyatakan minat terhadap

    matapelajaran Sains. Secara puratanya 55 % daripada orang murid yang

    meminati matapelajaran Sains. Ini bermakna seramai 22 orang murid yang

    boleh dikatakan meminati subjek Sains.

    ITEM 2

    B. GAYA PEMBELAJARAN

    Manakala dari segi gaya pembelajaran, kebanyakkan murid menyatakan

    mereka lebih senang untuk belajar sendiri. Seramai daripada 25 orang murid

    Page16

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    17/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    iaitu 65 % murid lebih senang belajar sendiri. 5 orang murid iaitu 12.5 %

    masih kabur tentang gaya pembelajaran mereka. Selebihnya 10 orang murid

    iaitu 20 % lebih minat untuk pembelajaran secara berkumpulan. Secara

    puratanya, 80 % aoarang murid memilih corak pembelajaran secara sendiri.

    Manakala selebihnya iaitu 20% lebih suka pembelajaran secara berkumpulan.

    ITEM 3

    C. SIKAP TERHADAP SESI PEMBELAJARAN

    Kebanyakkan murid memandang negatif matapelajaran Sains. Seramai 30

    orang subjek kajian iaitu 75 % yang menyatakan mereka tidak minat

    matapelajaran Sains dan matapelajaran yang sangat susah untuk dipelajari.

    Selebihnya 25 % iaitu seramai 10 orang murid menganggap matapelajaran

    Sains menganggap matapelajaran Sains sangat menyeronokkan.

    RUMUSAN KAJIAN PERTAMA

    Melalui kajian saya pada peringkat pertama, saya mendapati kebanyakkan

    murid tidak meminati matapelajaran Sains di sekolah. Melalui temubual yang dibuat

    secara tidak formal, mereka lebih meminati matapelajaran lain. Ada juga murid yang

    Page17

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    18/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    menyatakan bahawa mereka tidak meminati matapelajaran Sains kerana takut

    kepada guru yang mengajar mereka matapelajaran tersebut. Daripada markah ujian

    bulanan jelas menunjukkan mereka amat tidak menyukai matapelajaran tersebut.

    Hanya 10 % daripada subjek kajian yang lulus peringkat 40 % keatas dalam ujian

    bulanan. Ini jelas menunjukkan mereka sangat lemah dalam matapelajaran tersebut.

    Secara pemerhatian juga saya mendapati murid sangat pasif apabila sesi

    pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Melalui senarai semak jelas menunjukkan

    minat dan sikap terhadap pembelajaran Sains di dalam kelas. Hampir 75 % orang

    murid memang tidak menyukai atau memandang negatif matapelajaran Sains. Hasil

    daripada soal selidik dan temubual yang dijalankan, saya berasa hampa dan kecewa

    kerana kebanyakkan murid tidak menyukai matapelajaran yang saya ajar. Namun

    begitu, saya menganggap ini sebagai satu cabaran.

    Page18

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    19/28

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    20/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    KAJIAN KEDUA

    KEADAH:

    1) Temubual

    2) Borang senarai semak

    3) Borang analisis sebelum dan selepas kajian tindakan

    LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL MENGATASI MASALAH PADA KAJIAN

    PERTAMA

    1) Pembentukkan kumpulan.

    2) Pengaplikasian Kemahiran Saintifik dalam setiap sesi pengajaran

    PEMBENTUKAN KUMPULAN.

    Masalah kurang minat dalam matapelajaran Sains telah menyebabkan

    timbulnya banyak masalah dalam pembelajaran Sains. Oleh itu, saya cuba

    menjalankan pembelajaran secara koperatif bagi kelas ini dengan harapan dapat

    mencapai objektif untuk menaikkan minat serta meningkatkan motivasi murid-murid

    dan seterusnya prestasi Sains kelas ini dapat ditingkatkan.

    PENGAPLIKASIAN KEMAHIRAN SAINSTIFIK DALAM SETIAP SESI

    PENGAJARAN.

    Setiap sesi pembelajaran murid-murid telah disarankan untuk menguasai

    kemahiran saintifik dalam menjalani proses P & P. Saya juga melekatkan nota

    tentang kemahiran saintifik di dalam makmal sekolah supaya murid mengatahui

    tentang apa yang diperlukan di dalam setiap kemahiran.

    Page20

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    21/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    KEPUTUSAN

    Setelah hampir 7 minggu saya mengajar di kelas tersebut, saya telah

    menemubual beberapa orang murid secara rawak, mengedarkan borang senarai

    semak, borang analisis sebelum dan selepas kajian tindakan. Secara tidak

    langsung, saya juga membuat pemerhatian sepanjang saya menjalankan sesi P & P.

    PEMERHATIAN

    Saya telah menjalankan aktiviti pembelajaran secara koperatif bagi tajuk

    Bahan Semulajadi dan Bahan Sintetik. Saya telah menyuruh murid mencari bahan

    tersebut dan menulis namanya. Saya telah membawa murid keluar kelas. walaupun

    kelas agak bising semasa aktiviti dijalankan, namun hasilnya amat

    memberangsangkan. Murid telah bekerjasama untuk mendapatkan jawapan yang

    tepat. Mereka berasa gembira dan begitu seronok dengan aktiviti yang dijalankan.

    TEMUBUAL

    Saya telah menemubual semula murid yang telah disoal oleh saya telah tanya

    pada kajian peringkat pertama. 100 % daripada mereka menyatakan mereka amat

    gembira dan seronok pada sesi matapelajaran Sains. Ada juga murid yang

    menyarankan saya agar terus mengajar mereka. Ini bermakna saya telah berjaya

    menarik minat mereka dalam mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Sains.

    Page21

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    22/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    SENARAI SEMAK

    Saya telah memberikan senarai semak kepada setiap murid untuk diisi oleh mereka

    pada minggu ketujuh. Ini untuk mengetahui sejauh mana minat dan sikap mereka

    terhadap pembelajaran subjek Sains setelah diajar oleh saya.

    ITEM 1

    D. MINAT

    Melalui penyelidikan tentang minat yang telah dibuat pada peringkat kedua.

    Seramai 35 orang murid iaitu 87.5 % menyatakan mereka berminat terhadap

    pembelajaran Sains. Manakala 5 orang masih ragu-ragu. Secara puratanya

    90% daripada orang murid yang meminati matapelajaran Sains. Ini bermakna

    hampir semua murid yang boleh dikatakan meminati subjek Sains.

    ITEM 2

    E. GAYA PEMBELAJARAN

    Manakala dari segi gaya pembelajaran, kebanyakkan murid telah mengubah

    pendirian mereka. 95% orang murid yang meminati pembelajaran secara

    berkumpulan selebihnya iaitu 2 orang atau 5 % masih ragu-ragu dengan

    jawapan mereka. Kedua-dua murid in sangat lemah dalam matapelajaran

    tersebut, jadi mungkin mereka merasa malu apabila sesi perbincangan dalam

    kumpulan. Secara keseluruhannya, murid telah memilih pembelajaran

    koperatif untuk mereka.

    Page22

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    23/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    ITEM 3

    F. SIKAP TERHADAP SESI PEMBELAJARAN

    Murid juga telah mengubah tanggapan mereka terhadap pembelajaran Sains.

    Setelah mereka memahami Kemahiran Sainstifik, mereka telah mengetahui

    bagaimana untuk mendapatkan maklumat. Mereka telah menyukai

    pembelajaran Sains. Boleh dikatakan semua murid menyukai pembelajaran

    Sains. Mereka tidak lagi menganggap matapelajaran Sains sebagai

    matapelajaran yang membebankan. Malah mereka merasakan matapelajaran

    Sains sangat menyeronokkan dan menghiburkan.

    KESELURUHAN ITEM

    Secara keseluruhan dapat dikenalpasti bahawa sikap murid terhadap

    pembelajaran Sains telah meningkat. Secara purata, 74.9 % pelajar telah

    menyukai matapelajaran Sains. Min bagi skor bagi setiap soalan ialah 3.7. Ini

    bermakna kebanyakkan pelajar menyukai matapelajaran Sains. Purata bagi

    skor murid ialah 56.1. Ini menunjukkan mereka tidak berada di paras bahaya.

    Maklumat lanjut adalah terdapat dalam jadual di sebelah.

    BILANGAN

    PELAJAR

    SKOR MIN/PURATA PERATUS

    40 0RANG 56.1 3.7 75

    Sila rujuk jadual di sebelah

    Page23

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    24/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    ANALISIS SEBELUM DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKAN.

    1) SEBELUM

    Sebelum kajiaan boleh dikatakan bahawa kelas tidak sesuai untuk sesi

    P&P. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru terdahulu mungkin

    tidak menarik minat murid untuk belajar. Bahan yang tidak mencukupi

    di sekolah merupakan bukan cara penyelesaian dalam memupuk minat

    murid terhadap pembelajaran Sains.

    2) SELEPAS

    Selepas kajian ini saya mendapati secara kasar bahawa sesi

    pengajaran tidak sesuai di dalam kelas. Murid lebih suka suasana

    baru. Aktiviti yang menarik dapat menarik minat para pelajar untuk

    belajar.

    Jadual analisis di sebelah muka surat.

    Page24

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    25/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    ANALISIS BORANG DAN SOAL SELIDIK SEBELUM KAJIAN TINDAKAN

    DAN SELEPAS KAJIAN TINDAKAN DALAM %

    NO ITEM SBLM SLPS SBLM SLPS SBLM SLPS

    YA KADANG-

    KADANG

    TIDAK

    1 Keadaan kelas yang tidak sesuai untuk pembelajaranSains.

    60 90 35 3 5 2

    2 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yangsangat membosankan.

    75 80 15 15 5 5

    3 Makmal Sains yang sangat jauh daripada kelas. 45 30 25 50 30 20

    4 Matapelajaran Sains sangat susah untuk lulus. 15 5 55 25 30 70

    5 Bahan untuk pembelajaran sains yang tidak cukup di

    sekolah.45 70 45 20 10 10

    6 Murid-murid lebih suka corak pembelajaran yang

    berasaskan aktiviti eksperimen dan gerak kerja

    berkumpulan.

    20 90 60 5 20 5

    7 Murid-murid hanya belajar untuk pemeriksaan. 80 15 10 5 10 75

    8 Murid minat pembelajaran kerana meminati guru. 60 50 35 40 15 10

    9 Sains tidak seronok seperti pembelajaran PendidikanJasmani.

    80 40 40 40 15 20

    10 Matapelajaran sains sangat susah untuk difahami. 90 15 3 25 7 60

    Pemerhatian saya sahaja.

    Page25

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    26/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

    Setelah hampir selesai menjalankan kajian saya, saya telah memberikan

    ujian bulanan pada awal bulan November. Didapati hampir 40 % orang pelajar telah

    lulus dalam ujian tersebut. Walaupun peratus lulus dalam kelas tersebut tidak

    mencapai separuh daripada jumlah sebenar dalam kelas tersebut tetapi jelas

    menunjukkan peratus lulus telah meningkat 5 % jika dibandingkan dengan peratus

    lulus dalam ujian terdahulu. Setelah menjalankan pembelajaran koperatif dan

    menyerapkan unsur kemahiran saintifik, fahaman mereka terhadap isi pelajaran

    telah bertambah. Saya mendapati proses pembelajaran dan pengajaran secara

    koperatif amatlah sesuai dijalankan bagi matapelajaran Sains di sekolah. Walaupun

    suasana agak bising namun ianya mendatangkan hasil yang memuaskan. Hasil

    daripada soal selidik dan temubual, saya mendapati saya telah meningkatkan minat

    dan motivasi murid untuk belajar matapelajaran Sains. Kajian ini telah menghasilkan

    dapatan yang menarik. Sesetengah dapatan itu adalah tidak dijangkakan. Dapatan

    utama adalah seperti berikut:

    CADANGAN

    1) Penggunaan makmal.

    Melalui maklumat yang diperolehi daripada subjek kajian menyatakan

    mereka lebih senang belajar daripada tempat yang berbeza. Makmal

    merupakan tempat yang sesuai untuk menggantikan bilik darjah.

    2) Pembelajaran Koperatif

    Setelah beberapa teknik pembelajaran koperatif dilaksanakan, saya

    telah menjalankan soal selidik untuk mendapatkan maklum balas.

    Page26

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    27/28

  • 7/30/2019 Kajian Pendidikan Sains

    28/28

    TUGASAN 2KRS 3023

    BIBLIOGRAFI

    1. Jurnal akedemik Jilid XIII 2001/2002, Maktab Perguruan Kuala

    Terengganu.

    2. Projek Penyelidikan Tindakan Jabatan Pendidikan Bahagian Sri Aman

    Betong, 2002.

    3. Chan Fook Cheong (1983). Ujikaji dalam sains. Disember 1983.

    4. Poh Swee Hiang (1988). Pedagogi Sains. Penilaian dan Pengurusan

    Kurikulum sains. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman SDN BHD.

    5. Abdul Wahid Ismail. 1989. Falsafah Sains dan Teknologi. Kuala

    Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

    6. Ng Soon Boon. 1999. Pemupukan Kemahiran Berfikir dan Strategi

    Berfikir Melalui Pengajaran dan Pembelajaran sains. Kertas kerja

    Seminar Pendidikan Kimia Kebangsaan.

    7. Enis, R & A.L Costa (pnyl). 1985. Goals For Thinking Curriculum

    Developing Minds : A Resource Book For Thinking Skill. Alexandria.

    8. Internet