hbef1403 seni dalam pendidikan

28
HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP- PPG SEMESTER SEPTEMBER / 2015 HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN NAMA PELAJAR : ABDUL KADIR BIN MADELI NO. MATRIKULASI : 690429135313001 NO. KAD PENGENALAN : 690429135313 NO. TELEFON : 019-4828910 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : SARAWAK LEARNING CENTRE

Upload: abdulkadirhjmadeli

Post on 14-Jul-2016

379 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

popppoiu

TRANSCRIPT

Page 1: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP- PPG SEMESTER SEPTEMBER / 2015

HBEF 1403

SENI DALAM PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR : ABDUL KADIR BIN MADELI

NO. MATRIKULASI : 690429135313001

NO. KAD PENGENALAN : 690429135313

NO. TELEFON : 019-4828910

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SARAWAK LEARNING CENTRE

NAMA PENSYARAH : ENCIK ADI BIN KAHAR

Page 2: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

1.1 Definisi kreatif. 1

1.2 Konsep Pemikiran Kreatif kanak-kanak. 2

1.3 Strategi Merangsang Kreativiti. 3

2.0 Pengalaman. 4

2.1 Fasa Ransangan. 4

2.2 Fasa Penerokaan. 5

2.3 Fasa Perancangan dan Aktiviti. 6

2.4 Fasa Kajian Semula. 7

3.0 Ekspresi. 7 - 9

4.0 Maklumat Sokongan. 10-12

5.0 Penutup. 13-14

Page 3: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN1.0 Pengenalan.

Untuk menyiapkan kerja kursus ini, di sini saya membincangkan berkaitan dengan

konsep pemikiran kreatif dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dan strategi

pengajaran yang berkesan yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan kreativiti

dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

Kumpulan sasaran adalah murid tahun 6 sekolah rendah. Kumpulan murid ini telah

telah didedahkan teknik-teknik melukis selain mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan

dengan alam persekitaran. Persekitaran adalah salah satu penyumbang kepada pengalaman

murid yang sangat penting dan digunakan untuk menjalani kehidupan seharian.

Topik yang saya bincangkan adalah berkaitan dengan program seni lukis dan seni

reka. Di dalam kehidupan sebagai seorang petani seseorang sentiasa didedahkan dengan

sumber alam semulajadi. Melalui sumber alam semulajadi inilah mereka menggunakan

daya kreativiti mereka untuk mencipta sesuatu yang baharu dengan menggabungkan segala

kemahiran dan teknik melukis serta mereka cipta. Melalui sumber alam semulajadi,

seseorang dapat menghasilkan sebuah terendak yang sangat berguna kepada setiap petani

bagi melindungi diri mereka daripada panas dan hujan.

Untuk itu, saya juga menghuraikan tentang kepentingan kreativiti kepada murid-

murid selain strategi pengajaran yang pada pandangan saya amat berkesan dan boleh

digunakan untuk mempertingkatkan lagi kreativiti dalam kalangan murid-murid di sekolah

rendah.

1.1 Definisi kreatif.

Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai daya kreativiti tersendiri sama ada

secara langsung atau tidak oleh individu tersebut. Setiap diri insan yang diciptakan Tuhan

dikurniakan kreativiti masing-masing. Kreativiti merupakan kebolehan asasi yang dimiliki

oleh manusia, namun begitu kebolehan serta bakat kreatif ini mestilah dipupuk dan dibajai

dengan sewajarnya.

Kamus Dewan (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu “kemampuan

1

Page 4: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai

kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembang sesuatu idea baru dan asli.” Menurut

kamus Websters (1976), pemikiran kreatif ialah “the ability to bring something new

existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti adalah kebolehan mewujudkan sesuatu

yang baru. Kreativiti juga seolah-olah melambangkan suatu pemikiran manusia yang hebat

untuk melakukan sesuatu yang diinginkan.

  “Kreativiti adalah proses yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan ia

mencipta sesuatu baginya.” (Mead, 1959 dalam Mohd Azhar Abd Hamid, 2001). Nystrom

(1979) telah menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana iamenuju ke arah yang

lebih realiti. Oldham dan Cumming (1196) pula menyatakan kreativiti ialah original,

berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru.

Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, kreativiti bolehlah dirumuskan bahawa

ia merupakan keupayaan yang dimilik oleh seseorang untuk memproses maklumat

seterusnya mampu menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Konsep pemikiran kreatif itu

pula berkisar kepada beberapa entiti iaitu seseorang dapat melakukan sesuatu dengan cara

yang unik. Selain itu, seseorang yang kreatif juga dikatakan dapat berfikir di luar kotak

pemikiran biasa atau bebas daripada pola yang sama. Melalui pengalaman dan pengetahuan

yang dimiliki, seseorang itu berupaya mencari pelbagai input idea bagi mewujudkan hasil

yang baru lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah.

1.2 Konsep Pemikiran Kreatif kanak-kanak.

Menurut kebanyakkan penyelidik berkenaan kreativiti, kreativiti seringkali

dikaitkan dengan kanak-kanak, Ini adalah kerana kanak-kanak kebiasaannya bermain

dengan idea serta seringkali mempamerkan ciri-ciri kreatif secara berperingkat pada

individu kanak-kanak ini.

Albert Einstien (Schilpp, 1949), pemikir sainstifik terkenal, menyatakan perkara

yang paling kreatif pada diri kanak-kanak adalah apabila mereka bermain dengan fikiran.

E. Paul Torrance (1964) menyatakan pula, kanak-kanak menunjukkan tahap paling kreatif

2

Page 5: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKANpada umur empat tahun. Sekiranya perkara yang dinyatakan ini benar, perkara ini mungkin

menarik untuk kita mengklasfikasikan ciri-ciri kanak-kanak yang menunjukan kreativiti

yang ada pada diri mereka.

Berdasarkan senario pendidikan terkini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia

telah mengambil langkah-langkah menyediakan pendidikan yang berkesan dalam usaha

untuk mempertingkatkan kreativiti dalam kalangan kanak-kanak sekolah. Berdasarkan

pandangan beberapa tokoh menunjukkan kepada kita bahawa alam persekolahan dan

pendidikan memberi kesan terhadap perubahan pemikiran dan tingkahlaku kanak-kanak

dalam jangka panjang. Di Malaysia, Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah

wajar dengan memberi penekanan terhadap kurikulum pemikiran kreatif dan kreativiti pada

peringkat rendah, menengah dan tinggi sejak tahun 1980an lagi.

Secara umumnya, bagi kanak-kanak yang baru mengenali dunia dan

persekitarannya, ciri-ciri kreativiti mereka lebih terserlah dan mudah terpengaruh dengan

keadaan persekitaran mereka. Namun begitu, oleh kerana sifat semulajadi kanak-kanak

yang suka meniru terhadap sesuatu yang mereka lihat, maka mereka selalunya meniru

tingkahlaku dan sikap orang orang yang lebih dewasa terutamanya orang yang begitu

hampir dengan mereka seperti ibu bapa atau ahli keluarganya yang lain.

1.3 Strategi Merangsang Kreativiti.

Terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan untuk merangsang kreativiti di

kalangan murid-murid terutamanya murid sekolah rendah seperti berikut;

1.3.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)

i) Kaedah Pertama

Elakkan daripada membuat penilaian, terutama ketika proses awal sumbangsaran.

Ini boleh membantutkan usaha murid untuk memberikan idea kerana khuatir idea yang

diberikan tidak boleh dilaksanakan.

ii) Kaedah Kedua

Hindarkan pemilikan idea oleh sesuatu kumpulan dan individu. Ini kerana apabila

idea dan saranan dihakmilikkan oleh seseorang individu atau kumpulan menyebabkan

3

Page 6: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKANwujud perasaan ego lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan ini biasanya

boleh mewujudkan suasana tegang di kalangan murid-murid kerana mereka berusaha untuk

mempertahankan idea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk

memperbaiki idea tersebut.

iii) Kaedah Ketiga

Guru boleh menerangkan kepada murid bahawa adalah tidak menjadi kesalahan

untuk meminjam idea dan cara sedia ada untuk tujuan penambahbaikan dalam proses

kemudiannya.

iv) Kaedah Keempat

Guru harus menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala

tidak masuk akal. Galakan sebegini merangsang murid untuk berfikir di luar daripada

kemampuan supaya murid mempunyai idea yang menarik, tidak bersifat konvensional dan

bersifat biasa sahaja.

2.0 Pengalaman.

Pengalaman adalah sesuatu yang telah dilalui dan boleh digunakan untuk melalui

kehidupan seterusnya. Murid-murid menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif mereka

untuk mengembangkan idea melalui pengetahuan sedia ada. Untuk melaksanakan

pembelajaran kreatif ini program yang saya rancang melibatkan 4 fasa utama iaitu 60 minit

untuk setiap fasa dengan mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu pembelajaran.

Selain daripada mata pelajaran pendidikan seni, pembelajaran kreatif ini bolehlah

digabungjalinkan ke dalam mata pelajaran yang lain seperti Bahasa Melayu, Matematik dan

Pendidikan Moral. Usaha ke arah penggunaan peralatan ICT di dalam pengajaran dan

pembelajaran adalah sesuatu yang amat digalakkan agar semua murid didedahkan dengan

penggunaan peralatan ICT.

2.1 Fasa Ransangan.

Pada fasa ini, guru merangsang pemikiran murid-murid dengan memulakan

4

Page 7: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKANpengajaran dan pembelajaran melaui set induksi. Objektifnya ialah semua murid dapat

mengenali sawah padi secara lebih mendalam dan dapat menyatakan terendak digunakan

untuk melindungi para petani daripada panas dan hujan.

Set induksi dimulakan tayangan audio visual yang menunjukkan suasana di sawah

padi. Kelihatan para petani sibuk menguruskan bendang mereka. Jelas sekali audio visual

yang ditayangkan dapat menarik minat murid. Mereka kelihatan seronok menonton

dan timbul perasaan ingin tahu. Melalui pemerhatian yang dijalankan, guru mengemukakan

beberapa soalan bagi meransang pemikiran murid. Guru mengemukakan soalan seperti;

i) Berapa luaskah sawah padi tersebut?

ii) Berapa orangkah yang berapa di bendang tersebut?

iii) Adakah pemandangan di sawah padi sangat menarik?

iv) Apakah yang menyebabkannya sangat menarik?

v) Nyatakan benda yang digunakan oleh setiap petani tersebut untuk

melindungi diri mereka daripada cuaca panas dan hujan.

Bermula dari sini minat murid terus dirangsang untuk meneruskan sesi

pembelajaran dengan lebih berfokus. Pada peringkat ini daya ingin tahu para murid menjadi

lebih tinggi dan di sini juga bermula proses soal jawab antara murid dan guru. Melalui fasa

ransangan ini juga perkembangan kreativiti dan ciri-ciri positif individu setiap murid dapat

dilihat secara perlahan-lahan. Murid-murid juga dirangsang untuk lebih berkeyakinan untuk

menjawab soalan.

2.2 Fasa Penerokaan.

Pada fasa kedua iaitu penerokaan. Guru mengedarkan terendak yang yang sangat

cantik dan berwarna warni dengan saiz yang berbeza.. Objektifnya ialah semua murid dapat

melihat unsur-unsur seni lukis dan seni reka yang terdapat pada terendak tersebut. Minta

murid untuk memegang dan menyentuh terendak dan menyuruh mereka menamakan

warna-warna yang terdapat pada terendak tersebut. Murid juga dikehendaki menamakan

motif-motif yang ditunjukkan pada setiap terendak tersebut. Terendak yang suautu ketika

dahulu digunakan oleh para petanio di bendang kini telah menjadi satu benda yang

5

Page 8: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKANmempunyai nilai seni lukis dan seni reka yang sangat tinggi. Murid disuruh berfikir tentang

apakah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat terendak tersebut. Penerokaan secara

mental dan fizikal berlaku. Pada masa ini, murid-murid cuba berfikir dan menyenaraikan

bahan-bahannya.

2.3 Fasa Perancangan dan Aktiviti.

Guru menunjukkan satu hasil kerja daripada bahan semulajadi untuk membuat

sebuah terendak. Objektifnya ialah semua murid dapat mempraktikkan cara membuat

terendak seperti sepatutnya dengan cantik dan kreatif. Guru menjelaskan cara-cara untuk

membuat terendak tersebut. Kemudian, guru menunjukkan cara untuk menganyam daun

nipah mengikut tertib. Daun nipah tersebut diedarkan secara bebas untuk melihat

kekereativiti murid-murid. Selain daun nipah, daun kelapa juga boleh digunakan. Selepas

itu, guru meminta murid untuk menjahit daun tersebut dengan benang dan jarus peniti

supaya dapat menghasilkan bentuk terendak yang cantik dan kreatif. Murid juga digalakkan

membuat perancangan berpandukan visual iaitu melalui contoh slaid dan lukisan yang

ditunjukkan. Ini dapat melatih murid supaya belajar untuk merancang bagi melaksanakan

tugasan yang diberi dengan baik dan teratur.

Peringkat yang terpenting untuk murid-murid melahirkan pemikiran kreatif mereka.

Segala yang dirancang atau set idea mereka diluahkan melalui tindakan dan aktiviti yang

dijalankan. Pada ketika akitivit dijalankan, guru perlu membimbing serta memantau

perjalanan aktiviti tersebut. Ini adalah kerana kerana guru perlu mengaambil kira aspek

keselamatan murid-murid. Implikasi aktiviti ini kepada murid-murid ialah menggalakkan

murid-murid berfikir secara kreatif untuk menghasilkan terendak yang menarik dan cantik.

Murid bersaing sesama mereka untuk menghasilkan kerja yang baikdan pada masa ini

murid sedaya upaya untuk menyerlahkan kreativiti mereka melalui hasil kerja masing-

masing.

6

Page 9: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN2.4 Fasa Kajian Semula.

Pada peringkat ini, murid-murid diminta untuk mempamerkan hasil kerja masing-

masing sambil menyatakan bahan yang digunakan. Objektifnya ialah agar murid-murid

dapat menghargai hasil kerja sendiri dan dapat memberikan panddangan mengenai hasil

kerja orang lain. Murid-murid diminta untuk membantu guru menampal hasil kerja mereka

di sudut pameran atau sudut pendidikan seni. Pada masa ini, rakan-rakan mereka diminta

untuk menilai dan memberi komen yang membina terhadap hasil kerja murid-murid yang

lain. Murid-murid juga diminta untuk memberi pendapat atau pandangan terhadap hasil

kerja dan aktiviti yang telah dijalankan. Implikasinya, murid-murid dapat menilai dan

membandingkan hasil kerja mereka dengan rakan-rakan, mereka merasa keseronokan

belajar setelah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru. Perasaan

gembira jelas tergambar pada riak wajah mereka serta rasa berbangga kerana hasil kerja

mereka ditampal pada sudut pameran dan dapat dilihat oleh murid-murid yang lain.

Semangat mereka untuk berkarya sudah pasti membuak-buak dan sudah tentu

menggalakkan mereka untuk membuat penambahbaikan hasil kerja pada masa datang.

Adalah diharapkan apabila kesemua 4 fasa tersebut telah dijalankan murid-murid

telah memahami konsep dan kaedah menghasilkan terendak tersebut. Setiap murid

menyiapkan tugasan dan dapat memberikan ekspresi yang berbeza-beza mengenai hasil

kerja melalui terendak yang dihasilkan.

3.0 Ekspresi.

Di dalam Kamus Dewan Edisi ke-3 pada halaman 330 menyatakan ekspresi

bermaksud pelahiran maksud (perasaan dsb) dengan kata-kata (gerak-geri, dll). Puan

Jamilah Omar di dalam bukunya Kreativiti dan Ekspresi Seni Visual pada halaman 133

menyatakan ekspresi adalah ‘sesuatu yang dikeluarkan’ seperti cairan gula yang

dikeluarkan tatkala tebu diperah. 

Ekpresi dalam seni adalah mencurahkan perasaan tertentu dalam suasana gembira.

Seorang pelukis atau seniman menghasilkan karyanya dalam suasana yang menyenangkan

7

Page 10: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKANjiwanya, dalam perasaan gembira, dan dalam suasana yang menyenangkan perasaannya.

Perasaan marah atau sedih dalam ekspresi seni juga harus dikeluarkan pada waktu pelukis

atau senimannya sedang dalam keadaan selesa, dalam keadaan tenang, dalam keadaan jiwa

tidak tenteram. Kehadiran warna mampu memberikan pengaruh terhadap kehidupan kita.

Warna dapat memberikan kesan, suasana, dan mempengaruhi perasaan seseorang. Warna

dapat membuat perasaan menjadi ceria, meningkatkan semangat, dan meningkatkan

konsentrasi.

Secara psikologi setiap warna memberikan pengaruh terhadap rasa, perilaku dan

sebagainya. Warna sejuk banyak terinspirasi dari dinginnya air, sejuknya awan dan

pemandangan serta segarnya daun. Warna sejuk terdiri dari empat warna iaitu hijau, biru,

ungu, dan merah jambu (pink).  Warna-warna hangat cenderung panas dan memberikan

perasaan semangat, menaikkan degupan jantung dan juga mempengaruhi perilaku manusia.

Warna panas terdiri dari tiga warna iaitu merah, kuning dan jingga. Ketiga-tiga warna

tersebut ada pada api sehingga kesan yang dimunculkan adalah panas atau hangat.

Berdasarkan topik terendak yang telah dipilih ternyata ianya adalah gabungan

daripada bermacam-macam warna seperti merah, kuning, hijau, biru, hitam dan sebagainya.

Gabungan warna-warna ini menjelaskan tentang kegembiraan, kesukaran dan kepayahan

kehidupan sebagai seorang petani. Ini mungkin dapat ditunjukkan melalui warna hitam

yang terdapat pada terendak tersebut. Warna hijau melambangkan kesuburan dan

kedamaian bagi kehidupan mereka sebagai pesawah padi. Manakala warna merah yang

terdapat pada terendak tersebut melambang kemarahan dan penuh emosi bagi mereka

apabila sawah mereka tidak menjadi atau ditimpa bencana seperti banjir.

Pada terendak juga terdapat motif-motif tertentu yang ditunjukkan. Motif awan larat

berwarna-warni yang menghiasi terendak memberikan kesan tersendiri apabila digunakan.

Pemikiran kreatif murid mula terangsang melalui persoalan-persoalan yang turut

dikemukan oleh guru-guru. Peringkat aktiviti juga turut membantu murid memiliki

kemahiran-kemahiran seperti membentuk, mewarna, menggunting, mencantumkan,

melipat, melakar, melukis dan sebagainya. Selain itu, aktiviti yang dijalankan juga sedikit

sebanyak telah membantu menambahkan keyakinan kepada murid-murid.

8

Page 11: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

Motif-motif Pada Terendak (Awan Larat-Wau)

Motif awan larat hiasan popular pada wau kini dialihkan kepada terendak dan juga terendak

lampu.

Bersandarkan motif yang penuh bergaya itu, seorang pengusaha wau di Baling,

Kedah, Kasmin Abdul Jabar mengilhamkan motif itu dalam rekaan terendak lampu yang

mampu memberikan kesan pada kediaman.

Masih dalam peringkat penyelidikan dan pembangunan, terendak lampu yang

dihiasi motif-motif wau itu dihasilkannya sejak dua tahun lalu, melalui syarikatnya Wau

Baling Bunga Tanjung. Terendak dalah usaha sampingan terhadap kraf tangan wau yang

dihasilkannya.

Lebih menarik kata Kasmin, corak ini adalah corak tempatan jadi secara tidak

langsung menggambarkan identiti tempatan yang kaya dengan bunga hiasan yang menarik.

“Proses menghasilkan corak sama seperti menghasilkan corak pada wau dan ia ditampal

pada kain bagi memberikan daya ketahanan yang lebih berbanding kertas yang mudah

koyak,” katanya.

Melalui motif-motif yang ditunjukkan pada terendak ini, murid-murid dapat

menghasilkan sesuatu yang berfaedah dan memberikan pulangan kepada mereka. Motif dan

9

Page 12: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKANcorak yang lebih kretif amat menuntut krativiti murid untuk menghasilkan sesuatu yang

baru dan dapat diterima oleh seluruh warga masyarakat. Terendak boleh menjadi barangan

kraf tangan yang boleh dikomersialkan dengan harga yang berpatutan.

4.0 Maklumat Sokongan.

Maklumat sokongan ialah penerangan tentang maklumat visual dan sorotan kajian.

Maklumat sokongan ini diperolehi daripada sumber internet dan boleh dilayari sebagai

sumber rujukan.

http://edricong.com/images/Traditional-Melanau-hats.jpg

Contoh terendak suku kaum Melanau di negeri Sarawak. Dibuat dengan begitu

kreatif oleh pembuat terendak dan dihiasai dengan anyaman serta mempunyai warna yang

sangat menarik. Warna-warna yang pelbagai ini boleh dikaitkan dengan ekspresi tertentu

oleh setiap orang yang melihatnya.

10

Page 13: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN

https://suaraanaksarawak.files.wordpress.com/2011/10/terendak1m.jpg

Ternyata pembuat terendak ini begitu kreatif. Mereka peka dengan keadaan semasa

dan menyelitkan nilai-nilai kea rah perpaduan nasional. Penggunaan warnanya sangat

menarik dan menceriakan seseorang yang melihat atau menggunakannya. Motif anyaman

tradisional turut dipamerkan dan ini menambahkan lagi keindahan dan cantiknya terendak

tersebut.

https://suaraanaksarawak.files.wordpress.com/2011/10/terendak1m.jpg

  11

Page 14: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKANSeorang pembuat terendak sedang menyiapkannya kerjanya. Di sinilah pentingnya

daya kreativiti seseorang untuk menggubah agar suatu corak baru dapat dihasilkan. Untuk

menyiapkannya adalah merupakan satu kerja yang teliti agar corak yang menarik dapat

dihasilkan.

http://edricong.com/images/Traditional-Melanau-hats.jpg

Seorang remaja perempuan dari suku kaum Melanau di negeri Sarawak sedang

mengenakan terendak semasa pesta kaul, di Mukah. Walaupun nampak ringkas tetapi jika

diamati sepenuhnya ternyata terendak ini mempunyai nilai seninya yang tersendiri.

https://suaraanaksarawak.files.wordpress.com/2011/10/terendak1m.jpg

12

Page 15: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKANAkhir sekali terendak juga mendapat perhatian daripada para pemimpin negeri

kerana terendak mempunyai nilai seninya yang tersendiri dan sungguh unik. Terendak kini

boleh didapati di mana-mana sahaja kedai cenderamata khasnya di sekitar Bandaraya

Kuching, Sarawak dengan harga yang berpatutan. Sungguh kreatif kerana pembuatnya

mempunyai daya kreativiti yang sungguh tinggi.

5. Penutup.

Sebagai kesimpulannya, amat penting bagi guru-guru melatih murid-murid dengan

kemahiran berfikir secara kreatif bagi menghasilkan sesuatu yang berguna. Ini mengambil

kira pandangan beberapa tokoh seni yang terkenal dan adalah amat penting dilakukan oleh

seseorang guru dalam menyediakan sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran. Melalui

panilaian mereka, para guru dapat melihat aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian

dan diutarakan untuk memperkembangkan kreativiti dan pembangunan modal insan

seseorang individu.

Menurut Mok Soon Sang (2008), perkembangan ialah satu proses berterusan dari

peringkat lahir hinggalah ke peringkat kematangan. Atan Long (1980) pula menyatakan

perkembangan ialah perubahan kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan setelah berlaku

kerana sifat baru yang berlainan daripada peringkat awal. Oleh itu, para guru bukan sekadar

sebagai tenaga pengajar malah lebih kepada seorang pembimbing. Guru yang bersifat

pembimbing pasti boleh melahirkan murid yang mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif

yang penuh dengan nilai-nilai murni dan estetika.

Melalui Lima Tahap Perkembangan Pemikiran Kreatif Fisher (1943), diharap para

guru dapat memahami dan membantu murid-murid mereka cipta sesuatu aktiviti dengan

menggunakan idea masing-masing. Pada kebiasaannya, murid-murid bermula dengan

imaginasi, mengeluarkan idea, meneroka, melaksanakan aktiviti hinggalah mendapat

keputusan daripada proses yang dilakukan. Akhirnya murid tersebut dapat menghasilkan

sesuatu yang indah berdasarkan kreativiti yang dimilikinya.

Aktiviti-aktiviti yang merangsang ke arah pemikiran yang kreatif amat perlu dan

penting untuk diterapkan semasa melaksanakan aktiviti terutama dalam pendidikan seni

13

Page 16: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKANvisual. Murid-murid perlu didedahkan dengan banyak lagi bidang-bidang pendidikan seni

visual kerana melibatkan ruang dan memerlukan kreativiti. Guru-guru pendidikan seni juga

perlu lebih kreatif agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan

bermakna.

2729 patah perkataan

14

Page 17: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKANRUJUKAN

Csikszentmihalyi, M., “Implications of a Systems Perspective for the Study of Creativity” In Sternberg, R. J, (Eds.), 2003. Handbook of Creativity. Cambridge: University Press.

Mohd Azhar Abd Hamid, 2004. Kreativiti : Konsep, Teori dan Praktis. Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Sternberg, R.J. & Lubart, T. I. “The concept of creativity: Prospects and Paradigms” In Sternberg, R. J. (Eds.), 2003. Handbook of Craetivity. Cambridge : University Press.

Syed Ahmad Jamal, 1992. Rupa dan Jiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, 4 April 1997, Gerak Gempur Minda Lahir Pelajar Kritis, Utusan Melayu.

Zakaria Ali, 1989. Seni dan Seniman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber Internet

http://duniasenizulfazli.blogspot.my/2015/09/warna-berperanan-dalam-menjelaskan_13.html dicapai pada 25 Oktober 2015.

https://encryptedtbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT17tEzDnd6wh6z4SAMy121t9usHUrpmin DTc6G3DjwL_TeNXO_dicapai pada 26 Oktober 2015.

http://edricong.com/images/Traditional-Melanau-hats.jpg dicapai pada 25 Oktober 2015.

http://farhahsmart89.blogspot.my/ dicapai pada 25 Oktober 2015.

htmlhttp://pendidikansenivisualsk.blogspot.my/2012/07/guru-dan-sistem-pendidikan-terkini.html dicapai pada 25 Oktober 2015.

http://psv07kdri.blogspot.my/2009 11_01 archive.html dicapai pada 24 Oktober2015.

http://psv3.blogspot.my/p/pengertian-reka-bentuk-dalam-psv.html dicapai pada 25 Oktober 2015.

http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.my/ dicapai pada 25 Oktober 2015.

http://seni-lukis.blogspot.my/2005/05/terendak-lampu-motif-awan-larat.html dicapai pada 25 Oktober 2015.

Page 18: Hbef1403 Seni Dalam Pendidikan

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKANhttp://senivisual1.blogspot.my/2011/03/prinsip-rekaan dicapai pada 25 Oktober 2015.

https://suaraanaksarawak.files.wordpress.com/2011/10/terendak1m.jpg dicapai pada 24 Oktober 2015.

http://www.creative-3d.net/3dlinks/tutorials_Sketchup.cfm dicapai pada 24 Oktober 2015.

https://www.google.com/?gws_rd=ssl#q=kertas+kerja+program+kemahiran+melukis+sekolah+rendah dicapai pada 24 Oktober 2015.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm dicapai pada 25 Oktober 2015.

http://www.oocities.org/zulmz65/senikanakanak1.pdf dicapai pada 24 Oktober 2015.