Transcript

Nama pemohon XXAlamat pemohon xxxx

Y.Bhg.Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Bin HashimRegistration & Examination UnitUniversiti Teknologi Petronas Bandar Seri Iskandar 31750 Tronoh Perak 29 NOVEMBER 2014Tuan , Rayuan meneruskan pengajian di UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONASSeperti perkara di atas, saya xxxx bin xxxxx (12345) merayu untuk meneruskan pengajian dalam jurusan kejuruteraan petroleum bagi sesi pengajian Januari 2015. 2.Hal ini demikian kerana, saya kini berada di tahun akhir dalam bidang kejuruteraan petroleum dan sepanjang pengajian di UTP saya mampu mencapai pointer di atas 2.0 seperti yang ditetapkan pleh pihak universiti. 3.Namun, disebabkan masalah kewangan yang saya hadapi pada semester lepas menyebabkan saya gagal menjelaskan yuran pengajian yang tertunggak. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang agak menekan menyebabkan saya hilang tumpuan dan mengganggu kesihatan mental dan fizikal saya yang akhirnya menyebabkan keputusan akademik saya merosot teruk . Buat pengetahuan pihak tuan, saya telah mendapat rawatan di Hospital Kesihatan Batu Gajah dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh pada 10 April 2014.4.Di sini saya lampirkan rekod kesihatan saya sebagai bukti masalah kesihatan yang saya alami pada semester lepas. Saya juga lampirkan study plan bagi tahun akhir sekiranya saya dapat meneruskan pengajian di universiti ini . 5.Sekiranya saya diberi peluang untuk meneruskan kembali pengajian, saya berjanji akan berusaha semaksimum mungkin untuk memperbaiki keputusan akademik bagi tahun akhir ini. Ditambah dengan adanya sokongan keluarga, pensyarah dan staff UTP, ianya sangat memotivasikan saya untuk mencapai keputusan cemerlang.Segala jasa baik tuan, saya dahulukan dengan jutaan terima kasih dan saya sangat mengharapkan maklum balas yang positif dari pihak tuan yang bakal menentukan masa depan saya.Sekian , terima kasih.

Yang Benar ,

Nama pemohon


Top Related