topik 4.pdf
Post on 10-Feb-2018
273 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/22/2019 Topik 4.pdf
1/14
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
MODUL MSL3123 - KREATIVITI DAN EKSPRESI SENI
TOPIK 4
PERKEMBANGAN KREATIVITI MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kreativiti Melalui PenerokaanKreativiti Melalui Kaedah PenyoalanMotivasi Untuk Menjana Kreativiti
HASIL PEMBELAJARAN
Menerangkan tentang estetika dan kreativiti serta sumbangan seni terhadap perkembagansosio-emosi, fizikal dan mental kanak-kanak. (C2)
Melaksanakan aktiviti-aktiviti kreatif melalui pembelajaran Pendidikan Seni Visual. (P2) Menerangkan ciri-ciri kreatif berasaskan tahap perkembangan skema tampak kanak-kanak.
(A4) Menjalankan aktiviti kreatif dan ekspresif yang bersesuaian bagi kanak-kanak sekolah
rendah. (TS5)
4.0 PENDAHULUAN
Proses perkembangan kreativiti melalui pengajaran dan pembelajaran dari masa ke semasa telah
membawa banyak perubahan dalam aktiviti pengajaran di dalam kelas. Pengajaran dan
pembelajaran pada masa kini boleh ditafsirkan sebagai satu proses, komunikasi, sains dan seni.
Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses, di mana terdapat dua jenis
kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti
yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Manakala kreativiti analitik pula adalah apayang kita gunakan bagi merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya
akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.
Impak pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dari sistem pendidikan yang baik perlu bagi
membangunkan modal insan yang cemerlang dan berdaya saing dalam merangsang sistem
ekonomi Negara kelak. Pembangunan bukan sahaja dari kemajuan ekonomi, sains dan teknologi
malah dari segi pendidikan bakal membawa kepada kemanfaatan. Justeru itu dalam Topik 6 ini,
akan membincangkan perihal perkembangan kreativiti melalui pengajaran dan pembelajaran yang
menjadi satu titik tolak bagi kemajuan dan kepesatan pembangunan yang dapat membangunkan
modal insan yang kreatif di masa hadapan.
4.1 PERKEMBANGAN KREATIVTI MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kreativiti di kalangan kanak-kanak dapat di lihat dari usia muda lagi. Namun dalam melihat
perkembangan kreativiti mereka terdapat pelbagai kaedah dan pendekatan yang perlu di ambil
terutamanya di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Carl Rogers, beliau
menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu untuk menjadi kreatif dan dapat
berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada
-
7/22/2019 Topik 4.pdf
2/14
pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan
kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif sangat diperlukan bagi merangsang gaya
kehidupan yang sempurna. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa
tanggungjawab akan cuba menyumbang kebaikan kepada insan serta makhluk lain di
persekitarannya.
Pelbagai pembaharuan telah diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Negara, 2001,terutamanya dalam mengembangkan dan meningkatkan daya kreativiti murid melalui Kurikulum
Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang kini telah pun ditukar menjadi KSSR. Salah satu aspek
pembaharuan yang diberikan perhatian yang serius dalam KBSR yang lalu, ialah membantu ke arah
meningkatkan daya pemikiran kreatif murid melalui aspek pembaharuan dalam gaya pengajaran
setiap guru. Daya kreativiti dan inovatif murid perlu dikembangkan ke tahap optimum supaya
mereka berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan
seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa
hadapan.
Menurut Victor Lowenfeld, tahap perkembangan kreativiti boleh di lihat melalui lapan perkara iaitu
kepekaan, fleksibiliti, keaslian, keterbukaan, kebebasan dan kelancaran, keupayaan menganalisa,
keupayaan membuat sintesis, makna baru dan juga ketekalan organisasi. Beliau juga menyatakan
bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu:
1. kelancaran2. secara spontan3. pantas4. fleksibel
Dalam mengembangkan daya kreativiti murid, guru juga perlu kreatif dalam memberi didikan
dengan cara penyampaian maklumat yang betul dan menarik. Cara penyampaian maklumat ini
boleh dianggap sebagai kaedah dan teknik dalam pengajaran. Ramai pakar ilmuan dalam bidang
pendidikan dari negara maju telah mencipta satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebihinovatif dan kreatif, di manad kaedah ini menekankan kepada aspek rangsang murid dalam
menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan lebih professional, berkeyakinan dan yang
penting ialah berwibawa. Kaedah mereka juga di lihat lebih menjurus kepada pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan kepada penyelesaian masalah.
Peranan guru sangat penting dalam melahirkan perasaan dan memperkembangkan lagi daya
kreativiti murid. Penglibatan aktif murid dalam pembelajaran akan berupaya menggalakkan
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid. Selain itu ia juga dapat memupuk nilai
estetika dalam diri mereka. Guru juga perlu lebih kreatif serta bersedia dalam melengkapkan diri
dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan terutama dalam bidang pendidikan seni ini. Aktiviti
perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan
baik. Guru perlu menggalakkan murid-murid mengunakan kelebihan diri mereka sertamenyediakan aktiviti pembelajaran yang pelbagai bagi memenuhi keperluan murid yang kompleks
dengan pelbagai gaya pembelajaran.
-
7/22/2019 Topik 4.pdf
3/14
Gambar 4.1 Kreativiti pemikiran visual
Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada murid-murid kerana bagi mereka segalanya adalah baru
dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka
dunia di sekeliling mereka. Kreativiti dapat dilihat melalui pemikiran visual dan kemahiran
teknikal mereka. In kerana, kreativiti mereka lebih merujuk kepada keupayaan murid-murid untukberfikir secara kritis dan kreatif. Kreativiti juga perlu bagi murid untuk mengekalkan pencapaian
yang berterusan dalam pendidikan terutama dalam bidang seni. Kreativiti bukan hanya bergantung
kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan.
a. Konsep Pemikiran VisualKonsep pemikiran visual merupakan kaedah yang melibatkan daya pemikiran murid dalam
melihat dan menghubunkaitkan ruang visual dengan pemahaman unsur dan prinsip seni.
Menurut Haward Gardner (1983), terdapat 9 kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-
kebolehan melihat ruang dunia visual atau visualspatialdengan lebih tepat. Kecerdasan jugatermasuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, ruang, bentuk, rupa dan yang berkaitan
dengannya.
Rajah 4.1: Sembilan Jenis Kecerdasan Menurut Gardner
-
7/22/2019 Topik 4.pdf
4/14
Konsep pemikiran visual bertujuan membantu meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran
dan pembelajaran guru dan murid. Dalam konsep ini murid berupaya meluahkan fikiran dan
perasaan kreatif melalui aktiviti meneroka, memperbaharui dan memperbaiki serta berupaya
membuat ciptaan berasaskan alat dan bahan. Di samping itu murid akan berupaya memilih,
mengubahsuai, mengadaptasi, menyusun atur serta membentuk bahan seni menjadi lebih
kreatif. Melalui pemikiran visual ini, murid lebih bebas dalam menjalankan aktiviti kreatif selain
dapat meluahkan idea dengan menghubungkan serta menggabungkan unsur dan prinsip dalamrekaan mereka. Cara ini, di lihat dapat memberi kebebasan untuk murid meneroka dan
meluahkan perasaan dalam mengekpresikan kreativiti mereka.
Soalan 4.1
Adakah anda setuju dengan kenyataan murid patut meluahkan fikiran dan perasaan kreatif
melalui aktiviti meneroka, memperbaharui dan membuat ciptaan berasaskan alat dan bahan.
Terangkan.
b. Konsep Kemahiran TeknikalKreativiti kanak-kanak dalam pendidikan seni visual dapat di lihat dari segi kemahiran teknikal.
Lowenfeld (1963) menyatakan, kemahiran teknikal banyak berkaitan dengan peringkat
pembinaan kemajuan dan kebolehan. Hal ini dilihat sangat berkait rapat dengan kebolehan dan
kemampuan murid bagi memanipulasi bahan-bahan dalam menyampaikan sesuatu tujuan atau
idea yang dicadangkan. Selain itu kemahiran teknikal turut melibatkan pelbagai teknik dan
bentuk karya yang ingin dihasilkan contohnya karya seni cetak, lukisan, catan dan arca.Penggunaan media campuran dan juga teknologi ICT juga mampu meningkatkan kemahiran
teknikal murid. Pembaharuan melalui penggunaan ICT berupaya memberi satu kemahiran dan
teknik baru dalam pengajaran dan pembelajaran, malah menjadi satu kemahiran yang di lihat
amat diperlukan dalam pendidikan seni visual.
SOALAN 4.2
Berikan pandangan andan berhubung dua konsep di bawah ini dari perspektif kreativiti
kanak-kanak
Pemikiran Visual Kemahiran Teknikal
-
7/22/2019 Topik 4.pdf
5/14
4.2 KREATIVITI MELALUI PENEROKAAN
Kreativiti mempunyai kaitan dengan aspek penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal.
Dengan cara inilah ia membawa kita kepada satu cara pemikiran di mana ia melibatkan daya
berfikir dan kemahiran berfikir seseorang.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikanyang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan
dengan cara menjelajah serta memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman dalam
meneroka sesuatu perkara merupakan situasi dalam sesi pembelajaran. Penerokaan dijalankan
dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.
Penerokaan terbahagi kepada tiga kaedah iaitu penerokaan alat dan bahan; pengolahan dan
manipulasi; serta idea dan isi kandungan.
Penerokaan alat, bahan dan teknikMurid digalakkan membuat penerokaan dan percubaan melalui pelbagai aktiviti kreatif
dengan menggunakan alat, bahan dan teknik yang menarik dan sesuai. Aktiviti penerokaanperlu dijalankan sebelum aktiviti penghasilan dilakukan. Ia dimulakan dengan aktiviti-
aktiviti kecil dan mudah, contohnya aktiviti cuba mencuba, suaikenal dengan bahan, uji
menguji, mencari bahan yang lain dan variasi dalam penggunaan bahan. AKtiviti seperti ini
dapat memperkembangkan lagi aspek psikomotor dan kemahiran asas seni. Selain itu
penerokaan juga akan dapat menghasilkan murid yang mempunyai Kemahiran dalam
Menggunakan Bahan (Execution in a Medium). Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya
sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh murid. Kadang-kadang murid
akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan kerja seni dan tidak kurang
juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Yang jelas,
pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi
menyiapkan sesuatu kerja seni dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum
menghasilkannya
Gambar 4.2 Visual aktiviti penerokaan pelbagai bahan.
-
7/22/2019 Topik 4.pdf
6/14
Pengolahan dan manipulasiMurid digalakkan untuk mengolah dan memanipulasi pelbagai bahan, media dan teknik
bagi menghasilkan karya yang baik. Guru pendidikan seni perlu memberikan galakan murid
untuk mengolah bahan terpakai atau bahan kitar semula bagi tujuan penghasilan karya. Ini
secara tidak langsung dapat membimbing murid menjadi individu yang mampu
menyesuaikan diri dengan keadaan sekelilingnya. Bertepatan dengan idea yang diutarakan
oleh Chapman (1986), perkembangan kreativiti akan berlaku jika pemerhatian,
penerokaan, penghasilan bentuk, dan apresiasi dilaksanakan di dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Gambar 4.3 Meneroka cara pengolahan dan manipulasi bahan
Melalui pengolahan dan manipulasi bahan, media dan teknik murid akan dapat
menghubungkan seni dengan disiplin yang lain. Pengolahan dan manipulasi bukan sahaja
terhad kepada bahan, alat dan teknik sahaja, tetapi turut melibatkan matapelajaran yang
dapat merentas disiplin pelajaran seni. Contohnya pengolahan dan manipulasi idea seni
dengan sains dari segi struktur bahan membuat binaan. Kajian terhadap elemen ruang,
warna, bahan dan juga aspek keselamatan perlu dilakukan oleh murid sebelum mereka
membuat pengolahan terhadap struktur binaan tersebut, Dengan penggunaan dari
pengolahan dan manipulasi bahan, alat dan teknik yang betul struktur binaan tersebut akan
menjadi kukuh dan kelihatan lebih kreatif dan menarik.
Penerokaan idea dan isi
Menurut Fisher (1943), peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu mempunyai
pemikiran ke hadapan. Peringkat rangsangan pula akan merangsang murid untuk berusaha
menghasilkan produk seni yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.
Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, kajian dan latihan dalam
menyelesaikan masalah dapat membantu dalam proses pengolahan idea. Pada peringkat ini,
murid-murid yang berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan
penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik.
-
7/22/2019 Topik 4.pdf
7/14
Gambar 4.4 Kreativiti dari aspek pengolahan dan manipulasi idea dan isi kandungan.
Penerokaan dengan memberikan satu permasalahan untuk mereka selesaikan dapat
merangsang daya kogniti murid. Penerokaan dari segi idea dan isi, contohnya gurumerancang dengan memberi satu cerita yang biasa di perdengarkan kepada murid tetapi
melalui penerokaan idea dan isi ini, guru menggalakkan pelajar untuk membuat
pengubahsuaian dengan mengolah idea dan meneroka jalan cerita yang baru untuk di suai
padankan dengan cerita yang sebenar. Di sinilah daya kreativiti murid dapat dilihat dengan
jelas bagaimana proses berfikir mereka merangsang perkembangan minda dan kreativiti
mereka di masa hadapan.
SOALAN 4.3
Huraikan Perkara di bawah dengan contoh yang relevan.
PERKARA HURAIAN
M e n e r o k a a l a t d a n b a h a n
Meneroka cara pengolahan dan
manipulasi
M e n e r o k a i d e a d a n i s i k a n d u n g a n
-
7/22/2019 Topik 4.pdf
8/14
4.3KREATIVITI MELALUI KAEDAH PENYOALANPengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah penyoalan bertujuan bagi menjana
kreativiti murid serta melihat tindak balas murid dalam memahami perkara yang disampaikan
oleh. Kaedah penyoalan ini juga membantu murid secara langsung dalam meningkatkan prestasi
pelajaran mereka. Teori Kreativiti Paul Torrance menjelaskan terdapat tujuh perkara dalam
mencungkil proses kreativiti seseorang individu (i) Penyoalan, (ii) penemuan, (iii) pemerhatian,(iv) percubaan, (v) penerokaan, (vi) memanipulasi dan (vii) aktiviti. Tujuh perkara ini boleh
diaplikasikan oleh guru-guru seni visual di dalam proses memupuk dan mengembangkan kreativiti
murid. Rangsangan melalui proses penyoalan kepada murid boleh menggalakkan daya berfikir
mereka. Selain itu, galakan penyoalan boleh dilakukan semasa proses penghasilan sesuatu karya.
Perasaan ingin tahu boleh diwujudkan melalui keupayaan guru bersoal jawab dan dibantu dengan
contoh-contoh yang relevan. Sesi yang baik bagi mewujudkan pemikiran kritikal melalui aktiviti
pendidikan seni visual adalah melalui sesi kritikan seni.
Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan digunakan
untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada murid. Khususnya, guru menggunakan
teknik menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami topik tersebut. Selain itu, melalui
penyoalan juga dapat membangkitkan nilai hubungan sosial murid. Ia membantu murid
mengukuhkan hubungan dengan penyatuan sesuatu kumpulan melalui interaksi dua hala antara
satu sama lain. Walaubagaimanapun, guru harus memberi perhatian terhadap teknik penyoalan
yang kreatif agar soalan yang diajukan dapat dijadikan alat dalam membantu menghasilkan
pengajaran yang baik.
Penggunaan kaedah penyoalan dalam pengajaran di lihat dapat membantu guru mengenalpasti
kefahaman murid dan mengesan tahap perkembangan murid. Di samping itu, ia dapat membantu
guru membangunkan konsep pengajaran yang berkesan, serta dapat membina idea baru kepada
murid melalui perkongsian idea dan komunikasi. Kaedah penyoalan dalam menjana kreativiti
murid ini bukan sahaja untuk melihat perkembangan kreativiti mereka, malah ia juga melibatkan
beberapa objektif dalam pembelajaran murid, antaranya:
Merangsang penglibatan murid Mengulangkaji Merangsang murid untuk berbincang Melibatkan murid untuk berfikir secara kreatif Menguji kebolehan murid Menilai kemajuan murid Menentukan sejauh manakah objektif pembelajaran tercapai Menarik minat murid Mengawal tingkah laku murid Menyokong sumbangan idea murid Meningkatkan kognitif dan metakognitif murid
Pengajaran dan pembelajaran yang berorentasikan kaedah penyoalan ini juga di lihat bertujuan
bagi merangsang guru dan murid untuk saling berinteraksi dan secara tidak langsung dapat
menjana daya kognitif dan kreativiti murid. Pendekatan melalui kaedah penyoalan ini dapat
membantu guru dalam:
-
7/22/2019 Topik 4.pdf
9/14
Menggerak Minda MuridGuru dapat merangsang dan mencungkil fikiran murid semasa sesi soal jawab dengan
menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis terutamanya ketika
mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh menimbulkan minat dan rasa ingin
tahu murid semasa sesi soal jawab dijalankan.
Menilai Pemahaman PelajarGuru dapat mengukur tahap kefahaman murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum menghadapi ujian atau
peperiksaan.
Membimbing PelajarMurid biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan. Dalam
kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan murid. Sebaliknya, guru
wajar menggunakan teknik soalan yang memberikan panduan ke arah jawapan yang
dikehendaki sehingga murid menyedari kesilapan mereka dan cuba membetulkan
kesalahan itu.
Merentas PembelajaranProses pembelajaran murid harus berlaku secara aktif sepanjang masa. Bentuk soalan boleh
juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata pelajaran kepada situasi
yang lain.(Kamarul &Abd. Halim,2007 : 181 )
Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang TinggiSoalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan, penggabungan atau sintesis
dan penilaian( Zawawi,1988:215)
Mengekalkan Perhatian MuridGuru dapat mengenal pasti tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran
sedang berlaku. Jika guru ternampak muridnya sedang berkhayal atau leka, teknik soalanboleh digunakan untuk mengembalikan semula perhatiannya tanpa memarahi dan
mengherdik pelajar terbabit( Zawawi, 1988: 215 )
Mengeratkan InteraksiInteraksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid penting kerana dapat
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan harmoni ( Zawawi,
1988 : 216 ) Objektif interaksi ini menjadi asas tujuan bagi guru untuk memastikan suasana
kelas lebih aktif dan secara tidak langsung akan menjadikan sistem pembelajaran lebih
berkesan di samping dapat mengeratkan lagi hubungan interaksi antara guru, murid dan
sesama murid.
Guru yang kreatif dapat menjana minda murid agar lebih kreatif. Teknik dan gaya penyoalan yangkreatif secara tidak langsung dapat merangsang keinginan murid untuk menjawab soalan yang
diberikan. Berikut beberapa contoh yang boleh digunakan oleh guru dalam menyoal murid.
Antaranya:
Bagaimana anda.saya akan..? Bagaimana anda saya boleh..? Apa anda.saya akan buat jika..?
-
7/22/2019 Topik 4.pdf
10/14
Bagaimana anda.saya tahu jika..? Apa yang diperlukan untuk tahu lebih lanjut tentang.? Mengapa andasaya menggunakan kaedah tau cara atau teknik atau tersebut? Bagaimana anda..saya dapat idea tersebut?
Selain itu guru juga boleh mengajukan beberapa soalan untuk mendapatkan maklumat
tentang karya semasa proses apresiasi seni dijalankan:-
boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu? untuk siapa ia dibuat? ia dibuat daripada apa? bagaimana keadaannya sekarang? adakah ia satu-satunya objek sedemikian? apakah maksudnya? apakah yang hendak disampaikan? bagaimanakah ia dipersembahkan? siapakah yang menghayatinya? siapakah pembuatnya? di mana ia sekarang? bagaimana ia berada di tempatnya kini? 13.bila ia sampai di tempatnya kini? siapa yang mendapatkannya?; mengapa? berapakah harganya? siapa pemilik asalnya? siapa yang menghayatinya? (Pointon, 1994: 61)
4.4 ARAS-ARAS PENYOALAN
Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru boleh dipelbagaikan
mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam bukunya Taxonomy of Education objective
membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan:
Rajah 4.2: Bloom , Taxonomy of Education objective
-
7/22/2019 Topik 4.pdf
11/14
Pengetahuan: Kefahaman: Aplikasi: Analisis: Sintesis: Penilaian:
Menamakan Menterjemahkan Mentafsir Membezakan Mengubah Memilih
Menjelaskan Membincangkan Menggunakan Menguji Membentuk menilai
Menerangkan Menyebut semula Melukis Mengira Membentuk Membanding
Merakamkan Menyatakan Menggambarkan Membandingkan Membuat laporan Menganggar
Mentakrif Melukis Mendemontrasi Mencerakinkan Merancang
Menyenaraikan Melaporkan Melakar Menyesuaikan Menyusun
Mentafsir Menganalisis
4.5 MOTIVASI UNTUK MENJANA KREATIVITI
Istilah motivasi berasal dari bahasa Latin movere yang bererti menggerakkan. Berdasarkan
pengertian ini makna motivasi menjadi berkembang. Wlodkowski (1985) menjelaskan motivasi
sebagai suatu keadaan yang menyebabkan atau menimbulkan perilaku tertentu dan yang memberi
arah dan ketahanan pada tingkah laku tersebut. Ames dan Ames (1984) mendefinisikan motivasi
sebagai perspektif yang dimiliki seseorang mengenai dirinya sendiri dan lingkungannya. Sebagai
contoh, seorang murid yang percaya bahwa dirinya memiliki kemampuan yang diperlukan untuk
melakukan suatu tugas, akan termotivasi untuk melakukan tugas tersebut. Konsep diri yang positif
ini menjadi daya penggerak bagi perlakuannya. Motivasi juga dapat dijelaskan sebagai tujuan yang
ingin dicapai melalui perilaku tertentu(Cropley, 1985 ).
Gambar 6.5 Apakah yang unik pada gambar di atas?
-
7/22/2019 Topik 4.pdf
12/14
Shallcross (1981), menyarankan agar guru menyediakan iklim persekitaran yang
membantu membangkitkan motivasi dan tingkah laku kreatif di kalangan murid. Untuk itu tambah
beliau lagi, guru perlu mengambil kira tiga faktor iklim iaitu:-
1. fizikal2. mental3. emosi
Iklim fizikal merujuk kepada susunan fizikal bilik darjah yang akan menyokong segala aktiviti yang
akan dijalankan. Salah satu aspek fizikal yang perlu diambil kira ialah penyediaan ruang untuk
aktiviti yang berbeza. Iklim mental atau intelektual pula merujuk kepada pelbagai jenis rangsangan
dan cabaran untuk disesuaikan dengan keperluan tindak balas pelajar. Namun begitu, iklim fizikal
dan iklim intelektual yang sesuai sahaja masih tidak mendatangkan apa-apa kesan seandainya iklim
emosional tidak menyokong kedua-duanya. Iklim emosional yang menyokong bermaksud memberikan
pelajar keselamatan peribadi untuk bertindak balas terhadap rangsangan fizikal dan intelektual yang para
guru sediakan di hadapan mereka.
Berbeza dengan Shallcross (1981), Cropley (2001), pula menekankan tiga aspek yang terdapat
dalam diri murid iaitu kognitif, personaliti dan motivasi. Penekanan terhadap aspek kognitif
murid bermaksud guru meningkatkan kemahiran menganalisa, kemampuan untuk mendefinisikan
masalah dan kebolehan untuk merancang pembelajaran sendiri para muridnya. Penekanan
terhadap aspek personaliti pula bermaksud guru mempromosikan ciri-ciri personaliti seperti
autonomi, toleransi terhadap kekaburan dan kecenderungan untuk memikirkan perkara-perkara
yang kompleks.
Walaupun terdapat perbezaan pendapat antara Shallcross dengan Cropley , namun idea mereka
jelas menitikberatkan kepada usaha guru untuk memupuk perasaan ingin tahu, kebebasan
daripada didominasi oleh ganjaran luaran dan kesediaan untuk mengambil risiko pada diri murid-
muridnya. Menurut Soh (2000) pula, seorang guru itu boleh secara langsung menggalakkan
kreativiti melalui interaksinya dengan murid, dengan memberi ganjaran terhadap usaha danpenghasilan yang kreatif. Tambah beliau lagi guru juga boleh menggalakkan kreativiti secara tidak
langsung dengan mengadakan persekitaran sosial yang menyokong kreativiti melalui perkataan
dan tingkah lakunya.
Guru perlu mengetahui cara bagi memberi motivasi kepada murid untuk merangsang mereka
mengunakan kelebihan yang ada. Selain itu, penyediaan aktiviti pembelajaran yang pelbagai perlu
diambilkira oleh guru bagi memenuhi keperluan murid. Murid perlu diberi peluang mencuba idea,
menggunakan teknik atau pendekatan baharu. Selain dari ruang lingkup bilik pengajaran yang
kemas dan bersih guru juga perlu mewujudkan persekitaran yang dapat memberikan inspirasi
kepada murid dalam menghasilkan karya mereka. Guru harus mengenalpasti punca yang dapat
mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pelajaran. Melalui teknik dan gaya pengajaran
yang kreatif secara tidak langsung dapat mendorong murid untuk mengikuti pembelajarantersebut. Malah melalui aktiviti seni yang kreatif, ia akan dapat membuatkan murid lebih
bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mudah berkarya dan mempamerkan sikap
pembelajaran yang positif.
-
7/22/2019 Topik 4.pdf
13/14
4.6 RUMUSAN
Perkembangan kreativiti melalui pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid di lihat
berupaya dalam merangsang keseronokkan murid untuk belajar. Penglibatan melalui aktiviti di
dalam dan luar bilik darjah, konsep-kendiri serta aktiviti mencungkil bakat pelajar turut dapat
merangsang perkembangan kreativiti murid. Menurut Cropley (1997), dalam pengajaran
berpusatkan murid, guru akan dapat menilai tingkah laku murid seperti ketekunan, ketabahan,semangat ingin tahu, suka menghadapi cabaran, suka mengambil risiko dan dapat melihat keazaman murid.
Ahli psikologi juga memperkenalkan pengajaran kreatif sebagai satu cara untuk merangsang
kreativiti murid (Mayer, 1983). Ia bermatlamat bagi membantu murid mempelajari sesuatu untuk
membolehkan mereka memindahkan apa yang telah mereka pelajari kepada penciptaan
permasalahan baru serta dapat mencari jalan dalam penyelesaian tersebut (Mayer, 1983).
Strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti ini
adalah dengan memberi ruang dan peluang kepada murid untuk memilih bahan, alatan, teknik dan
cara yang boleh digunakan dalam aktiviti seni visual. Rancang aktiviti seni dengan baik dan teratur
supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan
meneroka. Mempamerkan hasil karya murid kepada tontonan umum boleh dijadikan sebagai satu
bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang murid untuk
menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual yang berkualti. Selain itu guru pendidikan seni
perlu lebih fleksibel terutama dalam menjalankan aktiviti seni sepanjang proses pengajaran. Guru
haruslah bersedia untuk mengubah cara pengajaran mereka dengan mengambil insiatif mengikuti
minat, idea dan cadangan daripada murid sendiri. Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai
sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan. Elakkan
daripada mengkritik keterlaluan sehingga murid patah semangat dan tidak berminat untuk
meneruskan penghasilan karya mereka. Sebaliknya berikan galakan, motivasi dan penghargaan
kepada murid di atas usaha dan komitmen mereka sepanjang proses pembelajaran tersebut.
Melalui cara ini, murid akan merasa karya mereka lebih dihargai dan secara tidak langsung
menjadikan matapelajaran pendidikan seni visual sebagai satu matapelajaran yang menyeronokkan
untuk dipelajari.
4.7 RUJUKAN :
Cropley, A. J. (2001). Creativity in Education and Learning a guide for Teachers andEducators.
London: Kogan Page Limited. Csikszentmihalyi, M. (1996). Creativity: Flow and the Psychology of Discovery and Invention.
New York: HarperPerennial.
Dacey, J. S. & Lennon, K. H. (1998). Understanding Creativity: The Interplay of Bilogical,Psychological and Social Factors. San Francisco: Jossey-Bass Publishers http://www.kajianpustaka.com/2013/04/motivasi-belajar.html#ixzz2f4Z2hW3R http://akubarutahu.blogspot.com/2012/06/innovasi-dan-kreativiti-dalam.html http://www.slideshare.net/sealih/kreativit-pembangunan-dan-amalan-dalam-pp http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran http://cikguani.blogspot.com/2010/06/teori-jean-piaget.html
http://www.kajianpustaka.com/2013/04/motivasi-belajar.html#ixzz2f4Z2hW3Rhttp://akubarutahu.blogspot.com/2012/06/innovasi-dan-kreativiti-dalam.htmlhttp://www.slideshare.net/sealih/kreativit-pembangunan-dan-amalan-dalam-pphttp://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaranhttp://cikguani.blogspot.com/2010/06/teori-jean-piaget.htmlhttp://cikguani.blogspot.com/2010/06/teori-jean-piaget.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaranhttp://www.slideshare.net/sealih/kreativit-pembangunan-dan-amalan-dalam-pphttp://akubarutahu.blogspot.com/2012/06/innovasi-dan-kreativiti-dalam.htmlhttp://www.kajianpustaka.com/2013/04/motivasi-belajar.html#ixzz2f4Z2hW3R -
7/22/2019 Topik 4.pdf
14/14
http://zahizah4gmailcom.blogspot.com/2009/10/kreativiti-dan-kanak-kanak.html http://shydatulhushna.blogspot.com/ http://www.kajianpustaka.com/2013/04/motivasi-belajar.html#.Ujcs6Kuwpdg http://pancaindera.wordpress.com/2010/03/04/kemahiran-penyoalan/
http://zahizah4gmailcom.blogspot.com/2009/10/kreativiti-dan-kanak-kanak.htmlhttp://shydatulhushna.blogspot.com/http://www.kajianpustaka.com/2013/04/motivasi-belajar.html#.Ujcs6Kuwpdghttp://pancaindera.wordpress.com/2010/03/04/kemahiran-penyoalan/http://pancaindera.wordpress.com/2010/03/04/kemahiran-penyoalan/http://www.kajianpustaka.com/2013/04/motivasi-belajar.html#.Ujcs6Kuwpdghttp://shydatulhushna.blogspot.com/http://zahizah4gmailcom.blogspot.com/2009/10/kreativiti-dan-kanak-kanak.html
top related