cerita boneka

4
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor monyet yang bijak lagi disukai ramai bersama dengan binatang lain. Gajah: Wu… wu…wu… Zirafah: Wahai Sayangku. Kenapa kamu menangis? Gajah: Wu… wu… semalam anak saya digigit oleh si harimau yang jahat itu. Kaki dia cedera. Sekarang masih tidak boleh berjalan lagi. Saya sangat risau ni… wu… wu… Pada masa yang sama, Si Harimau merupakan Raja di hutan itu. Si Harimau sangat sombong, ganas dan kuat. Harimau: Saya ialah Raja di hutan ini. Sayalah yang paling kuat di dunia ini. ngaum~ Namun, Si Harimau suka membuli binatang kecil yang lain. Semua penghuni hutan sangat takut akan harimau itu. Binatang lain: a~ harimau datang! Lari! Cepat selamatkan diri. Cepat! Cepat! Si Monyet bersimpati dengan keadaan binatang lain. Monyet: Kasihannya kawan-kawanku di hutan. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Si Harimau itu jahat sangat. Saya mesti buat sesuatu. Si Monyet terfikir satu cara untuk mengenakan Si Harimau. Monyet: Aha (Ding), inilah idea bagus. Kali ini, saya pasti akan mengajar Si Harimau yang bongkak tu. Si monyet pergi berjumpa dengan Si Harimau. Monyet: Wahai Si Raja Harimau yang saya kasihi, apa yang sedang kamu buat? Harimau: Saya baru nak pergi berjalan-jalan.

Upload: wan2share

Post on 10-Oct-2015

9 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nth

TRANSCRIPT

Dalam sebuah hutan, tinggal seekor monyet yang bijak lagi disukai ramai bersama dengan binatang lain.Gajah: Wu wuwuZirafah: Wahai Sayangku. Kenapa kamu menangis?Gajah: Wu wu semalam anak saya digigit oleh si harimau yang jahat itu. Kaki dia cedera. Sekarang masih tidak boleh berjalan lagi. Saya sangat risau ni wu wuPada masa yang sama, Si Harimau merupakan Raja di hutan itu. Si Harimau sangat sombong, ganas dan kuat.Harimau: Saya ialah Raja di hutan ini. Sayalah yang paling kuat di dunia ini. ngaum~Namun, Si Harimau suka membuli binatang kecil yang lain. Semua penghuni hutan sangat takut akan harimau itu.Binatang lain: a~ harimau datang! Lari! Cepat selamatkan diri. Cepat! Cepat!Si Monyet bersimpati dengan keadaan binatang lain.Monyet: Kasihannya kawan-kawanku di hutan. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Si Harimau itu jahat sangat. Saya mesti buat sesuatu. Si Monyet terfikir satu cara untuk mengenakan Si Harimau. Monyet: Aha (Ding), inilah idea bagus. Kali ini, saya pasti akan mengajar Si Harimau yang bongkak tu.Si monyet pergi berjumpa dengan Si Harimau. Monyet: Wahai Si Raja Harimau yang saya kasihi, apa yang sedang kamu buat? Harimau: Saya baru nak pergi berjalan-jalan.

Monyet: Si Harimau ni mesti nak buli kawan-kawanku. Saya mesti menghalang dia. (Monolog dalaman)Monyet: Jangan pergi berjalan-jalan lagi. Jom, kita bertanding. Pertandingan yang seronok dan mencabar!Harimau: Apa pertandingan ni? Berani kamu cabar saya. Semua binatang takut akan ku. Mereka semua tak berani menghampiri aku.Monyet: Ini satu pertandingan sahaja. Harimau: kalau macam tu, baiklah. Apa pertandingan yang kamu rancang ni?Monyet: Pertandingan ini perlukan bantuan binatang lain, terutamanya Tuk zirafah dan Sang gajah. Mereka bersama-sama berjumpa dengan zirafah dan gajah. Monyet: Assalamuaikum, Tuk Zirafah.Zirafah: Muailaikumsalam. Ada apa hal? Kenapa cari saya? Sekarang bukan masa untuk kamu tidur petang?Monyet: Sebenarnya, saya nak bertanding dengan si harimau. Tetapi, kami perlu seorang pengadil. Sudikah Tuk Zirafah menjadi pengadil untuk kami?Zirafah: Apa? Apa yang kamu fikir ni? Kenapa kamu nak bertanding dengan si harimau?Harimau: Hahahaha.. sebab.... Si monyet ni bodoh. Dia tidak pandai ukur baju di badan sendiri. Hahahaha....Monyet: Tuk zirafah, jangan risau. Main sahaja. Janjilah pada saya, jadi pengadil untuk pertandingan ini.Zirafah: Baiklah. Saya doa untuk kamu.Monyet: Jadi, kita berkumpul di padang besar pada pukul 4.30 ni. Ingat ya!Harimau: tolong beritahu si binatang lain untuk datang meyaksikan pertandingan ini. Saya nak menjatuhkan maruah si monyet di depan khalayak.Selepas perbincangan dengan Tuk Zirafah, mereka pun pergi berjumpa dengan Sang gajah. Monyet: Hai, Sang gajah. Lama tak jumpa ni... Apa khabar?Gajah: Hai, biasalah....Monyet: Eh, sebenarnya saya dengan si harimau nak minta bantuan kamu dalam pertandingan.Gajah: Saya ok saja. Tapi... Kenapa pilih saya? Kenapa???Monyet: Sebenarnya, saya nak mengenakan Si Harimau tu. Hihihi....Gajah: Apa? Logikkah rancangan kamu ni? Kalau gagal, macam mana? Adakah si harimau akan buli anak saya lagi?Monyet: Jangan risau. Jangan tanya lagi. Ikut saya pergi padang besar sekarang.Di padang besar, banyak binatang telah menghadirkan diri untuk menyaksikan pertandingan antara Si harimau dengan Si monyet. Si monyet dan si harimau beria-ia untuk bertanding. Harimau: Cepatlah mula. Jangan bazir masa lagi. Saya tak sabar nak menang ni!Tuk Zirafah memberitahu syarat pertandingan.Zirafah: sesiapa yang berjaya mengalihkan Sang gajah dari bulatan yang ditanda ini dalam masa kurang daripada 2 minit akan digelar sebagai pemenang. Adakah kamu berdua bersetuju?Monyet & Harimau: Setuju!Pertandingan dimulakan dengan Si harimau. Si harimau cuba sedaya upaya untuk mengalihkan Sang gajah. Harimau: Aah.. aah... berat ni? Kenapa kamu berat sangat? Apa kamu makan ni?Namun, Sang gajah tidak bergerak langsung. Dia telah mula menyanyi lagu kegemarannya.Gajah: Lalalalala.....Zirafah: Masa tinggal 10 saat. 5, 4, 3, 2, 1.. masa tamat. Si harimau telah gagal mengalihkan Sang gajah. Giliran si monyet pula. Dipersilakan...Harimau: Saya tak percaya kamu akan menang. Jika kamu menang, saya akan buat apa-apa saja yang kamu minta.Si monyet senyap-senyap meletakkan Si tikus di tepi Sang gajah. Apabila Sang gajah ternampak si tikus bergerak menujunya, dia terkejut dan melompat keluar dari bulatan. Si monyet berasa gembira.Monyet: Yea... Yea... Yea.. Saya menang. Saya menang.Tuk Zirafah pun mengumumkan Si monyet sebagai pemenang. Zirafah: Pertandingan sudah tamat. Pertandingan ini dimenangi oleh.....Si Harimau berasa sangat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.Harimau: Main tipu! Tak boleh macam ini. Tak adil! Tak adil!Dengan geramnya, Si Harimau ingin menyerang Si Monyet. Monyet: Ah! Tolong... tolong!Dengan pantasnya, Si Gajah melempar Si Harimau dengan belalainya. Harimau: Ah.... Sakitnya.....Setiap peristiwa itu, harimau berasa malu dan meninggalkan hutan itu. Si Monyet dan binatang lain berasa gembira kerana berjaya menghalau Si harimau yang jahat itu. Semua binatang hidup dengan aman dan damai.