ikepimpinan transformasional

Upload: kaspa

Post on 02-Jun-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 ikepimpinan transformasional

    1/4

  • 8/11/2019 ikepimpinan transformasional

    2/4

    Enam dimensi kepimpinan yang diutarakan oleh Leithwood & Jantzi (1997) adalahdisesuaikan dari dapatan kajian empirikal untuk penyesuaian di sekolah ( Leithwood, 1994;Leithwood & Steinbach, 1995) dan model-model Kepimpinan Transformational yang telah

    berkembang dalam organisasi-organisasi lain (Bass, 1985; Burns, 1978; Yukl, 1989).Dimensi-dimensi tersebut adalah:

    1)Pembentukan visi dan matlamat

    Tingkahlaku Pengetua yang bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang baru kepadasekolah, membentuk, menghubung dan mengilhamkan guru-guru dengan visi masa depannyadan membentuk kata sepakat (consensus) tentang matlamat dan keutamaan-keutamaansekolah.

    2)Pembentukan stuktur pemuafakatan dalam membuat keputusan

    Tingkahlaku Pengetua yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan guru-guru dalammembuat keputusan dan menanamkan sifat-sifat kepimpinan kepada guru-guru.

    3)Menonjolkan amalan profession yang baik

    Menunjukkan tingkah-laku yang boleh dicontohi oleh guru-guru dan menunjukkan sikapketerbukaan untuk membuat perubahan berdasarkan idea-idea atau kefahaman yang baru.

    4) Memberikan sokongan secara individu

    Menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada guru-gurunya dan mengambil berattentang perasaan dan keperluan mereka.

    5)Menyediakan ransangan intelektual

    Tingkah laku Pengetua yang mencabar guru-guru supaya mengkaji semula andaian-andaiantentang tugas-tugas mereka dan berfikir semula bagaimana tugas-tugas tersebut boleh atausepatutnya dilakukan.

    6) Menjangkakan hasil kerja yang terbaik .

    Tingkahlaku Pengetua yang menunjukkan pengharapannya untuk melihat kecemerlangan,

    kualiti dan hasil kerja yang terbaik dari guru-guru.

    Bass (1996) memerhati gelagat perhubungan seseorang Pemimpin Transformasi

    melalui empat stail tranformasi, iaitu:

  • 8/11/2019 ikepimpinan transformasional

    3/4

    ` Keunggulan gelagat

    ` Menumpu kepada setiap individu

    ` Motivasi yang berinspirasi

    ` Meransang secara intelek.

    Komen nanti:

    Kepimpinan Transformational Dalam Konteks Sekolah Di Malaysia

    Menurut Mohd Salleh Lebar (2000), dalam konsep bilik darjah di Malaysia,keberkesanan Kepimpinan Transformasi boleh dilakukan dengan cara berikut:

    a. Menggalakkkan guru-guru berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masaalah.

    b. Mengharapkan guru-guru memahami misi dan visi sekolah yang hendakdicapai.

    c. Mengharapkan guru-guru bekerja sebagai satu pasukan.

    d. Menghargai jasa dan peranan guru dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.

    e. Pengetua selalu memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk membantukerja-kerja yang dianggap mencabar.

    f. Memelihara hubungan yang baik di antara pengetua dengan guru-guru dantidak ada kecurigaan dalam tugasan harian.

    Kesimpulannya secara ringkas Kepimpinan Transformational mempunyai ciri-ciri berikut:

    X Boleh dilaksanakan di semua organisasi dan semua peringkat.

    Menggalakkan memberi kuasa kepada kakitangan untuk membantu ketua.

    Menggalakkan pengikut percaya kepada kebolehan dan membina keyakinandiri.

  • 8/11/2019 ikepimpinan transformasional

    4/4

    Pemimpin memberi kuasa dan percaya kepada kakitangan untukmenjalankan tugas-tugas tertentu. Dengan itu ia lebih bersifat komitmenantara kakitangan dan dengan itu menggalakkan kerjasama.

    Pemimpin mengganggap semua kakitangan sebagai agen perubahan.

    Pemimpin menunjukkan tingkah laku yang fleksibel dan ia belajar dari pengalaman.

    Pemimpin menunjukkan sikap berhati-hati dalam menyelesaikan masaalah.

    Menunjukkan sikap yang sensitif terhadap misi.

    Kepimpinan Transformasi boleh berlaku pada semua peringkat perubahan baik mikro mahupun perubahan makro yang melibatkan perubahan sistemsosial dan juga perubahan sesuatu institusi.

    Meningkatkan tahap kematangan dan menggalakkan kakitangan mencapaike suatu tahap yang lebih tinggi.

    Mementingkan semangat berpasukan.