rph rbt tahun 5 komponen kit model

Post on 16-Jan-2016

346 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Rancangan Pengajaran Harian

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian Reka Bentuk Dan Teknologi Tahun 5

MATA PELAJARAN Reka Bentuk Dan Teknologi

TAHUN 5 F

BILANGAN MURID 34 orang

TARIKH 5 Februari 2015

HARI Khamis

WAKTU 9.30-10.30 pagi

TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI

MASA 60 minit

STANDARD

KANDUNGAN

2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi.

STANDARD

PEMBELAJARAN

2.1.1 Membaca dan memahami manual.

2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk memasang dan membuka kit model seperti pemutar skru mata rata, pemutar skru Philip, playar muncung tirus dan sepana hujung terbuka.

2.1.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri.

OBJEKTIF

PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1. Membaca manual dengan betul.

2. Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul.

3. Menyatakan nama dan fungsi komponen kit model.

RINGKASAN Murid dapat membaca manual, mengenalpasti nama dan fungsi alatan tangan serta komponen kit model.

KEMAHIRAN 1. Membaca manual.

2. Menggunakan alatan dengan betul

ELEMEN MERENTAS

KURIKULUM

1. Keusahawanan (EK4) – pengetahuan alat tangan dan komponen kit model

2. Kreativiti – menggunakan kaedah atau prosedur dengan mengenal pasti ciri-ciri yang betul

3. Nilai murni – bekerjasama, cermat dan bersungguh-sungguh

4. Teknologi maklumat dan komunikasi – perbincangan murid dalam kumpulan untuk mengenal pasti fungsi komponen kit model

BAHAN BANTU

MENGAJAR

1. Kit model

2. Manual

3. Carta

4. Alatan tangan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi

1. Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepada murid.

2. Guru meminta ketua kumpulan daripada setiap kumpulan untuk menggerakkan kit model kereta (sebuah kit model kereta yang telah siap dipasang dan yang lain kekurangan komponent)

3. Murid memerhati keputusan untuk memahami kepentingan setiap komponen dalam kit model kereta

Langkah 1

1. Guru menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk memasang dan membuka kit model seperti pemutar skru mata rata, pemutar skru Philip, playar muncung tirus dan sepana hujung terbuka.

2. Guru menunjukkan alatan tangan semasa memberi penjelasan

3. Guru memperkenalkan nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri.

4. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan.

5. Murid membaca dan memahami manual kit model dengan bimbingan guru.

Langkah 2

1. Murid menyatakan nama, fungsi dan cara menggunakan alatan tangan dengan bimbingan guru.

2. Murid menyatakan nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri dengan bimbingan guru.

Penutup

Murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu ‘ Papaku pulang dari kota’.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid telah mempelajari berkaitan dengan kit model dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

REFLEKSI 34 murid dapat mencapai objektif. 30 murid-murid dapat menjawab soalan dengan betul. 0 murid memerlukan bimbingan tambahan. 34 murid dapat menguasai pelajaran hari ini.

top related