fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

33
Pengenalan Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20.Fasisme merupakan ideologi yang baru dan tidak bertahan lama dimana mula terkubur setelah tamat Perang Dunia ke 2.Fasisme juga ideology yang tidak sistematik tidak seperti ideology Komunisme,Sosialisme ,dan Liiberalisme.Fasisme berasal dari bahasa latin iaitu fasces yang bererti ikatan.Merujuk kepada pegawai undang-undang zaman rom kuno yang membawa seikat kayu sebagai tanda penghargaan keatas keadilan yang ditegakkan 1 .Ia juga mengambarkan kekuasaan kerajaan Rom kuno dan bermaksud pengabdian, taat setia, pengakuan dan kepatuhan terhadap kepentingan negara yang melebihi segala-galanya .Latin ‘fasces’, artinya kumpulan tangkai yang diikatkan kepada sebuah kapak, yang melambangkan pemerintahan di Romawi kuno.. Fasisme bermula di Itali dan menjadi popular pada tahun 1919 dengan kemunculan Benito Mussolini sebagai seorang ahli politik yang penting. 2 , Antonio Salazar (Portugal) Francisco Franco ( Sepanyol), dan Adolf Hitler ( Jerman) adalah contoh negara yang mengamalkan Fasisme. Namun, sesetengah sarjana 1 Purcell, Hugh.(2000).. People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih), ,: Yogyarkata: Insist Press. Hlm 5 2 Abdul Rashid Moten & Syed Serajul Islam.(2005).. Introduction to Political Science, : Singapore: Thomson, hlm 290

Upload: zakuan-bin-ghazali-zakuan

Post on 01-Jul-2015

378 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

Pengenalan

Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20.Fasisme merupakan ideologi yang

baru dan tidak bertahan lama dimana mula terkubur setelah tamat Perang Dunia ke 2.Fasisme

juga ideology yang tidak sistematik tidak seperti ideology Komunisme,Sosialisme ,dan

Liiberalisme.Fasisme berasal dari bahasa latin iaitu fasces yang bererti ikatan.Merujuk

kepada pegawai undang-undang zaman rom kuno yang membawa seikat kayu sebagai tanda

penghargaan keatas keadilan yang ditegakkan1.Ia juga mengambarkan kekuasaan kerajaan

Rom kuno dan bermaksud pengabdian, taat setia, pengakuan dan kepatuhan terhadap

kepentingan negara yang melebihi segala-galanya .Latin ‘fasces’, artinya kumpulan tangkai

yang diikatkan kepada sebuah kapak, yang melambangkan pemerintahan di Romawi kuno..

Fasisme bermula di Itali dan menjadi popular pada tahun 1919 dengan kemunculan Benito

Mussolini sebagai seorang ahli politik yang penting.2, Antonio Salazar (Portugal) Francisco

Franco ( Sepanyol), dan Adolf Hitler ( Jerman) adalah contoh negara yang mengamalkan

Fasisme. Namun, sesetengah sarjana menganggap Fasisme dan Nazisme adalah dua ideologi

yang berbeza.3

Fasisme berkembang di Eropah akibat beberapa faktor antaranya anti-Bolshevisme

dan perasaan tidak puas hati para nasionalis.4 Fahaman ini adalah reaksi terhadap ideologi

dan arus sosial yang dicetuskan oleh Revolusi Perancis dan industri, liberalisme, demokrasi

berparlimen, persamaan ras, perbandaran, sosialisme dan sikap anti-perang. Fasisme memberi

keutamaan kepada kepentingan negara lebih daripada kepentingan individu. Justeru, negara

menguasai semua aspek kehidupan individu, keluarga ataupun kumpulan-kumpulan.5

1

Purcell, Hugh.(2000).. People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih), ,: Yogyarkata: Insist Press. Hlm 52 Abdul Rashid Moten & Syed Serajul Islam.(2005).. Introduction to Political Science, : Singapore: Thomson, hlm 2903 Ibid. hlm 2904 Cassels, Alan.(1996). Ideology and International Relations in The Modern World, , : London :Routledge hlm 1575 Wan Abdul Rahman Latif.(2001).. Sejarah Perkembangan tamadun dunia., : Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka hlm 414

Page 2: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

Selepas Perang Dunia ke 1 negara Fasisme diperintah oleh golongan-golongan

diktaktor.Pemikiran pemimpin Fasisme yang mengangap peperangan penting dalam

menguatkan Negara lah yang akibatkan tercetusny

Konsep-konsep Fasisme

1.Fasisme mengamalkan prinsip keagungan negara di mana kepentingan negara adalah lebih

diutamakan berbanding kepentingan individu atau kumpulan tertentu. Setiap rakyat harus

bersedia berkorban untuk melaksanakan segala-galanya demi keagungan negara. Ini kerana

Fasisme percaya bahawa apa yang terbaik untuk negara adalah baik untuk individu juga.

Seperti teriakan Pemuda Hitler pada perhimpunan mereka, “ Kamu bukan apa-apa, negaramu

adalah segalanya”.6 Maka segala aktiviti rakyat dikawal oleh negara.

2.Negara Fasisme mengamalkan konsep Sosial Darwin di mana konsep ini menyatakan

bahawa hanya manusia yang kuat sahaja yang akan terus hidup manakala yang lemah akan

mati. Justeru, negara Fasis yang kuat telah menyerang dan menguasai negara yang lemah

dalam menyebarkan pengaruh mereka. Maka, setiap negara Fasisme akan menguatkan

kekuatan ketenteraan mereka untuk tujuan tersebut. Antara slogan Fasisme yang terkenal

adalah “ Ein Reich! Ein Volk! Ein Fuehrer!” ( Satu negara! Satu bangsa! Satu pemimpin!)

yang digunakan sebagai propaganda untuk meluaskan pengaruh Fasisme di Jerman.

3.Selain itu, Fasisme juga percaya bahawa negara yang kuat harus ada kumpulan elit yang

diketuai oleh seorang diktator untuk memerintah. Bagi Fasisme, kekuasaan haruslah dimiliki

oleh sekumpulan kecil sahaja. Ini menyebabkan kuasa hanya tertumpu pada segelintir

6

Purcell, Hugh.(2000).. People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih),: Yogyarkata: Insist Press. hlm 7

Page 3: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

golongan sahaja yang akhirnya mewujudkan diktator. Dalam Mein Kampf, Hitler

menyatakan , “ Dari berjuta-juta orang.....satu orang harus melangkah maju.” Pemimpin

negara Fasis digelar dengan pelbagai nama seperti Fuehrer di Jerman, Duci di Itali dan

Caudillo di Sepanyol. Ketua negara dianggap sebagai hero dan penyelamat malah dipuja

sehingga setiap perintahnya haruslah dipatuhi dan tidak dipersoalkan.

Fasisme mengetengahkan empat idea iaitu :

1. Nasionalisme terhadap negara adalah tinggi.Kepentingan Negara adalah segalanya

2. Adanya hierarki bangsa. Misalnya, bangsa Latin dipandang tinggi di Itali dan di

Jerman menggangap bangsa Aryan yang terbaik

3. Untuk menguatkan lagi keagungan negara dan bangsa Penaklukan ke atas sesebuah

negara lain adalah perlu dan penting.

4. Idea motivasi manusia bukan berdasarkan pemikiran logik tetapi berdasarkan emosi

dan gerak hati.

Ciri-ciri Fasisme

Idea-idea pemikiran Fasisme datang dari pelbagai sumber termasuklah idea sosialis

Darwin yang percaya tentang prinsip berjuang untuk terus hidup dan wujud.7 Idea-idea

Fasisme juga berdasarkan penulisan Schopenhauer (1788-1860), Nietzsche (1844-1900) dan

Hegel. Slogan Fasisme adalah bekerja, berdisiplin, bersatu dan bertindak.8 Umumnya,

Fasisme dikenali sebagai Sosialisme Nasional yang ada unsur-unsur seperti nasionalisme,

permusuhan terhadap orang asing, penyanjungan terhadap negara, mementingkan petani dan

7

Abdul Rashid Moten & Syed Serajul Islam(2000). Introduction to Political Science, , : Singapore :Thomson.hlm 2908 Ibid. hlm 290

Page 4: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

buruh, pendewaan terhadap pemimpin, sikap sosial yang tradisional, sukakan tindakan

ketenteraan, kesediaan mengikut perasaan dan anti-Yahudi.

1. Totalitarian.

Fasisme mempercayai negara yang bebas dan mutlak serta hanya mempunyai satu

parti politik sahaja.Negara ini bebas mengawal segala aspek kehidupan.Parti yang

boleh mengawal semua perkara dalam masyarakat. Mussolini menyatakan, “

Segala-galanya adalah tentang negara, tiada yang berlawanan dengan negara, tiada

apa-apa yang berada di luar negara9.Sebab itulah di Negara-negara Fasisme seperti

Itali dan Jerman hanya mempunyai satu parti iaitu Parti Fasist bawah Mussolini di

Itali dan National Socialist German Workers Party(NAZI)di Jerman.

2. Nasionalisme.

Mengikut Fasisme, bangsa didefinisikan sebagai satu kumpulan manusia yang

bersatu di bawah satu bahasa rasmi, adat, tradisi dan kepercayaan. Negara berkuasa

untuk mengarah masyarakat untuk berkhidmat kepada negara dan menyanjung

simbol-simbol nasional.Mereka amat menyanjung bangsa merekaSeperti sahabat

Mussolini iaitu Gabriele D’Annuzio bahawa “saya merasa bangga saya seorang

latin dan saya mencium kbiadaban dalam bangsa bukan latin.Di Jerman Gobineu

menyakinkan bangsa Jerman bahawa merekalah waris sejati bangsa arian.10

3. Anti-liberal.

Anti-demokrasi dan anti-kerajaan berpelembagaan. Mereka menganggap kewujudan

parti pembangkang adalah tidak perlu malah membahayakan negara. Individu tidak

mempunyai kebebasan liberal dalam kepercayaan, bersuara, berhimpun dan

media.Bagi Fasisme kebebasan bersuara akan lemahkan Negara.

9 Purcell, Hugh(2000). People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih), Yogyarkata :Insist Press..hlm 710 Ibid hlm 12

Page 5: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

4. Ketenteraan dan kekejaman.

Kejayaan dalam peperangan dan kekejaman adalah satu cara untuk memajukan

tahap politik dalam dan luar negara. Perang adalah perlu untuk menguatkan disiplin,

keyakinan diri dan perasaan cintakan negara.Bagi Hagel untuk terus kukuh Negara

perlu bersedia menyerang Negara lain11

5. Kepimpinan.

Pemimpin disanjung sebagai ajaib atau superman.Dimana Gambar-gambar

pemimpin disimpan di setiap rumah dan dipuja. Pemimpin dianggap sebagai

ditakdirkan Tuhan dan yang mempunyai keajaiban dalam memerintah. Di Jerman,

para askar dituntut untuk mengangkat sumpah secara perseorangan kepada Adolf

Hitler.12Kepimpinan adalah secara diktaktor dimana seluruh kekuasan di tangan

mereka.Mussolini antaranya pernah menyatakan bahawa beliau adalah semua jenis

menteri.Bagi mereka Negara yang kuat ialah Negara diktaktor .Bagi mereka

kekeuasaan harus ditangan segelintir individu Dalam Mein Kampf, Hitler

menyatakan , “ Dari berjuta-juta orang.....satu orang harus melangkah maju 13

6.Ekonomi

Dari aspek ekonomi pula bagi Fasisme mempunyai pandangan di mana cooperation

dimana Negara-negara Fasisme akan menubuhkan syarikat dan industri yang besar

dimana di dalamnya terdiri dari ahli kerajaan dan pekerja.Hasil keuntungan industry

dan syarikat akan digunakan untuk bangunkan Negara.Contohnya di Jerman

istilah”Gemeinnutz vor Eigennutz”iaitu barang Negara sebelum barang pribadi yang

bererti ekonomi untuk bangunkan Negara.

11 Ibid1012 Abdul Rashid Moten & Syed Serajul Islam.(2005). Introduction to Political Science, , : Singapore:Thomson hlm 291

13 Purcell, Hugh.(2000). People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih), Yogyarkata :Insist Press.hlm 16

Page 6: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

7.Propaganda

Propaganda adalah alat penting dalam kejayaan pemimpin-peminpin Negara

Fasisme.Pelbagai cara digunakan sebagai Propaganda dalam mengaburi rakyat supaya

mengukuhkan sokongan keatas Negara dan pemimpin melalui akbar,radio dan

sebagainya.Di Itali dan Jerman pelbagai propaganda dijalankan seperti pengunaan

istilah,gambar dan pidato.Mussolini dalam ucapannya menyatakan bahawa”Fasisme

bukan hanya parti,ia adalah rejim,ia bukan hanya rejim tapi kepercayaan,ia bukanlah

hanya sebuah kepercayaan tapi agama.14Jerman pula Hitler menggunakan

symbol”Swastika”iaitu simbol Arian kuno iaitu roda matahari.

Faktor-Faktor kemunculan Fasisme di Eropah

1.kekuatan Nasionalisme

Kemunculan Fasisme di Eropah adalah kesan semangat nasionalisme dalam kalanagan rakyat

Negara itu sendiri.Di Jerman mereka merasakkan bahawa mereka dimalukan oleh kekalahan

mereka dalam Perang Dunia 1 dan terpaksa menandatangani perjanjian Versailles15.Malah

Jerman dipaksa menyerahkan wilayah Silesia kepada Poland dan wilayah Schusvig kepada

Denmark,Jerman turut dipaksa kecilkan bilangan tenteranya kepada 100 000 orang dan

terpaksa mengaku mereka menyebabkan perang.Di Itali rakyat Itali merasa marah dengan apa

yang mereka perolehi setelah Perang Dunia 1,walaupun mereka bergabung dengan tentera

bersekutu namun mereka hanya mendapat sedikit wilayah tidak seperti yang dijanjikan.Itali

14 Purcell, Hugh.(2000). People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih), Yogyarkata: Insist Press.hlm 1515 Ibid hlm 26

Page 7: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

juga kehilangan setengah juta lelaki,satu juta cedera16.Maka timbul lah semangat

Nasionalisme dikedua Negara ini untuk bangkitkan Negara masing-masing.

2.Kegagalan Ekonomi

Benih kedua tumbuhnya ekonomi ialah kegagalan ekonomi.Kegagalan ekonomi disini ialah

keadaan di Jerman dan Itali akibat dari Perang Dunia 1.Antara tahun 1918 hingga 1923 kedua

Negara ini menderita akibat bencana ekonomi17.Itali misalnya menangung hutang berjumlah

yang sangat besar iaitu 95 000 juta pada 1920 dan pada tahun itu kos sara hidup meningkat

kepada 600% dari tahun 1913.Ratusan ribu rakyat itali tiada pekerjaan18.Kemiskinan di

Jerman ialah harga kekalahan untuk membuat pendamaian Versailles Jerman harus

membayar pemuliahan Negara-negara bersekutu sebanyak 56 billion dollar.Pada

1922,Pemerintah Jerman menyatakan tidak dapat membayar oleh itu pemerintah Perancis

memerintahkan tenteranya menyerbu pusat industri arang batu dan besi Jerman di

Ruhr19.Hasilnya Inflasi teruk berlaku di Jerman,pada akhir tahun 1923,wang kertas di Jerman

tidak bernilai.1 Dollar bersamaan 400 000 juta.Harga makanan berlipat ganda 20.Hal ini

mengakibatkan rakyat di Jerman dan Itali menderita lalu menajayakan Fasisme di Itali dan

Jerman.

3.Frustasi akan Demokrasi

Benih ketiga tumbuhnya Fasisme ialah kekecewaan akan demokrasi yang dilihat tidak

mampu mengatasi masalah yang membelengu Negara.Di Jerman dan Itali pemerintah

disalahkan akibat perang.Parlimen di Itali yang asalnya menolak terlibat dalam perang namun

terpaksa akur dengan arahan Kabinet dan Raja mengambarkan kelemahan pungutan suara 16 Ibid hlm 2617 Purcell, Hugh(2000). People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih),: Yogyarkata: Insist Press,.hlm 2718 Ibid hlm 2719 Ibid hlm2820 Ibid hlm28

Page 8: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

dan menimbulkan perasaan sinis rakyat Itali yang mula menyatakan pemungutan suara benar-

benar dibayar atau dipaksa21.Langkah pertama Mussolini dalam menjalankan idea Fasisme

nya ialah kebencian terhadap polisi yang korup22.Di Jerman Persetujuan menandatangani

perjanjian Versailles oleh pemerintah Republik yang baru setelah Kaisar melarikan diri.Ini

menimbulkan kemarahan rakyat Jerman kesan perjanjian Versailles yang memang

melemahkan Negara Jerman dari semua aspek.Memang demokrasi di Jerman dan Itali tidak

mampu bertahan kerana tidak efisien.Terlalu banyak parti yang bertengkar.Di Itali sebagai

contoh dalam 4 tahun seramai 7 orang pemerintah telah bertukar tangan.Jerman pula

walaupun Republik Weimar berakhir tahun 1933,penolakkan parti-parti politik untuk bersatu

menyebabkan pembentukkan kerajaan lambat23.Parlimen Jerman mempunyai nama khas yang

hina iaitu ‘Quasselbude’(dewan bercakap kosong) malah di sekolah kanak-kanak Jerman di

ajar merendah rendahkan Parlimen24.Jadi tidak hairanlah dengan pelbagai kelemahan system

demokrasi yang di amalkan di kedua Negara ini membolehkan Fasisme mendapat tempat di

kedua Negara ini.

4.Ketakutan akan Komunisme

Dalam akhir tahun 1918 muncul satu anggapan bahawa kemungkinan besar demokrasi di

Jerman dan Itali akan diganti dengan Komunisme dan bukan Fasisme25.Peristiwa Revolusi

Russia telah tertubuhnya Bolshevik Lenin yang berteraskan ideologi Komunis.Kemungkinan

fahaman ini akan tersebar ke Jerman dan Itali,pada 1919 di Jerman kempulan Komunis

Spartakis hampir menguasai Berlin dan pada tahun yang sama republic Soviet berdiri di

Munich untuk beberapa minggu.Di Itali pada 1920,Komunis menduduki kilang-kilang di

Turin dan Milan menyatakan”kaum proletar(pekerja)harus di dorong merebut kekuasaan

21 Ibid hlm 2922 Purcell Hugh(2000). People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih),: Yogyarkata: Insist Press,.hlm 29

23 Ibid hlm 3024 Ibid hlm 3025 Ibid hlm 31

Page 9: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

politik daan ekonomi dan menyerahkan segalanya kepada masyarakat petani dan

buruh”.26Hal ini nyata menimbulkan ketakutan dalam kalangan golongan kelas menengah

kerana membayangkan kehilangan kekayaan dan harta benda serta kekuasaan mereka jika

komunis berkuasa27.Bagi berjuta juta rakyat Itali dan Jerman tahun-tahun setelah perang

Dunia 1 adalah tahun penghinaan kepada nasionalisme,kesengsaraan ekonomi,kekecewaan

terhadap demokrasi dan ketakutan terhadap komunisme.Daya tarik Fasisme ialah ia mengajak

kearah sesutau yang baru28.

Perkembangan Fasisme

Jerman

Kenaikan Hitler.

Adolf Hitler telah dilahirkan di sebuah rumah tumpangan "Braunau am" di Austria. Dia

berketurunan Jerman. Ayahnya merupakan seorang pegawai kastam manakala ibunya pula

sangat memanjakannya. Semasa kecil, Hitler menunjukkan bakatnya dalam menyanyi dan

melukis terutamanya seni reka bangunan dengan hanya berpandukan daya ingatannya. Hitler

juga pernah menyertai koir di sebuah gereja katolik disebabkan suaranya yang merdu. Hitler

meminati guru sejarahnya, Dr.Leopold Potsch dan pemimpin Jerman, Bismarck. Kematian

ayahnya pada bulan Januari 1903 telah menyebabkan prestasi pelajarannya semakin merosot.

Hitler sering membuat kacau di sekolah dan melakukan apa sahaja yang disukainya. Pada

usia 18 tahun, Hitler telah mengambil keputusan untuk mendaftar di Vienna Academy of Fine

Arts, namun gagal dalam peperiksaan kemasukannya sebanyak dua kali. Ibunya pula

meninggal dunia pada tahun 1907 disebabkan barah payu dara. Ini menyebabkan Hitler

26 Purcell. Hugh(2000). People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih),: Yogyarkata: Insist Press,hlm 3227 Ibid hlm 3228 Ibid hlm 33

Page 10: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

bertambah sedih yang menyebabkan dia sentiasa termenung, tidak ramah dan mudah

mengikut perasaan.

Semasa berlakunya Perang Dunia 1, Hitler telah menjadi penghantar perutusan dalam

pasukan Infantari Regimen Bavaria ke-16. Beliau terlibat dalam 48 pertempuran dan pernah

tercedera malah pernah terkena gas beracun. Ketika perlucutan senjata 'Armistice'

ditandatangani pada 11 November 1918, Hitler sedang dirawat di hospital. Ketika itu Hitler

memangku jawatan sebagai lans-koperal. Hitler kembali dari medan perang dengan

membawa dua salib besi sebagai tanda keberaniannya. Hitler mengatakan bahawa perang

merupakan pengalaman yang terbaik dari seluruh pengalamannya kerana itu membuktikan

bahawa ‘ kepentingan individu....dapat ditempatkan lebih rendah dari kepentingan umum,

perjuangan hebat, gagah berani dari masyarakat kita’.29

Hitler pernah menjadi seorang pegawai penyiasat tentera di Munich dan terlibat dengan

penyiasatan tentang aktiviti Parti Pekerja German.Di situ Hitler mula terlibat dalam politik

secara tidak langsung. Akhirnya, pada bulan Julai 1921, Hitler telah menjadi pengerusi parti

tersebut disebabkan kebolehan berpidatonya yang hebat. Hitler juga menukar nama Parti

Pekerja German kepada Nationalist Socialist German Workers Party (NSDAP) atau Nazi.

Dari segi ideologi, Nazisme mengutamakan kepentingan negara, keagungan bangsa Jerman

@ Teuton (justeru itu, bersifat anti-Yahudi dan anti-Slav), serta penyatuan rumpun bangsa

Jerman yang berselerak di seluruh Eropah Tengah dan Timur (menghala Soviet Union).30

Logo swastika telah menjadi simbol rasmi Nazi disebabkan semasa kecil Hitler selalu ke

gereja di mana di gereja tersebut mempunyai lambang swastika. Pada bulan November 1923,

Hitler telah melancarkan percubaan rampasan kuasa di Munich tetapi gagal. Akibatnya, dia 29 purcell. Hugh(2000). People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih),: Yogyarkata: Insist Press,Hlm 39

30 Wan Abdul Rahman Latif(2001).. Sejarah Perkembangan tamadun dunia.,: Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 414

Page 11: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

dipenjarakan di Landesburg. Selepas bebas pada tahun 1924 , Hitler telah menjalin hubungan

erat dengan pihak konservatif yang ingin menggunakannya sebagai alat untuk menentang

ancaman komunis.

Sepanjang tahun 1930 hingga 30 Januari 1933, undian parti Nazi telah meningkat yang

menyebabkan Presiden Paul von Heindenburg melantik Hitler sebagai Perdana Menteri atau

'Canselor'. Sokongan kepada Hitler disebabkan oleh banyak perkara termasuklah faktor

kemelesetan ekonomi, penghinaan Perjanjian Versailles, dan keinginan rakyat Jerman untuk

mempunyai seorang pemimpin yang mampu membawa mereka mencapai kegemilangan.

Hitler mempunyai dasar luar yang hebat yang mengagumkan rakyat Jerman dan negara

Eropah yang lain. Dengan mempamerkan kekuatan tentera, Hitler berjaya merampas daerah

Saar, Rhineland, Austria, Sudetenland dan Memel. Dia berazam untuk mendirikan Reich

Ketiga atau 'Persekutuan Ketiga' iaitu kelangsungan daripada Reich Pertama Empayar Rom

Suci (962-1806) dan Reich Kedua (1817-1918). Pada 29 September 1938 di Fuhrerhaus,

Munich, Jerman, satu ketetapan telah dibuat untuk memansuhkan Perjanjian Versailles yang

dihadiri oleh Neville Chamberlain (Britain), Premier Edouard Daladier (Perancis) Benito

Mussolini (Itali) dan Hitler sendiri. Dalam perhubungan antara Jerman dan Rusia, Hitler

menulis dalam Mein Kampf, “ kita berurusan tentang perkara yang paling penting tentang

hubungan luar Jerman“.31

Hitler juga telah membentuk dasar anti-yahudi, anti-demokrasi dan kepercayaan kepada

kuasa mutlak. Dia memberi keistimewaan kepada para penyokongnya, mengancam mereka

yang menentangnya dan menyebarkan propaganda bersifat patriotik kepada orang awam.

Hitler juga telah menubuhkan pasukan polis negara iaitu SA (Sturmabteilungen) di mana

anggota SA yang terbaik akan dipilih untuk menjadi pegawai peribadi Hitler iaitu SS

31 Cassels, Alan.(1996). Ideology and International Relations in The Modern World, ,: London & New York.:Routledge hlm161.

Page 12: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

(Schutzstaffel). Pada tahun 1933, Jerman telah diperintah oleh satu parti sahaja iaitu parti

Nazi di mana parti-parti lain telah diharamkan. Nazisme telah muncul di Jerman pada lewat

tahun 1920-an tetapi kemudiannya menjadi ideologi negara Jerman setelah Hitler menguasai

Jerman pada tahun 1933. 32Kematian Presiden Heindenburg pada bulan Ogos 1934 telah

membolehkan Hitler berkuasa mutlak di Jerman. Pada malam yang dikenali sebagai "The

Night of the Long Knives"  Hitler telah membunuh kesemua penentangnya dalam parti Nazi

seperti Ernst Rohm iaitu ketua SA, tokoh bukan Nazi seperti Jeneral von Scheiler dan Erich

Klausener bagi memastikan kekuasaannya tidak digugat. Akhirnya, Hitler menjadi seorang

diktator kejam yang ditakuti oleh seluruh masyarakat Eropah ketika itu.

Sistem Ekonomi

Keadaan ekonomi Jerman yang musnah teruk akibat inflasi pada tahun 1929-1934 serta kadar

pengangguran yang tinggi sehingga 7,000,000 orang telah menyebabkan perindustrian di

Jerman gagal. Hitler mengambil langkah menyalahkan Komunis dan Yahudi di atas

kelembapan ekonomi ini dan berjaya meraih sokongan tentera dengan membangunkan

industri persenjataan Jerman. Selain itu, pemerintahan secara diktator membolehkan Hitler

membuat dan meluluskan sesuatu keputusan atau dasar dengan cepat dan efektif tanpa

melalui banyak pihak. Pada masa ini, kerajaan lebih mengutamakan kepentingan umum

berbanding dengan kepentingan peribadi.

Keseluruhannya, organisasi ekonomi di bawah National Socialism lebih bersifat fleksibel

dan pelbagai walaupun ia lebih totalitarian berbanding pada zaman Perang Dunia Pertama. 33

Jerman mengamalkan konsep ‘corporate state’ di mana setiap industri dipimpin oleh wakil

32 . Wan Abdul Rahman Latif(2001).. Sejarah Perkembangan tamadun dunia.,: Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka Pages 414

33 Munk, Frank. The Legacy of Nazism, The Ferris Printing Company, 1943 : New York. hlm 151

Page 13: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

daripada pemilik, wakil pekerja dan 3 orang anggota wakil kerajaan. Hal ini mewujudkan

jalan ketiga yang berlainan daripada sistem ekonomi yang diamalkan oleh kapitalis dan

sosialis. Hitler berjaya menyelesaikan masalah pengangguran dengan melancarkan pelbagai

projek pembangunan. Hitler telah mewujudkan Jabatan Buruh Negara Jerman 'German

Labour Corps' dan memaksa musuh-musuh politiknya iaitu orang Yahudi dan Komunis untuk

bekerja keras di kem-kem tahanan. Terdapat tiga kebaikkan ekonomi di bawah Nazi

berbanding zaman sebelumnya iaitu pekerja tidak lagi menganggur, daerah-daerah miskin

telah dibangunkan dan jurang antara golongan kaya dan miskin semakin mengecil. Kerajaan

telah berjaya membina lebuhraya sepanjang 1,500 batu, membangunkan projek kereta murah

untuk rakyat yang digelar volkswagen, meningkatkan kemudahan pekerja dan melancarkan

pembangunan bandar Jerman yang hebat. Dengan pencapaian hebatnya, Hitler telah berjaya

menaikkan semangat rakyat Jerman serta mendapat sokongan penuh dari mereka. Keajaiban

ekonomi yang dilakukan oleh Hitler adalah pencapaiannya yang paling popular tetapi bukan

ini sahaja kejayaannya.34

Hitler pada awalnya mendapat sokongan daripada kapitalis Jerman. Mereka merasakan

bahawa sokongan kepada Hitler akan membolehkan perniagaan mereka dimajukan. Namun,

sokongan ini hilang apabila kerajaan mulai merampas perusahaan tertentu, mengenakan cukai

modal ke atas perusahaan dan keuntungan dikawal ketat oleh kerajaan. Malah, kesemua harta

benda Yahudi telah dirampas dan dimiliknegarakan disebabkan sentimen anti-Yahudi yang

kuat di Jerman. Pada tahun 1938, dianggarkan sebanyak 80% daripada semua bangunan dan

50% dari permintaan industri di Jerman datangnya daripada pihak kerajaan. syarikat-syarikat

buruh dihapuskan dan kegiatan mogok adalah satu jenayah Kebebasan buruh juga telah

dikawal di mana kebebasan bersuara dilarang,. Setiap buruh juga diwajibkan berkerja jika

34 Haffner, Sebastian.(1979). The Meaning Of Hitler (translated by Osers, Ewald), London: Weidenfeld and Nicolson hlm 129.

Page 14: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

tidak mahu diseksa dan dibunuh, malah ketidakhadiran di tempat kerja boleh menyebabkan

buruh didenda oleh kerajaan.

Apabila Jerman menguasai Austria dan Sudeten, negara tersebut terpaksa

menampung pertambahan penduduk seramai 10,500,000 orang. Kekurangan makanan dan

duit menyebabkan pihak Nazi terpaksa merampas tanah ladang dan melaksanakan dasar

pertanian kongsi yang menyerupai dasar pertanian Parti Komunis Rusia. Pada akhir tahun

1938, sistem ekonomi Jerman yang berasaskan sistem barter, kawalan pertukaran asing dan

berdikari sepenuhnya telah menemui kegagalan. Taraf hidup masyarakat semakin rendah.

Oleh itu, Hitler telah mengalihkan perhatian masyarakat Jerman dengan menyerang musuh-

musuh politiknya. Dalam masa 5 tahun, Hitler telah berjaya menjadikan Jerman sebagai salah

satu negara kuasa besar ketenteraan. Hitler membina pelbagai senjata moden seperti kereta

kebal, kapal selam, merancang konsep serangan kilat (blitzkrieg), dan mengadakan pakatan

ketenteraan dengan Jepun dan Itali.

Kehidupan sosial

Keseluruhannya, kehidupan sosial di Jerman dikawal oleh kerajaan di mana kerajaan yang

menentukan setiap peranan anggota masyarakatnya. Misalnya, golongan wanita Jerman telah

diberikan tugas khas untuk melahirkan golongan kanak-kanak yang sihat dan sempurna serta

membesarkannya demi kelangsungan negara. Slogan “ Kinder, Kirche, Kueche” iaitu “ Anak-

anak, Gereja, dan Dapur” adalah berkaitan dengan wanita. Wanita yang dianggap sempurna

sebagai bangsa Arya akan dikumpulkan di suatu petempatan demi melahirkan bangsa Arya

yang sempurna. Wanita yang berkahwin dan bujang yang berumur melebihi 35 tahun

diwajibkan untuk melahirkan empat orang anak dengan lelaki Jerman. Bayi yang cacat,

golongan kurang upaya, dan orang tua yang tidak berguna akan dibunuh oleh Nazi kerana

Nazi berpendapat bahawa golongan ini hanya akan menyusahkan kerajaan.Nazi menganggap

Page 15: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

golongan remaja lelaki adalah tonggak utama kepada keagungan negara. Mereka

menganggap golongan ini adalah penerus kepada kegemilangan negara. Hitler tidak

menyediakan golongan ini pendidikan yang boleh menyebabkan mereka berfikir kerana takut

akan berlaku penentangan sebaliknya lebih menumpukan pendidikan yang bersifat

ketenteraan. Para remaja telah diajar sejak kecil bermula dari umur 6 tahun tentang cara-cara

untuk menggunakan alatan peperangan seperti latihan menembak, melempar bom, berkawad

cara fasis malah dilatih berperang gaya militer. Golongan ini diterapkan dengan disiplin yang

ketat bagi melahirkan satu golongan tentera yang kuat, berani dan berkeyakinan.

Pendidikan di Jerman telah diNazikan dengan karya Hitler, Mein Kampf telah

dijadikan sumber rujukan utama di sekolah. Para guru diwajibkan untuk taat setia dan patuh

kepada Hitler. Sejarah, kesusasteraan dan ilmu pengetahuan yang lain telah diajar dengan

ketepatan ilmunya diubah-ubah untuk memperlihatkan keagungan bangsa Arya dan negara

Jerman. Bangsa Yahudi telah dilarang mengajar malah karya-karya tokoh Yahudi seperti

Freud, Einsten dan Marx telah dibakar. Pendidikan di kalangan wanita dianggap tidak penting

sehingga kadar kemasukan golongan wanita ke universiti pada tahun 1931-1937 jatuh

sebanyak 50 %. Pendidikan juga menerapkan bahawa kesetiaan kepada keluarga adalah salah

jika hal itu bertentangan dengan kehendak negara.

Media dikawal sepenuhnya oleh pihak Nazi. Dr. Goebbels, Menteri Penerangan &

Propaganda Masyarakat adalah menteri yang bertanggungjawab dalam menyebarkan

propaganda Nazisme. Surat khabar telah disunting terlebih dahulu oleh kerajaan dan radio

pula dikawal oleh Reich Broadcasting Corporation yang dimiliki oleh kerajaan disamping

mengharamkan siaran radio luar. Ini bagi membolehkan Hitler kukuhkan kekuasaan beliau di

Jerman.

Page 16: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

Hitler adalah seorang anti-Yahudi(anti-semite) yang ekstrem dengan

menganggap Yahudi adalah bangsa yang hina dan lebih rendah tarafnya berbanding dengan

bangsa Arya. Dia mengutuk Yahudi sebagai kapitalis yang ‘parasit’ dan penyebab

tercetusnya Bolshevisme walaupun bersifat kosmopolitan dan liberal, berperikemanusian dan

intelek.35 Sepanjang Nazi berkuasa, hak-hak Yahudi sebagai warganegara telah ditarik malah

terdapat papan-papan tanda yang melarang kemasukan Yahudi di sesebuah kawasan seperti

di kedai-kedai dan bandar. Sehinggalah musim sejuk pada tahun 1942, Nazi telah

mengumumkan bahawa kesemua orang Yahudi di Eropah akan dihapuskan dengan sempurna

dan muktamad.36 Orang Yahudi telah dibunuh dan diseksa dengan pelbagai jenis penyeksaan

seperti penggunaan gas beracun, suntikan vaksin tertentu dan lain-lain di kem-kem tahanan.

Dianggarkan sebanyak enam juta orang Yahudi telah dibunuh semasa Hitler berkuasa. Lebih

kurang separuh daripada orang yang diklasifikasikan sebagai ‘bukan Arya’ telah melarikan

diri daripada Jerman yang Agung.37

ITALI

Naiknya Mussolini

Benito Mussolini dilahirkan pada 29 julai 1883,ayahnya seorang tukang besi yang

miskin.Ayahnya menanamkan 3 minat utama kepada Mussolini iaitu revolusioner,minum dan

wanita.Mussolini asalnya yang dipanggil condottiere iaitu lelaki yang ghairah dan berminat

terhadap idea-idea baru.Pada tahun 1912 beliau menjadi editor kepada Parti Sosialis

Avanti38.Mussolini menubuhkan Fasci dan dalam perjumpaan anggota Fasci di Milan dalam

rancangan menjadikan Itali sebagai yang terhebat dalam ucapannya Mussolini berkata“oleh

kerana itu kita menubuhkan fasci organisasi yang mampu turun ke jalan dan berteriak,kita 35 Cassels, Alan.(1996). Ideology and International Relations in The Modern World, , : London & New York. Routledge, Pages 161.36 Munk, Frank.(1943). The Legacy of Nazism, ,: New York: The Ferris Printing Company, Pages 151 37 Ibid. Pages 151

38 purcell. Hugh(2000). People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih),: Yogyarkata: Insist Press,hlm 34

Page 17: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

sendiri memiliki hak untuk berjaya kerana kita manusia yang memaksa negara dalam perang

dan kemenangan“39.Mussolini cuba mendapatkan pengaruh melalui demonstrasi

jalanan.Seragam fasis adalah berwarna hitam(simbol fasis rom kuno),oktober 1919 terdapat

lebih 150 kelompok fasci diseluruh Itali terdapat 45 000 anggota fasci yang militer

bersenjata40.Pada 1922 Mussolini merasakkan cukup kuat dan memerintahkan tenteranya

berbaris di Rom.Mussolini mendirikan kekuatannya beransur-ansur beliau menjanjikan Itali

yang dinamik yang akan meruntuhkan kerajaan lama Itali.Pada 10 jun Fasisme membunuh

Giocomo Matteoti seorang sosialis MP yang popular,Mussolini menunjukkan bahawa beliau

tidak telibat.Setelah beliau menjadi pemimpin beliau menyita surat khabar yang tidak

menyokongnya pada 192541.Mussolini mula mengharamkan parti-parti politik lain di

Itali.Mussolini menjadi pemimpin Itali yang berkuasa segala dasar ditetapkan dalam pastikan

beliau terus berkuasa.

Ekonomi

Ekonomi di Itali semasa era Mussolini di bawah Fasisme berasaskan cooperation(kooperasi)

Syarikat dan kilan-kilang dimana Mussolini menubuhkan perusahaan-perusahaan yang terdiri

daripada ahli kerajaan dan wakil buruh.Mussolini berkuasa keputusan industri yang

penting.Bagi Mussolini sistem ini bertujuan mewujudkan lembaga yang berisiplin,bekerja

secara harmonis,masyarakat fasis yang bersatu dibawah panji-panji bahawa bekerja adalah

tuags sosial.42.

Sosial

Di bawah fasisme itali aktiviti social dikawal oleh kerajaan,seperti mana di Itali tugas wanita

ialah untuk melahirkan anak-anak yang sihat yang berjuang bangunkan Itali.Anak-anak lelaki

dan pemuda akan disemai dengan pendidkan berteraskan Fasisme,sukatan pelajaran di

39 purcell. Hugh(2000). People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih),: Yogyarkata: Insist Press,hlm 3940 Ibid Hlm4041 Ibid hlm 5542 Ibid hlm 63

Page 18: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

sekolah berasaskan Fasisme,malah buku-buku teks yang di ajar adalah untuk melahirkan

minda fasisme antara buku teks wajib ialah Libro Unico yang menceritakan mengenai

kehebatan Mussolini yang disukai Tuhan.Jika kamu berumur 5-18 tahun akan dimasukan

Gerakkan Pemuda Balilla.Gambar gambar yang digantung dalam kelas ialah gambar jesus

dan gambar Duce(Mussolini).43

Seperti mana di Jerman di itali kegiatan anti semitik berlangsung

hebat ,Mussolini pada 1938 membuat undang2 dimana perkahwinan antara bangsa Itali dan

Yahudi di larang.Orang-orang Yahudi dibuang dalam perusahaan,pekerjaan dan dianggap

kambing hitam.Di Italia satu organisasi rahsia dikenali OVRA(Organisasi kewaspadaan dan

penindasan anti fasisme)diamana bertujuan memantau rakyat yang menghina fasisme.Mereka

yang ditangkap akan dibawa ke muka pengadilan44.Segala bahan bacaan yang dibaca rakyat

itali akan dikawal oleh Menteri Budaya Umum.

Keruntuhan Fasisme

Jerman

Di Jerman Fasisme runtuh dan terkkubur setelah Perang Dunia 2.Perang Dunia 2 yang

berlaku akibat serangan Hitler ke atas Poland telah menyebabkan tercetusnya Perang Dunia

Kedua. Sikap agresif Hitler dalam meluaskan tanah jajahannya telah memusnahkan

kariernya. Selepas berkuasa penuh, Hitler telah mencabuli Perjanjian Versailles dengan

membangunkan industri senjata dan melancarkan misi ketenteraan. Jerman telah menyerang

Czechoslovokia (1938), dan Poland (1939). Hitler berjaya ‘menyerapkan’ bangsa Jerman dari

Austria dan Czechoslovakia ke dalam negara Jerman tanpa dibantah oleh Perancis ataupun

43 purcell. Hugh(2000). People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih),: Yogyarkata: Insist Press,hlm 7444 Ibid hlm 76

Page 19: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

Britain.45 Selepas itu, satu persatu negara-negara Eropah ditakluki Jerman seperti Sweden,

Norway, Denmark dan Perancis. Menjelang tahun 1940, hanya tinggal Rusia, Sepanyol dan

beberapa buah negara kecil Eropah yang belum ditakluki oleh Jerman. Hitler juga telah

mencantumkan Jerman dengan Austria pada tahun 1938 yang dilarang dalam Perjanjian

Versailles. Jerman juga telah keluar dari Liga Bangsa-bangsa pada tahun 1933 dan

menghalau tentera Liga dari Saarland dan Rhineland.

Namun, dengan tentangan yang diberikan oleh kuasa Berikat pada Perang Dunia Kedua

disamping jatuhnya sekutunya Benito Mussolini di Itali telah menyebabkan Jerman mula

berada di ambang kekalahan pada tahun 1944. Pada 30 April 1945, Hitler telah menembak

dirinya sendiri serta perempuan simpanannya yang dikahwininya iaitu Eve di Berlin.

Mayatnya dibakar untuk mengelak dari jatuh ke tangan musuh. Akhirnya, pada 7 Mei 1945,

Jerman mengaku kalah. Kekuasaan Fasisme di Jerman berakhir setelah 12 tahun 3 bulan

berkuasa. Abad diktator berakhir dan dengan kematian mereka Fasisme berakhir juga.46

Itali

Kejatuhan Fasisme di Itali runtuh bersama dengan jatuhnya Mussolini,Pada 24 julai 1943

Mussolini yang sakit mula hilang kekuasaannya.9 Julai 1943 tentera bersekutu memasuki

Itali melalui Silesia.Di saat ini kebanyakkan penyokong kuatnya mula berpaling dan tidak

lagi menyokong beliau.Dino Grandi menuduh Mussolini mengkhianati Fasisme dengan

kepentingan pribadinya.Ketika Raja Victor Emmanuel ke 3 menangkap Mussolini dan

membubarkan fasist.Pada 28 April 1945 Mussolini dan kekasihnya Clara Pattaci dibunuh dan

mayat mereka digantung depan khalayk ramai di Milan.Maka berakhirlah Fasisme di Itali.

45 Wan Abdul Rahman Latif.(2001). Sejarah Perkembangan tamadun dunia.: Kuala Lumpur.:Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 41546 purcell. Hugh(2000). People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih),: Yogyarkata: Insist Press,hlm 119

Page 20: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

Kesimpulannya

Kemunculan Fasisme di Eropah yang lebih menonjol di Jerman dan Itali,Fasisme

ialah satu kemunculan ideologi yang berlaku akibat keadaan dan kekalutan yang muncul

setelah perang Dunia 1.Di itali dan Jerman Fasisme dilihat idelogi yang mampu bangunkan

negara mereka kembali dan hal ini membolehkan Fasisme berkembang di kedua negara ini.Di

Jerman Adolf Hitler telah mengambil kesempatan ini dalam mengukuhkan kuasanya dan

seterusnya menyebarkan pengaruhnya ke seluruh Eropah.Begitu juga di Itali Mussolini

menggunakkan keadaan setelah Perang Dunia 1 untuk kukuhkan kekuasaanya di

Itali.Kejayaan yang diperlihatkan dalam perkembangan Fasisme di kedua negara ini berakhir

setelah Perang Dunia 2.Kekalahan Jerman dan Itali kalah di tangan kuasa Berikat dalam

Perang Dunia Kedua telah menyebabkan pemerintahan Fasisme berakhir.Namun ralitinya

walaupun kerajaan Fasisme sudah tiada lagi di dunia setelah Perang Dunia 2,namun ciri-ciri

pemikiran faisisme sebenarnya masih wujud dalam banyak kalangan pemimpin negara yang

berselindungkan dengan fahaman Demokrasi.

Bibliografi

1. Purcell, Hugh.(2000). People and Politics Fascism (terjemahan Mansour Fakih)

Yogyarkata: Insist Press

2. Trotsky, Leon.(1975). The Struggle Against Fascism in Germany . USA: Penguin Books

3. Haffner, Sebastian.(1979). The Meaning of Hitler (translated by Osers, Ewald), , :

London:Weidenfeldand and Nicolson

4. Munk, Frank.(2002). The Legacy Of Nazism, New York: Ferris Printing Company

Page 21: Fasisme ialah ideologi yang muncul di akhir abad ke 20

5. Abdul Rashid Moten dan Syed Serajul.(2005). Introduction to Political

Science.Singapore. :Thomson

6. Cassels, Alan.1996. Ideology and International Relations in The Modern World, London &

New York:Routledge, :

7. David F. Crew.1994. Nazism and German Society, 1933-1945, London: Routledge,

8. http://w3.spancity.com/yosri/TokohAdolfHitler.htm

9. http://www.harunyahya.com/indo/buku/fasisme.htm

10.FC Barlett.2002.Political Propaganda. London: Routladge:

11. Wan Abdul Rahman Latif.2002. Sejarah Perkembangan tamadun dunia., Kuala

Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka