kuliah sce3104 m10 cetak
Post on 28-Apr-2015
20 Views
Preview:
TRANSCRIPT
19/08/2011
1
Kurikulum dan Pedagogi Sains Pendidikan Rendah
PISMP Sains Semester 2
Minggu 10 (22 Ogos 2011)
Hasil Pembelajaran Kursus� Mengenal pasti objektif, hasil pembelajaran, penekanan,
organisasi kandungan dan skop Kurikulum Sains Pendidikan Rendah Malaysia.
� Menyatakan isu yang relevan dalam pendidikan sains dan hubungannya dengan pengajaran sains pendidikan rendah.
� Mengenal pasti strategi/kaedah yang sesuai dan relevan untuk mengajar sains pendidikan rendah.
� Membincangkan strategi untuk menerapkan pengajaran sains bagi keperluan populasi pelbagai budaya, perbezaan jantina, perbezaan pelajar dan kanak-kanak istimewa.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 2
Pelajaran lepas� Strategi pengajaran dan pembelajaran sains
pendidikan rendah:
� Pameran Sains
� Bercerita
� Kajian lapangan
� Teknologi pendidikan
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 3
Topik 5 (2 jam)� Strategi pengajaran dan pembelajaran sains
pendidikan rendah:
� Kecerdasan Pelbagai
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 4
Hasil Pembelajaran� Menerangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai
menurut Howard Gardner.
� Menghuraikan kepentingan dan sumbangan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam meningkatkan potensi murid.
� Mempelbagaikan strategi pembelajaran dan pengajaran berdasarkan teori kecerdasan pelbagai.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 5
Isu� Murid yang cerdas (pintar). Apakah maknanya?
� Budak cerdas = budak yang baik
� Budak lembab = budak yang nakal
� Ramai kanak-kanak membesar dengan beranggapan bahawa mereka tidak cerdas dan tidak bernilai.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 6
19/08/2011
2
Isu� Jenis-jenis kepintaran atau kecerdasan yang dimiliki
oleh seseorang tidak boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa orang itu seorang yang baik atau nakal, gembira atau sedih, betul atau salah.
� Kecerdasan adalah neutral dari segi moral.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 7
Isu� Kecerdasan merupakan suatu campuran pelbagai
keupayaan yang berguna dan bernilai dalam kehidupan seseorang insan.
� Tidak ada sesiapa di dunia ini yang pakar dalam semua jenis kecerdasan itu.
� Dalam hidup ini, kita memerlukan orang lain yang pakar dalam beberapa perkara berlainan.
� Dunia yang seimbang, organisasi dan pasukan yang seimbang, sememangnya terdiri daripada orang-orang yang memiliki pelbagai kecerdasan yang berbeza.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 8
Semuanya itu bukan isu pun!� Kita semua adalah manusia yang cerdas.
� Tetapi dalam cara kita yang berbeza-beza.
� Murid-murid juga cerdas dalam pelbagai cara yang berlainan.
� Sebagai guru, kita harus membantu kanak-kanak menemui kebolehan atau bakat mereka yang sebenarnya.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 9
Howard Gardner
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 10
Latar belakang� Pada awalnya, Gardner mengenal pasti tujuh
kecerdasan pelbagai yang asas iaitu : linguistik, logika-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal and intrapersonal.
� Pada 1997 semasa simposium "MIND 97" (Multiple Intelligences New Directions), Gardner menambah kecerdasan ke-8 iaitu kecerdasan naturalis.
� Kajian masih lagi berjalan untuk menentukan sama ada wujud kecerdasan eksistentialist, kecerdasan rohani dan kecerdasan moral.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 11
Latar belakang� Teori yang dipeloporikan oleh Gardner telah
mendapat kritikan hebat oleh ahli-ahli psikologi dan pendidik.
� Kritikan yang paling umum adalah kerana teori Gardner didasarkan kepada intuisinya semata-mata dan tidak melibatkan data empirikal.
� ‘Kecerdasan’ merupakan kata seerti bagi ‘bakat’ atau ‘jenis personaliti’.
� Walaupun dikritik, teori kecerdasan pelbagai mendapat tempat di hati para pendidik sejak 20+ tahun yang lalu!
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 12
19/08/2011
3
Apakah ‘kecerdasan pelbagai’?� Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) menakrifkan sifat
tabii manusia dari perspektif kognitif iaitu
� bagaimana manusia melihat atau membuat persepsi
� bagaimana manusia menyedari persekitarannya
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 13
Apakah maksud ‘kecerdasan’?� Menurut Howard Gardner,
� Intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural settings. (Frames of Mind, 1983)
� Gardner mendefinisikan kecerdasan mengikut istilah tentang operasi pemprosesan minda yang membolehkan seseorang
� menyelesaikan masalah
� menghasilkan produk
� menemui pengetahuan baharu
� …dalam lingkup budaya yang tertentu.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 14
Apakah maksud ‘kecerdasan’?� Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson
telah melihat dan merumuskan definisi Howard Gardner tentang kecerdasan sebagai
� kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar
� kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan
� kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 15
Teori Kecerdasan Pelbagai� Teori ini telah dikaji oleh beberapa ahli fikir lain
seperti
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 16
Teori Kecerdasan Pelbagai� Teori ini telah dikaji oleh beberapa ahli fikir lain
seperti
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 17
Teori Kecerdasan Pelbagai� Teori ini telah dikaji oleh beberapa ahli fikir lain
seperti
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 18
19/08/2011
4
Apakah kegunaan TKP?� TKP memberi maklumat kepada guru tentang
� gaya pembelajaran yang disukai oleh seseorang murid
� gaya tingkahlaku/bekerja murid
� kekuatan semulajadi murid.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 19
Apakah kegunaan TKP?� Jenis kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang
(Gardner berpendapat bahawa kebanyakan kita memiliki tiga jenis kecerdasan yang terkuat) menunjukkan
� keupayaan seseorang
� kaedah bagaimana seseorang itu lebih suka belajar atau memperkembangkan lagi potensinya (kekuatan dan kelemahan)
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 20
Contoh� Seseorang insan yang cenderung tertarik kepada
muzik tetapi tidak menyukai nombor, lebih berjaya jika mempelajari kemahiran nombor dan logik melalui muzik.
� Seseorang yang lembab dari segi fizikal tubuh badan tetapi bijak menggunakan nombor, lebih sesuai diberi galakan memperkuatkan otot-otot mereka dengan mencari perkaitan antara matematik dan sains dengan latihan kecergasan, diet dan juga kesihatan, berbanding jika dipaksa bertinju atau bermain ragbi.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 21
How you are smart?� It is not how smart are you BUT how you are smart.
� Uji diri anda dan ketahui kebenarannya.
� Jangan berfikir terlalu lama dan mendalam!
� Jawab soalan-soalan ini sebenar-benarnya dan secara spontan.
� Masa = 5 minit sahaja.
� Klik di sini untuk mula sekarang
� INGAT: TIADA JAWAPAN BETUL ATAU SALAH!
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 22
Mengapa TKP dalam P & P?1. Menyokong pembelajaran bersepadu yang
menyeluruh selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
2. Menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.
3. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 23
Mengapa TKP dalam P & P?4. Meningkatkan profesionalisme guru dan
menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam P&P.
5. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui P&P yang menyeronokkan.
6. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.
7. Mempelbagai cara penilaian
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 24
19/08/2011
5
Jenis Kecerdasan Pelbagai
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 25
1. Kecerdasan Verbal-Linguistik� Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan
dalam lisan dan penulisan termasuklah kebolehan mengingat maklumat, menyakini orang lain, serta bercakap tentang bahasa itu sendiri.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 26
2. Kecerdasan Logik-Matematik� Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan
bijak berhujah, termasuklah memahami kelompok nombor asas, prinsip sebab-akibat serta kebolehan menjangka.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 27
3. Kecerdasan Visual-Ruang� Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,
ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 28
4. Kecerdasan Kinestetik� Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan
idea, perasaan dan menyelesaikan masalah, termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, keanjalan, kepantasan dan keseimbangan.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 29
5. Kecerdasan Muzik� Kebolehan mengesan irama dan lagu, termasuklah
kebolehan mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi yang mudah.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 30
19/08/2011
6
6. Kecerdasan Interpersonal� Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta
hasrat orang lain.
� Kecerdasan ini juga merupakan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal, seperti mengalakkan murid menyertai sesuatu projek.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 31
7. Kecerdasan Intrapersonal� Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan,
kelemahan, hasrat dan kehendak, termasuklah kemahiran bagaimana seseorang itu sama atau berbeza dengan orang lain.
� Kecerdasan ini juga dapat membantu individu menangani perasaan, beradap sopan serta mengawal kemarahan atau kesedihan diri.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 32
8. Kecerdasan Naturalis� Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi tumbuh-
tumbuhan, galian, dan binatang, termasuklah rumput dan batu-batuan, serta pelbagai flora dan fauna.
� Ia juga merupakan kebolehan untuk mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan makanan.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 33
Contoh soalan1. Howard Gardner mencadangkan bahawa murid
lebih mudah belajar jika persekitaran kelas lebih menyerupai gaya pembelajarannya. Untuk murid yang lebih cenderung memiliki jenis kecerdasan intrapersonal, aktiviti yang mana satukah harus diadakan oleh guru untuk murid jenis ini?
A. Pembelajaran koperatif
B. Menulis refleksi pembelajaran
C. Bercerita tentang sejarah sains
D. Perbincangan kumpulan dan pembentangan.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 34
Tutorial (Kumpulan)� Rujuk kepada Kurikulum Sains Rendah: Kenal pasti
satu aktiviti sains yang anda akan laksanakan bersama-sama dengan kanak-kanak. Bincangkan bagaimana anda boleh mengajar konsep yang sama dengan menggunakan pelbagai kecerdasan (multiple intelligence)
� *Kerja kumpulan
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 35
ISL� Reviu aktiviti-aktiviti sains yang menyepadukan
pelbagai kecerdasan.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 36
19/08/2011
7
Pautan berguna� http://www.infed.org/thinkers/gardner.htm
� http://literacyworks.org/mi/assessment/findyourstrengths.html
� http://www.ldpride.net/learningstyles.MI.htm
� http://www.thomasarmstrong.com/multiple_intelligences.php
� http://www.thirteen.org/edonline/concept2class/mi/index.html
� http://psychology.about.com/od/educationalpsychology/ss/multiple-intell.htm
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 37
Rujukan� Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Aplikasi Teori
Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
� Fleer, M., & Hardy. T. (2001). Science for children: Developing a personal approach to teaching. (2nd Edition). Sydney: Prentice Hall.
� Martin, R.; Sexton, C.; Gerlovich, J. (2002). Teaching science for all children-Methods for constructing understanding. Boston: Allyn and Bacon.
� Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching elementary science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 38
Pelajaran akan datang� Pengajaran sains untuk semua kanak-kanak:
Kepelbagaian budaya dan perbezaan jantina � Strategi mengadaptasi pengajaran sains kepada kanak-
kanak berbeza budaya
� Teknik pengajaran sains kepada kanak-kanak yang tidak pandai berbahasa Inggeris
� Strategi mengelakkan bias jantina dalam kelas sains
� Sila layari donatusjustin.yolasite.com untuk maklumat terkini.
� Pelajar digalakkan mengambil bahagian di dalam forum semasa waktu ISL SCE3104.
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 39
Tamat� Penceramah: Encik Donatus Justin
� Laman web: http:\\donatusjustin.yolasite.com
� Emel: donatusjustin@gmail.com
� HP: 0198613653
19/08/2011 Hakcipta Terpelihara © Donatus Justin 2011 40
top related