teori pembelajaran ip

Post on 23-Feb-2017

515 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Teori Pembelajaran Behaviorisme• Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner.

• Pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.

•Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan.

Sambungan…

• Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.

• Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala.

• Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

• Ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang

menghasilkan perubahan tingkahlaku.

• Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi segala.

• Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.

Sambungan…

Sambungan …

• Dua jenis hukuman :

• 1. Dendaan dikenakan ke atas sesuatu gerak balas – menyebabkan gerak balas tadi akan dihentikan / diturunkan kekerapan.

Contoh: Mencuri – dirotan.

Sambungan …

• 2. Sekatan daripada sesuatu yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang tidak disenangi.

Contoh: Membuat bising – tidak boleh keluar rehat.

• Walaupun Skinner memberikan jenis-jenis hukuman, beliau tidak begitu bersetuju dengan kaedah hukuman dalam pembelajaran.

Teori Pembelajaran Kognitif

• Mazhab kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku.

• Ahli-ahli psikologi kognitif adalah Bruner dan Piaget .

Sambungan…

• Teori-teori pembelajaran mereka adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian.

• Menurut teori ini, manusia memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun segala maklumat di dalam ingatan.

Teori Pembelajaran Sosial• Mazhab sosial pula menyarankan teori

pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif.

• Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model.

• Albert Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’.

Sambungan …

• Memberi penekanan tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity)

• Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.

1. Meniru secara langsungIaitu melihat model sendiri atau secara tidak lansung iaitu dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambarfoto.

• Contohnya, kanak-kanak meniru ibu bapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya.

Tiga jenis MeniruSambungan …

2. Peniruan melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan

• Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi A tetapi tidak sesuai dalam situasi B.

• Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari oleh murid-murid disebabkan adanya peraturan-peraturan bilik darjah yang boleh menyebabkan hukuman jika amalan itu berlaku.

Sambungan …

• Murid-murid juga meniru melalui taksekatlakuan. Ini bermakna murid-murid akan terus meniru amalan di dalam sesuatu situasi.

• Contohnya, kalau dia telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuai dalam kelas tetapi kali ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid berkenaan akan bermula menjeritkan jawapan. Inilah merupakan peniruan melalui taksekatlakuan.

Sambungan …

3. Peniruan melalui elisitasi• Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut

melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui bagaimana melakukan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh orang itu. • Contohnya, apabila melihat seseorang murid

membaca buku cerita di dalam kelas, Hassan pun mengeluarkan buku cerita lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya tidak ada murid yang membaca, kemungkinan keinganan Hassan untuk membaca tidak timbul.

Sambungan …

Teori Pembelajaran Humanis

• Mazhab humanis berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya.

• Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan

individu yang lain.

Sambungan …

• Strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu.

• Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri.

• Guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.

Pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang utama, antaranya:

• i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi.

• ii.Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri.

Sambungan …

• iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan

kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.

• iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya.

• v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya

hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri.

Sambungan …

top related