ikatan edisi februari 2013

10
Ada susuk tubuh yang melemah. Bibir hanya mengungkap dan memanggil nama yang dicintai. Sejak dari dia menyedari cinta-Nya tumpah di situ. Tusukan perasaan itu disuburkan. Tak salah, tak pula menyongsang dari fitrah asal manusia. Dan dia dibiar dalam cinta itu. Terus. Sehingga ke akhirnya. Dan Allah pula menjanjikan untuknya dan untuk yang bercinta dengannya, mereka bakal bersama selamanya, sehingga ke infiniti masa, penuh warna-warni lakaran bahagia di tempat abadi. Indah! „Ummati! Ummati! Ummati!‟ POSISI BERKASIH Ada satu kelompok Mukmin. Cuma terbahagi kepada bahagian yang berlainan. Masih matlamat yang sama iaitu mengerjakan perintah Allah. Juga masih betul jalannya apabila tidak menyalahi syariat. Kata Imam Nawawi : “Satu kelompok dari pelbagai bahagian kaum Mukminin yang melaksanakan perintah Allah, daripada kalangan mujahid, ahli Fiqh, ahli Hadis, ahli zuhud, orang yang menyuruh kepada kebaikan dan bahagian kebaikan yang lainnya. Mereka tidak harus berhimpun di satu tempat, tetapi boleh tersebar ke bahagian yang berbeza.” Itu fiqh Imam Nawawi tentang amal dan makna dakwah yang menampakkan perbezaan tempat dan penyebarannya tidak akan menyebabkan padu cinta satu kelompok akan terburai atau menghalang tiap perbincangan dan menolak kesatuan amal. Konsep kita yang bercinta ada yang berlainan cara dengan, „Setiap masa kita perlu bersama. Jangan berpisah. Nanti mengundang luka kerana menanggung resah. Entah apa pula menimpa si dia andai ku tiada di sisi.‟ Senyum. TENANG BERKASIH Orang yang bercinta dan berkasih sebenarnya tenang. Melepaskan si pencinta dan yang dicinta dalam jagaan ...Bersambung di muka 3

Upload: isma-mesir

Post on 29-Mar-2016

229 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

IKATAN Edisi Februari 2013

TRANSCRIPT

Page 1: IKATAN Edisi Februari 2013

Ada susuk tubuh yang melemah. Bibir hanya mengungkap dan memanggil nama yang dicintai. Sejak dari dia menyedari cinta-Nya tumpah di situ.

Tusukan perasaan itu disuburkan. Tak salah, tak pula menyongsang dari fitrah asal manusia.

Dan dia dibiar dalam cinta itu. Terus.

Sehingga ke akhirnya. Dan Allah pula menjanjikan untuknya dan untuk yang bercinta dengannya, mereka bakal bersama selamanya, sehingga ke infiniti masa, penuh warna-warni lakaran bahagia di tempat abadi. Indah!

„Ummati! Ummati! Ummati!‟

POSISI BERKASIH

Ada satu kelompok Mukmin. Cuma terbahagi kepada bahagian yang berlainan. Masih matlamat yang sama iaitu mengerjakan perintah Allah. Juga masih betul jalannya apabila tidak menyalahi syariat. Kata Imam Nawawi :

“Satu kelompok dari pelbagai bahagian kaum Mukminin yang melaksanakan perintah Allah, daripada kalangan mujahid, ahli Fiqh, ahli Hadis, ahli zuhud, orang yang menyuruh kepada kebaikan dan bahagian kebaikan yang lainnya. Mereka tidak harus berhimpun di satu tempat, tetapi boleh tersebar ke bahagian yang berbeza.”

Itu fiqh Imam Nawawi tentang amal dan makna dakwah yang menampakkan perbezaan tempat dan

penyebarannya tidak akan menyebabkan padu cinta satu kelompok akan terburai atau menghalang tiap perbincangan dan menolak kesatuan amal.

Konsep kita yang bercinta ada yang berlainan cara dengan, „Setiap masa

kita perlu bersama. Jangan berpisah. Nanti mengundang luka kerana menanggung resah. Entah apa pula menimpa si dia andai ku tiada di sisi.‟

Senyum.

TENANG BERKASIH

Orang yang bercinta dan berkasih sebenarnya tenang. Melepaskan si pencinta dan yang dicinta dalam jagaan

...Bersambung di muka 3

Page 2: IKATAN Edisi Februari 2013

Mahasiswa dan mahasiswi yang peka dan cakna dengan perkembangan situasi semasa, samada di dalam tanah air atau di luar, pasti akan menyedari bahawa di mana-mana sahaja pelusuk bumi ini, sedang berlaku pertembungan sengit di antara Islam dan selainnya.

Hakikat pertembungan ini adalah suatu hakikat yang nyata dan sudah tertulis sejak turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. Pertembungan ini meskipun akan menimbulkan perasaan gusar dan ujian yang getir, ianya tidak boleh dielak dan tetap akan berlaku menurut kehendak Allah s.w.t. seperti yang difirmankan di dalam surah Al-Anfal ayat ke-7:

“Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka

kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (agama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya, dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya.”

Tuntutan untuk berhadapan dengan kuasa-kuasa kufur yang disebut di dalam ayat, bukanlah tuntutan yang kecil. Malah, pada hakikatnya, ia merupakan sebuah

tuntutan ke atas semua orang Islam yang melafazkan syahadah. Kalimah Syahadah yang dilafazkan seorang Muslim saban hari, menuntut pelafaznya agar memastikan bahawa kalimah dan panji Tauhid diangkat ke tempat paling tinggi, dan menaungi seluruh manusia. Demikianlah kandungan kalimah „La Ilah Illa Allah, Muhammad Rasulullah‟.

Meneliti hakikat yang disebut di dalam ayat Allah tersebut, dan besarnya tuntutan yang berkait dengannya bagi semua Muslim yang melafazkan

penyaksian syahadah, adalah suatu yang teramat mendukacitakan apabila masih terdapat sebahagian besar remaja serta muda-mudi Islam yang mewarnakan hidup mereka dengan segala citra yang berlawanan dengan tuntutan besar tersebut.

Kesan suntikan budaya hedonisme dan cara fikir humanisme yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam melalui siri-siri perang saraf mereka sejak zaman-berzaman, para pemuda dan pemudi

Islam berjaya diubah daripada menjadi

seekor singa yang mengaum dan menerkam kuasa kufur, kepada seekor kijang yang pengecut dan asyik diulit dunianya yang kecil dan penuh agenda remeh-temeh.

Budaya percintaan dan ikatan kasih sayang di luar ikatan perkahwinan yang syarie, seperti yang sering dimekarkan saat tiba musim Valentine, adalah salah satu gejala dan kesan utama hasil perang saraf yang dahsyat ini. Para pemuda dan pemudi Islam akhirnya lebih banyak cenderung memanjakan nafsu syahwat mereka di luar ruang syarie yang disediakan Islam, sekaligus merosakkan pelbagai perkara tanpa mereka sedari: kerosakan aqidah, kerosakan akhlak, kerosakan nasab dan keturunan, serta kerosakan institusi keluarga dan masyarakat secara keseluruhan.

Para pemuda dan pemudi Islam harus kembali disedarkan akan hakikat gelap ini.

Segala strategi musuh Islam dalam

merosakkan muda-mudi Islam secara saraf harus dibongkar, dicanang, dan ditangkis. Para pendakwah harus cergas dan proaktif mendampingi para pemuda dan pemudi Islam, membuka mata mereka, dan memimpin tangan mereka keluar daripada lembah kejahilan kepada lembah baru yang lebih cerah di bawah naungan cahaya Islam. Mereka harus kembali disedarkan akan nilai mereka yang sejati, dan peranan mereka yang amat penting, dalam merealisasikan tuntutan syahadah mereka di atas muka bumi ini.

Perkara ini bukan lagi kompromi, kerana sesungguhnya, pemuda dan pemudi adalah aset utama Islam, dan musuh kita tidak pernah mengenal erti rehat.

Syed Ahmad Israa Syed Ibrahim

Fakulti Syariah Islamiyyahj

Universiti Al-Azhar Kaherah

Page 3: IKATAN Edisi Februari 2013

milik Pencipta Cinta yang agung. Kerana dia benar dalam cinta, apa salah biar Dia yang menjaga.

“Jagalah (hak) Allah dan Allah akan menjagamu.”

احفظ هللا يحفحظك

Yakin benar dia dengan mafhum hadis yang diriwayat oleh Abu Abbas Abdillah bin Abbas ini. Kalam agung bicara baginda Rasulullah. Maka, dia tidak rugi dan resah. Malah, tenang sentiasa dengan cinta. Di mana-mana. Apa-apa jua yang terjadi. Untuk yakin, tak mudah. Tapi, Allah yakinkan dengan penjagaan-Nya, apa lagi imbalannya?

Senyum.

KUANTITI CINTA

Kait dan tenunan cinta yang terhasil tak menjadi benda yang statik semata. Tetapi, itulah produk cinta yang melengkapi bukan semata pada dua orang yang bercinta. Mereka bercinta dan melengkapi bersama gerombolan lain yang juga mempunyai cinta yang sama, berpadu dan menghasil arus.

Oh, bukankah bercinta itu bila hanya berdua?

Senyum.

Cinta dimaknakan bukan pada kuantiti yang tersekat. Cinta dimaknakan dengan bahagia yang tersebar. Cinta yang berdua dan mereka yang di tepi juga rasakan serta tertuju pada kebenaran yang tak terungkap hebat penyatuannya.

Kerana hati bukan milik berdua saja.

“Dan Dia (Allah) yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman). “(Al-Anfaal ayat 63)

„Hati mereka‟ itu ramai.

HATI DAN OTAK BERPADU

Cinta kita bukan hanya pada otak yang mentafsir hebat kuasa Adrenaline yang merembes, lalu menyiapkan kita dengan senyum penuh makna, jua pada semangat yang tinggi serta segar madu cinta yang tak tertumpah.

Kerana otak bakal melemah. Penyeimbang kawal fungsi hormon itu akan dikurangkan serta disimpan. Tiba masa untuk stimulus terkejut, sedih, gembira, dan selainnya pula mengambil tempat dan mengawal atur. Kita takkan selamanya bahagia. Melainkan…

Bila hati yang beriman berpadu sama, itulah bahagia yang kekal. Sebab bahagia dan semangat itu takkan hanya ada bila ada hormon penyeri semangat, tapi ia bakal kekal dengan bekal iman yang sentiasa diisi oleh yang hati bercinta.

Bekal itu yang dilazimi dengan penuh susah dan terkadang Allah menyusutkan bekal untuk menariknya lebih ke depan umpama lastik yang ditarik getahnya ke belakang untuk maju jauh ke depan atau kita pula memilih bila menyusut itu, kita lantas memutuskan diri untuk terus berundur dengan kecewa yang pedih. Melayan dan melayang.

Iman bekal abadi. Dan itulah cinta yang abadi bila bekal penguatnya bersifat abadi. Itulah jiwa pencinta yang berpadu otak dan hati lalu jiwa yang bersatu itu berpadu lagi dengan manusia lainnya.

Teori Ubaidillah bin Abdullah, seorang pendidik kepada tokoh hebat Umar Abdul Aziz, iaitu :

“Para pemuda akan selalu berpecah belah,

Selama berbagai bentuk jiwa mereka tidak disatukan.”

SETIA HATI

Hati yang setia? Apa gambaran kita?

Kembali pada kisah sahabat acuan Rasulullah, Uthman bin Mazh‟un. Awal pengislaman di Mekah, dia mendapat perlindungan bapa saudaranya, Al-Walid bin Al-Mughirah. Lalu, tiada siapa pun yang berani melukainya.

Tapi, hati tidak betah melihat saudara Islam lain yang tidak mendapat jaminan yang sama pula disakiti. Bagi yang berukhuwah dalam setia, maka kenyamanan serta lebihnya dia dengan hak-hak khusus mengatasi sesama mereka sebenarnya menyakitkan. Itulah

Sambungan dari muka 1...

Page 4: IKATAN Edisi Februari 2013

Entri Kepimpinan ISMA

Waktu subuh adalah waktu perdana

kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada l ima waktu so lat yang waj ib disempurnakan.

Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat

dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.

Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.

Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada

22 buah negara-negara Eropah.

Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para

pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh. Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali.

Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya.

A l lah swt akan member i perlindungan bagi mereka yang bersolat subuh sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Jundab bin Syfyan bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:”Ses iapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan (perlindungan) Allah. Maka jangan cuba-cuba membuat Allah membuktikan janjinya> Sesiapa yang membunuh orang yang bersolat Subuh, Allah akan menuntutnya sehingga Dia akan membenamkan mukanya ke dalam

neraka.”(Riwayat Muslim)

S a h a b a t k u … . S e t e l a h k a u berker ingat meny iapkan semua kelengkapan. Setelah kau canangkan semangat ke seluruh negara. Setelah kau iklankan kepada dunia seluruhnya. Namun, jangan lupa untuk menagih simpati dan pe r t o l ongan da r i pada Pembe r i Kemenangan yang hakiki….

Wahai teman seperjuangan ! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk

setia. Senang yang bersama-sama, apatah lagi susah yang tak ditinggal pergi, tapi lebih erat bersama.

Maka, Uthman teguh meminta jaminan itu diputuskan dan sepanjang perjalanan pulang, dia berani menyangkal Quraisy yang menghina agama wahyu itu. Hasilnya, hentaman tinju si Quraisy kuat memecahkan tulang sekeliling matanya bersama darah.

Berterusan dia sama menghadapi susah.

Rasulullah yang meriba kepalanya saat ajal menjemput bersama iringan linangan air mata. Yang ketika itu di Madinah, dan pakaian yang membalut jasad Uthman adalah kain yang bertampal kulit unta serta penuh koyakan. Tulus, Rasulullah menundukkan kepala dan tenang kening Uthman dicium baginda. Air mata menitis.

Dia pergi. Sambil meninggalkan kisah contoh kesetiaan hatinya yang terzahir pada hidupnya. Hingga ke saat akhir, dia masih bersama, setia dengan kebenaran yang menyakitkan. Bukan setia memilih dalam kesenangan dan kemewahan hidup yang tak menjanjikan kehormatan pulangan di sisi Allah.

ITU FORMULA CINTA KITA

Teladan cinta Rasul + posisi cinta + jaga hak Allah + cinta ummah +kesatuan jiwa + kesetiaan hati = ABADI CINTA.

“Ya Allah, ya Tuhanku, aku memohon kasih sayangMu, dan kasih orang yang mencintaiMu, serta (kasihkan) amalan yang mendekatkanku kepada cintaMu. Ya Allah, ya Tuhanku, jadikanlah kasihMu lebih aku sukai berbanding diriku sendiri dan ahli keluargaku, dan daripada air yang sejuk.”

Noor Hazwani Mohamed

Tahun 4, Kuliah Perubatan

Universiti Al-Azhar

Page 5: IKATAN Edisi Februari 2013

The time of the year has come again when sales of chocolate, flowers and everything red skyrocket to the roof. Dec-laration of love and romanticism is heard commonly up till the highlight day of the month, Valentine‟s Day. And throughout the Muslim community, the ongoing battle against Valentine‟s Day continues. Count-less articles and talks have been published to get through the whole Muslim communi-ty that Valentine‟s Day is haram and

should not be celebrated.

Islam and Sexual Repression

However, this firm opposition against Valentine‟s Day opens a new field of debate, whether Islam actually repress-es the natural urge of humans to love? At heart, are Muslims against love? Muham-mad Qutb, in his book, Misconceptions of Islam, under the title Islam and Sexual Repression states,

“Western psychologists accuse reli-gion of repressing the vital energy of man and rendering his life quite miserable as a result of the sense of guilt which obsesses the religious people and makes them imag-ine that all their actions are sinful and can only be expiated through abstention from enjoying the pleasure of life”

In contrary, no religion in this world is as honest as Islam in recognizing love as a part of the natural motives, Fitrah and treating them as pure and healthy. The Qur‟an states:

“Beautified for people is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land…” (3:14)

Through this verse, Allah recognizes these earthly desires as desired things in the eyes of men, but does not object to these desires as such nor does it disap-prove of such feelings.

However, the need to express these feelings and emotions is not a mere justifi-cation for Muslims to allocate a day of cel-ebration based on his own thoughts and ideas, and to call it a festival. As a matter of fact, Islam encourages us to express our emotions and love at all times and in all circumstances, based on the teachings of Islam, Syariah. The Prophet said:

“None of you [truly] believes until he loves for his brother that which he loves for himself.” (Bukhari and Muslim)

In the end, what does Islam recom-mends us to do? To channel this powerful emotion, love, capable of moving moun-tains and hills, into seeking the greatest pleasure in life, the pleasure of Allah.

If I worshipped love, then I‟d do anything for love, but love is not my God. Allah is my God. I worship only Him, for Him I‟d do anything

Ahmad Naufal Basri

Forth Year

Faculty of Medicine

Cairo University

agung ciptaan Ilahi. Untukmu teman

pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.

Ingatlah sumpahan Pemilik kepada segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.

...والفجر

Demi waktu fajr (89:1)

Dr Zainur Rashid Zainuddin

Perunding Aman Palestin

Jawantankuasa ISMA Seremban

Naib Presiden (1) I-Medik

Page 6: IKATAN Edisi Februari 2013

(Memperingati 64 tahun kematian Imam Hasan Al-Banna)

Pada sabtu petang 14 Rabiul Akhir 1368H bersamaan 12 Februari 1949. Ustaz Hasan Al-Banna bersama temannya Ustaz Abdul Karim Muhammad di pejabat Jam‟iyyah Asy-Syubban Al-Muslimun selama beberapa jam. Setelah sekian lama, kereta teksi dipanggil untuk pulang.

Apabila Ustaz Hasan Al-Banna dan temannya telah duduk dalam teksi,

seorang yang tidak dikenali tiba-tiba memuntahkan tujuh das peluru ke arah Hasan Al-Banna dan mengakibatkan beliau cedera parah. Temannya bernasib baik kerana tidak terlalu parah.

Mereka dibawa ke hospital dengan kereta tanpa menunggu van ambulan sampai. Hasan Al-Banna meminta dirawat temannya dahulu, Sempat lagi beliau berkata “jangan cemas, lukaku tidak berapa parah” . Dengan lukanya yang parah itu, beliau syahid ketika berada di

hospital.

Ketika itu, kawalan terhadap surat khabar diperketat. Tidak ada yang berani menyingkap perihal sebenar kecuali gambaran umum.

Jasad Al-Banna tidak dibenarkan sesiapa mendekatinya kecuali ayahnya Us t a z A bdu r r a hman . Ayahn ya menyembahyangkan anaknya seorang diri. Jasadnya dijaga ketat, rumahnya dikepung, jasadnya diiringi polis ke tempat pemakaman keluarga.

Kenapa Hasan Al-Banna dibunuh sebegitu? Kenapa jasadnya yang tidak bernyawa dijaga ketat ? Tetapi kesyahidannya tidak menghentikan perjuangannya, kerana para syuhada‟ itu hidup dan menghidupkan ruh umat Islam yang lain.

Syed Qutb, salah seorang yang dihidupkan jiwanya dengan pejuangan Islam selepas kesyahidan Al-Banna, ketika ditanya tentang makna „syahid‟, beliau berkata, “ syahid bermakna bahawa dia bersaksi bahawa syariat

Allah lebih mahal baginya dari nyawanya sendiri”

“Dan jangan kamu katakan kepada orang yang dibunuh di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka hidup tetapi kamu tidak mengetahu” Al-Baqarah:154

“Dan dia mengambi l dari kalangan kamu syuhada‟ “ Al -Imran:140. Syed Qutb mentafsirkan ayat ini dalam Fi Zilali Quran, “Sesungguhnya para syuhada itu orang-

orang yang terpilih, Allah memilih mereka diantara para mujahidin, dan Dia mengambil mereka untuk diri-Nya”

Syahid Yang Menghidupkan Ruh Syumuliah Islam, Amali, dan Alami.

Ketika umat Islam berdiam diri, sibuk dengan tasawwuf dan meninggalkan po l i t i k , As-Syah id menerangkan kepentingan politik di dalam Islam tanpa menafikan kepentingan tasawwuf.

Ketika manusia memisahkan kebangsaan (nasionalisme), semangat Arab, semangat ketimuran yang dipisahkan oleh barat dari Islam, As-Syahid menerangkan tentang hakikat hubungan kita adalah aqidah tanpa menafikan kepentingan semangat kebangsaan, arab, dan timur dalam membangunkan umat ini semula.

“Setiap istilah ini atau setiap fahaman ini mempunyai hubungan dengan dakwah kita bukan kerana kita mahu memuaskan hati setiap orang atau kita cuba mengimbangi semua fahaman

sebaliknya kerana dakwah kepada seluruh manusia dan syumul menjadi identiti dakwah ini”

Syahid Yang menghidupkan Ruh Dakwah dan Tarbiyah

Khilafah Islam telah jatuh 1924. Umat Islam yang ikhlas dan ingin mendirikan semula khilafah yang telah hilang, tidak tahu langkah-langkah yang perlu atau berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.

Page 7: IKATAN Edisi Februari 2013

Hasan Al-Banna membentangkan dakwahnya, “Kita mahu bentangkan pendekatan kita di hadapan seluruh manusia. Kita ingin kemukakan dakwah kita kepada semua. Kita mahu kemukakan dakwah ini tanpa berselindung dan berlapik. Dakwah ini lebih cerah secerah mentari, seterang sinar fajar, sejelas siang hari”

Umat ini mustahil untuk bangun semula dalam keadaannya yang lemah. “Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian dan memperjuangkan sebuah prinsip memerlukan seluruh bangsa atau sekurangnya-kurangnya sekumpulam manusia yang mahu mencapai cita-cita ini yang memiliki jiwa yang benar-banar kental”

Umat ini tidak akan bangkit semula sehinggalah individu, keluarga dan masyarakat di dalam umat ini mentarbiyyah dan mengubah dirinya. “Perkara pertama yang perlu kita tumpukan dalam dakwah kita, perkara paling utama yang perlu kita berikan perhatian sepanjang pertumbuhan,

penonjolan dan perkembangannya ialah kesedaran rohani yang spontan. Kesedaran rohani pertama yang ingin kita inginkan adalah hati yang hidup, kebangkitan perasaan dan sentiment yang sebenar”

Syahid yang menghidupkan Ruh Haraki dan Jihad

Umat Islam dijajah adalah umat yang dahulunya memegang empayar seluas dua pertiga dunia hilang gahnya. Kegagahannya yang terserlah pada kesatuan amal jamaienya, kemas langkahnya, tersebar luas, kuat jihadnya hilang.

“Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu.”

“Allah meletakkan Jihad sebagai kewajipan setiap muslim yang perlu di laksanakan dan t idak boleh dikesampingkan. Allah memberi galakan penuh dan akan memberi ganjaran yang besar kepada para mujahidin dan para syuhada. Tiada siapa yang dapat menandingi ganjaran mereka ini kecuali mereka yang beramal setanding dengan amalan mereka yang berjihad dan menurut jejak mereka berjihad”

S y a h i d y a n g H i d u p d a n Menghidupkan

Kesyahidan Hasan Al-Banna diikuti

dengan kesyahidan mereka yang bersamanya, Syed Qutb, Sheikh Izzudin Al-Qassam, Sheikh Ahmad Yassin, Ar-Rantisi dan banyak lagi para mujahidin dan syuhada‟.

Fikrah Hasan Al-Banna tidak mati bahkan hidup sepertimana Syed Qutb nyatakan dalam Di Bawah Naungan Al-Qura‟an (Fi Zilali Quran) “Fikrah yang kerananya mereka (para syuhada) dibunuh yang mengalir bersama darah mereka tersebar luas dan mengesani mereka yang lain di belakang mereka dengan kesyahidan mereka…”

“Di antara orang beriman itu, ada yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah. Dan diantara mereka ada yang gugur (syahid) dan diantara mereka ada yang menuggu-nunggu”

Ramadhan Al-Din,

Syariah Tahun dua,

Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir

Page 8: IKATAN Edisi Februari 2013

Sedar atau tidak, setiap dari kita memulakan hari dengan memberus gigi. Kita akan berasa kurang selesa ketika berkomunikasi dengan orang sekeliling dalam keadaan mulut yang berbau dan kurang selesa berbanding dengan bau mulut yang segar selepas menggosok gigi. Seperti yang sedia maklum, berus gigi merupakan salah satu alat untuk menjaga kebersihan mulut dan gigi. Dalam masa 48 jam, jika anda tidak memberus gigi, plak gigi akan mula muncul!

Sejarah mencatatkan manusia yang mula menitik beratkan tentang kebersihan mulut bermula pada zaman Babylon 3500 S.M. dengan menggunakan „chewing stick‟. Pada tahun 1498, China mencipta berus gigi yang diperbuat dari bulu binatang dan dilekatkan pada buluh atau tulang sebagai batang. Evolusi berus gigi masih berterusan sehingga ke hari ini yang boleh

didapati buatannya dari nylon. Terdapat beberapa jenis berus gigi yang telah diubah suai seperti „chewable toothbrush‟, „end-tuft toothbrush‟ , „interdental brush‟, berus gigi elektrik dan lain-lain.

Walau apa pun sejarah evolusi berus gigi yang terus berganti, tidak lupa bahawa Nabi Muhammad S.A.W. juga terlibat dalam sejarah evolusi berus gigi dengan mem‟popular‟kan miswak. Pentingnya kebersihan mulut dan gigi

sehingga ditekankan oleh Nabi Muhammad

S.A.W. sendiri dalam sebuah hadis riwayat Muslim,

"Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka melambatkan solat Isyak dan bersugi (menggosok) gigi setiap kali mereka hendak melakukan solat."

Malangnya pula, sunnah ini telah diabaikan oleh umat Islam sendiri.

Beberapa langkah bijak, nasihat dan tips dalam penggunaan berus gigi:

1. Saiz berus gigi yang digunakan mestilah sesuai dengan pengguna. Misalnya, berus gigi dewasa bukan untuk kanak-kanak.

2. Bulu berus gigi pula memadai lembut atau sederhana kerana penggunaan berus keras akan mengakibatkan lapisan gigi luar (enamel) terhakis dan menjadikan gigi anda lebih sensitif dan rosak.

3. Belajar teknik dan langkah yang betul memberus gigi.

4. Menukar berus gigi setiap 2 hingga 4 bulan sekali. Hal ini kerana berus gigi terdedah kepada bakteria (bermula dari proses pembuatannya kerana berus gigi tidak dijual dalam pakej steril), air liur, darah, dan ubat gigi lama.

Beberapa tips menjaga berus gigi:

1. Membasuh berus gigi selepas digunakan.

2. Tegakkan berus gigi dan bulu berus

berada di atas agar dapat dikeringkan.

3. Tidak bersentuh antara berus gigi yang lain jika disimpan di tempat yang sama.

4. Tidak disimpan di tempat tertutup dan gelap kerana mengalakkan pembiakan bakteria.

5. Tukar segera berus gigi anda jika bulu berus gigi berubah bentuk asal.

6. Memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika di satu situasi anda tidak membawa berus gigi, digalakkan berkumur.

Pengunaan berus gigi tidak terhad untuk memberus gigi sahaja. Bayangkan jika anda menukar berus gigi 2 bulan sekali, setahun bersamaan 12 batang berus gigi! Menyahut kampen cintai alam sekitar, setidak-tidaknya kita mengguna semula berus gigi lama pada perkara lain seperti memberus di antara jubin, memberus bawah periuk, seni kreatif dan kreativiti lain.

Pilihan di tangan anda!

Nur Amalina Binti Ismail

Tahun 3 Pergigian

Univesiti Al-Azhar

Page 9: IKATAN Edisi Februari 2013

Konsert „LOVE PALESTINE NIGHT‟

ACC, 9 Nov : ISMA Mesir membuka lembaran dalam sejarahnya dengan menganjurkan konsert „LOVE PALESTINE NIGHT‟ yang dibanjiri lebih 1500 orang penonton dan kutipan mencecah lebih 70,000le. Tiga artis jemputan iaitu Muadz Dzulkifli, Daie nada dan Nazrey Johani telah memukau para hadirini dengan persembahan mereka. Bilangan hadirin

yang di luar jangkaan ini telah menunjukkan kepada kita bahawa kita mampu bersatu bukan sahaja dalam isu Palestin tetapi juga pada isu yang lain.

Bual Bicara „Kesenian dalam islam‟ bersama Nazey Johani

MADINAH NASR, 8 Nov : Dengan kerjasama Badan Kebajika Penuntut Sabah Mesir, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir telah mengadakan satu sesi bual bicara „Kesenian dalam Islam‟ bersama artis terkenal tanah air, Nazrey johani.

Program yang bertujuan meningkatkan kesedaran dakwah khusus kepada para mahasiswa Sabah dalam apa jua bidang sekalipun bidang nyanyian.

Forum Perdana : Perlembagaan dan Islam

MADINAH NASR, 10 Nov : Persatuan Peguan Muslim Malaysia (PPMM) dengan kerjasama Kelab Peguam Muda (KPM) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir telah mengadakan forum perdana : Perlembagaan dan Islam bertempat di Dataran Kompleks Hayyu Asyir. Program

itu telah membariskan En. Mohd Faizal (KPM Mesir) sebagai moderator, dan empat orang ahli panel, Tuan Haji Rahim Sinwan (PPMM), Dato‟ Zainul Rijal Abu Bakar (PPMM), En. Iz‟aan Azalan dan En. Syamil bin Mohd Esa telah menekankan beberapa aspek iaitu kaitan antara islam dan perlembagaan Malaysia dan kurangnya

peguam syarie di Malaysia.

Forum : Ancaman Syiah di Malaysia

MANSUROH, 15 Nov : Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA) cawangan Mansurah telah berjaya menganjurkan Forum ancaman syiah bertempat di Masjid Amin Syarie Norkitee. Forum ini dikendalikan oleh saudara Mohd Khairil Alias selaku moderator dan dua orang panel, Assidiq bin Fauzan dan Ahmad Solahuddin Bin Ismail. Kehadiran 300 orang pelajar perubatan dan pengajian agama menunjukkan mahasiswa Malaysia masih mempunyai sensitiviti tinggi dalam isu-isu semasa terutama dalam isu akidah.

Kelas Tafaqquh : Fiqh Khamsah

MADINAH NASR, 16 Nov : ISMA Mesir dalam usahnya mendidik mahasiswa mesir berlandaskan pendirian syarak yang syumul telah menganjurkan Kelas Tafaqquh, Fiqh Khamsah di Markaz ISMA Mesir, Hayyu Sabe‟. Kelas yang disampaikan oleh Syed Ahmad Israa‟ Bin Syed Ibrahim selaku Exco Pengkaderan Ikatan Musliin Malaysia (ISMA) Mesir. Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat adalah 100 peratus berlandaskan syariat islam.

Tak Kenal Maka Tak Cinta (TAKEMATACI)

SAYEDA ZAINAB, 16 Nov : Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) cawangan Sayeda Zainab telah menganjurkan forum TAKEMATACI i a i t u s e b u h p r o g r a m u n t u k memperkenalkan ISMA Mesir kepada mahasiswa Sayeda Zainab dan bagi mencari titik persamaan yang boleh

dijadikan kesepakatan antara persatuan di Mesir. Dipengerusikan oleh saudara Mohd Hazim bin Azhar, Program kali ini telah membariskan Ketua Cawangan ISMA Sayeda Zainab saudara Muhammad Faysal bin Tajurudin, pimpinan pusat ISMA Mesir saudara Mukmin bin Mohd Khairi dan Ketua Cawangan ISMA Madinah

Nasr, Ustaz Bilal bin Jailani.

Program Hal Ehwal Wanita (HELWA) dan Pemberian Bubur Lambuk

SAYEDA ZAINAB, 17 Nov : Biro Wanita ISMA Mesir telah mengadakan program mingguan Hal Ehwal Wanita (HELWA) bertempat di Bait Khaulah, Sayeda Zainab. Program kali ini telah mengupas satu tajuk yang menarik iaitu „Menantu Pilihan‟ oleh Madihah Binti Ahmad. Program kemudiannya disambung pula dengan I-Medik Medical Presentation (IMP) yang disampaikan oleh saudari Nurul Farhana Ibrahim dengan tajuk Basic Life Support of First Aid. Satu program bersempena Maal Hijrah 1434H juga telah berjaya dianjurkan pada 15 November yang lalu. Dalam program tersebut, sebanyak 25 bungkus bubur lambuk diedarkan di rumah-rumah mahasiswi perubatan sekitar Sayeda Zainab.

Forum : „Natrah Gegarkan Nusantara‟

ISKANDARIAH, 24 Nov : Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Iskandariah telah mengadakan sebuah forum yang bertajuk „Natrah Gegarkan Nusantara‟ bertempat di Masjid Iman, Kubri Gamaah. Forum ini dikendalikan oleh saudara Abdul Rahman Dashuki selaku moderator forum dan ditemani oleh 2 orang ahli panel iaitu Muhd Hazim Azhar yang merupakan pelajar perubatan tahun enam Universiti Kaherah dan Muhammad Firdaus Zalani, Ketua Majlis Ulama Isma Mesir (MUIS) merangkap Exco Kelab Peguam Muda Mesir. Forum yang julung-julung kali diadakan berjaya menunujukkan kepada para mahasiswa Iskandariah, sensitivity yang mendalam masyarakat tempatan

dahulu dalam memperjuangkan akidah seorang wanita dan seharusnya menjadi contoh buat generasi masa kini.

Forum Hakikat syiah di Iskandariah

ISKANDARIAH, 10 Disember: Kira-kira lebih 300 orang mahasiswa sekitar Iskandariah telah hadir ke forum Hakikat Syiah yang bertempat di Masjid Nour Islam, Camp Caesar, Iskandariah. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran terhadap isu bahaya syiah yang semakin membimbangkan serta menjawab persoalan-persoalan tentang pendirian umat Islam kepada golongan syiah dalam konteks antarabangsa umumnya dan Malaysia khususnya.

Forum tersebut telah menampilkan Ustaz Muhammad Assidiq Fauzan mahasiswa jurusan Usuludin dan Ustaz Ahmad Solehhuddin Ismail sebagai ahli panel manakala saudara Nur Syafirul Asmadi sebagai moderator. Program turut diserikan dengan kehadiran wakil Aman Palestin Mesir dan Rakan ISMA Mesir.

Page 10: IKATAN Edisi Februari 2013