faktor baka

Upload: tracy-wong

Post on 03-Apr-2018

308 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Faktor Baka

    1/2

    FAKTOR BAKA

    Dari perspektif agama islam, keturunan memainkan faktor yang besar dalamkehidupan. Ini dapat dilihat dalam saranan agama Islam tentang ciri-ciri jika ingin

    memilih pasangan, bukankah salah satunya Islam menyuruh kita melihat

    keturunannya? Jelas disini faktor baka telah digariskan dalam peringkat awal

    perkembang individu yang bakal dilahirkan dalam keluarga Islam.

    Tingkah Laku Genetik: Asas Biologi Bagi Perbezaan Antara Individu . Secaraumumnya, tingkah laku manusia adalah berkait rapat dengan pengaruh baka iaitu

    kesan atau ciri-ciri genetik yang diwarisi secara keturunan. Demikian adalah terbukti

    benar apabila segala bentuk atau permasalahan dalam aspek tingkah laku manusia

    telah banyak membuktikan tentang perwarisan emosi secara genetik. (Mohd Fazli

    Abu Bakar; Perkembangan Emosi Warisan dan Persekitaran)

    Gen atau kromosom bukan sekadar sel yang membentuk seorang manusia secararingkas sahaja. Tetapi ia turut membawa maklumat mengenai baka yang terkandung

    untuk membentuk seorang manusia yang lebih kompleks berdasarkan induknya.

    Generasi baru tersebut akan mewarisi hasil gabungan daripada ciri-ciri fizikal ibu

    atau bapa dan turut mewarisi bakat, ciri-ciri dan corak tingkah laku tertentu

    daripada keduanya. (Mohd Fazli Abu Bakar; Perkembangan Emosi Warisan dan

    Persekitaran)

    Faktor baka mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Semua unsur berikutmempengaruhi sahsiah: Saiz badan: Saiz badan menentukan sama ada individu

    sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktivitimeningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu

    itu diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya. Harga

    diri yang meningkat membentuk sahsiah sihat. Penyakit: Individu ada kemungkinan

    mewarisi penyakit, seperti lelah dan kencing manis melalui baka. Kanak-kanak yang

    kurang bertenaga dan kerap sakit sukar menyertai aktiviti sosial dan menyebabkan

    perkembangan sosialnya terganggu. Hubungan dengan rakan-rakan menjadi

    berkurangan. Dia merasa sedih dan sunyi. Proses mengembangkan sahsiahnya

    menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas. Kecerdasan:

    Bagi individu yang berlainan, tahap kecerdasan yang diwarisi adalah berbeza dan hal

    ini adalah suatu kenyataan. Kecerdasan digunakan bagi membantu individu

    menyelesaikan masalah harian dan masalah akademik. Kemampuan menjawab

    soalan dalam peperiksaan dan di dalam bilik darjah membentuk sahsiah yang

    meyakinkan. Sebaliknya, bagi individu kurang cerdas, agak sukar menyelesaikan

    tugasan akademik dan sering mendapat keputusan kurang baik dalam peperiksaan.

    Hal ini menjadikan individu itu menarik diri daripada rakan-rakannya dan menjadi

    pemalu. Temperamen (Sifat semula jadi: Temperamen individu dapat

    mempengaruhi interaksinya dengan individu lain. Individu yang stabil emosinya

    serta dapat mengawal rasa kecewanya, menyenangkan orang lain menghampiri dan

    bergaul dengannya. Sebaliknya, individu pemarah, kurang sabar dan gemar

  • 7/28/2019 Faktor Baka

    2/2

    mengkritik orang lain biasanya dijauhi oleh orang lain.(Petikan Bab 23, bukumenjadi Belia Cemerlang)

    Pengaruh baka dalam sel gamet didapati memainkan peranan penting sebagaipenentu ciri-ciri anaknya. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat

    dilihat berdasarkan perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan

    emosi.(http://khairi25.wordpress.com/2009/07/20/faktor-faktor-perkembangan-

    dan-pertumbuhan-individu/)