cashlite bank cimb lembaran penerangan produk seperti pada ...€¦ · meluluskan amaun cashlite...

12
1 CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada Januari 2015 Sila baca Lembaran Penerangan Produk sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil CashLite. Sila pastikan anda juga membaca terma-terma dan syarat-syarat umum. 1. Apa produk ini berkenaan? CIMB CashLite (“CashLite”) adalah kemudahan pendahuluan tunai yang memberikan anda bahagian daripada ketersediaan had kredit di bawah kad kredit CIMB yang dibayar ke akaun semasa atau simpanan pilihan anda dengan Bank CIMB atau bank-bank lain dan dibayar balik ke Bank CIMB jumlah yang dibayar kepada anda bersama-sama dengan faedah yang dikenakan melalui ansuran bulanan tetap sehingga 48 bulan. Bank CIMB menyimpan haknya untuk menolak mana-mana permohonan keseluruhannya atau meluluskan amaun CashLite yang rendah di mana terma-terma (seperti amaun, kadar faedah dan/atau tempoh) adalah berbeza dari terma-terma yang diminta oleh anda. Anda boleh menerima tawaran secara lisan atau menggunakan amaun CashLite di mana Bank CIMB mengkreditkan kepada akaun anda. 2a. Apakah yang akan saya dapat dari Produk ini? Anda akan dapat menikmati pendahuluan tunai tiada kerumitan pada kadar faedah yang lebih rendah. CashLite yang dipohon, adalah tertakluk kepada kelulusan Bank CIMB, akan diperolehi daripada had kad kredit anda. Kadar Faedah CashLite dikenakan seperti berikut: Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun Tempoh 12, 24, 36, 48 bulan Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23% Setelah permohonan CashLite anda diluluskan, had kredit gabungan anda akan dikurangkan dengan menyekat keluar amaun yang sama dengan amaun CashLite yang diluluskan dan jumlah faedah yang dikenakan ke atas amaun CashLite (dan fi pemindahan antara bank ("IBG") sebanyak RM2.00 dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kena dibayar ke atas IBG (jika berkenaan) sekiranya anda meminta amaun CashLite dikeluarkan ke akaun bank anda yang lain). Had kredit anda akan secara progresif dipulihkan dan disediakan untuk kegunaan anda (mengikut budi bicara mutlak Bank CIMB) dengan amaun bahagian prinsipal setiap Pembayaran Bulanan yang dibayar dan setakat pembayaran sebenar diterima oleh Bank CIMB. Amaun CashLite yang diluluskan akan menjadi sebahagian daripada jumlah keseluruhan had kredit yang sedia ada untuk semua akaun kad kredit Bank CIMB anda, termasuk akaun kad kredit tambahan anda. Akaun CashLite berasingan dengan nombor akaun 16 digit akan diberikan kepada anda untuk tujuan kemudahan CashLite anda. 2b. Apakah amaun CashLite minimum dan maksimum yang boleh saya pohon? Amaun minimum untuk permohonan CashLite ialah RM1, 000 dan amaun maksimum adalah tertakluk kepada ketersediaan had kredit anda dan mengikut budi bicara Bank CIMB. Apa-apa penggunaan kad kredit di antara masa permohonan dan masa kelulusan akan mengurangkan had kredit anda. Bergantung kepada had kredit anda pada masa kelulusan, Bank CIMB boleh meluluskan dan mengeluarkan amaun CashLite yang lebih rendah daripada apa yang anda pohon.

Upload: others

Post on 11-Apr-2020

46 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada ...€¦ · meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang

1

CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada Januari 2015 Sila baca Lembaran Penerangan Produk sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil CashLite. Sila pastikan anda juga membaca terma-terma dan syarat-syarat umum.

1. Apa produk ini berkenaan?

CIMB CashLite (“CashLite”) adalah kemudahan pendahuluan tunai yang memberikan anda bahagian

daripada ketersediaan had kredit di bawah kad kredit CIMB yang dibayar ke akaun semasa atau simpanan

pilihan anda dengan Bank CIMB atau bank-bank lain dan dibayar balik ke Bank CIMB jumlah yang dibayar

kepada anda bersama-sama dengan faedah yang dikenakan melalui ansuran bulanan tetap sehingga 48

bulan. Bank CIMB menyimpan haknya untuk menolak mana-mana permohonan keseluruhannya atau

meluluskan amaun CashLite yang rendah di mana terma-terma (seperti amaun, kadar faedah dan/atau

tempoh) adalah berbeza dari terma-terma yang diminta oleh anda. Anda boleh menerima tawaran secara

lisan atau menggunakan amaun CashLite di mana Bank CIMB mengkreditkan kepada akaun anda.

2a. Apakah yang akan saya dapat dari Produk ini?

Anda akan dapat menikmati pendahuluan tunai tiada kerumitan pada kadar faedah yang lebih rendah. CashLite yang dipohon, adalah tertakluk kepada kelulusan Bank CIMB, akan diperolehi daripada had kad kredit anda. Kadar Faedah CashLite dikenakan seperti berikut:

Kadar Faedah Rata* Sehingga 8.99% setahun

Tempoh 12, 24, 36, 48 bulan

Kadar Faedah Efektif Sehingga 16.23%

Setelah permohonan CashLite anda diluluskan, had kredit gabungan anda akan dikurangkan dengan menyekat keluar amaun yang sama dengan amaun CashLite yang diluluskan dan jumlah faedah yang dikenakan ke atas amaun CashLite (dan fi pemindahan antara bank ("IBG") sebanyak RM2.00 dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kena dibayar ke atas IBG (jika berkenaan) sekiranya anda meminta amaun CashLite dikeluarkan ke akaun bank anda yang lain). Had kredit anda akan secara progresif dipulihkan dan disediakan untuk kegunaan anda (mengikut budi bicara mutlak Bank CIMB) dengan amaun bahagian prinsipal setiap Pembayaran Bulanan yang dibayar dan setakat pembayaran sebenar diterima oleh Bank CIMB. Amaun CashLite yang diluluskan akan menjadi sebahagian daripada jumlah keseluruhan had kredit yang sedia ada untuk semua akaun kad kredit Bank CIMB anda, termasuk akaun kad kredit tambahan anda. Akaun CashLite berasingan dengan nombor akaun 16 digit akan diberikan kepada anda untuk tujuan kemudahan CashLite anda.

2b. Apakah amaun CashLite minimum dan maksimum yang boleh saya pohon?

Amaun minimum untuk permohonan CashLite ialah RM1, 000 dan amaun maksimum adalah tertakluk kepada ketersediaan had kredit anda dan mengikut budi bicara Bank CIMB. Apa-apa penggunaan kad kredit di antara masa permohonan dan masa kelulusan akan mengurangkan had kredit anda. Bergantung kepada had kredit anda pada masa kelulusan, Bank CIMB boleh meluluskan dan mengeluarkan amaun CashLite yang lebih rendah daripada apa yang anda pohon.

Page 2: CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada ...€¦ · meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang

2

3. Apakah obligasi bulanan saya?

Pembayaran ansuran bulanan tetap anda (“Pembayaran Bulanan”) boleh dikira berdasarkan kaedah

pembayaran balik baki pengurangan seperti yang ditunjukkan di bawah. Setiap Pembayaran Bulanan

CashLite akan dibilkan ke akaun CashLite anda dan anda akan membuat Pembayaran Bulanan secara

penuh sebelum Tarikh Matang setiap bulan.

Ilustrasi di bawah menunjukkan potongan bulanan pada amaun principal dan faedah dari amaun principal

CashLite tertunggak berdasarkan kepada ansuran bulanan.

Amaun CashLite RM5,000

Kadar faedah 8.99% setiap tahun

Tempoh 12 bulan

Pembayaran Bulanan RM 454.13

Bulan Amaun Prinsipal CashLite

Tertunggak Pembayaran Balik Prinsipal Bulanan

Faedah Bulanan

Ansuran Bulanan

1 5,000.00 384.97 69.15 454.13

2 4,615.03 390.73 63.39 454.13

3 4,224.29 396.50 57.63 454.13

4 3,827.80 402.26 51.87 454.13

5 3,425.54 408.02 46.10 454.13

6 3,017.52 413.79 40.34 454.13

7 2,603.73 419.55 34.58 454.13

8 2,184.18 425.31 28.81 454.13

9 1,758.87 431.07 23.05 454.13

10 1,327.80 436.84 17.29 454.13

11 890.96 442.60 11.53 454.13

12 448.36 448.36 5.76 454.13

Jumlah

5,000.00 449.50 5,449.56

4. Adakah fi dan caj lain yang perlu saya bayar?

Berdasarkan kepada garispanduan Bank Negara Malaysia, Bank CIMB boleh mengenakan caj kewangan di

atas baki tertunggak Pembayaran Bulanan CashLite tertakluk kepada kadar maksimum semasa 18%

setahun (berdasarkan kepada cara pembayaran seperti yang dicatatkan di dalam garispanduan Bank

Negara) sekiranya anda gagal untuk membayar baki tertunggak Pembayaran Bulanan pada tarikh matang

dan caj kewangan terakru mesti dibayar sepenuhnya pada tarikh penyata seterusnya.

Tiada fi untuk pendahuluan tunai, fi pemprosesan atau fi penyelesaian awal yang dikenakan pada

kemudahan CashLite.

Page 3: CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada ...€¦ · meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang

3

5. Apakah akibat sekiranya saya gagal untuk memenuhi obligasi pembayaran saya?

Caj Pembayaran Lewat:

Sekiranya Pembayaran Bulanan CashLite tidak dibayar sepenuhnya pada tarikh matang penyata setiap bulan, caj pembayaran lewat 1% atas baki tertunggak pada Pembayaran Bulanan (tertakluk kepada RM10.00 minimum dan RM100.00 maksimum) akan dicajkan selepas tarikh matang dan caj pembayaran lewat mesti dibayar sepenuhnya pada tarikh matang seterusnya. Hak Penolakan: Kami mempunyai hak untuk menolak sebarang baki kredit dalam akaun anda yang dikekalkan dengan kami terhadap apa-apa baki tertunggak dalam akaun kad kredit ini dengan memberi tujuh (7) hari kalendar notis terlebih dahulu.

6. Apakah sekiranya saya menyelesaikan sepenuhnya akaun CashLite sebelum kematangan?

Tiada tempoh penguncian atau fi penyelesaian awal yang dikenakan pada akaun CashLite anda. Anda

boleh melaksanakan penyelesaian awal pada amaun jumlah tertunggak sebelum tarikh tamat tempoh

sebenar, dengan memanggil kami di pusat panggilan kami dan memberikan kami tidak kurang daripada 30

hari notis terlebih dahulu. Untuk penyelesaian awal tersebut, anda dikehendaki membayar Bank CIMB

amaun prinsipal tertunggak CashLite.

Berdasarkan ilustrasi berikut, sekiranya pelanggan membuat keputusan untuk membuat penyelesaian awal

(menyelesaikan sebelum tarikh matang) pada bulan 6, pelanggan dikehendaki membayar amaun prinsipal

jumlah tertunggak CashLite sebanyak RM3,017.52.

Amaun CashLite RM5,000

Kadar faedah 8.99% setiap tahun

Tempoh 12 bulan

Pembayaran Bulanan RM 454.13

Bulan Amaun Prinsipal CashLite

Tertunggak Pembayaran Balik Prinsipal Bulanan

Faedah Bulanan

Ansuran Bulanan

1 5,000.00 384.97 69.15 454.13

2 4,615.03 390.73 63.39 454.13

3 4,224.29 396.50 57.63 454.13

4 3,827.80 402.26 51.87 454.13

5 3,425.54 408.02 46.10 454.13

6 3,017.52 413.79 40.34 454.13

7 2,603.73 419.55 34.58 454.13

8 2,184.18 425.31 28.81 454.13

9 1,758.87 431.07 23.05 454.13

10 1,327.80 436.84 17.29 454.13

11 890.96 442.60 11.53 454.13

12 448.36 448.36 5.76 454.13

Page 4: CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada ...€¦ · meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang

4

7. Apakah risiko-risiko utama yang terlibat?

Pembayaran Bulanan perlu dibayar sepenuhnya sebelum tarikh matang penyata. Fikirkan tentang keupayaan pembayaran balik anda apabila memohon untuk CashLite. Caj kewangan dikenakan ke atas baki tertunggak Pembayaran Bulanan yang ditetapkan pada tarikh matang adalah berdasarkan kepada struktur penentuan harga berperingkat mengikut sejarah pembayaran balik anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dalam pembayaran baki kad kredit, sila hubungi kami awal untuk

membincangkan alternatif pembayaran balik.

8. Boleh saya membatalkan CashLite saya selepas permohonan?

Sekiranya anda ingin membatalkan permohonan CashLite anda, anda harus menghubungi Pusat Panggilan

Kad CIMB dalam tempoh masa 24 jam dari masa anda membuat permohonan. Apa-apa pembatalan

selepas 24 jam dari masa anda membuat permohonan, perkara 6 di atas akan terpakai terhadap anda.

9. Adakah saya layak untuk mata ganjaran dan rebat tunai?

Anda tidak akan layak untuk apa-apa mata ganjaran dan rebat tunai untuk transaksi dilaksanakan

berkenaan dengan CashLite.

10. Apakah yang perlu saya buat sekiranya terdapat perubahan kepada butiran perhubungan saya?

Adalah mustahak anda memberitahu kami apa-apa perubahan kepada butiran perhubungan anda untuk

memastikan semua surat-menyurat disampaikan kepada anda tepat pada masanya. Sila hubungi pusat

panggilan kami di 03-6204 7788 untuk menukar butiran perhubungan. Secara alternatif, anda boleh

mengubah butiran perhubungan anda dengan mengunjungi kami di mana-mana cawangan CIMB seluruh

negara.

11. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan CIMB CashLite, sila hubungi kami di 03-6204

7788.

12. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan pembelaan?

a) Sekiranya anda mempunyai masalah dalam membuat pembayaran balik, anda harus menghubungi kami

seawal mungkin untuk membincangkan alternatif pembayaran balik. Anda boleh menghubungi kami di:

Pusat Kad CIMB Bank

Alamat: Level 2, Menara SBB 83, Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Tel: 03-6204 7788

Faks: 03-2381 7198 / 03-2095 3690

Emel: [email protected]

Page 5: CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada ...€¦ · meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang

5

Secara alternatif, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

(AKPK), satu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberikan perkhidmatan

percuma atas pengurusan wang, kaunseling kredit dan penyusunan semula hutang untuk individu. Anda

boleh menghubungi mereka di:

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

Alamat: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.

Tel: 1-800-88-2575

Emel: [email protected],my

b) Sekiranya anda ingin membuat aduan berkenaan produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh kami,

anda boleh menghubungi kami di:

Pusat Kad CIMB Bank

Alamat: Level 2, Menara SBB 83, Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Tel: 03-6204 7788

Faks: 03-2381 7198/ 2095 3690

Emel: [email protected]

c) Sekiranya pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan dengan memuaskan oleh kami, anda boleh

menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di:

Bank Negara Malaysia LINK or TELELINK

Alamat: Block D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur.

Tel: 1-300-88-5465

Faks: 03-2174 1515

Emel: [email protected]

NOTA PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP ANDA SEKIRANYA ANDA

TIDAK MENERUSKAN PEMBAYARAN BALIK AKAUN CASHLITE CIMB ANDA.

Anda boleh melayari www.cimbbank.com.my/cards untuk melihat Terma-terma dan Syarat-syarat lengkap.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pusat panggilan CIMB di 03-6204 7788.

Informasi yang diberikan di dalam lembaran penerangan adalah sah seperti pada Januari 2015.

Page 6: CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada ...€¦ · meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang

6

CashLite CIMB

Terma-terma dan Syarat-syarat

Page 7: CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada ...€¦ · meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang

7

Terma-terma dan Syarat–syarat CashLite Program CashLite

1. Program CashLite (“Program”) ditawarkan kepada Pemegang Kad prinsipal kad kredit CIMB

Bank Berhad (No. Syarikat 13491-P) (“Bank CIMB”) tertakluk kepada terma-terma dan syarat-

syarat ini. Kesemua kad Tambahan Bank CIMB, Kad Korporat dan Kad Islam Bank CIMB adalah

tidak layak untuk Program ini.

2. Amaun CashLite (“Amaun CashLite”) adalah di sini dirujuk kepada amaun yang boleh dikeluarkan

oleh Pemegang Kad dari kad kredit mereka melalui Program ini.

3. Program ini hanya dibuka kepada Pemegang Kad yang telah dihubungi melalui telefon oleh Bank

CIMB untuk menyertai Program atau memberitahu Bank CIMB bahawa mereka ingin menyertai

Program ini.

Had Minimum dan Maksimum CashLite

4. Setiap permohonan adalah tertakluk kepada ketersediaan had kredit kad kredit Pemegang Kad. Bank CIMB menyimpan haknya untuk menolak mana-mana permohonan keseluruhannya atau meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang Kad untuk Bank CIMB untuk mengambil Amaun CashLite, pada kadar faedah dan tempoh yang ditunjukkan kepada Bank CIMB atau sebagai mungkin dinyatakan dalam mana-mana Borang Permohonan pada Terma-terma dan Syarat-syarat yang dinyatakan di sini. Bank CIMB adalah dianggap telah menerima tawaran Pemegang Kad apabila Bank CIMB memberitahu Pemegang Kad secara bertulis Amaun CashLite yang diluluskan, tempoh dan faedah di bawah Klausa 15 di sini. Sekiranya Bank CIMB tidak menerima tawaran Pemegang Kad tetapi sebaliknya menawarkan kepada Pemegang Kad Amaun CashLite yang berbeza, kadar faedah dan/atau tempoh, mengikut mana yang berkenaan, Pemegang Kad boleh menerima tawaran balas tersebut secara lisan atau dengan menggunakan Amaun CashLite yang ditawarkan oleh Bank CIMB yang telah dikreditkan ke akaun Pemegang Kad yang dirujuk dalam Klausa 16 di sini, mengikut mana-mana yang berlaku sebelum ini. Sebarang perbezaan di antara Amaun CashLite, kadar faedah atau tempoh dipohon dan amaun, kadar faedah atau tempoh akhirnya diluluskan oleh Bank CIMB tidak akan menjejaskan kesahan Terma-terma dan Syarat-syarat ini. Rujukan kepada Amaun CashLite ini ditafsirkan sebagai merujuk kepada Amaun CashLite yang diluluskan untuk jumlah yang dipohon atau Amaun CashLite yang diluluskan untuk jumlah yang berbeza (mengikut mana yang berkenaan).

5. Amaun CashLite minimum yang boleh dipohon atau diluluskan oleh Bank CIMB adalah RM1,000.

Akaun CashLite Berasingan

6. Apabila permohonan Pemegang Kad untuk Program diluluskan, akaun CashLite dengan 16-digit

nombor akaun (“Akaun CashLite”) akan diberikan untuk tujuan Amaun CashLite yang diluluskan.

Pemegang Kad akan menerima satu penyata berasingan dengan Amaun CashLite yang

diluluskan secara terperinci (termasuk tempoh, kadar faedah yang dikenakan dan amaun yang

perlu dibayar untuk ansuran bulanan (“Pembayaran Bulanan”)). Amaun bagi Pembayaran

Bulanan adalah berdasarkan kepada Amaun CashLite yang diluluskan dan jenis pelan yang

dipohon oleh Pemegang Kad.

Page 8: CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada ...€¦ · meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang

8

7. Setiap Pembayaran Bulanan akan dicajkan ke Akaun CashLite Pemegang Kad. Pembayaran

Bulanan akan dinyatakan pada penyata CashLite CIMB Pemegang Kad dan mesti dibayar

sepenuhnya. Sekiranya Pembayaran Bulanan tidak dibayar sepenuhnya pada tarikh matang

setiap bulan, caj pembayaran lewat 1% atas baki tertunggak Pembayaran Bulanan yang

ditetapkan (tertakluk kepada RM10.00 minimum dan RM100.00 maksimum) akan dicajkan

selepas tarikh matang dan caj pembayaran lewat mesti dibayar sepenuhnya pada tarikh matang

penyata seterusnya. Caj pembayaran lewat adalah dikenakan sebagai ganti rugi dan bukan

sebagai penalti dan mesti dibayar sebelumnya, termasuk selepas apa-apa perintah mahkamah

atau penghakiman.

Caj Kewangan

8. Berdasarkan kepada garispanduan Bank Negara Malaysia, Bank CIMB boleh mengenakan caj

kewangan di atas baki tertunggak Pembayaran Bulanan yang ditetapkan yang dicajkan kepada

akaun CashLite Pemegang Kad tertakluk kepada kadar maksimum semasa 18% setahun

(berdasarkan kepada cara pembayaran seperti yang dicatatkan di dalam garispanduan Bank

Negara) sekiranya Pemegang Kad gagal untuk membayar baki tertunggak Pembayaran Bulanan

yang ditetapkan pada tarikh matang dan caj kewangan terakru mesti dibayar sepenuhnya pada

tarikh matang penyata seterusnya.

Had Kredit

9. Apabila permohonan Pemegang Kad diluluskan, ketersediaan gabungan had kredit Pemegang

Kad akan dikurangkan sementara dengan menyekat amaun yang setara dengan Amaun

CashLite yang diluluskan dan jumlah faedah dicajkan pada amaun CashLite (dan fi pemindahan

antara bank (“IBG”) sebanyak RM2 dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang kena

dibayar ke atas IBG (jika berkenaan) sekiranya Pemegang Kad meminta amaun CashLite dibayar

ke akaun bank lain Pemegang Kad), tetapi had kredit akan secara progresif dinaikkan dan

disediakan untuk kegunaan Pemegang Kad (atas budi bicara tunggal dan mutlak Bank CIMB)

dengan amaun bahagian prinsipal setiap Pembayaran Bulanan apabila setiap Pembayaran

Bulanan dibayar dan sehingga pembayaran sebenar diterima oleh Bank CIMB.

10. Amaun CashLite yang diluluskan akan membentuk sebahagian daripada jumlah ketersediaan

had kredit untuk kesemua akaun kad kredit Pemegang Kad Bank CIMB, termasuk akaun kad

kredit tambahan. Tiada peningkatan kepada ketersediaan had kredit samada setara dengan

Amaun CashLite yang diluluskan atau sebaliknya.

Hak untuk menolak

11. Program ini adalah sah untuk satu tempoh sebagaimana Bank CIMB atas budi bicara mutlaknya

tentukan.

12. Sekiranya Bank CIMB menawarkan Program ini kepada Pemegang Kad tetapi mendapati

kemudiannya bahawa Pemegang Kad telah memungkiri terma-terma dan syarat-syarat kad kredit

mereka ("Perjanjian Kad") atau tidak mempunyai had kredit yang mencukupi, Bank CIMB berhak

untuk membatalkan tawaran dibuat dan menarik balik Amaun CashLite yang diberikan.

Page 9: CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada ...€¦ · meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang

9

Pembatalan & Pembayaran Awal

13. Sekiranya Pemegang Kad ingin membatalkan permohonan CashLite, Pemegang Kad mesti

menghubungi Pusat Panggilan Kad CIMB dalam tempoh masa 24 jam dari masa permohonan

CashLite dibuat oleh Pemegang Kad.

Untuk pembatalan atau pembayaran awal Akaun CashLite oleh Pemegang Kad sebelum tarikh

luput tempoh yang dipersetujui, Pemegang Kad mesti menghubungi pusat panggilan Bank CIMB

dan memberikan Bank CIMB notis terlebih dahulu tidak kurang daripada tiga puluh (30) hari.

Pemegang Kad mesti membayar semula Bank CIMB jumlah baki tertunggak (iaitu Ansuran

Bulanan tertunggak termasuk caj lewat dan caj kewangan) dan jumlah amaun prinsipal Akaun

CashLite yang dihutang di bawah Akaun CashLite untuk pembatalan atau pembayaran awal.

Surat Notifikasi

14. Satu surat notifikasi generasi sistem akan dihantar kepada Pemegang Kad memberitahu samada

permohonan di bawah Program telah diluluskan atau ditolak. Di mana permohonan telah

diluluskan, satu surat notifikasi akan menyatakan Amaun CashLite yang diluluskan, tempoh dan

faedah yang dicajkan.

Pembayaran

15. Apabila permohonan Pemegang Kad diluluskan (di mana CIMB boleh meluluskan keseluruhan

atau sebahagian untuk amaun rendah di bawah Klausa 4 di sini), Bank CIMB akan

mengkreditkan Amaun CashLite yang telah diluluskan dalam denominasi Ringgit Malaysia ke

satu akaun bank Malaysia yang dibuka oleh Pemegang Kad seperti yang dispesifikasikan di

dalam permohonan Pemegang Kad yang diperolehi. Akaun yang diberikan tidak boleh akaun

nama bersama.

16. Untuk pengkreditan Amaun CashLite yang telah diluluskan ke akaun bank lain Pemegang Kad,

kos IBG RM2 dan GST yang kena dibayar ke atas IBG (jika berkenaan) setiap transaksi akan

dibayar oleh Pemegang Kad. Bank CIMB menyimpan haknya untuk mencajkan RM2 untuk setiap

IBG seterusnya disebabkan butiran IBG yang tidak sah dan/atau tidak tepat yang diberikan oleh

Pemegang Kad. Caj-caj IBG akan dicajkan ke akaun CashLite Pemegang Kad. Amaun CashLite

yang diluluskan akan dikreditkan ke akaun Simpanan/Semasa Bank CIMB Pemegang Kad atau

ke akaun bank Pemegang Kad yang lain dalam tempoh masa 7 hari bekerja dari hari

permohonan diterima.

Tiada Mata Bonus atau Rebat Tunai

17. Transaksi yang dikaitkan dengan Program ini adalah tidak layak untuk apa-apa Mata Bonus atau

rebat tunai.

Peristiwa Keingkaran

18. Sekiranya Pemegang Kad gagal untuk membayar Pembayaran Balik untuk 3 bulan berturut-turut

tidak kira samada peristiwa keingkaran telah berlaku, Bank CIMB berhak atas budi bicara

mutlaknya pada bila-bila masa dengan notis terlebih dahulu kepada Pemegang Kad,

membatalkan Program yang disediakan kepada Pemegang Kad, di mana kesemua wang yang

perlu dibayar dan masih terhutang di bawah kemudahan CashLite Pemegang Kad yang

Page 10: CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada ...€¦ · meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang

10

merangkumi jumlah tertunggak ansuran bulanan CashLite dan jumlah prinsipal CashLite yang

belum dibilkan bersama-sama dengan caj kewangan dan faedah yang dikenakan dan baki

kesemua wang yang perlu dibayar dan masih terhutang di bawah akaun CashLite Pemegang

Kad adalah terhutang dan harus dibayar serta-merta, di mana Bank CIMB berhak untuk menuntut

sepenuhnya dari Pemegang Kad. Bank CIMB berhak untuk menggunakan haknya di bawah

Perjanjian Kad.

Permohonan melalui Panggilan Telefon

19. Persetujuan Pemegang Kad yang diperolehi melalui panggilan telefon adalah dianggap bukti

konklusif arahan Pemegang Kad untuk memohon Program dan menerima Amaun CashLite yang

diluluskan atas terma-terma dan syarat-syarat ini dan terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian

Kad.

Hak untuk meminda, undang-undang Malaysia & Perjanjian Kad

20. Bank CIMB menyimpan haknya atas budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk mengubah,

meminda, memotong atau menambahkan mana-mana terma dan syarat di dalam ini pada bila-

bila masa dengan memberikan Pemegang Kad notis terdahulu dua puluh satu (21) hari dan

terma-terma dan syarat-syarat yang telah dipinda akan menjadi sah pada tarikh tersebut di mana

Bank CIMB boleh tentukan dan nyatakan di dalam notis.

21. Terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini adalah tertakluk kepada dan ditafsir menurut undang-

undang Malaysia.

22. Terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini adalah tambahan kepada dan tanpa prejudis kepada

terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan pada Perjanjian Kad. Sekiranya terdapat

percanggahan di antara terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dan terma-terma dan syarat-

syarat di dalam Perjanjian Kad berkenaan Program, terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini

akan mengatasi dan menjadi konklusif.

23. Bank CIMB tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa keingkaran berkenaan dengan

Program ini disebabkan apa-apa bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, sekat masuk,

tindakan perindustrian, kebakaran, banjir, kemarau, rebut, kegagalan teknikal atau sistem atau

sebarang peristiwa di luar kawalan munasabah Bank CIMB.

24. Untuk sebarang bantuan, Pemegang Kad boleh menghubungi Bank CIMB melalui:

Pusat Kad Bank CIMB

Alamat: Level 2, Menara SBB 83, Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

Tel: 03-6204 7788

Faks: 03-2381 7198/ 2095 3690

Emel: [email protected]

Page 11: CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada ...€¦ · meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang

11

25. Untuk bantuan dan pembelaan, Pemegang Kad boleh menghubungi di bawah:

No Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

1 Alamat: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.

Tel: 1-800-88-2575

Emel: [email protected],my

2 Bank Negara Malaysia LINK or TELELINK

Alamat: Block D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur

Tel: 1-300-88-5465

Faks: 03-21741515

Klausa Privasi 26. Pemegang Kad dengan ini mengesahkan bahawa Pemegang Kad telah membaca, memahami

dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan Syarikat Bank CIMB (yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com) dan klausa-klausa di dalam ini, yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi Pemegang Kad. Bagi mengelakkan keraguan, Pemegang Kad bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah disifatkan sebagai terkandung di dalam terma-terma dan syarat-syarat.

27. Sekiranya Pemegang Kad memberikan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan dengan

pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan waris seterusnya dan tanggungan (di mana Pemegang Kad seorang individu) atau maklumat yang berhubungan dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi jaminan Pemegang Kad (di mana Pemegang Kad sebuah perbadanan), untuk tujuan membuka atau mengendalikan akaun / kemudahan Pemegang Kad dengan pihak Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan Bank CIMB, Pemegang Kad (a) mengesahkan bahawa Pemegang Kad telah mendapatkan persetujuan mereka atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada Bank CIMB dan untuk Bank CIMB menggunakannya mengikut terma-terma dan syarat-syarat ini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju untuk memberi kemas kini secara bertulis sekiranya ada apa-apa perubahan yang material kepada maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) bersetuju akan hak Bank CIMB untuk menamatkan terma-terma dan syarat-syarat ini, sekiranya persetujuan dari mana-mana pihak ketiga tersebut ditarik balik.

28. Di mana Pemegang Kad mengarahkan Bank CIMB untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi rentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkenaan dengan transaksi merentas sempadan tersebut (termasuk maklumat yang berkaitan dengan sesiapa yang terlibat di dalam urusniaga tersebut) boleh diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana ia mungkin boleh diakses (sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berkaitan dengan kewajipannya yang sah (contohnya, pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan Bank CIMB dan/atau ejen-ejen Bank CIMB untuk memasuki apa-apa transaksi rentas sempadan bagi pihak Pemegang Kad, Pemegang Kad bersetuju akan pendedahan tersebut di atas bagi pihak diri sendiri dan orang lain yang terlibat dalam urus niaga rentas sempadan tersebut.

Page 12: CashLite Bank CIMB Lembaran Penerangan Produk seperti pada ...€¦ · meluluskan Amaun CashLite yang lebih rendah. Permohonan oleh Pemegang Kad akan dianggap sebagai tawaran Pemegang

12

29. Bank CIMB mungkin menggunakan agensi pelaporan / rujukan kredit untuk membantu membuat keputusan, contohnya apabila Bank CIMB perlu (a) memeriksa butiran mengenai permohonan kredit, berkaitan dengan kredit atau permohonan kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit atau berkaitan dengan kredit, termasuk menjalankan semakan portfolio-portfolio Pemegang Kad; dan/atau mendapatkan semula hutang. Pemegang Kad akan dihubungkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang Pemegang Kad gunakan atau telah gunakan, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Bank CIMB juga boleh berkongsi maklumat tentang Pemegang Kad dan bagaimana Pemegang Kad menguruskan akaun/kemudahan Pemegang Kad dengan agensi-agensi laporan/rujukan kredit yang berkenaan.

30. Selepas Pemegang Kad memberi maklumat Pemegang Kad kepada Bank CIMB, Pemegang Kad masih mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum ini. Dalam keadaan itu, Bank CIMB mempunyai hak untuk tidak memberi atau memberhentikan penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang berhubung dengan maklumat tersebut.

31. Bank CIMB menyimpan hak untuk meminda Klausa Privasi (iaitu Klausa 26 sehingga 33 di sini) dari masa ke semasa mengikut budi bicara mutlak Bank CIMB dan akan memberi notis terdahulu secara bertulis kepada Pemegang Kad dan meletakkan pindaan tersebut di dalam laman web dan/atau meletak notis-notis di dewan perbankan atau di tempat-tempat yang bersesuaian di dalam cawangan-cawangan Bank CIMB.

32. Untuk tujuan Klausa Privasi ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad

dan semua syarikat yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Seksyen 6, Akta Syarikat 1965 yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan lain yang dikawal selia, yang tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia, dan penggunaan perkataan “Bank CIMB” hendaklah dibaca sebagai merujuk kepada Kumpulan CIMB.

33. Klausa ini adalah tanpa prejudis kepada klausa-klausa lain di dalam terma-terma dan syarat-syarat ini yang berkaitan dengan pendedahan maklumat.

Terma-Terma dan Syarat-syarat Bahasa Malaysia 34. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan, konflik, kesamaran atau percanggahan di antara teks

Bahasa Inggeris atau versi Bahasa Malaysia Terma-terma dan Syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Walau apa pun yang dinyatakan di atas di mana permintaan dibuat oleh Pemegang Kad untuk versi Bahasa Malaysia terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini Bank hendaklah memberikannya dan membenarkan Pemegang Kad untuk melengkapkan borang-borang berkenaan dalam Bahasa Malaysia dan apa-apa bentuk dalam Bahasa Malaysia lengkap dan ditandatangani hendaklah menjadi asas kontrak di antara Bank dan Pemegang Kad.