Download - Ciri Guru Professional Berkualiti
-
8/8/2019 Ciri Guru Professional Berkualiti
1/13
K K P P N 2 0 1 0 M u k a s u r a t | 1
I P G K D R I K P M
1.0 PENGENALAN
Sesungguhnya Malaysia amat memerlukan kemajuan modal insan berminda
kelas pertama demi memastikan status negara maju pada tahun 2020 dapat dicapai.[1]
Dengan kewujudan modal insan berminda kelas pertama, ianya bagaikan aset penting
kepada negara melangkaui aset berbentuk wujud yang lain. Kerana kewangan dan
segalanya akan lancar seandainya insan yang mentadbiruruskannya adalah insan
berfikiran futuristik dan kritikal dalam membuat sesuatu keputusan untuk kebaikan
negara di masa hadapan.
Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti
yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi
mengisi keperluan negara maju.Pendidikan juga perlu mampu untuk membentuk modal
insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah,
berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk
berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.
Dalam abad yang semakin maju kehadapan ini, negara menghadapi cabaran
baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,[2] pengantarabangsaan dan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu
Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing
di pasaran kerja global.
Mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah
agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT).Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan
mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru
ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
-
8/8/2019 Ciri Guru Professional Berkualiti
2/13
K K P P N 2 0 1 0 M u k a s u r a t | 2
I P G K D R I K P M
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk
melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam
sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh
perkhidmatan.Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan
perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan
institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan
peneraju utama latihan perguruan di Malaysia.BPG bersama-sama Institut Pendidikan
Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang
dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di
institusi pendidikan seluruh negara.Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi,
tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan
dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Dan keseluruhan usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak semestinya
memerlukan kerjasama dari setiap guru pelatih terutama di institusi pendidikan guru di
bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui pengenalan standard guru
Malaysia yang telah dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), diharapkan
guru-guru yang bakal lahir dari Institut Pendidikan Guru Malaysia di seluruh negara
mempunyai nilai professional dan menghayati nilai tersebut dalam diri sebelum,
sewaktu dan selepas berkhidmat sebagai seorang guru.
Antara aspek yang harus diambil berat oleh seorang bakal guru dalam
menyediakan diri menjadi seorang pendidik yang professional dan gemilang ialah
berdasarkan 4 aspek utama iaitu berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan dan juga Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia.
-
8/8/2019 Ciri Guru Professional Berkualiti
3/13
K K P P N 2 0 1 0 M u k a s u r a t | 3
I P G K D R I K P M
2.0 CIRI GURU MENGHAYATI NILAI PROFESIONAL
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah mengeluarkan Standard Guru Malaysia
(SGM)[3] untuk dijadikan panduan kepada kesemua guru dan bakal guru di seluruh
Institut Pendidikan Guru (IPG). Tujuan perlaksanaan SGM ini adalah untuk memastikan
guru mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi
membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan, kesemua
nilai ini penting dalam mengangkat martabat institusi pendidikan di Malaysia agar
setaraf dengan standard pendidikan dunia. Sekaligus modal insan berminda kelas
pertama dapat dilahirkan dengan jayanya seandainya semua guru khususnya bakal-
bakal guru di institut pendidikan guru dapat menghayati nilai professional ini.
Phillip Van Hooser (1998)[4][5] mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam
menentukan kejayaan. Tiga unsur ini berkait rapat antara satu sama lain dan ianya
digelar sebagai "Triangle of Success"[6] (yang merangkumi ilmu pengetahuan,
kemahiran dan sikap).
Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah
cukup? Phillip Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan
oleh sijil dan diploma, ia juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred
mata purata atau dengan kekananan dan kelamaan seseorang itu berada di tempat
kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman (understanding). Dalam kepimpinan,
kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan oleh pengikut-pengikut
daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.
Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya
sangat diperlukan bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran
sama erti dengan aplikasi (application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau
idea kepada sesetengah tugasan merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak
-
8/8/2019 Ciri Guru Professional Berkualiti
4/13
K K P P N 2 0 1 0 M u k a s u r a t | 4
I P G K D R I K P M
dapat dipertikaikan.Kemahiran-kemahiran khusus termasuklah keberanian
profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta kemahiran mendengar.
Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan
kehendak (desire).Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yang
tertentu bagi melaksanakan perkara-perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa
kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-laku dan perbuatan maka hasil
akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan.Didapati juga individu-indidvidu
yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap, kehendak dan
dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka hadapi
dengan jayanya.
Antara nilai professional yang harus dihayati oleh setiap bakal guru ialah
sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu, sentiasa berpakaian dan berperwatakan
yang kemas dan bertatasusila dan seterusnya menggunakan kemajuan teknologi
maklumat untuk membantu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
2.1 Berilmu Pengetahuan
Setiap bakal guru haruslah mempunyai nilai professional yang penting ini iaitu
sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Ini kerana sebagai seorang
guru, sudah tentu mereka akan menjadi lapangan rujuk kepada individu yang ingin
menimba ilmu. Justeru, kesiapsiagaan setiap bakal guru haruslah diperkemaskan demi
merealisasikan impian Malaysia maju 2020. Tanpa guru yang berkualiti dan berilmu
pengetahuan, sudah semestinya hasrat untuk melahirkan modal insan berminda kelas
pertama tidak akan tercapai. Dan seterusnya akan merencatkan usaha ke arah
Malaysia maju 2020.
-
8/8/2019 Ciri Guru Professional Berkualiti
5/13
K K P P N 2 0 1 0 M u k a s u r a t | 5
I P G K D R I K P M
Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab mengajar dan menyampaikan
ilmu kepada anak didik, sudah semestinya individu bergelar guru itu sendiri harus
mempunyai ilmu yang melimpah dalam pelbagai disiplin ilmu tanpa mengambil kira
pengkhususan sewaktu latihan perguruan. Sebagai contohnya andaikata seorang guru
sejarah misalnya, berkemungkinan besar dia akan berkhidmat sebagai guru agama
ataupun guru matematik. Ataupun mungkin anak didiknya akan bertanyakan mengenai
sesuatu kemusykilan berkaitan dengan subjek lain. Justeru, di sinilah sebagai seorang
guru pentingnya mereka melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
melangkaui bidang pengajaran.
Selain itu, sebagai seorang bakal guru, budaya menyemak dan menyediakan
bahan pengajaran adalah sesuatu yang amat penting.Ini kerana segala ilmu yang ingin
disampaikan haruslah disediakan dengan secukupnya agar sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung dengan lancarnya tanpa sebarang masalah dan gangguan.
Selain itu, langkah menyemak kandungan pengajaran sebelum memasuki kelas penting
untuk mengelakkan dari mengajar topik yang sama berulang kali.
Rajah 1 : Menyediakan dan
menyemak bahan pengajaran.
Rajah 2 : Melengkapkan diri dengan
ilmu pengetahuan.
-
8/8/2019 Ciri Guru Professional Berkualiti
6/13
K K P P N 2 0 1 0 M u k a s u r a t | 6
I P G K D R I K P M
Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor
Abdullah[7] di dalam perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;
"Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuansecaraberkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan
memastikandiri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar.Olehitu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklahmenampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasansebagaipendidik yang unggul."
2.2 Berketerampilan
Selain daripada kebersiapan diri untuk mengajar, individu itu haruslah
berperwatakan yang kemas dan dapat menarik perhatian pelajar sewaktu sesi P&P
sedang dijalankan.Sebagai contohnya seandainya seorang guru itu selalu berpakaian
seperti di dalam rajah 4, sekali sekala seorang guru itu boleh berperwatakan seperti
rajah 3 bertujuan untuk menarik minat dan perhatian pelajar.Dengan itu sesi
pembelajaran berlangsung dengan lebih menarik dan bersemangat.
Buat bakal guru, kekemasan dari sudut keterampilan dan pemakaian adalah
penting kerana cara pemakaian dan keperibadian seorang guru akan menjadi contoh
Rajah 3 : Penampilan yang menarik
minat dan perhatian pelajar.
Rajah 4 : Penampilan yang
melambangkan kekemasan.
-
8/8/2019 Ciri Guru Professional Berkualiti
7/13
K K P P N 2 0 1 0 M u k a s u r a t | 7
I P G K D R I K P M
teladan kepada anak didiknya nanti. Dan tidak mustahil seandainya suatu hari nanti,
anak didiknya akan membesar dengan keperibadian yang berpandukan dari
keperibadian guru yang pernah mengajar mereka sewaktu dahulu. Contoh ini dapat
dilihat secara lebih jelas sewaktu persekolahan rendah.Kebanyakan murid-murid di
sekolah rendah masih mencari-cari identiti dan perwatakan yang ingin mereka
adaptasi.Oleh itu peranan guru adalah penting dalam membentuk keperibadian murid-
murid ini.
2.3 Berteknologi Maklumat
Pada waktu kini, kita mengetahui bahawa seantero dunia sedang mengharungi
arus globalisasi dunia tanpa sempadan yang begitu menyesakkan dada insan bergelar
guru.Kadang-kala kemajuan teknologi yang sedang ditempuhi dunia tidak mampu diikuti
oleh guru terutama guru lama.Namun salah satu nilai professional yang wajar dihayati
oleh insan bergelar guru ialah memanfaatkan kemajuan teknologi maklumat untuk
digunakan sewaktu sesi pembelajaran dan pengajaran.
Selain itu, penggunaan teknologi maklumat akan mengakibatkan sesi
pembelajaran lebih interaktif dan menarik. Melalui penggunaan perisian yang sesuai
untuk pembelajaran, paparan yang dihasilkan juga akan lebih menarik dan mampu
Rajah 5 : Sesi pembelajaran menarik
menggunakan TMK.
Rajah 6 : Memudahkan sesi
pembelajaran dan kelihatan menarik.
-
8/8/2019 Ciri Guru Professional Berkualiti
8/13
K K P P N 2 0 1 0 M u k a s u r a t | 8
I P G K D R I K P M
menarik perhatian dan minat murid-murid. Terutama murid dari sekolah rendah kerana
sememangnya lumrah kehidupan kanak-kanak meminati sesuatu yang berwarna-warni
dan kelihatan menyeronokkan. Penggunaan TMK dalam pengajaran juga akan
menjimatkan masa kerana guru tidak perlu lagi menulis perkataan satu persatu di
papan putih kerana segalanya sudah terpapar di skrin putih. Dengan ini masa
pembelajaran dapat dioptimumkan dan ilmu dapat disampaikan seperti yang telah
dirancang berdasarkan rancangan pembelajaran.
3.0 CIRI GURU TIDAK MENGHAYATI NILAI PROFESIONAL
Aristotle[8] berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an
act, but a habit." Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja
tanpa faktor-faktor yang menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha
mencapai matlamat dan kepuasan kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban
masa dan tenaga yang bukan sedikit.
Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi
menghapuskan atau mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat
kemajuan pelajaran pelajarnya.Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus
kecemerlangan pendidikan di sekolah mestilah berfokuskan pengajaran dan
pembelajaran di bilik-bilik darjah.Semua ini perlukan perubahan sikap dan kepercayaan
para guru (termasuk pelajar-pelajar).
Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan
Sekolah" [9]berkata;
"Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah padakeseluruhannya,seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakanbudaya serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaansekolah
perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak, segala apa jugausaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan sepatutnya dicapai tidakdicapai."
-
8/8/2019 Ciri Guru Professional Berkualiti
9/13
K K P P N 2 0 1 0 M u k a s u r a t | 9
I P G K D R I K P M
3.1 Pengajaran Hambar
Melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang tidak membosankan, murid-
murid sudah tentu akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya sewaktu sesi P&P
sedang berlaku. Namun antara masalah utama yang menyebabkan minat murid untuk
belajar hilang adalah disebabkan teknik pengajaran yang dilakukan tidak berjaya
menarik perhatian pelajar.Sebagai contohnya gambar 7 yang memaparkan teknik
pengajaran di dalam kelas yang tidak mampu untuk menarik minat murid untuk
belajar.Seharusnya sesi P&P berlangsung harus disertai dengan gerak badan,
pertuturan yang menarik perhatian, perwatakan dari sudut pemakaian yang mampu
menambat hati murid dan teknik pengajaran yang betul. Teknik pengajaran yang pegun
dan tiada interaksi antara murid dan guru menyebabkan sesi P&P menjadi hambar dan
tidak bertenaga ditambah pula dengan gaya duduk guru mengajar yang kelihatan tidak
bermaya.
Plato mengatakan bahawa kemenangan yang utama dan pertama ialah
menakluki diri sendiri.Manakala Garfield pula mengatakan bahawa di dunia ini benda-
benda tidak berubah, kecuali sekiranya ada orang yang mengubahnya.Jelas sekali
perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan
yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey
(1989)[10][11] dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" [12]
menyatakan ada dua tahap proses perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status
Rajah 7 : Pengajaran secara pegun dan
tidak memaparkan ciri berkarisma.
-
8/8/2019 Ciri Guru Professional Berkualiti
10/13
K K P P N 2 0 1 0 M u k a s u r a t | 10
I P G K D R I K P M
'orang-orang yang paling berkesan' iaitu tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi
publik'.Justeru, kemahiran untuk menarik perhatian publik iaitu murid yang diajar harus
diasah dalam diri setiap guru bagi memastikan ilmu yang ingin disampaikan berjaya
diterima murid dengan lebih berkesan dan kekal.
3.2 Merokok
Selain mempunyai teknik pengajaran yang berkesan dalam menarik minat murid
untuk mendengar dan menerima apa yang ingin disampaikan, seorang guru juga harus
mempunyai budaya hidup dan kelakuan yang sihat. Kenyataan ini benar kerana
seorang guru akan menjadi pedoman dan qudwatul hasanah[13]kepada setiap murid
dalam membentuk peribadi mereka. Seandainya seorang guru itu tidak mempunyai
cara hidup yang tidak sihat sebagai contohnya seperti dalam gambar 8 misalnya yang
memaparkan seorang guru yang menjadikan rokok sebagai teman hidup mereka.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995[14] telah
membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam.Muzakarah telah memutuskan
bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat
kemudaratan. Ini kerana menurut kajian perubatan telah dapat membuktikan bahawa
setiap batang rokok mengandungi 6 hingga 8 miligramnikotin[15] dan setiap sedutan
asap rokok sebenarnya kita menghidu 4,000 jenis bahan kimia, hampir kesemuanya
boleh memudaratkan badan manusia. Maka islam telah menegah dan mengharamkan
kegiatan yang boleh memudaratkan diri seperti merokok ini. Maksud firman Allah swt
dalam Al-Quran :
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalambahaya kebinasaan "
(Surah Al-Baqarah : Ayat 195)
-
8/8/2019 Ciri Guru Professional Berkualiti
11/13
K K P P N 2 0 1 0 M u k a s u r a t | 11
I P G K D R I K P M
Dengan beberapa bukti kukuh seperti keterangan dari Majlis Fatwa Kebangsaan
telah jelas bahawa merokok merupakan suatu yang haram dan wajar dijauhi oleh setiap
guru pelatih. Menurut Muhammad Suhaimi Bin Mahmud [16]dalam artikelnya berjudul
Pandangan Sains Terhadap Rokok : Bagaimana Rokok Menjajah Manusia mengatakan
bahawa antara kesan yang berlaku kepada perokok setelah menjengah pertengahan
usia ialah mereka akan menghidap barah paru-paru yang teruk. Di samping itu,
kegiatan merokok juga akan menyebabkan kelumpuhan otot saraf orthsympthetic[17]
dan parasympathetic[18] yang memainkan peranan penting kepada sistem saraf
manusia.
Justeru, jelas sekali bahawa kegiatan merokok memberikan kesan yang buruk
kepada peribadi seorang guru. Guru seharusnya menjadi contoh teladan yang baik
kepada murid-murid. Cuba kita bayangkan seandainya murid-murid terserempak
dengan guru yang sedang merokok. Apakah yang akan mereka fikirkan? Tentunya
mereka berfikir bahawa merokok tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada mereka
kerana guru mereka sendiri seorang perokok tegar.
4.0 KESIMPULAN
Rajah 8 : Tabiat buruk yang sering
diamalkan oleh sesetengah guru.
Rajah 9 : Budaya tidak sihat yang
bakal dicontohi murid.
-
8/8/2019 Ciri Guru Professional Berkualiti
12/13
K K P P N 2 0 1 0 M u k a s u r a t | 12
I P G K D R I K P M
Sebagai seorang bakal guru, guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato Razali Ismail seharusnya mempunyai kemahuan, kemampuan dan kecekalan
dalam mengubah persepsi diri dan pemikiran mereka ke arah persepsi diri dan mimda
seorang guru.Itu sudah semestinya mempunyai pelbagai halangan dan cabaran.Namun
orang yang hebat dan berkeyakinan sahaja mampu untuk berubah.
Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah.Kita perlu menganjak
paradigma, kita perlu melakukan lonjakan quantum dengan merubah dan meruntuh
tembok penghalang yang pertama dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist
Change). Ken Blanchard,[19] pengarang buku "The One Minute Manager"[20]
menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan. Beliau
menyatakan bahawaapabila kita memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-
perkara yang kita kena lepaskan, bukan kepada perkara-perkara yang akan kita
dapat.Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan
kendatipun[21] kepada mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu
titik di mana perubahan tidak berupaya ditanggungi.Sekali pun perubahan telah berlaku
kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkara-perkara kembali kepada keadaan
asalnya.
Justeru, masih terdapat ramai guru-guru pelatih di seluruh Malaysia amnya dan
di IPG Kampus Dato Razali khususnya yang berupaya untuk berubah namun tidak
mempunyai kemahuan untuk berubah. Perubahan harus disertai juga dengan
kemahuan kerana jika mereka berupaya sekalipun tetapi tidak mempunyai kemahuan,
maka hasilnya tetap sama walaupun berulang kali nasihat menjengah telinga mereka.
Menurut Tengku Sarina Aini Tengku Kasim dan Faridah Binti Che Hussain dalam
tesisnya yang bertajuk Pendekatan Individu Dalam Pengajaran Pendidikan Islam
Sebagai Wahana Melahirkan Modal Insan Bertamadun[22] mengatakan bahawa guru
harus menyedari bahawa tugas mendidik para pelajar bukan hanya sekadar
memindahkan maklumat, pengetahuan dan ilmu daripada seorang pendidik kepada
seorang pelajar semata-mata, tetapi bagaimana ilmu dan maklumat yang benar serta
pengalaman yang berguna dapat membentuk sikap, nilai dan peribadi seseorang
-
8/8/2019 Ciri Guru Professional Berkualiti
13/13
K K P P N 2 0 1 0 M u k a s u r a t | 13
pelajar. Bagi mencapai matlamat tersebut, para pendidik harus memilih dan
mengaplikasikan pendekatan yang mampu menarik minat murid agar dapat benar-
benar menghayati dan mampu menguasai ilmu yang diajar.
Secara tuntasnya, masih terdapat segelintir guru pelatih di Institut Pendidikan
Guru Kampus Dato Razali Ismail yang masih keliru dengan aspek professional yang
seharusnya mereka terapkan dalam diri mereka sebelum menjadi seorang guru
kelak.Sikap gemar membaca untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan,
berketerampilan setiap masa sebelum, sewaktu dan selepas pembelajaran dan juga
sikap sentiasa peka dengan perkembangan teknologi agar dapat digunakan sewaktu
sesi pengajaran hendaklah dipupuk secara sedikit demi sedikit.Sesungguhnya
perubahan yang sedikit namun berterusan lebih baik dari perubahan sekaligus namun
tidak berkekalan.Guru pembina negara bangsa.[23][24]