ikatan edisi ogos 2012
DESCRIPTION
IKATAN Edisi Ogos 2012TRANSCRIPT
Dan dia sedang berada dalam fasa
‘the last quarter’ miliknya. Saat melihat ke dada langit sewaktu pekatnya mal-
am, yang kelihatan adalah bulan sabit kiri. Jika yang melihatnya adalah Abu
Bakar, bagaimana agaknya reaksi sa-
habat agung nabi itu?
Ket ika k i ta menger t i bahawa sesungguhnya Ramadan itu akan berla-
lu pergi, wajar sangat kita bertanya kepada diri sendiri. Masihkah kita
manusia yang sama? Nabi yang agung
itu menjanjikan pelbagai kemulian da-ripada Ramadhan. Bukan sekadar janji,
namun telah menjadi matlamat bagi seorang mukmin untuk dia miliki.
Perubahan itu perlu.
Lihat diri sendiri. Adakah kita masih sama sejak 10 tahun dahulu? Alam
yang kita duduki ini sangat sinonim dengan perubahan. Sinonim yang
bagaimana? Kita perhatikan, setiap
satu makhluk dan kehidupan dalam alam ini, masing-masing mempunyai
garis masa sendiri. Ada waktu mula, berkembang dan membesar lantas
berakhir. Demikian undang-undang alam. Pernahkah kita menduga, pe-
rubahan kita pula bagaimana?
Apakah yang mendasari perubahan diri ini?
2 jalan buat manusia.
Jika kita tidak tahu mahu ke mana,
kelak rugilah perjalanan itu. Me-mandang kembali Ramadan, terpacul
satu soalan. Mengapakah Tuhan
“Sesuci Fitrah Seikhlas Kemaafan”
...Bersambung di m/s 2
langit dan bumi mengutus dia kepada
kita?
Apakah yang Allah mahu kita dapat ataupun apa yang sewajarnya kita ke-
jar daripada Ramadan? Kerana bulan
murni ini akan pergi dan tiada jaminan kita berpeluang mendampinginya lagi.
Taqwa. Demikian satu kalimah ringkas yang diajar Tuhan kepada kita sebagai
destinasi untuk ditujui. Inilah inspirasi Ramadan yang sepatutnya dan se-
layaknya. Satu kembara memburu ta-
qwa.
Taqwa bukan omongan kosong.. mala-han menuntut kepada bukti hidup da-
lam realiti. Persoalannya, bagaimana
dan apa. Bagaimanakah hidup seorang yang bertaqwa? Apakah perubahan
yang akan berlaku, bertitik-tolak da-ripada taqwa itu? Kehidupan kita se-
bagai hamba, sangat berkait dengan sejauh atau serapat mana hubungan
kita dengan Allah. Teringat satu kata-
kata dalam siri-siri pengajian yang pan-jang, ‘aku tahu hubungan aku baik atau tidak dengan Allah, melihat kepa-da tindak balas keldaiku terhadapku’.
Sikap individu yang dekat dengan Al-lah, tidak akan sama dengan yang se-
baliknya. Kerana sikap ini berupaya
mengubah orientasi kehidupan
seorang hamba. Kalau dahulu, hidup berpandukan keseronokan, kini,
keredaan Allah menjadi panduan. Jika sebelumnya, buta dengan agama
sendiri, namun selepas Ramadan ini,
tidak lagi. Senyampang pernah hati kita hitam, kerana maksiat, noda, dan
dosa, justeru itu, sikap yang berubah menyebabkan kita rajin solat dan rindu
kepada al Quran. Kerana Allah, adalah Rabb Al Muhaimin dan Rabb Al Ghaffar
yang sama, sebelum, semasa, dan
sesudah Ramadan. Perubahan sikap adalah satu tuntutan.
Butiran air mata.
Perlahan, butir-butir itu menitis mem-
basahi pipi lantas turun ke bumi. Meski 1 Syawal juga menjadi saksi akan
gugurnya air mata kita, namun sebab-nya boleh jadi berbeza. Aidilfitri dunia
Islam, tidak segamat yang kita sangkakan. Tidak semua nikmat serba
baru. Tidak semua tempat menikmati
keamanan. Tidak semua ahli keluarga turut serta. Ada yang sudah pulang
dahulu menuju kekasih abadi kerana mempe r juangkan ak idah i n i .
Pernahkah kita terfikir, bagaimana
sambutan 1 Syawal di negara-negara Islam yang sedang bergolak? Masih
ada tanah-tanah umat ini yang terja-jah. Menanti pembelaan dan bantuan.
1 Syawal tidak menjanjikan muncung
senjata diturunkan. Sentiasa mereka dalam keadaan siap siaga dan berse-
dia.
Gazza , Syria, dan lain-lain pem-
ukiman umat Islam sentiasa kacau bilau dan tidak sentosa. Malah, kebe-
jatan ini akan berterusan seandainya umat tidak kembali bersama. Tidak
mahu memadukan tenaga dan menongkah arus pertempuran yang
ada. Noktah ini yang sepatutnya kita
genggam erat daripada Ramadan. Keutuhan hubungan dengan Pencip-
ta, membawa kita ke puncak taqwa, melahirkan perubahan sikap, dan
membuahkan amal bakti kepada
Ilahi. Noktah ini akan melahirkan kesungguhan, jihad, dan ketamadu-
nan.
Sesuci Ramadhan.
Sesuci itu juga, nilai persaudaraan
kita sebenarnya. Aidilfitri datang
dengan membawa seruan kembali kepada fitrah. Kembali kepada
keadaan jiwa sebagaimana yang Tu-han itu mahukan.
ها ﴿ ها ٧ون فس وما سوى ﴾ فألمها فجورها وت قوى
ها ﴿٨﴿ ى ها ﴿٩﴾ قد أف لح من زك ى ﴾١۰﴾ وقد خاب من دس
Sambungan dari m/s 1...
Aidilfitri menjelang lagi pada kali ini.
Sambutan yang menjadi simbolik ke-menangan bagi orang mukmin atas
kejayaan sebulan berpuasa dan me-nyucikan jiwa serta mendapatkan ta-
qwa.
Begitulah tujuan dari pensyariatan ber-
puasa. Bagi sesiapa yang meraihnya maka kemenangan kali ini miliknya.
Bersalaman, bermaafan seperti saling mengucapkan ‘maaf zahir batin’ perlu-
lah diteruskan di bumi Mesir ini walau-pun tiada suasana ini di bumi Mesir ini.
Malah, ia perlu diteruskan dalam ama-lan kehidupan seharian kita.
Ramadan yang pergi meninggalkan kita ini mempunyai seribu satu pengajaran.
Bermula dari bangun sahur, berpuasa di siang hari hinggalah ke solat tarawih
dan tilawah al-Quran, semuanya
mempunyai manfaat yang tersendiri apabila dibawa keluar dari bulan ini
dan memerlukan penerusan amal wa-laupun tidak lagi berada di bulan ini.
Antara kelebihan bulan Ramadan ada-
lah ianya seolah satu program yang
disusun oleh Allah kepada umat ini se-bagai pentarbiyyahan untuk menjadi
sebaik-baik umat. Pada siang harinya berlapar, dan malamnya pula berjaga.
Begitulah persediaan umat untuk yang
dikatakan sebaik umat untuk sentiasa bersiap siaga dalam kehidupan sehari-
an mereka.
Namun begitu, dalam keriangan dan kegembiraan menyambut Aidilfitri ini,
haruslah kita mengingati saudara kita yang masih diuji dengan pelbagai
cubaan. Dalam kesempatan ini,
m a r i l a h s a m a - s a m a k i t a menghadiahkan doa kepada mereka
di pagi syawal yang mulian ini supaya Allah memberi mereka kekuatan un-
tuk terus kekal dan yakin bersama islam dan Berjaya melepaskan diri
dari ujian yang melanda.
Seruan ‘satu umat’ perlu sentiasa
dilaungkan sempena kemenangan kali ini. Umat ini menang apabila sa-
ma- sama mengakui tuhan mereka
satu, nabi mereka satu, manhaj dan hati mereka juga bersatu. Itulah
yang patut dirasai apabila laungan takbir dilaungkan selain memuji Yang
Maha Esa yang bertujuan mengajar umat ini untuk tunduk bersama kepa-
da tuhan dalam ibadah solat sunat
Aidilftri dan takbir yang bergema ke seluruh alam ini.
Apabila menyebut akan laungan tak-
bir, suka saya mengingatkan akan
makna tersembunyi dalam takbir ter-sebut. Takbir mengajak kepada umat
Islam supaya kembali kepada manhaj Islam yang sebenar dan dituntut juga
untuk menjadi sebaik-baik umat.
Bagaimana kita boleh digelar umat yang terbaik sedangkan kita berada
dalam kedudukan yang bawah dan keterbelakang? Tentu sekali kerana
kita mengenepikan al-Quran dan Sunnah daripada kehidupan kita.
Oleh itu, pada Ramadan dan Aidilfitri kali ini marilah sama-sama berjanji
untuk menjadi umat yang satu, umat yang menjadi khalifah atas muka
bumi ini, khususnya di Malaysia,
tanah air kita yang tercinta.
Membangun umat beragenda, Mela-yu Sepakat Islam Berdaulat.
Ustaz Ikram bin Abu Hasan
Ketua Exco Dakwah
Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) Mesir
Atas prinsip akidah, Aus dan Khazraj memadamkan api dendam sesama
mereka. Muhajirin dan Ansar ber-saudara, walau belum pernah bersua,
kerana iman dan ketaqwaan yang
membara. Kesucian fitrah yang kita miliki, seusai Ramadan, sepatutnya
mampu mendorong dan menolak kita untuk memadamkan segala macam
sengketa dan buruk sangka. Kerana akidah menuntut kita melakukannya.
Bukan calang-calang manusia.
Muslim pasca Ramadan, bukan
calang-calang manusia. Apa yang ditempuh adalah satu proses pem-
binaan yang mana manusia itu akan
beroperasi memakmurkan bumi un-tuk 11 bulan seterusnya. Mulakanlah
dengan memperbaiki hubungan sesa-ma kita. Kuatkan persaudaraan dan
ukhwah yang ada. Kerana jasad umat lemah longlai dan sangat men-
dambakan tiupan semangat baru
untuk dibangkitkan. Inilah permata syawal yang perlu dipelihara...Salam
Lebaran
Mohd Ad bin Satiman
Tahun 1, Kuliah Usuluddin
Universiti Al-Azhar Kaherah
Tarikh 21 Ogos adalah satu detik
hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.
Genap 41 tahun yang lalu (21 Ogos
1969), maruah umat Islam telah tercalar dengan satu penghinaan apabila Masjid
al-Aqsa telah dibakar oleh pelampau Yahudi yang disokong kuat oleh golon-
gan Kristian Zionis. Usaha terkutuk ini telah dilakukan oleh penjenayah yang
berasal dari Australia yang bernama Mi-
chael Dennis Rohan.
Michael Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid al-Aqsa untuk membakar
dan sekaligus memusnahkannya. Api
yang marak membakar hampir-hampir sahaja memusnahkan keseluruhan
bangunan Masjid al-Aqsa. Namun tinda-kan tangkas umat Islam di Baitul Maqdis
selama sehari suntuk mengiz-
inkan mereka untuk memadamkan api tersebut.
Adakah Michael Rohan ber-tindak bersendirian?
Tidak, sekali-kali tidak.
Michael Rohan sebenarnya tidaklah ber-
sedirian di dalam melakukan jenayah
keji ini. Beliau mendapat sokongan padu dari rejim Zionis Israel yang ma-
hu melihat Masjid al-Aqsa lenyap dari muka bumi bagi meneruskan projek
mereka untuk membina kuil Yahudi
yang dikenali sebagai ‘Solomon Tem-ple’ atau Haikal Sulaiman di dataran
Baitul Maqdis tersebut.
Penjenayah yang bertanggungjawab
terhadap pembakaran tersebut telah ditangkap tetapi kemudiannya
dibebaskan tanpa sebarang hukuman.
Mahkamah Israel sememangnya senti-asa bersandiwara apabila memutus-
kan bahawa Michael Rohan yang merupakan seorang doktor perubatan
itu sebagai seorang yang tidak siuman dan hanya dikenakan tindakan dihan-
tar pulang ke Australia.
Michael Rohan pula dengan rasa bongkaknya telah berkata bahawa apa
yang dilakukannya adalah satu tanggungjawab agama sebagaimana
yang termaktub di dalam ajaran Tal-mud. Dia turut mendakwa bahawa
beliau telah berjaya di dalam
melaksanakan misinya yang merupa-kan satu perintah dari tuhan.
Apakah kesan pembakaran tersebut?
Pihak Zionis telah memulakan
perancangan mereka terlebih awal dengan menutup saluran paip air
menuju ke Masjid al-Aqsa agar agen-da jahat itu berjaya membuahkan
hasilnya yang maksimum. Tentera
Israel juga telah menghalang pasukan bomba dan warga Arab daripada me-
masuki kawasan masjid pada hari ter-sebut.
Tindakan biadap tersebut telah menyebabkan:
Sebahagian besar Masjid al-Aqsa
mengalami kerosakan dan musnah
menjadi arang. Kemusnahan terse-but melebihi sepertiga daripada
keseluruhan kawasan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi da-
ripada 4400 meter persegi kelua-san masjid.
Seminar ulum syara’ - 1 hinga 3
ogos
Syantoh(kafilah dakwah) – 4
ogos
Iftar perdana – 5 ogos
Rehlah masyi – 6 ogos
Kem utaqa’ – 9 hingga 13 Ogos
JKP ISMA Mesir hadir iftar
PMRAM – 13 ogos
Kembara iftar muhafazah
1. mansurah (8 ogos)
2. alex (15 ogos)
Mimbar Solahuddin al-Ayyubi yang
bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian be-
sar daripada serambi masjid turut hangus
Turut musnah dalam kejadian terse-
but adalah atap-atap masjid yang
telah roboh menyembah bumi serta tiang-tiang yang indah dengan hia-
san ayat-ayat al-Quran.
Apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan al-Aqsa?
Sebenarnya banyak langkah praktikal
yang boleh kita lakukan bagi me-nyelamatkan Masjid al-Aqsa dari an-
caman kemusnahan. Di antaranya ialah
Bermula dengan diri kita dengan
mengenali sejarah Palestin serta kepentingan Masjid al-Aqsa di dalam
aqidah umat Islam.
Didiklah keluarga dan masyarakat
tentang keutamaan mengambil berat urusan umat Islam termasuk dengan
apa yang berlaku di Palestin dan al-Aqsa serta menyebarkan kesedaran
tentang status sebenar al-Aqsa kepada mereka dengan apa jua cara.
Menganjurkan program berkaitan
dengan Masjid al-Aqsa pada sambu-
tan peristiwa Isra’ dan Mi’raj ataupun pada Hari al-Aqsa Sedunia pada 21hb
Ogos di masjid-masjid, sekolah-
sekolah, kampus universiti dan di premis-premis yang lain serta meli-
batkan pihak media.
Memberikan sumbangan kewangan
kepada badan-badan yang memper-
juangkan masa depan Masjid al-
Aqsa.
Menyokong seruan pemboikotan
ekonomi ke atas barangan musuh
(Zionis) dan juga pendokong mere-
ka.
Melibatkan golongan bukan Islam
dalam isu ini di atas asas perse-
fahaman bersama dan dimensi ke-manusiaan. Persefahaman ini ada-
lah bertitik tolak daripada
kefahaman yang benar, kemanusi-aan dan keadilan sejagat.
Melonjakkan isu ini ke persada in-
ternasional kerana perjuangan
pembebasan al-Aqsa adalah isu yang menyatukan cita-cita dan
hasrat umat Islam sejagat.
Berdoa kepada Allah swt agar Mas-
jid al-Aqsa diselamatkan dari
musuh-musuh umat Islam dan
kemuliaannya sentiasa terpeilhara.
Jom… kita bertindak segera secara
berterusan dan sistematik demi masa depan al-Aqsa. Sebelum nasi menjadi
bubur, marilah kita berganding bahu dan mengorak langkah ke hadapan
bagi memperjuangkan kemuliaan al-Aqsa yang tercinta.
Semoga kita bertemu di Masjid al-
Aqsa…
Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Bin Zainuddin
Naib YDP ISMA Cawangan Seremban
Perunding Aman Palestin
Baldi – ember
Besen - beskom
Tepi - siring
Pengotor – pemihir
Tuala – handuk
Kejar – bubut
Beg plastic – bahai
Lalu – limpas
Sembunyi – tepuk
Seronok – siuk
Pagi rayaku akan hambar
Andai sendu dan pilu teringatkan orang yang tiada
Kecewa dan resah teringatkan baju dan kuih yang tak tersedia
Hambar,
Andai di awal lebaran lagi hanya sibuk mengira duit raya
Hari Rayaku akan hambar
Andai 10 Ramadan terakhirku sudah rancak berpesta Raya
Ketupat rendang kuih penuh di dapur
Saf-saf terawih kian mengecut
Hilang meninggalkan imam dan bilal
tercanggung
Alunan quran entah ke mana sudah
menghilang
Lagu raya pula berdendang riang
Inilah lebaran yang digembar gembur-kan gembira
Hambar sebenarnya, kosong tiada makna
Hanya terhias dengan kenyang juadah
beraneka
Hanya bermakna bila kocek terisi be-
rates-ratus duit Raya..
Hambar sebenarnya…kering tiada mak-
na
Kering dari basahnya takbir dan zikir pada-Nya
Kering dari keringat yang khusyuk ber-tahajjud di malam berganti malam
Kosong..tiada seri wajah tanda
syukur
Sebuah kemerdekaan buat jiwa yang
suci
Jiwa yang dibersih dalam taman
Ramadan yang telah pergi
Hambarlah lebaranmu wahai sahabat
Andai gagal dirasai hikmah besar di pagi Syawal
Takbir gema menggugah jiwa ber-genang air mata
Tadahan doa menyahut alunan zikir
dan pujian bagi-Nya
Inilah pesta sebenar di Hari Raya
Jiwa merdeka merasai girang dan gelora dibenaknya
Sebulan latihan telah berlalu hari ini
graduasi untuk dirinya
Jiwa baru lahir bersama nafsu yang
tunduk
Dalam pilu Ramadan berlalu
Syawal ini disambut sepenuh perasaaan syukur dan taqwa
Inilah perasaan sebenar
Sebuah jiwa yang merdeka di pagi Raya
Bukan juadah Raya sebagai kegembi-
raan sebenar
Bukan baju cantikmu sebagai pemanis muka
Bukan hiburan-hiburan dunia yang menjadi penyeri acara
Namun kemenanganmu adalah keg-
embiraan sebenar
Seakan – akan menyambut graduasi tahunan dari Allah buat hamba-Nya,
Taqwa terbina, jiwa tenang telah disedia
Alunan takbir tanda terima kasih bu-
atNya yang memerdekakan kita
Sebagai sebuah jiwa putih yang suci
tiada dosa
Sesuci fitrah yang mengalir dalam
diri..
Saudaraku,
Apakah tahun ini hambar lagi leba-ranmu?
Serikan..serikanlah rayamu
Bermula hari ini, bersedialah untuk
gegarkan pagi rayamu
Dengan kedatangan jiwamu yang baru
Sesuci fitrah kembali zuhudmu,
Sediakanlah,
Persiapkan ia dari sekarang duhai teman
Tersenyumlah di pagi Syawal
Dengan beroleh taqwa dan iman sesempurna Ramadan yang beper-
gian..
Oleh:
Nadiah binti Norudin
Tahun 6, Kuliah Perubatan
Universiti Iskandariah
Hambarkah Hari Raya Mu?