Download - masalah pendengaran dan masalah penglihatan
KAW 1043
PENGESANAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
CACAT PENGLIHATAN DAN CACAT PENDENGARAN
(VISUAL DISORDER AND HEARING DISORDER)
NAMA AHLI KUMPULAN : NORYUSMANIA BT JUNAIDI (E 20101000826)
NUR NADIRAH BT MAHAMAT (E 20101000829)
SIM MING CHING (E 20101000840)
KATTY LING SING HUI (E 20101000907)
NUR AMALINA BT MOHD FADZIL (E 2010100909)
PROGRAM : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK.
SEMESTER : SEMESTER 3 2011/2012
KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN B
NAMA PENSYARAH : DR. KANNAMAH A/P MOTTAN
TARIKH SERAHAN : 28 OGOS 2011
1
ISI KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Pengenalan Cacat Penglihatan
2 Ciri-ciri Kanak-kanak Cacat Penglihatan
3 Tahap Perkembanagn Kanak-kanak Cacat Penglihatan
4 Punca Cacat Penglihatan
5 Jenis-jenis Cacat Penglihatan
6 Tahap Cacat Penglihatan
7 Masalah Penglihatan Yang Lain
Katarak
Glaukoma
Degenerasi Makular
Ocular Motility
Strabismus
Amblyopia
Nistagmus
8 Ujian Pengesanan Cacat Penglihatan
9 Alat Bantu bagi Kanak-kanak Cacat Penglihatan
10 Pengenalan Cacat Pendengaran
11 Ciri-ciri Kanak-kanak Cacat Pendengaran
12 Tahap Perkembangan Kanak-kanak Cacat Pendengaran
13 Punca Cacat Pendengaran
14 Tahap Pendengaran
15 Jenis Kehilangan Pendengaran
16 Ujian Pengesanan Cacat Pendengaran
17 Kaedah Komunikasi Bagi Kanak-kanak Cacat Pendengaran
18 Alat Bantu bagi Kanak-kanak Cacat Pendengaran
19 Rujukan
20 Lampiran
2
CACAT PENGLIHATAN (VISUAL DISORDER)
1.0 PENGENALAN CACAT PENGLIHATAN
Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam
Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti tidak dapat melihat
langsung dan kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan
Ujian Snellen.
Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus. Dari segi pendidikan,
bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana
masalah penglihatan. Selain itu, murid-murid di program ini mengikuti pelajaran yang
sama seperti diikuti oleh murid normal tetapi mempunyai kaedah yang berbeza di mana
murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz
tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan
Braille. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah
biasa (bagi program integrasi).
Kanak-kanak memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran
yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka disekolah amat berharga
yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan terhadap
keupayaan mereka.
3
2.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN
Yang pertama adalah kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta di
papan kapur dan sering membawa buku dekat matanya untuk membaca. Selain itu,
kanak-kanak juga sering mengesat matanya. Matanya juga amat sensitif terhadap
cahaya. Kebanyakannya mempunyai mata juling dan mempunyai mata yang tidak boleh
memfokus.
Kanak-kanak yang menghidapi penyakit ini sering mengelak dari cahaya
terang dan mengerdip atau menggosok mata. Mereka juga sering terjatuh dan terlanggar
objek kecil dan mengadu sakit kepala, pening atau loya selepas membuat kerja yang
perlu penumpuan. Tidak dapat mencari dan mengambil objek kecil yang terjatuh. Jika
mereka separa buta, mereka mungkin dapat melihat bayang, warna atau gambar yang
besar. Sebagai contoh, memegang buku atau objek dekat dengan muka. Biasanya sukar
atau tidak dapat melakukan tugasan seperti membaca atau menulis tanpa menggunakan
alat bantuan khas.
Gangguan penglihatan berlaku apabila penglihatan seseorang individu tidak
dapat dibantu untuk mencapai tahap penglihatan normal. Gangguan penglihatan ini
boleh disebabkan penyakit yang dialami, trauma serta masalah kongenital atau
keturunan. Kanak-kanak ini juga sering menundukkan kepala ke tepi atau ke depan dan
kerap berkerut atau mengecilkan mata serta matanya juga akan kelihatan kemerah-
merahan. Dan yang terakhir sekali, kerap menulis perkataan-perkataan dengan ejaan
lama.
4
3.0 TAHAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN
Berikut adalah carta perkembangan kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
mengikut peringkat umur dan pencapaiannya:
Aspek
Perkembangan
Umur Pencapaian
Sosial dan
Emosi
0 - 3 bulan Mengenali dan mengecam suara ibu bapa dan pengasuh.
Boleh ditenangkan dengan suara atau pun dengan
sentuhan.
Tersenyum apabila di agah atau kita bermain
bersamanya.
4 - 6 bulan Mula menunjukkan suka akan perhatian. Sebagai contoh
menangis apabila ditinggalkan dan tidak dituruti
permintaannya.
7 - 9 bulan Membezakan antara yang biasa & orang yang tidak
dikenali
Menunjukkan "kebimbangan terhadap orang asing"
Menunjukkan takut perpisahan
10 - 12
bulan
Menggunakan gerak isyarat
Menangis apabila ibu bapa atau pengasuh
meninggalkannya
Mula menikmati permainan sosial seperti main Pee-ke-
boo
1 - 2 tahun Meniru ibu bapa atau pengasuhnya
Dimainkan bersama-sama kanak-kanak lain
Minta bantuan orang lain apabila memerlukan bantuan
2 - 3 tahun Suka dipuji selepas melakukan tugas mudah
Sedar dan mengetahui perasaan orang
4 - 5 tahun Bermain dengan kanak-kanak lain
Memahami kaedah-kaedah meluahkan pelbagai bentuk
perasaan
Kemahiran
Motor Halus
0 - 3 bulan Bermain dengan tangan
Menggunakan tangan untuk melakukan sesuatu
5
Mampu memegang objek tengan tangan tanpa
menjatuhkannya.
Bermain dengan mainan yang mengeluarkan bunyi
4 - 6 bulan Mencapai objek dalam hubungan dengan badan dengan 1
tangan
Meletakkan objek ke dalam mulut
Menggunakan hujung jari untuk memegang objek kecil
Pemindahan objek dari tangan ke tangan
Membawa objek ke garis tengah
Menarik objek daripada bekas
7 - 9 bulan Meneroka tekstur yang berlainan
Meletakkan objek ke dalam bekas
Memainkan permainan “pat-a-cake”
10 - 12
bulan
Meletakkan salah satu tambatan berulang kali ke dalam lubang (permainan meletakkan objek ke dalam lubang yang sepadan)
1 - 2 tahun Menyusun objek besar namun susunannya agak tidak
teratur.
2 - 3 tahun Menggunakan tangan untuk tugas-tugas kompleks
Membaling bola
4 - 5 tahun Meniru dan menyalin bentuk mudah seperti bulat, segi
empat dan segi tiga namun bentuknya tidak kemas.
Kemahiran
Motor Kasar
0 - 3 bulan Mampu mngangkat kepala dan mengawal kepala apabila
bergerak.
Mengangkat diri dengan tangan serta lengan apabila di
telungkupkan (bayi yang buta tidak boleh berbuat
demikian sehingga selepas mereka roll dari belakang ke
perut)
4 - 6 bulan Duduk dengan sokongan
Berguling dari perut ke belakang, dari belakang ke perut
Duduk sahaja mantap
Menarik untuk berdiri (sambil memegang tangan anda)
Bergerak ke hadapan dengan merangkak, menjalar, atau
apa-apa cara lain
6
7 - 9 bulan Menarik diri untuk kedudukan duduk
Menarik untuk kedudukan berdiri (menggunakan
perabot)
Duduk
Percubaan untuk berjalan (sambil memegang tangan
anda)
Melangkah mengikut koordinasi (semasa bertatih)
10 - 12
bulan
Berdiri sendiri
Mampu untuk tunduk untuk mengambil objek
Berjalan ke sisi mengikut dinding
Berjalan sendiri (3 langkah)
Berjalan bersendirian dengan penyelarasan yang baik (5
langkah)
Menolak halangan-halangan kecil daripada menghalang
perjalannannya.
Berjalan di rumah atau di laman dengan bebas
1 - 2 tahun “Squats”
Bergerak mengelilingi halangan besar
Berjalan tangga dengan bantuan, turun tangga dengan
bantuan
2 - 3 tahun Berjalan, melompat, mendaki
4 - 5 tahun Mudah berjalan ke belakang
Melompat dengan satu kaki
Bahasa dan
Komunikasi
0 - 3 bulan Suara tangisan yang berbeza ketika bayi menangis.
Respons kepada suara biasa
Bertindak balas kepada bunyi secara tiba-tiba
Mengabaikan bunyi tertentu & mengabil kisah
sesetengah bunyi.
4 - 6 bulan Berpaling ke arah bunyi yang didengar
Membuat 3 bunyi vokal yang berbeza
Meniru “vocalization”
7 - 9 bulan Menghasilkan kombinasi vokal-konsonan (Contohnya
ga-ga atau ba-ba)
7
Mengenali bunyi biasa atau frasa
10 - 12
bulan
Menggunakan gerak isyarat
Memberi respons yang sesuai untuk biasa permintaan
“Jabbers expressively”
Mula nama benda-benda
1 - 2 tahun Menjangka rutin sebagai tindak balas kepada permintaan
biasa
Menggunakan 2 kata-kata yang sesuai
Menggunakan kata-kata untuk membuat mahu dikenali
Menggunakan 8 perkataan yang sesuai
Strings 2 perkataan bersama-sama (contohnya "ma-ma
selamat tinggal ")
Menggunakan 2 & 3 ayat perkataan
2 - 3 tahun Memahami bahasa yang paling mudah
Berkomunikasi dengan jelas
4 - 5 tahun Suka bercerita mengenai apa yang dia telah melakukan
Minta banyak soalan
Kognitif dan
Intelektual
0 - 3 bulan Mengenali ibubapa atau pengasuh
Bermain dengan bubbling secara berterusan
Menangis apabila lapar atau tidak selesa
4 - 6 bulan menoleh ke arah bunyi
Meletakkan objek di dalam mulut
Menunjukkan keutamaan dalam bahan mainan
Mencapai objek yang dekat dengannya.
7 - 9 bulan Meneroka tekstur yang berlainan
Mendedahkan mainan
Menarik tali untuk mengaktifkan mainan
Mencari objek yang lepas dar genggaman namun jauh
dari kontaks badan nya(jauh dari nya).
Bergerak ke arah objek berdasarkan petunjuk bunyi.
Meletakkan objek ke dalam bekas atas permintaan
10 - 12
bulan
Bergerak atau gerak isyarat ke arah anda apabila
dipanggil
8
Menempatkan objek tetap (contohnya kerusi tinggi, meja,
dsb. )
Meletakkan banyak objek dalam bekas
Belajar bahawa objek itu wujud walaupun daripada
diluar kemampuan penglihatannya
Berjaya untuk menyelesaikan masalah yang mudah
Mula memahami sebab & kesan
1 - 2 tahun Menggunakan 2 objek yang berkaitan (contohnya sudu
dan garfu)
Menggunakan objek untuk melaksanakan tindakan sosial
(contohnya menyikat rambut, memakai kalung, dll. )
Memadankan objek
Memberi perhatian kepada aktiviti yang lama.
2 - 3 tahun Sesuai bentuk ke dalam lubang yang hampir sama
Mengkategorikan objek
Mengasingkan blok & menyantumkannya kembali
4 - 5 tahun Berikut arahan mudah & teka-teki mudah
Memahami mengira
Perkembangan kanak-kanak bermasalah penglihatan bergantung pada tahap
kehilangan penglihatan, jenis masalah penglihatan dan umur semasa mengalami
masalah penglihatan. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
terutamanya kebutaan mereka tiada pengalaman visual sama sekali. Ini menyebabkan
perkembangan akal mereka terencat dan terbatas berbanding dengan kanak-kanak
normal yang lainnya. Pemahaman dan pengenalan terhadap objek dan alam
disekelilingnya dibantu oleh deria selain daripada deria penglihatan. Sebagai contoh
kanak-kanak yang buta mengenali buah-buahan dari segi bentuk, tekstur dan juga bau
dengan menggunakan deria bau, sentuhan, rasa dan dengar mereka.
Selain itu, daripada segi fizikal tidak terdapat perbezaan antara kanak-kanak
bermasalah penglihatan dengan kanak-kanak normal malah mereka sering dianggap
sebagai kanak-kanak biasa.
9
Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan kadang kala mengalami
manasalah dalam perhubungan social. mereka mengalami masalah untuk mengenal dan
mengecam orang yang berada disekeliling mereka melainkan orang tersebut betul-betul
rapat dengannya.
Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan kebiasaannya mengalami
masalah pembelajaran di sekolah. Terdapat banyak kesan masalah penglihatan terhadap
pembelajaran kanak-kanak terutamanya dari segi tingkah laku, kebolehan membaca,
menulis dan pencapaian am di sekolah. Masalah begini timbul akibat penglihatan
kanak-kanak yang terhad dan terbatas sehingga mereka tidak dapat memvisualisasikan
sesuatu objek atau perkara.
Sokongan daripada segi psikologi dan latihan untuk berdikari penting bagi
membantu kanak-kanak ini dalam aspek komunikasi dan menjalanrutin harian dengan
sendiri tanpa bantuan orang lain amat diperlukan bagi membantu melonjakan tahap
perkambangan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan. Selain itu kanak-
kanak yang mengalami masalah penglihatan harus dibekalkan dengan alat bantuan
penglihatan seperti cermin mata untuk membantu melihat dengan jelas bagi yang
mengalaman masalah penglihatan terhad, latihan kemahiran pemahaman dan
penggunaan tulisan daripada mesin Braille, bahan bacaan dalam tulisan Braille serta alat
sentuh seperti peta, gambar rajah timbul dan model tiga dimensi bagi memastikan
kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan tidak ketinggalan dari segi kognitif,
intelektual dan pemahaman dunia sekelilingnya.
10
4.0 PUNCA CACAT PENGLIHATAN
Punca-puncanya adalah baka dan keturunan, komplikasi sebelum, semasa dan selepas
lahir, Rubella, Sifilis, Kekurangan zat makanan, Kesakitan mata, Kecederaan,
Kerosakan saraf optic, Penyakit (hypermetropia, myopia, dylexia, dll) Trauma, masalah
congenital.
5.0 JENIS-JENIS CACAT PENGLIHATAN
Menurut Pertubuhan kesihatan dunia (WHO), terdapat dua kategori masalah penglihatan
iaitu, kebutaan dan rabun/penglihatan terhad.
Kebutaan adalah penglihatan kurang daripada 3/60, pada mata yang terbaik
ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan
ataupun pembetulan biasa (refractive).
Manakala rabun atau penglihatan terhad ( Low Vision) adalah penglihatan
kurang 6/18 sehingga persepi cahaya pada mata yang terbaik pembetulan biasa. Individu
dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria
penglihatan.
11
Masalah Penglihatan
ButaRabun atau Penglihatan
Terhad
(Low Vision)
6.0 TAHAP CACAT PENGLIHATAN
Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan
penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi
pendidikan pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut:
Tahap Penglihatan Huraian
Sederhana Masalah pada tahap ini masih
membolehkan kanak-kanak melihat cahaya
dan menjalankan aktiviti melalui deria
penglihatan dengan menggunakan alat
bantu khas seperti kanta dan cermin mata.
Teruk Masalah pada tahap teruk menyebabkan
kanak-kanak memerlukan lebih banyak
masa dan tenaga dalam menjalankan
aktiviti malah mengalami kesukaran
melakukan aktiviti berkaitan penglihatan
termasuk mobiliti, walaupun dengan
bantuan alat khas.
Sangat Teruk Masalah pada tahap ini sangat teruk
mengakibatkan kanak-kanak menghadapi
kesukaran melakukan aktiviti visual
seperti membaca dan mobiliti serta perlu
bergantung pada deria-deria lain.
12
7.0 MASALAH PENGLIHATAN YANG LAIN
7.1. KATARAK
Penyakit katarak adalah lensa mata yang keruh atau berkabut. Biasanya lensa
mata yang sihat adalah jernih. Jika mata keruh, jalannya sinar akan terhambat dan
lensa tidak dapat di fokuskan. Katarak umumnya timbul pada usia lanjut akibat
pengerasan lensa yang tidak dapat dihindarkan, tanpa ada rasa nyeri mahupun rasa
tidak selesa. Penyakit ini berlaku apabila kanta mata semakin keruh dan
mengganggu laluan cahaya masuk ke retina mata. Masalah katarak ini adalah
berbeza dengan glaukoma. Kanta yang semakin keruh akan menyebabkan pesakit
menghadapi masalah seperti berikut :
Penglihatan kabur
Imej berganda
Gangguan penglihatan warna
Masalah melihat cahaya terang.
Katarak dikatakan menyerang satu daripada enam individu yang telah
melangkau usia 40 tahun. Menjelang usia 75 tahun pula, hampir semua orang
akan mengalami katarak di salah satu atau kedua-dua belah mata mereka.
Penyakit ini boleh menjejaskan penglihatan pesakit dan boleh menyebabkan
pesakit menjadi buta sekiranya tidak dirawat dari peringkat awal lagi
Penyakit ini juga akan berlaku tanpa mengira jantina lelaki ataupun perempuan.
Seorang penderita katarak mungkin tidak menyedari bahawa telah
mengalami gangguan katarak. Katarak terjadi secara perlahan-perlahan sehingga
penglihatan penderita terganggu secara beransur. Ini kerana umumnya katarak
tumbuh sangat lambat dan tidak mempengaruhi daya penglihatan sejak awal.
13
Daya penglihatan baru terpengaruh setelah katarak berkembang sekitar 3 hingga 5
tahun. Hal ini demikian kerana katarak biasanya menyedari penyakitnya setelah
memasuki peringkat kritikal.
Antara simptom awal yang akan dialami oleh seseorang yang
menghidapi katarak adalah seperti berikut :
Merasa gatal-gatal pada mata
Air matanya mudah keluar
Pada malam hari penglihatan terganggu
Tidak biasa menahan silau sinar matahari atau sinar lampu.
Selanjutnya penderita akan melihat selaput seperti awan di depan
penglihatannya. Awan yang menutupi lensa mata tersebut akhirnya semakin
merapat dan menutup seluruh bahagian mata. Bila sudah sampai tahap ini,
penderita akan kehilangan penglihatannya.
Antara faktor lain yang menyebabkan berlakunya penyakit katarak
adalah seperti yang berikut:
cedera pada lensa mata,
pesakit diabetis juga terdedah kepada penyakit ini,
penyakit mata,
katarak bawaan sejak lahir iaitu dilahirkan dengan katarak (kongenital),
katarak boleh berlaku pada bayi atau kanak-kanak sekiranya si ibu
menghidap jangkitan penyakit seperti rubela semasa kehamilan dan ia
dikenali Ia dikenali sebagai katarak congenital
14
paparan berlebihan dengan sinar ultraviolet yang menyebabkan berlakunya
penyakit katarak.
mereka yang mempunyai sejarah keluarga penyakit katarak ini juga
mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mewarisinya.
Terdapat empat (4) jenis penyakit katarak iaitu:
Menurut Dr. Shatriah Ismail, Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi,
Jabatan Oftalmologi, Pusat Perubatan Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, USM
Kelantan. Penyakit selaput mata pada kanak-kanak juga dikenali sebagai penyakit
katarak kongenital dalam bahasa perubatan yang dikesan selepas kelahiran.
Antara faktor penyebab berlakunya katarak kongenital adalah :
sejarah keluarga penyakit katarak kongenital serta beberapa penyakit yang
lain.
Kelahiran pramatang.
Jangkitan kuman semasa dalam kandungan seperti rubella, syphilis,
toxoplasmosis dan herpes.
Gangguan metabolik seperti hypoglisemia, hyperglysemia, hypokalsemia
dan galaktosemia.
Pesakit yang mengalami penyakit seperti Sindrom Down, Sindrom
Edward dan Sindrom Patau juga dilaporkan berisiko mendapat penyakit
katarak kongenital.
15
Katarak Kongenital
Katarak Senilis
Katarak Traumatik
Katarak Komplikata
Katarak senilis pula terjadi akibat degenerasi lensa mata, juga
melibatkan proses stres oksidatif. Katarak senilis terjadi akibat proses degenerasi
penuaan, jumlahnya hingga 90 peratus dari seluruh masalah katarak. Katarak
senilis masih menjadi penyebab kebutaan utama di seluruh dunia. Setidaknya ada
5 hingga 10 juta kebutaan akibat katarak ini setiap tahunnya. Dengan teknik
pembedahan terbaru, hanya 100 000 hingga 200 000 yang boleh disembuhkan.
Patofisiologi di balik terjadinya katarak senilis amat kompleks dan belum
sepenuhnya difahami. Namun ada beberapa kemungkinan di antaranya terkait usia
lensa mata yang membuat berat dan ketebalannya bertambah, sementara
kekuatannya menurun. Kerosakan lensa pada katarak senilis juga dikaitkan
dengan kerosakan oksidatif yang progresif. Beberapa kajian menunjukkan
peningkatan produk oksidasi seperti oxidized glutathione dan penurunan
antioksidan (vitamin) dan enzim superoksidase. Teori stres oksidatif pada katarak
disebut kataraktogenesis.
Katarak traumatik merupakan katarak yang muncul sebagai akibat
cedera pada mata yang dapat merupakan trauma perforasi ataupun tumpul yang
terlihat sesudah beberapa hari ataupun beberapa tahun. Katarak traumatik ini dapat
muncul akut, subakut, ataupun gejala sisa dari trauma mata. Di Amerika Syarikat
diperkirakan terjadi 2,5 juta trauma mata setiap tahunnya. Kurang lebih 4 hingga 5
peratus dari pesakit mata yang memerlukan rawatan komperhensif merupakan
keadaan sekunder akibat trauma mata. Trauma merupakan penyebab tertinggi
untuk buta monokular pada orang kelompok usia di bawah 45 tahun. Setiap
tahunnya diperkirakan 50 000 orang tidak dapat membaca surat khabar sebagai
akibat trauma mata. Dilihat dari jenis kelamin perbandingan terjadi katarak
traumatik lelaki dan perempuan adalah 4 : 1. National Eye Trauma System Study
melaporkan rata-rata usia penderita katarak traumatik adalah 28 tahun dari 648
kasus yang berhubungan dengan trauma mata.
Katarak komplikata merupakan katarak akibat penyakit mata lain
seperti radang, dan proses degenerasi seperti ablasi retina, retinitis pigmentosa,
glaucoma, tumor intraocular, iskemia ocular, nekrosis anterior segmen,
buftalmos,akibat suatu trauma dan pasca bedah mata. Katarak komplikata dapat
juga disebabkan oleh penyakit sistemik endokrin(diabetes melitus,
16
hipoparatiroid,galaktosemia,dan miotonia distrofi) dan keracunan obat ( tiotepa
intravena, steroid local lama, steroid sistemik, oral kontraseptik dan miotika
antikolinesterase ). Katarak komplikata memberikan tanda khusus dimana mulai
katarak selamanya didaerah bawah kapsul atau pada lapis korteks, kekeruhan
dapay difus, pungtata, linear, rosete, reticulum dan biasanya terlihat vakuol.
7.2. GLAUKOMA
Glaukoma adalah penyebab kebutaan kedua terbesar di dunia setelah katarak.
Diperkirakan 66 juta penduduk dunia sampai tahun 2010 akan menderita
gangguan penglihatan kerana glaukoma. Glaukoma merupakan sejenis kerosakan
mata yang disebabkan oleh tekanan cecair yang terlalu tinggi di dalam bebola
mata. Tekanan yang tinggi ini akan merosakkan sel retina dan serabut saraf
sehingga ruang penglihatan sekitar seseorang itu menjadi semakin sempit dan
akhirnya akan terus menjadi buta. Bagai mata glaukoma, tekanan cecair di dalam
bebola mata meningkat kerana saluran cecair tersekat akibat kerosakan saraf. Bagi
mata sihat pula, pengaliran keluar-masuk cecair di dalam bola mata adalah
seimbang.
Glaukoma dibahagi kepada dua jenis iaitu glaukoma akut dan kronik.
Glaukoma akut merupakan salah satu glaukoma sudut tertutup primer.
Glaukoma sudut ter tu tup ter jadi b i la terdapat kenaikan mendadak
dar i tekanan intraocular yang disebabkan penutupan sudut bilik mata depan
yang mendadak oleh akar iris,sehingga menghalangi sama sekali
keluarnya humor akueus melalui trabekula, menyebabkan meningginya
17
tekanan intraokular, maka gejala yang ditimbulkan sangat berat seperti
nyeri pada mata, sakit kepala, pandangan kabur,haloe, mual dan muntah
serta disertai tanda kongesti, maka disebut pula glaukoma akut kongestif
atau glaukoma akut. Glaukoma akut hanya timbul pada orang-orang yang
mempunyai sudut bilik mata yang sempit. Jadi hanya pada orang-orang dengan
predisposisi anatomis.
Glaukoma kronik pula merupakan sejenis penyakit melarat secara
perlahan-lahan tanpa rasa sakit atau kabur penglihatan. Penghidap glaukoma
kronik tidak menyedari mereka mengalami masalah ini sehinggalah terlewat untuk
mendapatkan rawatan. Biasanya glaukoma kronik berlaku kepada golongan
berumur 50 tahun ke atas. Di antara tanda-tanda Glaukoma Kronik adalah ruang
penglihatan yang semakin sempit, penglihatan menjadi kabur dan rabun,
kesukaran menyesuaikan penglihatan dalam keadaan gelap (rabun ayam), dan
kerap menukar cermin mata kerana penglihatan masih tidak terang.
Apabila seseorang itu mengalami tanda-tanda glaukoma kronik, mereka
perlu mendapatkan rawatan segera. Ini disebabkan rawatan awal boleh mencegah
kehilangan penglihatan. Rawatan untuk glaukoma kronik adalah mudah dan tidak
berbahaya iaitu melalui ubat titisan mata, pil dan pembedahan. Ubat titisan mata
dan pil membantu mengurangkan tekanan di dalam bola mata. Bentuk rawatan ini
perlu dijalani dengan rapi dan mungkin sepanjang hayat. Pembedahan diperlukan
jika rawatan ubat titisan dan pil tidak dapat mengawal tekanan yang tinggi di
dalam bola mata. Pembedahan akan melicinkan pengeluaran cecair dari bola mata.
18
7.3. DEGENERASI MAKULAR
Degenerasi makular yang berkaitan dengan umur atau Age-related macular
degeneration (AMD) adalah suatu penyakit yang dihubungkan dengan penuaan
(menjadi tua) yang secara beransur-ansur merosak penglihatan tengah yang tajam.
Penglihatan tengah diperlukan untuk melihat objek-objek secara jelas dan untuk
aktiviti harian yang umum seperti membaca dan memandu. AMD mempengaruhi
makular, bahagian mata yang mengizinkan untuk melihat detial yang halus. AMD
tidak menyebabkan sakit atau nyeri. Ada beberapa kes-kes, AMD maju begitu
perlahan sehingga orang-orang mencatat sedikit perubahan pada penglihatan
mereka. Pada yang lainnya, penyakit maju lebih cepat dan mungkin menjurus
pada suatu kehilangan penglihatan pada kedua mata-mata. AMD adalah suatu
penyebab yang memimpin dari kehilangan penglihatan pada orang-orang Amerika
yang berumur 60 tahun dan yang lebih tua. Degenerasi makular ini boleh
terbahagi kepada dua iaitu degenerasi makular basah dan kering.
Degenerasi makular basah adalah AMD basah terjadi ketika pembuluh-
pembuluh darah abnormal dibelakang retina mulai tumbuh di bawah makula.
Pembuluh-pembuluh darah baru ini cenderung menjadi sangat mudah pecah dan
sering kali membocorkan darah dan cairan. Darah dan cairan mengangkat atau
menaikkan makular dari tempat normalnya di belakang mata. Kerosakkan pada
makular terjadi secara cepat. Suatu gejala awal dari AMD basah adalah bahwa
garis-garis lurus nampak berombak. Jika keadaan ini berlaku atau perubahan-
perubahan lain pada penglihatan kita harus hubungi doktor mata dengan segera.
Ini disebabkan memerlukan suatu pemeriksaan pelebaran mata secara lengkap.
19
Degenerasi makular kering juga dikenali sebagai AMD kering. Pada ADM
kering, sel-sel yang peka sinar dalam makula pecah secara perlahan. Dengan
kurang berfungsinya makular, penglihatan tengah berkurang. AMD kering
seringkali terjadi pada hanya satu mata pada awalnya. Belakangan, mata yang
lainnya dapat dipengaruhi. Doktor-doktor tidak ada jalan untuk mengetahui
apakah atau bila kedua mata mungkin menjadi terlibat. Penyebab AMD kering
tidak diketahui.
Degenerasi makular kering atau AMD kering ini sampai sekarang masih
tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya. Untuk AMD basah pula boleh
melalui rawatan laser berkesan untuk memusnahkan pembuluh darah yang bocor.
Namun begitu kerana ianya memusnahkan tisu di sekeliling, penglihatan tidak
akan kembali kepada normal tetapi ianya boleh memberhentikan kehilangan
penglihatan yang lebih lanjut. Rawatan ini juga hanya sesuai untuk golongan yang
terpilih. Terapi fotodinamik juga berkesan untuk segolongan pesakit yang
mengidapi AMD basah. Cara rawatan ini ialah dengan menggunakan sejenis ubat
yang disuntik ke dalam aliran darah. Ubat ini diaktifkan oleh cahaya laser dan ini
membantukan mengurangkan risiko terhadap tisu yang normal. Selain itu, terdapat
lain rawatan yang baru seperti suntikan ubat intravitreal avastin dan lucentis.
Rawatan ini boleh menolong pesakit AMD dan kaji selidik masih dilakukan untuk
menentukan kesannya pada jangka masa panjang.
7.4. OCULAR MOTILITY
Ocular motility adalah situasi dimana kebolehan mata terhalang. Masalah
penglihatan jenis ini mengakibatkan penglihtan binocular terjejas. Penglihatan
binocular adalah kebolehan mata kedua-dua belah mata untuk focus kepada
sesuatu objek dan menyatukan imej dari kedua-dua belah mata kepada satu imej
yang lebih jelas.
Individu yang mengalami akan mengalami kesukaran untuk mambaca kerana
tulisan akan kelihatan berbalam-balam dan tidak jelas, kesukaran untuk mengagar
jarak dan kedudukan sesuatu objek.
20
7.5. STRABISMUS
Strabismus, biasanya dirujuk suatu keadaan di mana kedua-dua mata tidak searah
dan memandang pada titik yang berbeza. Masalah ini adalah ketidakbolehan untuk
memfokuskan objek yang samapada kedua-dua belah mata kerana penyimpangan
ke dalam atau ke luar pada sebelah atau kedua-dua belah mata. Keadaan ini adalah
disebabkan oleh ketidakupayaan otak untuk menyelaraskan kedua-dua belah mata
secara serentak . Otak adalah pusat induk kawalan penglihatan, dan tempat awal
dalam pembangunan visual kanak-kanak, otak gagal membangunkan
"binocularity," atau keupayaan untuk menggunakan kedua-dua belah mata pada
masa yang sama. Keadaan ini selalunya berlaku sebelum kanak-kanak berumur
dua tahun tetapi boleh berlaku selewat usia enam tahun. Ia adalah penting bahawa
strabismus menerima rawatan segera. Keadaan boleh menjadi lebih teruk dari
masa ke masa. Kanak-kanak dengan strabismus boleh mengalami komplikasi
tambahan dengan Ambliopia. .
Strabismus di mana mata tidak sejajar bertukar masuk atau keluar
dibahagikan kepada dua kategori: esotropia ("crossed" mata) bererti mata bertukar
ke arah hidung, dan exotropia ("wandering" mata) bermakna mata ternyata
menjauh dari hidung. Mata kanak-kanak itu boleh berubah hanya apabila dia
melihat pada objek yang dekat, atau ia boleh kembali juling apabila melihat
kedua-duanya dekat dan jauh. Darjah mata mungkin sangat besar sehingga ia
mudah kelihatan, atau cukup sedikit bahawa ibu bapa mungkin gagal untuk
mengakui ada masalah.
21
Oleh kerana otak tidak belajar untuk menyelaraskan mata dan
menggunakan mereka bersama-sama, setiap mata focus secara bebas. Dalam erti
kata lain, kedua-dua belah mata tidak titik di tempat yang sama pada masa
yang sama. Apabila setiap mata mencari di tempat yang berbeza, otak menerima
dua imej yang berbeza. Ini biasanya akan menyebabkan dalam “double
vision”.Walau bagaimanapun, otak kanak-kanak ini belajar untuk melindungi diri
mereka daripada melihat dua kali ganda dengan menekan, atau "menutup" mata
menyeberangi .
Kanak-kanak dan orang dewasa boleh mengalami masalah mata juling
selepas kecederaan kepala, strok, atau akibat beberapa penyakit. Apabila ini
berlaku dan permulaan strabismus di kemudian hari, kanak-kanak yang lebih tua
dan orang dewasa biasanya akan mengalami penglihatan berganda .
7.6. AMBLIOPIA
Ambliopia, atau yang juga dikenali sebagai “lazy eye” adalah gangguan sistem
visual yang disebabkan oleh tahap penglihatan yang lemah
atau kurang penglihatan berbanding mata normal. Ambliopia bermakna bahawa
rangsangan visual sama ada gagal untuk menghantar atau kurang dihantar melalui
saraf optik ke otak untuk tempoh masa yang berterusan . Ia sering berlaku pada
awal zaman kanak-kanak , mengakibatkan tahap penglihatan lemah atau samar-
samar. Ambliopia biasanya memberi kesan kepada hanya satu mata, tetapi ia
mungkin akan amblyopic dalam kedua-dua mata jika kedua-dua gagal untuk
menerima yang baik, imej visual yang jelas. Kebanyakan pihak sering menyalah
ertikan “lazy eye” sebagai straismua atau juling. PErnyataan ini salah sama sekali.
Strabismus dan “lazy eye” adalah dua keadaan yang berbeza.
22
Ambliopia adalah masalah pembangunan di dalam otak, bukan masalah
pada mata. Bahagian otak yang menerima imej daripada terjejas mata tidak
dirangsang dengan betul. Ini telah disahkan oleh pemeriksaan otak langsung
David H. Hubel dan Torsten Wiesel yang memenangi “Nobel Prize in Physiology
or Medicine” pada tahun 1981 untuk kerja-kerja mereka dalam menunjukkan
kerosakan tak boleh balik ke ruangan dominasi okular yang dihasilkan dalam
anak-anak itu oleh serba kekurangan visual yang mencukupi sepanjang apa yang
dikenali sebagai "tempoh kritikal." Maksimum "tempoh kritikal" pada manusia
sejak lahir hingga dua tahun.
Kebanyakan individu yang menghidapi ambliopia terutama nya yang di
tahap sederhana mereka tidak akan menyedari mereka mengalami masalah ini
sehingga ujian dilakukan pada usia yang lebih tua. Ini adalah kerana tahap
penglihatan mereka adalah normal pada tahap itu. Namun bagi yang mengalami
masalah ambliopia yang teruk mereka akan mengalami ganggun visual
terutamanya darisegi “depth perception”. Mereka juga mengalami lemah ruang
ketajaman (focus), kurang peka terhadap contrast dan deficit terhadap vision
sehingga sensitivity terhadap pergerakan berkurangan. Defisit ini adalah biasanya
khusus untuk mata amblyopic. Amblyopes juga mengalami masalah
penglihatan binokular seperti persepsi kedalaman stereoskopik terhad dan
biasanya menghadapi kesulitan melihat imej tiga dimensi yang tersembunyi dalam
paparan stereoskopik seperti autostereograms . Walau bagaimanapun, persepsi
kedalaman dari isyarat bermata satu seperti saiz, perspektif , dan gerakan
parallax masih normal.
23
7.7. NISTAGMUS
Nistagmus adalah satu keadaan apabila bola mata bergerak seperti ayunan
bandulyang menjadi lebihketara apabila mata melihat kea rah kiri atau kanak.
Biasanya, pergerakan ini adalah horizontal, tetapi mungkin mempunyai komponen
tegak atau berputar.
Nistagmus seperti ayunan bandul begini berlaku pada bayi yang tidak
mendapat imej yang terang pada makulanya, sama ada disebabkan katarak
congenital atau ulser kornea yang menghalang kemasukan cahaya ke macula, atau
pun disebabkan oleh kerosakan retina atau atrofi optic. Sebab-sebab lain
kemasukan cahaya yang berlebihan ke dalam mata seperti dalam kejadian albino
atau pun nistagmus kongenetal idiopatik tanpa sebab-sebab yang jelas yang
menyebabkan ruang penglihatan terjejas.
Nistugmus labirin-serebelum mempunyai dua komponan iaitu
pergerakan mata ke arah suatu arah dengan perlahan dan pergerakan cepat dalam
arah yang bertentangan untuk membetulakan kedudukan mata. Arah nistugmus
ialah arah pergerakan yang cepat itu. Arah pergerakan yang lambat pula
menunjukkan kedudukan kerosakan yang berlaku, umpamanya kerosakan pada
telinga tengah dan neuroma akustik. Pergerakan nistugmus menjadi lebih ketara
apabila kanak-kanak melihat kea rah yang bertentanagn. Nistugmus yang tidak
ketentuan arahnya sering menjadi cirri aklerosis berganda.
24
CACAT PENDENGARAN (HEARING DISORDER)
8.0 PENGENALAN CACAT PENDENGARAN
Pendengaran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu dan berkomunikasi
dengan individu lain. Kehilangan pendengaran memberikan masalah untuk
berkomunikasi dan memberikan impak yang besar terhadap kehidupan peribadi dan
sosial seperti malu untuk bergaul dengan orang lain.
Apabila seseorang mengalami cacat akan sukar bagi mereka untuk mempelajari
sebutan perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat. Kanak-kanak cacat pendengaran
terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kanak-kanak cacat pendengaran pretutur
(prelingual) dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur (postlingual).
Kanak-kanak cacat pendengaran pretutur adalah kanak-kanak pekak dari sejak
lahir. Kanak-kanak cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran yang biasanya
berlaku selepas mempunyai pengalaman bercakap. Selalunya, kanak-kanak cacat
pendengaran dalam peringkat pretutur menghadapai masalah pembelajaran dan masalah
komunikasi yang lebih teruk daripada kanak-kanak cacat pendengaran dalam peringkat
postutur.
9.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENDENGARAN
Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran pada tahap minima, biasanya pengesanan
masalah yang dihadapi adalah terlambat. Walau bagaimanapun, penjaga atau guru perlu
mengetahui tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak mungkin mengalami masalah
pendengaran. Antara ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah kanak-kanak
kurang memberi perhatian di dalam kelas, mereka juga bersifat pendiam, pemalu serta
tidak suka bertanya. Kadang kala terlalu pasif dan tidak suka bergaul dengan rakan
sebayanya.
Selain itu, mereka juga kurang berupaya menggunakan perkataan yang tepat
untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu idea atau perkara dan sebutan yang kurang
jelas. Selain itu, mereka suka berkhayal dan sering memerhatikan pergerakan bibir
25
orang lain untuk mendengar dan memahami maksud apa yang ingin di sampaikan.
Kanak-kanak juga tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi kerana mereka
tidak memahami dan sukar menerima penjelasan.
Kanak-kanak juga kurang melibatkan diri dengan aktiviti yang memerlukan
kemahiran bertutur kerana mereka tidak dapat mempamerkan butir-butir percakapan
dengan jelas. Pencapaian mereka dalam pelajaran terutamanya sangat lemah apabila
berkaitan dengan bahasa kerana mereka memang mempunyai masalah dari segi
pertuturan dan penggunaan bahasa.
Kanak-kanak juga suka mengelak daripada menjawab soalan lisan orang lain
kerana kurang pasti apa yang disoal dan sentiasa mendekatkan muka ke depan untuk
mendengar dengan jelas percakapan orang lain agar dapat difahami.
10.0 TAHAP PERKEMBANAGN KANAK-KANAK CACAT PENDENGARAN
Perkembangan kanak-kanak bermasalah pendengaran bergantung pada tahap kehilangan
pendengaran dan umur semasa mengalami masalah pekak. Kebiasaannya, kanak-kanak
yang mencapai umur antara 12 hingga 24 bulan mula bercakap dan membentuk bahasa
sendiri. Namun bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran, perkembangan pertuturan
dan bahasanya terganggu ataupun lambat. Oleh itu, kanak-kanak bermasalah
pendengaran mempunyai tiga rangkap kecacatan iaitu disebabkan tidak dapat bertutur,
mendengar dan tidak dapat berfikir seperti kanak-kanak normal. (Chua 1992). Keadaan
ini menyebabkan perkembangan akal mereka terencat.
Selain itu, daripada segi fizikal tidak terdapat perbezaan antara kanak-kanak
bermasalah pendengaran dengan kanak-kanak normal malah mereka sering dianggap
sebagai kanak-kanak biasa. Aspek yang membezakan mereka dalah komunikasi seperti
yang kita tahu kemahiran komunikasi mereka sering menjadi masalah utama bagi
kanak-kanak bermasalah pendengaran. Mereka mengalami masalah pertuturan malah
mereka yang menghadapi masalah pendengaran sama ada dalam tahap ringan dan
sederhana mereka turut memperlihatkan masalah dalam bahasa reseptif iaitu bagi
26
memahami apa yang diperkatakan orang lain dan bahasa ekspresif iaitu bagi
menyatakan apa yang difikirkan kepada orang lain. Akibatnya mereka dipinggirkan oleh
keluarga dan orang lain yang tidak dapat berkomunikasi dengannya.
Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kebiasaannya mengalami
masalah pembelajaran di sekolah. Terdapat banyak kesan keadaan telinga tengah
terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan, kemahiran mendengar, tingkah laku,
kebolehan membaca dan pencapaian am disekolah.selain itu, kecacatan pendengaran
disebabkan oleh kerosakan kekal pada sistem sensori-neural biasanya memberi kesan
yang serius dan lebih ketara adalah berkaitan dengan kemahiran komunikasi dan
kemahiran lisan dalam membaca dan menulis.
Pekak bukan sahaja memberi kesan kekurangan dalam input sensori tetapi juga
gangguan dalam interaksi serta hubungan antara orang dewasa dan kanak-kanak (Wood
1982). Walau bagaimanapun potensi perkembangan kanak-kanak pekak dalam aspek
sosial, bahasa dan pencapaian akademik bergantung pada pengalaman awalnya. Bahasa
merupakan peranan integral dalam pemikiran dan perkembangan konseptual kita
dengan peranan komunikasi sebagai penggalak hubungan sosial dan penerimaan emosi.
Selain itu, sokongan daripada patologi pertuturan penting bagi membantu
kanak-kanak ini dalam aspek komunikasi dimana biasanya mereka menggunakan
komunikasi seluruh yang menggabungkan isyarat dan pertuturan. Kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran akan dipakaikan alat bantuan pendengaran bagi
membantu mendengar.
10.1. Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
Secara keseluruhannya, perkembangan kanak-kanak bermasalah pendengaran
dapat dilihat dalam aspek seperti perkembangan bahasa dan komunikasi. Manusia
berkomunikasi melalui mimic muka, sentuhan, gerak tangan, gerakan badan,
mendengar dan bertutur. Kehilangan pendengaran menghalang secara serius
perkembangan komunikasi secara mendengar dan bertutur. Tanpa bantuan
daripada pakar pertuturan kanak-kanak bermasalah pendengaran berkemungkinan
besar mengalami perkembangan terbantut dalam kedua-dua kemahiran ini.
27
10.2. Perkembangan Emosi dan Sosial
Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak bermasalah pendengaran banyak
bergantung pada pengalaman mereka dan melalui perkembangan mereka sendiri
bagi membolehkan mereka meluahkan perasaan mereka, kehendak, keperluan dan
memahami perasaan orang lain. Masalah komunikasi mereka memberi kesan ke
atas konsep kendiri, kebolehan bermain dan berkongsi dengan rakan sebaya.
10.3. Perkembangan Kognitif (Intelektual)
Manakala perkembangan kognitif pula merujuk kepada bagaimana memahami
dan mengurus dunia mereka. Ini termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan
mengingati maklumat, klasifikasi, mendefinisikan dan sebagainya. Kelambatan
perkembangan bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran turut melambatkan
perkembangan kognitif mereka.
10.4. Perkambangan Fizikal
Perkembangan fizikal dan motor pula melibatkan perkembangan motor kasar dan
motor halus. Bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah serupa dengan
kanak-kanak normal.
11.0 PUNCA CACAT PENDENGARAN
Faktor yang menjadi punca cacat pendengaran dapat di bahagikan kepada factor
sebelum lahir, semasa lahir dan juga selepas lahir.
11.1. Sebelum Lahir
Bukan disebabkan baka tetapi genetik. Jangkitan semasa hamil, terutama oleh
virus seperti rubella, demam glandular dan selesema. Semasa hamil, si ibu
mendapat penyakit yang berkaitan dengan pemakanan seperti kencing manis. Si
ibu mengambil dadah ataupun bahan kimia seperti kuanin dan
streptomycin semasa mengandung. Kerap hamil. Toksemia pada peringkat akhir
kehamilan
28
11.2. Semasa Lahir
Kelahiran tidak cukup bulan, Masa lahir yang terlalu lama, Kecederaan semasa
dilahirkan, terutama pada bahagian telinga. Penyakit hemolisis selalunya yang
disebabkan oleh faktor Rh.
11.3. Selepas Lahir
Kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan
virus seperti beguk dan demam campak. Kemalangan yang mencederakan
bahagian telinga. Terdedah kepada bunyi yang kuat dalam tempoh masa yang
lama. Pengambilan antibiotik seperti streptomycin.
29
12.0 TAHAP PENDENGARAN
Tahap masalah pendengaran biasanya diukur dalam decibel (dB). Tahap masalah
pendengaran terdapat beberapa kategori kepekakan dalam gambar rajah di bawah:
Tahap Kehilangan
Pendengaran (dB)
Kategori
KepekakanKesan kehilangan pendengaran
Kurang
Pendengaran
(20-45 dB)
Sedikit (mild) Mengalami masalah untuk
mendengar pertutur dan perbualan
yang perlahan.
Kanak-kanak yang mengalami
kecacatan jenis ini biasanya dapat
membentuk pertuturan dan bahasa
yang normal sekiranya mereka
mendapat intervensi awal yang
berkesan dan menggunakan alat
bantu pendengaran yang sesuai.
Kurang
Pendengaran
(46-70 dB)
Sederhana
(moderate)
Mengalami masalah pertuturan
terutamanya apabila terdapat
gangguan bunyi latar yang kuat
Kanak-kanak yang mengalami
kecacatan pendengaran kategori
ini berisiko mengalami masalah
perkembangan pertuturan dan
bahasa sekiranya mereka tidak
menggunakan alt bantu dengar dan
mendapat intervensi awal.
Pekak
(71-90 dB)
Teruk
(severe)
Tidak boleh mendengar bunyi
pertuturan yang normal
Individu yang mengalami
kecacatan pendengaran kategori
ini perlukan bantuan visual untuk
membolehkan mereka memahami
pertuturan.
30
Pekak
(91 dB dan ke
atas)
Sangat teruk
(profound)
Mengalami masalah besar untuk
mendengar bunyi pertuturan.
Individu yang mengalami masalah
penguasan bahasa dan pertuturan
yang teruk.
13.0 JENIS KEHILANGAN PENDENGARAN
Jenis-jenis kehilangan pendengaran boleh ditentukan melalui ujian pendengaran yang
dipanggil audiometer. Selain itu, terdapat dua jenis kehilangan pendengaran iaitu
kehilangan pendengaran konduktif (bahagian penerimaan bunyi) dan kehilangan
pendengaran sensori-neural.
Kehilangan pendengaran konduktif terjadi akibat daripada kerosakan pada
telinga luar atau telinga tengah yang mengurangkan intensity bunyi untuk sampai ke
telinga dalam. Bunyi-bunyi yang masuk melalui salur auditori ke gegendang telinga
yang kemudiannya menyebabkan tiga tulang kecil dalam telinga tengah bergetar dan
menghantar bunyi ke telinga dalam gangguan berkemungkinan disebabkan oleh wax
(tahi telinga) ataupun sebarang kecacatan.
Selain itu, gegendang telinga yang pecah,luka atau berlubang juga boleh
menghalang getaran tiga tulang kecil yang boleh menyebabkan berlakunya pekak.
Pekak jenis ini biasanya dapat dibantu dengan penggunaan alat bantuan pendengaran.
Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana
sumbatan atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan
tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara
perubatan atau pembedahan.
Penyebab kepada kehilangan jenis pendengaran konduktif juga adalah
kecederaan pada telinga tengah iaitu sekatan tiub Eustachio, jangkitan virus/bacteria
31
(otitis media), trauma pada osikel-osikel telinga tengah. Kehilangan maksimum adalah
60 dB iaitu tahap kehilangan sederhana dan masih boleh dirawat.
Manakala jenis kehilangan pendengaran yang kedua ialah kehilangan
pendengaran sensori-neural. Kehilangan pendengaran ini disebabkan oleh kerosakan
pada telinga dalam atau saraf auditori yang membawa getaran ke otak. Kehilangan jenis
ini mungkin melibatkan sebahagian frekuensi ataupun keseluruhannya. Sesetengah
bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami
pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walau bagaimanapun ia dapat
dibantu dengan alat bantuan pendengaran.
Selain itu, kehilangan pendengaran sensori-neural melibatkan telinga dalam
iaitu koklea dan saraf pendengaran. Penyebab kepada masalah ini adalah disebabkan
keturunan, jangkitan virus/bacteria semasa dalam kandungan contoh
Rubella,Cytomegalovirus, Toxoplasmolysis, masalah semasa lahir iaitu kurang oksigen
dan kemalangan seperti kecederaan pada otak.
Tahap kehilangan pendengaran ini adalah daripada tahap ringan kepada amat
teruk sehingga boleh menjejaskan kebolehan memproses bunyi walaupun bunyi
diamlifikasikan iaitu kesukaran diskriminasi bunyi.
Jenis kehilangan pendengaran yang lain dan dapat dikenal pasti adalah
kehilangan pendengaran jenis campuran iaitu kombinasi dari kehilangan pendengaran
jenis konduktif dan sensori-neural.
32
14.0 UJIAN PENGESANAN CACAT PENDENGARAN
14.1. Ujian tarikan ( distraction test )
kanak-kanak didedahkan pada bunyi-bunyian tanpa pengetahuan mereka. Gerak
balas yang dihasilkan terhadap bunyi-bunyi itu diperhati dan direkodkan.
14.2. Ujian Pertuturan ( speech test)
Pemerhatian dilakukan terhadap kanak-kanak sama ada mereka memahami apa
yang dituturkan dan seterusnya menunjukkan gerak balas terhadap arahan yang
diberi.
14.3. Audiometri Nada Tulen
Ujian ini dilakukan untuk menentukan tahap dan jenis masalah pendengaran.
Sebelum melakukan ujian ini pesakit akan diberikan arahan supaya menekan
butang sekiranya mendengar bunyi sekalipun bunyi yang sangat perlahan. Bunyi
akan diberikan kepada pesakit melalui “insertphone” atau “headphone” dan
vibrator tulang. Pendengaran akan diuji pada frekuensi 250 Hz, 500 Hz, 1 kHz, 2
kHz, 4 kHz. Pendengaran pada frekuensi 8 kHz akan diuji melalui vibrator
tulang sahaja. Ujian ini dilakukan dalam bilik kedap bunyi dengan suasana
sekeliling yang sunyi.
14.4. Audiometri Permainan
Ini merupakan suatu bentuk ujian pendengaran yang digunakan bagi kanak-kanak
yang berumur di antara 3 hingga 7 tahun. Ia merupakan suatu bentuk permainan
yang menyeronokkan bertujuan menentukan tahap pendengaran kanak-kanak.
Semasa ujian ini, kanak-kanak akan diajar untuk melakukan suatu bentuk kerja
(dalam bentuk permainan) seperti mengusun blok, memasukkan blok ke dalam
kotak apabila mendengar sesuatu bunyi yang diberikan melalui
‘inserphone’ atau ‘headphone’ dan vibrator tulang. Fasa ini dikenali
sebagai fasa penyesuaian yang mana memerlukan latihan dan pengulangan.
14.5. Audiometri Rangsangan Penglihatan
Ini merupakan suatu bentuk ujian pendengaran yang dilakukan kepada kanak-
kanak pada umur antara 6 bulan hingga 24 bulan. Secara asasnya, kanak-kanak
akan di ajar untuk memandang kepada patung yang bercahaya dan bergerak yang
33
menarik apabila mendengar sesuatu bunyi. Fasa ini dikenali sebagai fasa
penyesuaian.
14.6. Tympanometri
Ujian ini dilakukan bagi menentukan keadaan telinga tengah pesakit. Ini mampu
mengenalpasti sebarang keabnormalan pada bahagian telinga pesakit termasuklah
keadaan gegendang telinga dan isipadu telinga. Ujian ini hanya mengambil masa
antara 3 ke 5 minit dan pesakit hanya perlu mendiamkan diri semasa ujian
dijalankan. Prosedur ini adalah tidak menyakitkan.
14.7. Gelombang Otoakustik
Otoacoustic Emission merupakan suatu bentuk ujian yang dijalankan bagi
mengesan keadaan organ pendengaran pesakit yang dikenali sebagai koklea.
Bagi penyaringan pendengaran dengan menggunakan ujian ini, hanya dua
keputusan yang diberikan samada lulus ataupun gagal. Keputusan lulus
membuktikan kesihatan organ pendengaran dan keadaan struktur pendengaran
yang baik. Pada masa kini, ujian ini dilaksanakan dikebanyakan unit-unit bersalin
bagi membolehkan pengesanan awal masalah pendengaran bagi bayi dapat
dilakukan. Jangka masa yang singkat iaitu antara 3 ke 5 minit diperlukan bagi
ujian ini bergantung kepada jenis mesin yang digunakan.
14.8. Ujian Elektrofisiologi
Ujian ini adalah merupakan ujian objektif yang tidak melibatkan kerjasama
daripada pesakit. Pesakit hanya perlu merehatkan diri sambil beberapa elektod
akan dipasang di bahagian kepala pesakit bagi mendapatkan gelombang
pendengaran. Ujian boleh digunakan bagi menentukan tahap dan jenis masalah
pendengaran melalui penganalisaan gelombang. Kebiasaannya ujian ini dilakukan
kepada kanak melalui penggunaan sedasi bagi membolehkan kanak-kanak
berada dalam keadaan rehat semasa ujian dijalankan.
34
15.0 KAEDAH KOMUNIKASI BAGI KANAK-KANAK CACAT PENDENGARAN
Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan kanak-
kanak bermasalah pendengaran antaranya ialah kaedah auditory oral, bacaan bibir,
bahasa isyarat, komunikasi seluruh dan pertuturan kiu (cued speech). Walau
bagaimanapun keberkesanan kaedah ini bergantung pada tahap kehilangan
pendengaran.
16.0 Kaedah Audiotory Oral
Kaedah ini menekankan proses mendengar serta bertutur dengan penggunaan saki
baki pendengaran secara lebih berkesan dan diperkukuhkan dengan penggunaan
alat bantu mendengar dan deria melihat serta deria sentuh. Selain itu, kaedah ini
juga tidak menggunakan bahasa isyarat atau ejaan jari tetapi menekankan kaedah
membaca gerak bibir (lip reading). Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi
memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur melibatkan latihan
mendengar untuk membolehkan mereka mendiskriminasikan bunyi-bunyi yang
berbeza.
17.0 Kaedah Bacaan Bibir
Kaedah ini juga menekankan penggunaan penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini
memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan
dalam situasi ini penutur berada di tempat yang terang dan jelas dilihat bagi
memudahkan pemahaman sesuatu perkara yang ingin disampaikan.
18.0 Kaedah Bahasa Isyarat
Pada amnya bahasa isyarat digunakan dengan mudah dengan menggabungkan
perkataan dengan makna asas. Namun begitu terdapat pelbagai bahasa isyarat
termasuk American Sign Language, Pidgin Sing Language (PSE), dan banyak lagi
bahasa isyarat yang boleh digunakan. Di Malaysia, bahasa isyarat yang digunakan
ialah Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM).
19.0 Kaedah Komunikasi Seluruh
Kaedah ini adalah satu kaedah yang menggabungkan ejaan jari,isyarat, bacaan
bibir, pertuturan dan implikasi auditori. Elemen penting dalam kaedah ini adalah
penggunaan isyarat dan pertuturan secara serentak.
35
20.0 Kaedah Pertuturan Isyarat (Cued Speech)
Kaedah ini diperkembangkan dari kaedah bacaan bibir, menggunakan bentuk-
bentuk tangan bagi memandu bunyi-bunyian. Bentuk-bentuk tangan yang
dilambangkan (kiu), ditentukan pada kawasan-kawasan di mana bentuk tangan
menentukan bunyi perkataan. Selain itu, terdapat lapan bentuk tangan bagi
konsonan dan empat bentuk tangan bagi menentukan bunyi huruf vokal.
36
21.0 RUJUKAN
Wayne Olsen. (2004). Mayo Clinic on Hearing: Strategies for Managing Hearing Loss,
Dizziness and Other Ear Problems. United States of America : Mason Crest
Publishers.
Helmut Buettner. (2002). Mayo Clinic on Vision and Eye Health : Practical Answers on
Glaucoma, Cataracts, Mocular Degeneration and Other Conditions. United
States of America : Mason Crest Publishers.
Frederick N. Martin & John Greek Clark. (2006). Introduction to Audiology. United
States of America : Pearson Allyn & Bacon.
Vera H. Darling & Margaret R. Thorpe. (1996). Perawatan Mata. Indonesia : Yayasan
Essentia Medica & Penerbit ANDI.
Patrick D. Trevor-Roper & Mohd Nor Marahakim (penterjemah). (1987). Nota
Syarahan Oftalmologi. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Portal NIH SeniorHealth. (http://nihseniorhealth.gov/)
Portal Children’s Vision (www. childrensvision .com )
Portal Hearing Dizziness Wellness Center (http://hearing-aids-orlando-fl.com/)
Portal American-Speech-Language-Hearing Association (http://www.asha.org/)
37
LAMPIRAN
38