di dalam bab ini, kamu akan dapat...di dalam bab ini, kamu akan dapat : 2.1.1 mengenal pasti dua...
TRANSCRIPT
Di dalam bab ini, kamu akan dapat :
2.1.1 Mengenal pasti dua cara pergerakan bumi 2.1.2 Menerangkan tentang putaran dan peredaran bumi 2.1.3 Menunjukkan kesan putaran bumi 2.1.4 Menunjukkan kesan peredaran bumi 2.1.5 Membahaskan kesan pergerakan
bumi terhadap cuaca dan iklim
Pengenalan 0 Bumi bergerak mengelilingi matahari bersama-sama
planet yang lain
0 Matahari bertindak sebagai pusat bagi segala pergerakan planet-planet ini.
0 Bumi mempunyai satelit semula jadi iaitu bulan yang bergerak bersama-sama bumi mengelilingi matahari
0 Semasa beredar mengelilingi matahari, pada masa yang sama, bumi juga berputar di atas paksinya
Uji minda Namakan 2 contoh planet yang kamu ketahui?
Arah peredaran bumi
Arah peredaran bulan
Cara bumi berputar dan beredar
Video
Pergerakan bumi
Pergerakan bumi
Putaran
1 hari
Berputar
pada paksi
Peredaran
1 tahun
Beredar pada orbitnya
Putaran 0 Bumi berputar mengikut paksinya
0 Arah gerakannya adalah dari barat ke timur
0 Pergerakan ini menyebabkan bumi mengalami dua
kejadian iaitu siang dan malam
0 Bahagian yang menghadap matahari mengalami siang, manakala yang membelakangi matahari mengalami malam
0 Putaran bumi yang lengkap mengambil masa 24 jam atau 1 hari
Uji minda
Cuba kamu bayangkan bumi berputar seperti
gasing.
Putaran bumi
0 Bahagian menghadap matahari
mengalami siang 0 Bahagian
membelakangi matahari mengalami
malam
Uji minda Antara Kuala Lumpur dan Tawau di Sabah, manakah yang akan mengalami waktu malam lebih awal?
Peredaran bumi
0 Bumi bergerak mengelilingi matahari
0 Pergerakan ini mengambil masa 1 tahun atau 365 ¼ hari atau 12 bulan
0 Kejadian perubahan musim atau kejadian 4 musim sering dikaitkan dengan peredaran bumi
0 Terdapat juga pelbagai fenomena yang lain yang dikaitkan dengan pergerakan ini.
Uji minda Cuba kamu lihat pergerakan guru beredar mengelilingi kelas. Adakah kedudukannya kekal setempat?
Kesan putaran bumi
0 Pergerakan putaran akan menyebabkan fenomena
a) Kejadian siang dan malam
b) Kejadian pasang surut air laut
c) Pembiasan angin yang bergerak di seluruh
dunia
d) Perubahan arus lautan
Kejadian siang dan malam
0 Putaran bumi menyebabkan kejadian siang dan malam di bahagian bumi yang berbeza
0 Separuh bahagian yang menghadap bumi mengalami siang dan separuh lagi mengalami malam
Kejadian pembiasan pergerakan angin dunia
0 Dalam keadaan biasa, angin bergerak secara lurus
0 Namun, putaran bumi menyebabkan angin mengalami pembiasan dan bergerak mengikut gerakan putaran bumi
Kejadian air laut pasang dan surut
- Kejadian air laut pasang - Kejadian air laut surut
Kejadian perubahan arus lautan
Kesan peredaran bumi
0 Pergerakan bumi mengelilingi matahari pula menyebabkan fenomena-fenomena ini berlaku
a) Kejadian 4 musim
b) Kejadian siang dan malam yang tidak sama panjang
c) Kejadian matahari tengah malam di kawasan kutub utara dan kutub selatan
d) Gerhana matahari dan gerhana bulan
Kejadian 4 musim
Kejadian siang dan malam tidak sama panjang
0 Kejadian siang dan malam tidak sama panjang berlaku apabila berlakunya soltis musim panas dan soltis musim sejuk
0 Pada waktu ini, sesetengah kawasan mengalami waktu siang lebih panjang dan sesetengahnya mengalami waktu malam lebih panjang bergantung kepada kedudukan hemisfera.
0 Tempohnya akan berlarutan sehingga 3 bulan
Kejadian matahari tengah malam di kawasan kutub utara
Kejadian gerhana matahari
• Bulan akan melintasi cahaya matahari. • Ini akan menyebabkan bayang bulan
mengenai kawasan siang pada bumi • Pada waktu gerhana, kawasan ini akan
menjadi malap untuk seketika
Kejadian gerhana bulan
• Gerhana bulan terjadi apabila kedudukan bumi berada di tengah antara bulan dan matahari
• Ini akan menyebabkan bayang bumi mengenai bulan
• Pada waktu gerhana bulan, bulan akan menjadi gelap untuk seketika