dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar

5
TAJUK : Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar, sebagai pengamal ilmu, guru perlu menguasai subjek yang diajarnya. Bincangkan kesan pernyataan di atas kepada pengajaran & pembelajaran. Di Negara kita, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang paling penting dalam bidang pendidikan. Bagi merealisasikan aspirasi sesuatu Negara, perkhidmatan seseorang guru memainkan peranan yang tidak boleh dipandang rendah. Dalam aras yang modenisasi ini, tanggungjawab seseorang guru menjadi lebih beban kerana mereka merupakan tok guru untuk murid-murid dalam melahirkan insan yang berguna. Menurut Noor Jamaluddin (1978:1), Guru adalah pendidik, iaitu orang dewasa yang bertanggungjawab memberi bimbingan atau bantuan kepada anak didik dalam perkembangan jasmani dan rohaninya agar mencapai kedewasaannya, mampu berdiri sendiri dapat melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Allah khalifah di muka bumi, sebagai makhluk sosial dan individu yang sanggup berdiri sendiri. Dengan ini, sebagai seorang pendidik, pengasuh dan juga pengajar, guru perlu menentukan subjek yang diajarnya menguasai dengan sempurna. Persoalannya, apakah kesannya kepada proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya guru menguasai subjek yang diajar dengan baik ?

Upload: qian-ru

Post on 14-Jul-2016

50 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pendidikan semakin mencabar

TRANSCRIPT

Page 1: Dalam Keadaan Dunia Pendidikan Yang Semakin Mencabar

TAJUK : Dalam keadaan dunia pendidikan yang semakin mencabar,

sebagai pengamal ilmu, guru perlu menguasai subjek yang

diajarnya. Bincangkan kesan pernyataan di atas kepada

pengajaran & pembelajaran.

Di Negara kita, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang

paling penting dalam bidang pendidikan. Bagi merealisasikan aspirasi

sesuatu Negara, perkhidmatan seseorang guru memainkan peranan yang

tidak boleh dipandang rendah. Dalam aras yang modenisasi ini,

tanggungjawab seseorang guru menjadi lebih beban kerana mereka

merupakan tok guru untuk murid-murid dalam melahirkan insan yang

berguna. Menurut Noor Jamaluddin (1978:1), Guru adalah pendidik, iaitu

orang dewasa yang bertanggungjawab memberi bimbingan atau bantuan

kepada anak didik dalam perkembangan jasmani dan rohaninya agar

mencapai kedewasaannya, mampu berdiri sendiri dapat melaksanakan

tugasnya sebagai makhluk Allah khalifah di muka bumi, sebagai makhluk

sosial dan individu yang sanggup berdiri sendiri. Dengan ini, sebagai seorang

pendidik, pengasuh dan juga pengajar, guru perlu menentukan subjek yang

diajarnya menguasai dengan sempurna. Persoalannya, apakah kesannya

kepada proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya guru menguasai

subjek yang diajar dengan baik ?

Sebagaimana yang kita sedia maklum, kesan yang paling jelas ialah

proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan dengan lebih berkesan.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah

(1999) menyatakan P&P berkualiti lahirnya dari seorang guru yang berkesan

iaitu guru yang memiliki ciri sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil

pengajaran dan sebagainya. Hal ini demikian kerana guru mempunyai

kebolehan untuk mendiagnostik keupayaan pelajar dalam menguasai subjek

serta memberikan pengalaman pembelajaran yang sesuai kepada pelajar di

Page 2: Dalam Keadaan Dunia Pendidikan Yang Semakin Mencabar

samping membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar dalam subjek

tersebut. Dengan ini, guru dapat mengetahui pelajar yang lemah dalam

subjek tertentu dan guru boleh melaksanakan langkah yang efektif dalam

membantu pelajarnya.

Jika ditinjau dari sudut yang berlain, guru akan menjadi lebih

prihatin terhadap murid juga merupakan salah satu kesan kepada proses

P&P sekiranya guru menguasai subjek yang diajar. Menurut Kamus Dewan

Edisi ke-4, prihatin bermaksud mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu

perkara. Hal ini disebabkan guru yang benar meguasai subjek yang diajar

akan lebih pakar dan profesional dalam subjek tersebut. Dengan ini, guru

akan lebih mudah mendapati murid yang lemah dalam bidang tersebut. Selain

itu, semasa proses P&P menjalankan, guru juga dapat mengetahui kemajuan

setiap murid dalam subjek tersebut. Oleh itu, guru dapat mengambil tindakan

atau langkah yang sistematik dan efektif bagi memberi bantuan kepada murid

yang lebih lemah dalam kelas. Sebagai contoh, guru boleh memberi kelas

tambahan kepada murid yang kurang kefahaman dalam subjek selepas

sekolah atau boleh berjumpa muridnya pada waktu rehat supaya murid

mempunyai kefahaman yang lebih baik dan mendalam terhadap subjek

tersebut. Impak positif ialah murid dapat menguasai subjek tersebut dengan

pertolongan guru dengan tindakan yang efektif. Pendek kata, guru yang

menguasai subjek yang diajar memberi kesan positif dalam proses P&P iaitu

melahirkan guru yang prihatin terhadap murid.

Jika dilihat dari sudut yang berlainan, kesan tersebut ialah melahirkan

kepakaran guru dalam bidang tertentu. Hal ini disebabkan guru akan lebih

memberi tumpuan serta perhatian untuk mendapat lebih banyak ilmu

pengetahuan dari pelbagai aspek dalam subjek yang diajar. Dengan ini, guru

akan mengkaji lebih mendalam kesannya dapat perkembangan ilmu

pengetahuan dan juga kemahiran dalam subjek tersebut serta lebih kreatif

dan inovatif dalam subjek tersebut. Oleh ini, semasa proses P&P

menjalankan, guru dapat mengajar dengan cara yang berlainan yang lebih

Page 3: Dalam Keadaan Dunia Pendidikan Yang Semakin Mencabar

kreatif dan muridnya tidak akan berasa bosan terhadap subjek tersebut di

samping dapat menarik minat murid untuk memberi tumpuan semasa proses

P&P dijalankan. Secara tidak langsung, guru yang menguasai subjek yang

diajar akan memberi kesan yang sangat penting dalam proses P&P iaitu

melahirkan kepakaran guru dalam bidang tersebut.

Pada waktu yang sama, kesan yang seterusnya ialah guru akan lebih

mempunyai keyakinan terhadap diri semasa proses P&P dijalankan. Hal ini

demikian kerana guru yang dapat menguasai subjek yang diajar akan lebih

memahami subjek yang diajar dan mereka juga pernah membuat kajian atau

analisis serta menuntut ilmu yang berkaitan dengan subjek tersebut. Oleh itu,

guru akan mempunyai ilmu pengetahuan yang merangkumi semua aspek

tentang subjek yang diajar. Hal ini akan menyebabkan guru mempunyai

keyakinan diri semasa proses P&P dijalankan kerana mereka telah pakar

serta profesional terhadap subjek yang diajar. Dengan ini, guru tidak akan

mempunyai perasaan ketakutan terhadap pertanyaan murid semasa proses

P&P dijalankan kerana guru sudah pakar dalam subjek tersebut. Secara

tuntasnya, kesannya ialah guru akan lebih berkeyakinan diri semasa proses

P&P dijalankan.

Sebagai intihannya, guru merupakan pemangkin wadah perjuangan

untuk murid dalam membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif

bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan

sebarang perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Dengan ini, guru

patutlah menguasai kemahiran dan pengetahuan terkini dengan subjek yang

diajar untuk melaksanakan tugas dengan lebih sempurna dalam melahirkan

modal insan yang berguna dalam Negara kita. Pendek kata, guru perlulah

menguasai subjek yang diajar supaya memberi kesan positif kepada proses

pengajaran & pembelajaran dalam arus modenisasi ini.

Page 4: Dalam Keadaan Dunia Pendidikan Yang Semakin Mencabar