bengkel pembelajaran secara individu, berpasangan dan berkumpulan
DESCRIPTION
bengkel pembelajaran individu dan berpasanganTRANSCRIPT
![Page 1: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan](https://reader034.vdokumen.com/reader034/viewer/2022042422/54e33f524a7959ba1b8b4b0d/html5/thumbnails/1.jpg)
BENGKEL PEMBELAJARANSecara Individu, Berpasangan dan
Berkumpulan
![Page 2: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan](https://reader034.vdokumen.com/reader034/viewer/2022042422/54e33f524a7959ba1b8b4b0d/html5/thumbnails/2.jpg)
Pengenalan
• Pengelolaan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap orang guru.
• Pengelolaan pengajaran bahasa ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
![Page 3: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan](https://reader034.vdokumen.com/reader034/viewer/2022042422/54e33f524a7959ba1b8b4b0d/html5/thumbnails/3.jpg)
Pembelajaran Secara Individu
• Cara pembelajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan-bahan yang dikhaskan.
• Pengajaran ini sesuai kerana setiap murid berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta dan kebolehan lain.
![Page 4: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan](https://reader034.vdokumen.com/reader034/viewer/2022042422/54e33f524a7959ba1b8b4b0d/html5/thumbnails/4.jpg)
• kaedah kelas menguntungkan sebilangan kecil pelajar sahaja dan tidak semua individu, maka kaedah individu perlu.
• belajar untuk mengembangkan kebolehan individu.
• guru harus mengenal potensi murid-murid mereka, mengenalpasti masalah pembelajaran, merancang dan menyampaikan bahan pengajaran beasaskan kebolehan individu.
![Page 5: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan](https://reader034.vdokumen.com/reader034/viewer/2022042422/54e33f524a7959ba1b8b4b0d/html5/thumbnails/5.jpg)
Pembelajaran Secara Individu
• Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid boleh belajar mengikut kemampuan.
• Guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada murid berkenaan dan cuba membantu untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
• Aktiviti pengajaran hendaklah terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.
![Page 6: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan](https://reader034.vdokumen.com/reader034/viewer/2022042422/54e33f524a7959ba1b8b4b0d/html5/thumbnails/6.jpg)
Pembelajaran Secara Berpasangan
• Satu strategi yang melibatkan dua orang murid merancang pengajaran dan pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian.
• Dapat mewujudkan kerjasama dalam kalangan pasangan secara formal.
![Page 7: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan](https://reader034.vdokumen.com/reader034/viewer/2022042422/54e33f524a7959ba1b8b4b0d/html5/thumbnails/7.jpg)
Pembelajaran Secara Berpasangan
• Berfikir dan berbincang mengenai teknik pembelajaran dan pengajaran.
• Pembelajaran berpasangan ini juga dapat mencetuskan inovasi dan meningkatkan kreativiti murid berkenaan.
![Page 8: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan](https://reader034.vdokumen.com/reader034/viewer/2022042422/54e33f524a7959ba1b8b4b0d/html5/thumbnails/8.jpg)
• Boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur.
• Tidak banyak menimbulkan masalah jika dibandingkan aktiviti secara berkumpulan.
• Pergerakan guru lebih mudah – dari satu pasangan ke satu pasangan yang lain.
![Page 9: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan](https://reader034.vdokumen.com/reader034/viewer/2022042422/54e33f524a7959ba1b8b4b0d/html5/thumbnails/9.jpg)
Pembelajaran Secara Berkumpulan
• Pengajaran jenis ini memerlukan murid dibentuk dalam kumpulan kecil, iaitu 3 hingga 5 orang satu kumpulan.
• Murid boleh menjalankan aktiviti pembelajaran melalui kumpulan mengikut kebolehan dan dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka.
![Page 10: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan](https://reader034.vdokumen.com/reader034/viewer/2022042422/54e33f524a7959ba1b8b4b0d/html5/thumbnails/10.jpg)
Pembelajaran Secara Berkumpulan
• Cara berkesan melibatkan murid secara aktif dalam proses P&P.
• Mendorong murid berkomunikasi antara satu sama lain dengan berkesan.
• Setiap murid yang terlibat akan merasa diri mereka sebagai individu yang setaraf.
• Ada dua kumpulan akan dibentuk, iaitu mengikut kebolehan dan mengikut pelbagai kebolehan murid.
![Page 11: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan](https://reader034.vdokumen.com/reader034/viewer/2022042422/54e33f524a7959ba1b8b4b0d/html5/thumbnails/11.jpg)
Kumpulan Mengikut Kebolehan
• Murid-murid lebih kurang sama tahap kebolehan.• Pengumpulan murid-murid ini mengikut kebolehan
biasa digunakan dalam P&P kemahiran asas seperti lisan, membaca dan menulis.
![Page 12: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan](https://reader034.vdokumen.com/reader034/viewer/2022042422/54e33f524a7959ba1b8b4b0d/html5/thumbnails/12.jpg)
Kumpulan Mengikut Pelbagai Kebolehan
• Kumpulan ini dibuat setelah murid-murid dapat menguasai kemahiran asas.
• Murid-murid yang cerdas diminta dapat membantu murid-murid yang lemah dan perkembangan emosi dan sosial yang sihat dapat dibina melalui aktiviti-aktiviti seperti lawatan, kerja projek, permainan, simulasi dan sebagainya.
• Murid-murid juga berpeluang memainkan peranan dan mengembangkan bakat kepemimpinan mereka.
![Page 13: Bengkel Pembelajaran Secara Individu, Berpasangan Dan Berkumpulan](https://reader034.vdokumen.com/reader034/viewer/2022042422/54e33f524a7959ba1b8b4b0d/html5/thumbnails/13.jpg)
• http://sakiladollah.blogspot.com/2011/09/kaedah-dan-teknik-pengajaran.html