permulaan karangan monolog

Post on 25-Jul-2015

199 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Klimaks

English meminjam kapal layar

Perkembangan

Penutup

English menewaskan penjahat

PERMULAAN

English menghampiri penjahat

KONFLIK

English berlawan dengan penjahat

English hampir ditikam dengan lembing penjahat

Peleraian

English menangkap penjahat

MONOLOG

PERMULAAN KARANGAN NARATIF

OBJEKTIF PENGAJARAN

•Menggunakan frasa adjektif sesuai dengan konteks•Menghasilkan sebuah perenggan pendahuluan monolog

PERMULAAN KARANGAN

• Permulaan cerita yang menarik dapat memukau pembaca.

• Pembaca akan terangsang untuk meneruskan pembacaan sehingga selesai.

• Ringkas dan padat.

MONOLOG

•Perbualan dengan diri sendiri•Penggunaan kata ganti diri ‘aku’•Menonjolkan perasaan penulis Soalan yang bertubi-tubi

MONOLOGAku merenung diluar jendela sambil memikirkan tentang apa yang telah terjadi. Mengapakah ini harus berlaku? Ia tidak adil! Ya, memang hidup tidak adil, tetapi apa yang aku telah buat untuk menerima ini semua? Aku pasrah. Hatiku bagai telah ditikam sebilah pisau yang tajam sekali. Aku mahu sekali engkau pulang dengan selamat dan segera.

MONOLOG

Aku bingung. Aku seolah-olah tidak percaya akan kata-kata kakakku. Suara ayah yang menasihatiku agar belajar bersungguh-sungguh sewaktu bersarapan tadi pagi, terus terngiang-ngiang di telinga. Apakah yang menimpa ayah? Mengapakah ayah dihantar ke wad kecemasan? Setahu aku, ayah sihat-shat sahaja.

Aku segera menahan teksi.

LANGKAH PENULISAN MONOLOG

1) Pilih Watak Anda

LANGKAH PENULISAN MONOLOG

2) Pilih Perasaan

LANGKAH PENULISAN DIALOG

3) Pilih Adjektif

CONTOH

Tuliskan sebuah cerita yang berakhir dengan sesuatu yang tidak diduga.

WATAK:

LATAR: Kantin

Aku (pelajar)

PERASAAN: Marah dan kecewa

Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Zakaria menggeledah beg aku

tanpa keizinanku! Aku bergegas menghampirinya di kantin tetapi dia terus

pergi sebelum aku sempat untuk menerpanya. Aku membuka beg dan mendapati telefon aku

tiada! Jantungku berdegap-degup. Telefon bimbitku baru sahaja dihadiahkan ibuku

semalam. Namun mengapakah Zakaria mencuri telefon bimbitku? Dia kawan baikku semenjak

kecil lagi.

AKTIVITI KUMPULAN 1

• LANGKAH 1: Dengarkan klip audio yang akan dimainkan.

• LANGKAH 2: Lukiskan adegan mengikut interpretasi kamu di kertas lembaran kerja yang disediakan.

• LANGKAH 3: Hasilkan sebuah perenggan pendahuluan mengikut panduan yang tersedia.

AKTIVITI INDIVIDU

• LANGKAH 1: Secara individu, hasilkan sebuah perenggan pendahuluan mengikut topik yang diberikan.

ANDA DIBERI MASA SEBANYAK 10 MINIT.

top related