mohon sumbangan mukriz
Post on 13-Oct-2015
18 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU CHAPA
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN
Rujukan Kami: SKPC60/002/04 ( )
Tarikh: 25 Mac 2014
Kepada, YAB Dato Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir S.P.M.K, D.H.M.S, D.S.N.S,
Pusat Khidmat ADUN Ayer Hitam,
Padang Sera, 06100 Kodiang, Kedah Darul Aman.
Yang Amat Berhormat,
PERMOHONAN PERUNTUKAN KHEMAH DAN BANGKU TAMAN DI SK PULAU CHAPADengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik Yang Berhormat Dato agar dapat meluluskan peruntukan seperti berikut:
i) Khemah (20 X 20) tiga unit
ii) Bangku taman
lima unit
iii) Mesin Photostat satu unit
3. Keperluan bangku taman adalah untuk aktiviti murid-murid di luar bilik darjah terutama ketika rehat dan tempat waris menunggu anak /anak jagaan mereka ketika tamat sesi persekolahan. Manakala khemah pula diperlukan untuk kegunaan aktiviti/perayaan sekolah. 4. Diharap Dato Seri dapat meluluskan peruntukan tersebut demi kepentingan pendidikan anak-anak kami. Keperihatinan dan jasa baik pihak Dato Seri amat-amat dihargai.Sekian, terima kasih.MUAFAKAT MEMBAWA BERKATSaya yang menurut perintah,..(TUAN HAJI HASSAN BIN PIN)Naib Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Pulau Chapa.s.kYB. Dato Othman Aziz, Ahli Parlimen Jerlun
top related