bala pan

7
BALAPAN Salah satu acara balapan yang terdiri daripada acara 4 x 100m, 4 x 200m dan acara 4 x 400m. Acara lari berganti- ganti 4 x 100m dan 4 x 400m dipertandingkan untuk murid sekolah menengah. Acara lari berganti-ganti ini memerlukan empat orang peserta iaitu pelari pertama, pelari kedua, pelari ketiga dan pelari keempat. Alatan yang digunakan dalam acara ini ialah baton. PELAKSANAAN ACARA 4 X 100M DAN 4 X 400M ACARA 4 X 100M ACARA 4 X 400M Setiap pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Setiap pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Semua pelari berlari dalam lorong yang ditetapkan. Pelari pertama berlari mengikut lorong dari garisan permulaan. Pelari pertama berlari dari garisan permulaan sejauh 100m di selekoh. Pelari kedua berlari selepas menerima baton mengikut lorong masing-masing sejauh 100m dan dibenarkan memotong masuk ke lorong pertama hingga tamat 400m. Pelari kedua berlari sejauh 100m selepas menerima baton di lorong lurus. Pelari ketiga dan keempat berlari selepas menerima baton sejauh 400m di lorong pertama. Pelari ketiga berlari selepas menerima baton sejauh 100m di 2.3 LARI BERGANTI- GANTI

Upload: alhamdi-haneef

Post on 22-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PJK

TRANSCRIPT

Page 1: Bala Pan

BALAPAN

Salah satu acara balapan yang terdiri daripada acara 4 x 100m, 4 x 200m dan acara 4 x 400m.

Acara lari berganti- ganti 4 x 100m dan 4 x 400m dipertandingkan untuk murid sekolah

menengah. Acara lari berganti-ganti ini memerlukan empat orang peserta iaitu pelari pertama,

pelari kedua, pelari ketiga dan pelari keempat. Alatan yang digunakan dalam acara ini ialah

baton.

PELAKSANAAN ACARA 4 X 100M DAN 4 X 400M

ACARA 4 X 100M ACARA 4 X 400M

Setiap pasukan terdiri daripada empat orang pelari. Setiap pasukan terdiri daripada empat orang pelari.

Semua pelari berlari dalam lorong yang ditetapkan. Pelari pertama berlari mengikut lorong dari garisan

permulaan.

Pelari pertama berlari dari garisan permulaan sejauh

100m di selekoh.

Pelari kedua berlari selepas menerima baton

mengikut lorong masing-masing sejauh 100m dan

dibenarkan memotong masuk ke lorong pertama

hingga tamat 400m.

Pelari kedua berlari sejauh 100m selepas menerima

baton di lorong lurus.

Pelari ketiga dan keempat berlari selepas menerima

baton sejauh 400m di lorong pertama.

Pelari ketiga berlari selepas menerima baton sejauh

100m di selekoh.

Pelari keempat berlari selepas menerima baton

sejauh 100m di lorong lurus hingga ke garisan

penamat.

2.3 LARI BERGANTI-GANTI

Page 2: Bala Pan

TEKNIK MEMBERI DAN MENERIMA BATON

ACARA 4 X 100M ACARA 4 X 400M

Penghantaran dan pemberian baton dalam zon

pertukaran.

Penghantaran dan penerimaan baton dalam

zon pertukaran.

Teknik yang selalu digunakan ialah

penghantaran dari atas ke bawah.

Teknik menghantar dari bawah ke atas.

Pemberi baton memegang hujung baton. Pemberi baton memegang hujung baton.

Ayun baton ke tapak tangan penerima baton

setelah isyarat diberikan.

Ayun baton dari bawah ke atas tapak tangan

penerima baton setelah isyarat diberikan.

Tangan lurus dan tidak digoyang-goyangkan. Tangan lurus dan tidak digoyang-goyangkan.

Penerima baton membuka tapak tangan

menghadap ke atas apabila mendengar

isyarat.

Penerima baton membuka tangan ke bawah

apabila isyarat diberi.

Tangan lurus melebihi paras pinggang dan

tidak digerak-gerakkan.

Kedudukan tangan separas dengan pinggang.

Memegang baton dengan kemas, lari laju

tanpa menukar baton ke tangan yang satu lagi.

Memegang baton dengan kemas, lari laju

tanpa menukar baton ke tapak tangan yang

satu lagi.

Page 3: Bala Pan

LATIHAN TEKNIK MEMBERI DAN MENERIMA BATON

Bagi melancarkan penghantaran dan penerimaan baton antara pelari pertama, kedua, ketiga dan

keempat, latihan perlu dilakukan secara:

A. STATIK

Keempat-empat pelari berbaris dalan jarak satu meter di antara satu dengan lain.

Pelari pertama berada di belakang barisan diikuti dengan pelari kedua dihadapannya,

ketiga dan keempat.

Pelari pertama memegang baton dengan tangan kanan, kaki kiri di depan, kedua-dua kaki

fleksi. Berikan isyarat.

Pelari kedua menerima baton dengan tangan kiri. Kaki kanan di depan, kedua-dua kaki

felksi, tapak tangan menghadap ke atas untuk acara 4 x 100m dan bagi 4 x 400m tapak

tangan menghadap ke bawah. Tangan lurus dan tidak digoyang-goyangkan.

Pelari ketiga seperti keadaan aksi pelari pertama.

Pelari keempat seperti keadaan aksi pelari kedua.

B. DINAMIK

Keempat-empat pelari berada dalam lorong.

Pelari keempat di hadapan sekali, diikuti pelari ketiga, kedua dan pelari pertama dari

belakang.

Untuk permulaan, kesemua pelari berlari perlahan bagi mendapatkan rentak memberi dan

menerima baton.

Lakukan aktiviti adalah sama seperti secara statik.

Pelari keempat menjatuhkan baton dan akan diambil oleh pelari pertama semula.

TEKNIK LARIAN DI SELEKOH.

Condongkan badan ke bahagian dalam balapan.

Page 4: Bala Pan

Kedudukan tangan kiri diayunkan seperti biasa.

Tangan kanan diayunkan secara menyilang.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ACARA LARI BERGANTI-GANTI 4 X 100M

DAN 4 X 400M.

CIRI-CIRI BATON

Baton berbentuk tuib dan mempunyai permukaan yang licin.

Baton diperbuat daripada kayu atau logam

Berukuran antara 28-30 cm dengan ukur lilit antara 12-13 cm. Berat baton pula ialah

tidak kurang daripada 50g.

PERLAKUAN YANG MEMBATALKAN LARIAN

Pelari masuk lorong peserta lain.

Memberi dan menerima baton di luar zon pertukaran.

Membaling atau melambung baton setelah menamatkan larian.

TEKNIK MEMINTAS MASUK

Pelari kedua dalam 4 x 400m boleh memotong masuk sebaik sahaja melintasi lengkuk

cut-in yang ditandakan dengan bendera setinggi 1.50m.

ZON PETUKARAN

Zon pertukaran baton ialah sepanjang 20m. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon ini.

TEKNIK MEMEGAN BATON

Page 5: Bala Pan

Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terjatuh, hendakalh diambil oleh pelari

yang menjatuhkannya.