surat sumbangan 1

2
____________________________________________________________________________ ______ Tarikh : 20 Februari 2013 Ruj kami : Bil.01(13)sumb.BKDP/ucd/bp BADAN KEBAJIKAN DANGA PULAI Kepada, ____________________________ ____________________________ ____________________________ ____________________________ Ybhg Tan Sri, PERMOHONAN SUMBANGAN MENGISI DANA BADAN KEBAJIKAN DANGA PULAI Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas. 2. sukacitanya dimaklumkan bahawa UMNO Cawangan Danga Bahagian Pulai telah mengwujudkan Badan Kebajikan Danga Pulai (BKDP) yang telah dilancarkan oleh Puan Rokiah Binti Hasan, Naib Ketua wanita UMNO Bahagian Pulai pada 4 Februari 2013. BKDP ini ditubuhkan sebagai langkah jangka sederhana dan panjang untuk membantu penduduk dengan menyalurkan bantuan yang sepatutnya seperti membiayai kos rawatan, kamalangan, kebakaran serta lain-lain seumpamanya. 3. Bagi menjayakan hasrat kami ini, sokongan dan bantuan dari mana- mana pihak termasuk individu dan syarikat korporat amat diperlukan bagi mengisi Tabung BKDP ini. Sebarang sumbangan hendaklah disalurkan terus kepada/atas nama BADAN KEBAJIKAN DANGA PULAI. 4. Atas tujuan itu, kami mohon jasa baik dan ikhsan Ybhg Tan Sri agar dapat menyokong usaha murni kami ini. Sekian, terima kasih. Dengan Hormatnya, MOHD YUNOS BIN MALEK (Pengerusi BADAN KEBAJIKAN DANGA PULAI) Lampiran 1 PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU ( UMNO ) UMNO CAWANGAN DANGA , BAHAGIAN PULAI LOT 25808 JLN SG TEMUN BESAR , KAMPUNG SUNGAI DANGA TEL: 010-7124768 / 019-7505353

Upload: faerawati-yusof-ramli

Post on 10-Jul-2016

377 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

123

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Sumbangan 1

__________________________________________________________________________________

Tarikh : 20 Februari 2013Ruj kami : Bil.01(13)sumb.BKDP/ucd/bp

BADAN KEBAJIKAN DANGA PULAI

Kepada,

________________________________________________________________________________________________________________

Ybhg Tan Sri,

PERMOHONAN SUMBANGAN MENGISI DANA BADAN KEBAJIKAN DANGA PULAI

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2. sukacitanya dimaklumkan bahawa UMNO Cawangan Danga Bahagian Pulai telah mengwujudkan Badan Kebajikan Danga Pulai (BKDP) yang telah dilancarkan oleh Puan Rokiah Binti Hasan, Naib Ketua wanita UMNO Bahagian Pulai pada 4 Februari 2013. BKDP ini ditubuhkan sebagai langkah jangka sederhana dan panjang untuk membantu penduduk dengan menyalurkan bantuan yang sepatutnya seperti membiayai kos rawatan, kamalangan, kebakaran serta lain-lain seumpamanya.

3. Bagi menjayakan hasrat kami ini, sokongan dan bantuan dari mana-mana pihak termasuk individu dan syarikat korporat amat diperlukan bagi mengisi Tabung BKDP ini. Sebarang sumbangan hendaklah disalurkan terus kepada/atas nama BADAN KEBAJIKAN DANGA PULAI.

4. Atas tujuan itu, kami mohon jasa baik dan ikhsan Ybhg Tan Sri agar dapat menyokong usaha murni kami ini. Sekian, terima kasih.

Dengan Hormatnya,

MOHD YUNOS BIN MALEK(Pengerusi BADAN KEBAJIKAN DANGA PULAI)

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU ( UMNO )UMNO CAWANGAN DANGA , BAHAGIAN PULAI

LOT 25808 JLN SG TEMUN BESAR , KAMPUNG SUNGAI DANGA TEL: 010-7124768 / 019-7505353

Page 2: Surat Sumbangan 1

Lampiran 1Gambar Majlis Perasmian BADAN KEBAJIKAN DANGA PULAI dan Sumbangan yang telah dihulurkan.

1) Sumbangan RM3000.00 kepada Puan Nurini binti Tukiman yang menghidap penyakit kanser rahang.

2) Sumbangan RM500.00 kepada Puan Halimah binti Palek yang mengidap penyakit kulit.