aneka kuih talam

Upload: syahidah-yunus

Post on 14-Jan-2016

54 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Assalamualaikum dan salam sejahteraMemang sudah beberapa hari yang lepas, Diana sedang kumpulkan berbagai jenis resipi-resipi kuih talam. Alhamdulliah kesemuanya ada 32 jenisDiana himpunkan khas untuk kaum Ibu semua. Diana juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu yang bakal tiba kepada semua yang telah bergelar ibu dan bakal bergelar ibu. Semoga berbahagia selalu disamping keluarga dan anak-anak yang tersayang.

Sedikit tips kepada anda yang ingin mencuba resipi berikut.Apabila memotong kuih talam seringkali kuih akan melekat pada pisau. Jangan gunakan pisau sebaliknya gunakan pisau plastik, boleh didapati di kedai bakery. Ataupun tidak payah beli, seringkali bila kita order kek dari bakery akan diberikan pisau plastik. Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih talam insyallah, kuih tak melekat dan potongan kuih pun licin dan kemas. Kalau melekat juga sapukan pisau dengan sedikit minyak.

Ada satu lagi cara, Diana nampak tukang masak ini waktu majlis kenduri kawin seorang sepupu. Dia terbalikkan kuih diatas plastic dan memotong kuih mengunakan pisau plastik dan juga plastik sebagai pengalas jadi kuih tak melekat. Cara itu rumit sedikit tapi boleh dicuba kalau mahu. Tukang masak itu juga berkongsi rahsia mengatakan untuk mendapat koleh-koleh yang sedap, goreng kacang hijau sendiri hingga kuning bersama daun pandan yang telah dipotong kecil-kecil. Kemudian hantar bahan yang telah digoreng itu ke kilang untuk dikisar, koleh-koleh akan lebih sedap dan lemak dan berbau harum.TALAM SERI CEMPEDAK

Sumber: Hawa Ismail

Bahan-bahannya

Bahan A

300 gram tepung beras

200 gram isi cempedak

175 gram gula pasir

1100 ml santan cair (100 ml santan kotak + 1,000 ml air)

2 sudu makan tepung jagung

1 sudu teh pes cempedak

sedikit warna kuning atau oren (bergantung pada warna cempedak)

sedikit garam

Bahan B

4 biji telur

2 sudu makan penuh tepung gandum

275 ml santan pekat (200ml santan kotak + 75 ml air)

200 gram gula pasir

1 sudu teh pes pandan

sedikit esen pandan

sedikit warna hijau

Bahan C

4 biji telur

2 sudu makan tepung beras

275 ml santan pekat (200 ml santan kotak + 75 ml air)

175 gram gula

1 sudu teh warna merah

sedikit esen rose

Cara-caranya

Isi cempedak dan santan cair dikisar halus dan ditapis. Campurkan dengan semua Bahan A. Gaul rata dan tapis lagi. Kacau atas api sehingga berwap dan kukus dalam loyang bulat 13. Satukan semua Bahan B dan gaul rata. Tapis dan kacau atas api sehingga berwap, kemudian tuangkan diatas sehingga berwap, kemudian tuangkan diatas kuih yang sedang dikukus. Kukus lagi sehingga masak. Satukan semua Bahan C gaul rata dan tapis. Kacau atas api sehingga berwap. Tuangkan diatas kuih yang sedang dimasak dalam kukusan. Kukus lagi sehingga masak.

Panduan

Jika cempedaknya manis, kurangkan sukatan gula. Kuih ini elok disejukkan dahulu, baru boleh dipotong dan dihidangkan.KOLEH KOLEH

Sumber : Zahrah Roziz

Bahan-bahannya

500 g tepung kacang hijau

250 g gula melaka

100 g gula pasir

1 kg santan pekat dalam paket, dijadikan tahu minyak

1 sudu makan pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)

500 ml santan kotak

1500 ml air

sedikit garam

1 loyang 12 x 12 disapu sekelilingnya dengan minyak kelapa

Cara-caranya

Gula melaka dimasak dengan 400 ml air dan ditapis. Kemudian dicampurkan dengan santan kotak, sedikit garam, gula pasir dan 1500 ml air. Masak sehingga mendidih. Masukkan pewarna, gaul rata dan matikan api. Tunggu sebentar sehingga ia separuh sejuk, baru dimasukkan tepung kacang hijau. Kacau sehingga adunannya rata dan tidak bergentel. Hidupkan semula api yang sederhana. Kacau perlahan-lahan. Diperingkat ini, adunan akan meletup-letup. Sapukan sedikit minyak kelapa, supaya kuihnya akan cantik dan berkilat. Kacau lagi sehingga matang dan sebati. Matikan api. Masukkan adunan kedalam loyang, ratakan. Sapu sedikit lagi minyak kelapa diatasna dan tabor rata dengan tahi minyak. Biarkan ia sejuk baru boleh dipotong.

Panduan

Tepung kacang hijau yang digunakan adalah sama dengan tepung kacang hijau untuk membuat Tepung Gomak. Minyak kelapa yang digunakan adalah dari minyak yang terdapat setelah membuat tahi minyak.

# Tukang masak itu juga berkongsi rahsia mengatakan untuk mendapat koleh-koleh yang sedap, goreng kacang hijau sendiri hingga kuning bersama daun pandan yang telah dipotong kecil-kecil. Kemudian hantar bahan yang telah digoreng itu ke kilang untuk dikisar, koleh-koleh akan lebih sedap dan lemak dan berbau harum.KUIH LAPIS DURIANSumber : Hawa Ismail

Bahan-bahannya

500 gram tepung sagu kanji

100 gram tepung Prime Wheat Starch (Diang Mian Fen)

100 gram tepung beras

50 gram tepung gandum

250 gram isi durian, dikisar halus

sedikit garam

1000 ml santan pekat (700 ml santan kotak + 300 ml air), dimasak sebentar

1000 ml santan cair (200 ml santan kotak + 800 ml air)

500 gram gula pasir

3 jenis warna kegemaran

loyang bulat atau 4 persegi 10 x 10 x 3, sapu sekeliling dengan mentega

Cara-caranya

Gula pasir dimasak dengan santan cair sehingga hancur dan disejukkan. Ketepikan. Satukan kesemua tepung, garam dan isi durian. Tuangkan santan cair dan kacau rata. Tuangkan pula santan pekat dan kacau lagi sehingga rata dan sebati. Kemudian tapis.

Adunan dibahagi 3 dan diwarnakan sebagai contoh, warna merah, satu kuning dan satu hijau. Warna dikukus selapis, selapis sehingga masak. Lapisan terakhir dikukus selama 15 minit. Keluarkan dari kukusan dan sejukkan. Kuih ini elok dipotong bila ia benar-benar sejuk. Jika hendak digunakan untuk sebarang majlis, bungkus setiap potong dengan plastic supaya kelihatan cantik dan tidak melekat.

KASWI LAPIS ISTIMEWA

Bahan-bahannya

300 gram tepung beras

250 gram tepung kanji

100 gram tepung jagung

100 gram gula melaka

380 gram gula pasir

1600 gram santan dari 1 biji kelapa

1 camca teh garam

1 camca the air kapur

sedikit warna kuning

kelapa parut, dikukus dan gaulkan dengan sedikit garam

Cara-caranya

Masak santan dan gula pasir hingga mendidih kemudian biarkan sejuk. Satukan ketiga jenis tepung tadi, gaul dengan santan dan kacau rata-rata. Bubuhkan garam dan air kapur.

Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Yang satu bahagian di warnakan kuning dan yang satu bahagian lagi dibubuhkan gula melaka.

Masak adunan yang bercampur gula melaka hingga naik wap kemudian tuangkan di dalam loyang dan kukus hingga masak. Kemudian kacau pula adunan berwarna kuning hingga berwap dan tuangkan atas aduanan yang dikukus. Kukus lagi sehingga masak. Sejukkan sebelum dipotong.TALAM NONA MANIS

Bahan-bahannya

1700 gram santan pekat yang diambil dari 3 biji kelapa

1130 gram santan cair

280 gram gula pasir

340 gram gula melaka

280 gram tepung kacang hijau

600 gram tepung sagu

sedikit warna kuning

sedikit warna hijau

Cara-caranya

Campurkan santan pekat dengan gula pasir dan gula melaka. Masak hingga mendidih dan sejukkan. Campurkan pula santan cair dengan tepung kanji dan tepung kacang hijau, kacau rata-rata.

Campurkan kedua aduanan tepung dan gula tadi. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan satu bahagian dengan kuning dan satu dengan hijau. Kemudian kukus selapis-selapis warna berselang seli sehingga habis. Pada lapisan terakhir kukus selama 15 minit sehingga masak.pUTERI SALAT KACANG LEPAT

Bahan-bahannya

600 gram pulut (rendam sekejap dan toskan)

500 gram kacang lepat (rebus setengah masak)

1 biji kelapa (buang kulit dan parut ambil satu cawan kelapa dan yang bakinya jadikan 2 cawan santan pekat)3 helai daun pandan

2 camca garam halus

Cara-caranya

Gaulkan pulut, kacang lepat, kelapa parut yang satu cawan tadi, garam dan santan pekat hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat yang sudah disapukan dengan minyak sekelilingnya. Bubuhkan daun pandan di atasnya dan kukus adunan hingga masak. Sebelum tuangkan serikaya, tekan adunan untuk dipadatkan dengan spatula plastik.Lapisan Serikaya

6 biji telur

2 cawan gula melaka

1 cawan gula pasir

2 sudu makan tepung gandum

1 biji kelapa parut (ambil 3 cawan santan pekat)

sedikit pewarna coklat

Cara-caranya

Pukul telur, gula melaka dan gula pasir hingga larut dan sebati. Masukkan santan dan tepung gandum. Adun semula bahan ini hingga rata. Tuangkan pewarna coklat dan tapis.

Masak adunan hingga keluar wap dan tuangkan di atas lapisan pulut yang sedang dikukus dan teruslah mengukus hingga masak.TALAM KELADI BERLAUKSumber: Sadiah Ahmad

Bahan-bahannya160 g tepung beras

300 g keladi

750 ml santan yang sederhana pekatnya

40 g tepung kanji

1/2 sudu teh garam halus

200 g daging cincang, disanggar

3 sudu makan bawang goreng

1/2 cawan hirisan daun sup dan daun bawang

Bahan-bahan Taburan/HiasanHirisan lada merah dan lada hijau

Hirisan daun sup dan daun bawang

Bawang goreng

Cara-caranyaKupas kulit keladi, cuci bersih, rebus sehingga empuk dan dilenyek sampai halus. Kemudian gaulkan keladi dengan santan, tepung beras, tepung kanji dan kacau sehingga rata, lalu ditapis. Masukkan sedikit garam, daging sanggar, hirisan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Kacau diatas api yang sederhana sehingga adunan menjadi pekat. Setelah itu tuangkan adunan pekat ini kedalam loyang, ratakan dan kukus sehingga masak. Hiaslah dengan bahan taburan. Biarkan sejuk baru boleh dipotong dan dihidang.

Kuih Talam Ubi

Bahan-bahan

Untuk Lapisan Bawah: 200 gm gula melaka 200 ml air 800 gm ubi kayu

Untuk Lapisan Atas: 400 ml santan secubit garam 80 gm tepung gandum 1 sudu makan tepung beras

Cara-cara

Masak gula melaka dengan air, sejukkan dan tapis.

Campurkan ubi yang telah diparut dengan air gula melaka. Kukus selama 20 min. Untuk membuat lapisan atas, satukan santan, garam, tepung gandum dan tepung beras. Setelah sebati, tapis.

Setelah ubi masak, tuangkan adunan santan tadi diatas ubi itu dan kukus lagi selama 20 min.

Lapis Kacang Hijau

Bahan-bahan

3 cawan gula pasir

6 cawan santan, dari 2 biji kelapa

1 1/2 cawan tepung sagu

3 cawan tepung kacang hijau

Pewarna kuning dan hijau

Cara membuatnya

Tepung sagu dan tepung kacang hijau dimasukkan ke dalam mangkuk pengadun.

Masukkan gula dan santan. Kacau semuanya hingga sebati dan hingga gula larut.

Kemudian tapis bancuhan.

Bahagi kepada dua, satu diwarnakan kuning dan satu lagi diwarnakan kuning.

Sediakan loyang yang telah dilenser minyak. Ambil satu senduk adunan kuning dan ratakan ke dalamnya. Kukus selama lima minit.

Ambil satu senduk adunan hijau dan lapiskan ke atas adunan kuning tadi dan kukus lagi selama lima minit.

Ulang proses melapis hingga semua adunan habis digunakan. Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama sepuluh minit.

Nota:

* Tutup periuk kukus hendaklah dibalut dengan kain supaya wap air tidak jatuh ke atas kuih. Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan."

KUIH LAPIS PELANGI

Bahan-bahan

1 cwn tepung gandum

1 1/2 cwn tepung beras

1/2 cwn tepung sagu

1 1/2 cwn gula pasir

sedikit garam

2 kotak kecil santan segera

4 cwn air santan (diambil dari 2 kotak tadi)

Pewarna hijau, kuning, merah, biru (ikut suka)

Cara menyediakan

1. Masukkan santan ke dalam pengisar diikuti semua jenis tepung, gula dan garam.

2. Asingkan kepada 4 mangkuk dan warnakan ikut suka.

3. Kukus 5 minit setiap warna atau agak-agak kering sedikit lapisannya untuk lapisan akhir kukus lebih kurang 15 minit dan buka tutup pengukus biarkan api lebih kurang 5 minit dan bolehla diangkat apabila sejuk bolehla dipotong dan dihidang.

TALAM DURIAN

Bahan-Bahan

8 biji telur

250 gram gula pasir

sudu teh garam

sudu teh rose flavour

500 gram santan paket (fresh coconut milk in packet)

100 gram air

100 gram tepung gandum

8 ulas durian

2 helai daun pandan dikerat sejari panjang

Daun pisang dilembutkan dengan merendam didalam air panas dan di lap sehingga kering, kemudian digunting mengikut cetak kukusan dan alas cetak kukusan.

Cara Cara

Pukul telur, gula dan santan sehingga sebati. Masukkan air, garam, rose flavour dan pukul lagi. Masukkan tepung gandum, kacau rata dan tapis. Masukkan durian dan ramas, buang bijinya.

Tuang adunan didalam periuk, masukkan daun pandan dan panaskan diatas api yang sederhana besarnya, sehingga berwap.

Tuang adunan kedalam mangkuk kukusan, yang beralas daun pisang. Kukus selama 45 minit. Atau sehingg masak.

Tunggu sehingga sejuk baru dihidangkan dengan pulut tekan, roti Perancis atau biskut.

TALAM PANDAN

BAHAN-BAHAN

(Lapisan bawah)2 cawan tepung beras 2 biji telur 5 cawan santan 1 cawan gula

(Lapisan atas) 4 biji telur 3 cawan santan 5 sudu besar tepung 1 cawan gula esen pandan pewarna hijau

CARA-CARA1.Campurkan semua bahan untuk lapisan bawah. Kukus di dalam loyang.2.Campurkan semua bahan untuk lapisan atas dan pukul hingga sebati. 3.Tuang ke atas lapisan bawah tadi dan kukus hingga masak. 4.Setelah sejuk barulah boleh dipotong.

PULUT SERIKAYA

BAHAN-BAHAN600 gm. beras pulut 1 1/2 biji kelapa 1 cawan gula 2 sudu makan tepung gandum 4 biji telur 1 keping gula melakasedikit garam

CARA-CARA1. Beras pulut dibersihkan kemudian direndam selama 10 minit, dicuci kemudian toskan airnya 2. Kelapa diparut ambil santannya 3 cawan pekat dan 1 1/2 cawan santan cair 3. Masukkan pulut di dalam loyang kemudian tuangkan santan cair sambil digaulkan rata-rata 4. Kukus sampai masak. Keluarkan dari pengukus, tekan padat-padat di dalam mangkuk tahan panas 5. Campurkan gula dengan tepung serta masukkan telur sambil dikacau hingga gula hancur dan gula melaka yang dicairkan.6. Masukkan santan pekat, garam dikacau hingga sebati kemudian ditapis. Tuangkan diatas pulut tadi dan kukus semula sehingga masak.

talam semolina

Bahan-bahannya:

1 tin tepung suji (semolina)1 tin kecil minyak sapi1 tin susu cair2 cawan gula3 tin air (guna tin susu cair)sedikit isi jagungsedikit pewarna hijau

Cara membuatnya:

Masak air dan gula hingga mendidih.Masukkan pewarna dan susu cair.Kemudian,masukkan minyak sapi dan tepung suji.Kacau selalu sehingga adunan tadi sehingga lembut dan masukkan jagung.Sesudah sebati, masukkan kedalam talam dan tekankan.Biar sejuk dan hidangkan.

KUIH TALAM PISANG Sumber: Hawa Ismail

BAHAN-BAHAN LAPIS BAWAH250 gram tepung beras100 gram tepung Hong Kwee100 gram gula pasir1500 ml santan cair300 gram pisang raja atau pisang berangan - potong daduSedikit garamLoyang 11 x 11 x 3 - gris sekeliling dengan minyak sayur PERATURANYA1 Panaskan kukusan.2 Tepung beras, tepung Hong Kwee, gula pasir, garam dan santan cair, dikacau rata dan tapis. Masak atas api hingga pekat sedikit. Matikan api, lalu masukkan pisang dadu dan kacau rata.3 Tuang adunan kedalam loyang. Kukus hingga masak. Setelah itu tuangkan pula seri-kaya diatasnya. Dan kukus lagi sehingga masak.

BAHAN SERI KAYA8 butir telur yang sedang400 gram gula Melaka - dihiris120 gram gula pasir1000 ml santan pekat80 gram tepung gandum1 sudu the esen vanillaSedikit warna coklat

PERATURANYATelur, gula pasir dan gula Melaka, dipukul hingga rata dan gulanya hancur. Masukkan tepung, gaul lagi sehingga rata, kemudian tuangkan santan. Kacau lagi sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat. Gaul lagi,setelah itu ditapis, dan masak atas api yang kecil, sehingga naik wap dan pekat sedikit. Barulah dituang diatas lapisan bawah, yang dalam kukusan itu. Kukus lagi sehingga masak. Setelah masak, keluarkan dari kukusan, sejukkan, baru boleh di potong.

SERIMUKA DURIAN

(Bahan A)2 cawan pulut3 cawan santanSecubit garam cawan gula pasir

(Bahan B) cawan tepung gandum cawan tepung jagung / ubi4 biji telur cawan gula3 cawan santan6 ulas isi durian (ambil isi sahaja)Secubit garam

Cara membuat Bahan A1. Rendam pulut putih selama 3 jam dengan air sejuk.2. Letakkan pulut putih ke dalam loyang, masukkan gula, garam dan santan sama paras dengan pulut. 3. Kukus pulut.4. Setelah masak, tekan sampai mampat dan ketepikan.

Cara membuat Bahan B1. Semua bahan B dicampurkan dan diblender.2. Masukkan bahan tadi keatas pulut yang telah dikukus.3. Kukus selama 20-30 minit sehingga bahagian atas menjadi keras.

Kuih Kasui

Bahan-bahan:2 cawan tepung gandum1 cawan tepung ubi4 keping gula nisan (Kelantan mari gula nisan atau kalau takde ganti dengan 1 cawan gula merah)3/4 cawan gula pasir5 cawan air 1 sudu teh kapur makanKelapa parut (bahagian putih sahaja, kalau nak sedap parut dari kelapa yg tidak terlalu tua)

Cara-cara membuatnya::1. Cairkan gula nisan/gula merah dengan 1 cawan air. Biarkan sejuk seketika.2. Larutkan kapur dengan 1 cawan air.3. Campurkan semua bahan termasuk air kapur dan air gula merah kedalam blender dan blend sehingga rata.3. Panaskan loyang dalam pengukus.4. Masukkan adunan dalam loyang yg telah panas. 5. Kukus selama 30 minit.6. Bila masak, biarkan sejuk dahulu baru di potong mengikut bentuk dan saiz yg disukai.7. Golekkan dalam kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam

Talam Keladi

Lapisan bawah300gm keladi dipotong kiub125 gm gula pasir1/4 sudu kecil garam130gm tepung beras650ml santan cairpewarna ungu

Cara-cara membuatnya:Kukus keladi sehingga empuk dan campurkan dengan bahan-bahan lain diatas yang telah ditapis terlebih dahulu. Masak sehingga kental diatas api yang perlahan sehingga kental, ratakan didalam loyang berukuran 11"x11" dan kukus lebih kurang 25-30 minit sehingga masak.*Kalau hendak lebih sedap lecek separuh daripada keledek.

Lapis atas4 biji telur gred b120gm tepung gandum40gm tepung jagung1 sudu kecil garam100 gm gula pasir400gm gula melaka (kalau hendak kurang manis kurangkan gulanya)550gm santan pekat4 helai daun pandan

Cara-cara membuatnya:Satukan semua bahan kacau hingga sebati dan tapis. Masak hingga naik wapdengan api yang perlahan. Tuangkan diatas lapisan bawah tadi dan kukussehingga masak.LAPIS TITIWANGSA

Bahan-bahan untuk Lapis Bawah140 gram tepung beras

60 gram tepung jagung

125 gram gula pasir

900 ml santan cair

sedikit garam dan pewarna merah

Cara-caranya

Satukan semua bahan itu, adun kemudian tapis. Masak atas api yang sederhana hingga berwap dan tuangkan ke loyang. Kukus hingga masak.

Bahan-bahan untuk Lapis Atas6 butir telur110 gram tepung gandum

500 ml santan pekat

250 gram gula pasir

170 gram cepedak dikisar dengan santan

sedikit garam dan pewarna kuning

Cara-caranya

Pukul telur dan gula hingga sebati, masukkan tepung, adunan cempedak dan santan, garam serta pewarna kuning. Adun semuanya kemudian tapis. Masak atas api yang sederhana hingga berwap kemudian tuangkan ke atas lapis bawahdan kukus hingga masak.

KUEH LAPIS PANDANSumber: Kak Liza www.hanieliza.tkBahan-bahan A:

1 1/2 cawan tepung gandum

2 s/b tepung beras

2 s/b tepung jagung

3/4 cawan gula

3 cawan santan

1 s/k garam

1/2 cawan jus pandan

pewarna hijau

1/2 cawan air

Cara:

1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.

2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.

3. Masukkan pewarna hijau dan jus pandan dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.

4. Tambahkan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan warna hijau.

5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.

6. Masukkan 1 senduk adunan hijau dan kukus selama 5 minit.

7. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit. 8.Lapiskan adunan hijau dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.

9. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.KUEH LAPIS CENDULSumber: Kak Liza www.hanieliza.tkBahan-bahan A:

1 1/2 cawan tepung gandum

2 s/b tepung beras

2 s/b tepung jagung

1/2 cawan gula

3 cawan santan

1 s/k garam

1/2 cawan air gula merah [larutkan 1/2 cawan air panas + 3 s/b gula merah]

1 cawan cendul

1/2 cawan air

Cara:

1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.

2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.

3. Masukkan air gula merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.

4. Tambahkan cendul dan 1/2 cawan air dalam adunan putih supaya kecairan nya sama dengan adunan gula merah tadi..

5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.

6. Bahagikan setiap adunan sama banyak. Jadikan gula merah 2 bekas dan adunan cendul juga 2 bekas.

7. Masukkan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus selama 5 minit.

8. Lapiskan 1 bekas bahagian adunan gula merah dan kukus semula selama 5 minit.

9. Lapiskan lagi dengan 1 bekas bahagian adunan cendul dan kukus lagi 5 minit.

10. Lapiskan lagi dengan 1 bekas adunan gula merah dan kukuskan semula selama 10 minit..

11. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

SERIMUKA PULUT HITAMSumber: Kak Liza www.hanieliza.tkLapisan Bawah:

1 cawan pulut putih

1 cawan pulut hitam

3 cawan santan cair

1 s/k garam

Cara

1. Rendamkan pulut berasingan selama 3 jam

2. Gaulkan semua bahan dan masukkan dalam loyang

3. Kukuskan sehingga masak.

4. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi.

5. Kukuskan semula dan Gariskan pulut serta tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:

3 cawan santan pekat + jus pandan + warna hijau

3/4 cawan gula

1/2 cawan tepung gandum

1 s/bsar tepung kastad

2 biji telur

1 s/t garam

cara

1. Gaul rata semua bahan dan tapis.

2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.

3. Kukuskan lebih kurang 1/2 jam.

4. Sejukkan dahulu baru potongKUEH LAPIS MERAHSumber: Kak Liza www.hanieliza.tkBahan-bahan A:

1 1/2 cawan tepung gandum

2 s/b tepung beras

2 s/b tepung kastad/jagung

3/4 cawan gula

4 cawan santan

1 s/k garam

pewarna merah

Cara:

1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.

2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.

3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.

4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.

5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.

6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.

7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.

8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.KUEH LAPIS JAGUNGSumber: Kak Liza www.hanieliza.tkBahan-bahan A:2 cawan tepung gandum

2 s/b tepung beras

2 s/b tepung kastad

3/4 cawan gula

4 cawan santan

1 s/k garam

1/2 cawan jagung ]

1/2 air ] mesinkan

1 s/b serbuk koko ] bancuhkan dan tapis

1/2 cawan air suam ]

Cara:1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.

2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.

3. Masukkan jagung dalam 1 bahagian adunan dan campuran koko dalam 1 adunan lagi.

4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.

5. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit.

6. Lapiskan 1 senduk adunan jagung dan kukus semula selama 5 minit.

7. Lapiskan adunan kok dan jagung berselang seli sehingga adunan habis.

8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.KUEH SERIMUKA JAGUNGSumber: Kak Liza www.hanieliza.tkBahan-bahan:

Lapisan Bawah2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]

3 cawan santan cair

1 s/k garam

Lapisan Tengah..gaul semua dan masakkan sikit 2 cawan santan pekat

1 biji telur

1/4 cawan gula

1/4 cawan tepung kastad

1/4 cawan tepung gandum

1/2 cawan jagung cream

sedikit garam

Lapisan Atas..gaulkan semua dan masakkan sikit 2 cawan santan pekat

1 biji telur

1/4 cawan jus pandan

1/4 tepung gandum

1/2 cawan tepung kastad

1/4 cawan gula

sedikit garam

Cara 1. Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.

2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.

3. Lapiskan dengan lapisan tengah [adunan jagung]

4. Masakkan anggaran 15 minit.

5. Bila dah masak masukkan pula lapisan atas [adunan hijau pandan]dan kukuskan algi selama 15 minit.

6. Bila dah masak, sejukkan betul-betul baru di potongkan dan hidangkan.TALAM KACANG MERAHSumber: Kak Liza www.hanieliza.tkLapisan bawah - [kacang merah ]

1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit]

2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung ubi/kanji/jagung

1 cawan gula

3 cawan santan cair + sikit garam

pewarna merah

Cara 1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.

2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan

3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.

4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]1 cawan tepung beras

3 cawan santan pekat + garam sikit

Cara.

1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan.

2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tadi.

3. Kukus lagi selama 25 minit.

4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkanTALAM HIJAUSumber: Kak Liza www.hanieliza.tkBahan

Lapisan Bawah

2 caw tepung beras

2 s/b tepung jagung

5 caw. air biasa

1 cawan gula

sket jus pandan/pewarna hijau

Cara

1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas api.

2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan minyak dan kukus sehingga masak [30 minit]

Lapisan Atas

3/4 caw tepung beras

2 s/b tepung jagung

3 cawan santan + sket garam

Cara

1. Gaul semua bahan dan tapiskan. Panaskan sikit atas api. Kacau rata sekejap saja.

2. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.

3. Kukus sehingga masak [20 minit].

4. Sejukkan dahulu baru dipotong.TALAM SUJISumber: Kak Liza www.hanieliza.tkLapis bawah :1 cawan tepung suji

3 cawan santan cair

1/2 cawan gula pasir (atau secukup rasa)

sedikit garam

sedikit pewarna kuning telur

Lapis atas :1 cawan santan pekat

2 sudu besar tepung gandum

1 cawan gula merah atau gula melaka

sedikit garam

Cara:

1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga masak.

2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 5-7 minit

3. Adunkan semua bahan lapis atas. Tuangkan atas lapis bawah dan kukus lagi selama 15 minit.

TALAM INTAN ASMARANIBahan-bahannya

Lapis Pertama

300 gram tepung beras

1100 ml santan cair

100 gram gula

300 gram sengkuang cina, dipotong dadu

sudu teh garam

pewarna hijau dan merah

Cara-caranya

Sengkuang cina dibahagikan dua. Satu diwarnakan merah dan satu diwarnakan hijau. Ketepikan.

Masak tepung beras, santan cair, gula dan garam di atas api yang sederhana sehingga pekat. Masukkan sebahagian adunan tadi ke dalam loyang kemudian taburkan sengkuang cina yang telah digaul dengan pewarna merah dan hijau. Masukkan baki adunan kedalam loyang, ratakan dan kemudian kukus sehingga masak.

Lapis Kedua

4 biji telur

350 ml santan pekat

175 gram gula pasir

2 sudu makan tepung beras

cawan air pandan

1 camca pewarna hijau

Cara-caranya

Satukan bahan-bahan dan kacau diatas api yang sederhana hingga agak pekat, kemudian tuangkan di atas lapis pertama tadi. Dan kukus sehingga masak.

Lapis Ketiga

4 biji telur

350 ml santan pekat

150 gram gula melaka

150 gram gula pasir

1 camca pewarna coklat

Cara-caranya

Satukan bahan-bahan ini dan masak diatas api yang sederhana hingga agak pekat kemudian tuangkan di atas lapisan kedua. Kukuslah sehingga adunan masak. Sejukkan sebelum anda potong dan hidangkan.

TALAM NANGKA

Bahan untuk Lapisan Bawah

6 biji nangka dipotong dadu

170 gram tepung beras

85 gm tepung Hong Kwee

4 cawan santan cair dari 1 biji kelapa

sudu teh garam

1 sudu gula pasir

Cara-caranya

Campurkan tepung beras, tepung hong kwee, garam dan gula bersama santan cair. Kemudian tapis dan kacau atas api sehingga pekat. Masukkan nangka dan tuangkan ke dalam loyang yang disapu minyak dan kukus sehingga masak.

Bahan untuk Lapisan Atas

8 biji telur

2 cawan gula pasir

2 sudu teh tepung jagung

sudu teh garam

cawan tepung gandum

3 cawan santan pekat

sedikit warna hijau

Cara-caranya

Campurkan gula, tepung dan telur. Masukkan santan dan garam serta warna hijau. Tapis campuran dan kacau hingga berwap di atas api yang sederhana panas. Tuangkan atas lapisan bawah. Kukus lagi antara 25 30 minit.

KUIH TALAM SAMBAL KELAPABahan-bahannya1 kati beras, direndam 8 jam, toskan dan dikisar halus

air perahan santan dari 1 biji kelapa

sedikit garam

sedikit pewarna merah

Cara-caranya

Campurkan beras yang telah dikisar halus dengan santan serta garam dan masak atas api yang kecil. Kacau perlahan-lahan supaya jangan sampai bergentel. Bubuh sedikit pewarna (jika mahu). Apabila masak barulah tuangkan ke dalam loyang. Bila hendak makan barulah taburkan atasnya dengan sambal kelapa ikan tenggiri. Untuk Sambal Kelapa1 kati ikan tenggiri

1 biji kelapa parut

1 sudu kecil lada hitam

1 inci halia

2 batang serai

sudu kecil halba

10 biji bawang merah

Cara-caranya

Ikan tenggiri dipanggan sehingga masak, ambil isinya atau dagingnya dan dikisar halus. Kelapa parut dicampurkan dengan lada hitam, halia , serai , dan bawang merah yang telah dikisar. Goreng bahan-bahan yang telah digaul tanpa minyak sehingga kuning. Masukkan isi ikan, gaul rata-rata dan taburkan dengan halba.KUIH TALAM BEREMPAHBahan-bahannya

2 gelas tepung beras

1 gelas gula merah

gelas gula pasir

1 biji kelapa (jadikan 3 gelas santan)

biji kelapa( buat kerisik dan tumbuk halus)

1 biji telur ayam

2 sudu besar madu

* bahan ini digoreng tanpa minyak dan dikisar halus

3 susu besar ketumbar

3 sudu besar jintan manis

2 sudu besar jintan putih

Cara-caranya

Tepung diayak dan diuli sedikit dengan santan. Baki santan dimasak hingga mendidih dan tuangkan ke dalam adunan tepung serta dikacau rata. Telur dipukul bersama madu, masukkan kerisik, gula pasir, gula merah dan rempah (ketumbar, jintan manis dan jintan putih) dan digaul rata. Masukkan pula adunan tepung dan dikacau supaya sebati. Sapukan acuan dengan sedikit mentega dan kukus kuih talam ini hingga masak untuk 30 minit.