Download - BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
1/24
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
2/24
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,
tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya mendapat
sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam membantu saya
supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..
Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Encik Abdullah
bin Yusof kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang sejelasnya
untuk membuat tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu
dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan
yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.
Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.
Sekian, terima kasih.
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
3/24
Kandungan
Bilangan Perkara Muka surat
1 Pengenalan 1
2 Kajian lepas 2
3 Metodologi kajian 7
4 Analisis data 10
5 Kesimpulan 19
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
4/24
Pengenalan
Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di
panas. Hampir setiap bangsa mempunyai bentuk-bentuk peribahasanya sendiri dan
mencerminkan watak bangsa tersebut. Lebih tua sesuatu bangsa itu, lebih banyak dan lebih
klasik pula peribahasanya. Bukan kita sahaja yang tidak dapat membuat garis sejak bilakah
peribahasa itu mula-mula digunakan malah bangsa-bangsa lain juga tidak ada yang dapat
membuat ketentuan tentang masa munculnya peribahasa itu di tengah-tengah masyarakat
bangsanya. Walaupun demikian, satu perkara yang sudah pasti ialah bahawa peribahasa itu sama
tuanya dengan bahasa sesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa
manusia mulai mengenal peradaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang
baik dengan yang buruk perlu diadakan, untuk menjadi pendinding tatatertib pergaulan dan
perhubungan hidup sesama manusia. Pada ketika itu, segala tamsil yang dapat diambil dari alam
dijadikan perbandingan, segala renungan yang lahir daripada peristiwa kehidupan diucapkan
kembali berulang-ulang sehingga berkesan tamsil dan renungan itu sebagai hukum hidup,
sebagai undang-undang yang berlaku dalam masyarakat. Contohnya dapat kita ambil daripada
adat perpatih di Minangkabau dan di negeri Sembilan iaitu adat bersendi syarak, syarak bersendi
adat yang sampai sekarang ini masih utuh dipergunakan.
Sepanjang yang kita ketahui, peribahasa itu berasal daripada tiga sumber. Sumber
pertama ialah rakyat jelata yang mencipta peribahasa melalui pengalaman hidupnya, sumber
kedua ialah orang-orang arif bijaksana yang mengeluarkan ungkapan kata-kata hasil daripada
renungannya dan sumber ketiga ialah kitab suci. Kalau kita kaji kembali semua peribahasa itu
satu persatu maka terasa kepada kita betapa luasnya renungan dan fikiran leluhur kita yang telah
lalu itu ketika menyusun tatatertib hidup sehingga sebahagian besar daripada hasil renungan dan
fikiran mereka itu masih boleh kita pergunakan sekarang ini walaupun ada beberapa di antaranya
yang sudah tidak sesuai lagi dengan zaman dan kemajuan ilmu pengetahuan.
Setiap peribahasa itu ada dengan riwayatnya tersendiri. Peribahasa baru seperti unta
menyerahkan diri kalau bukan peribahasa Arab sudah tentu ada perkaitannya dengan seorang
haji yang baru pulang dari Mekah. Dia melihat unta yang patuh kepada gemabalanya itu seperti
1
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
5/24
seorang hamba yang patuh mengikut perintah tuannya. Daripada contoh itu, ternyata kepada kita
bahawa setiap aliran hidup dalam masyarakat pada waktu itu ikut serta memberi sumbangan
memperkaya perbendaharaan peribahasanya yang akan menjadi undang-undang hidup mereka.
Peribahasa kita kaya sekali sebab di dalamnya terkumpul segala macam aspek hidup, sejak
pemburu yang memburu kijang di hutan sampai kepada nelayan yang bermandi ombak di tengah
lautan, sejak cerdik pandai yang bersemadi di tempat yang sunyi sampai haji yang baru pulang
dari tanah suci. Selain itu, sebahagian besar daripada peribahasa kita itu tidak sahaja berisi
dengan erti yang tepat dan kias ibarat yang tajam tetapi kalimat bahasanya juga begitu teratur,
ringkas dan padat.
Peribahasa itu telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi, dikumpulkan dan
disimpan serta akhirnya dinukilkan oleh penulis-penulis dalam tulisan-tulisannya selain yang
dipercakapkan sehari-hari. Namun dalam zaman yang akhir-akhir ini, orang sudah jarang
menggunakan peribahasa dalam percakapannya. Semasa bersoal jawab dan bersenda gurau,
orang lebih gemar untuk berterus-terang, buka kulit ambil isi, daripada rusa ditembak, kijang
yang kena. Dalam peralatan perkahwinan yang dulunya menjadi medan kias dan ibarat yang
sangat menarik hati, sudah jarang kita dengar pepatah dan peribahasa dipergunakan. Hal yang
serupa ini berlaku juga kepada peribahasa-peribahasa bangsa lain misalnya peribahasa Inggeris
yang dalam zaman Ratu Elizabeth (1558-1603), pernah mencapai puncak penggunaan yang
gilang-gemilang ketika para sarjana, cerdik pandai, anggota-anggota istana, penulis-penulis
malah ratunya sendiri berkata-kata dan menulis dengan menggunakan peribahasa bahkan ikut
menciptanya dan pada satu waktu peribahasa mereka itu hampir-hampir sahaja dilupakan orang.
Kajian lepas
Peribahasa terbahagi kepada banyak unsur seperti simpulan bahasa daripada unsur alam
dan simpulan bahasa mengikut makna. Dalam penyelidikan kali ini, peribahasa yang dipilih ialah
daripada jenis simpulan bahasa yang berunsurkan alam dan dikategorikan dalam kumpulanhaiwan. Peribahasa berkaitan dengan haiwan dapat ditemui dalam hampir semua bahasa dan
budaya. Krikmann (2007, hlm.12) dalam kajian beliau mengenai peribahasa haiwan mendapati
bahawa tanpa mengira perbezaan kawasan geografi, haiwan dalam kumpulan yang paling kerap
2
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
6/24
digunakan dalam peribahasa ialah anjing, kuda dan lembu. Kemudian diikuti oleh ayam, babi,
kambing biri-biri, kucing dan serigala kemudian diikuti oleh burung, ikan, kaldai, kambing dan
tikus.Terdapat tiga belas haiwan ini yang membentuk dua pertiga daripada kegunaan haiwan
dalam peribahasa. Menurut beliau, susunan ini menunjukkan bahawa haiwan yang jinak dan
haiwan ternakan sering wujud dalam peribahasa. Begitu juga haiwan yang dekat dengan manusia
atau yang sering ditemui manusia dan mempunyai kesan kepada manusia akan muncul dengan
lebih kerap dalam peribahasa. Bahasa Melayu mempunyai banyak peribahasa yang
bersumberkan kewujudan haiwan seperti di atas iaitu:
i. Anjing diberi makan nasi takkan kenyang.
ii. Kuda yang pantas tiada berkehendakkan cemeti.
iii. Menghela lembu dengan talinya, menghela manusia dengan akalnya.
iv. Ayam terlepas, tangan tercirit.
v. Serigala dengan buah anggur.
vi. Bertambah gemuk tubuh babi itu, bertambah kecil lagi matanya.
vii. Anak kucing menjadi harimau.
viii. Kambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya.
ix. Ikan di kuali, habis melompat.
x. Burung hantu kesiangan.
Terdapat beberapa persoalan yang timbul sama ada tabiat dan ciri-ciri haiwan yang
digunakan dalam peribahasa adalah sejagat atau khusus kepada budaya tertentu. Misalnya,
adakah semua peribahasa dalam bahasa-bahasa dunia mengaitkan singa atau harimau dengan
sifat berani atau mungkinkah sifat berani boleh dikaitkan dengan haiwan selain singa atau
harimau dalam budaya dan bahasa yang lain. Ramai yang mengetahui terdapat perbezaan dalam
pandangan dan penilaian masyarakat terhadap haiwan tertentu. Umpamanya, anjing menjadi
haiwan peliharaan kegemaran dalam budaya barat namun bukan atau jarang menjadi haiwan
3
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
7/24
peliharaan dalam masyarakat Melayu. Menurut Lakoff& Turner (1989, hlm.193-194)
menyenaraikan beberapa proposisi biasa mengenai cara kita melihat dan memikirkan haiwan
tertentu dan kaedah kita menggunakan pengetahuan berpandukan budaya rakyat dalam
pembinaan skema metaforikal untuk haiwan tersebut. Di antara proposisi biasa haiwan yang
dicadangkan oleh mereka seperti anjing ialah haiwan yang setia dan boleh diharapkan; babi ialah
haiwan pengotor, tidak teratur dan biadab; gorila ialah haiwan yang cenderung bergaduh and
buas; kucing ialah haiwan yang mudah berubah hati dan berdikari; rubah ialah haiwan yang
cerdik; singa ialah haiwan yang berani dan mulia; dan serigala ialah haiwan yang kejam dan
pembunuh. Persoalannya ialah adakah proposisi biasa ini merupakan sesuatu yang sejagat.
Pendekatan ini juga mengembangkan kajian semantik peribahasa mencakupi bukan sahaja unsur
dan struktur linguistik namun mengambil kira pengetahuan latar, kepercayaan budaya dan
budaya rakyat yang terkandung dalam sesuatu peribahasa. Jadi, kajian ini berpandukan
peribahasa yang berunsurkan haiwan iaitu ayam. Ayam ini dilambangkan sebagai orang yang
disisihkan. Ayam juga dijadikan lambang kepada kelakuan anak, orang yang kedekut, orang
yang berada dalam ketakutan, orang yang berperangai tidak senonoh, orang yang miskin, orang
yang tidak sedar diri atau sombong. Antara beberapa contoh peribahasa Melayu yang
berunsurkan ayam ialah:
i. Anak ayam kebasahan bulu (gelisah resah atau menjijikkan).
ii. Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan (tabiat orang tak mungkin
berubah).
iii. Bagai ayam yang terkecundang (sangat ketakutan).
iv. Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi (seseorang yang
cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan).
v. Bagai ayam naik ke surau (bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa).
vi. Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (hidup melarat: kerja pagi
untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang).
vii. Umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga (perangai atau kelakuan baka
4
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
8/24
tiada siapa yang dapat mengubahnya).
Menurut Goh Sang Seong (2010) dalam kajiannya mendapati kedudukan geografi yang
berhampiran telah mengakibatkan kedua-dua pengguna bahasa Melayu dan bahasa Mandarin
berdepan dengan suasana persekitaran yang sememangnya mempunyai banyak persamaannya.
Terdapat jenis haiwan liar dan binatang peliharaan yang menjadi sebahagian daripada kehidupan
mereka telah banyak digunakan dalam peribahasa bahasa Melayu dan bahasa Mandarin sebagai
lambang yang diberikan pelbagai tafsiran. Kajian beliau telah mendapati sebanyak 261
peribahasa bahasa Melayu dan bahasa Mandarin mengandungi lambang yang sama, antaranya
penggunaan haiwan seperti anjing, gajah, harimau, kera, ketam, kambing, kucing, serigala, dan
tikus. Anjing dilambangkan sebagai orang tidak mengenang budi, gajah pula sebagai kuasa
besar, harimau digambarkan sebagai lambing bahaya dan tidak mengenang budi, kera
dilambangkan sebagai kepandaian dan kemahiran, ketam lambang kepada orang yang tidak
menunjukkan teladan, kambing dilambangkan lemah-lembut dan jinak, serigala lambang ganas
dan zalim. Selanjutnya kucing dianggap sebagai ketua atau pihak yang lebih dominan manakala
tikus dilambangkan sebagai orang bawahan atau pihak yang dikuasai.
Seterusnya, kajian Rahmawati Iskandar (2006) mendapati salah satu unsur pembentuk
peribahasa dalam peribahasa Indonesia dan peribahasa Jepun ialah unsur haiwan. Haiwan-
haiwan yang menjadi unsur utama dalam pembentukan peribahasa Jepun ialah burung, ikan,
kera, kucing, kuda, lembu, serangga dan sebagainya. Unsur haiwan digunakan sebagai
pembentuk peribahasa sebab haiwan memiliki tingkah laku yang hampir sama dengan manusia
dan kerap diibaratkan tingkah laku manusia kepada haiwan, salah satu contohnya ialah kera.
Kajian beliau juga mendapati bahawa daripada jumlah 16 peribahasa Jepun yang menggunakan
kata kera yang telah diteliti, 12 daripadanya mempunyai maksud yang hampir sama dengan
peribahasa Indonesia walaupun cara pengungkapannya berlainan. Kelainan itu disebabkan oleh
berbezanya cara berfikir serta ciri-ciri lain pengguna bagi kedua-dua bahasa tersebut.
Manakala Rozaimah Rashidin dan Noriza Daud (2009) dalam kajian mereka terhadap
unsur perlambangan dalam peribahasa Melayu mendapati bahawa ada dua jenis perlambangan
iaitu perlambangan berkonotasi positif dan perlambangan berkonotasi negatif yang dikategorikan
5
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
9/24
kepada alatan, haiwan, orang atau gelaran dan tumbuhan. Dalam konteks haiwan sebagai
lambang, peribahasa-peribahasa yang mereka kaji telah banyak menggunakan haiwan seperti
anjing, babi, kumbang, dan kucing sebagai lambang yang berkonotasi positif dan berkonotasi
negatif bagi kaum lelaki dan wanita. Bagi perlambangan imej terhadap kaum lelaki dan wanita,
anjing digunakan dalam kedua-dua peribahasa yang mengaitkan kedua-dua jantina ini. Kata
anjing dalam konteks masyarakat Melayu mempunyai unsur yang negatif. Pada hal ini, unsur
seksisme tidak begitu ketara dan didapati agak seimbang dalam menggambarkan imej lelaki dan
wanita.
Peribahasa dianggap sebagai cerminan watak bangsa yang memilikinya. Selain itu,
peribahasa juga penting dalam konteks penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa
tersebut. Ini disebabkan dalam peribahasa tersirat maksud yang cukup mendalam dan tepat
sehingga membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih berkesan dan lancar.
Penggunaan peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa dan terus
berkembang dalam proses manusia menyesuaikan dirinya dalam kehidupan sehariannya. Bagi
menghasilkan peribahasa, terdapat tiga sumber utama telah digunakan oleh masyarakat
penuturnya iaitu :
i. melalui pengalaman hidup khususnya dalam kalangan rakyat biasa.
ii. melalui penaakulan para bijak pandai.
iii. menerusi sumber yang didapati daripada kitab-kitab suci (Abdullah Hussain, 2004).
Kesannya, peribahasa yang bermain di mulut orang Melayu bukan sahaja mendukung isi
yang tepat dan kias ibarat yang tajam malah ungkapan kalimat bahasa yang digunakan amat
padat, ringkas, dan teratur. Maka perlu disedari bahawa dalam fungsinya menyampaikan
pengajaran, sindiran, dan teladan yang mempunyai ciri-ciri pelembut supaya pendengar atau
pembacanya tidak mudah terasa hati. Pada waktu yang sama, unsur didaktik yang dibawa
melalui peribahasa juga akan mampu memberi kesan yang besar kepada pemikiran dan perasaan
mereka.
Dalam konteks masyarakat, peribahasa mengandungi dua tujuan utama iaitu
menyembunyikan kata-kata kasar atau ungkapan dan penghuraian sistem adat Melayu.
6
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
10/24
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
11/24
mulut orang Melayu bukan sahaja mendukung isi, kias dan ibarat yang tepat lagi tajam malah
ungkapan kalimat bahasa yang dihasilkan begitu teratur, ringkas, padat dan bernas. Justeru itu,
peribahasa sebagai fungsinya dalam menyampaikan pengajaran, teladan dan sindiran mempunyai
ciri-ciri kesantunan bahasa yang indah untuk halwa dan penambat hati penuturnya.
Terdapat pelbagai tafsiran dan gambaran telah diberikan oleh sekalian ramai ahli bahasa,
sejarawan, budayawan dan penutur bahasa Melayu berkaitan perihal peribahasa. Peribahasa telah
diungkapkan sebagai cerminan watak kepada bangsa yang memilikinya dan sebagai cabang seni
dalam sastera rakyat. Selain itu, peribahasa dianggap sebagai susunan perkataan yang indah
dengan makna yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat Melayu.
Peribahasa juga mengandungi bahasa kiasan, bidalan, kata-kata hikmah, simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, dan perbilangan. Di samping itu, peribahasa juga penting dalam konteks
penelitian warisan dan keterampilan pengguna bahasa. Ramai sarjana bahasa dan sastera
berpendapat bahawa peribahasa adalah ikatan bahasa atau puisi Melayu kuno yang bernilai
sastera. Ikatan ini telah wujud pada permulaan zaman bagi setiap bangsa di dunia ( Ariffin Nur,
1971 : 36 ). Manakala Pendita Zaba pula mendefinisikan peribahasa sebagai Segala susunan
cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama. Oleh
sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya dipakainya sebagai sebutan-
sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran ( Zaba 1965:165 ). Secara amnya
peribahasa merupakan percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan
pemerhatian, yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada
perasaan dan fikiran (Keris Mas, 1988:136).
Akibat daripada bahasa Melayu yang merentas kurikulum maka adalah wajar peribahasa
Melayu diberi perhatian dalam pendidikan bahasa Melayu supaya mampu mencapai
keterampilan berbahasa iaitu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi.
Penguasaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar di sekolah ataupun peringkat pengajian tinggi
patut dipupuk kembali dan dikembangkan selanjutnya. Justeru itu, bagi meningkatkankefahaman, minat dan penggunaan peribahasa Melayu di kalangan pelajar sama ada di sekolah
rendah, menengah atau universiti. Maka satu reka bentuk, strategi, kaedah atau pendekatan yang
berkesan perlu dirancang oleh guru atau pengajar. Koh Boh Bon (1982:198) telah menyarankan
8
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
12/24
pendekatan pengajaran peribahasa Melayu dengan cara berkesan ialah menerusi pendekatan
kontekstual. Manakala R.J Wingfield (1968:231) pula berpendapat bahawa dalam pengajaran
peribahasa, pelajar-pelajar patut didedahkan dengan budaya bangsa peribahasa itu sendiri dan
peribahasa yang diajar patut dipilih dengan teliti untuk memberi kefahaman dan galakan kepada
mereka bagi terus menggunakannya.Sementara itu, Nathesan (1989:69) berpendapat bahawa
simpulan bahasa semestinya diberi perhatian yang wajar dalam penulisan dan penuturan.
Kajian ini hanya terbatas untuk peribahasa yang kerap digunakan dalam pertuturan oleh
kaum Melayu sahaja dan peribahasa tersebut diiktiraf oleh semua kaum Melayu. Peribahasa ini
juga hanya berfokus kepada seekor haiwan sahaja iaitu ayam. Maklumat utama kajian ini ialah
peribahasa-peribahasa Melayu yang menggambarkan pemikiran. Penelitian terhadap aspek
pemikiran dilaksanakan berpandukan lima bidang falsafah dan penulis mengaitkan semua aspek
pemikiran itu dengan hipotesis Sapir-Whorf. Penelitian seperti ini adalah daripada jenis
penelitian kualitatif-fenomenologis iaitu berasaskan pemikiran falsafah fenomenologi,
pendekatan ini mengkaji dan menjelaskan maksud pengalaman manusia mengenai ayam melalui
deskripsi yang mendalam berkaitan sesuatu konsep atau fenomena yang dikaji. Oleh demikian,
data penelitian adalah terdiri daripada kata, frasa, klausa dan makna peribahasa yang dikumpul
oleh penulis daripada empat buah buku peribahasa iaitu Kitab Kiliran Budi (Shellabear &
Guru Sulaiman Muhammad Nor, 1964), 1001 Peribahasa Melayu (Mohd Sharani Mohamad,
2000), Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain, 2004), danPeribahasa SPM
(A. Khaled Mat Nor, 2008).
Empat buah buku ini mengandungi koleksi peribahasa Melayu di Malaysia yang terdapat
dalam pelbagai versi. Sekiranya terdapat persamaan pada dua peribahasa dari segi penggunaan
perkataan ataupun istilah, pengkaji akan menggugurkan salah satu daripada peribahasa tersebut.
Hanya satu peribahasa sahaja yang dipilih untuk dilakukan penelitian. Seterusnya, bagi dua
peribahasa yang didapati berbeza dari segi penggunaan perkataan atau istilahnya namun
memberi makna rujukan yang sama, peribahasa tersebut dikekalkan dan digolongkan oleh
pengkaji sebagai dua versi yang berbeza. Dalam empat buah buku peribahasa ini telah terhimpun
sejumlah 5,359 buah peribahasa yang digunakan oleh penulis untuk membuat penelitian sama
ada terdapat hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu.
9
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
13/24
Analisis data
Bagi menganalisis data ini, pengkaji telah mengaplikasi strategi penterjemahan yang
telah disarankan oleh Baker (1992) iaitu menggunakan peribahasa yang sama bentuk dan sama
makna, menggunakan peribahasa yang sama makna tetapi lain bentuk, parafrasa, pengguguran
dan penggantian. Menurut Goh (2009), peribahasa yang mempunyai sama bentuk dan sama
makna dapat dipecahkan kepada tiga jenis iaitu sama bentuk dan sama makna dengan lambang
yang sama (SBSM-SL), sama bentuk dan sama makna dengan menggantikan lambang lain yang
sefungsi (SBSM-GL) dan sama bentuk dan sama makna dengan menggunakan lambang lain
(SBSM-LL). Perbincangan dapatan kajian ini bertumpu kepada strategi peribahasa yang sama
bentuk dan sama maksud serta peribahasa yang sama maksud namun lain bentuk dengan sedikit
penyesuaian dalam analisisnya. Penyeragaman dalam analisis dibuat dengan menggantikan
penggunaan bentuk kepada penggunaan lambang iaitu peribahasa yang menggunakan lambang
dan maksud yang sama, dan peribahasa yang mempunyai maksud yang sama namun mempunyai
lambang yang berlainan. Bagi peribahasa yang sama bentuk dan sama maksud, penggunaan
lambangnya diklasifikasikan berdasarkan golongan kata mengikut kriteria semantik Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga (Nik Safiah dan rakan-rakan, 2008). Peribahasa yang mempunyai maksud
yang sama namun mempunyai lambang yang berlainan dianalisis mengikut pembahagian
mengenai cara, keadaan, kejadian, perihal, peristiwa dan sifat.
Terdapat unsur pemikiran yang melatari setiap peribahasa yang diungkapkan daripada
sejumlah peribahasa yang dikaji. Perkara ini sejajar dengan pendapat Sapir-Whorf (1921) yang
menerangkan bahawa bahasa menentukan pemikiran penuturnya. Dengan perkataan lain, bahasa
dapat ditentukan oleh cara penutur itu berfikir. Cara seseorang penutur berfikir tergambar
melalui penggunaan perkataan-perkataan tersebut dengan lebih meluas. Bahasa dalam peribahasa
Melayu ternyata mengandungi hubungan rapat dengan pemikiran orang Melayu dalam
lingkungan alam sekelilingnya, geobudaya, geopolitik, dan sejarah kebudayaan.
Jumlah keseluruhan untuk peribahasa ialah 35 peribahasa yang berunsurkan haiwan yang
terdiri daripada 22 simpulan bahasa dan 13 perumpamaan. Sejumlah 22 jenis haiwan terdapat
dalam kesemua korpus kajian ini iaitu anai-anai, anjing, ayam, babi, beruk, burung, cawi-cawi,
10
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
14/24
helang, ikan, kera, kijang, kucing, kura-kura, lintah, mawas, mengkarung, murai, rajawali, rusa,
tebuan, tupai dan ular. Daripada 35 peribahasa itu terdapat 3 peribahasa mengenai haiwan anjing,
ayam, burung dan kera, masing-masing 2 peribahasa mengenai haiwan beruk, ikan, kura-kura,
rusa dan ular. Selebihnya, masing-masing satu peribahasa mengenai haiwan anai-anai, babi,
cawi-cawi, helang, kijang, kucing, lintah, mawas, mengkarung, murai, rajawali, tebuan dan tupai.
Dalam kajian ini, terdapat tujuh jenis peribahasa yang berunsurkan ayam. Ayam
merupakan seekor binatang dalam kumpulan unggas yang berkaki dua dan tinggal di kawasan
darat seperti itik dan angsa (Kamus Dewan). Dalam kajian ini, ayam disifatkan sebagai lambang
orang yang disisihkan. Ayam juga dijadikan lambang untuk kelakuan anak, orang yang kedekut,
orang yang berada dalam ketakutan, orang yang berperangai tidak senonoh, orang yang miskin,
orang yang tidak sedar diri atau sombong. Misalnya:
I Anak ayam kebasahan bulu
SUMBER SASARAN
Metafora
Anak ayam ----------------> orang yang kecil
Kebasahan bulu --------------- menjijikkan
Rajah 1 : Skema Metaforikal anak ayam kebasahan bulu
Makna peribahasa ini, anak ayam disifatkan sebagai orang yang kecil dan kebasahan bulu
disifatkan sebagai menjijikkan. Dalam hubungan antara manusia dengan manusia, pemikiran
Melayu mengaitkan isu-isu berkaitan tingkah laku dan moral kita. Moral ialah satu sistem yang
menilai tindakan zahir oleh kita. Persoalan moral mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati
manusia dengan manusia dan nilai moral ini adalah bersifat relatif, subjektif dan sementara.
Selaras dengan itu, perbezaan antara tindakan bermoral dengan tindakan yang tidak bermoral
turut diungkapkan dalam peribahasa Melayu. Malah segala tindakan ahli masyarakat yang wajar
dilakukan dan yang tidak wajar dilakukan juga diungkapkan dalam peribahasa Melayu sebagai
pengajaran dan teladan agar ahli masyarakat mampu mempraktiskannya demi mencapai
kesejahteraan hidup. Maka peribahasa di atas digunakan oleh kebanyakan masyarakat untuk
11
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
15/24
menggambarkan sifat dan cara hidup dalam sesebuah masyarakat Melayu. Pengkaji telah
mengkaji peribahasa ini daripada pelbagai sudut di mana, kebanyakan masyarakat yang memiliki
sifat malas, pengotor, enggan dan sebagainya dikaitkan dengan peribahasa yang menggunakan
lambang ayam.
II Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan
SUMBER SASARAN
Metafora
Ayam ----------------> orang yang malas mandi
Itik --------------- orang yang suka mandi
Rajah 2 : Skema Metaforikal asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak
ke pelimbahan
Makna peribahasa ini, ayam disifatkan sebagai orang yang biasanya malas mandi, manakala itik
disifatkan sebagai orang yang suka mandi. Ini kerana, ayam dilambangkan dengan tidak suka air
berbanding dengan itik yang suka berendam di air. Oleh itu, maksud yang jelas bagi peribahasa
ini ialah tabiat orang yang tidak mungkin berubah.
III Bagai ayam yang terkecundang.
SUMBER SASARAN
Metafora
Ayam ----------------> orang
Terkecundang --------------- kalah
Rajah 3 : Skema Metafora bagi bagai ayam yang terkecundang
Makna peribahasa ini pula, ayam disifatkan sebagai seseorang manakala terkecundang membawa
maksud tidak menang atau tewas. Terkecundang adalah bahasa Melayu yang membawa maksud
kalah atau tewas. Oleh itu, apabila digambarkan bagai ayam yang terkecundang bermaksud
seseorang yang tidak berjaya ataupun mengalami kekalahan dengan peribahasa bagai ayam kena
kepala yang membawa maksud tidak dapat berbuat apa-apa atau bingung.
IV Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang tahi.
SUMBER SASARAN
Metafora
12
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
16/24
Ayam ----------------> orang yang ego
Kokok --------------- bercakap
Ekor --------------- tempat tidak digemari ayam
Rajah 4 : Skema Metafora bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai,
ekor bergelimang tahi
Makna peribahasa ini, bagai ayam si tombong membawa maksud seseorang yang ego, kokok
berderai-derai membawa maksud bercakap besar, dan ekor bergelimang tahi adalah sesuatu
cakap-cakap kosong sahaja. Oleh itu, masyarakat menggunakan istilah peribahasa ini untuk
menggambarkan seseorang yang tidak sedar diri dan meninggi diri di hadapan orang lain.
Sekalipun dapat dilihat dalam analogi ayam yang memang selalu berkokok apabila waktu awal
pagi atau ayam jantan melihat ayam betina. Peribahasa ini juga mempunyai makna yang sama
dengan peribahasa ayam terlepas, tangan bau tahi iaitu kedua-duanya membawa maksud perihal
orang yang bercakap bohong dan suka meninggikan diri.
V Bagai ayam naik ke surau.
SUMBER SASARAN
Metafora
Ayam ----------------> orang
Surau --------------- tempat sembahyang
Rajah 5 : Skema metafora bagai ayam naik ke surau
Peribahasa ini menggambarkan dua istilah yang berbeza daripada dua lambang iaitu ayam dan
surau. Umum mengetahui bahawa, ayam adalah seekor haiwan yang lembik, penakut dan
takutkan air manakala surau adalah tempat yang sangat suci, ibadat dan bersih. Peribahasa ini
mengaitkan antara dua benda yang berlawanan iaitu haiwan dan tempat orang sembahyang.
Masyarakat mengucapkan peribahasa ini apabila berlakunya pertembungan daripada dua pihak
yang berlawanan sifat dan karakter. Oleh itu, peribahasa bagai ayam naik ke surau ini membawa
maksud orang yang kedekut untuk memberi minuman kepada tetamu.
VI Seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
SUMBER SASARAN
Metafora
13
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
17/24
Ayam ----------------> orang yang miskin
Kais --------------- mencari makan
Rajah 6 : Skema Metafora seperti ayam: kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang
Makna peribahasa ini, seperti ayam disifatkan sebagai orang yang lemah atau kecil, kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang membawa maksud mencari kerja waktu pagi atau petang
untuk mendapatkan nafkah bagi waktu pagi atau petang. Apabila seseorang yang lemah atau
miskin mencari nafkah hidup, dia hanya mampu untuk membeli makanan sekadar untuk cukup
makan sahaja. Oleh itu, peribahasa ini digunakan oleh masyarakat kepada individu atau
seseorang yang miskin dan malas lalu diistilahkan tidak mempunyai daya dan kemampuan
untuk mengubah keadaan atau taraf hidupnya. Seperti ayam memakan rumput membawa maksud
hidup melarat iaitu kerja pagi untuk makan pagi, kerja petang untuk makan petang.
VII Umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga.
SUMBER SASARAN
Metafora
Ayam ----------------> orang yang tidak suka air
Itik --------------- orang yang suka main air
Air --------------- tempat yang dituju
Rajah 7 : Skema Metafora umpama ayam menetaskan telur itik,
anaknya itu ke air juga
Makna peribahasa ini, ayam diistilahkan sebagai orang yang kurang aktif dan tidak suka akan air.
Peribahasa ini juga menggambarkan seekor itik yang lebih aktif apabila berada dalam air, kita
tidak akan dapat berbuat apa-apa untuk mengubah perangai atau kelakuan semulajadi seseorang.
Begitu juga diistilah dalam bentuk peribahasa membawa maksud orang yang telah dilahirkan
secara semulajadi dengan sifat yang dianugerahi oleh Tuhan. Logiknya ialah sememangnya,seekor haiwan atau binatang tidak memiliki akal untuk berfikir jadi ayam juga tidak mempunyai
akal untuk berfikir dan mengubah sifat semulajadinya.
Peribahasa tentang haiwan dapat ditemui dalam hampir semua bahasa dan budaya di
14
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
18/24
dunia ini. Menurut Ismet Fanany dan Rebecca Fanany (2003) dalam Ding Choo Ming (2009)
mendapati sebanyak 25% peribahasa orang Minangkabau yang menerapkan imej alam
semulajadi. Mereka turut menambah bahawa: of these, 44 % relate to natural features, 23%
make reference to plants and tress, and 33% involve animals. Sementara Krikmann (2007)
dalam Imran Ho-Abdullah (2011) menjelaskan bahawa tanpa mengira perbezaan kawasan
geografi, haiwan dalam kumpulan yang paling kerap digunakan dalam peribahasa ialah anjing,
kuda dan lembu. Seterusnya diikuti oleh ayam, serigala, babi, kucing dan kambing biri-biri dan
dikuti oleh ikan, kaldai, burung, kambing dan tikus. Oleh itu, tiga belas haiwan ini membentuk
dua pertiga daripada keberlakuan haiwan dalam peribahasa. Haiwan yang rapat dengan manusia
atau yang selalu ditemui manusia dan mempunyai impak kepada manusia akan muncul dengan
lebih kerap dalam peribahasa.
Kajian terhadap peribahasa yang berunsurkan haiwan tersebut telah menjuruskan dapatan
masing-masing kepada beberapa kategori seperti haiwan yang mewakili perlambangan
berkonotasi positif dan haiwan yang mewakili perlambangan berkonotasi negatif, haiwan yang
mempunyai hubungan rapat dengan manusia atau sebaliknya, haiwan peliharaan dan haiwan liar
serta perbezaan konotasi perlambangan bagi haiwan-haiwan yang sama di tempat yang berbeza.
Penggunaan kerangka kognitif semantik tidak terhad pada kajian aspek tatabahasa (Norn
Hashimah Jalaluddin et al., 2010) malah merangkumi aspek pragmatik dan metafora (Kvecses,
2002). Metafora umum yang dikenali sebagai Metafora Rantaian Utama Makhluk (Lakoff &
Turner, 1989; Kovesces, 2002) adalah kunci kepada makna dan interpretasi peribahasa berkaitan
dengan haiwan. Idea Rantaian Utama Makhluk (RUM) ini dibincangkan oleh Lovejoy (1936)
dalam konteks sejarah falsafah barat. Menurut beliau, RUM adalah satu model rakyat atau model
budaya yang menguasai dan menentukan pandangan hidup manusia sejak baharian klasik
(Yunani dan Rom), Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan Renaissance di Eropah.
Menurut model ini juga, segala objek dan entiti RUM membentuk satu sistem berhieraki
dengan setiap makhluk dan benda berada pada satu kedudukan sewajarnya yang tidak berubah
pada rantaian itu. Tuhan diletakkan pada tahap yang paling tinggi dalam rantaian ini, kemudian
diikuti oleh malaikat, manusia, haiwan, tumbuhan, objek kompleks dan objek alam fizikal dan
sebagainya (Krikmann, 2007). RUM telah membentuk Model Kognitif Terunggul atau Metafora
15
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
19/24
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
20/24
Model Rantaian Utama Mahkluk bersifat hieraki menyampaikan satu pandangan rakyat
mengenai susunan ideal dalam dunia hakiki. Mengikut hieraki ini, setiap haiwan mempunyai
tingkah laku dan sifat tersendiri. Model RUM ini menjadi asas kepada metafora konsepsi
Rantaian Utama. Selanjutnya apabila metonimi spesifik yang mewakili generik diterapkan, kita
boleh memahami tingkah laku dan trait manusia dari sudut tingkah laku serta trait haiwan itu.
Perkara ini membolehkan pengwujudan skema metaforikal mengenai pelbagai haiwan. Kajian ini
menunjukkan perbezaan antara proposisi dan skema metaforikal dalam semantik peribahasa
haiwan. Namun demikian, analisis ini tidak menyangkal sesetengah pendapat sarjana yang
menyatakan bahawa peribahasa mengandungi skema metaforikal yang sejagat tanpa mengira
budaya. Perkara ini sebab sungguhpun terdapat perbezaan antara budaya dalam proposisi,
adegan, skrip , dan pandangan kenyataan berkaitan sesuatu haiwan, semua peribahasa
mempunyai satu skema metaforikal sepunya berdasarkan struktur metaforikal peribahasa yang
seterusnya dikategorikan dengan cara yang berlainan mengikut proposisi yang berlainan
mengikut budaya dan bahasa masing-masing.
Bahagian seterusnya adalah satu analisis peribahasa haiwan yang khususnya peribahasa
ayam dilakukan dengan menggunakan kerangka semantik kognitif untuk memperlihatkan nilai
sosial dan budaya haiwan itu dalam masyarakat Melayu dari sudut peribahasanya. Peribahasa
ayam telah dipilih untuk tujuan mengehadkan dan mengurangkan skop kajian peribahasa haiwan
untuk menguji kepadaan kerangka teori bagi menjelaskan semantik peribahasa haiwan secara
umum.
Teori Relativiti Linguistik telah menjadi dasar Hipotesis Sapir-Whorf (1921),
menyatakan bahawa terdapat hubungan antara bahasa, budaya dan pemikiran manusia. Dalam
makna lain, tanggapan atau fikiran dan tindakan seseorang itu bergantung kepada struktur dan
kosa kata dalam bahasanya yang digunakannya untuk berfikir dan mentafsir sesuatu. Oleh yang
demikian, bahasa turut mempengaruhi tingkah laku penuturnya. Penekanan the structure of the
languages we speak affects the way weperceive the world about us menjelaskan bahawa
struktur sesuatu bahasa tersebut menggambarkan cara penutur melihat dunianya dan bagaimana
budaya mempunyai hubungan dengan bahasa (Jufrizal, Zul Amri & Refnaldi, 2007).
17
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
21/24
Teori ini yang dipelopor oleh Boas, Sapir dan Whorf menyatakan bahawa orang
berbicara dengan cara yang berlainan sebab mereka berfikir dengan cara yang berlainan. Mereka
berfikir dengan cara yang berlainan sebab bahasa mereka menawarkan cara mengungkapkan
makna mengenai dunia persekitaran mereka dengan cara yang berlainan juga. Selaras dengan itu,
Hipotesis Sapir-Whorf menjelaskan penggabungan linguistik iaitu bahasa menentukan pemikiran
dengan relativiti linguistik iaitu tidak ada batasan pada kepelbagaian struktural sesuatu bahasa.
Dalam makna lain, bahasa ditentukan oleh cara penutur itu berfikir. Cara seseorang penutur
berfikir dan melihat bahasa tergambar melalui penggunaan perkataan-perkataan itu dengan lebih
meluas. Perkara ini kerana penutur cuba memaksimumkan fungsi sesuatu perkataan untuk
mengungkapkan idea yang hendak disampaikan seperti dalam peribahasa. Tambahan, struktur
bahasa yang dilahirkan merupakan bukti yang mempengaruhi cara seseorang itu berfikir dan
berperilaku. Bahasa boleh dikatakan sebagai bahagian integral iaitu yang perlu atau yang
menjadi sebahagian daripada hidup manusia. Bahasa menyerap ke dalam setiap fikiran dan cara
penutur melihat dunianya.
Hipotesis Sapir-Whorf ini memiliki dua versi iaitu versi ekstrem dan versi sederhana
(Effendy Kadarisman, 2009). Versi ekstrem menyatakan bahawa cara kita melihat kepada
sesuatu realiti ditentukan sepenuhnya oleh bahasa pertama kita. Sementara versi sederhana
menyatakan bahawa cara kita memandang sesuatu realiti dipengaruhi oleh bahasa pertama.
Realiti pada hakikatnya lebih merupakan realiti mental iaitu pemikiran kita. Pola-pola pemikiran
manusia dipengaruhi oleh bahasa pertama dan budaya setempat mereka. Malah terdapat konsep
dalam pemikiran manusia merujuk kepada sesuatu objek yang wujud dalam alam sekeliling kita.
Oleh yang demikian, terdapat sesuatu yang universal pada bahasa dan dalam konteks ini penulis
merujuk kepada peribahasa. Tegasnya bahasa menjadi alat atau wadah untuk menyampaikan
sesuatu mesej atau pesanan.
Seterusnya, Rahman Shaari (1993:88) berpendapat bahawa aspek peribahasa harus
dianggap sebagai sama pentingnya dengan aspek-aspek lain dalam pengajaran bahasa Melayu.
Hal ini kerana prinsip peribahasa merupakan hidup dan berkembang selari dengan
perkembangan bahasa secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, peribahasa Melayu sangat
18
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
22/24
wajar diberi pengajaran di setiap peringkat persekolahan sebagai suatu kelangsungan kepada
perkembangan tersebut. Mengikut Koh Boh Boon (1982:196), peribahasa Melayu seharusnya
diajar kepada murid-murid di sekolah agar mereka mampu menikmati dan menghayati
keindahannya malah menggunakannya untuk melahirkan fikiran dan perasaan dengan tepat dan
halus. Semestinya peribahasa Melayu merupakan elemen yang penting dalam kemahiran
berbahasa. Namun begitu, aspek peribahasa semakin kurang dititikberatkan pada waktu ini.
Peribahasa telah semakin jarang atau tidak digunakan dalam kehidupan harian. Malah mungkin
ada sesetengah peribahasa yang sudah menjadi begitu asing bagi generasi masa kini. Perkara ini
mungkin disebabkan oleh anggapan bahawa peribahasa adalah suatu bahasa klise yang sering
digunakan dan dihafal oleh orang tua-tua sebagai bahan pidato dalam upacara adat. Terdapat
pula pihak yang meragui sama ada peribahasa masih sesuai digunakan dalam keadaaan
masyarakat sekarang.
Peribahasa Melayu adalah salah satu daripada jelmaan intelektualiti penutur bahasa
Melayu. Peribahasa diungkapkan menerusi bahasa yang indah-indah belaka. Setiap ungkapan
yang tercipta telah disusun dan dipadan dengan sedemikian rupa bagi membolehkan idea, rasa
dan buah fikiran pengungkapnya mampu diserlahkan dengan lebih bermakna. Melalui peribahasa
ini, penutur bahasa Melayu telah berjaya mengungkap falsafah yang mendalam mengenai aspek-
aspek ketamadunan, pemikiran, ethos dan moral bangsa Melayu sejak sekian lama (Abdul Samad
Idris, 1990:ix). Dalam peribahasa tersirat makna yang cukup tepat dan mendalam sehingga
membolehkan komunikasi lisan atau tulisan menjadi lebih berkesan dan lancar. Kewujudan
peribahasa adalah serentak dengan kewujudan sesebuah bangsa yang terus berkembang dalam
proses manusia menyesuaikan dirinya dengan kehidupan sehariannya. Peribahasa telah
digunakan untuk mengenal peradaban, membuat ketentuan antara baik-buruk dan mencari
ketetapan dalam tatacara hidup bermasyarakat. Menurut Mohd. Tajuddin Bin Hj. Abdul Rahman
(1986: iv) berpendapat bahawa seseorang yang dapat menggunakan peribahasa berkenaan di
tempat-tempat yang betul, baik dalam percakapan mahupun tulisan, akan memberikan satu
gambaran tentang kemahiran menggunakan sesuatu bahasa.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, peribahasa Melayu adalah salah satu pancang dan cabang
19
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
23/24
bahasa Melayu mempunyai peranan besar dalam membentuk entiti dan jati diri bangsa yang
memiliki dan mengamalkan nilai-nilai murni. Demi kepentingan pendidikan, pengajaran
peribahasa Melayu amat wajar dilaksanakan secara terancang dan bijaksana bagi menghindari
halangan dan kesukaran murid memahami, meminati dan mengingati sesuatu peribahasa Melayu
yang memang banyak terkandung dalam kitab orang Melayu. Jadi, seorang pengajar atau guru
mestilah berusaha bagi mempermudahkan pembelajaran para pelajar. Bagi memenuhi
tanggungjawab ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus mampu menyediakan suasana
pembelajaran yang menarik dan harmonis namun mereka juga perlu menciptakan pengajaran
yang berkesan. Ini bererti guru mesti mewujudkan suasana pembelajaran yang mampu
merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.
Terdapat banyak teori pendekatan yang telah dikemukakan oleh ramai ahli penyelidik
dan pendidikan dapat digunakan dalam pengajaran peribahasa Melayu, antaranya ialah
pendekatan kontekstual, induktif, deduktif, dan banyak lagi. Pendekatan pengajaran yang diguna
pakai mestilah bersesuaian dengan kandungan dan objektif pengajaran yang turut disertakan
kaedah, teknik dan bahan yang sejajar dengan pendekatan itu. Pengisian pengajaran dengan
aktiviti-aktiviti yang menarik dan sesuai pasti dapat merangsang dan membantu meningkatkan
pemahaman terhadap maksud dan konsep sesuatu peribahasa tersebut.
Setiap haiwan mempunyai sifatnya yang tersendiri dan masyarakat juga mempunyai
pelbagai pandangan yang tersendiri terhadap haiwan tersebut. Selepas kajian ini dibuat, kita
dapat lihat di mana pandangan masyarakat terhadap ayam ini ada yang benar dan ada juga yang
tidak bertepatan dengan maksud asal peribahasa itu. Berpandukan kajian ini, kebanyakan makna
peribahasa melambangkan ayam sebagai haiwan yang lemah dan kecil jika dibandingkan dengan
haiwan-haiwan lain yang lebih kepada lambang kekuatan, kekuasaan dan kemegahan.
Kesimpulannya, manusia mempunyai tanggapan atau persepsi yang berlainan antara satu sama
lain terhadap sesuatu hal berikutan struktur kognitif manusia yang bersifat pelbagai.
20
-
8/10/2019 BML 3083 SEMANTIK & PRAGMATIK
24/24
Rujukan
Abdullah Hassan (1992). Semantik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustkaka.
Abdullah Hussain (2004).Kamus Istimewa:Peribahasa Melayu,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Abdullah Yusof et.al (2009). Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Pustaka
Salam Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
S.Nathesan (2001).Makna dalam Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.