contoh rph kssr sejarah (1)
Post on 21-Dec-2015
36 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SEJARAH
Mata Pelajaran dan Kelas
Sejarah Tahun 4 Maju
Tema/Tajuk Zaman Pra Sejarah
Masa 8.40 – 9.40 pagi
Standard Kandungan: 3.1 Mengetahui dan memahami kehidupan manusia
prasejarah
Standard Pembelajaran:
3.1.1 Menyatakan maksud prasejarah. 3.1.2 Menyatakan lokasi prasejarah. 3.1.3 Menyatakan kegiatan masyarakat prasejarah K3.1.8 Menyatakan sikap manusia prasejarah yang perlu dicontohi.
Objektif Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat;i. menghuraikan maksud prasejarahii. melengkapkan jadual berhubung zaman-zaman utama pra
sejarah melalui permainan Misteri Dirikuiii. menghasilkan dua rangkap pantun berhubung sikap
manusia pra sejarah yang perlu dicontohi.
Aktiviti 1. Menonton tayangan video tentang zaman pra sejarah2. Bercerita tentang situasi zaman pra sejarah 3. Permainan Misteri Diriku 4. membacakan pantun yang dihasilkan.
Elemen Merentasi Kurikulum (EMK)
Nilai Murni: bersyukur Kemahiran Pemikiran Sejarah: Elemen asas sejarah Elemen Kewarganegaraan: Menghargai sejarah asal usul negara TMK : LCD , keusahawananKBAT : mencipta pantun
Bahan Bantu Belajar Komputer, LCD,DVD, buku teks, bahan permainan Misteri Diriku, kad arahan
Penilaian PdP Permainan Misteri Diriku sesuai untuk tajuk ini. 30 orang murid daripada 30 orang menguasai maklumat zaman prasejarah.Murid boleh mencari maklumat tambahan tentang zaman prasejarah.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI EMK CATATAN
Permulaan (5 minit)
Menonton tayangan video klip
1. Murid menonton tayangan video berhubung zaman pra sejarah
2. Sesi soal jawab berkaitan klip video yang ditayangkan:
a) Siapa tahu tajuk cerita ini?Murid menjawab soalan guru secara lisan
b) Apakah yang awak faham tentang video tadi?Murid menjawab secara lisan
c) Bagaimana kehidupan pada zaman itu? Murid menjawab soalan guru
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
Nilai murni:
-bersyukur membuat
interpretasi
-TMK
Kemahiran
Berfikir:
-Menjana Idea-menghubung kait
BBM:
-Komputer riba,
LCD, DVD
Aktiviti 1 (10 minit)
1. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan dan duduk dalam stesen yang disediakan
2. Murid membuka buku teks m.s 72 - 77 kepada setiap kumpulan.
3. Murid membaca bahan tersebut secara senyap.
4. Soal jawab dengan murid berhubung zaman pra sejarah
5. Murid menjelaskan maksud pra sejarah
Nilai
menghargai
sejarah awal
KB:
menjana idea
Aktiviti 2 (25 minit)
1. Sampul surat berisi bahan permainan diedarkan kepada setiap kumpulan
2. Jadual kosong mengenai zaman-zaman utama pra sejarah diedarkan kepada murid.
3. Murid melengkapkan jadual tersebut dengan mendapatkan maklumat dari sampul surat mereka atau dari kumpulan-kumpulan lain.
4 .Kumpulan pertama yang dapat melengkapkan jadual dengan betul akan dikira pemenang.
Nilai:
bekerjasama
menghormati
kawan
memberi sebab
menerokai bukti
Menjelaskan - kegiatan
masyarakat prasejarah
- kepercayaan manusia prasejarah
5. Guru dan murid sama-sama menyemak tugasan dan guru membuat rumusan keseluruhan tajuk dengan bantuan tayangan powerpoint.
6. Hasil (jadual) akan diletakkan dalam buku latihan sebagai nota.
Aktiviti 3 (15 minit)
1. Ceritakan semula tentang kegiatan manusia pra sejarah
2. Murid mencipta dua rangkap pantun mengenai sikap masyarakat pra sejarah.
3. Beberapa orang murid diminta membacakan pantun yang dihasilkan.
EMK – bahasa
MI- interpersonal
dan verbal linguitik
KB:
menjana idea
kreatif
Menghasilkan dua rangkap pantun berhubung sikap manusia pra sejarah yang perlu dicontohi.
Penutup (5 minit)
1. Video zaman pra sejarah dimainkan
2. Merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.
Nilai
menghargai
sejarah awal
bekerjasama
Refleksi
Disemak oleh Guru Pembimbing/Pensyarah Penyelia
Tandatangan:Nama:Tarikh:
Disahkan oleh Guru Besar:
Tandatangan:Nama:Tarikh:
top related