Download - Edward de Bono Rev2
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
1/28
- 1 -
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
2/28
- 2 -
ISI KANDUNGAN Muka Surat
1. Sinopsis 3
2. Pendahuluan 3
3. Latar belakang Edward De Bono..... 54. Tujuh peringkat pemikiran Edward De Bono (CoRT1). 7
1. Baik, Buruk, Menarik
2. Ambil kira Semua Faktor . 9
3. Kesan dan Akibat daripada Kesan
4. Tujuan, Matlamat, Objektif..... 10
5. Pertama dalam Kepentigan
6. Alternatif, Kemungkinan, Pilihan... 10
7. Pandangan Orang Lain
5. Enam Topi PemikiranEdward De Bono 11
6. Perspektif.... 13
7. Ilusi pandangan .. 14
8. Pemikiran De Bono dalam pembelajaran di sekolah... 15
9. Ringkasan Tujuh Peringkat Pemikiran De Bono.... 17
1. Bertanya
2. Mudahkan.. 20
3. Kelaskan
4. Hubungkan. 22
5. Lakukan
6. Sebatikan 24
7. Murnikan
10. Pendapat. . 26
11. Kesimpulan. . 2712. Rujukan... . 28
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
3/28
- 3 -
1. SINOPSIS
Dalam menghuraikan secara terperinci 7 peringkat pemikiran Edward De Bono
dalam pembelajaran di sekolah, secara amnya kertas kerja ini telah dibahagikan
kepada 3 bahagian utama iaitu:
1. Latar belakang Dr. Edward De Bono (ms. 5-6)
2. Tujuh peringkat pemikiran Dr. Edward De Bono (ms. 7-12)
3. Pembelajaran di sekolah dalam 7 cara pemikiran Dr. Edward De Bono
(ms. 15-25)
Bermula dengan latar belakang Dr. Edward De Bono, 7 peringkat pemikiran pula
akan dijana daripada program CoRT 1 dan buku 6 Thinking Hats beliau.Seterusnya 7 ringkasan pengajaran dari pemikiran Dr. Edward De Bono akan
dimuatkan di dalam bahagian akhir beserta dengan ulasan pendapat dan diakhiri
dengan kesimpulan.
2. PENDAHULUAN
Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 (2005) pemikiranbermaksud perihal berfikir
(memikir) dan berfikir pula bermaksud menggunakan akal untuk
menyelesaikan sesuatu, (dalam ingatan) dan memikir pula bermaksud berfikir
mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu termasuk menyangka dan
menganggap. Dalam erti kata lain, berfikir adalah suatu proses menggunakan
minda (otak) dalam mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
meneroka, mencari ideaatau alternatifuntuk membuat pertimbangan yang wajar
bagi sesuatu keputusan atau rumusan.
Secara amnya, berfikir terjadi secara spontan atau automatik dan semulajadi.
Proses berfikir terjadi di dalam otak. Otak adalah deria yang sangat sensitifdan
nalurisemulajadi manusia pula sentiasa bersifat ingin tahu. Menurut Dr. Susan
Ludington Hoe dan K. Golant (1987) pada asasnya pemikiran minda bermula
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
4/28
- 4 -
dari peringkat dalam rahim (fetus) lagi. Di peringkat bayi minda akan mula
berfikir selari dengan penggunaan deria-deria asas iaitu mata, telinga, kulit atau
tangan, hidung, lidah (merasa secara fizikal - manis, masam, masin dan pahit),
hati (merasa secara ilmiah atau perasaan) dan otak (berfikir - membuat
rumusan).
Elemen dalam Gambarajah 1 adalah deria penting yang akan menjana
pemikiran. Ini adalah alat yang akan menyebabkan otak atau minda berfikir.
Elemen yang disebutkan sebenarnya adalah faktor luaran. Faktor dalaman
adalah sifat ingin tahu (Hoe, and Golant, 1987, ms. 57). Ini adalah asas
pemikiran yang akan dibawa bayi tersebut apabila melangkah ke alam
persekolahan.
Gambarajah 1: Deria Asas Manusia
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
5/28
- 5 -
Foto 1 (di bawah): DR. EDWARD DE BONO
(Wikipedia Foundation, 2012)
3. LATARBELAKANG EDWARD DE BONO (De Bono, 2012)
Edward Charles Francis Publius De Bono atau lebih dikenali dengan nama
mudah beliau Edward De Bono lahir pada 19 May 1933 di Malta (Wikipedia
Foundation, Inc., 2012). Beliau bersekolah di St Edward College dankemudiannya belajar di Universiti of Malta dan Berjaya berjaya mendapat Ijazah
Perubatan (Medical Degree) pada umur 15 tahun.
Beliau menyambung sebagai Rhodes Scholar dan memperoleh Ijazah Sarjana
(M.A) dalam bidang Psikologi dan Fisiologi di Christ Church, Oxford, London.
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
6/28
- 6 -
Seterusnya beliau mendalami terus ke peringkat Ph.D dalam bidang perubatan
dan mendapat D.Phil di Trinity College, Cambridge, England. Beliau pernah
berkhidmat di universiti Oxford, Cambridge dan Harvard, kesemuanya di London.
Beliau juga belajar undang-undang dan mendapat LLB Degree dari University ofDundee, England. Beliau juga mendapat Ijazah SeniReka (D.Design) dari Royal
Melbourne Institute of Technology, Australia.
Dr. Edward De Bono telah menulis banyak buku yang mana telah diterjemahkan
ke dalam lebih dari 30 bahasa. Beliau juga telah memberi ceramah di lebih 50
buah Negara.
Buku The Mechanism of Mind beliau yang diterbitkan pada tahun 1969 ialah
berkenaan pemikiran kreativiti. Kemudiannya Edward De Bono telah
mengembangkan konsep tersebut kepada pemikiran secara lateral.
Pada tahun 1988, Edward De Bono telah dianugerahkan hadiah Capirepertama
di Madrid. Pada July 1994 Edward De Bono mendapat anugerah Pioneer Prize
dalam Bidang Pemikiran di M.I.T. Boston. Pada Januari 1995, beliau menerima
pingat tertinggi iaitu National Order of Merit dari kerajaan Malta. Pada
September 1996, De Bono Institute telah dil ancarkan di Merbourne,
Aust ral ia dengan sumbangan dar i Ya yasan Andrews sebanyak
$8.5juta.
Kehebatan cara pemikiran beliau telah digunakan oleh banyak syarikat besar
seperti IBM, Dupont, Prudential, AT&T (USA), British Airways, British Coal, NTT
(Japan_, Ericsson (Sweden) dan Total (France) termasuk Microsoft Corporation.
Hasil kerja beliau disambut oleh banyak pihak dan Negara termasuk Lord
Mountbatten, Pentagon, UN juga Komanwel. 6 Thinking Hats adalah antara
buku terbaru beliau. Sedutan motivasi Dr. Edward De Bono juga boleh didapati
secara langsung dari sesawang YouTube di internet.
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
7/28
- 7 -
Foto 2 (di atas): contoh buku-buku Edward De Bono
4. TUJUH PERINGKAT PEMIKIRAN EDWARD DE BONO (CoRT 1)
Edward De Bono adalah pengasas kepada pemikiran lateraldan pemikiran selari
(parallel thinking) (CoRTthinking.com, 2012). Beliau juga telah membongkar
banyak jenis dan bentuk pemikiran yang lainnya seperti pemikiran kreatif,
pemikiran abstrak dan pemikiran konkrit. Secara amnya, beliau membahagikan
pemikiran kepada 2 iaitu (BrainyChild.com, 2012):
1. Pemikiran Lateral (Lateral Thinking)
2. Pemikiran Vertikal (Vertical Thinking)
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
8/28
- 8 -
Pada tahun 1972 Edward De Bono membuka Cognitive Research Trustuntuk
mengajar konsep dan pemikirannya di sekolah-sekolah (De Bono, 2012).
Pemikiran CoRT (CoRTthinking.com, 2012) diajar meliputi 6 aspek berikut:
1. CoRT 1 INTIPATI (Breadth)2. CoRT 2 PENGURUSAN (Organisation)
3. CoRT 3 INTERAKSI (Interaction)
4. CoRT 4 KREATIVITI (Creativity)
5. CoRT 5 INFORMASI & PERASAAN (Information & Feeling)
6. CoRT 6 PERLAKUAN (Action)
Rajah 1: Pemikiran CoRT 1
CoRT 1 adalah initipati atau asas pembelajaran pemikiran Edward De Bono.
Secara khususnya, pemikiran CoRT 1 pula telah di bahagikan kepada 7
peringkat seperti lakaran dalam Rajah 1.
http://www.edwdebono.com/debono/cort11.htmhttp://www.edwdebono.com/debono/cort12.htmhttp://www.edwdebono.com/debono/cort13.htmhttp://www.edwdebono.com/debono/cort14.htmhttp://www.edwdebono.com/debono/cort15.htmhttp://www.edwdebono.com/debono/cort16.htmhttp://www.edwdebono.com/debono/cort16.htmhttp://www.edwdebono.com/debono/cort15.htmhttp://www.edwdebono.com/debono/cort14.htmhttp://www.edwdebono.com/debono/cort13.htmhttp://www.edwdebono.com/debono/cort12.htmhttp://www.edwdebono.com/debono/cort11.htm -
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
9/28
- 9 -
4.1. Baik. Buruk dan Menarik [Plus, Minus, Intereting (PMI)]
Cara kita menilai baik dan buruk sesuatu adalah penting. Setiap sesuatu yang
bermain difikiran boleh ditafsirkan sebaagai baik atau sebaliknya buruk
(minus). Perkara yang tidak termasuk dalam baik atau buruk adalah menarik.
Ianya boleh digunakan dalam sesi mesyuarat, perbincangan secara individu atau
berkumpulan. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, kita harus menimbang
sesuatu idea atau perkara dari sudut positif (baik) dan negatif (buruk) bagi
mendapatkan keputusan yang terlebih baik.
4.2. Ambil kira Semua Faktor [Consider All Factors (CAF)]
Dalam kehidupan, kita diberi pilihan untuk memilih. Dalam membuat pilihan yangtepat, kita harus mengambil kira semua perkara atau faktor, melihat dari semua
sudut dan perpektif. Mengambil kira semua perkara adalah sesuatu yang amat
penting dalam membuat keputusan atau rancangan. Ini adalah termasuk
mengambil kira faktor luar jangka (unexpected). Kita harus tahu
menyenaraikan semua faktor yang terbabit dalam sesuatu idea untuk memilih
mana-mana yang sangat berkaitan dan mana penting sahaja. Faktor kecil juga
harus diambil kira. Ia mengajak kita untuk melihat dari semua perspektif.
4.3. Kesan dan Akibat daripada Kesan [Consequence and Sequel (C&S)]
Sebab dan akibat, tindakan dan tindak balas, kesan dan akibat daripada kesan
adalah perkataan yang serupa walaupun tidak sama. Setiap perbuatan akan
meninggalkan kesan. Contohnya ialah, jika kita berbuat A, hasilnya ialah X. Jika
kita lakukan B, hasilnya ialah Y. Ini adalah contoh kesan dan akibat daripada
kesan tersebut. Dalam ertikata lainnya, ia adalah sebab dan akibat. Apa sahaja
yang kita lakukan perlulah difikirkan sebaik mungkin agar ia sesuai dengan
kehendak semasa kerana ia akan menimbulkan akibat (secara langsung atau
tidak langsung). Murid dan guru juga perlu memikirkan kesan-kesan sampingan
lain akibat rancangan kita itu seperti iaitu kesan kepada orang lain, masyarakat
dan juga alam sekitar.
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
10/28
- 10 -
4.4. Tujuan, Matlamat dan Objektif [Aims, Goals and Objectives (AGO)]
Tujuan, matlamat dan objektif mengajar minda supaya lebih fokus kepada satau
satu tujuan atau matlamat. Pemikiran sebegini perlu ada supaya minda tidak
tersasar jauh dari matlamat dan tujuan. Setiap apa yang kita lakukan sudah
tentu ada alasan dan sebabnya. Inilah yang contoh diperkatakan - tujuan
tertentu ataupun untuk mencapai sesuatu objektif atau matlamat. Matlamat dan
tujuan memudahkan minda mencapai objektifnya.
4.5. Pertama Dalam Kepentingan [First Important Priority (FIP)]
Kita juga harus pandai membuat saringan. Perkara yang pertama seharusnya
diutamakan. Perkara yang akhir perlu dikemudiankan. Perkara yag tidak pentingharus dan boleh ditinggalkan dan tidak perlu untuk emasuki senarai minda kita.
Para guru boleh membantu murid dalam aktiviti ini. Menggunakan alat-alat
berfikir diatas boleh menimbul masalah untuk membuat pemilihan di antara
banyak faktor, objektif dan kesan-kesan yang telah kita senaraikan bagi sesuatu
perkara atau rancangan yang kita lakukan. Untuk tujuan pemikiran ini kita
terpaksa memilih yang paling utama sahaja dan meletakkan kepentingan yang
lain sebagai nombor dua dan seterusnya kerana tidak mungkin kita dapat
lakukan semua itu secara serentak. Apa yang paling penting ialah minda harus
tahu keutamaan sendiri.
4.6. Alternatif, Kemungkinan, Pilihan [Alternatives, Possibilities, Choices (APC)]
Perkara keenam ini mencadangkan kepada kita agar berusaha mencari pelbagai
alternatif, pilihan dan kemungkinan supaya kita dapat melihat idea atau perkara.
Ini bertujuan agar kita dapat melihat idea atau isu tersebut dengan pandangan
yang lebih meluas dan dari pelbagai sudut pandangan. Dalam menyelesaikan
masalah, kita mempunyai banyak jalan, kemungkinan, pilihan dan alternatif. Kita
lakukan rancangan demi rancangan, satu per satu - plan A, plan B, plan C untuk
mendapat sesuatu keputusan. Sekiranya rancangan A tidak berjaya, kita tukar
minda untuk melakukan rancangan yang B, rancangan C dan seterusnya
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
11/28
- 11 -
sehingga matlamat kita tercapai. Apa yang penting ialah minda kita harus lebih
fleksibelapabila berdepan dengan masalah pemikiran sebegini.
4.7. Pandangan Orang Lain [Other Peoples View (OPV)]
Salah satu aspek dalam kemahiran berfikir ialah kebolehan kita mengetahui apa
pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara yang kita lakukan, terutama
yang berkaitan dengan perasaan dan minda orang lain. Alat OPV ini perlu
digunakan oleh semua orang terutama pemimpin di semua peringkat sama ada
Guru Besar ataupun guru-guru yang mempunyai pelajar sebagai orang yang
dipimpinnya. Kita perlu mendengar pandanan orang lain dalam sesuatu hal yang
kita putuskan supaya keputusan itu nanti mendapat sokongan dan kerjasama
semua pihak. Sebenarnya, apa sahaja yang kita fikirkan berkemungkinan juga
akan difikirkan oleh orang lain, cuma pendapatnya kadang kala berbeza oleh
kerana kita melihat dari sudut yang berbeza.
5. ENAM TOPI PEMIKIRAN EDWARD DE BONO
Pada tahun 1985, Edward De Bono telah mengasimilasikan (assimilate)
peringkat-peringkat dan pemikiran-pemikiran beliau menggunakan konsep yang
lebih mudah iaitu menggunakan Enam Topi Pemikiranatau 6 Thinking Hats
(De Bono, 1999). Mengikut tulisan beliau, topi ini dibahagikan mengikut 6 warna
seperti Gambarajah 2 supaya lebih jelas diingati oleh minda dan lebih sistematik.
Secara ringkasnya, warna yang dipilih membawa makna dan maksud yang
tertentu, sesuai mengikut tafsiran beliau. Contohnya, warna putih dikaitkan
dengan kertas computer. Secara ringkasnya topi putih adalah sesuatu yangnatural. Topi putih adalah fakta dan informasi. Topi merah pula adalah emosi,
kerana itu ia dikaitkan dengan api. Emosi akan kita sentiasa bertukar mengikut
arahan minda. Topi hitam pula adalah perspektif dari sudut yang negatif.
Apabila ada unsur yang tidak baik, apa yang harus minda kita lakukan ialah
mengambil langkah berjaga-jaga. Maka kerana itu topi hitam bermaksud berhati-
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
12/28
- 12 -
hati. Sesuatu yang negative mungkin berbentuk ancaman, halangan, cabaran
dan kelemahan. Topi kuning pula dikaitkan dengan matahari. Ia sentiasa
bersinar. Ini adalah berlawanan sifatnya dengan topi hitam. Topi kuning akan
memandang dari sudut yang positif. Ia akan memandang dari sudut peluang,
keperluan dan kekuatan.
Gambarajah 2: Enam Topi Pemikiran De Bono
Topi hijau pula dikaitkan dengan sayuran, sesuatu yang tumbuh dan sentiasa
membesar. Ini adalah idea minda yang harus dirangsang secara berterusan.
Topi biru pula membawa maksud langit (blue sky). Ianya adalah pemikiran
peringkat atasan. Topi biru akan mengawal selia proses kesemua topi yang lain.
Selain menggunakan Enam Topi Pemikirandalam perbincangan dan mesyuarat,
kegunaan pemikiran menggunakan Enam Topi ini juga sesuai untuk
diadaptasikan dalam pembelajaran di sekolah.
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
13/28
- 13 -
6. PERSPEKTIF
Kemahiran berfikir Edward De Bono secara lateral bukan sahaja untuk
menyelesaikan sesuatu masalah secara logik tetapi juga untuk melihat sesuatu
masalah dari pelbagai sudut dan perspektif dalam menyelesaikan masalahtersebut menggunakan daya imaginasi dan pendekatan yang agak luarbiasa.
Rajah 2: Sudut pandangan
Pandangan dari sudut atau perspektif yang pelbagai akan melahirkan persepsi
dan pendapat yang berbagai.
Edward De Bono telah membawa minda kita dari pemikiran lateral kepada
konsep Pemikiran Selari (Parallel Thinking) di dalam buku 6 Thinking Hats.
Pemikiran Selaribermaksud membawa semua pembaca melihat sesuatu objek
tersebut dari sudut yang sama pada masa yang sama dan bukannya semua
pembaca melihat dari sudut yang pelbagai pada masa yang sama. (Ingatkah
lagi anda tentang cerita 3 orang buta dan seekor gajah? Apakah
pengajarannya? Jawapan ada di minda anda). Seterusnya minda kita
disarankan supaya melihat dari sudut ini secara bersama-sama dan dilakukan
secara satu persatu (moment by moment), dari satu sudut ke satu sudut lain.
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
14/28
- 14 -
Apa sebenarnya Edward De Bono cuba sampaikan kepada minda kita ialah
bukan sahaja dari segi melihat tetapi untuk merenung lebih jauh dari itu.
Penglihatan kita akan terbatas oleh halangan objek, tetapi renungan minda kita
boleh menembusi objek itu sejauh kesampaian pemikiran kita.
Tidak mustahil saya nyatakan bahawa jika kita melihat kotak itu secara
keseluruhannya minda kita akan mendapat pandangan keseluruhan (overall
view). Ini bermaksud apa yang ada diluar kotak itu akan menjadi sebahagian
daripada pemikiran kita. Ini juga adalah salah satu intipati yang dimaksudkan
dalam Pemikiran Kreatif(Creative Thinking) Edward De Bono.
7. ILUSI PANDANGAN
Foto 3: Perempuan tua atau muda? (Angelo, 2012)
Lihat pula contoh lakaran Foto 3 diatas ini. Anda lihat perempuan tua? Lihat
kembali dari sudut mata perempuan tua di atas anda akan melihat itu adalah
telinga perempuan muda. Adakalanya penglihatan sahaja tidak cukup untuk
minda kita merumus kepastian.
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
15/28
- 15 -
8. PEMIKIRAN DE BONO DALAM PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
Pemikiran De Bono adalah sesuatu yang boleh dipupuk dan dibentuk dalam
pembelajaran di sekolah. Walaubagaimanapun memupuk pemikiran De Bono
perlu dilakukan secara berperingkat dan perlu dipermudahkan supaya ianyalebih mudah difahami murid atau pelajar. Sebelum minda melangkah lebih ke
hadapan, kita perlu memerhatikan terlebih dahulu alat-alat yang akan menjana
pemikiran di sekolah secara lebih khusus.
Secara khususnya, faktor luaran (alat berfikir) yang akan menjana pemikiran
atau minda murid dan pelajar dalam pembelajaran di sekolah adalah elemen-
elemen yang akan dibentangkan di helaian seterusnya berpandukan Rajah 3
berikut.
Rajah 3: Alat Berfikir di Sekolah
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
16/28
- 16 -
Alat berfikir ini akan digunakan oleh minda selari dengan deria asas yang
disebutkan sebelumnya dalam Gambarajah 1 di dalam bab pendahuluan.
Buku teks di sekolah erlu diklasifikasikan mengikut tahap umur iaitu, pra-sekolah,
rendah, menengah, dan tinggi. Ianya mestilah menggunakan bahasapenyampaian yang mudah diterima pakai oleh semua budaya dan kaum. Warna
yang menarik juga harus digunakan untuk menarik minat murid kepada
pembelajaran.
Isi pembelajaran hendaklah mengikut kesesuaian umur dan harus mendorong
minat murid kearah pembelajaran yang berbentuk interaktif. Untuk menjadikan
pembelajaran lebih menarik, isi pembelajaran harus digubal mengikut
kesesuaian deria asas sedia ada. Ianya juga harus mempunyai banyak nilai-
nilai murni yang perlu disebatikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Soalan dan ujian boleh digubal berasaskan jawapan objektif bertumpu, bercapah
(objektif yang lebih dari 1 jawapan), subjektif, lisan dan juga ujikaji makmal.
Latihan yang diberikan boleh berbentuk penulisan, pemahaman, pembacaan,
latihan amali, dan juga sukan.
Guru pula adalah contoh terbaik dalam memperkayakan minda murid. Murid
mungkin boleh mudah lupa apa yang guru ajarkan tetapi mereka juga akan lebih
senang meniru apa yang para guru lakukan daripada apa guru yang diajarkan.
Para pendidik perlu memahami konsep pemikiran De Bono terlebih dahulu
sebelum menerapkan nilai-nilai murni eliau ke dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Di sekolah pula, kebersihan seperti di bilik air, susun-atur, tatacara, sistem
pentadbiran, kantin sekolah dan prasarana seperti perpustakaan, makmal sains,dan pusat bahasa akan menjadi alat berfikir seterusnya.
Kawan-kawan disekolah juga boleh menjana pemikiran minda murid dan pelajar.
Pergaulan yang sihat boleh menhasilkan nilai-nilai murni yang positif.
Perbincangan secara berkumpulan boleh merangsang minda untuk berfikir dan
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
17/28
- 17 -
menggalakkan interaktiviti sesama rakan sebaya. Ancaman dari nilai-nilai yang
negatif bersama kawan harus dielakkan supaya minda sentiasa bersih dan fokus
ke arah pembelajaran.
Penglibatan ibubapa dan penjaga pula adalah faktor sekunder yang amatpenting dalam memperkasakan minda murid ke tahap yang lebih tinggi.
9. RINGKASAN TUJUH PERINGKAT PEMIKIRAN DE BONO
7 Peringkat Pemikiran Edward De Bono ini adalah sesuatu yang sangat
kompleks untuk difahami oleh minda murid atau pelajar di peringkat sekolah
terutamanya sekolah tadika dan rendah. Ringkasan pengajaran yang cuba
disampaikan oleh pemikiran-pemikiran De Bono di dalam program dan buku-
buku beliau boleh dimudahkan kepada 7 peringkat seperti Rajah 4 berikutnya:
Rajah 4: Ringkasan Tujuh Pemikiran Dr. Edward De Bono
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
18/28
- 18 -
9.1. BERTANYA
Komunikasi adalah penting dalam pembelajaran di sekolah. Tujuan bertanya
adalah untuk berkomunikasi. Berkomunikasi pula dilakukan dengan bahasa
yang mudah untuk difahami minda. Apabila pihak yang ditanya memberi
jawapan, maka berlakulah interaksi. Interaksi akan mewujudkan perhubungan.
Maka barulah pemikiran akan mengalir ke peringkat yang seterusnya. Bertanya
adalah cara yang paling mudah untuk menjana pemikiran. Murid atau pelajar
harus digalakkan bertanya samada soalan maupun jawapan yang tidak dapat
difahami. Contoh-contoh soalan akan bermula dengan ayat Apa? Siapa? Bila?
Di mana? Kenapa? dan Bagaimana? Bertanya adalah untuk mengumpul
maklumat. Ini ada dijelaskan di dalam Topi Putih Edward De Bono.
Otak akan bertanya secara spontan untuk mencari jawapan dalam
menyelesaikan masalah menikut kata tanya asas yang berikut seperti
Gambarajah 3.
Gambarajah 3: Kata Tanya Asas
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
19/28
- 19 -
Berpandukan kata tanya asas dalam Gambrajah 3, kita boleh menghasilkan Peta
Minda seperti contoh dalam Rajah 5. Ia adalah contoh rekaan dari konsep peta
minda (mind mapping) yang juga diperkenalkan oleh Edward De Bono di bawah
program CoRT beliau.
Rajah 5: Contoh Peta Minda
Ianya adalah satu aplikasi mudah dan boleh diguna pakai oleh murid apabila
membuat karangan bahasa Malaysia atau Inggeris. Peta minda juga mengajar
murid untuk memudahkan dan mengklasifikasikan objek dan subjek. Rajah 5
ialah satu contoh peta minda yang telah diolah mengikut miinda pelajar. Petaminda juga boleh digunapakai untuk memudahkan minda dan mengklasifikasikan
kehendak minda mengikut kesesuaian kelasnya.
Selain dari penglibatan murid dalam mengajukan soalan, para guru juga terlibat
secara lansung dalam proses menjawab soalan atau memberi penerangan
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
20/28
- 20 -
kepada murid. Ini dipanggil berinteraksi atau berkomunikasi. Para guru juga
harus bertanyakan pendapat murid. Ini ada dibentangkan di dalam Topi Hijau
Edward De Bono. Selain itu para guru juga harus bertanyakan perasaan murid
terhadap kaedah atau cara pembelajaran juga cara penyampaian. Perasaan
melibatkan Topi Merah.
9.2. MUDAHKAN
Otak lebih senang berfikir jika sesuatu perkara itu mudah dan tidak kompleks.
Musuh utama pemikiran ialah sesuatu yang kompleks (complexity) (De Bono,
1999, ms. 11). Sesuatu yang kompleks akan sukar untuk difahami dan tidak
mudah diterima minda. Sesuatu yang kompleks boleh mengelirukan minda.
Menimbal 6 bola pada satu masa susah untuk dilakukan. Menimbal 1 bola
adalah lebih mudah (De Bono, 1999, ms. 11).
Salah satu cara untuk memudahkan murid belajar dalam menghafal sifir ialah
dengan menyuruh murid mengingat jawapan untuk satu sifir sehari sahaja
berbanding dengan cara mengingat kesemua jawapan untuk 12 sifir. Contohnya
jika guru matematik harus mengajar sifir 3. Hari pertama ialah menyuruh murid
menghafal jawapan untu sifir 1 x 3. Jawapannya ialah 3. Hari kedua ialah
menyuruh murid menghafal jawapan untuk sifir 2 x 3. Jawapannya ialah 6. Hari
ketiga ialah menyuruh murid menghafal jawapan untuk sifir 3 x 3. Jawapannya
ialah 9. Sampailah hari ke-12 di mana murid harus menghafal sifir jawapan
untuk sifir 12 x 3. Jawapannya ialah 36. Ianya memerlukan 12 hari untuk
menghafal sifir 3. Maka cara mudah untuk mengingatkan murid ialah belajar
satu sifir satu. Minda akan lebih mudah untuk menghafal berbanding menghafal
12 sifir dalam satu hari.
Begitu juga bagi guru Bahasa Inggeris. Murid harus digalakkan untuk menyebut
satu patah perkataan dalam bahasa Inggeris sehari. Selama tempoh
pembelajaran di sekolah selama 266 hari setahun, murid akan dapat menguasai
266 ayat atau perbendaharaan kata (vocabulary). Ini hanyalah contoh untuk
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
21/28
- 21 -
memudahkan sesuatu pembelajaran di sekolah menggunakan konsep pemikiran
Edward De Bono.
Memudahkan sesuatu kepada minda membolehkan murid lebih fokus kepada
pembelajaran (De Bono, 1999, ms. 152). Pelajran harus diajarkan dalam bahasa
yang mudah difahami. Contohnya, mengajar dalam bahasa kebangsaan iaitu
Bahasa Melayu kepada murid melayu dan bukan melayu. Bahasa melayu
senang untuk difahami.
9.3. KELASKAN
Perkara seterusnya ialah untuk mengklasifikasikan hasil pertanyaan tadi. Murid
harus diajar untuk mengklasifikasikan benda atau objek. Ini membolehkanminda berfikir secara lebih sistematik. Pertanyaan demi pertanyaan akan
menghasilkan jawapan. Jawapan tersebut harus di letakkan pada klasifikasi
yang betul. Contohnya rajah yang berbentuk bulat dan segi tiga harus
diasingkan mengikut bentuknya, Cara terlebih mudah untuk mengklasifikasikan
sesuatu ialah menterjemahkan minda anda ke dalam kertas kosong secara
rawak. Contohnya ialah peta minda yang telah disebutkan sebelumnya.
Contoh seterusnya murid pandai harus diletakkan di dalam kumpulan yang
sama. Ini adalah contoh klasifikasi yang telah dilakukan oleh guru di sekolah.
Penyampaian kepada murid yang bijak dan kurang bijak juga akan jadi berbeza.
Ini adalah kerana faktor penerimaan minda murid kurang bijak adalah lebih
lambat berbanding murid pintar.
Klassifikasi juga boleh membezakan antara yang baik dan yang tidak elok.
Contoh seterusnya ialah murid boleh mengklasifikasikan nilai-nilai murni dari nilai
yang buruk. Otak adalah sangat sensitif kepada ancaman. Nilai-nilai yang tidak
elok harus diberi peringatan kepada murid. Contohnya ialah jangan datang lewat
atau ponteng sekolah sekiranya tiada alasan yang munasabah. Topi Hitam
Edward De Bono ada menerangkan konsep yang negatif yang sebegini. Perkara
yang positif dihuraikan dalam Topi Kuning beliau
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
22/28
- 22 -
9.4. HUBUNGKAN
Otak lebih mudah mengingat sesuatu perkara sekiranya ia memberi makna
kepada minda. Perhubungan antara fakta dan minda harus berlaku untuk otak
mengingat. Otak lebih senang mengingati sesuatu sekiranya terdapat hubungan
dengannya. Perhubungan pemikiran dan otak hanya boleh berlaku sekiranya
minda boleh merumuskan sesuatu perkara secara logik.
Jika diberitahu kepada seorang anak kecil jangan main api kerana api itu panas
dan boleh membakar, si anak tidak akan percaya. Ini adalah kerana minda itu
perlukan penjelasan kenapa api itu panas. Bagaimana panasnya api? Apakah
yang api boleh lakukan kepada dirinya? Ini adalah soalan lazim kepada minda.
Minda perlukan jawapan. Naluri semulajadi iaitu sifat ingin tahu akan mendorong
si anak untuk melakukan perhubungan dengan api. Apabila bermain dengan api,
maka si anak melecur tangannya. Selepas peristiwa ini si anak tidak akan
mengulangi perkara bermain api atau akan lebih berhati-hati apabila bermain api.
Ini adalah kerana mindanya telah mendapat jawapan. Pengalaman telah
mengajar si anak untuk menjadi lebih dewasa. Hanya setelah beroleh jawapan
(justifikasi) maka terjadilah perhubungan pemikiran dan otak.
Menghubungkan gambar dengan sesuatu perkataan juga membolehkan minda
berhubung dengan otak. Gambar bola lebih mudah untuk diingati setelah murid
tahu bagaimana bentuk bola. Gajah lebih mudah dikenali setelah murid
dipaparkan gambarnya. Menggunakan model juga membolehkan pemikiran
berhubung dengan otak dengan lebih cepat. Membawa murid ke zoo negara
melihat bagaimana rupa gajah sebenar adalah lebih menyeronokkan daripada
melihat gambar gajah sahaja.
Perhubungan pemikiran tentang sesuatu perkara yang menyeronokkan, sedap,
baik, elok, bagus akan lebih mudah diingati oleh otak berbanding sesuatu
perkara yang tidak elok, tidak senang atau tidak mengembirakan. Ini adalah
kerana otak juga berhubung kait dengan hati dan perasaan, Perasaan hanya
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
23/28
- 23 -
akan lebih senang terhadap perkara yang suka dan gembira daripada perkara
yang mendukacitakan.
Warna juga memainkan peranan dalam perhubungan pemikiran dan otak.
Warna yang sesuai menjadikan imaginasi menjadi lebih jelas dan ketara. Warna
juga memudahkan otak untuk mengingat dan menghubungkaitkan objek dan
subjek (De Bono, 1999, ms. 13). Penggunaan warna akan juga merangsang
minda. Oleh kerana itulah Edward De Bono menggunakan warna yang berbeza
dalam konsep 6 Thinking Hats beliau. Setiap satu warna membawa maksud
yang tertentu dalam tafsiran dan pengertian minda Edward De Bono.
9.5. LAKUKAN
Pemikiran harus diterjemahkan bukan sahaja dalam bentuk perkataan tetapi juga
dalam bentuk perbuatan. Berfikir sahaja tidak akan memberikan apa-apa
perbezaan kepada murid juga guru. Murid harus tahu untuk mengaplikasikan
minda dalam bentuk perkataan dan perbuatan. Perkataan yang keluar dari
suara murid adalah hasil terjemahan mindanya. Perbuatan yang dilakukan oleh
murid juga adalah hasil terjemahan mindanya. Pemikiran yang kompleks akan
melahirkan perkataan yang kompleks dan juga perbuatan yang kompleks.
Begitu juga sebaliknya. Aplikasi minda akan melibatkan perubahan perasaan.
Perkara ini ada disebutkan di dalam buku 6 Topi Pemikiran De Bono.
Di samping itu, para guru juga harus tahu untuk mengaplikasikan pengajaran
yang sesuai dengan tahap minda murid. Hanya minda bertaraf kelas pertama
boleh menghasilkan murid yang bertaraf sama dengannya. Untuk
memperkasakan minda murid, pemikiran Edward De Bono amat sesuai untuk
diaplikasikan di dalam sistem pembelajaran di sekolah. Contoh aplikasi yang
mudah ialah menggunakan Peta Minda. Selain menggunakan Peta minda kita
boleh menggunakan grafik, carta, rajah, untuk menghubungkan minda. Apa
yang perlu difahami ialah aplikasi yang berlaku adalah hasil terjemahan minda.
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
24/28
- 24 -
Saranan cara pembelajaran di sekolah mengikut adaptasi pemikiran Edward De
Bono ialah pembelajaran boleh dilakukan secara serentak dalam kumpulan juga
secara individu. Pembelajaran di sekolah akan meliputi 6 aspek-aspek seperti
Rajah 6 berikutnya:
Rajah 6: Enam aspek pembelajaran
9.6. SEBATIKAN
Pemikiran Edward De Bono juga harus disebatikan di dalam pembelajaran di
sekolah. Langkah ini adalah penting kerana sebatian yang jitu datang dari hasil
yang jitu dari semua pihak yang terlibat. Peranan sekolah sahaja tidak akan
mencukupi tanpa guru yang bertungkus lumus. Sukatan pelajaran yang sesuai
sahaja tidak akan menjadi kenyataan jika murid sendiri tidak mahu
menggunapakai apa yang diajarkan. Pembelajaran yang membosankan juga
tidak akan menjadikan sebatian itu jitu. Pelajaran yang melampau akan
membebankan murid dan melemahkan perasaan atau semangat juang dan daya
saing murid yang kurang bijak. Keseronokan yang melampau boleh
menjatuhkan moral murid. Ibubapa yang tidak prihatin kepada pembelajaran
anak-anak akan menyebabkan si anak ambil tidak kisah tentang pelajaran.
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
25/28
- 25 -
Apa yang Edward De Bono ajukan di dalam buku 6 Thinking Hats ialah supaya
kita melibatkan diri secara langsung (participate) dalam mencari jawapan kepada
sesuatu masalah. Kerana itulah asimilasi amat penting dalam proses
pembelajaran di sekolah. Proses asimilasi melibatkan semua faktor, elemen dan
komponen, aspek, perspektif dan persepsi. Proses asimilasi melibatkan semua
pihak, objek dan subjek juga predikat. Bahan-bahan utama yang akan dijadikan
proses asimilasi ialah faktor luaran yang telah disebutkan sebelum ini. Ini adalah
bahan utama yang akan diasimilasikan untuk membentuk sebatian berkenaan
guru, kurikukulum, kokurikulum, sekolah, kawan-kawan dan sebagainya juga
minda itu sendiri. Sebatian yang kompleks akan menghasilkan baja yang
kompleks. Sebatian yang tidak kuat, rapuh isinya dan tidak cukup komponennya
akan menghasilkan baja yang sebaliknya. Asimilasi adalah proses pengurusan
dan mengawal selia hasil minda. Ini diterangkan oleh Edward De Bono dalam
konteks Topi Biru beliau.
9.7. MURNIKAN
Penambah-baikan atau naik taraf adalah satu usaha yang harus dilakukan dalam
apa jua bidang termasuk pembelajaran di sekolah. Dalam Topi Hijau Edward De
Bono beliau mengesyorkan supaya minda selalu bersedia untuk pergi lebih jauhdari itu, sentiasa mencari jawapan yang lebih baik, penyelesaian yang mungkin
mempunyai lebih dari satu jawapan atau alternatif yang sesuai dengan kehendak
minda yang mana akan di setujui oleh perasaan kita. Minda hanya akan berhenti
rehat apabila hati dan perasaan kita puas seketika.
Dalam ertikata lain, memurnikan sesuatu hasil murid, hasil mesyuarat guru, hasil
tulisan, reka grafik, sukan murid dan pelbagai lagi adalah satu usaha murni yang
harus digalakkan dan ianya hendaklah dilakukan secara berterusan,
Memperkayakan minda dengan ilmu yang pelbagai juga hendaklah dilakukan
secara berterusan kerana hanya minda cemerlang, gemilang dan terbilang
sahaja yang akan mampu menterjemahkan hasil usaha dan kerja sepertimana
yang minda kita mahukan.
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
26/28
- 26 -
10. PENDAPAT
Anda adalah apa yang anda fikirkan (what you think makes you)
Foto 4: Topi pelbagai warna (the 7thHat)
Dalam melahirkan pendapat, ia tiada persoalan siapa salah atau siapa betul (De
Bono, 1999, ms. xiii). Yang perlu dicari adalah kebenaran minda dalam mencari
keputusan untuk bergerak maju ke hadapan. Sekiranya kita duduk di kandang
yang salah, sudah tentulah kita tidak akan layak berjumpa kebenaran kerana
hanya di kandang yang betul sahaja baharulah kita akan menghampiri
kebenaran.
7 ringkasan pengajaran dari pemikiran-pemikiran Edward De Bono tadi akhirnya
akan membentuk topi yang ke tujuh (the 7thHat). Ianya adalah sebuah topi yang
berwarna warni yang mempunyai kesemua warna 6 Thinking Hatsbeliau.
Sebelum ini, kita melihat topi warna satu persatu secara saksama. Apa yang
telah kita pelajari akan menjadi pengetahuan, pengalaman dan kebiasaan
(habit). Maka tidak mustahil bagi kita akhirnya kita boleh menimbal bukan sahaja
6 bola, tetapi 7 atau lebih daripada itu pada satu masa yang sama. Ini adalah
kerana kemahiran berfikir yang boleh dipelajari sekiranya minda mahu. Apa
yang kita lakukan adalah hasil terjemahan minda kita. Bila tiba masanya, kita
akan layak untuk memakai topi berwarna warni itu setelah minda menguasai
satu persatu konsep topi satu warna ke satu warna yang lain, secara
keseluruhannya setelah diasimilasikan dengan sempurna.
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
27/28
- 27 -
11. KESIMPULAN
Tugas para guru dalam pembelajaran di sekolah bukan lagi hanya untuk
mengajar ilmu pengetahuan sahaja tetapi mereka juga perlu mengembangkan
potensi murid secara menyeluruh terutamanya dari sudut intelektual. Denganpeningkatan intelek yang tinggi, maka ketinggian rohani, jasmani dan emosi
secara langsung akan dapat dipertingkatkan.
Kejayaan kita bergantung kepada keberkesanan cara kita berfikir (De Bono,
1999). Akan tetapi keberkesanan cara berfikir sahaja tidak mencukupi jika tidak
disusuli dengan perbuatan atau perlakuan untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Para guru dan pelajar perlu bertindak segera. Ianya perlu dilakukan
sekarang dan juga secara berterusan. Jika tidak ianya akan menjadi satu
perkara dan usaha yang sia-sia seperti mencurah air di daun keladi.
Edward De Bono telah mengajak kita untuk menggunakan minda secara lebih
meluas. Kita harus merenungbukan sahaja apa yang ada di dalam kotak tetapi
juga di luar kotak (out of the box) malah lebih jauh dari itu.
Dalam konteks pembelajaran di sekolah selain daripada guru dan murid, ibubapa
serta penjaga juga adalah terlibat sama secara sekunder dalam sebagai alatpenjana pemikiran.
Dalam menghadapi cabaran melakukan tugasan harian dan mengasimilasikan
pemikiran De Bono dalam pembelajaran di sekolah adalah perlu bagi para guru
menghayati kemahiran berfikir terlebih dahulu sebelum menerapkan nilai-nilai
murni pemikiran beliau ke dalam sistem pembelajaran. Hanya dengan cara ini
barulah diri dapat dimartabatkan dengan usaha-sama minda.
Tidak dinafikan bahawa 7 peringkat pemikiran Edward De Bono (CoRT 1)dan
6 Topi Pemikiran beliau adalah sesuatu yang penting dalam pembelajaran di
sekolah jika ianya dapat diaplikasikan dengan cara yang lebih ringkas atau
dipermudahkan dan ianya mestilah dilakukan secara berterusan dengan
sewajarnya.
-
7/30/2019 Edward de Bono Rev2
28/28
12. RUJUKAN
Angelo, Robert Wesley (Rev. 2012) Wittgenstein's Logic of Language. Dipetik
Oktober 17, 2012, daripadahttp://www.roangelo.net/logwitt/gestalt-shift.html
Berfikir (2005). Kamus Dewan(Ed. 4, ms. 410). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka
BrainyChild.com (2012). Brainychild: Make your child smarter. Dipetik Oktober
24, 2012, daripada http://www.brainy-child.com/articles/edward-de-bono.shtml
CoRTthinking.com (2012). CoRT 1Edward De Bono CoRT Thinking Lessons.
Dipetik Oktober 17, 2012, daripada
http://www.edwdebono.com/debono/cort.htm
De Bono, Edward (1999). Six Thinking Hats(Rev. ed.). New York: Back Bay
Books. (Terbitan Asal 1985)
De Bono, Peter (2012). Edward De Bono: Father of lateral thinking. Biography of
Edward De Bono. Dipetik Oktober 17, 2012, daripada
http://www.edwdebono.com/biograph.htm
Hoe, Dr. Susan Ludington, & Golant K. (1987). How to have a smarter baby: The
Infant Simulation Program for enhancing your babys natural development(Rev.
Ed.). New York: Bantam Books. (Edisi Rawson 1985)
Pemikiran (2005). Kamus Dewan(Ed. 4, ms. 411). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Wikipedia Foundation, Inc. (2012). Wikipedia: the free encyclopedia. Dipetik
Oktober 17, 2012, daripadahttp://en.wikipedia.org/wiki/Edward_de_Bono
http://www.roangelo.net/logwitt/gestalt-shift.htmlhttp://www.roangelo.net/logwitt/gestalt-shift.htmlhttp://www.roangelo.net/logwitt/gestalt-shift.htmlhttp://www.brainy-child.com/articles/edward-de-bono.shtmlhttp://www.brainy-child.com/articles/edward-de-bono.shtmlhttp://www.edwdebono.com/debono/cort.htmhttp://www.edwdebono.com/biograph.htmhttp://www.edwdebono.com/biograph.htmhttp://en.wikipedia.org/wiki/Edward_de_Bonohttp://en.wikipedia.org/wiki/Edward_de_Bonohttp://en.wikipedia.org/wiki/Edward_de_Bonohttp://www.edwdebono.com/biograph.htmhttp://www.edwdebono.com/debono/cort.htmhttp://www.brainy-child.com/articles/edward-de-bono.shtmlhttp://www.roangelo.net/logwitt/gestalt-shift.html