cabaran pendidikan abad

26
CABARAN PENDIDIKAN ABAD-21 PERLUKAN TRANSFORMASI ON 15 JULAI 2014. UUM ONLINE: Persaingan global yang sengit serta cabaran-cabaran yang mendesak dalam pengajaran dan pembelajaran landskap pendidikan tinggi pada abad ke-21 memerlukan pendekatan baru dan transformasi mendalam dalam pembelajaran. Meskipun transformasi sistem pendidikan dilihat bukan satu usaha yang mudah untuk dihadapi serta beberapa cabaran perlu dilalui namun penggemblengan semua pihak tidak mustahil kejayaan dapat dicapai. Profesor Dr Rosna Awang Hashim dari Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden (SEML) berkata demikian ketika menyampaikan syarahannya dalam majlis Syarahan Pengukuhan Profesor dengan tajuk “Reimagining 21st Century Higher Education in Malaysia: A Modest Proposal” bertempat di Dewan Seminar, Pusat Konvensyen pada 17 Jun yang lalu. Syarahan itu membentangkan mengenai sesebuah institusi pendidikan tinggi yang berperanan melakukan inovasi dalam pendidikan peringkat siswazah bagi memperkasa generasi masa hadapan untuk berdepan dengan cabaran global masa kini. Menurutnya pendidikan adalah sebahagian penting untuk pembangunan diri seseorang dan juga merupakan penyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. “Dalam konteks dunia masa kini, untuk belajar dalam kelas sahaja tidak memadai. Bidang pendidikan perlu transformasi kerana ia dapat memberi inspirasi dan memupuk kreativiti mahasiswa. Institusi Pengajian Tinggi perlu membantu menyediakan kemahiran yang diperlukan oleh mahasiswa agar mereka mampu bersaing dalam pasaran modal insan. Oleh itu, semua pihak seperti Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan pengetua perlu bekerjasama tangani masalah kurikulum ini supaya ia boleh melahirkan mahasiswa yang mempunyai daya saing yang tinggi,” katanya. Selain itu Prof Rosna berkata terdapat tujuh prinsip amalan baik dalam pendidikan mahasiswa iaitu hubungan yang baik antara mahasiswa dan fakulti, kerjasama sesama mahasiswa, menggalakkan pembelajaran yang aktif, memberi maklum balas segera, komunikasi yang baik memberikan kesan yang baik, menyelesaikan tugas dalam tempoh waktu yang ditetapkan serta mempelbagaikan kaedah pembelajaran. Tujuh amalan itu sebagai garis panduan untuk pihak pengurusan universiti tekankan bagi memperbaiki tahap pembelajaran dan pengajaran mahasiswa.

Upload: amy-carter

Post on 20-Dec-2015

52 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

21

TRANSCRIPT

Page 1: Cabaran Pendidikan Abad

CABARAN PENDIDIKAN ABAD-21 PERLUKAN TRANSFORMASION 15 JULAI 2014.

UUM ONLINE: Persaingan global yang sengit serta cabaran-cabaran yang mendesak dalam pengajaran dan pembelajaran landskap pendidikan tinggi pada abad ke-21 memerlukan pendekatan baru dan transformasi mendalam dalam pembelajaran.

Meskipun transformasi sistem pendidikan dilihat bukan satu usaha yang mudah untuk dihadapi serta beberapa cabaran perlu dilalui namun penggemblengan semua pihak tidak mustahil kejayaan dapat dicapai.

Profesor Dr Rosna Awang Hashim dari Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden (SEML) berkata demikian ketika menyampaikan syarahannya dalam majlis Syarahan Pengukuhan Profesor dengan tajuk “Reimagining 21st Century Higher Education in Malaysia: A Modest Proposal” bertempat di Dewan Seminar, Pusat Konvensyen pada 17 Jun yang lalu.

Syarahan itu membentangkan mengenai sesebuah institusi pendidikan tinggi yang berperanan melakukan inovasi dalam pendidikan peringkat siswazah bagi memperkasa generasi masa hadapan untuk berdepan dengan cabaran global masa kini.

Menurutnya pendidikan adalah sebahagian penting untuk pembangunan diri seseorang dan juga merupakan penyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara.

“Dalam konteks dunia masa kini, untuk belajar dalam kelas sahaja tidak memadai. Bidang pendidikan perlu transformasi kerana ia dapat memberi inspirasi dan memupuk kreativiti mahasiswa. Institusi Pengajian Tinggi perlu membantu menyediakan kemahiran yang diperlukan oleh mahasiswa agar mereka mampu bersaing dalam pasaran modal insan.

Oleh itu, semua pihak seperti Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar dan pengetua perlu bekerjasama tangani masalah kurikulum ini supaya ia boleh melahirkan mahasiswa yang mempunyai daya saing yang tinggi,” katanya.

Selain itu Prof Rosna berkata terdapat tujuh prinsip amalan baik dalam pendidikan mahasiswa iaitu hubungan yang baik antara mahasiswa dan fakulti, kerjasama sesama mahasiswa, menggalakkan pembelajaran yang aktif, memberi maklum balas segera, komunikasi yang baik memberikan kesan yang baik, menyelesaikan tugas dalam tempoh waktu yang ditetapkan serta mempelbagaikan kaedah pembelajaran.

Tujuh amalan itu sebagai garis panduan untuk pihak pengurusan universiti tekankan bagi memperbaiki tahap pembelajaran dan pengajaran mahasiswa.

Di samping itu beliau turut mengusulkan cadangan yang boleh dilaksanakan untuk mengubah persekitaran pembelajaran yang sedia ada.

Antaranya adalah mewujudkan sinergi antara kumpulan dan bersilang fungsian (untuk menyediakan ekosistem pembelajaran sokongan); berfikir secara global (untuk meningkatkan daya saing graduan); inisiatif peluasan kurikulum (untuk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan); program pelarasan kursus kokurikulum; mencipta "saat Boleh Didik" dengan sengaja dan menanam amalan Pembelajaran dan Pengajaran yang berimpak tinggi (untuk memudahkan pembelajaran).

Majlis syarahan itu turut dihadiri Presiden Hatyai University, Thailand, Dr Wittawat Didyasarin Sattayarak, Timbalan Presiden Perhubungan Antarabangsa dan Perhubungan Khas,  Asst. Prof. Dr. Anan Thippayarat;  Timbalan Presiden Pembangunan Pelajar dan Perhubungan Komuniti, Dr. Niwat Sawatkaew;  Dekan Kolej Antarabangsa Didyasarin, Dr. Kanokwan Watkins; Timbalan Dekan Pengurusan Perniagaan, Dr Siriluck Thongpoon dan  Ketua Unit Hubungan Antarabangsa, Dr. Leelie Ratsameemomthon.

Page 2: Cabaran Pendidikan Abad

CIRI-CIRI PENDIDIK ABAD KE-21

8:47 PG  PKGGS  NO COMMENTS

Diam tak diam, kita telah berada dalam Abad Ke-21 selama 13 tahun 101 hari. Namun, sehingga hari ini warga pendidikan tidak lekang-lekang menyebut tentang Pendidikan Abad Ke-21. Apakah maksud sebenar Pendidikan Abad Ke-21 atau adakah ia lebih merupakan anjakan paradigma proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh guru yang mengintegrasikan bahan daripada pelbagai sumber terutamanya yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk menghasilkan PdP yang berkesan dan menarik?

Di Malaysia, negeri Terengganu Darul Iman boleh dilihat sebagai pelopor kepada corak pengajaran dan pembelajaran Abad Ke-21 melalui pelaksanaan Program e-book oleh Kerajaan Negeri mulai tahun 2009. e-Book ialah sebuah komputer mini yang dilengkapi perisian akademik mengikut sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memudahkan proses pembelajaran di dalam kelas, sekaligus mengurangkan beban murid untuk membawa buku ke sekolah. Walaupun terdapat beberapa isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini, usaha sebegini harus dipuji dan disokong supaya Pendidikan Abad Ke-21 benar-benar menjadi kenyataan dan menjadi sebahagian daripada lanskap pendidikan negara ini.

Guru dan juga pemimpin sekolah seharusnya menjadi pemangkin kepada perubahan minda dan pengurusan perubahan supaya dapat menangani perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan secara berterusan. Kejutan budaya dan pandangan negatif tidak seharusnya berlaku sekiranya semua pihak memainkan peranannya masing-masing. Akan tetapi, bagaimanakah kita melaksanakan perubahan ini? Kita boleh bermula sedikit demi sedikit dengan mengenal pasti ciri-ciri pendidik Abad Ke-21 seperti rajah di bawah. Jika kita sentiasa bersikap terbuka, kreatif dan inovatif dalam menangani perubahan, tanpa kita sedari kita telah berubah daripada seekor ulat beluncas yang hanya merayap di atas daun-daunan kepada rama-rama yang mampu terbang di angkasa.

Kesan Kaedah Pengajaran Abad Ke-21 Ke Atas Motivasi Pelajar UPSI

CODE2011-0142-107-01

RESEARCHER

1. Nurulhuda Abd Rahman2. Sadiah Baharom3. Sopia Md Yassin

GRANTOR OF RESEARCH FUNDUNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ABSTRACTBagi melahirkan guru abad ke-21, adalah sangat penting tenaga pendidik di institusi yang melatih guru memodelkan iaitu melaksanakan kaedah pengajaran abad ke-21 supaya guru yang dilatih akan menjadi cukup kompeten dan berkeyakinan untuk melaksanakan untuk melaksanakannya pula di sekolah. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan membina

Page 3: Cabaran Pendidikan Abad

koleksi video pengajaran abad ke-21 yang merangkumi Pembelajaran Berasaskan Projek, Pembelajaran Berasaskan Masalah, Pembelajaran Inkuiri, Pembelajaran Berasaskan Pemikiran dan Pembelajaran Koperatif di samping menguji kesan pengajaran tersebut ke atas motivasi intrinsik pelajar di UPSI. Kajian dijalankan ke atas 40 orang pelajar yang mengikuti kursus KPD3016 (Pengajaran, Teknologi dan Pentaksiran 1) yang dipilih secara persampelan bertujuan. Video dihasilkan dengan merakam secara langsung sesi pengajaran yang menggunakan kaedah pengajaran tersebut dan kesan pengajaran ini ke atas motivasi pelajar diukur menggunakan instrumen yang diadaptasi daripada Instrinsic Motivation Inventory (IMI). Statistik deskriptif min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan kelima-lima kaedah pengajaran abad ke-21 yang dilalui pelajar memberi kesan positif pada tahap tinggi dari segi minat/keseronokan, nilai/kebergunaan, kesungguhan usaha yang ditunjukkan, dan kerjasama dalam kumpulan walaupun persepsi kecekapan mereka menjalankan aktiviti pembelajaran secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan walaupun kesan keseluruhan adalah positif, namun terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kecekapan pelaksanaan, nilai/kebergunaan, tekanan yang dirasai dan usaha yang diberikan antara kaedah pengajaran yang berbeza. Pelajar berasa paling tertekan namun memberikan usaha yang tertinggi melalui Pembelajaran Berasaskan Projek, berasa aktiviti Pembelajaran Berasaskan Masalah sebagai paling berguna dan berasa paling cekap melaksanakan aktiviti Pembelajaran Koperatif. Keseluruhannya, kajian ini berjaya menghasilkan sebuah set DVD berserta buku kecil yang memaparkan dengan jelas pelaksanaan dan huraian setiap kaedah pengajaran abad ke-21 yang dipilih dan menunjukkan bahawa pelaksanaannya menghasilkan kesan positif ke atas motivasi pelajar. Set DVD ini yang sedutannya dimuat naik ke laman web Makmal Penyelidikan, UPSI boleh dijadikan rujukan pendidik yang berjasrat mentransformasikan pengajaran mereka supaya pelajar terutama guru pelatih lebih bermotivasi untuk belajar

ARKIB : 23/06/2014Tepati pembelajaran abad ke-21

Tumpuan kandungan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor yang menekankan kepada soalan latih tubi membantu para pelajar menguasai pembelajaran dengan lebih baik selain mengandungi pelbagai bentuk bahan mengajar terbaik untuk guru yang menepati kaedah Kemahiran Abad Ke-21.

Pakar motivasi dan juga bekas Pensyarah Cemerlang Gred Khas JUSA B, Dr. Ismail Zain berkata, bentuk pembelajaran seperti latihan latih tubi masih relevan dan terbukti berkesan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran berdasarkan kajian pendidikan yang dijalankan sebelum ini.

"Ramai menganggap konsep latih tubi ini cara lama dan agak biasa namun berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan konsep latihan latih tubi memenuhi kemahiran pembelajaran kerana menghasilkan kemahiran dengan melakukan latihan yang berulang-ulang. Malah, latih tubi adalah gabungan konsep konvensional 3M iaitu membaca, menulis, mengira.

"Konsep belajar latih tubi ini juga membantu pelajar menguasai bahan-bahan melalui self paced dan self directed atau pembelajaran terarah kendiri yang merupakan salah satu ciri-ciri pembelajaran bestari," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau yang bertindak sebagai fasilitator Seminar Motivasi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi anjuran Utusan Malaysia berkata, kandungan Tutor memenuhi keperluan psikologi pelajar dan memenuhi fitur atau ciri-ciri kaedah strategi pembelajaran abad ke-21.

Page 4: Cabaran Pendidikan Abad

"Dalam konteks ini, guru harus kreatif untuk mempelbagaikan teknik pengajaran mereka dalam bilik darjah seperti menggunakan flip classroom atau ujian pra bagi menilai penguasaan pelajar terhadap peringkat pembelajaran mereka," katanya.

Tambahnya, inisiatif Tutor menyediakan jawapan kepada soalan latih tubi yang disediakan juga dianggap sebagai motivasi kepada pelajar untuk memulakan usaha menjawab soalan yang terdapat pada bahan pendidikan itu namun pelajar harus mendisiplinkan diri mereka untuk menjadikan amalan tersebut sebagai rutin pembelajaran.

"Ini kerana, kalau bahan soalan itu tidak disediakan jawapan, pelajar akan malas menggunakannya kerana pada mereka, tiada unsur-unsur ganjaran kepada usaha yang diambil selepas menjawab soalan tersebut.

"Mengikut kajian juga, bentuk bahan pembelajaran latih tubi sesuai untuk beginning learner atau pelajar yang baharu mempelajari sesuatu topik pelajaran, termasuk kepada pelajar yang menghadapi masalah menguasai sesuatu pelajaran, dan bagi mengatasi masalah itu, pelajar perlu banyak buat latihan untuk menguasai topik pelajaran tertentu," ujarnya.

Menurut beliau, kajian juga menunjukkan terdapat peratusan pelajar dalam sesuatu bilik darjah yang memerlukan pengkhususan tertentu dalam mata pelajaran iaitu perlu membuat latihan soalan latih tubi berulang kali.

Pada masa yang sama, ujarnya, Tutor juga mengandungi ciri pembelajaran kendiri yang memupuk inisiatif pelajar untuk membaiki pencapaian pembelajaran mereka dengan mencuba soalan latih tubi yang diberi sekali gus membentuk self improvement dalam diri pelajar.

"Konsep ini termasuk dalam strategi pembelajaran secara langsung iaitu dalam bilik darjah dan tidak secara langsung iaitu memerlukan pelajar membuat latihan di rumah, dan hanya menjadikan guru sebagai rujukan jika mereka mengalami masalah untuk memahami sesuati topik atau soalan.

"Cara ini mendidik pelajar menjadi berdikari, kreatif dalam membaiki kualiti pembelajaran dan pemahaman mereka terhadap sesuatu mata pelajaran. Secara amnya, ia memenuhi konsep pembelajaran abad ke-21 yang diharap-harapkan ketika ini," katanya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140623/pe_01/Tepati-pembelajaran-abad-ke-21#ixzz3Y8ZY6TsY © Utusan Melayu (M) Bhd 

Kemahiran abad ke-21 dan cabaran guru dalam abad ke-21

Profesion perguruan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar serta sistem

pendidikan perlu berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN itu sendiri

iaitu suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian, rumusan dapat dibuat, bahawa

yang dimaksudkan dengan kemahiran adab ke-21 (21st Century Skill) ini telahpun

disimpulkan di dalam bait-bait falsafah pendidikan itu sendiri.

Kemahiran abad ke-21 ini adalah kemahiran-kemahiran yang meliputi kemahiran

Page 5: Cabaran Pendidikan Abad

berkomunikasi, kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis), kemahiran sains dan

teknologi, kemahiran interpersonal dan intrapersonal dan sebagainya. Bagi mencapai hasrat

negara untuk membangunkan generasi yang mempunyai kemahiran abad-21, seseorang

guru perlu menguasai pelbagai bidang, mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu

pendidikan, mahir dalam pedagogi (pengajaran dan pembelajaran), menggunakan teknologi

terkini dan menerapkan nilai-nilai murni bagi tujuan pembentukkan akhlak dan sahsiah yang

baik.

Memandangkan guru adalah agen perubahan maka profesion perguruan tidak terkecuali

daripada terlibat dengan perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi.

Rentetan daripada perubahan tersebut terdapat beberapa cabaran yang perlu ditangani

antaranya cabaran dalam bilik darjah bila mana para pelajar perlu diperkembangkan

potensinya. 

Seterusnya cabaran di sekolah seperti masalah sosial dan disiplin yang berleluasa yang

berpunca daripada ledakan maklumat dan ilmu yang berbentuk global. Tidak kurang juga

dengan cabaran yang datang daripada bilangan pelajar yang semakin meningkat hingga

wujud kelas terapung. Hal yang sama juga perlu ditelusi bila mana terdapat sekolah yang

masih tidak lengkap dari aspek kemudahan yang diperlukan dalam membantu melancarkan

lagi proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Bukan itu sahaja, malah pengurusan dan

pentadbiran sekolah yang berasaskan teknologi memerlukan guru yang mahir IT dan peka

dengan perkembangan terkini.

Cabaran dalam sistem pendidikan perlu diambil kira. Sejajar dengan matlamat negara untuk

melahirkan modal insan kelas pertama dan tahap pendidikan yang bertaraf dunia kurikulum

terus mengalami perubahan dari masa ke semasa. Cabaran dalam masyarakat pula melihat

kepada perspektif masyarakat yang menganggap guru sebagai sumber maklumat,

berpegetahuan, kemahiran dan ketrampilan, sumber kebudayaan dan ilmu, sumber

pemupukan kerpercayaan dan sistem nilai dan sebagainya. Hal ini merupakan cabaran yang

menuntut guru perlu sentiasa bijak dalam memperkayakan ilmu di dada disamping

memenuhi tuntutan Wawasan 2020.

KUALA LUMPUR 12 Jun - Kerajaan berusaha memastikan pelaburan besar dalam bidang pendidikan memberi kesan yang setimpal dengan tahap pencapaian anak bangsa melalui penggubalan dan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Page 6: Cabaran Pendidikan Abad

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Sufaat Tumin berkata, berbanding kebanyakan negara lain, Malaysia menyediakan peruntukan tertinggi bagi tujuan pendidikan iaitu 16 peratus daripada Bajet 2013 yang berjumlah RM42 bilion.

Katanya, pelaburan besar bagi sistem pendidikan negara setiap tahun menjadi ukuran betapa pentingnya aspek pendidikan untuk negara sekali gus menggambarkan kesungguhan dan komitmen kerajaan sebagai penyedia aspek sokongan dan sumber dalam bidang itu. kata beliau di sini hari ini.

Menurutnya, PPPM dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi cabaran dan keperluan zaman serta peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.

Katanya, pelan itu menggariskan lima aspirasi sistem iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan bagi menyediakan murid dengan kemahiran abad ke-21.

Jelasnya, perkara itu bagi memastikan enam aspirasi untuk murid dicapai iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kecekapan menguasai dwibahasa (galakan untuk menguasai bahasa lain), kemahiran kepimpinan, identiti nasional, etika dan kerohanian.

Menurut beliau, PPPM yang digerakkan bagi tempoh 13 tahun (2013 -2025) diharap dapat melonjakkan mutu pendidikan negara dengan membentuk pelajar berkualiti, bertaraf antarabangsa dan pada masa sama mempunyai jati diri dan asas kerohanian yang kukuh serta berjiwa patriotik.

"PPPM merupakan kesinambungan kepada pelan atau laporan pendidikan terdahulu dengan asas yang tidak berubah, tetapi disesuaikan untuk melengkapi dan menyiapkan ge-nerasi baharu menghadapi cabaran abad ke-21, �� ujar-nya. �Katanya, sistem pendidikan tidak boleh kekal statik dan langkah-langkah perlu terus diambil untuk memastikan sistem pendidikan terus berkualiti dan tidak ketinggalan berbanding negara-negara lain.

Beliau menarik perhatian, kecemerlangan pendidikan di beberapa negara turut dirujuk termasuk di Korea, Singapura dan Shanghai, China untuk dijadikan penanda aras bagi menilai tahap pencapaian di negara ini.

Sehubungan itu katanya, usaha berpanjangan itu menuntut komitmen semua pihak, bukan sahaja kerajaan dan warga pendidik, tetapi juga ibu bapa, masyarakat dan warga korporat untuk berperanan lebih besar.

Katanya, proses transformasi bagi menjayakan suatu usaha murni yang penuh cabaran itu tidak harus dilihat sebagai suatu bebanan tetapi suatu tanggungjawab bersama.

"Untuk memastikan sistem pendidikan kita berkualiti, perlu ada usaha untuk me-laksanakannya dan inilah yang kita lakukan. Jika tidak melaksanakannya, bagaimana untuk menjadi matlamat.

"Apa yang penting, akhirnya PPPM dapat terjemahkan dalam bilik-bilik darjah dan matlamatnya adalah pencapaian kejayaan bagi pelajar, �� ujarnya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140613/pe_01/PPPM-persiapkan-pelajar-hadapi-abad-21#ixzz3Y8aR1XLi © Utusan Melayu (M) Bhd 

PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA: ANTARA SUMBANGAN DAN CABARAN DALAM MENEMPUH ABAD KE-21.

Page 7: Cabaran Pendidikan Abad

Pendahuluan

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".

Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :

Pembangunan tenaga manusia Kepesatan pertumbuhan ekonomi Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual Pembangunan teknologi dan sains Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

SUMBANGAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA KEPADA SEKTOR PENDIDIKAN

Apabila Kementerian Pendidikan telah menetapkan satu matlamat untuk menjadikan pendidikan bertaraf dunia, dengan sendirinya matlamat tersebut telah mengariskan apakah langkah-langkah yang perlu diambil. Langkah-langkah tersebut adalah:

1. Pengkorporatan Universiti.

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak di negara ini yang terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen mereka supaya sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti pendidikan untuk kemajuan dan perubahan. Pendidikan yang berkualiti amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang mengorak langkah mencapai status negara maju.

Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif tertentu bukan sahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan dengan mengurangkan tanggungan kerajaan bagi membiayai perbelanjaan pengajian tinggi, bahkan juga bagi menjadikan sektor pendidikan di negara ini lebih dinamis perkembangannya. Selaras dengan pengkorporatan universiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan pengurusan universiti

Page 8: Cabaran Pendidikan Abad

mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan pensyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti.

Kerenah birokrasi dan pelbagai ‘red tape’ yang mengekang perjalanan universiti akan dapat diatasi melalui pengkorporatan universiti. Dengan ini universiti akan bertenaga meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan paradigma barunya membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi universiti akan digunakan untuk kepentingan korporat.

Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluaskan melalui pengeksportan pendidikan ke negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin kualiti, akauntabiliti dan kredibiliti pendidikan tinggi tempatan.

2. Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan

Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai aspek organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan.

Ini termasuklah membaiki :

Kualiti pengajaran Kualiti perkhidmatan Kualiti kurikulum Kualiti penilaian dan pensijilan Kualiti pensyarah Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti Kualiti kepimpinan universiti Kualiti penyeliaan Kualiti mentoring Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar

1. Perubahan Sistematik

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia, impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat dicapai.

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama. Ia mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif. Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam kontek yang lebih luas.

Page 9: Cabaran Pendidikan Abad

Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada Kementerian Pendidikan dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan. Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi pendidikan dilaksanakan.

Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan :

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita mengubah kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan teknologi baru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi hendaklah diambil kira.

Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris. Sejajar dengan peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan dipertingkatkan untuk melahirkan insan yang cemerlang.

Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesyen perguruan perlu pengkajian semula. Profesyen perguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme yang radikal dan drastik bagi mengatasi masalah, cabaran dan jangkaan baru dalam merealisasikan agenda-agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke 21.

Imej dan status perguruan yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera. Penawaran kursus-kursus perguruan lepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian tinggi adalah merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan status profesyen perguruan.

 

1. Penggredan Universiti

Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian Pendidikan adalah satu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Secara tidak langsung perlaksanaan penggredan universiti ini menggalakkan universiti tempatan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.

Melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru seperti teknologi maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara langkah-langkah penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu program perkembangan staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi yang ingin berkembang secara progresif dan dinamis.

Page 10: Cabaran Pendidikan Abad

2. Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai implikasi yang besar kepada perkembangan industri pendidikan negara. Perlaksanaan program berkembar oleh insitusi-institusi swasta ini, membolehkan wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi dari segi penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan program berkembar, sekaligus menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak.

Sehubungan dengan ini, pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung kepada universiti-universiti tempatan yang sedia ada sahaja. Natijahnya, impian negara untuk melahirkan bakal-bakal pekerja berilmu sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana Menteri dapat direalisasikan.

3. Kelonggaran Sistem Pendidikan

Pendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai langkah dan strategi pembangunan sumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Selaras dengan wawasan 2020, Malaysia sedang menyusun dan merangka satu paradigma perubahan ekonomi untuk menjadikan Malaysia negara maju dan membangun sepenuhnya dalam bidang perindustrian.

Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi dan pembangunan sumber manusia abad ke 21 amat bergantung kepada peranan serta dasar liberalisasi sistem pendidikan negara ke arah melahirkan lebih banyak pekerja berilmu, rajin, tekun dan produktif.

Dalam satu ucapan dasarnya semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di London, Perdana Menteri Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan Malaysia akan melonggarkan sistem pendidikan negara bagi membolehkan pelajar dengan keputusan cemerlang di peringkat persekolahan meneruskan pelajaran pada peringkat pengajian tinggi selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berilmu. Langkah melonggarkan peluang pendidikan ini dikira perlu kerana negara kekurangan pekerja yang berilmu bagi menghadapi cabaran masa depan terutama sekali dalam era teknologi maklumat abad ke 21.

Dengan mewajibkan semua murid mengikuti pendidikan awal di sekolah rendah secara percuma di samping melonggarkan peluang pendidikan menengah dan tinggi, Malaysia dikira akan mencapai satu taraf pendidikan yang maju di dunia. Malaysia juga dikira mempunyai kadar buta huruf yang rendah berbanding dengan negara-negara membangun yang lain.

Kelonggaran sistem pendidikan juga menjadi satu strategi untuk merapatkan jurang kemiskinan dalam masyarakat. Pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga manusia mempercepatkan perubahan sosial, meningkatkan produktiviti, membentuk warganegara yang produktif, menjadi penggerak kepada pembangunan sains dan teknologi dan kegiatan ekonomi moden selaras dengan kemajuan yang ingin dipelopori melalui pendidikan bertaraf dunia.

Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke 21 juga memerlukan ribuan tenaga mahir dan tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu pelaburan pendidikan yang merupakan agenda pembangunan sosial juga menjadi satu agenda yang amat mendesak

Page 11: Cabaran Pendidikan Abad

bagi meliberalisasikan peluang pendidikan dan latihan ke arah pembentukan pekerja berilmu.

Langkah bagi melahirkan pekerja berilmu mendorong sesebuah negara memperuntukan pelaburan yang tinggi dalam pendidikan dan latihan. Langkah ini juga selaras dengan Teori Modal Manusia (Human Capital Theory) yang menganggap pendidikan sebagai satu strategi penting bagi meningkatkan potensi modal manusia seperti kepakaran, kemahiran, berpengetahuan, efisyen, produktif, berdedikasi dan kreatif, sikap yang baik terhadap kerja dan sebagainya.

CABARAN KE ARAH MENUJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, kita tidak dapat lari daripada cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada dunia pendidikan. Di antara cabaran-cabaran tersebut ialah :

1. Penghijrahan pensyarah (brain drain)

Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu fenomena yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan Yusuf ( Y.D.P. Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini merupakan satu fenomena biasa yang sering berlaku dalam mana-mana sektor. Penghijrahan ini sepatutnya dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan pendidikan negara ini.

Persoalannya apakah penghijrahan pensyarah menjadi satu ancaman kepada pendidikan di negara ini ? Sudah tentu pasti kerana untuk menghasilkan seorang pensyarah bukannya satu perkara yang mudah. Institusi pengajian tinggi awam menghadapi saingan untuk memikat graduan ijazah pertama sewaktu mereka menamatkan pengajian. Memang tidak dapat dinafikan sektor swasta menawarkan skim gaji dan beberapa kemudahan yang menarik berbanding dengan apa yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.

Dilihat dari sudut yang lain, kestabilan politik dan kemantapan ekonomi memberi ruang kepada pensyarah institusi pengajian tinggi awam memilih haluan karier masing-masing dan tidak bergantung sepenuhnya kepada agensi-agensi yang berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan. Penghijrahan pensyarah bukan sahaja disebabkan oleh gaji pensyarah yang kecil tetapi juga harus dilihat dari pelbagai sudut sama ada ia berbentuk peribadi atau sebaliknya. Banyak lagi faktor lain yang dapat dikaitkan seperti tidak mendapat pengiktirafan pada masa yang diharapkan, rasa terkongkong dan sebagainya. Penghijrahan pensyarah sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada institusi pengajian tinggi swasta sahaja, malahan ia juga melibatkan sektor yang lain seperti sektor swasta, sektor kerajaan atau bekerja sendiri.

2. Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan

Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila profesyen perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku sekarang menunjukkan profesyen perguruan pada masa kini dan menjelang pada abad 21 akan terus dimonopoli oleh wanita. Salah satu implikasi negatif pendominasian gender, khususnya kaum wanita dalam profesyen ini ialah meluasnya pelbagai perkembangan yang tidak sihat seperti kenakalan remaja, keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas berlaku disebabkan komitmen

Page 12: Cabaran Pendidikan Abad

yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita menangani masalah sosial yang semakin mencabar.

Kekurangan peranan bapa di sekolah serta corak sosialisasi yang lemah sekaligus menunjukkan profesyen perguruan tidak berkemampuan dalam menangani masalah asas pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa ini dan menjelang abad ke-21. Perasaan ketidakpuasan hati di kalangan guru dalam profesyen perguruan kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu tinggi.

Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang dilakukan oleh guru. Fenomena ini juga mendorong ramai bilangan guru ingin berhenti dan memohon untuk pilihan bersara daripada profesyen ini. Selain itu, kaum guru tidak dapat melarikan diri daripada menjadi sasaran kritikan kerana pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada penilaian dan akauntabiliti pelbagai pihak.

Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan pendidik di negara ini lebih bersifat profesional dalam melaksanakan tugas dan menangani masalah rumit yang berkembang dalam masyarakat sekarang. Kemalangan yang berlaku dari masa ke semasa mendedahkan golongan pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan psikologi dan mental yang memerlukan semangat kental dan kesabaran kaum guru.

3. Peperiksaan Mengikut Keupayaan.

Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah.

Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab.

Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid-murid yang telah pun bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu.

Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat pengiktirafan memihak kepada kepentingan mereka berbanding anak-anak golongan kurang berada dan golongan miskin.

Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan memberi peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya mereka duduki mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar yakin dan bersedia.

Page 13: Cabaran Pendidikan Abad

Soalnya, sehingga bilakah pelajar yang lemah boleh membina keyakinan mereka untuk menduduki peperiksaan dan adakah mereka yakin mereka akan berjaya dalam peperiksaan.

Peratusan dan bilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai keyakinan dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Sistem peperiksaan yang diujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan dan kecerdasan yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia mengiktiraf kegagalan pelajar lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik.

Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa mengubah rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan akademik golongan berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna ke arah merintis masa depan yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah.

Selain itu, boleh ditimbulkan satu persoalan disini, apakah falsafah dan rangka ideologi yang mendasari konsep peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini ? Adakah ia boleh dikira satu perubahan yang penting ke arah menyumbang reformasi sistem peperiksaan yang sedia ada ? Setakat manakah falsafah dan konsep peperiksaan mengikut keupayaan ini memberi faedah dan mendukung wawasan pendidikan untuk melahirkan warga negara yang seimbang serta berketrampilan ?

Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara membenarkan pelajar merujuk buku dan bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan. Bagaimanapun ia dianggap tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan validitinya sesuatu peperiksaan. Idea ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan pelajar meniru dalam peperiksaan yang sukar dikesan.

Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan pelajar mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini juga dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh pihak sekolah mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang bersiri di kalangan pelajar di tahap yang sama.

Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat tuisyen yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid dan ibu bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang diadakan. Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan ia mencerminkan kegagalan sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini yang kurang cekap menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu peperiksaan akan mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan mental dan psikologi kepada anak-anak mereka semata-mata didorong oleh desakan untuk mencapai kejayaan yanga cemerlang.

Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki institusi pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip kecemerlangan pencapaian akademik seseorang pelajar.

Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini akan mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang mencerminkan realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah. Keseluruhan falsafah, prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem peperiksaan yang mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang dari matlamat-matlamat unggul pendidikan

Page 14: Cabaran Pendidikan Abad

untuk membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui sistem dan proses persekolahan yang progresif dan dinamis.

CADANGAN MENANGANI CABARAN KEARAH MERIALISASI PENCAPAIAN MATLAMAT PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

Meningkatkan profesionalisme perguruan

Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.

Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah di antara krisis pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di negara-negara membangun khususnya di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih redikal dilakukan. Profesyen perguruan boleh dikatakan tidak banyak mengalami perubahan dari segi inovasi dari segi teknologi walaupun perkembangan teknologi maklumat berlaku dengan pesatnya dan dalam sektor-sektor lain.

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.

Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan perubahan. Peranan profesyen perguruan dalam masyarakat membangun seperti Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya di bataskan di atas andaian dan pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong dan menyempitkan peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan masyarakat dan negara.

Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat.

Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung kepada profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif. Profesyen perguruan yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti, sentiasa memperbaiki dan mempertahankan etika profesionalisme pendidikan, berbanding dengan tugas yang mengabdikan diri sebagai golongan pendidikan yang berwibawa dan dapat menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk mengubah dan belajar untuk berubah.

Usaha-usaha lain sepearti melatih pensyarah bagaimana mengajar di institusi pengajian tinggi. Langkah ini turut mencadngkan supaya pensyarah-pensyarah universiti mestilah

Page 15: Cabaran Pendidikan Abad

memiliki diploma pendidikan bagi membolehkan mereka melayakkan diri untuk mengajar. Walaupun mendapat reaksi yang "panas dan sinis" daripada pensyarah dan professor, cadangan ini bagaimanapun perlu dianggaap sebagai satu cadangan yang positif bagi meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.

Mengatasi masalah "Brain Drain" di kalangan pensyarah

Kebanyakkan pensyarah yang memilih kerjaya ini adalah kerana komited dengan apa yang dilakukan. Penyelidikan menjadikan visi hidup mereka. Kerjaya sebagai pensyarah mempunyai banyak insrintik yang terus menambat hati pensyarah agar terus kekal di institusi pengajian tinggi.

Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah 'brain drain' antaranya ialah layanan yang mereka terima berbanding dengan pensyarah yang berrkhidmat di luar negara. Wan Mokhtar mempersoalkan apakah adil hanya menggangapkan pensyrah yang berkhidmat di luar negara ditawarkan dengan gaji yang berlipat ganda apabila kembali ke Malaysia, sedangkan antara keduanya mempunyai kemahiran dan pendedahan yang sama.

Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah peka dengan keperluan dan tuntutan semasa institusi pengajian tinggi awam agar penghijrahan keluar pensyarah dapat di atasi. Jangan biarkan pensyarah meminta-minta hak mereka kerana martabat pensyarah amat tinggi kedudukannya.

 

Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan falsafah pendidikan negara.

Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi, membuat penilaian dan sebagainya.

Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri.

Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan. Antaranya cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada dua. Ini akan mengurangkan tekanan.

Page 16: Cabaran Pendidikan Abad

Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira untuk memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah kemasukan universiti datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah kepada sekolah bestari nanti, penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu dan kemampuan pelajar mengikut kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

KETERSEDIAAN PENDIDIK MENGHADAPI REFORMASI PENDIDIKAN

Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan yang betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang berfaedah. Mereka bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati nilai kebenaran, keindahan dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar, sesuai dengan potensinya sebagai khalifah Allah dan hambanya. Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan kepada komitmen , daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kretif, daripada reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada progresif.

Sebelum perlaksanaan reformasi dibuat secara total ke atas sistem pendidikan negara, apakah semua yang akan terlibat dalam mendokong dan melaksanakannya telah tersedia? Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua dalam keadaan bersedia bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih futuristik.

Janganlah semua kesilapan seperti pengenalan kurikulum baru sekolah rendah (KBSR), subjek alam dan manusia (ADM), dasar disiplin dan sistem kenaikan pangkat baru berdasarkan kepada kelayakan akademik berulang lagi - kasihan generasi remaja kita yang menjadi mangsa kerana impak dari kesilapan penghitungan dalam menanam modal dalam"komoditi pendidikan", ia akan memberi impak jangka panjang. Sebagai contoh, hasil daripada kegagalan KBSR dan subjek ADM yang dilaksanakan 10 tahun dahulu, bahangnya kita dapat rasai kini dengan kurangnya pelajar kita (melayu khususnya) yang berminat unutk memilih sains sebagai bidang pilihan mereka di IPT.

Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari, Pendidikan Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang akan bertaraf dunia. Persoalannya, apakah semua kominiti guru telah bersedia untuk mengikut arus reformasi yang akan mendatang dalam era pasca Teknologi Maklumat masa kini ? Ada baiknya fenomena ini dibetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan reformasi pendidikan secara total. Janganlah anjakan paradigma itu dibuat berkelompok-kelompok, biar ia menyeluruh kepada semua golongan pendidik. Kerana mereka inilah yang akan membina asas-asas yang mantap dan teguh.

 

Kesimpulan

Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

Page 17: Cabaran Pendidikan Abad

Landscape' pendidikan sudah banyak bertukar wajah dibanding empat dekad lalu khususnya prasarana pendidikan. Akan tetapi isu dan masalah pengajaran dan pembelajaran tetap masih belum banyak berubah. Jurang pencapaian pendidikan bertambah luas. Literasi dan numerasi masih merupakan isu utama di kebanyakan negara.

 

Dengan komitmen yang tinggi, alhamdulillah, negara-negara ASEAN pada keseluruhannya telah dapat mencapai prestasi yang baik dalam pendidikan. Dengan tahap akses kepada pendidikan rendah yang melimpasi 90 peratus, rantau ini sudah mencapai sebahagian besar matlamat Education For All (EFA) dan memenuhi kriteria Millennium Development Goals.

 

Akan tetapi dunia masih menghadapi masalah yang sama. Seorang dari lima orang dewasa atau 774 juta masih kekurangan kemahiran literasi, 75 juta kanak-kanak masih belum bersekolah. 200 juta lagi kanak-kanak tidak menamatkan pendidikan rendah. Dunia masih menyaksikan pergolakan politik dan sosial yang melanda beberapa negara termasuk negara-negara Islam. Tentu saja ramai lagi kanak-kanak yang terbantut persekolahannya. Inilah menjadi agenda utama pertubuhan antarabangsa seperti UNESCO, ISESCO dan lain-lain untuk mengatasi masalah ini dan merapatkan jurang akses kepada pendidikan. Dalam masa yang sama kita terus berhadapan dengan perubahan-perubahan dan cabaran yang dibawa oleh globalisasi, cabaran dari kederasan arus kemajuan dan perubahan teknologi infokomunikasi serta berhadapan dengan keadaan dunia yang tidak menentu dan tidak dapat dijangkakan. Kita berhadapan dengan abad ke-21 dan akan menyediakan generasi yang akan hidup dalam abad yang susah untuk diramalkan.

 

Sekian lama kita telah berusaha untuk mencari apakah bentuk pendidikan untuk abad 21. Kita berusaha mengenal pasti apakah kurikulum yang perlu disediakan. Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sebagai persediaan pelajar-pelajar menghadapi abad perubahan ini.

 

Kerajaan dan agensi pendidikan menyuarakan dan menekankan pendidikan abad ke-21 seharusnya memperkembangkan potensi kanak-kanak untuk menguasai kemahiran kreatif, inovatif, bekerja sebagai satu pasukan, memahami budaya orang lain dan berkomunikasi dengan baik serta mempunyai kemahiran keusahawanan (entreprenuership). 

Abad ke-21 dipacu oleh ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, pertukaran maklumat yang pantas dan kederasan arus teknologi komunikasi yang menghendaki sistem pendidikan baru di seluruh dunia. Di abad ke-21 pendidikan mesti memfokus untuk membentuk kanak-kanak secara menyeluruh dari segi moral, intelektual, fizikal, sosial dan astetik. Pelajar perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran baru bagi memastikan survival dan kejayaan, selaku individu, anggota masyarakat dan rakyat bagi sebuah negara.

 

Semua ini memaksa kita untuk mula meneliti semula sistem pendidikan. Tidak sahaja negara membangun tetapi negara maju juga membuat penilaian semula sistem pendidikan masing-masing sama ada relevan untuk memenuhi keperluan menyediakan generasi masa depan. Amerika Syarikat di bawah Presiden Barrack Obama telah melancarkan 'A Blue Print for Reform' 2010 untuk menilai semula sistem pendidikannya apabila negara tersebut jatuh ke tangga 23 dalam Programme for International Student Assessment (PISA).

 

Page 18: Cabaran Pendidikan Abad

Presiden Obama menggariskan strategi "Our goal, must be to have a great teacher in every classroom and a great principal in every school" dan tidak ada seorang kanak-kanak terpinggir.

 

Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Australia bagi merentasi peringkat wilayah dan Federal. Dalam usaha kita untuk meningkatkan kualiti pendidikan, guru dikenal pasti sebagai salah satu, malah faktor utama yang memainkan peranan penting.

 

Guru yang memiliki bukan sahaja pengetahuan tetapi kemahiran untuk menyediakan suasana pembelajaran yang menumpukan kepada pelajar (studentcentred), mendorong pelajar yang berpotensi tinggi sambil tidak mengabaikan pelajar yang memerlukan bimbingan dan intervensi. Kita memerlukan guru yang passionateyang dapat mewujudkan pembelajaran yang menyuburkan daya kreatif, inovatif, komunikasi, boleh menyelesaikan masalah dan bekerja secara kumpulan.

 

Inilah dapatan dari penyelidikan. Inilah rumusan dan pandangan pakar pendidikan. Kualiti guru inilah yang dapat membawa negara seperti Finland, Korea dan Singapura mencapai tahap kualiti pendidikan yang tinggi dalam Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS).

 

Inilah yang menjadi suatu cabaran yang besar dihadapi oleh kebanyakan negara bagaimana untuk meningkatkan lagi prestasi dan menjamin bahawa guru-guru akan dapat meningkatkan kualiti pendidikan.

 

Dalam hubungan ini, apa yang sangat menarik ialah wujudnya penglibatan sektor dan agensi lain yang melibatkan diri untuk sama-sama berusaha bagi membangun dan memajukan sektor pendidikan. Kita saksikan penglibatan serius selama ini Microsoft, Samsung, Apple, Cisco dan sektor ICT yang cuba menyelaraskan aplikasi mereka dengan pendidikan. Kita melihat penglibatan serius syarikat multi-national dan industri yang melabur langsung untuk memajukan pendidikan. Semuanya ingin untuk memastikan bahawa proses pendidikan akan dapat melahirkan tenaga manusia yang relevan dan selaras dengan keperluan masa depan.

 

Pada hemat saya inilah juga faktor yang mendorong beberapa buah negara dengan serius meneliti semula sistem pendidikan negara masing-masing. Pendidikan adalah pemangkin ekonomi. Dalam dunia globalisasi yang berasaskan ilmu pengetahuan, rakyat yang berilmu menjadi aset memacu kemajukan ekonomi. Yang demikian kita perlu memperkembangkan setiap potensi individu.

Malaysia telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 beberapa bulan yang lalu yang merupakan satu rumusan menggarap pemikiran semua yang berkaitan dengan pendidikan menjadi tunjang kepada transformasi negara. Brunei Darussalam telah melaksanakan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 atau SPN21 sebagai lanjutan kepada dasar Pendidikan Dwibahasa yang memperkasa kemahiran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dari peringkat rendah yang juga berhasrat membawa haluan bagi memfokus kepada pendidikan berpusat kepada pelajar, memberi pelbagai laluan (multiple pathway) pendidikan menengah dan reformasi pendidikan teknik dan vokasional.

 

Page 19: Cabaran Pendidikan Abad

Sebenarnya inilah juga fokus rakan-rakan saya di negara-negara SEAMEO semasa saya berkesempatan melakukan lawatan ke semua negara SEAMEO dalam kapasiti saya selaku Presiden SEAMEC bagi tempoh dua tahun dari bulan Mei 2011 ke April 2013. Malah bagi beberapa negara bukan saja kualiti guru yang dihadapi tetapi bilangan guru yang dapat dibekalkan setiap tahun bagi mengimbangi pertambahan pelajar menjadi salah satu cabaran utama.

 

Bagaimana kita dapat melahirkan guru berkualiti?

Seorang pendidik mesti mempunyai kecenderungan dan minat mendalam atau passion terhadap profession guru atau pendidik. Kerjaya guru bukan semata-mata dilihat sebagai makan gaji atau sumber menyara hidup sahaja. Kerana itu dalam masyarakat kita di rantau ini, guru yang mengajar Al-Qur'an di masa lampau tidak mengharap kepada imbuhan kewangan atau kebendaan tetapi semata-mata kerana beramal kerana Allah. Guru-guru setengah abad lalu, walaupun tidak mempunyai kelulusan diploma atau ijazah, tetapi sanggup merentas sungai, hutan dan belukar, semata-mata untuk mendidik. Kerana itu sekarang kita melihat modaliti seperti Teach America First atau Teach First, satu skim memberi peluang kepada mereka yang ingin menjadi pendidik selepas graduate. Di United Kingdom enam memohon bagi satu tempat di Teach First.Ini berkait rapat dengan sikap atau attitude. Sebagai seorang Islam, attitude akan lebih berkesan lagi jika disertai dengan accountability. Bukan sahaja accountable kepada ketua tetapi paling mustahak accountable kepada Maha Pencipta Allah Subhanahu Wata'ala menjadi seorang pekerja yang jujur dan amanah, penuh iltazam dan dedikasi.

Semua orang boleh mengajar tetapi tidak semua orang boleh menjadi pendidik.

Kualiti pendidik bergantung juga kepada kualiti pendidikan mereka. Beberapa negara memilih gurunya dari kalangan 10 peratus dari kohort pelajar cemerlang.

Jika pelajar perlu dilengkapi dengan kemahiran abad ke-21, para pendidik sendiri mesti menguasai kemahiran abad ke-21 untuk menjelmakan diri mereka sebagai pendidik yang kreatif, inovatif, berupaya menghadapi perubahan yang tidak diduga dan jangkakan, bekerja sebagai satu pasukan serta berkomunikasi dengan berkesan.

Pendidikan masa ini perlu menyediakan pelajar menghadapi kederasan arus perubahan berbanding sebelumnya;

Pendidikan masa ini perlu menyediakan pelajar dengan pekerjaan yang belum lagi diwujudkan; Pendidikan masa ini perlu menyediakan pelajar menggunakan teknologi yang belum lagi dicipta;

Pendidikan masa ini perlu menyediakan pelajar kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang tidak diketahui akan terjadi.

Begitulah rumit dan kompleksnya masa depan yang mampu kita lukiskan. Semua ini memaksa pendidik dan mereka yang terlibat melipatgandakan usaha ke arah meningkatkan kualiti pendidikan guru.

Asas kepada seorang pendidik ialah memiliki sikap atau attitude, pengetahuan (knowledge) dan kemahiran (skills) yang perlu terus dipupuk dan diperkembangkan sebagai landasan menuju pembudayaan pendidikan sepanjang hayat.

Di sinilah pada hemat saya peranan dan sumbangan OUM berfungsi sebagai wacana bagi para pendidik melengkapkan diri dari segi perkembangan ikhtisas menjadi modal pendidik terulung dan cemerlang. Kerana semua mengakui tidak ada sistem pendidikan menjadi lebih baik dari guru atau pendidiknya.