bab1.pengenalan

18
Bab 1: Pengenalan 1 Bab 1: PENGENALAN Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: Menjelaskan apa itu linguistik dan bidang linguistik Memerihalkan sejarah perkembangan linguistik Membezakan di antara bidang-bidang linguistik Menerangkan implikasi linguistik dalam pengajaran bahasa Melayu 1.1 Apa itu linguistik? 1.2 Apa itu bahasa? 1.3 Bidang linguistik 1.4 Sejarah perkembangan linguistic 1.5 Jenis linguistic 1.6 Linguistik dan pengajaran bahasa 1.7 Kesimpulan

Upload: hishamuddin-salim

Post on 25-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

bab1

TRANSCRIPT

  • Bab 1: Pengenalan

    1

    Bab 1: PENGENALAN

    Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

    Menjelaskan apa itu linguistik dan bidang linguistik

    Memerihalkan sejarah perkembangan linguistik

    Membezakan di antara bidang-bidang linguistik

    Menerangkan implikasi linguistik dalam pengajaran bahasa Melayu

    1.1 Apa itu linguistik?

    1.2 Apa itu bahasa?

    1.3 Bidang linguistik

    1.4 Sejarah perkembangan linguistic

    1.5 Jenis linguistic

    1.6 Linguistik dan pengajaran bahasa

    1.7 Kesimpulan

  • Bab 1: Pengenalan

    2

    Linguistik bolehlah didefinisikan sebagai kajian bahasa secara saintifik. Definisi ini

    memanglah tidak mencukupi untuk seseorang pembaca mendapat sebarang penunjuk positif

    tentang prinsip asas yang terdapat dalam bidang ini. Definisi ini akan menjadi lebih jelas

    apabila diberi penjelasan yang lebih terperinci tentang implikasi yang terdapat dalam istilah

    saintifik. Kajian bahasa secara saintifik itu bermaksud kajian itu dilakukan dengan cara

    pengamatan yang terkawal dan dapat diuji kebenarannya dengan membuat rujukan kepada

    beberapa teori umum struktur bahasa.

    Linguistik merupakan suatu bidang ilmu yang masih belum begitu dikenali ramai.

    Kebanyakan kita menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu daripada kebolehan

    asasi manusia. Bahasa yang digunakan dalam pertuturan merupakan satu alat perhubungan

    yang penting antara manusia dengaan manusia. Alat perhubungan ini amat kompleks tetapi

    teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Sebenarnya hanya sebahagian daripada

    linguistik melibatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa. Linguistik adalah lebih luas

    daripada itu.

    Kata linguistik (linguistics-Inggeris) berasal dari bahasa Latin lingua yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis langage-langue; Italia lingua; Spanyol lengua dan Inggeris language.

    Akhiran ics dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang

    bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain. Linguistik

    ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984 : 2). Linguistik ialah

    pengkajian saintifik mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan

    seperti pengkajian sains yang lain. Linguistik juga dikatakan saintifik kerana kaedah yang

    digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar.

    Ilmu linguistik ialah suatu kajian saintifik tentang bahasa manusia secara teratur dan empiris menggunakan bukti dari pemerhatian dan mengikut teori tertentu.

    1.1 APAKAH ITU LINGUISTIK?

  • Bab 1: Pengenalan

    3

    Jarang sekali kita memikirkan tentang bahasa, iaitu satu fenomena penting dalam

    kehidupan kita. Ini kerana ia merupakan satu kegiatan yang sangat biasa sama seperti kita

    berjalan dan bernafas, dan oleh itu tidaklah kita pedulikan sangat apakah dia bahasa itu?

    Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu daripada

    kebolehan asasi manusia. Selain itu, tidak pernah misalnya kita menyoal tentang sama ada

    kebolehan manusia bertutur itu sebagai satu kejadian semula jadi, iaitu satu kejadian yang

    berlaku dengan tidak sengaja, ataupun adalah ia satu perkara yang mesti dipelajari oleh

    manusia?

    Jika kita fikirkan betul-betul, kebolehan bertutur itu merupakan satu keanehan. Sebenarnya

    bertutur bukanlah sama seperti berjalan. Dalam hal berjalan, tidak ada pengertian sosial atau

    kebudayaan. Kanak-kanak telah lengkap atau sempurna bagi menghadapi keperluan otot dan

    saraf untuk berjalan. Wujudnya otot dan sistem saraf pada tempatnya yang tertentu itu, boleh

    dikatakan yang ia disesuaikan untuk sesuatu kemahiran. Sebenarnya manusia telah

    ditakdirkan untuk berjalan, bukan kerana telah diajar oleh ibu bapanya tetapi kerana alat-alat

    untuk berjalan itu telah sedia sejak lahir lagi. Jadi berjalan itu adalah satu fungsi biologi

    manusia yang diwarisnya turun-temurun.

    Bahasa tidaklah begitu keadaannya. Memang benar manusia yang dilahirkan itu ditakdirkan

    untu bertutur. Tetapi yang berpengaruh dalam hal ini ialah kenyataan tentang kelahirannya

    dalam satu masyarakat yang akan melenturnya menurut tradisinya yang tersendiri. Kalaulah

    kita hapuskan masyarakat, kanak-kanak itu terus juga akan berjalan tetapi tidak bertutur.

    Ataupun kalau diletakkan dalam satu masyarakat lain, maka ia akan tentu berjalan sama

    seperti dalam hal masyarakatnya yang lama, tetapi bahasanya akan berubah menurut

    masyarakat baru itu. Jadi sebenarnya berjalan adalan fungsi biologi tubuh, secara naluri,

    tetapi pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari.

    Kalau kita perhatikan perkembangan bahasa dalam kalangan kanak-kanak, kita betul-betul

    akan dapat mengetahui bahawa kebolehan bertutur itu adalah berperingkat-peringkat, dari

    semasa anak itu berumur lapan minggu hinggalah fasih bertutur. Katakana, mula-mula ia

    akan mengeluarkan bunyi-bunyi saja, kemudian mengeluarkan suku kata dan seterusnya

    perktaan; hinggalah ia bertutur dalam ayat penuh. Ini membuktikan yang kebolehan bertutur

    itu sebagai satu kebolehan yang dipelajari oleh manusia. Pertuturan itu hanyalah

    menggunakan alat-alat yang sedia ada di dalam rongga mulut. Fungsi utama alat-alat tersebut

    adalah sebagai alat-alat biologi untuk membolehkan manusia melumatkan makanan untuk

    hidup.

    1.2 APAKAH ITU BAHASA

  • Bab 1: Pengenalan

    4

    Pertuturan adalah fungsinya yang kedua, samalah seperti jari kita mempelajari menulis, iaitu

    satu kemahiran yang asing daripada tugas asalnya. Jadi fungsinya bertutur itu merupakan satu

    kebolehan yang kedua yang dipelajari, dan bukan semula jadi.

    Bahasa yang digunakan dalam pertuturan merupakan satu alat perhubungan yang penting

    antara manusia dengan manusia (kadang-kadang dengan binatang). Alat perhubungan ini

    amat kompleks tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Walau bagaimanapun,

    bahasa tidaklah boleh dianggap sebagai hanya satu alat perhubungan antara manusia. Malah

    ada banyak lagi cara lain untuk manusia berhubung antara satu sama lain, misalnya seperti

    gerak-geri, simbol, atau kod telegraf, muzik dan lain-lain lagi. Tetapi perhubungan melalui

    perantaraan bahasa itu semula jadi dan paling sempurna. Cara lain itu ialah dengan

    menggunakan beberapa unsur atau perantaraan yang berlainan seperti gambar, bunyi, panjang

    pendek sinaran cahaya lampu dan sebagainya. Tetapi bahasa menggunakan bunyi suara.

    Daripada bunyi suara itulah pula diterbitkan lambing-lambang yang berlainan yang boleh

    digambarkan di atas kertas dan lain-lain seperti tulisan dan isyarat.

    Bidang linguistik merupakan suatu kajian saintifik tentang bahasa tabii manusia dan juga

    suatu bidang kajian menarik yang sedang berkembang. Linguistik ialah satu kajian bahasa

    secara saintifik. Dalam hal ini, linguistik menjadi satu cawangan ilmu yang mempunyai

    disiplinnya yang tersendiri, sama tarafnya dengan disiplin-disiplin lain dalam bidang ilmu.

    Bidang linguistik merupakan komponen penting dalam bidang sains kognitif yang baru

    muncul, iaitu kajian tentang struktur dan fungsi proses kognitif manusia. Ada prinsip-prinsip

    yang tertentu dalam pengkajian linguistik.

    Linguistik ini juga membolehkan seseorang itu mengetahui dan memahami masalah dan

    kesukaran yang terdapat dalam bahasa, serta cuba untuk menghuraikan atau menyelesaikan

    masalah itu.

    Pada dasarnya, bidang ini berkaitan dengan sifat bahasa dan komunikasi. Manusia tertarik

    dengan bahasa dan komunikasi sejak beribu-ribu tahun, tetapi dalam banyak hal kita hanya

    1.3 BIDANG LINGUISTIK

    a) Jelaskan asal-usul perkataan linguistik?

    b) Terangkan maksud linguistik.

    c) Mengapakah penguasaan bahasa adalah suatu keanehan?

  • Bab 1: Pengenalan

    5

    baru mula memahami sifat kompleks aspek kehidupan manusia ini. Ilmu Linguistik ini pada

    keseluruhannya merupakan suatu percubaan untuk memecahkan soalan yang luas mengenai

    sifat semula jadi bahasa dan komunikasi kepada soalan yang lebih kecil dan dapat ditangani

    atau dijawab. Cara demikian dapat mewujudkan hasil yang munasabah yang dapat dijadikan

    asas untuk mendekati jawapan kepada soalan yang lebih besar. Dengan tidak membataskan

    fikiran dan mengehadkan diri pada rangka kerja tertentu untuk meneliti aspek bahasa dan

    komunikasi yang berbeza, maka jawapan kepada soalan-soalan yang luas dapat diperolehi.

    Bidang ini merangkumi berbagai-bagai tajuk yang sangat luas yang berkaitan dengan bahasa

    dan komunikasi.

    Linguistik secara am terbahagi kepada dua jenis:

    Linguistik Tulen, seperti fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

    Linguistik Terapan, seperti sosiolinguistik, psikolinguistik.

    Dalam bahagian ini kita akan meneliti struktur bahasa manusia, dan dengan cara ini, kita akan

    menemui suatu sistem yang sangat kompleks. Pelajar linguistik pada peringkat permulaan

    selalunya terkejut mendapati bahawa ahli bahasa menghabiskan masa yang agak banyak

    merumuskan teori untuk menggambarkan pemerian tentang struktur dan fungsi bahasa

    manusia. Bertutur dalam bahasa asli sendiri merupakan tugas yang semula jadi sifatnya dan

    mudah dilakukan dengan cepat dan senang. Malahan, kanak-kanak kecil dapat melakukannya

    tanpa banyak bersusah payah. Selain beberapa peraturan tatabahasa dan sebutan, tiada apa-

    apa lagi yang perlu diterangkan tentang bahasa manusia.

    Ternyata banyak perkara yang perlu dibincangkan. Jika kita keluar sedikit daripada bahasa

    dan melihatnya sebagai objek yang perlu dikaji dan dihuraikan, dan bukan sahaja digunakan,

    kita akan menemui bidang pengetahuan manusia yang menarik yang sebelum ini tersembunyi

    daripada kita. Dalam memulakan kajian tentang sifat struktur bahasa manusia, perlulah

    diambil perhatian tentang tema-tema umum yang dibincangkan dalam kursus ini:

    Bab 1 Pengenalan Linguistik: Bidang linguistik telah berkembang dengan pesatnya

    dan mengambil tempat yang agak istimewa dalam bidang ilmu. Dari apa yang

    dimulakan oleh de Saussure, berkembanglah linguistik moden. Tujuan linguistik ini

    ialah untuk membolehkan seseorang itu memahami betul-betul apa dia masalah-

    masalah yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu.

    Bab 2 Morfologi: Merupakan suatu bidang pengkajian tentang sifat kata dan rumus

    pembentukan kata. Dalam bidang ini merangkumi struktur perkataan, perkataan

    kompleks dan morfem, neologisma, infleksi dan morfologi derivisional, dan analisis

    morfologi.

    Bab 3 Fonetik: Memperkenalkan fisiologi yang terlibat dalam pengeluaran bunyi

    pertuturan dan juga sistem transkripsi fonetik dan fonemik yang digunakan untuk

  • Bab 1: Pengenalan

    6

    melambangkan bunyi dalam bahasa. Ia turut membincangkan konsep-konsep penting,

    transkripsi fonetik, jenis-jenis bunyi dan perwakilan bunyi.

    Bab 4 Sintaksis: Mengemukakan kajian tentang struktur ayat dan frasa. Ia

    merangkumi kajian tentang struktur ayat, konsep-konsep penting, jenis-jenis ayat ,

    dan struktur ayat dan anaphora. Ia merupakan suatu bidang pengkajian tentang

    tatacara binaan frasa, klausa, dan ayat-ayat; iaitu berhubung dengan cara ia dibentuk.

    Bab 5 Semantik: Meninjau sifat makna dan denotasi dalam bahasa. Ia

    membincangkan konsep-konsep penting, teori-teori makna, mood dan makna, dan

    anaphora dan koreferensi. Semantik merupakan suatu bidang pengkajian tentang

    aspek makna dalam bidang pengajian ilmu linguistik.

    Bab 6 Variasi Bahasa: Memperkatakan cara penutur dan kumpulan penutur dapat

    berbeza antara satu sama lain dari segi pelbagai bentuk bahasa yang digunakan oleh

    mereka. Ia merangkumi gaya bahasa, bahasa dialek, bahasa pasar dan variasi bahasa

    lain.

    Bab 7 Pragmatik: Memeriksa dengan teliti beberapa isu yang terlibat dalam

    menghuraikan komunikasi manusia dan mencadangkan strategi komunikasi yang

    tertentu yang digunakan orang apabila bercakap antara satu sama lain. Ia merangkumi

    penggunaan bahasa dan komunikasi, konsep-konsep penting, teori komunikasi- model

    mesej, teori komunikasi iaitu model inferensi, dan discourse dan perbualan.

    Bab 8 Psikolinguistik: Merangkumi pertuturan bahasa, kecekapan, perlakuan dan

    pemerolehan bahasa, dan kefahaman bahasa. Bahasa digunakan dalam fikiran dan

    komunikasi, dan menjadi tugas psikolinguistik untuk menemukan cara pengetahuan

    tentang bahasa dilambangkan dalam otak seseorang penutur yang fasih, cara

    maklumat ini digunakan dalam penghasilan dan pemahaman penyataan, dan cara

    penutur memperoleh kemampuan ini.

    Bab 9 Otak Manusia dan Bahasa: Memperkatakan cara bahasa disimpan dan

    diproses dalam otak. Ia merangkumi konsep-konsep penting, di mana letaknya

    bahasa dalam otak manusia, cara otak mengekod dan mendekod bahasa dan

    pertuturan, serta pemerolehan bahasa kanak-kanak. Pakar bahasa dan otak percaya

    bahawa kajian tentang bentuk dan penggunaan bahasa akan memperlihatkan prinsip

    fungsi otak, dan kajian fungsi otak mungkin menyokong atau menolak teori linguistik

    yang tertentu.

    Bab 10 Sosiolinguistik: Merangkumi konsep-konsep penting, skop kajian

    sosiolinguistik, bahasa dan status sosioekonomi individu, dan persekitaran sosial dan

    perkembangan bahasa. Manusia menggunakan bahasa dalam kebanyakan fikiran kita.

  • Bab 1: Pengenalan

    7

    Zaman Yunani

    Mungkin dari sini dapat kita katakan bahawa perkembangan yang tidak putus-putus dalam

    pengkajian ilmu linguistik itu bermula dari zaman Yunani, iaitu melalui tokoh-tokoh seperti

    Plato, Aristotle, Thrax dan lain-lain lagi. Mungkin juga ada antara pembaca yang biasa

    mendengar istilah tatabahasa tradisi. Ini satu daripada hasil pengkajian linguistik yang

    dimulakan oleh sarjana-sarjana Yunani pada masa dahulu. Sarjana-sarjana Yunani itu telah

    lama cenderung dan maju dalam mengkaji ilmu falsafah. Bahasa adalah sebahagian datipada

    bidang kajian mereka. Mereka cenderung mengkaji ilmu atau falsafah secara keseluruhannya.

    Oleh sebab orang Yunani itu lebih mementingkan falsafah, maka mereka lebih suka mengkaji

    apa yang kita anggap sebagai epitomologi; iaitu pengkajian tentang bagaimana kata-kata itu

    terbentuk. Perbincangan ini berputar di sekeliling pendapat yang mengatakan sama ada

    perkataan-perkataan terbentuk dengan cara semula jadi ataupun dibentuk oleh manusia

    melalui kebudayaan. Dari sini timbullah pertentangan pendapat antara dua puak pada zaman

    Yunani itu, iaitu puak naturalis dan puak konvensyen. Naturalis mengatakan bahawa kata-

    kata terbit secara kebetulan tetapi puak konvensyen mengatakan perkataan terbit secara

    kebiasaan. Perbezaan ini berlanjutan ke peringkat lain dalam sejarah perkembangan ilmu

    linguistik dan bahkan hingga akhir zaman ini masih ada lagi ahli-ahli linguistik yang masih

    berbincang tentang konsep-konsep ini. Perbezaan antara naturalis dengan konvensyen telah

    timbul dalam bentuk lain iaitu analogi dan anomali pada peringkat selanjutnya dalam

    perkembangan linguistik. Sarjana berfahaman anologi mengatakan unsur bahasa harus dapat

    diseragamkan melalui analogi. Tetapi yang berfahaman anomali, mereka merasakan bahasa

    mengandungi ketakseragaman (Abdullah Hassan, 2001).

    Zaman Romawi

    Setelah runtuhnya kegemilangan Yunani, pusat pengkajian berpindah ke Romawi. Pada

    zaman Romawi, kajian linguistik agak pesat dan pada zaman ini juga timbul tatabahasa

    Latin yang agak lengkap oleh ahli-ahli ilmu bahasa seperti Varro, Priscian dan lain-lain lagi.

    Sebenarnya apa yang berlaku pada zaman ini ialah sarjana-sarjana Romawi itu hanya

    mengubahsuaikan saja segala tinggalan sarjana Yunani tersebut dan digunakan untuk bahasa

    1.4 SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK

    a) Apakah perbezaan di antara linguistik tulin dan linguistik terapan.

    b) Nyatakan perbezaan di antara morfologi, sintaksis dan pragmatik.

    c) Manakah bidang yang terlibat dengan makna?

    d) Apakah perbezaan di antara psikolinguistik dan sosiolinguistik?

  • Bab 1: Pengenalan

    8

    Latin. Dengan erti kata lain, satu pengkodifikasian pemikiran dan konsep nahu Yunani telah

    berlaku pada zaman Romawi itu (Abdullah Hassan, 2001).

    Zaman Arab

    Selanjutnya apabila runtuhnya zaman Romawi, maka perkembangan ilmu linguistik dan juga

    semua bidang ilmu telah berpindah ke kerajaan Islam di Baghdad, iaitu pusat pengajian tinggi

    dalam sejarah Islam. Pada masa Eropah mengalami sejarah gelap, cahaya ilmu pengetahuan

    ini dilanjutkan oleh sarjana Islam dan pada masa inilah timbulnya ahli-ahli bahasa dalam

    sejarah Islam seperti Al-Khalil dan Al-Masri. Pada Zaman Pertengahan, benua Eropah

    mengalami sejarah gelap dalam bidang ilmu dan perkembangan ilmu linguistik ini agak

    terhad. Kajian-kajian linguistik telah dijalankan oleh paderi di gereja-gereja. Tetapi

    pengkajian ini hanya berupa kajian yang menitikberatkan sejarah perkembangan kata-kata.

    Walau bagaimanapun, terdapat perkembangan-perkembangan yang penting pada zaman ini.

    Tradisi Yunani dan Romawi mempengaruhi deskripsi bahasa Eropah yang lain. Buku nahu

    yang ditulis oleh Thrax diterjemahkan ke dalam bahasa Armenia pada kurun kelima Masihi,

    dan kemudian ke dalam bahasa Syria dan Sepanyol. Bahasa Yahudi juga telah dipengaruhi

    oleh buku itu. Seterusnya dari Syria ke dalam bahasa Arab. Akhirnya semua tatabahasa

    Eropah, Armenia, Syria, Yahudi dan Arab dipengaruhi oleh tradisi Yunani-Romawi.

    Pada masa itulah ahli bahasa Islam berkembang. Kajian mereka sudah agak maju, mencakupi

    deskripsi fonetik yang agak lengkap demi kepentingan mengekalkan sebutan dalam Quran.

    Dalam bahagian lain, tatabahasa juga telah berkembang maju. Paradigma atau pola bentuk

    digunakan dalam deskripsi bahasa. Hal ini diperlakukan sehingga tidak perlu memasukkan

    golongan perkataan dalam bahasa Arab, hanya cukup dengan merujuk bentuk paradigmanya

    sahaja. Satu sumbangan lain daripada sarjana Arab ialah dalam bidang leksikografi. Banyak

    kamus yang lengkap dan memuaskan ditulis oleh ahli bahasa Arab tersebut (Abdullah Hassan,

    2001).

    Zaman India

    Tradisi ilmu bahasa India tidak pula kurang pengaruhnya terhadap perkembangan ilmu

    linguistik moden. Pengetahuan linguistik di India adalah lebih awal daripada Yunani, dan

    juga berkembang bebas daripada perkembangan di Yunani. Bidang yang dikaji agak luas dan

    dalam beberapa hal lebih maju berbanding dengan pengetahuan di Yunani dan Romawi.

    Hasil Panini (kurun keempat sebelum Masihi) berjumlah lebih kurang seribu makalah

    berkenaan tatabahasa dan semuanya masih ada. Ahli bahasa India mengumpulkan teks dan

    karya agama untuk dikaji dan sebutannya dideskripsi secara terperinci supaya jangan berubah

    melalui zaman. Cara ahli nahu India membezakan kata nama, dan kata kerja agak selari

    dengan apa yang dilakukan oleh Plato, tetapi ahli bahasa India menamainya proposisi dan

    partikel.

    Ahli bahasa India melebihi kejayaan ahli linguistik Yunani dan Romawi dalam bidang

    fonetik dan morfologi. Bunyi dideskripsikan dengan rapi supaya sebutannya tidak berubah.

    Dalam hal morfologi pula, Panini tidak sahaja mengkaji teks agama tetapi juga bahasa

  • Bab 1: Pengenalan

    9

    sebutan semasa yang diketepikan oleh orang Yunani. Mereka telah mula menggunakan

    simbol dalam pemerian tatabahasa demi kepentingan ekonomi. Karya Panini yang

    menyeluruh, konsisten dan ekonomik itu telah mempengaruhi ahli bahasa pada masa kini.

    Zaman Linguistik Perbandingan

    Perkembangan sejarah linguistik moden boleh dikatakan bermula pada abad ke-19.

    Pendekatan yang agak objektif terhadap pengajian bahasa boleh dikatakan bermula kerana

    dipengaruhi oleh zaman-zaman baru dalam pengkajian ilmu antropologi dan sosiologi. Ahli

    sosiologi seperti Durkheim, Malinowski, Von Humboldt dan lain-lain adalah sarjana yang

    mengkaji ilmu kemasyarakatan dari segi bukti-bukti yang dapat dipertanggungjawabkan.

    Ahli-ahli linguistik pada kurun ke-19 telah terpengaruh dengan pendekatan ini dalam

    mengkaji sesuatu bahasa.

    Sebenarnya ilmu linguistik timbul sebagai satu cabaran daripada antropologi. Dalam

    mengkaji sesuatu masyarakat, maka tidaklah dapat ditinggalkan kebolehan masyarakat itu

    bertutur sebagai satu unsur pengkajian terhadap daya mereka dalam berhubung dan lain-lain.

    Dari sini timbullah keinginan ahli-ahli antropologi dan ahli-ahli bahasa untuk menjalankan

    kajian terhadap bahasa-bahasa.

    Pada awalnya, pengkajian bahasa ini dilakukan secara tradisi, iaitu dengan cara mengambil

    susuk tatabahasa Yunani atau Latin dan kemudiannya mendeskripsikan sesuatu bahasa lain

    dalam rangka nahu tersebut. Perbuatan yang begini telah menimbulkan banyak kekeliruan

    dan kesalahfahaman dalam konsep tatabahasa. Misalnya, dalam tatabahasa Melayu kita,

    masih terdapat buku-buku seperti buku Maxwell (1882), Winstedt (1927) dan Kwee (1965)

    yang mengatakan bahasa dalam bahasa Melayu terdapat unsur-unsur kala sebagai satu

    kategori tatabahasa, padahal unsur ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu. Ini pengaruh

    tatabahasa daripada tradisi Latin.

    Dalam kajian bahasa selanjutnya pada kurun ke-19, terdapat juga kegiatan yang

    membandingkan bahasa. Ada terdapat dua peringkat persamaan antara bahasa-bahasa.

    Bahasa boleh menunjukkan perkataan yang seakan-akan seperti mother (Inggeris) dan

    moeder (Belanda) yang bererti emak. Persamaan ini mungkin timbul daripada peminjaman.

    Daripada kajian yang rapidan berdisiplin, maka teori linguistik perbandingan tercipta untuk

    menentukan bahasa induk sesuatu rumpun bahasa. Maka dengan ini, digolongkan rumpun-

    rumpun bahasa dunia; Indo-Eropah, Semitik, Fino-Ugria, Bantu, Altaik, Sino-Tibet,

    Austronesia, Oceania, dan lain-lain.

    Bidang kajian yang sedemikian telah dipelopori oleh sarjana seperti Grimm dan Verner

    dengan hokum pergeseran bunyi untuk mencari induk-induk bahasa Eropah. Induk bahasa

    Eropah itu dibandingkan pula dengan bahasa Sanskrit. Dari situ, dihasilkan pula induk bahasa

    Indo-Eropah.

  • Bab 1: Pengenalan

    10

    Zaman Struktur

    Dalam suasana begini, timbullah tokoh-tokoh yang

    menjalankan kajian terhadap bahasa secara objektif

    dengan tidak dipengaruhi oleh tatabahasa Yunani dan

    Latin. Mungkin orang yang mula-mula sekali berpendapat

    demikian dalam mengkaji linguistik ialah Von Humboldt,

    seorang sarjana filologi di Jerman. Tetapi orang yang

    lebih terkenal dalam mempelopori bidang linguistik

    struktur itu ialah seorang sarjana yang hidup selepas

    Humboldt, iaitu Ferdinand de Saussure.

    Beliau ialah seorang bangsa Perancis yang menjadi

    pensyarah linguistik di Venice. Beliau tidak menulis apa-

    apa buku berkenaan dengan linguistik tetapi murid-

    muridnya telah mengumpulkan bahan-bahan kuliahnya

    dan menjadikannya buku yang biasa dikenali sebagai

    Kursus Linguistik Am. Dalam buku ini, beliau

    membincangkan konsep-konsep yang penting dalam ilmu

    linguistik. De Saussure ialah orang yang pertama

    mengemukakan konsep sinkronik/dikronik, langue/parole dan struktur mengenai bahasa.

    Konsep-konsep inilah yang membolehkan berkembangnya linguistik moden.

    Istilah sinkronik bermaksud satu kajian yang dilakukan terhadap bahasa pada satu

    masa dalam titik sejarah, dan menerangkan apa sahaja unsur yang wujud dalam

    bahasa itu pada waktu itu dengan tidak dipengaruhi oleh perkembangan bahasa

    tersebut dari segi sejarah ataupun daripada satu bahasa lain.

    Sebaliknya, kajian dikronik merupakan satu pendekatan terhadap kajian bahasa dari

    segi sejarah atau perbandingan. Ini bererti bahawa kajian dikronik berasaskan dua

    atau lebih kajian sinkronik.

    Apa yang de Saussure maksudkan dengan langue ialah lebih dekat dengan apa yang kita

    anggap sebagai loghat. Parole ialah segala ciri-ciri individu yang terkandung dalam

    pertuturan seorang individu pada sesuatu masa. Parole mempunyai unsur- unsur persendirian.

    Langue mempunyai ciri-ciri yang umum yang terdapat pada sekumpulan parole. Ciri-ciri

    umum itulah yang membuatnya dikenali sebagai satu langue. Sebagai lanjutan daripada

    inilah ciri-ciri umum daripada sekumpulan langue pula terkandung dalam langage dan

    membolehkan kita mengenalinya sebagai satu satuan tersendiri. Language ini lebih biasa

    kita kenali sebagai bahasa.

    Sebagai lanjutan daripada pemikiran beliau, maka dapatlah dikatakan ramai orang

    berpendapat bahawa dalam cerakinan bahasa, kita dapat mengerat-ngerat bunyi bahasa

    kepada unit-unit yang asas, seperti bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf dan begitu

    juga kata-kata dan seterusnya ayat-ayat. Anggapan begini berdasarkan fahaman bahawa

    bahasa itu terdiri daripada jisim, iaitu sesuatu yang boleh mengambil berbagai-bagai bentuk

    Ferdinand de Saussure 1857-1913

  • Bab 1: Pengenalan

    11

    yang boleh berlaku dalam struktur yang berlainan dalam bahasa-bahasa yang berlainan.

    Bentuk dan struktur inilah yang dicerakinkan untuk membentuk tatabahasa.

    Dari apa yang dimulakan oleh de Saussure, berkembanglah linguistik moden. Beliau digelar

    sebagai bapa linguistik moden. Linguistik moden ini mempunyai sejarah yang agak pendek

    tetapi telah berkembang dengan pesat dalam seratus tahun ini. Pada tahun 1930-an ini

    terjadilah perkembangan yang berasingan di England, Eropah dan Amerika Syarikat.

    Di Eropah, terdapat juga fahaman yang dipelopori oleh Trubetskoy yang kemudiannya

    dilanjutkan oleh Ramon Jakobson (yang kemudiannya berpindah ke Amerika Syarikat). Di

    Denmark pula terdapat Hjemslev dan Uldall. Di London pula terdapat Firth dan di Amerika

    Syarikat terdapat Bloomfield dan pengikut mereka masing-masing.

    Pengkajian terhadap bahasa-bahasa menjadi begitu giat sekali dijalankan dan ini merupakan

    titik permulaan pengkajian linguistik moden sebagai lanjutan daripada konsep-konsep yang

    diberikan oleh sarjana-sarjana ini, maka timbullah pula berbagai-bagai fahaman dan kaedah

    dalam pengkajian linguistik pada masa kini.

    Skop ilmu linguistik adalah apa yang seorang ahli linguis itu lakukan;

    Mengetahui dan memahami masalah yang terdapat dalam sesuatu bahasa;

    Menghuraikan dan menyelesaikan masalah dalam sesuatu bahasa;

    Membatas diri dan mendefinisikan bidang itu dengan cara yang tersendiri.

    Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna bidang kajian

    linguistik, seperti juga disiplin ilmu yang lain, mempunyai sistem yang teratur bagi

    merealisasikannya sebagai salah satu bidang ilmu yang dipelajari. Selain itu, ilmu linguistik

    dikaitkan juga dengan ilmu yang bersifat empiris. Ini bermakna ilmu linguistik dan bidang ilmu

    yang lain dikaitkan dengan fakta dan data yang dapat diuji kesahihannya oleh ahli-ahli tertentu

    dan semua ahli yang lain.

    Di dalam kajian ilmu linguistik ini juga, bahasa sering dikaitkan sebagai objek bagi kajian

    bidang ini. Istilah-istilah bahasa di dalam kajian ilmu linguistik pula dikaitkan dengan pelbagai

    tafsiran. Umpamanya, bahasa dikaitkan dengan erti kiasan yang membawa pelbagai tafsiran

    makna. Selain daripada itu, bahasa juga dikaitkan dengan istilah harfiah, yakni dalam

    ungkapan 'ilmu bahasa ' seperti dalam contoh bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan

    sebagainya. Dalam menjelaskan tafsiran bahasa, istilah harfiah ini dianggap sebagai objek dalam

    bidang ilmu kajian linguistik. Terdapat banyak definisi linguistik yang telah dikemukakan oleh

    ahli linguistik sejak dahulu hingga kini. Banyak definisi yang dikemukakan oleh mereka

    berfokus kepada pengertian kata linguistik itu sendiri yang membawa pelbagai tafsiran yang

    berbeza dalam kalangan mereka.

  • Bab 1: Pengenalan

    12

    Terdapat beberapa jenis linguistic seperti berikut:

    a) Linguistik Am dan Linguistik Deskriptif (General Linguistics & Descriptive

    Linguistics)

    Linguistik am membekalkan konsep dan kategori untuk membolehkan sesuatu

    bahasa yang khusus itu dianalisis. Linguistik deskriptif pula membekalkan data

    untuk mengukuhkan atau menyangkal sesuatu usul dan teori yang dikemukakan

    dalam linguistik am. Contohnya, ahli linguistik am mungkin merumuskan hipotesis

    bahawa semua bahasa mempunyai kata nama dan kata kerja. Ahli linguistik deskriptif

    pula boleh menyangkalkannya dengan bukti-bukti empirik bahawa terdapat

    sekurang-kurangnya satu bahasa yang mempunyai kata nama dan kata kerja yang

    tidak boleh diasingkan pemeriannya. Walau bagaimanapun, ahli linguistik deskriptif

    mesti menggunakan beberapa konsep kata nama dan kata kerja yang diberikan

    oleh ahli linguistik am bagi menyangkal atau mengukuhkan hipotesis mereka.

    b) Linguistik Sejarah (Historical Linguistics)

    Pada sepanjang abad ke-19, ahli linguistik menumpukan perhatian kepada kajian

    tentang perkembangan sejarah sesuatu bahasa. Cabang disiplin yang memerikan

    bidang sejarah dikenali sebagai linguistik sejarah. Dalam linguistik sejarah,

    seseorang boleh menumpukan minat dalam bahasa am atu bahasa-bahasa yang khusus.

    Pada tahap ini digunakan istilah diakronik dan sinkronik oleh Saussure.

    Pemerian diakronik bagi sesuatu bahasa ialah mengesan perkembangan

    sejarah bahasa tersebut dan merekodkan perubahan yang berlaku antara

    suatu jangka masa dengan jangka masa yang lain. Dengan itu, diakronik

    dapat disamakan dengan sejarah.

    1.5 JENIS LINGUISTIK

    a) Siapakah pengasas linguistik pada zaman Yunani?

    b) Apakah bahasa terkenal pada zaman Romawi?

    c) Apakah linguistik perbandingan? Siapakah pengasas linguistik

    perbandingan?

    d) Jelaskan sumbangan de Saussure.

  • Bab 1: Pengenalan

    13

    Pemerian sinkronik bagi sesuatu bahasa pula tidak bercorak sejarah.

    Pemerian sinkronik memberikan maklumat tentang bahasa dalam satu-satu

    tahap masa yang tertentu.

    c) Linguistik Teoretis dan Linguistik Gunaan (Theoretical Linguistics & Applied

    Linguistics)

    Linguistik teoretis mengkaji bahasa dengan tujuan untuk membentuk suatu teori

    tentang struktur dan fungsi bahasa. Linguistik gunaan pula menitikberatkan

    penggunan konsep dan penemuan linguistik kepada sebilangan tugas secara praktis

    termasuk pengajaran bahasa. Selalunya, matlamat linguistik teoretis ialah

    merumuskan suatu teori struktur bahasa yang memuaskan secara am.

    Betulkah Guru Bahasa Memerlukan Pengetahuan Linguistik?

    Perkara ini memang telah lama dan selalu dipersoalkan oleh guru dan orang ramai. Semenjak

    linguistik menjadi satu disiplin yang popular, ahli linguistik juga kerap bertanyakan hal yang

    sama. Hal ini berlaku bukan kerana mereka tidak tahu kegunaan linguistik. Memang betul

    ramai antara ahli linguistik yang jarang memikirkan tentang kegunaan linguistik. Mereka

    hanya kerap berkecimpung dengan teori dan analisis linguistik sahaja. Sebenarnya memang

    ramai ahli linguistik yang telah mencuba menggunakan linguistik dalam bidang lain. Ramai

    ahli linguistik yang telah lama berkecimpung dalam bidang pengajaran bahasa. ada pula yang

    berusaha dalam bidang terjemahan, sosiolinguistik, psikolinguistik, dan sebagainya. Di

    samping itu banyak lagi kegunaan linguistik. Mungkin juga bukan ahli linguistik yang harus

    menentukan bahawa ilmu linguistik itu berguna dalam pendidikan, tetapi, terpulanglah

    kepada para pendidik untuk menentukan kegunaan linguistik dalam bidang pengajaran.

    1.6 LINGUISTIK DAN PENGAJARAN BAHASA

    a) Apakah perbezaan di antara linguistik gunaan dan linguistik deskriptif?

    b) Nyatakan perbezaan di antara linguistik sejarah dan linguistik teoretis?

  • Bab 1: Pengenalan

    14

    Walau bagaimanapun, linguistik ialah satu ilmu baharu yang berkembang pesat, walaupun

    sebenarnya ilmu ini telah mula dikenali sejak zaman kesarjanaan Yunani dahulu lagi. Tetapi

    ilmu ini tidak begitu mudah difahami. Tambahan pula, kebanyakan buku linguistik sukar

    untuk dibaca dan difahami. Perkembangan linguistik amat pesat berlaku dan ini

    menambahkan kesukaran untuk memahaminya. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat

    bilangan jabatan pengajian linguistik yang telah dibuka di universiti-universiti, dan banyak

    pula kajian dijalankan serta penerbitan dihasilkan tentang linguistik. Kesemua perkembangan

    ini telah menambahkan kebingungan orang ramai. Itulah sebabnya linguistik dilihat dengan

    penuh kesangsian dan sukar diterima, dan malah kadang-kadang ada pihak yang terus

    menolaknya. Sebenarnya, kalau linguistik ini ditolak, bukanlah kerana kegunaannya kurang,

    tetapi kerana linguistik itu tidak dimengertikan dan tidak digunakan dengan baik.

    Linguistik dan pengajaran bahasa berhubung rapat antara satu sama lain. Ini disebabkan

    pengajaran bahasa seiring dengan pertumbuhan bahasa. Sehubungan dengan itu, ilmu

    linguistik banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa. Bidang linguistik yang

    digunakan dalam pengajaran bahasa merupakan linguistik gunaan atau terapan, iaitu sebagai

    suatu bidang ilmu yang mempunyai tempat yang tersendiri dalam dunia keilmuan. Linguistik

    gunaan berdasarkan teori dan prinsip dan bukan hanya semata-mata bergantung kepada

    teknik, ataupun prosedur mempraktik sesuatu tetapi cuba melihat prinsip, rasional,

    generalisasi, hipotesis serta teori yang dapat membantu menerangkan fenomena atau aktiviti

    yang dihadapinya secara praktikal.

    Penggunaan linguistik dalam pengajaran selalunya dikenali sebagai linguistik gunaan dan

    ini termasuklah kajian fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan kadang-kadang

    termasuk juga tajuk-tajuk lain seperti psikolinguistik dan sosiolinguistik yang masing-masing

    memberi tumpuan pada teori pemerolehan dan situasi bahasa. Dalam pengajaran bahasa,

    bidang-bidang linguistik seperti linguistik teoritis, sosiolinguistik dan psikolinguistik tidak

    dapat dipisahkan kerana semua disiplin ini memberi sumbangan yang berguna dalam

    menjayakan sesuatu program pengajaran dan pembelajaran bahasa. Terdapat hubungkait

    antara bidang-bidang tersebut dengan pengajaran bahasa.

    Ilmu linguistik telah lama digunakan oleh guru bahasa. Cuma yang berbeza mereka

    menggunakan linguistik tradisi yang penuh dengan pernyataan perskriptif dan normatif,

    Robert Lado (1980: 12), menegaskan:

    "Kalau hendak menjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidak mencukupi. Penutur bahasa ibu itu sekalipun tidak dapat memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-asingkan dan menunjukkan pelbagai-bagai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mestilah mengetahui deskripsi bahasa tersebut. Dia harus mengetahui fakta-fakta linguistik mengenai bahasa ibu pelajar supaya dia mengetahui masalah mereka dalam mempelajari bahasa matlamat mereka."

  • Bab 1: Pengenalan

    15

    manakala linguistik moden pula bersifat struktural dan deskriptif. Bagi guru yang

    menggunakan sebuah buku tatabahasa lama untuk mengajar sebutan, tatabahasa atau

    semantik sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik, iaitu linguistik tradisional.

    Aspek fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik berguna dalam pengajaran sesuatu

    bahasa. Asas teori sesuatu bahasa, iaitu deskripsi linguistik akan memberi deskripsi bahasa;

    struktur dan fungsi bahasa itu.

    Ahli linguistik dan guru bahasa menggunakan bahan yang sama, iaitu bahasa. Terdapat

    hubungan yang penting antara kedua-duanya. Bahasa tidak dapat diajar tanpa sebuah

    deskripsi bahasa, tetapi ini perlu penyesuaian kerana pengajaran bahasa sentiasa

    mempengaruhi deskripsi bahasa. Terdapat hubungan antara linguistik dengan guru bahasa.

    Sebagai guru bahasa, hubungan tersebut perlu diketahui. D.A. Wilkins (1985) mengatakan

    terdapat tiga jenis hubungan iaitu:

    1) Linguistik memberi deskripsi bahasa yang sempurna tentang bahasa, tetapi tidak

    memberi cara mengajar bahasa yang paling baik.

    2) Sebarang perkembangan dalam bidang linguistik itu, janganlah disalah mengertikan

    sebagai suatu sebab untuk membuat perubahan.

    3) Linguistik selalu mempengaruhi pengajaran bahasa, tetapi pengaruhnya perlu

    dihadkan pada keperluan semasa.

    Terdapat banyak kegunaan linguistik dalam pengajaran bahasa. Antaranya:

    Kegunaan Linguistik dalam Pengajaran Bahasa

    Teori linguistik memberi maklumat tentang struktur dan fungsi-fungsi bahasa

    dan ini dapat menentukan tujuan, isi dan pendekatan dalam pengajaran

    bahasa.

    Pengetahuan struktur bahasa asli penutur akan membantu guru berkenaan.

    Teori linguistik tentang pemerolehan bahasa mempengaruhi perkaedahan mengajar bahasa.

    Deskripsi bahasa memberi suatu sistem rumusan yang boleh digunakan

    untuk membentuk bahan pengajaran.

    Kesalahan sistematik adalah bukti yang berguna kepada guru yang pelajarnya mempelajari rumus-rumus utama.

  • Bab 1: Pengenalan

    16

    Teori linguistik juga memberi suatu bahasa perantaraaan kepada guru. Ini merupakan kesejagatan bentuk seperti jenis-jenis rumusan yang berlainan dalam tatabahasa transformasi generatif dan keseragaman kategori seperti frasa nama, frasa kerja atau ciri-ciri nahuan kata dan perkara ini boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran bahasa.

    Deskripsi bahasa juga memberi pengetahuan kepada guru tentang unit-unit unsur seperti fonem, morfem dan sebagainya. Ini merupakan suatu sistem rumusan bagi sesuatu bahasa yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa.

    Pengetahuan linguistik membawa kepada penggunaan bahasa secara kreatif dalam situasi baru.

    Sesebuah deskripsi bahasa akan menyedarkan guru tentang struktur bahasa yang diajar dan dapat meningkatkan mutu pengajaran bahasa.

    Orang yang mempelajari sesuatu bahasa perlu kenal pasti perbezaan fonologi bahasa dan menghasilkan perbezaan yang dikenal pasti.

    Pengetahuan tentang linguistik ini yang didapati dari sejarah perkembangannya dapat

    memberikan maklumat kepada kita mengenai dasar untuk meninjau bahasa secara sistematik.

    Hingga ke hari ini, aplikasi linguistik agak sederhana, tetapi belum tiba masanya lagi untuk

    memperkatakan potensi aplikasi ini. Walau bagaimanapun, ia mungkin merupakan hubung

    kait antara tatabahasa dan mekanisme yang terlibat dalam pemprosesan bahasa semakin

    difaham, dan menjadikan teori linguistik dapat menyumbang kepada terapi pertuturan.

    Apabila pemahaman yang lebih terhadap interaksi linguistik dan prinsip perbualan dalam

    wacana yang semakin bertambah dapat membantu kerja menerapkan linguistik dalam

    perundangan. Apabila teori leksikon semakin mantap, maka amalan leksikologi akan

    1.7 KESIMPULAN

    a) Sejauh manakah guru bahasa perlu mengetahui tentang linguistik?

    b) Berikan contoh jenis ilmu linguistik yang dapat guru bahasa dapat

    mengajar dengan lebih berkesan.

  • Bab 1: Pengenalan

    17

    memperoleh faedah. Masa depan teori linguistik sudah memperlihatkan aplikasi kepada

    sejumlah masalah yang berkaitan dengan bahasa, yakni daripada pembelajaran bahasa kedua

    kepada pemprosesan bahasa tabii hingga kepada linguistik sebagai teras kurikulum

    1. Linguistik bermaksud ilmu atau suatu kajian saintifik tentang bahasa manusia

    secara teratur dan empiris menggunakan bukti dari pemerhatian dan mengikut teori

    tertentu. Linguistik secara am terbahagi kepada dua jenis:

    Linguistik tulen, seperti fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

    Linguistik terapan, seperti sosiolinguistik, psikolinguistik.

    2. Skop ilmu linguistik adalah:

    Mengetahui dan memahami masalah yang terdapat dalam sesuatu bahasa;

    Menghuraikan dan menyelesaikan masalah dalam sesuatu bahasa;

    Membatas diri dan mendefinisikan bidang itu dengan cara yang tersendiri.

    RINGKASAN

    Kajian bahasa secara saintifik itu bermaksud kajian itu dilakukan dengan cara

    pengamatan yang terkawal dan dapat diuji kebenarannya dengan membuat rujukan

    kepada beberapa teori umum struktur bahasa.

    Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa.

    Kebanyakan kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu daripada

    kebolehan asasi manusia.

    Kata linguistik (linguistics-Inggeris) berasal dari bahasa Latin lingua yang bererti

    bahasa.

    Linguistik am membekalkan konsep dan kategori untuk membolehkan sesuatu bahasa

    yang khusus itu dianalisis.

    Linguistik deskriptif pula membekalkan data untuk mengukuhkan atau menyangkal

    sesuatu usul dan teori yang dikemukakan dalam linguistik am.

    Linguistik secara am terbahagi kepada dua jenis: Linguistik Tulen, seperti fonetik,

    fonologi, morfologi, sintaksis dan semantic dan Linguistik Terapan, seperti

    sosiolinguistik, psikolinguistik.

  • Bab 1: Pengenalan

    18

    Pemerian diakronik bagi sesuatu bahasa ialah mengesan perkembangan sejarah bahasa

    tersebut dan merekodkan perubahan yang berlaku.

    Pemerian sinkronik memberikan maklumat tentang bahasa dalam satu-satu tahap masa

    yang tertentu.

    Linguistik memberi deskripsi bahasa yang sempurna tentang bahasa, tetapi tidak

    memberi cara mengajar bahasa yang paling baik.

    Teori linguistik tentang pemerolehan bahasa mempengaruhi perkaedahan mengajar

    bahasa

    RUJUKAN

    Abdullah Hassan, 1974. The Morphology of Malay: Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Abdullah Hassan, 2001. Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Abdullah Hassan, 2006. Linguistik Am. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

    Abdullah Hassan, 2007. Linguistik Am. PTS Professional.

    Akmajian,A., Demers, R.A., Farmer, A.K. dan Harnish,R.M. 1995. Linguistics: An

    Introduction to Language and Communiction. Massachusetts, Amerika Syarikat: The

    MIT Press.

    Cohen, A.D.1990. Language Learning . Mass: Newburry House Publisher.

    Forgas,J.P.1985. Language and Social Situations. New York: Springer.

    Fromkin,V. dan Rodman,R. 1983, An Introduction to Language. New York: Holt, Rinehart

    and Winston.

    Harimurti Kridalaksana. 1984. Kamus Linguistik Edisi Kedua. Jakarta: Graamedia.

    Parker, F. dan Riley,K. 1994. Linguistics for Non-Linguists. Boston, London: Allyn and

    Bacon.

    Zulkifley, H. 2006. Linguistik Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.