demokrasi

Upload: intan2410

Post on 09-Oct-2015

87 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

demokrasi

TRANSCRIPT

1.0KONSEP DEMOKRASIDunia yang semakin mencabar kini menuntut perubahan khususnya dalam konteks pemikiran dan penerimaan terhadap idealisme global. Idealisme demokrasi merupakan satu tuntutan dunia global kini yang cukup popular dan merupakan idealogi politik yang terbaik untuk diamalkan khususnya bagi sebuah negara yang sedang berkembang maju. Dalam konteks perkembangan pemikiran dan perkembangan konsep hidup bermasyarakat, demokrasi boleh dianggap sebagai sebuah sistem politik yang terkandung di dalamnya idealisme sosio-politik yang dapat memenuhi kehendak manusia umumnya. Idealisme ini berkembang mengikut peredaran masa dan tempat menyebabkan wujud takrif, istilah dan pendekatan yang digunakan bagi menyesuaikan konsepnya dengan satu-satu keadaan. Bermula sejak perkembangan pemikiran Socrates di zaman Greek Yunani hinggalah ke hari ini, idealisme demokrasi berkembang seiring dengan perkembangan konsep-konsep seperti negara-bangsa, keadilan sosial, masyarakat sivil, kapitalisme, modenisasi, industrialisasi, hak rakyat dan sebagainya. Kesemua konsep-konsep tersebut menjelaskan perkaitan hubungan yang amat rapat di antara penterjemahan demokrasi dengan kehidupan bermasyarakat khususnya dalam masyarakat moden hari ini.Asasnya konsep demokrasi dapat ditakrifkan sebagai sebuah negara atau kerajaan yang berpandukan atau bersumberkan kepada kehendak rakyat atau masyarakat terbanyak. Menurut Dahl (1992) demokrasi ialah satu sistem politik di mana anggotanya saling bergantungan di antara satu sama lain, sebagai satu sistem politik dan mereka itu bersama-sama berdaulat serta memiliki kemampuan dan sumber daya yang mereka itu bersama-sama berdaulat serta memiliki kemapuan dan sumber daya yang mereka perlukan demi untuk memerintah diri mereka sendiri. Dalam erti kata lain, demokrasi adalah sistem politik yang melibatkan masyarakat terbanyak dalam pembentukan kerajaan, member ruang yang luas kepada rakyat untuk menentukan bentuk negara mereka serta turut mengiktiraf hak dan member penghormatan yang tinggi terhadap keputusan rakyat.

1.1DEFINISI DEMOKRASISecara umumnya, istilah demokrasi berasal dari dua perkataan yang berlainan yang berasal dari bahasa yunani Greek iaitu perkataan (Demos dan Kratos). Perkataan (Demos) membawa maksud rakyat manakala perkataan (Kratos) membawa maksud memerintah, dengan kata hubung , keseluruhan perkataan memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat".[1] Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat di atas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung, dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat).Definisi demokrasi dapat dibahagi kepada dua kategori. Yang pertama ialah kebanyakan elemen teori demokrasi bercorak tradisional. Misalnya kerajaan berperwakilan atau wakil kerajaan adalah sekumpulan orang seorang wakil yang dipilih dari pilihanraya demokratik dan mereka menjalankan tugas dalam masa yang tertentu berdasarkan kepada kehendak rakyat. Kedua, kebanyakan elemen memaparkan corak-corak yang sebenarnya tentang proses demokrasi.Demokrasi adalah sistem politik di mana rakyat mmepunyai pilihan ke atas persaingan diantara pertubuhan-pertubuhan dan pemimpin-pemimpin politik. Rakyat tidak boleh dan tidak dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri, tetapi mereka boleh mengawal kerajaan. Dalam sistem demokrasi yang dijalankan, rakyat menentukan perkembangan sistem politik.Menurut pengkajian yang dijalankan, konsep demokrasi telah diasaskan sekitar abad ke-4 masehi oleh kerajaan Greek Purba. Konsep demokrasi ini telah dikembang secara meluasnya melalui karya-karya ilmiah oleh beberapa ahli falsafah tamadun yunani kuno seperti Socrates, Aristotles, Plato dan Pericles. [1] Demokrasi, Dilayari pada 19 Disember 2013 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi

Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat berikut :

Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa. Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil Rakyat diberi hak mengundi Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya) Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain Kebebasan persatuan Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-undang. Salah satu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-Undang Rule of Law Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik

1.2SYARAT-SYARAT DEMOKRASIDalam menjalankan pemerintahan demokrasi, terdapat beberapa syarat yang dianggap perlu untuk dipatuhi. Terdapat dua syarat utama iaitu persamaan politik dan kebebasan politik.

Persamaan Politik

Kebebasan Politik

Perlembagaan Demokrasi

Pelajaran

Syarat-Syarat DemokrasiPenglibatan Dalam Politik

Masyarakat Yang Setara

Persatuan Politik

Pengagihan Harta Benda

Sikap Tolak Ansur

1.1 Gambarajah Syarat-syarat Demokrasi

1.2.1Persamaan PolitikPersamaan politik bermaksud memberi persamaan peluang kepada setiap individu untuk penglibatan yang sama dalam kerajaan tanpa mengira keadaan individu sama ada kaya mahupun miskin. Penglibatan orang ramai dalam sistem pemerintahan demokrasi adalah merupakan hak semula jadi mereka dalam hubungan dengan orang ramai.namun kebanyakan sistem pentadbiran demokrasi banyak dikuasai oleh golongan minoriti iaitu golongan bangsawan dan kelas atasan sebagai pemimpin kelas atasan.Persamaan politik juga bermaksud tanggungjawab. Jadi demokrasi bertujuan untuk menjadikan individu mempunyai sikap mengawal diri. Rasa tanggungjawab amat penting kerana dapat mengawal individu dari menyalahguna kuasa yang diberikan oleh rakyat.1.2.2Kebebasan PolitikAhli falsafah terkenal, Plato mengatakan bahawa memilih apa yang disukai adalah menarik tetapi ia akan berakhir. Manusia dalah bebas dan berbeza antara satu sama lain, dan mereka patut diberi fungsi mengikut kecenderungan mereka. Kebebasan merupakan sesuatu elemen penting dalam demokrasi namun tidak bermaksud mereka boleh menggunakan sewenang-wenangnya kebebasan yang diberikan. Dalam demokrasi terdapat dua konsep pertimbangan iaitu. Pertama, individu adalah bebas dari pengadilan pemerintahan. kedua, individu mempunyai hak menyuarakan dan mengawal kerajaannya sendiri. Rakyat berhak mengkritik sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin dalam kerajannya di negaranya.Dalam sesebuah negara demokrasi kebebasan yang diberi boleh dirumuskan kepada empat jenis, iaitu kebebasan bercakap dan berakhbar, kebebasan berhimpun, kebebasan persatuan, kebebasan pembebasan, menangkap dan memenjara.1.2.3Perlembagaan DemokrasiPerhatian sepatutnya direka untuk menyediakan satu media berkesan di mana cita-cita dan kehendak rakyat boleh diambil perhatian. Rakyat mempunyai kehendak dan keupayaan untuk menjayakan demokrasi, perlembagaan yang lemah masih dapat dikuatkan dengan pembaharuan dan ditingkatkan kelengkapannya. Perlembagaan sesebuah negara haruslah mengubah sistem demokrasi yang menyediakan keperluan-keperluan sebagai sebuah perlembagaan demokrasi.Kebebasan mengundi dan bersuaraDalam demokrasi, setiap rakyat yang mencapai umur yang ditetapkan diberikan hak untuk mengundi. Rakyat berhak memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin dengan pemikiran dan pertimbangan yang waras. Namun tidak diperlukan sebarang peperiksaan dan ujian untuk memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin di dalam strukur pentadbiran negara.Badan PerundanganBadan perundangan dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat oleh kebanyakan negara-negara demokrasi moden zaman sekarang. Ia sangat perlu untuk menggerakkan jentera-jentera kerajaan. Badan perundangan amat penting kerana ia mengawal kebijaksanaan wakil-wakil yang dilantik oleh rakyat. Melalui badan perundangan inilah segala keperluan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat dapat diketengahkan dan dibincangkan dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan rakyat.EksekutifBadan eksekutif ialah badan yang menjalankan undang-undang dan dasar-dasar yang telah ditetapkan. Jesteru, ahliahli eksekutif perlulah mempunyai sifat bertanggungjawab untuk melaksanakan demi rakyat.ketua eksekutif mempunyai bidang kuasa dan autoriti yang luas dan harus melaksanakan tugas tersebut dengan terbaik dan demi rakyat. Kehakiman BebasStrukur kehakiman yang bebas perlu ada dalam sesebuah negara demokrasi iaitu bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Mahkamah penghakiman bebas mempunyai tiga fungsi iaitu menghasilkan keputusan kehakiman dengan baik dan adil. Kedua penerangan mengenai undang-undang tersebut yang menjadikan undang-undang tersebut untuk kerajaan dan bukan untuk rakyat yang suka berdolak-dalik.1.2.4PelajaranPada kebiasaannya demokrasi lebih cepat berkembang dengan pemikiran masyarakat yang berpendidikan tinggi dan dapt mengawal emosi dengan lebih elok. Jika pelajaran hanya sekadar kenyataan dan kelayakan yang perlu untuk mendapatkan kerajaan maka ini akan gagal memajukan kebebasan dan pemikiran yang kritikal mengenai soal-soal awam, yakni dia tidak dapat menghasilkan semangat kesedaran dan semangat yang perlu untuk menjayakan demokrasi.Pelajaran yang diberikan kepada rakyat perlulah menyelitkan semangat terhadap kebangsaan dan perlu diselitkan sesuai dengan permintaan demokrasi. Adalah penting untuk pihak kerajaan mengadakan perbincangan umum dan memberi kelonggaran kepada semua pihak untuk mengadakan perhimpunan, parti, persatuan dan sebagainya.1.2.5Penglibatan Dalam PolitikSemenjak zaman kerajaan Athen dulu, rakyat memang terlibat dengan pentadbiran dengan memilih kerajaan yang akan diangkat menjadi pentadbir. Hak mengundi semakin berkembang dengan pesat selepas abad ke-19 dan ke-20 namun masih ada segelintir yang merasakan bahawa mengundi tidak mendatangkan apa-apa faedah. Ini menyebabkan peratusan pengundian semakin berkurang dan jumlah undi yang diterima hanyalah sedikit dari rakyat dan memudahkan untuk suatu pihak mengeksploitasikan minda pengundi. Namun masih terdapat kes di sesetengah negara maju demokratik yang tidak membenarkan sesetengah kumpulan rakyat untuk tidak mengundi seperti kumpulan kanak-kanak di bawah umur, orang-orang asing, penjenayah yang dijatuhkan hukuman, dan orang-orang yang tidak waras.Namun terdapat juga syarat yang paling minimum untuk seseorang individu itu dapat mengundi seperti berumur 21 tahun ke atas, warganegara, telah mendaftar untuk mengundi dan juga telah bermastautin di daerah ataupun negeri di dalam negara yang dipilih untuk menjadi pengundi. Pada sewaktu dahulu, golongan wanita tidak dibenarkan mengundi. New Zealand merupakan negar pertama yang membenarkan wanita turun membuang undi iaitu pada tahun 1893 dan ini semakin berkembang dan menjadikan kini terdapat lebih 80 buah negara di serata dunia yang membenarkan wanita turun membuang undi di hari pengundian.

1.2.6Masyarakat Yang SetaraSistem demokrasi akan lebih berjaya jika masyarakat dapat disatukan walaupun terdiri dari pelbagai latarbelakang agama, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Sistem demokrasi tidak akan dapat berjalan dengan lancar seandainya terdapat perselisihan dalam masyarakat yang majmuk ini dan tentunya akan lahir golongan yang akan suka menimbulkan masalah dan berhasrat untuk meruntuhkan sistem demokrasi dalam negara. Jesteru menjadi suatu kepentingan kepada sesebuah kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian seandainya terdapat perselisihan faham diantara golongan yang berbeza demi menjayakan sistem demokrasi di sesebuah negara.1.2.7Persatuan PolitikJika terdapat perbezaan dari segi agama, bangsa dan nilai-nilai yang diterima umum maka wujudlah faktor-faktor pemaksaan dan pemerasan. Persetujuan asas perlu ada dalam setiap peraturan yang dikeluarkan oleh masyarakat dan kerajaan. Rakyat berhak menentang kerajaan seandainya kerajaan telah menyeleweng dari dasar kepada rakyat dan tidak dapat memenuhi tuntutan rakyat. Seandainya pemerintahan itu tidak mempunyai tahap kecekapan yang diperlukan, maka rakyat berhak menolak kerajaan tersebut dari tampuk pemerintahan negara dengan menggunakan saluran yang betul iaitu pilihanraya yang akan diadakan pada masa yang akan datang. Dengan itu corak pemerintahan kerajaan sentiasa menjadi berwibawa untuk melaksanakan agenda untuk rakyat.1.2.8Pengagihan Harta BendaDemokrasi akan lebih berjaya seandainya pengagihan harta dan kekayaan itu meliputi keseluruhan masyarakat. Ini bermakna dalam sesebuah negara itu, tidak akan ada situasi di mana orang yang kaya akan terus kaya manakala orang yang miskin tetap akan terus miskin tanpa sebarang pembelaan. Demokrasi juga tidak akan berjaya diamalkan dengan lancar seandainya kebebasan untuk memiliki harta persendirian disekat. John Locke ada mengatakan :

the great and chief end of mens uniting into common wealths and putting themselves under government in the preservation of their property [2]Menurut teori ini, kerajaan haruslah membenarkan dan memberi hak kepada semua rakyat untuk menyimpan dan mengumpul kekayaan. Jesteru, ini dapat memberi gambaran sebenar berkenaan sifat individu tersebut melalui cara mereka menggunakan kekayaan dan mengumpul kekayaan. Mempunyai harta kekayaan bukanlah hanya bertujuan untuk ekonomi semata-mata tetapi banyak lagi faedah-faedah psikologi yang lain. Untuk tujuan ini, kerajaan haruslah mengawal hak rakyat untuk mempunyai harta benda dan kekayaan.1.2.9Sikap Bertolak AnsurSikap bertoleransi haruslah ada dalam masyarakat yang mengamalkan demokrasi agar banyak cadangan-cadangan dapat diutarakan untuk kebaikan negara dan rakyat. Antara cara yang paling baik untuk mengutarakan pendapat adalah melalui perbincangan diantara dua buah pihak dan ini adalah cara yang lebih baik dari melalui sistem paksaan dan tekanan. Sikap memberi dan menerima juga haruslah ada di dalam perbentukan masyarakat yang mengamalkan sistem demokrasi iaitu melibatkan konsep peraturan oleh kelompok majoriti dan kelompokn minoriti haruslah menerima keputusan dan peraturan itu dengan hati yang terbuka demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang menggugat suasana demokrasi tersebut.1.3KAPITALISME, SOSIALISME & KOMUNISMESejarah mengatakan bahawa kapitalisme wujud melalui penggabungan diantara authoritarian dengan kerajaan demokratik. Seandainya kapitalisme lenyap, maka demokrasi juga akan lenyap. Demokrasi yang formal merupakan demokrasi yang paling

[2] K. Ramanathan Kalimuthu, 1987, Asas Sains Politik, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

baik di dalam sesuatu komuniti di mana ia menunjukkan pembahagian harta benda secara adil dan saksama.

1.3.1KapitalismeKapitalisme pada umumnya digunakan untuk sistem perusahaan sendiri. Perusahaan kerajaan juga wujud namun penglibatan kerajaan hanya kecil dan sedikit. Terdapat pelbagai usaha untuk menjalankan perusahaan dan mengaut keuntungan darinya seperti tuan tanah menjual atau menyewa tanahnya kepada individu lain dan sebagainya. Cara yang paling penting kepada seseorang untuk mendapatkan kejayaan adalah melalui ganti rugi, bonus, gaji dan sebagainya. Kebanyakan pembahagian harta melibatkan proses yang baik dan di dalam persekitaran yang baik. [3]1.3.2SosialismeSosialis membawa banyak pengertian dan takrifan. Pada awalnya ia menunjukkan cara-cara dan dasar-dasar yang berpunca dari kapitalis. Sosialisme ialah suatu dasar organisasi dari masyarakat yang bermaksud pengeluaran barang-barang dikawal dan keputusan sesuatu barang patut dihasilkan dibuat oleh masyarakat umum. Kerajaan sosialisme bermaksud perpindahan urusan ekonomi masyarakat dari hak persendirian kepada hak umum. [4]Negara memainkan peranan sebagai pihak pengurusan seandainya seseorang individu itu mengadakan perusahaan. Di bawah sosialis yang lengkap, kepunyaan individu tidak disingkirkan semuanya. Ekonomi jenis ini melibatkan penggabungan di antara perusahaan awam dengan perusahaan individu. Sistem ekonomi sosialis ini lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat. [5][3] Kapitalis, Dilayari pada 19 Disember 2013 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapitalis[4] Sosialis Antarabangsa, Dilayari pada 19 Disember 2013 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/ Sosialis_Antarabangsa[5] Sosialis, Dilayari pada 19 Disember 2013 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Sosialis

1.3.3KomunismeKomunisme merupakan cara hidup yang diamalkan dari pergerakan komunis. Ekonomi ini juga dinamakan sebagai ekonomi Marxist yang menetapkan adanya penghasilan hasil perusahaan di antara komunis dan kapitalis. Sistem ekonomi yang dipermainkan akan menempatkan kembali fahaman feudal dan bertukar kepada kapitalis seperti berlaku di Rusia.Pemimpin terkemuka komunis, Lenin telah memperkembangkan dan menggunakan teknik-teknik revolusi dan menurut beliau pemimpin-pemimpin haruslah menegakkan proletariat.[6] Segala hakmilik individu akan terus kekal di bawah komunisme. Hanya masyarakat komunis yang kecil sahaja yang akan menentukan dasar-dasar negara. Komunisme adalah organisasi tertinggi di dalam struktur masyarakat yang bebas dan mereka sedar bahawa mereka harus menjadikan undang-undang sebagai satu cara hidup.Perhubungan diktator dengan proletariat adalah amat penting bagi perkembangan komunisme. Agensi yang berkuasa membuat keputusan terakhir bolehlah dikatakan parti komunis yang sah menurut sistem ini.[7]

[6] Proletariat mengikut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat bermaksud golongan pekerja, terutama mereka yang tidak mempunyai modal dan kehidupan yang menyara hidup dengan makan gaji atau mengambil upah.[7] Komunisme, Dilayari pada 19 Disember 2013 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunisme

1.4JENIS-JENIS DEMOKRASI1.4.1Demokrasi LiberalDemokrasi liberal hampir unggul dengan sistem demokrasi. Dalam sistem ini kerajaan adalah dari rakyat dan bertanggungjawab kepada rakyat. Untuk mendapatkan mandat pemerintahan, sesebuah parti harus mendapatkan mandat dari rakyat melalui pilihanraya yang dilakukan mengikut perlembagaan. Golongan minoriti mendapat layanan yang baik dari golongan majoriti atas sifat tolak ansur. Walau bagaimanapun pendapat golongan majoriti haruslah diterima dan dipertimbangkan oleh pihak minoriti.Individu ataupun kumpulan-kumpulan bebas untuk mengeluarkan sebarang cadangan, kritikan dan sebagainya kepada pihak kerajaan. Ketika pilihanraya diadakan, rakyat dibenarkan untuk memilih sesiapa sahaja menjadi pilihan mereka. Calon pilihanraya dipilih secara rahsia dan tanpa paksaan. Orang ramai bebas meluahkan cadangan, kebebasan bersuara, berkumpul dan menerbit. Kuasa yang terdapat di dalam pentadbiran terbahagi kepada beberapa bahagian seperti legislative, eksekutif dan kehakiman atau judisiari yang dikuasai oleh individu yang berlainan agar tidak berlaku sebarang campurtangan kepada urusan setiap bahagian.1.4.2Demokrasi ProletarSistem ini disifatkan sebagai pemerintahan totalitarian dan lebih dikenali sebagai sistem komunis. Mula wujud selepas berlakunya revolusi seperti yang berlaku di Rusia dan China. Tetapi di Eropah sistem ini wujud selepas perang dunia kedua. Sistem ini hanya terdapat hanya satu parti yang memerintah negara dan individu tidak mendapat menghalang sebarang tindakan kerajaan. Dalam sistem pemerintahan ini, rakyat kurang mendapat kebebasan bersuara, menerbit dan berhimpun. Individu tidak boleh menyoal kewibawaan seorang pemimpin kerana akan dianggap sakit jiwa dan akan dihantar ke pusat rawatan. Sebagai contohnya di China, kerajaan menerima sebarang kritikan selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada pemerintahan negara.

1.4.3Demokrasi TerpimpinSistem demokrasi tidaklah bermaksud sebagai sebuah kerajaan yang berparlimen bahkan sebagai sebuah kerajaan demokrasi yang terhad dengan mempunyai kepimpinan yang kuat. Demokrai seperti ini bermaksud tentera memainkan peranan yang penting kepada pantadbiran negara seperti di Pakistan, Indonesia dan Myammar. Para pemimpin di dalam sistem ini menyarankan rakyat memerlukan latihan dan pendidikan terlebih dahulu sebelum demokrasi liberal dilakukan. Dalam keadaan yang sama, pihak tentera mungkin mendakwa suasana dalam negara tidak cukup mantap untuk membenarkan pengambilan semula atau pewujudan kerajaan demokrasi. Undi juga diadakan tetapi bukanlah untuk memilih wakil ataupun pengganti wakil yang ada tetapi ia diadakan untuk mengetahui pendapat rakyat. Contoh negara yang menjalankan sistem ini ialah Afrika, Amerika Latin dan Asia.1.4.4Demokrasi TotalitarianSistem ini juga dikenali sebagai Jacobin atau Demokrasi Majoritarian. Terdapat dua ciri utama dalam sistem demokrasi totalitarian. Pertama, idealism, iaitu sokongan untuk kerajaan adalah satu optimistik di dalam keadaan semulajadi. Hak majoriti untuk membuat keputusan adalah tidak sah kerana sesuatu yang benar dari ahli-ahli politik adalah sah diterima dan bekerjasama menjalankan sesuatu untuk kebaikan secara keseluruhan. Kedua, monism, iaitu tertumpu kepada prinsip-prinsip doktrin yang tertinggi dalam masyarakat. Di dalam menjalankan liberal dan demokrasi pluralis, ia tertumpu kepada monisme, iaitu percaya kepada satu falsafah atau kumpulan prinsip-prinsip tertinggi dan satu parti dikira memadai mewakilkan rakyat. 1.4.5Demokrasi AfrikaSistem demokrasi afrika merupakan sistem yang diamalkan oleh suku kaum yang berpengaruh. Dalam sistem ini terdapat parti pembangkang yang disebut Mankradd yang bertujuan untuk menentang apa sahaja yang dinyatakan oleh ketua parti. Dalam sistem demokrasi afrika ini, terdapat sistem di mana raja bertanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat dan ini menyebabkan kurangnya terjadi perselisihan faham antara rakyat dan pemerintah. Dalam sistem ini terdapat sistem pusat, parti yang memerintah. Apabila keputusan telah dibuat melalui undi majoriti dan menerusi perbincangan, maka adalah tidak perlu untuk mewujudkan berbagai-bagai parti. Sistem ini diamalkan di Tanzania oleh Julius Nyerere dan di Ghana oleh Kwame Nkrumah.1.4.6Demokrasi PluralisDi Britain dan Amerika Syarikat, pembentukan demokrasi adalah sama dengan teori politik yang diperkenalkan oleh Calhoun. Ia bukan lagi demokrasi liberal setelah kerajaan bermuafakat dengan pihak yang berpengaruh dan berkuasa seperti kesatuan-kesatuan pekerja, koperasi perniagaan dan kumpulan pendesak daripada berunding dengan individu-individu dan parti-parti pembangkang. Demokrasi pluralis bermaksud kuasa dijalankan di kawasan tertumpu sahaja bagi membincangkan atau menitikberatkan aktiviti politik untuk mendapat perhatian.1.4.7Demokrasi PartisipatifSesetengah demokrasi partisipatif adalam populisme. Terdapat dua pendekatan partisipatif iaitu populisme klasik, iaitu membesarkan peranan masyarakat setelah memindahkan keputusan-keputusan dari wakil-wakil yang dilantik oleh electorate. Wakil-wakil adalah perwakilan yang mengawal segala pilihanraya, kuasa yang diberi/ditarik semula dan juga peraturan-peraturan mandat. Kedua, ekonomi populisme, iaitu menyelidiki individu yang melibatkan diri dalam perkhidmatan awam dan keputusan-keputusannya.1.4.8Demokrasi SosialDemokrasi mempunyai pengaruh di dalam lapangan perhubungan sosial dan institusi-institusi, selain dari pengaruh kerajaan dan ekonomi. Persamaan di dalam idea demokrasi bertapak dari kelahiran prinsip fundamental aristocratic tetapi bukan kepada kerajaan totalitarian. Demokrasi sosial juga berlandaskan kepada material side of mans life.1.4.9Demokrasi KonsolidasiDi negara-negara yang mempunyai kaitan antagonisticsub-culture groups menimbulkan keadaan politik yang tidak stabil, menggugat keadaan faktor-faktor negara, institusi-institusi yang dirancang dan menghadkan peluang-peluang tekanan yang akan berlaku. Pihak-pihak yang terpilih dari berbagai parti politik bersetuju untuk bekerjasama dan bertanggungjawab dalam politik.1.4.10Demokrasi EkonomiDi dalam pendekatan, demokrasi ekonomi bertelingkah mengenai konsentrasi kuasa ekonomi di bawah kuasa kerajaan yang tidak seiring dengan prinsip asas demokrasi, yakni memperluas kuasa. Di dalam sistem demokrasi, capitalist entrepreneur akan dibangkang oleh countervailing power. Jika buruh didapati bersalah oleh capital, ia akan merujuk kepada perundangan. Di bawah ekonomi sosial, negara merupakan majikan, politik dan kuasa ekonomi yang dipersetujui.1.4.11Demokrasi RakyatKeputusan adalah berhubung dengan keputusan suara rakyat atau suara ramai. Keputusan suara ramai dalam satu parti dijangka dan dikeluarkan oleh kerajaan di bawah pimpinan satu parti.

2.0KEPENTINGAN DEMOKRASI

Pengenalan Sistem pemerintahan demokrasi amat bermakna bagi sesebuah negara yang mendaulatkan kebebasan rakyat. Ianya menggambarkan suatu sistem yang memberi keutamaan kepada suara dan kehendak majoriti rakyat. Istilah popular demokrasi ialah kerajaan rakyat, dari rakyat untuk rakyat. Dalam sistem demokrasi yang berkuasa ialah rakyat. Rakyat yang akan menentukan siapakah yang akan membentuk dan menerajui kerajaan. Demokrasi mempunyai makna yang bertentangan dengan autokrasi. Sepanjang sejarah dunia telah wujud pelbagai doktrin demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat dunia. Walaupun diketahui secara hakikatnya demokrasi bukanlah jenis pemerintahan yang dominan dalam sejarah dunia tetapi sejak kebelakangan ini, pemerintahan berbentuk demokrasi adalah yang paling dominan. Tiga (3) klasifikasi utama demokrasi yang wujud atau pernah wujud ialah natural right democracy, democratic liberalism, dan contemporary democracy. Demokrasi adalah merupakan satu struktur atau cara masyarakat disusun, selain itu juga corak pemerintahan sebuah negara adalah ditentukan oleh rakyat atau lebih dikenali sebagai pemerintahan rakyat. Sepertimana dikatakan oleh Abrahim Lincoln bahawa demokrasi adalah sebuah pemerintahan rakyat, yang berfungsi untuk rakyat. Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Selepas Perang Dunia Kedua, banyak negara telah mengatakan sebagai sebuah negara demokrasi yang mengamalkan demokrasi rakyat serta menjunjung kepentingan rakyat semasa memperkenalkan dasar mahupun pelbagai amalan, termasuk menindas rakyat. Pada dasarnya tidak semua negara demokrasi yang mengamalkan pemerintahan rakyat mendatangkan kebaikan seperti suasana aman atau harmoni dalam kehidupan rakyat. Demokrasi dianggap sebagai satu amalan yang baik dan disanjung kerana beberapa faktor. Demokrasi prihatin atau peka kepada kepentingan rakyat. Tidak seperti corak pemerintahan seperti monarki, diktator dan autokrasi yang memberi keutamaan kepada golongan minoriti yang memegang kuasa atau memerintah. Demokrasi tidak mengambil kira kepentingan golongan tertentu kerana ia mengganggap semua lapisan masyarakat adalah sama dan layan sama harus diberikan. Selain itu rakyat biasa dianggap sebagai golongan yang harus diberi keutamaan dalam segala lapangan pemerintahan supaya rakyat tidak merasakan diri mereka rasa tertindas. Sebagai contoh rakyat digalakan untuk terlibat sama dalam menentukan apa dasar atau polisi kerajaan, bahkan juga rakyat berhak untuk untuk membantah segala cadangan kerajaan jika kerajaan tidak dapat memenuhi kehendak rakyat atau menyeleweng daripada dasar yang telah dipersetujui. Demokrasi diasaskan atas prinsip kesamaan dari aspek hak, setiap rakyat dianggap mempunyai hak yang sama serta berhak untuk menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sama dan oleh itu di negara demokrasi bagi rakyat yang masih mundur maka disediakan keistimewaan seperti pembangunan supaya jurang dapat di kurangkan. Ada penyokong demokrasi menentang pendapat yang menyatakan bahawa demokrasi memberi keistemewaan kedudukan individu kerana asas kebebasan adalah hak manusia adalah sama rata. Disamping itu demokrasi menolak pendapat bahawa terdapat manusia dilahirkan sebagai hamba dan kaum elit memiliki hak kebebasan. Semua rakyat bebas bertindak dalam proses kerajaan. Penglibatan dalam kerajaan demokrasi boleh membangunkan pemikiran seseorang dalam tindak-tanduknya dan boleh mengelakkan rakyat merasa rendah diri. Kerajaan demokrasi mengambil kira kebajikan awam serta dibenarkan untuk bertindak terhadap kerajaan seperti pemilihan dalam pengundian awam. Demokrasi menjaminkan kebebasan sebagai hak asasi Corak pemerintahan, demokrasi lebih terbuka dari segi memberi hak kebebasan kepada rakyat berbanding pemerintahan yang lain. Kebebasan yang diberikan bukanlah kebebasan mutlak serta boleh melakukan sewenang-wenangnya dalam setiap aspek. Bagaimanapun kebebasan merupakan asas yang paling utama dalam segala hak yang lazim kerana tidak semua manusia dapat memilih dan menentukan sendiri cara yang baik dan buruk bagi diri mereka. Demokrasi memberi hak untuk memilih pemerintah dalam Declaration Of Independence of 1776 , Jefferson menegaskan bahawa rakyat mempunyai hak untuk memilih bentuk kerajaan yang disukai dan membaikinya apabila pemerintah tersebut tidak lagi mendapat menjamin keselamatan. Tindakan demokrasi memberi ruang kepada orang awam dalam memilih kerajaan adalah kerana sejarah mendedahkan bahawa kerajaan yang diperintah oleh minoriti telah banyak menimbulkan masalah seperti melakukan penindasan. Demokrasi menggalakkan pembangunan diri rakyat. Tingkah laku individu bukan sahaja boleh mempengaruhi bentuk kerajaan malahan juga pemerintahan rakyat dianggap lebih baik dalam membangunkan sifat-sifat yang dikehendaki. Demokrasi bertindak ke atas individu supaya menjadikan mereka berfikiran masyarakat dan berinisiatif untuk menyelesaikan masalah rakyat serta menjadikan rakyat yang aktif menjadi pasif. Pendapat yang mengatakan bahawa golongan elit bersikap lebih rasional daripada kebanyakan manusia lain telah ditolak berasaskan sejarah , ini kerana fikiran yang waras yang menentukan sikap seseorang sedangkan bijak pandai lebih bertindak tidak rasional. Bagaimanapun ada juga berpendapat bahawa rakyat biasa yang memerintah telalu banyak berpersangka serta menimbulkan dan bertindak secara tidak rasional berbanding kaum elit. Bagi penyokong demokrasi mereka berpendapat sebaliknya kerana mereka yang dipilih sebagai wakil adalah yang terbaik. Tuduhan yang mengatakan bahawa demokrasi sebagai penghalang kemajuan sebuah negara telah menerima reaksi yang negatif, ini kerana demokrasi berparlimen telah membuktikan bahawa banyak perubahan pembangunan dalam sebuah negara dan kemajuan hidup masyarakat masa kini telah berubah melalui pembangunan yang berterusan ternyata menguntungkan rakyat dan kini rakyat boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai. Rakyat telah mendapat faedah yang besar kerana membuat pilihan yang bijak dalam menentukan kerajaan yang memerintah dalam negara demokrasi. Kerajaan yang dibentuk oleh rakyat boleh menjamin kehidupan dan impian mereka yang tercapai dalam pelbagai aspek, kemajuan ekonomi, sosial, politik, pentadbiran, komunikasi, dan pendidikan merupakan asas yang penting dalam landasan sebenar menuju kearah kejayaan dan kecemerlangan hidup dan terus menerus menikmati kualiti hidup yang semakin tinggi. Demokrasi merupakan corak pemerintahan yang cekap dan berkesan. Walaupun ada beranggapan kemungkinan demokrasi tidak cekap dalam pentadbiran pemerintahan namun demokrasi mensyaratkan sesiapa sahaja yang mempunyai keupayaan dan kecekapan boleh melibatkan diri dalam politik. Persetujuan asas perlu ada dalam setiap peraturan yang dikeluarkan oleh masyarakat dan kerajaan. Perhubungan politik dalam institusi kerajaan perlu adil dan rakyat berhak untuk membantah cadangan kerajaan jika kerajaan tidak dapat memenuhi kehendak rakyat. Dalam demokrasi, yang orang aktif akan dipilih dari semasa ke semasa dan rakyat berpeluang mengikuti proses ini melalui pemilihan. Peluang ini merupakan platform kebebasan dan kebebasan yang dimaksudkan adalah hak politik yang membolehkan rakyat menentukan pemerintah dalam pilihanraya.Salah satu cara yang terbaik untuk menyatupadukan rakyat melalui demokrasi dengan menghubungkaitkan individu dengan kumpulan untuk tujuan sosial. Proses amalan serta yang dipratikkan seperti pungutan suara ramai serta bentuk perundangan dibuat oleh perwakilan. Rakyat diberi kuasa untuk memiliki pertubuhan dan pertubuhan boleh melibatkan diri dalam kerajaan melalui harapan rakyat bagi memastikan rakyat dan pendapat diterima Perubahan sosial, politik dan ekonomi melalui demokrasi Jika ada apa-apa perubahan yang ingin dilakukan mesti mendapat sokongan daripada rakyat. Pemimpin yang bijak menggunakan peluang ini akan lebih berjaya dalam membangunkan negara dan memajukan rakyat. Namun jika ada penghalang yang boleh mengagalkan hasrat ini maka ia perlu disingkirkan demi kepentingan rakyat dan seorang pemimpin yang berwibawa pasti dapat menggalakkan rakyat untuk menerima pandangannya mengenai perubahan sosial, politik serta ekonomi denemi kepentingan rakyat dan negara. Apa pun bentuk demokrasi yang diamalkan oleh dalam pemerintah sebuah negara yang penting ialah terpulang kepada rakyat untuk menerima dan mengikuti dasar kerajaan dalam menjalankan tugas dan berfungsi sebagai kerajaan.

3.0 DEMOKRASI BERPARLIMEN

3.1 DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIAMalaysia telah mengamalkan konsep demokrasi berparlimen semenjak dari permulaan kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang. Negara ini mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih berdasarkan sistem giliran daripada sembilan sultan negeri melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Selain itu Yang Dipertuan Agong turut memegang kuasa ke atas sistem perundangan, ketenteraan, agama islam, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya. Peruntukan ini terkandung di dalam perlembagaan negara Malaysia sejak mula-mula ia diperkenalkan setelah Malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan British.Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster.[8][9] Ini kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang ahli Dewan Rakyat dan memimpin kumpulan majoriti ahli dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

[8] Politik Malaysia, http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Malaysia[9] Westminster adalah kawasan di tengah kota London. Ia terletak di tebing utara Sungai Thames, barat daya kota London, 800 meter di barat daya Charing Cross. Ia menyimpan banyak sejarah tentang kota London dan juga menjadi tarikan utama pelancong, termasuk Istana Buckingham dan Westminster Abbey

3.2CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN

2.2 Gambarajah Ciri-CiriDemokrasi Berparlimen

3.3.1Ketua NegaraYang Dipertuan agong merupakan ketua negara dan persekutuan Malaysia, baginda juga merupakan puncak kekuasaan kepada ketiga-tiga badan utama dalam negara iaitu eksekutif, judisiari dan legislatif. Selain itu baginda juga menjadi lambang kepada negara dan upacara-upacara rasmi yang dilangsungkan dalam negara dan baginda akan menjadi lambang perpaduan seluruh negara.Jawatan Yang Dipertuan Agong ini mula diperkenalkan pada 31 Ogos 1957 mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan ini merupakan sesuatu yang unik kerana menjadi satu-satunya jawatan seumpama itu di dalam dunia dengan seorang raja berperlembagaan memegang jawatan secara dipilih dan bukan dilantik berasaskan sistem warisan turun-temurun seperti negara-negara lain. Perkara 32 (1) menyebut bahawa Yang Dipertuan Agong mendahului keutamaan segala orang di dalam persekutuan. Baginda juga tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana mahkamah kecuali mahkamah khas.mahkamah khas ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara sebagai pengerusi, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang hakim lain yang memegang jawatan atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.[10]Mahkamah Khas mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang Dipertuan Agong atau raja sesuatu negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang Dipertuan Agong atau raja-raja di negeri-negeri lain. Yang Dipertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja dalam kalangan Sembilan orang raja-raja melayu mengikut kedudukan yang terkanan berdasarkan tarikh naik takhta. Kaedah ini memberi peluang kepada raja-raja melayu untuk dipilih menjadi raja melainkan mereka tidak cukup umur, tidak mahu dipilih atau Majlis Raja-raja memutuskan dengan undi sulit bahawa baginda tidak sesuai untuk dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong.Ada sesetengah pandangan mengatakan bahawa Yang Dipertuan Agong dipilih secara demokrasi, namun sebenarnya tidak begitu. Ini kerana calon kerana corak pemilihannya hanya terbatas kepada 9 orang calon sahaja yang terdiri dari 9 orang raja-raja melayu dari sembilan buah negeri melayu sahaja dengan setiap negeri mempunyai giliran masing-masing.Buat masa kini, proses pemilihan Yang Dipertuan Agong telah memasuki pusingan kedua iaitu raja dari Negeri Sembilan, Selangor dan Perlis telah dipilih buat kali kedua bagi jawatan tersebut. Bagi jawatan Yang Dipertuan Agong, baginda boleh memegang jawatan selama 5 tahun sahaja, tetapi baginda boleh meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh perkhidmatannya dan boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

[10] Yang Dipertuan Agong, Dilayari pada 5 Oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di- Pertuan_Agong

Pemecatan yang dilakukan adalah untuk jawatan Yang Dipertuan Agong sahaja dan bukan melibatkan jawatan di peringkat negeri masing-masing. [11]Yang Dipertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia dan merupakan ketua agama bagi Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak serta di negeri baginda sendiri. Namun sebelum tahun 1976, peranan baginda sebagai ketua agama hanya terhad kepada negeri Melaka, Pulau Pinang dan negeri baginda sahaja. Setelah berlakunya pindaan terhadap perlembagaan persekutuan, akhirnya Yang Dipertuan Agong ditugaskan untuk menjadi ketua agama di beberapa wilayah lagi. Walaubagaimanapun, kuasa mengampun bagi kesalahan di negeri-negeri lain masih terletak di bawah bidang kuasa raja ataupun sultan negeri masing-masing.Yang Dipertuan Agong merupakan Ketua Negara dan menjadi punca asas kepada segala kuasa di Malaysia, sama ada kuasa untuk membuat undang-undang, kuasa pemerintahan dan kuasa kehakiman. Baginda merupakan salah satu unsur parlimen iaitu yang terdiri dari Yang Dipertuan Agong dan 2 buah dewan. Dewan yang dimaksudkan adalah Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Baginda berkuasa penuh untuk memanggil sidang parlimen untuk bersidang dan juga menangguh ataupun membubarkan Dewan Parlimen. [12]Selain dari Yang Dipertuan Agong sebagai simbol parlimen, ketua negara, ketua agama islam bagi beberapa negeri Yang Dipertuan Agong juga mempunyai kuasa budi bicara yang istimewa di dalam sudut memilih perdana menteri. Namun begitu baginda tidak sepenuhnya bebas dalam melantik dan memecat seorang perdana menteri. Ini kerana perdana menteri adalah seorang ahli dewan rakyat yang dipilih dan diberi kepercayaan sebahagian besar ahli dewan untuk menjawat jawatan itu.

[11] Ruslan Zainuddin, 2006, Sejarah Malaysia edisi kedua, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Selangor[12] Parlimen Malaysia, Dilayari pada 19 Disember 2013 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/ Parlimen_MalaysiaJesteru, Yang Dipertuan Agong harus memperkenankan perlantikan yang diadakan secara demokrasi itu. Kuasa budi bicara hanya akan dapat dilaksanakan seandainya tiada sesiapa yang dicalonkan untuk menjadi perdana menteri oleh ahli majoriti sesebuah parti yang banyak terdapat di dalam sidang parlimen tersebut. Namun tindakan yang lebih sesuai untuk dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong adalah menunggu keputusan pucuk pimpinan parti yang mempunyai majoriti besar di dalam dewan parlimen untuk mengetengahkan calon bagi jawatan perdana menteri Malaysia dan diperkenan oleh baginda.Perkara 3 (3) Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan seorang timbalan ketua negara yang digelar Timbalan Yang Dipertuan Agong untuk menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara sekiranya Yang Dipertuan Agong sedang gering atau keluar negara dalam masa sekurang-kurangnya 15 hari. Timbalan Yang Dipertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk tempoh selama 5 tahun. Jika baginda dipilih semasa tempoh perlantikan Yang Dipertuan Agong maka tempoh perkhidmatannya akan tamat sebaik sahaja tempoh perkhidmatan Yang Dipertuan Agong tamat. Namun sekiranya baginda ingin meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh perkhidmatan maka baginda haruslah menghantar surat perletakan jawatan kepada Majlis Raja-Raja Melayu.3.2.2Perlembagaan3.2.2.1 Pengenalan Perlembagaan Perlembagaan bermaksud prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan.Menurut A.S Hornby dalam Kamus Oxford Advanced Learners Dictionary of Current English, perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut adalah berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.Patrick J. Dalton dan Robina S. Dexter dalam bukunya yang berjudul Constitutional Law pula mentafsirkan bahawa perlembagaan sebagai satu kompoisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip-prinsip bahagian tertenu sesebuah negara di mana ia mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat.Robert A. Dahl dalam bukunya Modern Political Analysis pula menyatakan bahawa sistem politik sesebuah negara itu kompleks dan seimbang, peranan politik dengan sendiri terbentuk. Peranan ini ditadbir oleh koleksi-koleksi pentadbiran dalam satu sistem politik akan memberi perlembagaan kepada kerajaan untuk menggunakan sistem ini. Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diistiharkan, sama ada dibentuk dalam undang-undang adat kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian. Demikian pandangan yang dinyatakan oleh C.A Leeds dalam bukunya bertajuk, Politics.3.2.2.2 Perlembagaan MalaysiaPerlembagaan Malaysia, yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu Ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga dewan (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-kedua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun sejak kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650 kali. Beliau menjelaskan bahawa semangat dokumen sebenar telah dicairkan. Sidang parlimen dan sidang dun juga berada di bawah daripada ketinggian perlembagaan itu sendiri. [13] Ini bermakna dewan parlimen dan dewan rakyat tidak boleh membuat undang-undang mengenai sesuatu kes yang mungkin bertentangan dengan perlembagaan Malaysia. Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.Bahagian 1 Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuanBahagian 2 Kebebasan asasiBahagian 3 KewarganegaraanBahagian 4 PersekutuanBahagian 5 Negeri-negeriBahagian 6 Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeriBahagian 7 Peruntukan-peruntukan kewanganBahagian 8 PilihanrayaBahagian 9 KehakimanBahagian 10 Perkhidmatan awamBahagian 11 Kuasa-kuasa khas yang menentang kuasa subversif dan darurat[13] Perlembagaan Malaysia, di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia

Bahagian 12 Am dan pelbagaiBahagian 13 Peruntukan MelakaBahagian 14 Pengecualian dari kedaulatan raja-raja dan sebagainya.Bahagian 15 Prosiding terhadap Yang Dipertuan Agong dan raja-raja3.2.2.3 ArtikelArtikel 11Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa islam merupakan agam rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiriArtikel 152Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa melayu. Walau bagaimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujua-tujuan rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, sama ada negara atau semua prosiding mehkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan dalam bahasa melayu.Tulisan rasmi bahasa melayu juga dinyatakan di dalam artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan jawi tidak dilarang.Artikel 153Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang Dipertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

Artikel 160Artikel 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai sebagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada islam di Malaysia dan orang melayu disebabkan definisi seorang melayu pada klausa 2.3.2.2.4 Unsur Tradisi Dalam PerlembagaanPemerintahan BerajaSebelum kedatangan penjajah ke tanah melayu, di kawasan tanah melayu telah adanya sistem kerajaan beraja yang dijalankan. Sultan ataupun raja di tanah melayu diberi sepenuhnya taat setia dan dianggap golongan yang mulia. Namun setelah kedatangan dan campurtangan British di dalam sistem pentadbiran di tanah melayu, raja ataupun sultan bagi negeri-negeri tanah melayu hanya dijadikan boneka pihak British sahaja. Raja dan sultan hanya berperanan di dalam aspek adat istiadat dan agama islam sahaja dan tidak lebih dari hal-hal ini. Walaupun terdapat beberapa perjanjian yang ditandatangani yang kelihatan menguntungkan kerajaan tanah melayu namun pada hakikat sebenarnya sultan ataupun raja terikat dengan perjanjian dan harus mendengar nasihat dari penasihat ataupun residen inggeris.Selepas peperangan dunia kedua yang menyaksikan kerajaan Jepun mengalami kekalahan, kerajaan British telah berusaha untuk melaksanakan pemerintahan secara berpusat iaitu kesemua kerajaan melayu disatukan di bawah satu kesatuan yang dikenali sebagai Malayan Union pada tahun 1946. Namun disebabkan penubuhan persekutuan itu kelihatan sebagai usaha berterusan pihak British untuk menguasai tanah melayu, rakyat tanah melayu yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa telah bersatu untuk membantah keputusan penubuhan persekutuan tersebut. Dan setelah 2 tahun dilancarkan, persekutuan Malayan Union ini telah dimansuhkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan ini sedikit sebanyak telah mengembalikan semula kuasa raja-raja Melayu kepada kedudukan asal mereka.Setelah mendapat kemerdekaan, institusi beraja telah mendapat kuasa yang sepatutnya namun masih terbatas dengan perlembagaan yang dipersetujui secara bersama. Sewaktu zaman penjajahan British, raja ataupun sultan harus menerima nasihat dari residen ataupun penasihat British. Berbeza dengan zaman sekarang, sultan atau raja harus menerima nasihat dari menteri besar ataupun perdana menteri mengenai sesuatu dasar yang ingin dilaksanakan. Di peringkat persekutuan, Yang Dipertuan Agong harus menerima nasihat dari jemaah menteri dan perdana menteri Malaysia.Institusi beraja kini menjadi satu daripada unsur penting dalam Perlembagaan Persekutuan dengan raja diberi beberapa peranan penting yang perlu dilaksanakan dalam bentuk dan struktur kerajaan yang ada. Terdapat tiga asa institusi raja sebagai raja berperlembagaan iaitu :1. Sistem beraja diwujudkan oleh perlembagaan dan cara bagaimana seseorang raja bagi sesuatu negeri dipilih telah diperuntukkan dengan jelas dalam perlembagaan.2. Dalam perlaksanaannya di dalam fungsi di bawah Perlembagaan Persekutuan atau sebarang undang-undang Persekutuan, Yang Dipertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat jemaah kabinet atau sebarang menteri yang diberi kuasa olej Jemaah Kabinet. Yang Dipertuan Agong hanya boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam hal perlantikan Perdana Menteri dan pembubaran Parlimen.3. Yang Dipertuan Agong bersama-sama dengan dua Majlis Parlimen menjadi badan perundangan Persekutuan.Agama Islam Agama islam merupakan satu unsur penting dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan sejarah konsep pemerintahan beraja. Sehinggakan takrif melayu mempunyai kaitan rapat dengan islam. Perkara 160 (2), Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang yang ditakrifkan sebagai melayu ialah seorang yang beragama islam, lazimnya bertutur dalam bahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu dan1. Lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, is adalah berdomisil [14] di Persekutuan atau di Singapura ; atau2. Dia adalah keturunan seorang yang tersebutAgama islam telah menjadi agama anutan orang melayu semenjak 500 tahun dahulu. Walaupun pernah dijajah oleh 3 buah kuasa besar bukan beragama islam, masyarakat melayu masih mengekalkan dan berpegang teguh kepada ajaran islam. Ini kerana dari sudut hal ehwal islam dan adat istiadat melayu telah berada di bawah pemerintahan dan bidang kuasa raja ataupun sultan.Selepas kemerdekaan, agama islam masih terpelihara. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas islam adalah agama bagi persekutuan. Namun undang-undang ini tidak menyekat kebebasan rakyat persekutuan yang bukan beragama islam untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing. Bahasa MelayuBahasa melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantara di gugusan kepulauan melayu sejak berabad lamanya. Bahasa melayu telah digunakan oleh kerajaan Srivijaya sejak abad ke-7 sebagai bahasa kebangsaan dan empayar kerajaan Srivijaya telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi empayar terbesar pertama di serantau nusantara. Sebelum perang dunia kedua, bahasa melayu telah digunakan secara meluas di dalam segala urusan pentadbiran dan surat menyurat kerajaan sehinggakan pegawai inggeris yang ingin berkhidmat di sini haruslah pandai bertutur bahasa melayu.

[14] Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, perkataan domisil membawa erti tempat menginap atau tempat tinggal seseorang itu (terutamanya yang rasmi)

Namun selepas perang dunia kedua, dasar penggunaan bahasa melayu di dalam urusan pentadbiran semakin dilupuskan dan digantikan dengan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantara urusan rasmi. Namun masih terdapat di sesetengah perkara yang masih menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi contohnya berkaitan dengan urusan istana, maka bahasa melayu boleh digunakan sebagai menghormati raja dan sultan melayu sebagai ketua adat istiadat melayu.Namun setelah pemansuhan Malayan Union dan digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, bahasa melayu kembali mendapat mandat yang sebenarnya dan dijadikan bahasa kebangsaan tanah melayu dan seterusnya Malaysia. Di bawah perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut : Bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan Undang-undang oleh ParlimenPemberian taraf kebangsaan kepada bahasa melayu memberi impak yang besar kepada bahasa melayu dan secara automatik manjadi bahasa perantara kepada segala urusan yang melibatkan urusan rasmi kerajaan. Perkara 153 (6) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan takrif maksud rasmi sebagai apa-apa jua maksud kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. Matlamat ini ditekankan di dalam Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1961) dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1970. Keistimewaan Orang MelayuKedudukan istimewa orang melayu merupakan tradisi keempat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Perkara 153, Yang Dipertuan Agong dipertanggungjawabkan untuk memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Pada permulaannya, pihak British tidak mencampuri urusan negeri-negeri melayu, namun setelah beberapa perjanjian ditandatangani pihak British telah memaksa raja dan sultan untuk menerima nasihat mereka di dalam segenap urusan pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama islam dan adat istiadat melayu. Ini terpaksa dilakukan oleh pihak British untuk mengekalkan kekuasaan mereka di Tanah Melayu.Keadaan ini diburukkan lagi dengan perlaksanaan dasar pintu terbuka oleh kerajaan British yang menggalakkan kehadiran buruh asing dari China dan India untuk menampung keperluan buruh dari berbagai sektor. Orang China dibenarkan membuka lombong dan bekerja di lombong manakala orang India pula dibenarkan bekerja di estet getah. Sedangkan orang melayu masih di takuk lama dengan bekerja di bidang pertanian.Selepas perang dunia kedua, British berasa bertanggungjawab untuk memberi kebajikan kepada buruh-buruh yang berkhidmat. Setelah itu kerajaan British telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan satu dasar pemerintahan yang baru iaitu Malayan Union yang diketuai oleh seorang gabenor, Sir Edward Gent. Dasar ini mendapat tentangan yang amat hebat dari segenap masyarakat bumiputera kerana telah meminggirkan sepenuhnya keperluan dan keistimewaan masyarakat bumiputera disamping kuasa sultan dan raja semakin dikurangkan. Malayan Union telah mengiktirafkan kewarganegaraan bagi kesemua pendatang-pendatang yang terdiri dari kaum China dan India.3.2.3Parlimen3.2.3.1 Definisi ParlimenParlimen merupakan majlis pembuat undang-undang (legislatif). Terdapat 2 jenis parlimen iaitu unikameral (satu dewan) atau bikameral (dwidewan). Parlimen bikameral terdiir daripada satu dewan bawah (dimana ahlinya dipilih dalam pilihanraya) dan dewan tinggi (biasanya ahli dilantik). Walaupun sistem lain, trikameral wujud, sistem ini amat jarang diamalkan dalam dunia. [15] [16][15] Tricameral Parliament, Dilayari pada 19 Disember 2013 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/ Tricameral_Parliament[16] Di dalam kamus bahasa inggeris maya di URL http://www.yourdictionary.com/cameral, Cameral membawa maksud chamber of a judge, legislature, negara yang mengamalkan sistem ini ialah negara Afrika Selatan.

Parlimen juga boleh dirujuk tempat atau bangunan dimana penggubal undang-undang bersidang dan ia merupkan satu terma yang biasanya digunakan dalam negara-negara komanwel. Nama parlimen berasal dari perkataan Perancis, parlement, di mana parter, bermaksud bercakap : maka parlement merupakan tempat untuk bercakap atau berbincang, suatu perhimpunan atau perjumpaan di mana ahlinya berbincang mengenai isu-isu semasa. Parlimen yang paling terkenal ialah Parlimen United Kingdom, yang kadang-kalanya digelar ibu parlimen-parlimen kerana banyak negara Komanwel [17] mengasaskan mereka pada sistem Westminster, yang berdasarkan parlimen.3.2.3.2 Ciri-Ciri ParlimenPerjumpaan parlimen biasanya dikerusikan oleh seorang speaker atau Yang Dipertua. Di sesetengah negara, antaranya United Kingdom, prinsip ketuanan parlimen (Parliamentary Supremacy) dipraktikkan. Di negara-negara ini, mahkamah tidak boleh menyatakan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh parlimen adalah ultra vires iaitu melebihi kuasa parlimen. Kebanyakan negara dengan parlimen juga ada kekebalan parlimen untuk anggota-anggota mereka. Ini memastikan seseorang ahli parlimen tidak boleh didakwa untuk sesuatu pernyataan yang dibuat di dalam dewan parlimen.Biasanya perundangan dicadangkan di dewan bawah parlimen, yang mempunyai lebih ramai ahli di negara-negara tertentu, dewan bawah mungkin mempunyai beratus-ratus anggota. Walaupun perundangan biasanya perlu diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen, dalam sistem Westminster dewan tinggi biasanya tidak boleh menolak perundangan yang berkait dengan hal ehwal kewangan. Selepas sesuatu undang-undang telah diluluskan oleh parlimen, ia perlu ditandatangani oleh Raja atau Ketua Negara.

[17] Negara komanwel membawa maksud negara yang pernah dijajah oleh kerajaan British. Terdapat 53 buah negara di dalam pertubuhan ini termasuklah negara Mozambique (dijajah oleh Portugis). Kebanyakan negara ahli terdiri dari negara republik kecuali segelintir yang merupakan negara mempunyai sistem beraja seperti Malaysia, Brunei dan sebagainya. Pertubuhan ini lahir sewaktu Persidangan Imperial pada 1920-an.Biasanya dalam negara dengan parlimen, ketua negara dan ketua kerajaan bukan orang yang sama. Dalam sistem Westminster yang mempraktikkan Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy), ketua negara hanya bermain peranan simbolik, dengan kuasa sebenar dalam tangan ketua kerajaan. Walaupun perlembagaan negara-negara tertentu seperti Malaysia menyatakan ketua negara bertindak hanya dengan nasihat ketua kerajaan, sebenarnya nasihat ini hampir selalu diikuti.Ketua kerajaan di negara dengan parlimen biasanya dipanggil Perdana Menteri (PM). Seorang Perdana Menteri mesti mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli dewan bawah parlimen untuk memimpin kerajaan. Jika sesuatu undi tiada keyakian (no-confidence vote) diluluskan oleh dewan bawah, Perdana Menteri mesti melatakkan jawatan. Biasanya, Perdana Menteri dilantik oleh ketua kerajaan, tetapi calon yang dipilih hampir selalu pemimpin parti politik yang menang pilihanraya terakhir. Di sesetengah negara, Perdana Menteri boleh dilantik daripada ahli dewan tinggi, tetapi ianya amat jarang berlaku.3.2.3.3 Parlimen di KomanwelHampir semua parlimen di negara-negara komanwel diasaskan Parlimen United Kingdom [18][19] yang telah menjajah atau mentadbir negara-negara komanwel pada zaman kolonisme. Bagaimanapun, setiap parlimen diubahsuai untuk ciri-ciri tempatan.Contohnya, walaupun Parlimen United Kingdom bikameral dengan House of Lords (dewan tinggi) dan House of Commons (dewan bawah), Parlimen Singapura adalah unikameral. Selain itu, cara ahli parlimen dipilih diubah ; contohnya, Singapura mempunyai group representative constituencies ataupun kawasan perwakilan kumpulan, di mana beberapa kawasan digabungkan dalam pilihanraya, walaupun dalam parlimen mereka diwakili oleh beberapa ahli parlimen.[18] United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (Kerajaan Bersatu Britain Besar dan Ireland Utara) ialah sebuah negara di Eropah Barat yang biasanya dikenali sebagai United Kingdom (singkatan: UK). United Kingdom terbentuk hasil beberapa Akta Kesatuan yang menyatukan England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Secara tepatnya, Great Britain atau Britain merujuk kepada gabungan England, Wales dan Scotland yang tidak termasuk Ireland Utara.[19] United Kingdom, Dilayari pada 19 Disember 2013 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/United_KingdomSatu contoh lagi adalah Parlimen Australia, yang bikameral. Di situ, ahli senat (dewan tinggi) dipilih dalam pilihanraya, dan bukan dilantik, manakala anggota House of Lords United Kingdom dilantik oleh Raja dengan nasihat Perdana Menteri. Proses pilihanraya di Australia juga berlainan daripada proses di England. Di England, pemenang suatu pilihanraya adalah calon dengan jumlah undi terbanyak (ini digelar sistem first-past-to-post) manakala di Australia, pemenang ditentukan melalui sistem single transferable vote (STV) ataupun undi boleh alih sekali.3.2.3.4 Parlimen Bukan Negara KomanwelWalaupun United Kingdom dan tanah jajahannya merupakan pengguna parlimen yang paling terkenal, beberapa negara bukan Komanwel juga menggunakan parlimen, sistem Westminster, atau kedua-duanya. Contohnya, Jepun mempunyai sebuah parlimen yang dipanggil Diet [20][21]. Proses perundangan di Jepun juga diasaskan oleh sistem Westminster.3.2.3.5 Parlimen MalaysiaParlimen merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat) Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli parlimen, manakala ahli Dewan Negara dikenali dengan gelaran Senator.Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat : manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

[20] Diet Kebangsaan Jepun (,) merupakan badan perundangan dwidewan Jepun. Ia terdiri dari dewan rendah, dipanggil Dewan Perwakilan, dan dewan tinggi, dipanggil Dewan Undangan. Kedua-dua dewan diet ini dilantik terus melalui sistem pengundian selari. Ahlinya seramai 722 perwakilan. [21] Diet Jepun, Dilayari pada 19 Disember 2013 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Diet_JepunSecara mendalamnya, parlimen Malaysia terdiri daripada Yang Dipertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Rakyat berfungsi membincangkan, membahas dan menggubal rang undang-undang. Dewan Negara berperanan sebagai pembahas dan meluluskan rang undang-undang yang telah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas diluluskan. Undang-undang tersebut dibahaskan sekali lagi sekiranya YDPA tidak memperkenankannya. Meskipun demikian, undang-undang tersebut telah menjadi sah setelah diluluskan oleh kedua-dua dewan buat kali kedua walaupun tanpa perkenan YDPA.Selain dari merangka undang-undang, parlimen juga berfungsi sebagai :1. Mengawal kewangan negara dan meluluskan peruntukan belanjawan untuk sesebuah kemeterian2. Meminda perlembagaan mengikut keperluan negara3. Mengawasi pemerintahan dan mempengaruhi dasar-dasar kerajaan4. Mendengar rayuan orang ramai yang menyentuh tentang kepentingan rakyat3.2.4Pilihan Raya3.2.4.1 Definisi Pilihan Raya di MalaysiaPilihan raya merupakan ciri penting yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun sekali untuk memilih wakil bagi menduduki institusi perundangan sama ada untuk Badan Perundangan Persekutuan atau Badan Perundangan Negeri.Pilihan raya dianggap sebagai suara ataupun pilihan rakyat untuk membentuk kerajaan bagi mewakili kepentingan mereka. Proses pilihan raya dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Suruhanjaya Pilihan Raya meupakan badan bebas yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Ahli-ahli ini telah dilantik sendiri oleh YDPA dan bukannya oleh kerajaan.[22]

[22] Pilihanraya di Malaysia, Dilayari pada 19 Disember 2013 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_ Raya_Umum_MalaysiaBagi semenanjung Malaysia, Perlembagaan Persekutuan menetapkan supaya pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran parlimen atau DUN. Sementara itu di Sabah dan Sarawak, tempohnya tidak lewat daripada 90 hari.Pilihan raya umum di Malaysia wujud di dalam dua peringkat : peringkat negara dan peringkat negeri. Pilihan raya umum peringkat negara adalah mereka yang dipilih keanggotaannya di dalam Dewan Rakyat, dewan lebih rendah bagi Parlimen, manakala pilihan raya peringkat negeri adalah untuk memilih keanggotaan di dalam Dewan Undangan Negeri (Dewan Legislatif Negeri). Ketua bagi cabang eksekutif, Perdana Menteri, merupakan yang dipilih secara langsung.Melalui pilihan raya, rakyat diberi hak dan kebebasan memilih wakil-wakil mereka untuk memerintah, sama ada di peringkat pusat atau negeri. Sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia ialah berasaskan kelebihan suara mudah (simple majority) dengan keahlian tunggal mengikut perwakilan wilayah (single member territory representation). Sistem pengundian yang digunakan ialah First Past The Post System yang bermaksud calon yang diisytiharkan memenangi sesuatu kawasan pilihan raya ialah calon yang mendapat undi terbanyak dalam kalangan calon-calon lain yang bertanding. Walaupun dengan kelebihan undi yang kecil iaitu satu undi.Proses pilihan raya melibatkan tiga pihak, iaitu badan yang bertanggungjawab mentadbir pilihan raya, pengundi dan calon. Pilihan raya di Malaysia dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Suruhanjaya ini mula ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut peruntukan di bawah Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan. SPR dianggotai oleh lima orang ahli yang terdiri daripada seorang pengerusi, timbalan pengerusi dan tiga ahli yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan majlis raja-raja.Pengerusi SPR yang pertama ialah Dato Dr. Mustapha Al-Bakri bin Haji Hassan, manakala dua ahli lain ialah Encik Lim Ewe Bon dan Encik Ditt Singh. Setelah Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaysia, seorang lagi ahli telah ditambah bagi mewakili Sabah dan Sarawak iaitu Dato Abang Haji Marzuki bin Nor yang berasal dari Sarawak. Pada tahun 1981, Perkara 114 (1) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda untuk membolehkan jawatan Timbalan Pengerusi diwujudkan. Jawatan ini pertama kali dipegang oleh Encik Abdul Rahman Bin Abu Hassan.Tugas-tugas di bawah bidang kuasa SPR ialah mengendalikan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil bagi Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara, mendaftar dan menyemak nama-nama pemilih, menyemak dan mendaftar kawasan pilihan raya mengikut keperluan persempadanan kawasan pilihan raya Parlimen dan Negeri serta membuat beberapa peraturan-peraturan tertentu untuk menjalankannya. Bagi melaksanakannya, SPR menubuhkan sebuah urusetia yang diketuai oleh seorang Setiausahayang bertindak sebagai ketua pentadbir dengan dibantu oleh kakitangan yang dilantik secara sepenuh masa ataupun sambilan. Syarat-syarat perkhidmatan mereka ditetapkan oleh suruhanjaya dengan persetujuan Yang Dipertuan Agong mengikut peruntukan di bawah perkara 114, Perlembagaan Persekutuan. Setiausaha SPR yang pertama ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 sehingga 1958.3.2.4.2 Undang-Undang dan Peraturan Pilihan RayaBagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan lancar tanpa masalah. Undang-undang dan peraturan tersebut ialah :1. Perlembagaan Persekutuan2. Perlembagaan Negeri3. Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)4. Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)5. Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 19816. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 20027. Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003 [23]

[23] Proses Pilihanraya, Dilayari pada 19 Disember 2013 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_Pilihan_Raya_di_Malaysia

Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait rapat secara langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memainkan peranan dalam kelancaran perjalanan pilihn raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962 ; Akta Hasutan 1970 ; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.3.2.4.3 Proses Pilihan Raya di MalaysiaKelayakan seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilhan raya dinyatakan dalam perkara 119, Perlembagaan Persekutuan, iaitu warganegara yang berumur 21 ke atas, bermastautin dalam sesuatu kawasan itu dan telah mendaftar dalam daftar pengundi, seumpama akal, bukan muflis, tidak memegang jawatan berpendapatan (terutamanya bagi pegawai kerajaan) dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan, atau didenda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Seseorang calon yang bertanding dalam satu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau perseorangan sebagai calon bebas. Mereka dikehendaki mengemukakan kertas penamaan calonpada hari penamaan calon beserta wang pertaruhan sebanyak RM5000 untuk pilihan raya Dewan Rakyat dan RM3000 untuk pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Wang pertaruhan ini akan hilang jika seseorang tidak mendapat lebih satu perlapan (1/8) daripada jumlah undi yang didapati oleh semua calon dalam pilihan raya tersebut.Sebelum hari mengundi, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya diberi peluang berkempen. Tempoh berkempen bermaksud jarak masa antara hari penamaan calon dengan hari pengundian. Tempoh ini berbeza diantara satu pilihan raya dengan satu pilihan raya yang lain. Sebelum pilihan raya 1974, tempoh berkempen yang dibenarkan ialah antara tiga hingga lapan minggu, kini tempoh berkempen telah dihadkan dan perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Sejak pilihan raya tahun 1974, masa berkempen telah dihadkan tidak melebihi dari dua minggu. [24][24] Tempoh berkempen yang paling lama ialah pada pilihan raya umum 1955, iaitu 145 hari. Tempoh berkempen kemudiannya dikurangkan secara berperingkat dan sejak pilihan raya 1990, tempoh berkempen ditetapkan kurang dari 14 hari.Pada kebiasaannya, kempen bermula selepas penamaan calon. Kaedah berkempen diadakan dalam pelbagai bentuk termasuklah penyebaran bahan-bahan bercetak seperti risalah, surat sebaran, pelekat, poster, ceramah dan sebagainya serta kempen dari rumah ke rumah untuk memancing undi. Parti-parti politik juga dibenarkan untuk menjelaskan manifesto dan asas perjuangan parti mereka melalui media elektronik. Semasa mengadakan kempen pilihan raya, calon dikehendaki mematuhi etika dan adab pilihan raya yang disediakan oleh pihak SPR untuk memastikan keadaan sentiasa aman. Semua bentuk kempen pilihan raya hendaklah ditamatkan sebelum jam 12 tengah malam menjelang hari pengundian.

Pegawai Pilihanraya kawasan Mengumumkan Keputusan Pilihan RayaSPR menetapkan tarikh penamaan calon dan mengundi

Tempat Mengira UndiPenamaan Calon

Tempat MengundiDiberi Kertas UndiMemangkah Calon Yang DipilihKertas Undi Dimasukkan ke Dalam Peti Undi

Menyiapkan Manifesto

Kempen Pilihan Raya

SPR memberitahu tempat mengundi dan tempat mengira undian

2.3 Aliran Proses Pilihanraya di Malaysia

3.3 STRUKTUR PEMERINTAHAN DI MALAYSIAStruktur pemerintahan di Malaysia telah ditentukan menerusi Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan negara. Iaitu badan perundangan (legislative), badan eksekutif (executive) dan badan pentadbiran (judicial). Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan negara disebut sebagai doktrin pengasingan kuasa. Doktrin ini mula diperkenalkan oleh seorang berbangsa Perancis bernama Montesquieu [25][26] pada abad ke-18 ketika negara Perancis diperintah oleh Louis XIV [27][28] yang mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan. Mostesquieu berusaha merangka satu doktrin supaya rakyat dapat hidup lebih terjamin daripada kezaliman pemerintah.

BADANPERUNDANGAN

BADANEKSEKUTIFBADANKEHAKIMAN

2.4 Teori Pengasingan Kuasa

[25] Nama penuhnya adalah Charles-Louis de Secondat, baron de La Brde et de Montesquieu , dilahirkan pada 18 Januari 1689 di Bordeaux, Perancis dan meninggal dunia pada 10 Februari 1755 di Paris, Perancis. Beliau merupakan seorang pemikir politik terkenal dan bertanggungjawab membangunkan konsep feudalisme dan kerajaan Byzantium[26] Charles de Secondat, baron de Montesquieu, Dilayari pada 8 Oktober 2009 di URL http://en. wikipedia.org/wiki/Montesquieu[27] Raja Perancis dan Navarre pada 14 Mei 1643 sehingga 1 September 1715. Nama sebenar baginda ialah Louis-Dieudonn dan dilahirkan pada 5 September 1638 dan mangkat pada 1 September 1715. Louis XIV turut dikenali dengan nama Raja Matahari, Louis Agung dan Raja agung.[28] Louis XIV dari Perancis, di URL http://ms.wikipedia.org /wiki/ Louis_XIV_dari_Perancis

Doktrin pengasingan kuasa bermaksud badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenarkan menjalankan kuasa negara dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu juga dengan badan kehakiman yang hanya dibenarkan melaksanakan kuasa kehakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan.Pengasingan kuasa ini bertujuan untuk mengelakkan wujudnya sebarrang permuafakatan atau komplot antara badan pemerintah dengan badan-badan lain bagi menjaminkan kebebasan rakyat dan menghindar mereka daripada sebarang bentuk kezaliman. Selain itu, pengasingan antara ketiga-tiga badan ini amat perlu supaya tidak perlu supaya tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga-tiga badan itu, di samping dapat memainkan peranan sebagai check and balance [29][30][31] dalam pemerintahan negara.Struktur pemerintahan di Malaysia mengandungi ketiga-tiga badan yang disebut di atas dalam sistem pemerintahan, iaitu badan perundangan, badan pemerintah dan badan kehakiman. Badan Perundangan berperanan hanya untuk membuat undang-undang dan tidak boleh menyerah kuasa ini kepada sesiapapun serta tidak boleh mempunyai kuasa lain. Badan Eksekutif berfungsi untuk menjalankan kuasa-kuasa pemerintahan dan menguatkuasakan undang-undang. Badan ini tidak boleh membuat undang-undang dan menjatuhkan penghakiman. Sementara badan kehakiman ditugaskan untuk menjalankan penghakiman dan mentafsirkan undang-undang. Badan Kehakiman tidak dibenarkan menjalankan kuasa eksekutif atau membuat undang-undang. [29] Check and Balance ataupun di dalam bahasa melayu disebut Sistem Semak dan Seimbang bermaksud setiap cabang kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan cabang kerajaan yang lain. Secara teorinya, tiada cabang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalam pentadbiran sesebuah negara. Setiap cabang berkuasa untuk menyemak cabang-cabang yang lain untuk memastikan kuasa diagihkan secara seimbang dan sama rata diantara ketiga-tiga cabang iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.[30] Pembahagian Kuasa, di URL http://ms.wikipedia.org /wiki/Pembahagian_kuasa[31] Separation of Power, di URL http://en.wikipedia.org/wiki/Checks_and_balancesKuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara. Hubungan antara Yang Dipertuan Agong dengan ketiga-tiga badan dalam sistem pemerintahan di Malaysia digambarkan dalam rajah 2.5.

Yang Dipertuan Agong

MAHKAMAHKABINETPARLIMENEKSEKUTIFKEHAKIMANPERUNDANGAN

2.5 Struktur Pemerintahan Malaysia

4.0PENUTUPSebagai kesimpulan, konsep demokrasi telah berkembang luas dalam peradapan manusia bukan sekadar dari segi penakrifan semata-mata malah menyaksikan kewujudan pelbagai jenis demokrasi yang cuba disesuaikan dengan citarasa masyarakat terbanyak. Antara jenis demokrasi yang popular ialah demokrasi liberal, demokrasi proletar, demokrasi totalitarian, demokrasi rakyat, demokrasi terpimpin, demokrasi pluralis, demokrasi partipatif, demokrasi sosial, demokrasi konsolidasi dan pelbagai lagi. Kewujudan pelbagai bentuk demokrasi ini mengambarkan bahawa tidak ada demokrasi unggul yang dapat disesuaikan dalam semua sistem politik. Falsafah dan idealoginya dijadikan asas pegangan tetapi dalam konteks pelaksanaan diubahsuai berdasarkan situasi-situasi tertentu supaya dapat menjaga hak masyarakat terbanyak yang semakin kompleks ini. Penakrifan demokrasi dapat diperincikan melalui ciri-ciri utama yang menjadi tunjang idealogi seperti pilihanraya yang adil dan bebas, kebebasan bersuara, kebebasan media massa, kebebasan berorganisasi, pemerintahan berasakan majoroti, hak minority di hormati, persamaan di sisi undang-undang, dan kebebasan kehakiman. Ciri-ciri demokrasi tersebut merupakan mekanisme yang digunakan dalam sebuah sistem politik untuk memastikan kepentingan masyarakat terbanyak kekal terpelihara. Tanpa asas yang kukuh seperti ini, mungkin berlaku pencabulan terhadap masyarakat terbanyak khususnya dalam konteks penyalahgunaan kuasa, diskriminasi, kronisme, nepotisme dan pelbagai lagi. Apa yang boleh membimbangkan, pihak yang diberikan kuasa mampu memanipulasi keadaan yang akan memerangkap masyarakat terbanyak di antara konsep demokrasi dengan kehendak sebenar yang mungkin lebih idelistik. Soal kebebasan rakyat tetap menjadi keutamaan di mana individu telah dikenal pasti pengamal semulajadi kebebasan. Tanpa kebebasan, demokrasi akan tempang. Namun begitu, amalan kebebasan mestilah bersesuaian supaya membawa kesan yang positif kepada masyarakat dan kepentingan negara.